Anda di halaman 1dari 19

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DENGAN

KEPUJIAN

SEPTEMBER / 2019

HBEC 3103

PENGAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 900113137163001


NO. KAD PENGNEALAN : 900113137163
NO. TELEFON : 0137863167
E-MEL : chelwin@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA KINABALU LEARNING


CENTRE
ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1.0 Pengenalan 2
2.0 Psikolinguistik 2
3.0 Teori Pemerolehan Bahasa 3
3.1 Teori Nativisme 3
3.1.1 Teori mentalis 4-5
3.2 Teori Interaksionisme 5
3.2.1 Model Interaksi Sosial 5-7
3.3 Teori Behaviorisme 7
3.3.1 Teori Pelaziman Operan 7-11
6.0 Kesimpulan 12
Rujukan 13
Rancangan Pengajaran 14

1
1.0 PENGENALAN

Pemerolehan bahasa merupakan satu konsep psikolinguistik.


Psikolinguistik atau psikologi bahasa  ialah kajian faktor-
faktor psikologi dan neurobiologi yang membolehkan manusia memperoleh, menggunakan,
dan memahami bahasa. Menurut Garnham (1985), psikolinguistik ialah kajian tentang
mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Psikolinguistik juga
meliputi proses-proses kognitif yang membolehkan penjanaan ayat-ayat yang bertatabahasa
dan bermakna dari segi perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa, serta proses-proses yang
membolehkan pemahaman pernyataan, perkataan, teks, dan sebagainya. Psikolinguistik
perkembangan mengkaji keupayaan bayi-bayi dan kanak-kanak untuk membelajari bahasa,
biasanya melalui kaedah-kaedah uji kaji atau sekurang-kurangnya kaedah kuantitatif (dan
bukannya pencerapan naturalistik seperti yang dilakukan oleh Jean Piaget dalam
penyelidikannya terhadap perkembangan kanak-kanak).

Terdapat tiga aliran teori pemerolehan bahasa yang terkenal iaitu teori nativisme,
interaksionisme dan behaviorisme. Aliran-aliran ini berkembang pesat khususnya di Amerika
Syarikat dan Eropah dan sering bersaing dalam menjelaskan bagaimana seseorang itu
memperoleh bahasa. Kajian saintifik dalam bidang pemerolehan bahasa telah dimulakan
sejak kurun ke-16 lagi.

2.0 PSIKOLINGUISTIK
Seterusnya, kita akan meneliti beberapa definisi psikolinguistik untuk memahami
bidang ini dengan lebih lanjut lagi. Berikut adalah beberapa definisi utama: Menurut
Garnham (1985), psikolinguistik ialah kajian tentang mekanisme mental yang membolehkan
manusia menggunakan bahasa. Matthews (1997) berpendapat bahawa bidang ini ialah kajian
bahasa dari pada sudut psikologi. Aitchison (1998), pula mendefinisikan psikolinguistik
sebagai kajian bahasa dan akal budi.
Mangantar Simanjuntak (1980), mentakrifkan psikolinguistik sebagai cabang
linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan,
iaitu proses-proses yang berlaku pada waktu seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat
yang didengarnya. Oleh yang demikian, boleh kita ertikan bahawa psikolinguistik merupakan
disiplin ilmu yang meneliti perkara-perkara yang dikaji dalam ilmu linguistik
dan psikologi. Jadi bidang ini merupakan antara disiplin psikologi dan linguistik. Dengan
demikian, disiplin ini kadangkala dikenali juga sebagai psikologi bahasa. Disiplin ilmu ini
secara saintifik menganalisis perkara-perkara yang berlaku dalam akal budi manusia semasa
seseorang itu berbahasa.
2
3.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Teori Pengajaran dan pembelajaran Bahasa merupakan suatu set kesimpulan atau
rumusan pendapat yang dikemukakan melalui hasil daripada kajian dan penyelidikan yang
mendalam mengenai bagaimana sesuatu Bahasa atau pemerolehan Bahasa itu terjadi ,
dipelajari dan dikuasai oleh seseorang khususnya dalam konteks kanak-kanak. Sesuatu teori
yang diamalkan menjadi asas yang akan menentukan sesuatu prinsip yang harus dipegang
dan diikuti dalam pengajaran dan pemerolehan Bahasa.

