Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN


( SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN )
SEMESTER JANUARI 2015

HBEC 3303
TERAPI BERMAIN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TAJUK: ANALISIS LARAS BAHASA MELAYU

NAMA
NO.MATRIK
NO.KAD PENGENALAN

:
:

NUR ZYELAH

651226125041-001
:

NO.TEL

651226-12-5041
:

0128327414

TUTOR

ABDUL NASIR BIN HJ PAISAL

E-MAIL

jikal_65@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM TAWAU

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 NONPARENTAL CARE
3.0 KESAN NONPARENTAL CARE DI SEKOLAH

4.0
5.0

1.0

MUKA SURAT
3
4
6

3.1

TINGKAH LAKU BERMASALAH

3.2

CADANGAN MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU

11

KESIMPULAN
RUJUKAN

13
14

PENGENALAN

Kemahiran sosial kanak-kanak adalah bergantung pada cara seseorang kanak-kanak itu
dibesarkan sejak berumur 5 tahun yang pertama. Tahap penjagaan seseorang kanak-kanak
akan mempengaruhi tahap perkembangan sosial kanak-kanak tersebut apabila usia mereka
semakin meningkat. perkembangan sosial kanak-kanak yang dimaksudkan merupakan satu
proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi
2

dengan orang lain di sekeliling mereka mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu
masyarakat serta budaya. Perkembangan sosial ini juga meliputi proses sosialisasi yang
membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau menyesuaikan diri mereka
dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.
Sejak anak-anak dilahirkan, ibu bapa adalah orang yang pertama yang akan mempengaruhi
sikap mereka sama ada bersikap baik atau sebaliknya. Menurut Asri (1997), ibu bapa adalah
individu yang paling rapat dengan anak mereka. Bagi anak-anak, didikan dan asuhan
daripada ibu bapa mereka akan mempengaruhi sikap mereka terutama dalam aspek sosial
mereka apabila mereka dewasa kelak.
Terbaru, berita yang paling hangat disaksikan di media elektronik dan media cetak berhubung
dengan seorang amah atau pembantu rumah yang mendera seorang bayi kepada majikannya
dengan cara membaling bayi tersebut umpama membuat sekeping roti canai adalah sangat
kejam. Tiada siapa yang tahu akan nasib bayi berkenaan jika sekiranya berterusan dan
mungkin akan menjejaskan bukan sahaja perkembangan kognitif bayi tersebut bahkan turut
akan menjejaskan perkembangan kemahiran sosialnya.
Di dalam konteks kemahiran sosial anak-anak, tugasan ini akan membincangkan berhubung
dengan satu isu yang semakin hangat diperkatakan dan telah menjadi satu isu kajian di serata
dunia. Isu yang dimaksudkan ialah isu penjagaan anak tanpa melibatkan ibu bapa atau
nonparental care. Isu ini akan memfokuskan kepada kesan-kesan yang akan berlaku atau
dalam erti kata lain tingkah laku bermasalah yang akan wujud kesan daripada penjagaan
anak-anak tanpa campur tangan ibu bapa ini. Seterusnya saya akan cuba menyediakan
beberapa cadangan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tingkah laku yang
berlaku yang lebih berfokus kepada pendidikan di peringkat awal persekolahan.
2.0

NONPARENTAL CARE

Istilah nonparental care merujuk kepada cara penjagaan yang diterima oleh anak-anak
yang bukan daripada ibu, bapa atau penjaga termasuk juga perkhidmatan pusat-pusat jagaan
kanak-kanak, penjagaan luar dan dalam rumah oleh saudara atau bukan saudara yang
mempunyai tali persaudaraan dengan anak-anak tersebut. Tiada istilah yang sesuai untuk
digunakan di dalam bahasa Melayu yang dapat memberikan maksud yang jelas berkaitan
dengan penjagaan kanak-kanak yang bukan di bawah jagaan ibu atau bapa. Oleh yang
demikian, saya menggunakan istilah nonparental care untuk memudahkan pemahaman
pembaca berhubung dengan perbincangan berkaitan dengan topik ini. Saya juga telah
3

