Anda di halaman 1dari 16

BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS

SEPTEMBER 2020

HBEC 3103

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


UNTUK KANAK-KANAK

NAMA PELAJAR :

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGNEALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA KINABALU LEARNING CENTRE

i
TOPIK MUKASURAT
BAHAGIAN SATU
1.0 PENGENALAN 1

2.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA 2–6

PERBINCANGAN KAJAN YANG DILAKSANAKAN OLEH TOKOH UTAMA


3.0 7–8
PSIKOLINGUISTIK

4.0 KESIMPULAN 9

5.0 RUJUKAN 10

BAHAGIAN DUA
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 11

ISI KANDUNGAN

ii
BAHAGIAN SATU
1.0 PENGENALAN
Psikolinguistik terbentuk dari perkataan psikologi dan juga linguistik yang mana ianya
merupakan dua bidang ilmu yang agak berbeza namun sama-sama meneliti bahasa
sebagai objek formal dan material yang berbeza di mana lingusitik mengkaji struktur
bahasa manakala psikologi mengkaji perilaku berbahasa atau proses berbahasa. dan
Psikolinguistik merupakan satu bidang yang mengkaji proses pemerolehan bahasa
dalam kalangan kanak-kanak. Psikolingusitik ini berkaitan dengan proses
pemerolehan bahasa baik bahasa pertama mahupun bahasa kedua mengkaji proses
pemerolehan fonologi, proses pemerolehan semantik dan proses pemerolehan sintaksis
secara bertahap. Dalam psikolinguistik Pemerolehan bahasa selalu dikaitkan dengan
bagaimana bahasa dikuasai oleh kanak-kanak. Kenyataan ini adalah berteraskan
kepada hipotesis yang telah ditemukan oleh pada ahli bahasa pada abad yang lalu.
Pemerolehan bahasa biasanya terjadi setelah melalui pelbagai proses yang sistematik.
Teori pemerolehan bahasa ini lebih merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk
memperolehi ilmu yang berkaitan dengan bahasa agar dapat berkomunikasi dengan
lebih baik. Teori pemerolehan bahasa terbahagi kepada tiga teori utama iaiu Teori
Nativisme yang berkaitan dengan kognitif kanak-kanak, Teori Interaksionisme yang
membincangkan mengenai pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan
ianya merupakan satu proses yang melibatkan mental dan juga lingusitik dan akhir
sekali adalah Teori Behaviorisme yang menyatakan bahawa pembelajaran bahasa
melalui proses pengulangan yang melibatkan rangsangan dan gerak balas.
Bagi seorang guru yang mana tugasnya adalah mengajar dan membimbing adalah
menjadi satu kepentingan baginya untuk memahami psikologi belajar. Dalam aspek
pembelajaran, semuanya sarat dengan psikologis, oleh itu dengan mengabaikan aspek-
aspek psikologi dalam proses pembelajaran akan mengakibatkan tujuan pembelajaran
tidak tercapai.
Tugasan ini akan memberikan gambaran yang jelas mengenai teori-teori utama
pemerolehan Bahasa yang perlu diketahui dan dipelajari oleh bakal guru.

2.0

1
2.0 TIGA TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
2.1 Teori Nativisme

