Anda di halaman 1dari 18

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBML3303
2017

NAMA
RUSENAH BINTI SALEH

NO. MATRIK
700319095062001

NO. KAD PENGENALAN


700319-09-5062

NO. TELEFON
0111-2881361

E-MEL
rusenahsaleh@gmail.com

NAMA PENSYARAH

LEARNING CENTRE
ALOR SETAR, KEDAH

1
ISI KANDUNGAN :

TAJUK HALAMAN

1.0 PENGENALAN 4
1.1 Definisi Psikolinguistik

2.0 TEORI-TEORI DALAM BIDANG PSIKOLINGUISTIK 5

3.0 PRINSIP-PRINSIP TEORI BEHAVIORISME DALAM 6

BIDANG PSIKOLINGUISTIK

3.1 Kebaikan dan Kelemahan Teori Behaviorisme dalam 7

Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak

4.0 PRINSIP-PRINSIP TEORI MENTALIS DALAM BIDANG 8

PSIKOLINGUISTIK

4.1 Kebaikan dan Kelemahan Teori Mentalis dalam Pemerolehan 10

Bahasa Kanak-Kanak

5.0 PRINSIP-PRINSIP TEORI KOGNITIF DALAM BIDANG 11

PSIKOLINGUISTIK

5.1 Teori Kognitif Jean Piaget 11


5.2 Kebaikan dan Kelemahan Kognitif dalam Pemerolehan 15

Bahasa Kanak-Kanak

6.0 FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA POLISEMI 16

6.1 Polisemi 17

6.2 Faktor Wujudnya Polisemi 18

2
7.0 KESIMPULAN 18

RUJUKAN

3
1.0 PENGENALAN

Penggunaan bahasa merupakan sesuatu yang unik kerana tidak diajari secara formal kepada
manusia sejak dari kecil, seorang bayi akan membesar bersama-sama dengan pertumbuhan
bahasanya. Dari umur setahun hingga satu setengah tahun, seorang bayi mula mengeluarkan
bentuk-bentuk bahasa yang dapat kita kenali sebagai perkataan. Ujaran satu perkataan ini tumbuh
menjadi ujaran dua perkataan, dan akhirnya menjadi ayat kompleks apabila menjelang umurnya
empat atau lima tahun. Dalam menguasi bidang bahasa, pelbagai disiplin ilmu perlu diterapkan
sebagai landasan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam menguasai sesuatu bahasa
dengan lebih baik.Psikolinguistik merupakan bidang antara disiplin, iaitu antara psikologi dan
linguisti yang berupaya menyelesaikan masalah bahasa. Kedua-dua bidang ini saling berkaitan
dalam menyelesaikan permasalahn yang dihadapi oleh pengguna sesuatu bahasa.

1.1 Definisi Psikolinguistik

i. Definisi Psikologi

Secara etimologi perkataan psikologi berasal daripada bahasa yunani kuno psyche dan
logos. Kata psyche yang membawa maksud jiwa,roh,sedangkan kata logos bererti ilmu.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa psikologi membawa maksud ilmu jiwaataubidang
yang mengkaji berkaitan dengan jiwa manusia.

ii. Linguistik

Menurut Abdullah Hassan (1984), Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa.
Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara
saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin
ilmu yang tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri. Kata linguistik (linguistics-
Inggris) juga sebenarnya berasal dari bahasa Latin lingua yang bererti bahasa. Dalam
bahasa Perancis langage-langue; Italia lingua; Sepanyol lengua dan Inggeris
language. Akhiran ics dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah
ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-

4
lain. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa linguistic ialah kajian bahasa yang diucapkan
oleh manusia secara saintifik dan mengikut peraturan-peraturan tertentu.

iii. Psikolinguistik

Harley (Dardjowidjojo, 2003) berpendapat bahwa psikolinguistik adalah pengajaran atau


ilmu berkaitan dengan proses penggunaan akal dalam penggunaan bahasa. Psikolinguistik
merupakan disiplin ilmu yang mengkaji apa yang dikaji oleh disiplinlinguistik dan
psikologi. Psikolinguistik mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, tingkah laku
bahasa dan akal budi manusia. Psikolinguistik menganalisis apa yang berlaku dalam akal
budi manusia semasa seseorang itu menggunakan bahasa.