membuat beberapa pembacaan daripada artikel-artikel dan buku-buku untuk mengkaji sejauh
mana kesan yang mungkin akan timbul disebabkan oleh penjagaan anak-anak tanpa
melibatkan ibu bapa (nonparental care).
Dewasa kini ramai ibu bapa yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai banyak masa untuk
menguruskan anak-anak mereka. Sebagai buktinya, dapatan kajian di Malaysia mendapati,
penglibatan penjawat awam telah bertambah dari 65.1% pada tahun 2001 kepada 66.9% pada
tahun 2006 dan penglibatan pekerja wanita turut bertambah dari 44.4% pada tahun 2001
kepada 46.1% pada tahun 2006. Oleh yang demikian, mereka menghantar anak-anak mereka
ke pusat-pusat asuhan kanak-kanak, Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), Taman
Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), dan banyak lagi pusat-pusat penjagaan kanak-kanak
yang terdapat di negara kita Malaysia.
Selain menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat asuhan, ada juga ibu bapa yang memilih
alternatif lain disebabkan oleh kemampuan kewangan mereka. Antara penyelesaian yang
sering dipilih oleh ibu bapa ini adalah menghantar anak-anak mereka kepada saudara mara
atau bukan saudara mara untuk dijaga di rumah. Saudara mara mereka sama ada ibu, ibu
saudara, sepupu, kakak atau adik. Manakala bukan saudara pula adalah lebih kepada
pengasuh atau seseorang yang menjaga anak-anak mereka di rumah mereka sendiri. Pengasuh
yang dimaksudkan ini mungkin tidak mempunyai lesen perkhidmatan untuk mengasuh anakanak.
Terdapat kebimbangan mengenai tahap penjagaan anak-anak oleh pengasuh. Hal ini kerana
kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai latihan penjagaan bayi dan tidak berlesen.
Penjagaan anak-anak oleh pengasuh melaporkan banyak kes penderaan kanak-kanak berlaku.
Ibu bapa yang bekerja atau ibu dan bapa tunggal yang bekerja berdepan dengan pelbagai
cabaran dalam menjaga dan mendidik anak-anak. Mereka perlu memainkan peranan dalam
keluarga dan juga sebagai pekerja. Peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka
sama ada dirumah atau di tempat kerja menyebabkan timbulnya pelbagai masalah dan konflik
dalaman dan luaran. Oleh sebab itu, apabila mereka menghantar anak-anak mereka ke pusat
penjagaan kanak-kanak, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit sebanyak tekanan
yang dihadapi oleh mereka. Mereka tidak perlu risau dengan anak-anak sewaktu mereka
sedang bekerja kerana mereka telah menempatkan anak mereka di tempat yang sepatutnya.
Terdapat beberapa teori yang dapat dikaitkan dengan penjagaan kanak-kanak bukan melalui
ibu bapa yang sedang dibincangkan ini. Teori-teori tersebut adalah lebih menumpukan
4

kepada teori-teori dalam aspek perkembangan sosial seseorang kanak-kanak. Teori yang
pertama ialah teori oleh Erik Erikson (1902-1994) yang telah menganalisis perkembangan
sosial kanak-kanak dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa
manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung
kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku
mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu
yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Teori Erik Erikson
dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia menggabungkan tiga
faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan
sosial. Dalam konteks penjagaan anak-anak, teori ini dapat dikaitkan kerana ibu bapa
merupakan salah satu keperluan asas kepada anak-anak memperkembangkan kemahiran
sosial mereka.
Teori yang kedua ialah teori yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner di mana menurut
beliau, persekitaran kanak-kanak terdiri daripada satu set sistem sosial sebagai struktur
berlapis bermula dengan mereka yang terdekat dengan kehidupan kanak-kanak seperti ibubapa serta keluarga dan beransur kepada mereka yang akan terlibat dalam kehidupan kanakkanak ini secara langsung atau tidak langsung. Menurut Bronfenbrenner lagi, perkembangan
terjadi melalui proses interaksi yang regular, aktif, dua aras antara individu dan lingkungan
sehari-hari.