Teori Nativisme dipelopori oleh Noam Chomsky. Antara tokoh pemikir yang
berpegang kepada teori ini adalah Jean Piaget, E.H. Lenneberg, Robert Lee, Robin
Lakoff, George Miller, D slobin dan Mangantar Simanjuntak. Noam Chomsky
menyatakan bahawa teori nativisme adalah satu aliran yang lebih menekankan
kemampuan dalam diri kanak-kanak. Chomsky percaya bahawa kanak-kanak akan
mengalami beberapa peringkat perkembang dalam pemikiran dimana ianya bermula
dari peringkat terednah deria motor, kemudian meningkat perlahan-lahan ke pra-
operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Ini dibuktikan melalui pembelajaran
Bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran mendengar dan memahaminya
terlebih dahulu sebelum mereka mula bertutur. Menurut teori nativisme, proses
pemerolehan Bahasa adalah mudah dan tidak memerlukan latih tubi.
Menurut pandangan Chomsky, Otak penutur mempunyai nahu sejagat yang diperolehi
secara semula jadi. Kanak-kanak dapat menguasai pelbagai rumus nahu Bahasa ibunda
dengan mudah kerana kewujudan alat pemerolehan Bahasa yang semulajadi dalam
otak kanak-kanak. Bahasa juga merupakan proses mental yang dapat menghasilkan
Bahasa tanpa rangsangan dari luar. Teori ini juga menekankan konsep nahu universal
iaitu semua manusia tanpa mengira bangsa memiliki set Bahasa dalam otak mereja
dsejak dilahirkan. Mereka menegaskan bahawa banyak Bahasa memiliki sifat
universal, sebagai contoh system nahu yang dimiliki oleh Bahasa melayu dan Bahasa
inggeris adalah sama iaitu SKKO ( subjek-kata kerja-objek). Sifat keuniversalan ini
memperkukuhkan lagi hujah mereka bahawa semua manusia memiliki rumus Bahasa
dalam otak mereka sedari lahir. Ini membolehkan kanak-kanak yang berlainan Bahasa
dapat menguasai Bahasa lain jika dijaga oleh keluarga berlainan Bahasa . sebagai
contoh, seorang kanak-kanak cina dibesarkan dalam keluarga tamil, apabila dewasa
ianya boleh berbahasa tamil. Ini disebabkan otak bayi memiliki set sejagat yang
memudahkannya mengadaptasi Bahasa lain. Kelebihan menggunakan teori
pemerolehan Bahasa nativisme, ialah ianya menekankan kepada proses perkembangan
pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran akan diajar secara berperingkat

2
mengikut pada kematangan kanak-kanak tersebut. Oleh itu pembelajaran akan menjadi
lebih sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran kanak-kanak
secara berperingkat. Selain itu, ianya juga menekankan kepada pembelajran mengiukt
kdar kendiri, dimana kanak diberikan peluan untuk belajar sesuatu berdasarkan kepada
minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka. Teori nativisme juga menekan kaedah
pengajaran yang berpusat kanak-kanak dimana kanak-kanak akan terlibat secara aktif.

2.2 Teori Interaksionisme


Teori Interaksionisme juga memperlihatkan bahasa sebagai alat interaksi dan proses
ini melibatkan aspek mental dan linguistik. Teori ini juga menekankan akan
kepentingan proses pembentukan hipotesis. Teori ini diperkenalkan oleh George
Herbert Mead (1932) dan kemudian dilengkapkan oleh Herbert Blumer (1969). Teori
ini tidak bertujuan untuk menganalisis masyarakat secara besar-besaran namun ianya
lebih mementingkan tingkah laku masyarakat kecil yang mempunyai keunikan tertentu
dalam interaksi sosial antara mereka.
Teori ini dipelopori oleh Halliday dimana ianya menerangkan mengenai
perkembangan Bahasa kanak-kanak yang melibatkan interaksi Bahasa dan juga proses
mental. Kanak-kanak akan memperoleh bahasa kerana mereka mempunyai keperluan
untuk berinteraksi dengan persekitaran mereka. Dengan berinteraksi, kanak-kanak
akan dapat menguasai makna dengan lebih tepat. Seperti yang dilihat, teori ini
memberikan penekanan dalam pembinaan komunikasi dimana melalui pendekatan
komunikasi, kanak-kanak akan lebih mudah berkomunikasi dan berinteraksi dalam
masyarakat.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa, penyampaian makna yang tepat adalah
sangat penting untuk berkomunikasi dan selain struktur Bahasa yang betul. Antara
ciri-ciri pembelajaran yang diketengahkan oleh teori ini adalah seperti berikut:
a. Kanak-kanak menguasai bahasa kerana ini memenuhi keperluan untuk
berinteraksi dengan masyarakat.
b. Selepas berjaya menguasai fungsi unjaran bahasa, mereka akan menguasai
fungsi informatif bahasa itu.

3
c. Sistem bahasa kanak-kanak berupaya menyatakan satu-satu fungsi manakala
orang dewasa mengandungi lebih dari 1 fungsi;
d. Situasi sosial penting dalam pemerolehan Bahasa kanak-kanak;
e. Membantu kanak-kanak dalam menguasai peraturan-peraturan bahasa;
f. Menggunakan struktur bahasa yang betul dalam aspek tatabahasa;
g. Penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur Bahasa;
h. Mementingkan komunikasi atau interaksi yang berasaskan pendekatan
komunikasi; dan
i. Sistem bahasa kanak-kanak boleh menyatakan dua perkara dalam satu masa.

