Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HDPS4503
PERKUSI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NAMA :

NOMBOR MATRIK :

NO KAD PENGENALAN :

NOMBOR TELEFON :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

September 2019

1
ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN 3

2.0 JENIS-JENIS ALAT PERKUSI DI SEKOLAH 4

3.0 KEBAIKAN BERMAIN ALAT PERKUSI 5

4.0 PENILAIAN 6

5.0 CABARAN 7

6.0 KESIMPULAN 7

BAHAGIAN 2

1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 9

RUJUKAN 12

2
BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN

Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk
dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan
hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud
tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara
adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai
satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut.

Permainan perkusi perkusi adalah asas kepada permainan perkusi yang lebih besar seperti
orkestra .Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau
semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya. Bentuk
persembahan menyerupai sebuah orkestra sebenar. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat.
Seorang konduktor akan mengawal persembahan.

Seorang pengiring (biasanya guru perkusi) akan memainkan melodi dengan piano atau satu
instrumen atau menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan mengikut
disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan bermain serentak.
Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi
yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat
perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan
memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik
dari awal lagi.

Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bermain alat perkusi melebihi keinginan untuk
belajar perkusi. Guru yang akan mengubah keinginan ini agar murid-murid dapat belajar
perkusi dalam erti kata sebenarnya. Permainan alat perkusi pastinya menjadi aktiviti yang
dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan pelajar
meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat perkusi perkusi tentunya mudah dimainkan
dan semua pelajar dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu, permainan alat
perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan
alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi
secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung
jawab.

3
Dalam tugasan ini, saya akan membentangkan tentang jenis-jenis alat perkusi yang terdapat
di sekolah. Selain itu, kebaikan bermain alatan perkusi juga akan dihuraikan beserta
bagaimana penilaian dibuat berdasarkan persembahan murid. Akhir sekali, apakah cabaran
semasa menjalani pengajaran dan pembelajaran berkaitan alat perkusi ini.

2.0 JENIS-JENIS ALAT PERKUSI DI SEKOLAH

Peralatan perkusi dalam pendidikan muzik sekolah rendah terbahagi kepada dua iaitu alat
perkusi berpic dan alat perkusi tidak berpic. Alat perkusi berpic merupakan semua jenis bunyi
terhasil daripada getaran. Gelombang getaran diukur menggunakan unit ukuran Hertz, iaitu
bilangan getaran lengkap setiap satu saat. Pic ialah standard getaran yang telah ditetapkan
oleh ahli muzik terhadap bunyi daripada getaran yang stabil. Contohnya pic A mempunyai
ukuran sebanyak 440Hz. Ukuran ini hanya boleh didapati daripada getaran bunyi yang stabil
sahaja. Getaran yang tidak stabil tidak boleh dikukur unit Hznya. Oleh kerana ciri-ciri getaran
alat perkusi yang terhasil ada yang stabil dan ada yang tidak stabil, maka alat perkusi juga
turut dibahagikan kepada alat muzik perkusi berpic dan alat muzik tidak berpic. Getaran yang
stabil menghasilkan bunyi pic manakala getaran yang tidak stabil menghasilkan bunyi tanpa
pic. Alat perkusi berpic boleh menghasilkan sekurang- kurangnya 2 not dalam pic yang tepat
dan standard. Alat-alat ini boleh memainkan melodi atau lagu. Contohnya: vibraphone,
xylophone, marimba, gambang, slentem, caleste, tubular bells, glokenspiel, angklung dan
timpani.

Alat perkusi tidak berpic pula ialah alat perkusi yang biasanya digunakan untuk mengiringi
sebuah nyanyian lagu sebagai perkusi sampingan. Alat ini juga dipanggil alat perkusi ataupun
alat genderang. Alat perkusi ini dikenali sebagai alat perkusi tidak berpic kerana ianya hanya
mengeluarkan satu atau dua jenis bunyi sahaja apabila dimainkan. Contoh alat perkusi tidak
berpic ialah kastanet, kayu tik-tok, loceng dan beberapa alat lain.