Interaksi

antara

kanak-kanak

dengan

persekitaran

dipercayai

dapat

mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Perkembangan kanakkanak merupakan hasil daripada interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak
tersebut. Menurut beliau lagi, persekitaran individu terdiri daripada lima lapisan sistem iaitu:
Mikrosistem
Mesosistem
Eksosistem
Makrosistem
Kronosistem
Dalam konteks teori yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner ini, lebih menjurus kepada
persekitaran kanak-kanak. Persekitaran kanak-kanak yang baik akan dapat merangsang
perkembangan sosial anak-anak dengan baik. Dikaitkan dengan isu yang sedang
dibincangkan, penjagaan anak-anak di rumah-rumah asuhan sebagai contohnya, akan
mempengaruhi tahap perkembangan sosial anak-anak tersebut kerana anak-anak pada
peringkat awal sudah mula berjauhan dengan ibu bapa mereka sekiranya mereka dibesarkan
5

oleh orang lain. Hal ini menyebabkan anak-anak akan kehilangan rasa kasih sayang daripada
ibu bapa mereka sendiri.

3.0

KESAN NONPARENTAL CARE DI SEKOLAH

Kanak-kanak yang bukan di bawah jagaan ibu bapa mereka kebanyakannya akan
menimbulkan masalah apabila mereka berada di dalam kelas untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Kebanyakan murid yang mempunyai masalah tingkah laku di dalam kelas
adalah murid-murid yang kebanyakan masa mereka membesar dengan orang lain dan bukan
dengan ibu bapa mereka sendiri. Ada juga segelintir murid yang berada di bawah jagaan ibu
bapa mereka yang mempunyai masalah tingkah laku di sekolah tetapi tidaklah berada pada
jumlah yang banyak jika dibandingkan dengan anak-anak yang dibesarkan bukan di bawah
jagaan ibu bapa mereka. Berikut adalah perbincangan berhubung dengan tingkah laku
bermasalah yang mungkin akan berlaku oleh kanak-kanak tersebut di sekolah.
3.1

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Perbincangan berhubung dengan isu nonparental care diteruskan lagi dengan


membincangkan soal tingkah laku bermasalah yang mungkin akan berlaku di sekolah
sekiranya murid-murid ini adalah daripada golongan kanak-kanak yang berada di bawah
jagaan orang lain selain daripada ibu bapa mereka sendiri. Berikut adalah perbincangan
berhubung dengan tingkah laku bermasalah dengan isu nonparental care.
Mengikut kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang wujud akibat kekurangan
keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi
perubahan situasi dalam alam persekitarannya. Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan
tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu
perjalanan kehidupannya.
G. P Driscoll dalam bukunya bertajuk What Control Our Behavior (Nov.1946)
menegaskan bahawa;
Tingkah laku individu adalah ditentukan oleh nilai-nilai yang ada pada seseorang dan
dianggap penting dan kepuasan yang ia dapati dalam kehidupan sehari-hari. Setiap individu
inginkan kefahaman prestij dan peluang untuk berbakti. Yang lebih penting ialah pengekalan
keseimbangan emosi diperlukan supaya hidup setiap individu menjadi bermakna kepadanya,
6

yang ia dapati dari peluang untuk mencari pernyataan yang memuaskan hati bagi nilai
rohaninya .
Di bawah konteks pendidikan, menurut Kerr dan Nelson (1989), tingkah laku bermasalah
merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau pun
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku
bermasalah ini boleh diklasifikasikan sebagai tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan
norma sosial masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya, bertentang dengan tingkah laku
normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang
dalam masyarakat.
Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour
Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam
berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan
keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan
keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.
Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu:1.

Tingkah laku Bermasalah Negatif


Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi :

Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku


ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri.

Kebimbangan sentiasa berasa takut, menunjukkan


reaksi bimbang, tiada keyakinan diri.

Pergantungan

lebihan

terlalu

mengharapkan

pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama ibu


bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja,
tidak boleh berdikari

Pengunduran diri malu untuk menunjukkan kebolehan,


teragak-agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin
pada kebolehan diri, sering menggangap orang lebih
baik dari dirinya
7

Pengasingan

diri

tidak

suka

bergaul

atau

berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap rendah diri


yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-kawan

Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku


ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang
lain.

Hiperaktif kelakuan atau bertingkah laku yang


tersangat agresif

Kelakuan nakal suka menggangu kawan-kawan,


membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas.

Bising menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak


bercakap .

Bergerak sesuka hati suka keluar masuk kelas tanpa


kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi
pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai
bila-bila masa.

Ketawa kuat ketawa dengan suara yang nyaring dan


kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di
sekelilingnya

Agresif secara lisan / fizikal menggunakan kata-kata


kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan

Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi neurotic atau
psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah,
melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.
Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh
membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.