Dalam teori ini, bahasa dikatakan sebagai alat interaksi dan ianya dikatakan mempunyai
tiga fungsi utama iaitu menyampaikan idea iaitu penyampaian idea adalah sesuatu yang
lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa. Melalui pembelajaran bahasa, penyampaian
idea adalah penting. Ianya bukan sahaja mempelajari struktur tetapi yang penting adalah
belajar untuk interaksi. Yang kedua adalah menyampaikan maklumat yang mana
pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik oleh itu bahasa yang
dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah berhubung rapat. Para pemikir teori
interaksionisme amat mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan struktur bahasa.
Dan yang ketiga adalah berkomunikasi dan berinteraksi.

2.3 Teori Behaviorisme

Teori behaviorisme atau diekenali juga dengan teori pelaziman ini mengatakan bahawa
pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan juga
diramai. mengkaji perhubungan antara rangsangan dan gerak balas apabila bertindak
balas dengan persekitaran luar. Teori ini juga melihat hubungan antara tindakan dengan
pengukuhan rangsangan. Teori ini dikenali juga sebagai teori yang mengutamakan
pembelajaran dan kemahiran tertentu terutamanya kemahiran fizikal. Pembelajaran
merupakan satu perubahan yang berlaku pada tingkah laku manusia yang berdasarkan
pada sesuatu situasi. Teori ini terbahagi kepada dua iaitu pelaziman klasik yang
dipelopori oleh Ivan Petrovich Pavlov (1849 – 1936) seorang sarjana Rusia dan
pelaziman operan yang dipelopori oleh Thorndike dan Skinner.

4
Teori Pelaziman Klasik yang dipelopori oleh pavlov menekankan sifat kelakuan atau
tabiat semulajadi. Ianya menekankan pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk
atau frekuensi tingkah laku. Teori ini melibatkan pemasangan antara rangsangan neutrak
dengan rangsangan yang akan menimbulkan gerak balas tertentu sehingga rangsangan
yang sebelumnya bersifat neutral dan akhirnya akan menghasilkan tindak balas. Dalam
bentuk pendekatan kelakuan, tingkah laku kanak-kanak akan dinilai sebelum
pembelajaran dimulakan. Pembelajaran ni memerlukan penyusunan rangsangan dalam
persekitaran pelajar agar pelajar memberikan tindak balas dan diberikan pengukuhan atau
peneguhan.

Rajah di bawah menunjukkan tiga konsep penting dalam Teori Pelaziman Klasik

Konsep-konsep Teori Pelaziman


Klasik

Generalisasi Diskriminasi Penghapusan

Rajah 2.1 Konsep-Konsep Teori Pelaziman Klasik

Generalisasi digunakan untuk menunjukkan maksud rangsangan yang sama akan


menghasilkan tindakbalas yang sama. Contohnya, Ali akan menjadi risau setiap kali ujian
Fizk diadakan dan dia juga turut berasa risau apabila ujian Matematik diadakan. Oleh
kerana kedua-dua subjek ini saling berkaitan kerana kedua-duanya adalah asas sains,
kerisauan terhadap subjek Fizik digeneralisasikan dengan subjek Matematik.

Diskriminasi pula adalah apabila seorang individu be0rtindakbalas terhadap sesuatu


ransangan yang tertentu sahaja dan tidak bagi rangsangan2 yang lain. Contohnya, Ali
tidak akan risau sekiranya ujian Bahasa melayu kerana tidak berkaitan dengan subjek
sains.

5
Penghapusan ialah apabila berlakunya rangsangan terlazim tidak disertai dengan
rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan dengan
rangsangan tidak terlazim (anjing diberikan makanan). Apabila kes ini berlarutan, bunyi
loceng tidak akan merangsang anjing untuk mengeluarkan air liur.