Dalam konteks sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bersifat teoritis, terdapat
banyak teori pemerolehan bahasa yang popular yang dapat kita lihat. Teori-teori ini berbeza
antara satu dengan yang lain kerana ahli-ahli , tokoh- tokoh yang merupakan pengasas teori
tersebut adalah daripada aliran dan pemikiran yang berbeza. Umumnya , dalam
perkembangan sejarah ilmu psikolinguistik memperlihatkan dua teori terkemuka mengenai
pemerolehan dan penguasaan bahasa iaitu Teori Nativisme dan Teori Behaviorisme.
Berdasarkan kepada teori-teori ini, terbentuklah beberapa prinsip-prinsip tertentu dalam
pemerolehan bahasa, seterusnya menghasilkan beberapa keadah dan pendekatan yang boleh
diterapkan dengan mudah dan berkesan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
(Raminah Hj. Sabran, 1985 : 17 ). Disamping itu terdapat juga teori Interaksionisme. Dalam
tajuk ini, berikut merupakan tiga teori terkemuka pemerolehan bahasa yang dibincangkan ;

i. Teori Nativisme
ii. Teori Interaksionisme
iii. Teori Behaviorisme

3.1 TEORI NATIVISME

Teori Nativisme adalah aliran yang lebih menekankan kemampuan dalam diri anak, sehingga
faktor persekitaran dianggap kurang berpengaruh terhadap perkembangan anak. Tokoh teori
Nativisme adalah Schopenhaur (ahli falsafah Jerman 1788-1860) yang berpendapat bahawa
bayi yang baru lahir itu secara azalinya dilahirkan dengan bawaan baik dan buruk. Teori ini
telah diperkenalkan oleh Noam Chomsky pada tahun 1960-an. Aliran teori ini telah
memainkan peranan yang besar dalam ilmu linguistik termasuklah aspek pemerolehan bahasa
kanak-kanak.

3
3.1.1 Teori Mentalis ( Noam Chomsky )

Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa
pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan
alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi
secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja. Chomsky mendasarkan teorinya
kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan
bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak
manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD
( Language Acquisition Device).

Menurut teori ini juga, proses pemerolehan bahasa adalah mudah dan tidak
memerlukan latih tubi sebagaimana yang ditegaskan oleh aliran Behaviorisme. Kanak-kanak
dapat menguasai pelbagai rumus nahu bahasa ibunda dengan mudah adalah disebabkan oleh
kewujudan alat pemerolehan bahasa semula jadi dalam otak mereka. Perkara yang dilakukan
oleh kanak-kanak bukanlah mempelajari sistem-sistem bahasa pertama, tetapi merupakan
proses menyesuaikan (adaptasi) pengetahuan bahasa semula jadi yang berada dalam otak
dengan sistem-sistem bahasa pertama mereka. Dengan kata lain, alat pemerolehan bahasa
membantu kanak-kanak dalam usaha memahami pelbagai konsep yang berada dalam
persekitaran mereka.

Teori ini juga menekankan konsep nahu universal iaitu semua manusia tanpa mengira
bangsa sudah memiliki set bahasa dalam otak mereka sejak dilahirkan. Mereka menegaskan
bahawa banyak bahasa memiliki sifat universal, misalnya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
memiliki sistem nahu yang sama, iaitu SKKO (subjek-kata kerja-objek). Sifat keuniversalan
ini memperkukuh lagi hujah mereka bahawa semua manusia sudah memiliki rumus bahasa
dalam otak sejak dilahirkan lagi. Situasi ini membolehkan seseorang kanak-kanak berlainan
bahasa dapat menguasai bahasa lain jika mereka berada atau dipelihara sejak kecil dalam
situasi bahasa yang lain.

Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness
Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi
(genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa
sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device).

4
Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;

i. Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama; ii.


ii. Proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan
(anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan
cara yang hampir sama );
iii. Proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau
emosi kanak-kanak ; dan
iv. Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan
sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa


ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut;

i. Wujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu


kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan
kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;
ii. Bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan
diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; dan
iii. Kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4
hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan
dikuasai.

3.2 TEORI INTERAKSIONISME

Teori Interaksionisme pula melihat pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan proses ini
melibatkan aspek mental dan linguistik. Teori ini turut menekankan betapa pentingnya proses
pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu
(Atiqah Aiza, 2013). Salah satu model teori interaksionisme ialah Model interaksi social Lev
Vygotsky.

3.2.1 Model Interaksi Sosial (Lev Vygotsky)


5
Lev Vygotsky merupakan ahli psikologi Rusia yang pada asalnya mendalami ilmu
perubatan tetapi akhirnya mempelajari bidang undang-undang dan kesusasteraan. Beliau
menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan kanak-kanak. Menurut beliau,
kebanyakan daripada kemahiran kognitif terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak
dengan persekitaran sosial yang hampir. Lazimnya orang dewasa yang hampir dengan kanak-
kanak ialah ibu bapa, guru, rakan-rakan dan pengasuh. Perkembangan kognitif kanak-kanak
terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum matang. Terdapat dua faktor utama dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak menurut Lev Vygotsky iaitu interaksi sosial dan
kemahiran berbahasa.

Menurut Vygotsky lagi, perkembangan kognitif berlaku dalam dua peringkat iaitu:

1. (a)  Peringkat sosial yang mana maklumat yang diperoleh hasil daripada interaksi
antara dua orang individu seperti ibu bapa, rakan-rakan dan jiran; dan
2. (b)  Peringkat kedua ialah peringkat individu iaitu kebolehan individu menukar
maklumat dan pengetahuan yang diperoleh daripada interaksi sosial kepada
kefahaman individu.

Vygotsky terkenal dengan idea Zon Perkembangan Proksimal. Menurut Vygotsky


beberapa kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan
dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Secara ringkasnya,
dalam Zon Perkembangan Proksimal terdapat had atas dan had bawah. Had atas ialah
kemahiran yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir manakala had
bawah bermaksud kemahiran yang telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak.

Konsep perancah atau scaffolding juga merupakan teori yang diasaskan oleh
Vygotsky. Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan dan ia
berkait rapat dengan zon perkembangan proksimal. Perbualan dan interaksi ialah dua alat
yang penting semasa proses perancah untuk kanak-kanak mendapat konsep-konsep baharu
melalui cara yang lebih sistematik.

Menurut Vygotsky lagi, berkomunikasi dengan diri sendiri atau monolog boleh
dijadikan salah satu langkah dalam membantu perkembangan kanak-kanak agar mereka dapat
mengawal tingkah lakunya sendiri. Malah, kanak-kanak yang sering bercakap dengan diri
sendiri lebih cekap dalam kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang tidak bercakap

6
sendiri. Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak yang bercakap dengan diri sendiri akan
memberikan impak positif terhadap diri mereka kelak.