Permusuhan nyata suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal dengan mana-mana
murid terutama rakan sebaya.
Vandalisme suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan
pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi
atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja.
Kumpulan liar terlibat dengan kumpulan tidak bermoral
Klik mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai perangai atau tabiat
yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik
Geng menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang ditakuti atau
digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain.
Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah. Di
dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid
sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada
peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada
peringkat akan datang.

Menurut Duke (1980) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap


perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana
mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa
yang dikatakannya sebagai the potential influence of students free will .
Tingkah laku bermasalah Positif
Tingkah laku bermasalah positif merangkumi :Tingkah laku ingin tahu sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang
dilihat
Tingkah laku cepat belajar cepat menangkap atau catch up sesuatu perkara yang baru
dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat
Tingkah laku pintar cerdas sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan
berfikir
9

Tingkah laku proaktif sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan
berbanding kawan-kawan yang lain
Mengikut Parsona (1964) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika
ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak
yang tidak bermoral.
Kajian-kajian Sandstorm (1968), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers (1962) dan Bee (1975)
menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian
yang dilakukan di rumah dan di sekolah.
Menurut Hussein Mahmood (1980) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh
pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.
Kajian Harbans Kaur (1982) dan K Kandiah (1982) mengenai Jevenile Delinquency
mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari
rumahtangga yang serba kekurangan.

CADANGAN MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU


Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh digunakan oleh seorang guru yang berhadapan
dengan murid yang mempunyai masalah tingkah laku kesan daripada penjagaan bukan
daripada ibu bapa mereka. antaranya ialah, Selain dari langkah menangani melalui kaedah
kemahiran komunikasi guru dalam bilik darjah, guru juga boleh menggunakan kaedah
pengurusan disiplin bilik darjah. Menurut James (Jun, 2005) yang telah mengemukakan
Pendekatan

Instruktional

(Instructional

classroom

management

approach)

yang

berpandangan bahawa pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan
berkesan akan berjaya mengelakkan atau setidak-tidaknya mengurangkan masalah disiplin
pelajar dalam bilik darjah. Peranan guru adalah untuk merancang dan melaksanakan
pengajaran yang baik yang sesuai dengan keperluan dan minat pelajar atau dalam kata lain,
pelajaran yang dapat memotivasikan murid. Guru juga hendaklah melaksanakan rancangan
pelajaran dan mempelbagaikan kaedah mengajar dan menggunakan bahan bantuan mengajar
utuk menarik perhatian dan minat pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran harus sejajar
dengan kebolehan pelajar. Teknik pengajaran haruslah berpusatkan pelajar dan memenuhi
keperluan-keperluan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dirancang hendaklah menarik minat
pelajar. Guru hendaklah memastikan pelajar sentiasa memenuhi masa dengan tugasan yang
berfaedah agar mereka tidak berasa dan tidak menimbulkan masalah disiplin.

10

Dalam pengurusan disiplin dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan dengan memberi
peneguhan kepada pelajar sama ada dalam betuk peneguhan positif atau peneguhan negatif.
Peneguhan positif terdiri daripada memberi ganjaran, pujian, hadiah untuk hasil kerja pelajar
dan supaya pelajar mewujudkan tingkah laku yang membina dan positif serta dikaitkan
dengan perasaan kegembiraan. Mengubah tingkah laku dengan memberi ganjaran kepada
tingkah laku yang diingini dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Penggunaan
peneguhan yang sistematik boleh membentuk tingkah laku seperti yang dikehendaki. Tingkah
laku menjadi kurang atau lemah jika tidak diikuti dengan pengukuhan.
Pemberian ganjaran dalam bentuk token ekonomi iaitu sesuatu simbol yang boleh ditukar
dengan peneguhan lain yang disukai oleh pelajar contohnya 5 bintang boleh ditukar dengan
sebatang pensel berjenama yang disukai oleh pelajar. Manakala perjanjian kontrak yang
formal menyatakan dengan jelas apa yang diharapkan daripada pelajar dalam bentuk tingkah
laku dan hasilan kerja serta ganjaran yang diterima jika mematuhi kontrak.. Melalui teknik
menggunakan kad di mana kad pelajar akan dicop jika mereka mencapai tingkah laku sasaran
yang ditetapkan. Kad yang sempurna dicop dan memenuhi syarat boleh ditukarkan dengan
aktiviti yang menyeronokkan. melalui teknik hentian sejenak semasa proses pengajaran, guru
boleh berhenti sejenak sekiranya pelajar menimbulkan kebisingan. Guru terus merenung ke
arah pelajar dan biasanya pelajar-pelajar berkenaan akan berasa segan dan terus mengubah
tingkah laku.
Pengurusan disiplin di dalam bilik darjah boleh dilakukan dengan teknik Time-out di
mana guru akan meletakkan pelajar yang menimbulkan masalah disiplin di sudut khas.
Pelajar yang bermasalah tingkah laku akan terasa dia telah melakukan satu kesalahan.
Selepas satu atau dua minit, dia akan ditanya secara perlahan samaa da sudah bersedia untuk
kembali ke tempat duduknya. Selain itu, dengan mengasingkan pelajar yang bermasalah
seperti pelajar yang hiperaktif boleh ditempatkan berhampiran meja guru dan dihadkan
kawasan pergerakannya. Pelajar yang sentiasa mengganggu perhatian ditempatkan
menghadap dinding atau meja karel disediakan untuk menggadang gangguan perhatian.
4.0

