Anda di halaman 1dari 15

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

SEMESTER 6/ JANUARI 2013

HBEC 3203
CHILD PSYCHOLOGY

NAMA

NADEYAH BINTI MOHD APANDI

TUTOR

AHMAD NURUL ASWAD BIN ABDULLAH

NO. MATRIKULASI

8412200166420001

NO. KAD PENGENALAN

841220-01-6642

NO. TELEFON

019-7788022

E-MEL

nadya_fnd@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM Kampus Batu Pahat Johor

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

NONPARENTAL CARE

3.0

KESAN NONPARENTAL CARE DI SEKOLAH

3.1

TINGKAH LAKU BERMASALAH

3.2

CADANGAN MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU

11

4.0

KESIMPULAN

13

5.0

RUJUKAN

14

1.0

PENGENALAN

Kemahiran sosial kanak-kanak adalah bergantung pada cara seseorang kanakkanak itu dibesarkan sejak berumur 5 tahun yang pertama. Tahap penjagaan seseorang
kanak-kanak akan mempengaruhi tahap perkembangan sosial kanak-kanak tersebut
apabila usia mereka semakin meningkat. perkembangan sosial kanak-kanak yang
dimaksudkan merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak
berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain di sekeliling mereka mengikut cara
yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Perkembangan sosial ini
juga meliputi proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah
laku sosial atau menyesuaikan diri mereka dalam sesuatu persekitaran atau
lingkungan sosial.
Sejak anak-anak dilahirkan, ibu bapa adalah orang yang pertama yang akan
mempengaruhi sikap mereka sama ada bersikap baik atau sebaliknya. Menurut Asri
(1997), ibu bapa adalah individu yang paling rapat dengan anak mereka. Bagi anakanak, didikan dan asuhan daripada ibu bapa mereka akan mempengaruhi sikap mereka
terutama dalam aspek sosial mereka apabila mereka dewasa kelak.
Terbaru, berita yang paling hangat disaksikan di media elektronik dan media
cetak berhubung dengan seorang amah atau pembantu rumah yang mendera seorang
bayi kepada majikannya dengan cara membaling bayi tersebut umpama membuat
sekeping roti canai adalah sangat kejam. Tiada siapa yang tahu akan nasib bayi
berkenaan jika sekiranya berterusan dan mungkin akan menjejaskan bukan sahaja
perkembangan kognitif bayi tersebut bahkan turut akan menjejaskan perkembangan
kemahiran sosialnya.
Di

dalam

konteks

kemahiran

sosial

anak-anak,

tugasan

ini

akan

membincangkan berhubung dengan satu isu yang semakin hangat diperkatakan dan
telah menjadi satu isu kajian di serata dunia. Isu yang dimaksudkan ialah isu
penjagaan anak tanpa melibatkan ibu bapa atau nonparental care. Isu ini akan
memfokuskan kepada kesan-kesan yang akan berlaku atau dalam erti kata lain tingkah
laku bermasalah yang akan wujud kesan daripada penjagaan anak-anak tanpa campur
tangan ibu bapa ini. Seterusnya saya akan cuba menyediakan beberapa cadangan yang
boleh digunakan untuk mengatasi masalah tingkah laku yang berlaku yang lebih
berfokus kepada pendidikan di peringkat awal persekolahan.

2.0

NONPARENTAL CARE
Istilah nonparental care merujuk kepada cara penjagaan yang diterima oleh
anak-anak yang bukan daripada ibu, bapa atau penjaga termasuk juga perkhidmatan
pusat-pusat jagaan kanak-kanak, penjagaan luar dan dalam rumah oleh saudara atau
bukan saudara yang mempunyai tali persaudaraan dengan anak-anak tersebut. Tiada
istilah yang sesuai untuk digunakan di dalam bahasa Melayu yang dapat memberikan
maksud yang jelas berkaitan dengan penjagaan kanak-kanak yang bukan di bawah
jagaan ibu atau bapa. Oleh yang demikian, saya menggunakan istilah nonparental
care untuk memudahkan pemahaman pembaca berhubung dengan perbincangan
berkaitan dengan topik ini. Saya juga telah membuat beberapa pembacaan daripada
artikel-artikel dan buku-buku untuk mengkaji sejauh mana kesan yang mungkin akan
timbul disebabkan oleh penjagaan anak-anak tanpa melibatkan ibu bapa (nonparental
care).
Dewasa kini ramai ibu bapa yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai banyak
masa untuk menguruskan anak-anak mereka. Sebagai buktinya, dapatan kajian di
Malaysia mendapati, penglibatan penjawat awam telah bertambah dari 65.1% pada
tahun 2001 kepada 66.9% pada tahun 2006 dan penglibatan pekerja wanita turut
bertambah dari 44.4% pada tahun 2001 kepada 46.1% pada tahun 2006. Oleh yang
demikian, mereka menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat asuhan kanak-kanak,
Taman