Berikut merupakan alatan perkusi yang terdapat di sekolah:

Tamborin - Tamborin adalah alat muzik perkusi yang dimainkan dengan cara ditabuh dan
digoyangkan. Tamborin menghasilkan suara gemerincing yang boleh digabungkan dengan
suara tabuhan dari bahagian membrannya. Tamborin diperbuat daripada bingkai kayu bulat
yang dilengkapi dengan membran pelapis dari kulit lembu atau plastikTamborin mempunyai
beberapa simbal atau kerincingan logam kecil di sekeliling bingkainya yang akan
mengeluarkan bunyi bergemerincing bila alat muzik ini digoyangkan. Tamborin biasanya

4
dimainkan dengan cara dipegang secara menegak dan digoyang dengan salah satu tangan
disertai tabuhan pada membran kulit dengan menggunakan tangan yang lain.

Kayu Tik-tok - Tik-Tok diberbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang
pengetuk. Tik-Tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi di bahagian kanan tik-tok
tidak sama dengan bunyi di bahagian kirinya.

Drum - Drum ahli kumpulan perkusi instrumen muzik, yang secara teknikalnya dikelaskan
sebagai membranophones. Gendang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu membran, yang
dikenali sebagai kulit di atas dram atau kulit dram, yang diregangkan di atas cangkerang dan
melanda, sama ada secara langsung dengan tangan pemain, atau dengan tongkat pemukul
dram, untuk menghasilkan bunyi. Terdapat biasanya "kepala resonans" di bawah dram, ini
biasanya ditala ke padang yang sedikit lebih rendah daripada kulit di atas dram atas. Teknik-
teknik lain telah digunakan untuk menyebabkan gendang untuk membuat bunyi, seperti roll
ibu jari.Gendang adalah instrumen yang tertua dan yang paling mana-mana muzik di dunia,
dan reka bentuk asas kekal hampir tidak berubah selama beribu-ribu tahun.

Loceng - Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada
bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil
diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan
nyaring apabila digoncang.

Kastanet - Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian
yang diikat dengan tali atau getah.

3.0 KEBAIKAN BERMAIN ALAT PERKUSI

Permainan alat perkusi melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor
melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat perkusi. Bidang ini menggalakkan
pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai alat perkusi termasuk penggunaan anggota
tubuh badan mereka.

Seterusnya kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untuk pendengaran secara
selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar
berpeluang merasai hasilan bunyi melalui penglibatan mereka bermain alat perkusi.

Permainan perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia
merupakan masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur.

5
Alat muzik perkusi tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar dapat mengambil bahagian
tanpa kecuali. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi
gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka
kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat
kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggungjawab. Oleh yang demikian, guru
hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Antara
matlamatnya ialah :

1. Menyemai rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for rhythm)

2. Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik di mana kebanyakkan


mereka tidak berpeluang belajar bermain muzik secara formal. Kanak-kanak dilatih
untuk mengenali bunyi dan nilai bunyi pastinya akan sedar betapa kreatifnya pencipta
lagu dan seterusnya menghargai nilai seni bunyi.

3. Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca muzik dapat


menghayati dan menghargai hasil karya muzik seterusnya memajukan diri mereka
dalam muzik.

4.0 PENILAIAN

Rosinah Edinin (2012 ), menyatakan bahawa ujian merupakan salah satu alat yang digunakan
untuk menentukan pencapaian dan keupayaan murid dalam pembelajarannya. Ujian
disediakan dalam pelbagai bentuk untuk menguji kognitif, afektif dan psikomotor. Beberapa
jenis ujian iaitu ujian pencapaian, ujian diagnostik ( mengenalpasti kelemahan murid ), ujian
personaliti dan ujian kecergasan.