Sumbangan paling penting Vygotsky ialah tentang hubungan antara perkembangan


bahasa dan pemikiran. Vygotsky menjelaskan bahawa terdapat perkaitan yang jelas dan
mendalam antara ucapan, sama ada ucapan dalaman senyap atau dalam bahasa lisan. Kedua-
dua kemahiran ini melibatkan pembangunan konsep mental dan kesedaran kognitif. Vygotsky
menyifatkan ucapan dalaman sebagai berbeza secara kualitatif daripada ucapan luar atau
lisan. Walaupun begitu, beliau percaya ucapan dalaman dibangunkan daripada ucapan luaran
melalui proses beransur-ansur atau internalisasi iaitu, peralihan dari luar kepada dalaman.
Vygotsky menegaskan bahawa kematangan ucapan dalaman yang menggunakan bahasa
formal tidak sama dengan bahasa dalam pertuturan (ucapan luaran). Perkara ini perlu diajar
dengan jelas.

3.3 TEORI BEHAVIORISME

Dalam ilmu psikolinguistik, terutamanya berkaitan dengan konsep pemerolehan dan


pembelajaran bahasa, terdapat satu teori khusus iaitu Teori Behaviorisme atau Pelaziman.
Teori Pelaziman terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu Pelaziman Klasik (Pavlov) dan
Pelaziman Operan (Thorndike dan Skinner).

Kita akan berbincang tentang teori-teori ini dengan lebih lanjut dalam bahagian ini;

3.3.1 Teori Pelaziman Operan ( B.F Skinner )

Skinner bermula pengajiannya dalam bidang biologi dan didedahkan kepada


penulisan Watson dan Pavlov. Pada tahun 1931, dia memperolehi ijazah kedoktoran (PhD)
dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Skinner telah menjalankan berbagai kajian
dan buku pertamanya The Behavior of Organisms ditulis pada tahun 1938 yang
menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan (operant). Perkataan ‘operan’ dicipta
oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas. Pelaziman operan ialah apabila
organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu mengoperat
(atau operating) ke atas persekitarannya.  Contohnya, seekor anjing akan menghulurkan kaki
depannya sekiranya ia ketahui bahawa tingkahlaku itu akan diikuti dengan makanan. Begitu

7
juga dengan seorang budak yang mengemaskan tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja
makan ais krim.
Menurut Skinner (Teori Behaviorisme) , Bahasa diperoleh melalui proses
pengulangan bahasa. teori ini mementingkan pengukuhan dan pembelajaran yang
ditimbulkan melalui bentuk ganjaran, menekankan latihan , latih tubi dan kemahiran lisan
dalam pengajaran. Teori Behaviorisme berprinsipkan pengajaran bahasa mestilah
didahulukan bahasa lisan. Pengukuhan penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
adalah satu tabiat. Operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran model-
model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan.
Menurut Skinner (1953), kajiannya menunjukkan pelaziman operan organisma
bertindak balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran. Pelaziman operan
meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas. Peneguhan biasanya dapat
menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku. Perlakuan harus diperhatikan
dalam jangka masa yang panjang, sehingga perlakuan yang mudah membentuk perlakuan
yang kompleks.
Bagaimanakah kajian ini dilaksanakan? Skinner telah menggunakan seekor tikus
putih sebagai bahan kajian beliau.

Implikasi penting yang diperoleh melalui kajian ini ialah:

1. (i)  Tingkah laku haiwan di dalam kotak boleh dikawal dan gerak balasnya boleh
diperhatikan dan direkod;
2. (ii)  Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan Teori Pelaziman Operan dalam
aktiviti PdP atau pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah; dan
3. (iii)  Teori Pelaziman Operan boleh diperkuat dan dihapuskan jika diberikan
peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.

Prinsip-prinsip yang terhasil ialah:

(i)Pengukuhan Positif
Pengukuhan positif memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan ditunjukkan yang
menyebabkan perlakuan diulangi atau diperkuatkan lagi.

Contohnya:

8
Perlakuan Positif Akibat/kesan Tingkah Laku Masa Hadapan
Murid menghasilkan karangan Guru memuji Murid akan menghasilkan lebih banyak
yang bermutu. murid. karangan yang bermutu.

(ii)Pengukuhan Negatif
Pengukuhan negatif ialah rangsangan serta-merta yang tidak selesa atau menyakitkan
yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.