Asuhan

Kanak-Kanak

(TASKA),

Taman

Bimbingan

Kanak-Kanak

(TABIKA), dan banyak lagi pusat-pusat penjagaan kanak-kanak yang terdapat di


negara kita Malaysia.
Selain menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat asuhan, ada juga ibu bapa
yang memilih alternatif lain disebabkan oleh kemampuan kewangan mereka. Antara
penyelesaian yang sering dipilih oleh ibu bapa ini adalah menghantar anak-anak
mereka kepada saudara mara atau bukan saudara mara untuk dijaga di rumah. Saudara
mara mereka sama ada ibu, ibu saudara, sepupu, kakak atau adik. Manakala bukan
saudara pula adalah lebih kepada pengasuh atau seseorang yang menjaga anak-anak
mereka di rumah mereka sendiri. Pengasuh yang dimaksudkan ini mungkin tidak
mempunyai lesen perkhidmatan untuk mengasuh anak-anak.
Terdapat kebimbangan mengenai tahap penjagaan anak-anak oleh pengasuh.
Hal ini kerana kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai latihan penjagaan bayi
dan tidak berlesen. Penjagaan anak-anak oleh pengasuh melaporkan banyak kes
4

penderaan kanak-kanak berlaku. Ibu bapa yang bekerja atau ibu dan bapa tunggal
yang bekerja berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menjaga dan mendidik anakanak. Mereka perlu memainkan peranan dalam keluarga dan juga sebagai pekerja.
Peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sama ada dirumah atau di
tempat kerja menyebabkan timbulnya pelbagai masalah dan konflik dalaman dan
luaran.

Oleh sebab itu, apabila mereka menghantar anak-anak mereka ke pusat

penjagaan kanak-kanak, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit sebanyak


tekanan yang dihadapi oleh mereka. Mereka tidak perlu risau dengan anak-anak
sewaktu mereka sedang bekerja kerana mereka telah menempatkan anak mereka di
tempat yang sepatutnya.
Terdapat beberapa teori yang dapat dikaitkan dengan penjagaan kanak-kanak
bukan melalui ibu bapa yang sedang dibincangkan ini. Teori-teori tersebut adalah
lebih menumpukan kepada teori-teori dalam aspek perkembangan sosial seseorang
kanak-kanak. Teori yang pertama ialah teori oleh Erik Erikson (1902-1994) yang
telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka masa kehidupan
mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama
dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan
tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson
percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya
tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Teori Erik Erikson dikenali
sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia menggabungkan tiga
faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan
sosial. Dalam konteks penjagaan anak-anak, teori ini dapat dikaitkan kerana ibu bapa
merupakan salah satu keperluan asas kepada anak-anak memperkembangkan
kemahiran sosial mereka.
Teori yang kedua ialah teori yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner di mana
menurut beliau, persekitaran kanak-kanak terdiri daripada satu set sistem sosial
sebagai struktur berlapis bermula dengan mereka yang terdekat dengan kehidupan
kanak-kanak seperti ibu-bapa serta keluarga dan beransur kepada mereka yang akan
terlibat dalam kehidupan kanak-kanak ini secara langsung atau tidak langsung.
Menurut Bronfenbrenner lagi, perkembangan terjadi melalui proses interaksi yang
regular, aktif, dua aras antara individu dan lingkungan sehari-hari. Interaksi antara
kanak-kanak

dengan

pertumbuhan

dan

persekitaran

perkembangan

dipercayai
kanak-kanak.
5

dapat

mempengaruhi

Perkembangan

proses

kanak-kanak

merupakan hasil daripada interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak


tersebut. Menurut beliau lagi, persekitaran individu terdiri daripada lima lapisan
sistem iaitu:
Mikrosistem
Mesosistem
Eksosistem
Makrosistem
Kronosistem
Dalam konteks teori yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner ini, lebih
menjurus kepada persekitaran kanak-kanak. Persekitaran kanak-kanak yang baik akan
dapat merangsang perkembangan sosial anak-anak dengan baik. Dikaitkan dengan isu
yang sedang dibincangkan, penjagaan anak-anak di rumah-rumah asuhan sebagai
contohnya, akan mempengaruhi tahap perkembangan sosial anak-anak tersebut kerana
anak-anak pada peringkat awal sudah mula berjauhan dengan ibu bapa mereka
sekiranya mereka dibesarkan oleh orang lain. Hal ini menyebabkan anak-anak akan
kehilangan rasa kasih sayang daripada ibu bapa mereka sendiri.