Terdapat guru yang menggunakan instrument borang senarai semak untuk menguji dan
menilai kemahiran kanak-kanak ini bermain alat perkusi. Sebagai contoh, guru meminta
murid untuk memainkan kastenet mengikut corak irama meter empatan sepanjang dua bar.
Berdasarkan permainan murid ini, guru akan merekodkan data itu menggunakan borang
senarai semak tersebut.

Selain itu, melalui pemerhatian juga guru boleh membuat penilaian. Chow Fook Meng dan
Jaizah Mahamud (2011), menyatakan bahawa pemerhatian merupakan satu alat pengumpulan
data dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus sentiasa memerhati tingkah laku
muridnya bagi memastikan komunikasi berlaku antara guru dengan murid serta antara murid

6
dengan murid. Pemerhatian juga boleh membantu guru menentukan kesediaan dan
penerimaan murid terhadap pengajaran.

Pemerhatian dapat diklasifikasikan kepada dua bentuk iaitu pemerhatian berstruktur dan tidak
berstruktur. Rosinah Edinin (2012) menyatakan pemerhatian berstruktur kajian kualitatif
yang mana boleh dijalankan dengan tiga cara iaitu pemerhatian tanpa turut serta, pemerhatian
separa turut serta dan pemerhatian turut serta. Apa yang membezakan ketiga-tiga bentuk
pemerhatian ini adalah tahap penglibatan pengkaji dalam aktiviti yang dilakukan oleh murid.

5.0 CABARAN

Bermain alat perkusi tidak mudah, lebih lagi apabila hendak memperkenalkan kepada kanak-
kanak. Antara cabaran yang di hadapi oleh para guru dalam mengajar alat perkusi kepada
kanak-kanak ialah guru hendaklah mempunyai kemahiran yang baik dalam bermain alat-alat
perkusi tersebut. Jika guru sendiri tidak mempunyai kemahiran yang baik, pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan alatan perkusi ini tidak akan berjaya.

Kedua, alatan perkusi perlu di jaga rapi agar bunyi dan fungsi nya masih elok untuk
digunakan. Oleh yang demikian, adalah satu cabaran kepada guru-guru untuk memastikan
tempat penyimpanan alat perkusi ini sesuai dan selamat. Selain itu, terdapat juga beberapa
alatan perkusi yang memerlukan guru-guru untuk meletakkan di bawah cahaya matahari yang
terik seperti kompang. Kompang yang diperbuat daripada kulit lembu perlu di jemur di
bawah cahaya matahari terik bagi memastikan bunyi yang dihasilkan padu dan nyaring.

Ketiga, guru-guru hendaklah merancang satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan mampu mencapai objektif pembelajaran. Ini kerana jika guru tidak berjaya
menarik minat murid untuk mempelajari alat perkusi yang tradisional ini, maka pengajaran
dan pembelajaran tersebut tidak efektif dan tidak mencapai objektif pembelajaran. Seperti
kita sedia maklum, pada masa kini alatan teknologi seperti ”smartphone”, ”tablet”,
”computer” dan sebagainya menjadi pilihan utama anak-anak dan remaja. Oleh yang
demikian, guru haruslah mampu ”mengalahkan” keterujaan anak-anak ini terhadap alatan
teknologi dan menarik minat mereka kepada alatan perkusi yang lebih tradisional.

6.0 KESIMPULAN

Alat muzik perkusi dianggap sebagai "tulang belakang", atau "jantung" dalam sebuah
permainan dan persembahan muzik. Alat muzik perkursi selalu bekerjasama dengan alat

7
muzik bass. Pada muzik jazz dan muzik popular, pemain bass dan pemain drum sering
dibahagikan kepada bahagian irama. Kebanyakan muzik-muzik klasik yang ditulis untuk
penampilan sebuah orkestra lengkap sejak zaman Hadyn dan Mozart dengan menggunakan
alat-alat muzik ‘string’, rekoder kayu dan rekoder logam. Pada abad ke lapan belas dan
sembilan belas, jenis alat muzik perkusi yang digunakan dengan banyaknya adalah seperti
‘triangle’ dan ‘simbal’, mereka masih berfungsi seperti peranan timpani, iaitu untuk memberi
penekanan pada bahagian tertentu dalam muzik. Bagaimanapun, pada abad ke dua puluh, alat
muzik perkusi sering digunakan dalam persembahan muzik-muzik klasik.