Dengan meneliti maksud psikologi, linguistik dan psikolinguistik dapatlah disimpulkan


bahawa psikolinguistik merupakan satu kajian yang berkatan dengan perasaan,akal fikiran, cara,
fungsi bagi sesuatu bahasa itu digunakan oleh penutur sesuatu bahasa.

Terdapat teori-teori yang dipelopori oleh ahli bahasa dalam kajian psikolinguistik. Oleh hal
demikian, penulisan ini akan membincangkan dengan lebih jelas berkaitan teori-teori
psikolinguistik dan menghuraikan prinsip-prinsip asas yang terlibat. Perbincangan berkaitan teori
psikolinguistik ini sangat penting bagi mengatasi permasalahan yang timbul dalam penguasaan
bahasa seseorang.

2.0 TEORI-TEORI DALAM BIDANG PSIKOLINGUISTIK

Kajian saintifik dalam bidang pemerolehan bahasa telah dimulakan sejak kurun ke-16, iaitu
dimulakan oleh Tiedmann, seorang ahli biologi Jerman pada tahun 1787. Charles Darwin pengasas
teori evolusi turut menjalankan kajian dalam bidang pemerolehan bahasa iaitu pada tahun 1877, dan
diikuti oleh kajian Preyer pada tahun 1882.

Terdapat tiga teori utama yang digunakan dalam bidang psikolinguistik ini antaranya ialah :

i. Teori Behaviourisme

ii. Teori Mentalis

5
iii. Teori Kognitif

3.0 PRINSIP-PRINSIP TEORI BEHAVIORISME DALAM BIDANG PSIKOLINGUISTIK

Dalam ilmu psikolinguistik, terutama berkaitan dengan konsep pemerolehan dan


pembelajaran bahasa, terdapat satu teori khusus iaitu dikenali sebagai Teori Pelaziman. Teori
Pelaziman terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu Pelaziman Klasik (oleh Pavlov dan Watson) dan
Pelaziman Operan (oleh Thorndike dan Skinner).

i. Teori Pelaziman Klasik Ivan Petrovich Pavlov

Teori Pelaziman Klasik ini dipelopori oleh Ivan Petrovich Pavlov (1849 1936) iaitu
seorang sarjana yang berasal dari Rusia. Teori ini menekankan sifat atau tabiat semula jadi
seseorang dalam sesuatu perkara. Pada asasnya teori ini melihat tingkah laku manusia sebagai
tindakan kepada rangsangan (Stimulus to response). Teori ini juga menekankan pentingnya
pengukuhan (reinforcement) menerusi ganjaran atau insentif. Teori ini menekankan pembelajaran
sebagai satu perubahan dalam bentuk atau tingkah laku. Gage, Berliner, 1984 berpendapat bahawa
belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman. Belajar merupakan akibat
adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin, 2000). Seseorang dianggap telah belajar
sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya.

Perkembangan bahasa adalah terbentuk hasil dari pengaruh persekitaran. Ini bermakna
pengetahuan merupakan hasil daripada interaksi dengan persekitarannya melalui deria rangsangan
yang menimbulkan tindakbalas. Teori ini berpendapat bahawa anak yang dilahirkan tidak
mempunyai pengetahuan apa-apa, sehinggalah mereka melalui proses belajar. Proses belajar ini
melalui tiruan, modeling, dendaan serta pengukuhan.

ii. Teori Pelaziman Operan B.F.Skinner

Pelopor yang tidak asing lagi dalam teori behaviorisme iaitu B.F.Skinner.Beliau
menggunakan teori rangsangan-tindak balas dalam menerangkan perkembangan bahasa. Beliau
berpendapat bahawa, apabila kanak-kanak mula belajar bercakap merupakan bukti berkembangnya
bahasa kanak-kanak, maka orang yang berada disekelilingnya memberikan repons yang positif

6
sebagai rangsangan bagi kanak-kanak. Dengan adanya respon positif tersebut maka kanak-kanak
cenderung mengulangi kata tersebut atau tertarik cuba kata lain. Inilah proses semulajadi yang
diperolehi oleh kanak-kanak.

Manakala Albert Bandura yang terkenal dalam teori behaviorisme cuba menerangkan dari
sudut teori belajar sosial. Beliau berpendapat kanak-kanak belajar bahasa kerana meniru suatu
model. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan
kanak-kanak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya. Teori Pembelajaran
Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan tentang bagaimana perilaku
manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan pembelajaran
peniruan (observational learning), dan cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan
juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan
peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational
opportunity). Contohnya dalam proses mempelajari bahasa bagi kanak-kanak, mereka memerhati
setiap perilaku orang dewasa yang ada disekeliling mereka, seterusnya meniru perbuatan atau
perkataan yang dituturkan.