3.0

KESAN NONPARENTAL CARE DI SEKOLAH

Kanak-kanak yang bukan di bawah jagaan ibu bapa mereka kebanyakannya


akan menimbulkan masalah apabila mereka berada di dalam kelas untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan murid yang mempunyai masalah tingkah
laku di dalam kelas adalah murid-murid yang kebanyakan masa mereka membesar
dengan orang lain dan bukan dengan ibu bapa mereka sendiri. Ada juga segelintir
murid yang berada di bawah jagaan ibu bapa mereka yang mempunyai masalah
tingkah laku di sekolah tetapi tidaklah berada pada jumlah yang banyak jika
dibandingkan dengan anak-anak yang dibesarkan bukan di bawah jagaan ibu bapa
mereka. Berikut adalah perbincangan berhubung dengan tingkah laku bermasalah
yang mungkin akan berlaku oleh kanak-kanak tersebut di sekolah.

3.1

TINGKAH LAKU BERMASALAH


Perbincangan berhubung dengan isu nonparental care diteruskan lagi
dengan membincangkan soal tingkah laku bermasalah yang mungkin akan
berlaku di sekolah sekiranya murid-murid ini adalah daripada golongan kanakkanak yang berada di bawah jagaan orang lain selain daripada ibu bapa mereka
sendiri. Berikut adalah perbincangan berhubung dengan tingkah laku
bermasalah dengan isu nonparental care.
Mengikut kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang wujud
akibat kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun
akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitarannya.
Mohd. Nazar Mohamad

(1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah

seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan


kehidupannya.
G. P Driscoll dalam bukunya bertajuk What Control Our Behavior
(Nov.1946) menegaskan bahawa;
Tingkah laku individu adalah ditentukan oleh nilai-nilai yang ada pada
seseorang dan dianggap penting dan kepuasan yang ia dapati dalam
kehidupan sehari-hari. Setiap individu inginkan kefahaman prestij dan
peluang untuk berbakti. Yang lebih penting ialah pengekalan keseimbangan
emosi diperlukan supaya hidup setiap individu menjadi bermakna kepadanya,
yang ia dapati dari peluang untuk mencari pernyataan yang memuaskan hati
bagi nilai rohaninya .
Di bawah konteks pendidikan, menurut Kerr dan Nelson (1989), tingkah
laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh
menjejaskan kelicinan atau pun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran,
khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah ini boleh
diklasifikasikan sebagai tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma sosial
masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya, bertentang dengan tingkah laku
normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh
kebanyakan orang dalam masyarakat.

Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and


the Behaviour Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah
dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak
dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran.
Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk
belajar dan berhubung dengan orang lain.
Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu:1.

Tingkah laku Bermasalah Negatif


Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi :

Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku


ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri.

Kebimbangan sentiasa berasa takut, menunjukkan


reaksi bimbang, tiada keyakinan diri.

Pergantungan

lebihan

terlalu

mengharapkan

pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama ibu


bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja,
tidak boleh berdikari

Pengunduran diri malu untuk menunjukkan kebolehan,


teragak-agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin
pada kebolehan diri, sering menggangap orang lebih
baik dari dirinya

Pengasingan

diri

tidak

suka

bergaul

atau

berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap rendah diri


yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-kawan

Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku


ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang
lain.

Hiperaktif kelakuan atau bertingkah laku yang


tersangat agresif
8

Kelakuan nakal suka menggangu kawan-kawan,


membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas.

Bising menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak


bercakap .

Bergerak sesuka hati suka keluar masuk kelas tanpa


kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi
pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai
bila-bila masa.

Ketawa kuat ketawa dengan suara yang nyaring dan


kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di
sekelilingnya

Agresif secara lisan / fizikal menggunakan kata-kata


kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan

Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi


neurotic atau psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang
jahat, selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak
stabil.

Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini


merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri,
sekolah dan masyarakat.

Permusuhan

nyata

suka

bergaduh,

berlawan,

bertumbuk, mencari pasal dengan mana-mana murid


terutama rakan sebaya.