Dalam setiap persembahan muzik, alat perkusi memainkan peranan yang penting. Instrumen
perkusi digunakan untuk memulakan sesuatu perarakkan band. Dalam sebuah ‘marching
band’, alat muzik perkusi digunakan sebagai penjaga tempo, dan detak yang membolehkan
para pemain berjalan secara serentak dan dalam irama dan kelajuan yang sama. Dalam muzik
jazz klasik, pendengar dapat membezakan jenis irama dengan segera dari ‘hi-hat’ atau bunyi
simbal saat kata ‘swing’ diucapkan. Dalam budaya muzik yang lebih popular, hampir tidak
mungkin untuk menamakan tiga atau jenis irama pada muzik rock, hip-hop, rap, funk atau
bahkan jiwa kerana corak permainan perkusi tidak mempunyai irama dengan ketukan yang
sama.

Alat-alat perkusi boleh ditemui di mana-mana sahaja. Hampir setiap etnik, kaum atau bangsa
mempunyai alat perkusi yang melambangkan identiti mereka. Perkusi menjadi melodi asas
atau `basic rhythm’ untuk sesebuah lagu. Ini kerana rentak perkusi lah yang akan menentukan
corak dan jenis lagu itu. Sebagai contoh, dalam masyarakat Melayu, rentak asli hanya sesuai
di mainkan untuk lagu-lagu asli sahaja. Ianya tidak sesuai dimainkan untuk lagu inang kerana
struktur lagu itu mempunyai corak yang berbeza daripada lagu asli. Jadi, di sini kita dapat
membuat satu kesimpulan bahawa penggunaan rentak yang sesuai amatlah penting dalam
sesebuah lagu. Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan kepada seseorang itu
menggunakan sesuatu rentak perkusi untuk lagu yang berlainan. Inilah yang dikatakan
sebagai pengolahan kreatif atau `creative arragement’ untuk mencipta melodi kreatif yang
baru.

Dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dan menggunakan alat perkusi
membawa budaya yang tak lapuk dek panas dan tak usang dek hujan. Ia juga membawa
banyak kebaikan kepada anak-anak muda dalam memastikan alat tradisional ini sentiasa tidak
ditelan zaman.

8
BAHAGIAN 2

1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik

Tahun/Kelas : Darjah 1 Kenari

Bilangan Pelajar : 25 orang

Tarikh :1 November 2019

Masa :9.00 – 9.30 pagi

Tajuk :Pengalaman perkusi

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran , murid dapat :

i)Mengenal alat perkusi tradisional “Angklung”

ii)Memegang alat perkusi tradisional secara bebas dan betul.

iii)Memainkan alat perkusi tradisional secara bebas dan betul.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

i)Set induksi

ii)aktiviti : perbincangan dua hala –penggunaan alat bantu-


pengukuhan

iii)penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran.

Nilai : memberi perhatian, patuh pada arahan dan bertolak ansur.

KBKK : memahami, mengingat menghuraikan.

Pengetahuan sedia ada : murid-murid pernah melihat beberapa jenis alat muzik dalam
televisyen dan gambar-gambar

9
Langkah / Isi Perlaksanaan aktiviti pengajaran dan
Catatan
Pelajaran/masa pembelajaran

Masa Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Permulaan -Menjana idea dan -Murid beri idea


pengetahuan sedia ada murid tentang alat-alat
Aktiviti 1
tentang alat-alat muzik yang muzik yang mereka
Set Induksi mereka tahu dan pernah lihat tahu.