Teori Pelaziman Operan kesinambungan daripada Teori pelaziman Klasik dan teori ini
dipelopori oleh Thorndike dan Skinner. Menerusi teori ini, Thorndike (1874-1949)
berpendapat bahawa manusia belajar menggunakan kaedah cuba jaya, ganjaran dan
denda merupakan dua faktor penting dalam membantu pembelajaran manusia ,
pembelajaran berlaku mengikut hubungan antara rangsangan dan gerak balas dan
motivasi, ganjaran dan denda amat pentin dalam proses pembelajaran. Thorndike juga
mengemukakan teori perikatan yang dikenali sebagai Teori R-G (Rangsangan dan Gerak
balas) dimana ianya menjadi asas tiga hokum iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan
dan Hukum kesan.

6
3.0 PERBINCANGAN KAJIAN YANG DILAKSANAKAN OLEH TOKOH
UTAMA PSIKOLINGUISTIK
Dalam teori Navitisme yang dipelopori oleh Noam Chomsky, proses pemerolehan
Bahasa adalah sesuatu yang mudah. Pada tahun 1965, Chomsky telah
memperkenalkan satu teori yang mana menunjukkan kelainan di dalam teori tersebut.
Teori ini menekankan konsep nahu universal yang mana semua manusia tanpa
mengira bangsa sudah memiliki set Bahasa dalam otak mereka sejak dilahirkan. Ia
menegaskan bahawa banyak Bahasa yang memiliki set universal. Sifat keuniversalan
ini memperkukuh hujah mereka bahawa semua manusia sudah memiliki rumus
Bahasa dalam otak sejak dilahirkan. Situasi ini membolehkan seorang kanak-kanak
yang berlainan Bahasa dapat menguasai Bahasa lain jika mereka dipelihara sejak kecil
dalam keluarga yang memiliki Bahasa lain. Sebagai contoh, seorang bayi berbangsa
cina jika dipelihara keluarga angkatnya di Jepun, maka apabila bayi tersebut apabila
dewasa akan berbahasa Jepun dan tidak tahu berbahasa cina. Ini berlaku kerana otak
bayi tersebut sudah terdapat set Bahasa universal yang memudahkannya mengadaptasi
Bahasa lain. Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat samada manusia memang
dilengkapi dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang didakwa oleh
Chomsky dan juga Lenneberg. Chomsky menggunakan alat khusus yang dikenali
sebagai Language Acquistion Device (LAD) yang mana ianya sama fungsi dengan
yang dikemukakan oleh Lenneberg. LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak
secara neutral dan dengan alat ini akan membolehkan kanak-kanak memperoleh
Bahasa ibundanya dengan mudah dan cepat.
Halliday yang memperkenalkan teori interaksionisme telah menghuraikan pengajaran
dan pembelajaran Bahasa berdasarkan fungsi-fungsi tersebut. Dalam buku beliau
Exploration in the Function of Language, beliau telah mengemukakan lima aspek
perbincangan tentang fungsi Bahasa iaitu Model Bahasa yang sesuai dan
mencadangkan interprestasi fungsional kepara perkembangan awal kanak-kanak ketika
mereka mula belajar Bahasa. Fungsi instrumental dan fungsi kebiasaan yang
menunjukkan mereka sedang belajar makna Bahasa dan potensi makan yang dibina
bagi mengukur kebolehan mereka berbahasa. Dalam kajian beliau juga, beliau

7
menghubungkan fungsi perkembangan Bahasa kanak-kanak dalam menguasai aspek
pengajaran dan pembelajaran Bahasa bersama dengan penjaga mereka.
Dalam Teori Pelaziman Klasik (Behaviorisme) yang diperkenalkan oleh Ivan
Petrovich Pavlov, beliau telah mengkaji tabiat manusia dengan memilih seekor anjing
untuk melaksanakan kajian beliau. Anjing tersebut telah dikurung dalam sebuah
kandang khas dengan kelengkapan loceng. Kajian ini dijalankan dengan
memperlihatkan makanan kepada anjing, anjing akan memberikan tindak balas
mengeluarkan air liur apabila melihat makanan. Loceng kemudian dibunyikan , tetapi
anjing tidak mengeluarkan air liur kerana tiada makanan yang dilihatnya. Kajian
seterusnya, loceng dibunyikan dan makanan diberikan kepada anjing. Anjing
menunjukkan tindak balas dengan mengeluarkan air liur. Akhir sekali, loceng
dibunyikan tetapi tiada makanan diberikan kepada anjing akan tetapi anjing tetap
mengeluarkan tindakbalas. Ini berlaku kerana anjing akan terangsang setiap kali
loceng dibunyikan , makanan diberikan. Keseluruhan kajian ini menggambarkan
bahawa tindak balas akan terhasil akibat daripada rangsangan dan ini menepati teori
pelaziman klasik yang diutarakan oleh Pavlov.