Kesimpulannya, berdasarkan teori ini pemerolehan bahasa kanak-kanak boleh dilakukan


dengan pelbagai cara antaranya latih tubi atau diulang-ulang bagi memberi ingatan jangka panjang
kepada mereka. Dengan jelas dapat dilihat bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak juga
dipengaruhi oleh faktor sekeliling dan faktor semulajadi. Rangsangan-rangsangan yang diterima
juga menjadi pendorong kepada kanak-kanak dalam meningkatkan pengetahuan dalam
permerolehan bahasa pertama mereka.

3.1 Kebaikan dan Kelemahan Teori Behaviorisme dalam Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak

3.3.1 Kebaikan Teori Behaviorisme

Antara kebaikan yang terdapat dalam teori ini ialah :

a. Proses penguasaan bahasa dilakukan secara berulang-ulang untuk memberi

ingatan jangka panjang dalam memori kanak-kanak.

7
b. Menekankan aspek peneguhan. Perkara ini akan menjadikan kanak-kanak lebih
bersemangat

dan yakin dalam proses belajar.

c. Keadaan sekeliling merupakan satu elemen yang penting dalam proses mempelajari

bahasa, kerana kanak-kanak memerlukan model sebagai alat peniruan. Dalam keluarga

ibu bapa merupakan model utama dalam pembentukkan bahasa kanak-kanak.

d. Sesuai bagi melatih kanak-kanak yang memerlukan bantuan orang dewasa dalam

mempelajari bahasa.

3.3.2 Kelemahan Teori Behaviorisme

Setiap perkara yang dilakukan pasti ada kelemahannya. Begitu juga dengan teori

ini.Antara kelemahan daripada teori ini ialah :

a. Proses pembelajaran hanya berlaku jika kanak-kanak menerima peneguhan. Jika tiada

peneguhan kanak-kanak mungkin tidak mahu melakukan atau mengulangi perkara

yang dipelajari.

b.Proses belajar hanya bergantung kepada orang di sekeliling.

c. Kurangnya penekanan belajar secara kendiri.

4.0 PRINSIP-PRINSIP TEORI MENTALIS DALAM BIDANG PSIKOLINGUISTIK

Teori Mentalis Noam Chomsky

Teori ini telah diperkenalkan oleh Noam Chomsky pada tahun 1960-an. Aliran teori ini telah
memainkan peranan yang besar dalam ilmu linguistik termasuklah aspek pemerolehan bahasa
kanak-kanak. Teori ini menekankan tentang fungsi mental seseorang manusia. Menurut Chomsky,

8
kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat pemikiran bermula dari peringkat terendah. Noam
Chomsky (1972) bapa teori Psikolinguistik mengemukakan hipotesis bahawa anak-anak
mempunyai kemampuan untuk mempelajari sesuatu bahasa baru.

Menurut Chomsky, LAD (Language Acquistion Device) adalah satu kemahiran dalam diri
anak-anak yang membolehkan mereka untuk memahami peraturan-peraturan bercakap dan
memanfaatkannya. Chomsky juga berpandangan bahawa setiap anak dilahirkan dengan potensi
biologi untuk bahasa komunikasinya. Pemerolehan dan perkembangan bahasa berlaku, kerana
adanya potensi biologi tersebut dan juga adanya persekitaran bahasa yang menggalakkan, serta
persekitarannya umumnya.

Sistem-sistem bahasa, iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik dikuasai dengan
pantas oleh kanak-kanak walaupun pengajaran formal pada keseluruhannya tiada. Beliau
berpendapat bahawa bahasa bersifat kreatif. Ini kerana penghasilan sesuatu bahasa itu tidak terbatas
kepada objek dan peristiwa atau pengalaman yang dapat digarap oleh perilaku semata-mata. Oleh
sebab daya kreativiti itu, maka setiap kalimat seseorang mendengar, bertutur, membaca dan menulis
adalah sesuatu yang baharu.

Proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya
rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ). Tatabahasa yang
dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. Oleh hal demikian, teori ini
mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.Menurut Chomsky, kanak-
kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari
peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami
terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.