(4 minit)

Pertengahan -Menayangkan persembahan -Menyaksikan


slid bertajuk “Peralatan Muzik persembahan slid
Aktiviti 2
Tradisional”: “Peralatan Muzik
Aplikasi idea Tradisional”
Loceng
(20 minit)
Kastanet

Tamborin

Drum
-Murid beri respon
-Guru membawa kepada
pada perbincangan
aktiviti perbincangan dua hala
guru.
untuk mengenal , memegang
dan memainkan alat muzik
yang dipelajari:
-Murid memegang
-Guru memberi peluang dan memainkan
kepada murid untuk Loceng secara
memegang dan memainkan bebas.
“Loceng” secara bebas untuk
beberapa ketika.
-Murid mendapat
-Guru memberikan bimbingan
bimbingan dari
kepada murid cara memegang
guru untuk
dan cara memainkan loceng

10
dengan cara yang betul. memegang dan
memainkan loceng
dengan betul.

Penutup -Guru mengedarkan lembaran -Murid menerima


kerja kepada setiap murid . lembaran kerja
Aktiviti 3
berdasarkan tajuk
-Guru memberikan arahan
(6 minit) yang dipelajari.
agar murid dapat mewarnakan
nama perkatan alat muzik -Murid
“Loceng” dan menampalnya mewarnakan
didalam buku nota Pendidikan gambar pada
Muzik lembaran kerja
yang diperolehi
dengan bimbingan
guru.

REFLEKSI :

Kekuatan - Memang tidak dinafikan penggunaan bahan bantu mengajar membantu


melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Apa lagi bahagian set induksi yang yang
merupakan permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jika set
induksi menarik, murid-murid akan berasa seronok belajar dan akan mengikuti apa yang guru
ajar hingga akhir. Dengan penggunaan bahan bantu mengajar juga murid-murid akan
memahami dan mengetahui sesuatu topik yang diajar dan ini akan membuatkan objektif
pelajaran tercapai pada hari tersebut.

Kelemahan – Penggunaan bahan bantu mengajar yang terdiri daripada alat perkusi ini amat
sukar di laksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana murid-murid apabila
berasa teruja, mereka tidak lagi mendengar arahan daripada guru. Selain itu, murid-murid
yang tidak mempunyai kemahiran untuk bermain kelihatan seperti tidak berminat dan tidak
memberikan fokus pada pengajaran dan pembelajaran.

Langkah Mengatasi - Untuk mengatasi masalah ini, saya perlu menyerahkan alatan perkusi
setelah bersedia untuk bermain. Alatan tersebut tidak boleh diserahkan awal kepada murid-

11
murid. Untuk murid yang tidak tahu cara bermain perlu di kumpulkan dan diletakkan di
bahagian hadapan agar saya dapat memberikan fokus kepada mereka. Ini juga bagi
mengelakkan mereka tidak bermain dengan betul.

(2501 patah perkataan)

RUJUKAN

Carl Orff . Diperoleh daripada http://www.scribd.com/doc/36378074/Carl-Orff.Choksy, L.


(1992). The Kodaly method 1: Comprehensive music education third. New Jersey: Prentice
Hall.

Johaimi Abdullah ( 1997 ). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Asmawati Ismail. (2012). Teknik bermain dalam P&P. Diperoleh


daripadahttp:/www.slideshare.net/mamacayah/gaming-13721240

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan


Malaysia.(2008). Buku manual kajian tindakan ( Edisi ke-3). Kuala Lumpur: Percetakan
NasionalMalaysia Bhd.

Kemmis, S. & Mc Taggart, R. (1998). The action research planner: Action research and
thecritical analysis of pedagogy. Melbourne: Deakin University.

Bandura, Albert ( 1986). Diperoleh daripada http://sudutpsikologi.blogspot.my/2010/08/teori-


pembelajaran-sosial-albert.htm

12

Anda mungkin juga menyukai