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan
anak-anak mereka. Perkembangan awal anak-anak mereka adalah bergantung pada
tahap penjagaan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Perkembangan seseorang
kanak-kanak adalah tidak sempurna jika tiada penjagaan yang baik daripada ibu bapa.
Oleh yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan lebih perhatian kepada anak-anak
11

mereka terutama dalam usia awal perkembangan kanak-kanak mereka supaya mereka
dapat membesar dan memperoleh perkembangan mereka secara normal dan
seterusnya dapat mengelakkan masalah-masalah tingkah laku yang serius berlaku
apabila mereka dewasa kelak.
Asri (1997), ibu bapa adalah individu yang paling rapat dengan anak. Jika ibu
bapa tidak menjadi rol model yang baik, maka gagal pendidikan formal di rumah. Ini
kerana sejak anak-anak dilahirkan, ibu bapa merupakan orang yang mula-mula akan
mempengaruhi sikap mereka sama ada baik ataupun sebaliknya.

5.0

RUJUKAN BUKU
Abdul Aziz Abdul Shukor, Suppiah Nachiappan & Ramlah Jantan. 2008. Psikologi
Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Aminah Ayob, et.al (2008). Kurikulum PERMATA, Panduan Pendidikan Awal KanakKanak 0-4 Tahun. Tanjong Malim : Pusat Penyelidikan Kanak-Kanak Negara.
Azizi Yahya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon ( 2005 ). Psikologi
Sosial Alam Remaja. Cetakan Pertama. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. 2009. Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program


Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd

Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan .
Selangor : Penerbitan Kyazano Enterprise

Supiah Nachiappan et. Al. 2007. Psikologo Pendidikan. Kuala Lumpur. Oxford Fajar
Sdn. Bhd

12

Mahmood Nazar Mohamed. 1992. Pengantara Psikologi Satu Pengenalan Kepada


Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

INTERNET
(2011, 06). Non-Parental Child Care. StudyMode.com. Retrieved 06, 2011, from
http://www.studymode.com/essays/Non-Parental-Child-Care-723303.html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaansediainsentifatasikeskanakkanakdiderapengasuhtidakterlatih/Article/index_html diakses pada 22 Februari 2013.
http://www.womenshealthdata.ca/category.aspx?catid=146&rt=2 diakses pada 26
Februari 2013.
http://www.rehal-centre.com/index.php?
option=com_content&view=article&id=104:fahami-fitrah-kanakkanak&catid=29:pendidikan-anak&Itemid=23 diakses pada 26 Februari 2013.
http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/pendekatan-psikologi-dalam-mendidikanak-1.11002 diakses pada 27 Februari 2013.
http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html diakses pada 27
Februari 2013.
http://naga-5.blogspot.com/2012/08/markah-tugasan-3840-psikologi-kanak.html
diakses pada 28 Februari 2013.
http://ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/psikologi-perkembangankanak-kanak.html
diakses pada 28 Februari 2013.
http://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-sosial-kanak-kanak.html
diakses pada 1 Mac 2013.
paa2013.princeton.edu/papers/130568 diakses pada 1 Mac 2013.

13

Anda mungkin juga menyukai