Menurut teori ini, proses pemerolehan bahasa adalah mudah dan tidak memerlukan latih
tubi sebagaimana yang ditegaskan oleh aliran Behaviorisme. Kanak-kanak dapat menguasai
pelbagai rumus nahu bahasa ibunda dengan mudah adalah disebabkan oleh kewujudan alat
pemerolehan bahasa semula jadi dalam otak mereka. Chomksy telah memperkenalkan teori
linguistik yang disebut Nahu Transformasi Generatif (TG). Teori ini menerangkan bahawa kanak-
kanak mempunyai LAD yang dibawa sejak lahir yang memungkinkan kanak-kanak itu memperoleh

9
bahasa ibundanya dengan mudah. Dengan adanya LAD, kanak-kanak dapat memilih bentuk-bentuk
yang diterima dalam bahasa itu, dan menolak bentuk-bentuk yang bukan struktur bahasa berkenaan.

Semasa seseorang kanak-kanak membesar, mereka telah dipengaruhi oleh


persekitarannya.Setelah berumur lima tahun, kanak-kanak akan membentuk tatabahasa generative
dalam mindanya. Tatabahasa generative diperoleh penutur daripada otaknya sendiri. Hal ini berlaku
kerana penutur telahpun mempunyai tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi.
Contohnya, seseorang kanak-kanak berlainan bahasa dapat menguasai bahasa lain jika mereka
berada atau dipelihara sejak kecil dalam situasi bahasa lain.
Secara intihalnya, penguasaan bahasa mempunyai hubungan erat dengan kebolehan mental
manusia yang mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa dengan pelbagai cara yang unik dan
kreatif.
4.1 Kebaikan dan Kelemahan Teori Mentalis dalam Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak

4.1.1 Kebaikan Teori Mentalis

a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu

pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut

kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara

sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara

berperingkat-peringkat.

b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid

berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat,

kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.

4.1.2 Kelemahan Teori Mentalis

a. Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan

kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian.

10
Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa

dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).

5.0 PRINSIP-PRINSIP TEORI KOGNITIF DALAM BIDANG PSIKOLINGUISTIK

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami,
mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti
mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta,
berimaginasi dan lain-lain. Teori ini menekankan fungsi otak dan fikiran dalam proses
pembelajaran. Proses berfikir manusia melibatkan operasi mental dengan tujuan untuk
menghubungkan berbagai-bagai idea, memahami konsep, membuat kesimpulan atau mendapatkan
pengertian baru.

5.1 Teori Kognitif Jean Piaget


Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan yang
sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran bukanlah berperanan
dalam membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak membina persekitarannya sendiri.
Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran
fizikalnya. Jean Piaget telah memperkenalkan empat konsep utama untuk menerangkan dengan
lebih lanjut berkenaan skema, penyerapan, pengubahsuaian dan keseimbangan.

5.1.1 Empat Konsep Utama dalam Teori Jean Piaget

i. Skema

Istilah skema atau skema yang diberikan oleh Piaget untuk dapat menjelaskan mengapa
seseorang memberikan respon terhadap suatu tindak balas dan untuk menjelaskan banyak
hal yang berhubungan dengan ingatan. Skema adalah struktur kognitif yang digunakan oleh
manusia untuk menyesuaikan diri terhadaap persekitarannya secara intelektual. Contohnya
sewaktu dilahirkan bayi telah dilengkapi dengan beberapan gerakan pantulan yang dikenali
sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencari, merasa serta
menggerakkan tangan dan kaki.

11
ii. Asimilasi

Asimilasi merupakan proses penyesuaian objek baru dengan skema yang telah sedia ada.
Proses asimilasi berlaku dan membolehkan manusia mengikuti modifakasi skema hasil
daripada pengalaman baru yang diperoleh. Contohnya, seorang kanak-kanak melihat
makanan seperti epal atau biskut, mereka akan melihat dan memegang dahulu sebelum
mencuba makanan itu.

iii. Akomodasi

Akomodasi ialah suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi
berfungsi apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan skema
baru. Contohnya, murid dapat membezakan buah epal dan oren. Jean Piaget berpendapat
proses ini sebagai proses pembelajaran.

iv. Adaptasi

Adaptasi merupakan satu keadaan yang wujud keseimbangan antara akomodasi dan
asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud
apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk mencipta hubungan tentang apa-apa
yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