Vandalisme suka merosakkan harta benda awam


seperti menconteng dinding menggunakan pen, pensil,
marker atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam
tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik
darjah, menggores atau menconteng meja.
9

Kumpulan liar terlibat dengan kumpulan tidak


bermoral

Klik mempunyai hubungan dengan beberapa orang


yang mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi
lebih kepada tingkah laku tidak baik

Geng menubuhkan kumpulan tertentu di dalam


sekolah, kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh
murid-murid lain, bertindak membuli atau menakutnakutkan murid-murid lain.

Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku


berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada
masalah disiplin. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus
oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika
dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada
peringkat akan datang.

Menurut

Duke

bertanggungjawab

(1980)
terhadap

menyatakan

bahawa

perlakuannya

sendiri.

setiap

individu

Murid-murid

berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendakkehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang
dikatakannya sebagai the potential influence of students free will .

2. Tingkah laku bermasalah Positif


Tingkah laku bermasalah positif merangkumi :

Tingkah laku ingin tahu sikap ingin tahu yang tinggi


terhadap sesuatu perkara yang dilihat
10

Tingkah laku cepat belajar cepat menangkap atau catch


up sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari
sesuatu yang baru dengan cepat

Tingkah laku pintar cerdas sentiasa cepat dan pantas


apabila menggunakan otak dan berfikir

Tingkah laku proaktif sentiasa menunjukkan kesungguhan


atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain

Mengikut Parsona (1964) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan


peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang
ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral.
Kajian-kajian Sandstorm (1968), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers
(1962) dan Bee (1975) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan
terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di
sekolah.
Menurut Hussein Mahmood (1980) mendapati bahawa masalah besar
yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan
dengan rumah dan keluarga.
Kajian Harbans Kaur (1982) dan K Kandiah (1982) mengenai Jevenile
Delinquency mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku
bermasalah datangnya dari rumahtangga yang serba kekurangan.

3.2

CADANGAN MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU


Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh digunakan oleh seorang
guru yang berhadapan dengan murid yang mempunyai masalah tingkah laku
kesan daripada penjagaan bukan daripada ibu bapa mereka. antaranya ialah,
Selain dari langkah menangani melalui kaedah kemahiran komunikasi guru
dalam bilik darjah, guru juga boleh menggunakan kaedah pengurusan disiplin
bilik darjah. Menurut James (Jun, 2005) yang telah mengemukakan
Pendekatan Instruktional (Instructional classroom management approach)
11

yang berpandangan bahawa pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan


dengan cekap dan berkesan akan berjaya mengelakkan atau setidak-tidaknya
mengurangkan masalah disiplin pelajar dalam bilik darjah. Peranan guru
adalah untuk merancang dan melaksanakan pengajaran yang baik yang sesuai
dengan keperluan dan minat pelajar atau dalam kata lain, pelajaran yang dapat
memotivasikan murid. Guru juga hendaklah melaksanakan rancangan
pelajaran dan mempelbagaikan kaedah mengajar dan menggunakan bahan
bantuan mengajar utuk menarik perhatian dan minat pelajar. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran harus sejajar dengan kebolehan pelajar. Teknik
pengajaran haruslah berpusatkan pelajar dan memenuhi keperluan-keperluan
mereka. Aktiviti-aktiviti yang dirancang hendaklah menarik minat pelajar.
Guru hendaklah memastikan pelajar sentiasa memenuhi masa dengan tugasan
yang berfaedah agar mereka tidak berasa dan tidak menimbulkan masalah
disiplin.
Dalam pengurusan disiplin dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan
dengan memberi peneguhan kepada pelajar sama ada dalam betuk peneguhan
positif atau peneguhan negatif. Peneguhan positif terdiri daripada memberi
ganjaran, pujian, hadiah untuk hasil kerja pelajar dan supaya pelajar
mewujudkan tingkah laku yang membina dan positif serta dikaitkan dengan
perasaan kegembiraan. Mengubah tingkah laku dengan memberi ganjaran
kepada tingkah laku yang diingini dan mengurangkan tingkah laku yang tidak
diingini. Penggunaan peneguhan yang sistematik boleh membentuk tingkah
laku seperti yang dikehendaki. Tingkah laku menjadi kurang atau lemah jika
tidak diikuti dengan pengukuhan.
Pemberian ganjaran dalam bentuk token ekonomi iaitu sesuatu simbol
yang boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh pelajar
contohnya 5 bintang boleh ditukar dengan sebatang pensel berjenama yang
disukai oleh pelajar. Manakala perjanjian kontrak yang formal menyatakan
dengan jelas apa yang diharapkan daripada pelajar dalam bentuk tingkah laku
dan hasilan kerja serta ganjaran yang diterima jika mematuhi kontrak.. Melalui
teknik menggunakan kad di mana kad pelajar akan dicop jika mereka
mencapai tingkah laku sasaran yang ditetapkan. Kad yang sempurna dicop dan
memenuhi