Contohnya:

Perlakuan Negatif Akibat/kesan Tingkah laku Masa Hadapan


Murid tidak memberi perhatian Guru tidak menegur Murid semakin tidak memberi
terhadap PdP di dalam kelas. murid. perhatian terhadap PdP guru.

(iii)Dendaan
Dendaan ialah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan
berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif
yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku
tersebut.

Menurut ahli-ahli Teori Pelaziman Operan ini, sesuatu tabiat boleh dilazimkan menerusi
proses latih tubi, iaitu memberikan rangsangan- rangsangan tertentu kepada organisma dan
mendapatkan gerak balas atau tindak balas tertentu kepada organisma secara berulang kali.
Teori ini juga menekankan konsep ganjaran iaitu apabila sesuatu organisma/individu berjaya
melakukan apa-apa yang diminta (seperti mengeja/mengira), maka ganjaran pelbagai bentuk
seperti pujian atau hadiah akan diberikan kepada individu tersebut.

Berdasarkan teori ini juga, pemerolehan bahasa kanak-kanak boleh dilakukan dengan
cara latih tubi atau diulang-ulang. Misalnya, kanak-kanak tidak dapat mengenali huruf vokal
dan konsonan bahasa Melayu. Bagaimanapun jika proses latih tubi dilakukan, kanak-kanak
tersebut akan dapat mengenal dan mengingat kesemua huruf tersebut.

9
Kaedah abjad yang dilakukan menekankan pada peringkat paling awal murid
dikehendaki menghafal kesemua 26 huruf dari a hingga z. Kemudian guru menggabungkan
huruf konsonan dan vokal untuk membentuk pelbagai suku kata.

Misalnya:

i. Sa+ya = Saya;
ii. Ma+kan = Makan;
iii. A+yam = Ayam; dan
iv. Na+si = Nasi.

Kanak-kanak dikehendaki membaca atau mengeja suku kata ini dalam kumpulan besar,
kumpulan kecil dan juga dalam kalangan individu.

Selepas kanak-kanak dilatih tubi membaca suku kata yang pelbagai, guru akan
mencantumkan pula beberapa suku kata tadi menjadi perkataan mudah seperti saya, makan,
nasi, ayam dan sebagainya. Kemudian guru akan mengajar pula membaca frasa (rangkai kata)
dan seterusnya ayat. Semua peringkat pengajaran yang dilalui oleh kanak-kanak murid
menggunakan konsep latih tubi, dan ganjaran diberikan di mana sesuai atau perlu. Jadual 3.2
menyatakan rumusan Teori Pelaziman Operan (Skinner).

Jadual 3.2: Rumusan Teori Pelaziman Operan (Skinner)

Teori TeTeori Rumusan


Rangsangan Guru menyediakan BBM untuk menarik perhatian murid.
Kanak-kanak yang terangsang dengan BBM akan memberi respons
Gerak balas
(misalnya memberi perhatian sepenuhnya terhadap PdP).
Pengulangan/ Pengulangan PdP boleh dilakukan jika murid belum menguasai PdP
Latih tubi tersebut.
Peneguhan Berlaku apabila kanak-kanak sudah menguasai PdP atau objektif tercapai.
Ganjaran Ganjaran dalam pelbagai bentuk seperti pujian, hadiah dan sebagainya.