4.0

8
5.0 KESIMPULAN
Psikologi merupakan satu bidang ilmu yang menumpukan pengkajian kepada dua
perkara utama iaitu , yang berkaitan dengan jiwa manusia (akal budi) dan juga perilaku
atau tingkah laku manusia. Manakala linguistik adalah satu bidang yang mengkaji
Bahasa secara saintifik. Secara umumnya , terdapat tiga aliran teori pemerolehan
bahasa yang popular iaitu teori nativisme, teori interaksionisme dan juga teori
behaviorisme.
Aliran nativisme mengatakan bahawa proses pemerolehan bahasa adalah sesuatu yang
mudah dan tidak perlu latihan latih tubi untuk mendapatkannya. Ini kerana Chomsky
percaya bahawa alat pemerolehan bahasa telah wujud secara semulajadi dalam otak
anak. Dan perkara yang perlu dilakukan oleh anak adalah hanya mengadaptasikan
pengetahuan bahasa semula jadi dalam otak mereka dengan sistem-sistem bahasa
pertama mereka. Teori interaksionisme lebih menekankan dengan komunikasi dan
juga interaksi. Teori interaksionisme menyatakan bahawa bahasa memiliki tiga fungsi
utama iaitu penyampaian idea dimana kita akan berfikir dan berkongsi pendapat
dengan orang lain yang melibatkan fungsi kognitif; menyampaikan maklumat iaitu
bahasa mempunyai keupayaan untuk menyampaikan maklumat mengenai penutur dan
berkomunikasi dan berinteraksi. Dan akhir sekali adalah teori behaviorisme yang
menekankan pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi
tingkah laku. Terdapat dua teori pelaziman iaitu pelaziman klasik dan juga pelaziman
operan.
Dalam melahirkan kanak-kanak yang sentiasa bertindak secara efektif dalam setiap
aktiviti yang dilaksanakan, maka pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuai. Dengan penyampaian
pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna , kanak-kanak bukan sahaja
memperolehi objekif yang diinginkan tetapi juga kanak-kanak dapat memperbaiki
penggunaan system bahasa mereka dan bekemampuan untuk menggunakan bahasa
dengan fasih. Dan pemerolehan bahasa adalah salah satu cara untuk menguasai dan
menggunakan bahasa yang dipelajari yang disesuaikan dengan perkembangannya.
Oleh yang demikian, memahami dan mempelajari teori pemerolehan bahasa adalah
sesuatu yang penting dan bermakna bagi seorang guru.

9
6.0 RUJUKAN

Atiqah Aiza (2013, Mac 8). Teori Interaksioanalis dalam Teori Pemerolehan Bahasa [Blog].
Dimuat turun dari http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/03/teori-interaksionalis-dalam-teori.html

Azlina Abu Bakar @ Mohd. (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam, Malaysia.
Karisma Publications Sdn. Bhd

Mansor Embong. (t.t.) Bab1: Pemerolehan Bahasa. Dimuat turun dari


https://www.academia.edu/39095377/Bab1_Pemerolehan_Bahasa

Skinner, B.F. (1957), Verbal Behavior. Englewood Cliffs, NJ:Prentice-Hall

Tay Meng Guat. (2006). Pemerolehan Bahasa kanak-kanak: satu analisis sintaksis. Dimuat
turun dari http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/tay06.pdf

Unkwown (2014, Januari 6). Dunia Bahasa pendidikan. Dimuat turun dari
http://pismpbahasa.blogspot.com/2014/01/teori-pemerolehan-bahasa.html

Unknown (2017, January 17). Pengajian Bahasa Melayu. Dimuat turun dari
http://luqmanln.blogspot.com/2017/01/teori-pemerolehan-bahasa.html

10
BAHAGIAN 2- RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas : 5 Cerdik

Umur : 5 Tahun

Tarikh : 26 Oktober 2020 ( Isnin_

Masa : 8.10 pagi – 8.40 pagi ( 30 Minit)