5.2 Tahap Perkembangan Kognitif oleh Jean Piaget

Jean Piaget amat terkenal dengan perkembangan intelek. Menurut beliau, tahap perkembangan
kognitif bergantung kepada kemampuan berfikir, dengan ini tentu perkembangannya dipengaruhi
oleh unsur-unsur biologi. Beliau telah mengutarakan empat peringkat perkembangan intelek iaitu :

12
Tahap Operasi
Tahap Praoperasi
Konkrit (7 hingga
(2 hingga 7 tahun)
12 tahun)

Tahap
Tahap Operasi
Sensorimotor (dari
Formal (12 tahun
lahir hingga 2
hingga dewasa)
tahun)
TAHAP-TAHAP
PERKEMBANGAN
KOGNITIF

Rajah 1 : Tahap-tahap Perkembangan Kognitif oleh Jean Piaget

Rajah 1 menunjukkan Tahap-tahap Perkembangan Kognitif yang dipelopori oleh Piaget. Beliau
telah mengkelaskan setiap tahap kepada empat peringkat umur.Huraian peringkat-peringkat tahap
perkembangan kognitif seperti berikut.

i. Tahap Sensori Motor (Dari lahir hingga 2 tahun )

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.
Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Pada peringkat ini, kanak-
kanak belum menguasai lambang bahasa untuk menamakan benda-benda di sekelilingnya.
Kanak-kanak mengetahui alam sekelilingnya melalui deria dan pergerakan
badannya.Kanak-kanak tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh

13
dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah
laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning).

ii. Tahap Praoperasi (2 hingga 7 tahun)

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.
Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol dalam permainan,
contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Kanak-kanak
juga dapat memperkembangkan pengetahuan mereka tentang objek-objek dalam
persekitaran mereka. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi
pada tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa.

iii. Tahap Operasi Kokrit (7 hingga 12 tahun )

Peringkat Operasi Konkrit ini bermula apabila anak-anak itu mencapai umur 7 hingga 12
tahun. Pada peringkat ini,kanak-kanak hanya dapat menyelesaikan satu-satu masalah yang
melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit iaitu perkara yang boleh dilihat atau yang
boleh disentuh . Walau bagaimanapun, keupayaan untuk memanipulasikan konsep dan idea
pada tahap ni adalah terhad serta bergantung pada objek yang boleh dilihat atau disentuh
sahaja. Mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik.

iv. Tahap Operasi Formal ( 12 tahun hingga dewasa)


Tahap operasi formal bermula umur 12 tahun dan seterusnya. Proses ini melibatkan operasi
mental. Pada peringkat ini kanak-kanak berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru,
mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan
operasi abstrak. Selain itu, mereka juga telah dapat membuat keputusan sendiri secara
sistematik dan rasional.

5.3 Kebaikan Teori Kognitif

i. Teori menekankan pada tahap perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, kita dapat
mengetahui tahap kebolehan anak-anak sama ada cepat atau pun lambat perkembangannya.

ii. Menekan kaedah pembelajaran secara kendiri dan cuba jaya.

14
5.4 Kelemahan Teori Kognitif

i. Teori kognitif ini dikatakan tidak dapat menerangkan struktur, proses kognitif dengan
jelas.

ii. Ahli pengkritik berpendapat, berdasarkan teori ini, kanak-kanak yang berjaya bagi setiap
tahap perkembagannya perlulah dapat menyelesaikan permasalahn yang dihadapi sebelum
naik ke tahap yang seterusnya.

6.0 FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA POLISEMI

6.1 Polisemi

Polisemi ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara
konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisemi ialah hubungan kata atau frasa yang
mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Polisemi memiliki ciri-ciri
yang hampir sama dengan homonim, iaitu mempunyai banyak makna.Antara contoh-contoh
polisemi ialah :

Perkataan :-

i. berhenti perkataan berhenti membawa banyak maksud seperti berehat, tamat, ataumeletakkan

jawatan.

ii. besar membawa maksud dewasa, berpangkat, berpengaruh.

6.2 Faktor-faktor Wujudnya Polisemi

Terdapat dua jenis polisemi iaitu polisemi tulen dan polisemi konteks.