syarat

boleh

ditukarkan

dengan

aktiviti

yang

menyeronokkan. melalui teknik hentian sejenak semasa proses pengajaran,


guru boleh berhenti sejenak sekiranya pelajar menimbulkan kebisingan. Guru
12

terus merenung ke arah pelajar dan biasanya pelajar-pelajar berkenaan akan


berasa segan dan terus mengubah tingkah laku.
Pengurusan disiplin di dalam bilik darjah boleh dilakukan dengan
teknik Time-out di mana guru akan meletakkan pelajar yang menimbulkan
masalah disiplin di sudut khas. Pelajar yang bermasalah tingkah laku akan
terasa dia telah melakukan satu kesalahan. Selepas satu atau dua minit, dia
akan ditanya secara perlahan samaa da sudah bersedia untuk kembali ke
tempat duduknya. Selain itu, dengan mengasingkan pelajar yang bermasalah
seperti pelajar yang hiperaktif boleh ditempatkan berhampiran meja guru dan
dihadkan kawasan pergerakannya. Pelajar yang sentiasa mengganggu
perhatian ditempatkan menghadap dinding atau meja karel disediakan untuk
menggadang gangguan perhatian.

4.0

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan
anak-anak mereka. Perkembangan awal anak-anak mereka adalah bergantung pada
tahap penjagaan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Perkembangan seseorang
kanak-kanak adalah tidak sempurna jika tiada penjagaan yang baik daripada ibu bapa.
Oleh yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan lebih perhatian kepada anak-anak
mereka terutama dalam usia awal perkembangan kanak-kanak mereka supaya mereka
dapat membesar dan memperoleh perkembangan mereka secara normal dan
seterusnya dapat mengelakkan masalah-masalah tingkah laku yang serius berlaku
apabila mereka dewasa kelak.
Asri (1997), ibu bapa adalah individu yang paling rapat dengan anak. Jika ibu
bapa tidak menjadi rol model yang baik, maka gagal pendidikan formal di rumah. Ini
kerana sejak anak-anak dilahirkan, ibu bapa merupakan orang yang mula-mula akan
mempengaruhi sikap mereka sama ada baik ataupun sebaliknya.

13

5.0

RUJUKAN
BUKU

Abdul Aziz Abdul Shukor, Suppiah Nachiappan & Ramlah Jantan. 2008. Psikologi
Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Aminah Ayob, et.al (2008). Kurikulum PERMATA, Panduan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak 0-4 Tahun. Tanjong Malim : Pusat Penyelidikan Kanak-Kanak
Negara.

Azizi Yahya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon ( 2005 ). Psikologi
Sosial Alam Remaja. Cetakan Pertama. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. 2009. Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program


Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd

Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan .
Selangor : Penerbitan Kyazano Enterprise

Supiah Nachiappan et. Al. 2007. Psikologo Pendidikan. Kuala Lumpur. Oxford Fajar
Sdn. Bhd

Mahmood Nazar Mohamed. 1992. Pengantara Psikologi Satu Pengenalan Kepada


Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

INTERNET
(2011, 06). Non-Parental Child Care. StudyMode.com. Retrieved 06, 2011, from
http://www.studymode.com/essays/Non-Parental-Child-Care-723303.html

14

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaansediainsentifatasikeskanakkanakdiderapengasuhtidakterlatih/Article/index_html diakses pada 22 Februari 2013.

http://www.womenshealthdata.ca/category.aspx?catid=146&rt=2 diakses pada 26


Februari 2013.

http://www.rehalcentre.com/index.php?option=com_content&view=article&id=104:fahami-fitrahkanak-kanak&catid=29:pendidikan-anak&Itemid=23 diakses pada 26 Februari 2013.

http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/pendekatan-psikologi-dalam-mendidikanak-1.11002 diakses pada 27 Februari 2013.

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html diakses pada 27


Februari 2013.

http://naga-5.blogspot.com/2012/08/markah-tugasan-3840-psikologi-kanak.html
diakses pada 28 Februari 2013.

http://ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/psikologi-perkembangankanak-kanak.html
diakses pada 28 Februari 2013.

http://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-sosial-kanak-kanak.html
diakses pada 1 Mac 2013.

paa2013.princeton.edu/papers/130568 diakses pada 1 Mac 2013.

15

Anda mungkin juga menyukai