Fokus : BM 1.0 Kemahiran mendengar dan bertutur

Standard Kandungan :

BM 1.1 Mendengar dan memberi respons terhadap pelbagai bunyi di persekitaran

BM 1.4 Berinteraksi menggunakan ayat mudah

Standard Pembelajaran :

BM 1.1.1 Mengenalpasti pelbagai bunyi di persekitaran

BM 1.1.3 Memberi respons terhadap bunyi yang didengar

BM 1.4.3 Bersoaljawab menggunakan ayat mudah

Tunjang yang disepadukan :

SA 3.31 Menamakan haiwan

SA 3.3.3 Mengecam bunyi haiwan

SA 3.34 Memerhati dan meniru pergerakan haiwan

Bahan Pembelajaran : Kad Imbas gambar haiwan, komputer dengan perisian bunyi-bunyi
haiwan.

11
Hasil Pembelajaran :

1. Menyebut nama haiwan yang mereka dengari dengan betul.


2. Membunyikan bunyi haiwan dengan betul
3. Meneka jenis haiwan yang dilakonkan oleh rakan mereka
4. Menceritakan perasaan mereka apabila mendengar sesuatu bunyi dengan yakin

Masa /
Isi pelajaran Aktiviti Catatan
Langkah
Set Induksi Memainkan Video “Jom mengenal bunyi” dimainkan. ABM
3 Minit video “Jom Dalam video difokuskan mengenal bunyi TV
mengenal bunyi” haiwan. . Komputer Riba
Langkah 1 Memainkan 1. Guru memainkan rakaman bunyi ABM
( 5 Minit ) rakaman bunyi haiwan . Komputer Riba
haiwan 2. Kanak-kanak mendengar dengan Rakaman bunyi
teliti dan meneka haiwan -kucing, ayam,
berdasarkan dengan bunyi yang itik,anjing, kuda,
diperdengarkan kepada mereka. burung, katak
dan sebagainya

Langkah 2 Kanak-kanak 1. Guru menunjukkan kad imbas Kad imbas


7 Minit membuat bunyi haiwan kepada kanak-kanak dan haiwan
haiwan kanak-kanak membunyikan bunyi
berdasarkan kad haiwan tersebut.
imbas.
Langkah 3 Permainan teka 1. Guru memanggil salah seorang Kad imbas
( 10 Minit siapa saya. kanak-kanak ke hadapan kelas. haiwan
2. Guru menunjukkan gambar kad
imbas kepada kanak-kanak tadi.
3. Kanak-kanak tadi akan melakonkan
haiwan yang dilihatnya pada kad
imbas.

12
4. Rakan sekelas akan meneka haiwan
yang dilakonkan oleh kanak-kanak
tadi.
5. Aktiviti ini berulang dengan kanak-
kanak yang berlainan dan haiwan
yang berlainan
Penutup Sesi soal jawab. 1. Guru bertanyakan kepada kanak-
5 Minit kanak akan nama-nama haiwan yang
mereka pelajari dengan berserta
bunyi haiwan.
2. Kanak-kanak diminta untuk
menceritakan perasaan mereka
semasa meneka bunyi haiwan dan
juga semasa melakonkan jenis
haiwan yang ditunjukkan kepada
mereka.

Refleksi guru :

Menunjukkan video pada set induksi dapat menarik minta kanak-kanak di awal pembelajaran.
Melalui video yang mereka lihat, perasaan ingin tahu kanak-kanak semakin menebal dan ingin
tahu mengenai pembelajaran yang akan berlangsung. Aktiviti meneka bunyi dan membuat bunyi
haiwan dilaksanakan dengan masa yang singkat agar kanak-kanak menjadi lebih teruja untuk
mengetahui akan apa yang mereka pelajari. Melalui aktiviti bermain teka siapa saya, kanak-
kanak yang berlakon akan menguasai keyakinan diri dan juga keberanian. Manakala kanak-
kanak yang meneka akan dirangsang pemikiran mereka untuk lebih berinteraksi. Aktiviti ini
sesuai untuk kanak-kanak lima tahun dan juga enam tahun.

13
2598 Patah Perkataan

14

Anda mungkin juga menyukai