15
POLISEMI POLISEMI
POLISEMI
KONTEKS
TULEN
Rajah 2 : Jenis-jenis Polisemi

Rajah 2 menunjukkan jenis-jenis Polisemi iaitu Polisemi Tulen dan Polisemi Konteks. Polisemi
Tulen bermaksud dua makna berbeza yang wujud bagi satu-satu perkataan. Manakala Polisemi
Konteks pula, makna sesuatu perkataan itu bergantung pada sesuatu konteks atau keadaan.
Contohnya seperti kata tentang Dalam
yang masyarakat
membawa Melayu,
maksud perkara, namun dalam situasi lain ia
boleh membawa maksud lawan.seorangHassananak tidak mendefinisikan
(2006) boleh polisemi sebagai istilah yang
menggunakan perkataan Dalam masyarakat
merujuk kepada perkataan yang mempunyai banyak makna yang boleh disebabkan oleh keadaan
Dalam masyarakat
"aku" atau "engkau" apabila Melayu, seorang
Melayu,
semulaseorang anak ini dapatlah disimpulkan bahawa polisemi mempunyai maksud yang pelbagai
jadi. Dengan bertutur dengan ibu bapa anak tidak boleh
tidak boleh
dimana keranaberdasarkan
pengguna haruslah melihat makna perbuatan inikonteks dan situasi iamenggunakan
digunakan.
menggunakan
dianggap membawa perkataan "aku"
perkataan "aku" atau
konotasi yang tidak sopan. atau "engkau"
"engkau" apabila
Tetapi perkataan "aku" dan apabila bertutur
bertutur dengan ibu
7.0bapa
KESIMPULAN "engkau" membawa dengan ibu bapa
kerana
konotasi kemesraan apabila kerana perbuatan
perbuatan ini
Setelah dihuraikan teori dan prinsip-prinsip yang terdapat dalam bidang ini dianggap
psikolinguistik
dianggap membawa
membawa
dapatlahyang
konotasi dikatakan
tidak bahawa bidang ini telah menerangkan hakikat struktur bahasa, dan bagaimana
konotasi yang tidak
sopan.itu
struktur Tetapi
diperolehi, digunakan pada waktu bertutur. sopan. Tetapi
perkataan "aku" dan
perkataan "aku"
"engkau"Kesalahan
membawa dalam berbahasa juga dapat terjadi pada manusia. Untuk itu, seorang anak
dan "engkau"
konotasi kemesraan
haruslah diberikan kesempatan sebaik-baiknya ketika ia dilahirkan, diberikan membawa
input yang sesuai,
apabila
konotasi
agar kelak ia mampu menjadi seorang manusia yang memiliki keseimbangan dalam psikologi dan
kemesraan apabila
linguistik yang merupakan bekal dari si anak dalam menjalani kehidupan di masa depannya.

( 2950 patah perkataan )

16
RUJUKAN :

Amir Awang. (1986).Teori-teori Pembelajaran: Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Abu Zahari Abu Bakar. (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Ab. Fatah Hasan. (1992). Penggunaan Minda Yang optimum Dalam Pembelajaran. Johor

Baharu:UTM.

Abdul Rashid Ali (1992). Penguasaan Bahasa Kanak-kanak: Satu Pemerhatian Kes Awal.

Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu(Edisi Ke-4). Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn.
Bhd

Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed (1995). Teori Pemelajaran Sosial dan

Pemerolehan Bahasa Pertama. Jurnal Dewan Bahasa, Mei. 456-464.

Kamarudin Hj. Husin(1998). Pedagogi Bahasa Melayu(edisi ke-8). Selangor:LongmanMalaysia

Sdn. Bhd

Mohd Salleh Lebar. (1999). Memahami Psikologi. Kuala Lumpur: Thinker Librarys

Azlina Abu Bakar@ Mohd. (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam.

KarismaPublications Sdn. Bhd.

Abdul Chaer. (2005). Psikolinguistik.Fakultas Bahasa Dan Sastera. Universiti Negeri Makkasar

Jurnal Dewan Bahasa, Oktober. 942-968.

Modul BMM3111 Semantik dan Pengistilahan Bahasa Melayu.(2011). Cyberjaya:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

https://www.slideshare.net/hamzahahmadum/psikolinguistik-hamzah

https://prezi.com/uvyzdtnjilc3/bml3083-semantik-dan-pragmatik-bahasa-melayu/

17
http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2011/zul011.pdf

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.my/2011/02/teori-psikolinguistik.html

http://bmp6103.blogspot.my/2007/07/ru.html

http://magister-pendidikan.blogspot.my/p/teori-konstruktivistik.html

http://ebook.repo.mercubuana-
yogya.ac.id/Kuliah/materi_20132_doc/TEORI%20PEMBELAJARAN%20KONSTRUKTIVISME.
pdf

18

Anda mungkin juga menyukai