Menurut Skinner (1957) pemerolehan bahasa ialah struktur semula jadi, atau fungsi, otak
manusia. Secara semula jadinya, pada peringkat umur 3 hingga 10 bulan, kanak-kanak paling
mudah untuk belajar bahasa secara keseluruhan. Antara ciri-ciri pembelajaran yang
diketengahkan oleh teori ini ialah:

10
i. Bahasa merupakan hasil operasi daripada rangsangan yang diberi dan kanak-
kanak mempunyai tindak balas terhadap rangsangan.
ii. Bahasa bergantung pada ciri-ciri naluri dan bukan ciri-ciri mental.
iii. Kanak-kanak belajar bahasa melalui persekitaran dan didikan sejak kecil
daripada ibu bapa.
iv. Individu belajar bahasa berdasarkan pengalaman sendiri.
v. Bahasa dikaji berdasarkan data yang boleh diukur seperti yang diucapkan.
vi. Kemahiran berbahasa diperoleh hasil latihan, latih tubi atau pengulangan
sebutan.
vii. Kemahiran mekanis meniru bahasa ialah proses latih tubi dan tiada kaitan
dengan proses mental.
viii. Mementingkan aspek lisan.
ix. Tidak mempunyai sistem bahasa.
x. Analisis bahasa menggunakan konsekuen iaitu mengikut rentak.

Perbezaan Teori Operan Pelaziman dan Pelaziman Klasik

Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitaran. Misalnya,


anjing Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila
diberikan makanan dan bunyi loceng. Manakala, dalam pelaziman operan, organisme
mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan
(makanan) yang diberikan.

Pembentukan Tingkah laku Melalui Pelaziman Operan (Shaping Behaviour)

Berasaskan pelaziman operan, Skinner (1951) memperkembangkan teknik


‘pembentukan’ (shaping) bagi melatih haiwan menguasai tingkah laku komplek yang juga
relevan kepada tingkah laku manusia. Teknik pembentukan terlibat dengan meneguhkan
organisme setiap kali ia bertindak ke arah yang diingini sehingga ia menguasai atau belajar
gerak balas berkenaan dan tidak lagi meneguhkan gerak balas itu lagi. Prosedur pembentukan
boleh digunakan untuk mengawal tingkahlaku orang.
Contoh: Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas. Perakuan
rakan sebaya (peer approval) memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila pelajar-
pelajar lain ketawa tentang apa yang disebut atau melakukan, dia digalakkan untuk terus
berjenaka dalam kelas. Pelajar berkenaan mungkin tidak akan menjadi pelawak jika tiada
siapa dalam kelas ketawa apabila dia berjenaka.
11
Contoh: Apabila seorang memberi ceramah, reaksi pendengar dapat mempengaruhi
bagaimana penyampai bertindak. Segolongan pelajar mengangguk kepala mereka dan ini
telah menyebabkan pensyarah mereka bergerak dengan lebih cepat dalam kelas.

4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan , berdasarkan bidang ilmu pengetahuan menjadi dasar


pemerolehan bahasa, melalui itu maka prinsip-prinsip dan keadah pengajaran dan
pemerolehan bahasa akan dapat ditentukan. Di samping itu metodologi yang sesuai untuk
tujuan pengajaran bahasa dapat dipastikan, seperti kaedah, pendekatan , teknik, strategi serta
hasil yang ingin dicapai dalam kemahiran bahasa . Pakar-pakar dalam bidang pegajaran
Bahasa berpendapat bahawa kejayaan di dalam setiap pengajaran bahasa itu memerlukan
metode pengajaran yang tersusun berdasarkan kepada teori-teori linguistik. Oller dan rakan-
rakan (1973) telah mengemukakan pendapat bahawa tujuan utama teori linguistik adalah
memberikan huraian dalam deskripsi Bahasa sebagai suatu system dan juga memberi
penjelasan tetang bagaimana penutur bahasa berkomunikasi dengan menggunakan bahasa.
Politzer (1972) pula berpendapat bahawa linguistik dan psikologi pendidikan seharusnya
merupakan alat-alat yang dapat digunakan oleh guru-guru bahasa untuk membenarkan
kaedah-kaedah yang digunakan oleh mereka.

12
RUJUKAN / REFERENSI

Armstrong, T. (1994). Multiple Intelligences in the Classroom. Alexandria, VA: ASCD.


Atiqah Aiza. (2013, Mac 8). Teori Interaksionalis dalam Teori Pemerolehan Bahasa
[Blog]. Dimuat turun dari http://atiqahaiza.blogspot.my/2013/03/teori-
interaksionalis-dalam-teori.html
Azlina Abu Bakar @ Mohd. (2002). Psikologi personaliti individu.
Shah Alam, Malaysia. Karisma Publications Sdn. Bhd.
Campbell, Frances A. & Ramey, Craig T. (1994).
Effects of early intervention on intellectual and academic achievement: a follow up
study of children from low income families. Child Development, vv. 65, pp. 684-698.
Diperoleh pada 5 Novmber 2019 daripada http://studentsrepo.um.edu.my/666/4/BAB3.pdf

Diperolehi pada 10 November 2019 daripada


https://www.slideshare.net/nurulhusnajaafar/85-teori-interaksionisme

Diperolehi pada 10 November 2019 daripada


http://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/teori-pemerolehan-bahasa.html
Gardner, H. (1983). Frames of Mind. New York, NY: Basic Book Inc.
Open University Malaysia (OUM). Disember 2017, HBEC3103 Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak, OUM, Edisi Kedua
Skinner, B. F. (1957). Verbal behavior. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Teori Pelaziman Operan, B.F Skinner. Diperolehi pada 5 November
Daripada https://pomizipedagogy.wordpress.com/teori/behaviourisme/pelaziman-
operan
Teori Behaviorisme. Diperolehi pada 5 November 2019
daripada http://teoripembelajaranbehavioris.blogspot.com/2010/09/teori-skinner-
pelaziman-operan.html

13
RANCANGAN PENGAJARAN
Kelas : Tabika Tang Sango A
Sasaran Umur : 5 dan 6 Tahun
Tempoh : 30 minit
Tarikh : 22 Oktober 2019
Masa : 11.00 am – 11.30 am
Tajuk / Aktiviti : Bercerita
Fokus/ Tunjang : Tunjang Komunikasi – Bahasa Melayu
No Kandungan Standard Pembelajaran
Standard BM 1.2 Mendengar, memahami dan memberi respons secara gerak
1
Kandungan laku dan lisan.
BM 1.2.1 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita yang
didengar (4+)

BM 1.2.4 Mendengar dan memberi respon secara bertatasusila


Standard terhadap : i. arahan ii. Soalan iii. Cerita (5+)
2
Pembelajaran
BM 1.4.3 Bersoaljawab menggunakan ayat mudah (4+)

BM 1.4.4 Berinteraksi menggunakan ayat mudah mengikut situasi


(5+)
SA 3.3.1 Menamakan haiwan (4+)

SA 3.3.5 Mengenal pasti tempat tinggal haiwan (5+)


3 Tunjang Bersepadu

KE 3.2.2 Memilih media yang sesuai dalam penghasilan karya seni


(5+)
4 Objektif
pembelajaran Di akhir pembelajaran , kanak-kanak akan dapat :

14
1. Kanak-kanak boleh meresponi cerita.
2. Kanak-kanak boleh mengenal dan menamakan haiwan
dalam cerita
3. Kanak-kanak dapat mengenal pasti tempat tinggal haiwan
4. Kanak-kanak boleh meluahkan pendapat berdasarkan cerita
5. Kanak-kanak boleh bertutur menggunakan ayat mudah
6. Kanak-kanak dapat membaca nama haiwan

Alat Bantu
5 Laptop,Buku cerita (E-books) , Lembaran kerja
Mengajar (ABM)
Keyakinan Diri Sosial

i. Berkeyakinan (i) Komunikasi


ii. Menyelesaikan masalah (ii) Melibatkan diri
6 Kemahiran
iii. Berinisiatif (iii) Penyelesaian
iv. Meluahkan pendapat / Idea masalah

Strategi Guru Kanak-Kanak


7
pembelajaran Set Induksi (5 Minit)

LANGKAH: LANGKAH:

1) Guru menunjukkan buku 1) Kanak-kanak melihat buku


cerita sang kancil dan yang ditayangkan dengan tekun.
harimau.
2) Kanak-kanak bersoaljawab
2) Guru bersoal jawab dengan
dengan guru mengenai haiwan
kanak-kanak tentang
dalam buku cerita.
haiwan yang dilihat.

Jangkaan Jawapan kanak-


Soalan Guru :
kanak:
1) Apa yang kamu nampak dalam
1) Haiwan, Binatang
buku ini?
2) kancil, anak
2) Dimanakah tempat tinggal harimau, ibu

15
harimau
haiwan ini?
Strategi Mengajar : Langkah 1
(5 minit) Strategi Pembelajaran :
Langkah 1

1) Kanak-kanak mendengar dan


1) Guru menunjukkan beberapa
mengecam gambar haiwan:
gambar haiwan :

a) Harimau d) Badak
a) Harimau d) Badak
b) Kera e) Singa
b) Kera e) Singa
c) Kancil f) Buaya
c) Kancil f) Buaya

2) Kanak-kanak mendengar,
mengecam, mengenal pasti dan

2) Guru meminta murid untuk menunjukkan gambar haiwan

mengenalpasti yang manakah yang terdapat dalam buku.

haiwan yang terdapat dalam buku.

Langkah 2 (5 Minit) Langkah 2

1) Guru meminta kanak-kanak 1) Kanak-kanak meresponi dan


untuk mengenalpasti ciri-ciri mengenalpasti ciri-ciri asas
haiwan dalam cerita haiwan di dalam cerita:

(i) warna (ii) saiz (iii) bunyi (i) warna (ii) saiz (iii) bunyi

 Soalan Guru :  Jangkaan Jawapan Murid:

i. Haiwan apakah i. Kancil,


yang berwarna ii. Di hutan,
coklat? di zoo
ii. Dimana kamu iii. Besar,
dapat tengok Kecil
haiwan ini? iv. “nggrrrrr
iii. Haiwan ini besar ….auumm
16
atau kecil?
iv. Boleh bagitahu
cikgu macamana mm”..
bunyi haiwan ini?
(Contoh; harimau)

Langkah 3 (10 Minit)

1) Guru meminta kanak-kanak


Langkah 3
melihat dan mengenalpasti
karakter haiwan dalam cerita :
1) Kanak-kanak meresponi dan
melihat cerita dalam buku cerita
(i) Sifat harimau/ Kancil
dengan teliti dan tekun:
(ii) Sikap harimau / Kancil
(i) Sifat Harimau/ Kancil
 Soalan Guru: (ii) Sikap Harimau / Kancil

i. Apakah sifat kancil/  Jangkaan Jawapan murid:


anak harimau?
i. cerdik, kurang pandai
ii. Apakah sikap kancil/
ii. Sombong, angkuh,
anak harimau?
iii. Tidak baik,
iii. Apakah baik bersikap
iv. Sang kancil
sombong, menipu?
iv. Siapakah yang
berbohong?
2. Kanak-kanak memilih media
2. Guru memberikan lembaran
warna yang sesuai untuk
kerja mewarna gambar sang kancil
mewarna lembaran kerja.
dan anak harimau.

Penutup (5 Minit ) 1) Kanak-kanak mendengar dan


memahami penjelasan guru.
1. Guru merumuskan PDP
tentang cerita Sang kancil 2) Kanak-kanak melihat semula
dan anak harimau buku cerita sang kancil dan
anak harimau
17
2. Guru menceritakan semula
cerita sang kancil dan a
anak harimau.

Kanak-kanak :
Guru :

Kanak-kanak menyertai,
8 Guru memerlukan fokus dan
meresponi pdp dengan jayanya.
Refleksi pengulangan bagi kanak-kanak
yang belum menguasai Pdp.

18

Anda mungkin juga menyukai