Anda di halaman 1dari 13

Topik X Proses Dalaman

Penerbitan
Bahasa,
Pertuturan dan
Komunikasi

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud dan konsep pemerolehan bahasa;
2. Membandingkan tiga teori pemerolehan bahasa;
3. Mengaitkan fungsi otak dalam pemerolehan bahasa; dan
4. Menghuraikan proses penerbitan bahasa dalam pertuturan dan
komunikasi.

PENGENALAN

Dalam Topik 1, anda telah dapat memahami beberapa teori huraian bahasa.
Antaranya ialah Teori Tradisional, Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif
dan Teori Fungsional.
Dalam topik ini pula, anda akan dipaparkan dengan penelitian beberapa teori
pemerolehan bahasa. Tahukah anda, cara manusia memperoleh bahasa
merupakan salah satu aspek yang penting dalam bidang psikolinguistik?
Walaupun terdapat banyak teori pemerolehan bahasa, namun untuk topik ini,
anda akan berkenalan dengan tiga teori pemerolehan bahasa yang utama iaitu
Teori Behavioris, Teori Mentalis dan Teori Interaksionalis.

20 X TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA,


PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI

2.1

TAKRIF DAN KONSEP PEMEROLEHAN


BAHASA

Sebelum anda dipaparkan teori pemerolehan bahasa dengan lebih lanjut, anda
harus memahami takrif dan konsep pemerolehan bahasa terlebih dahulu.

2.1.1

Takrif Pemerolehan Bahasa

Menurut Lyons, Teer dan Rubenteins (1994), bahasa ialah nurani. Oleh hal yang
demikian, bahasa tidak diperoleh secara semula jadi, tetapi tumbuh atau menjadi
matang secara organik. Kamus Linguistik (1997) pula mentakrifkan pemerolehan
bahasa sebagai proses pembelajaran bahasa daripada satu aspek hingga
keseluruhan. Maksudnya, proses seseorang penutur seperti kanak-kanak
menjadi penutur jati bagi bahasa natifnya atau proses seseorang kanak-kanak
ataupun dewasa menjadi penutur bahasa kedua.
Mangantar Simunjuntak (1987) pula berpendapat bahawa pemerolehan bahasa
ialah proses yang berlaku dalam otak seseorang kanak-kanak ketika memperoleh
bahasa ibunda. Dalam bidang psikolinguistik, konsep pemerolehan bahasa
lazimnya dikaitkan dengan pembelajaran bahasa pertama.

2.1.2

Konsep Pemerolehan Bahasa

Berdasarkan kajian Tay Meng Guat (2006) yang berkaitan dengan subtopik ini,
konsep pemerolehan bahasa adalah seperti berikut:
Permulaannya, kajian saintifik dalam bidang pemerolehan bahasa telah
dimulakan sejak kurun ke-16. Kajian ini dimulakan oleh Tiedemann,
seorang ahli biologi berbangsa Jerman pada tahun 1787.
Charles Darwin, pengasas teori evolusi turut menjalankan kajian dalam
bidang pemerolehan bahasa pada tahun 1877. Kajian-kajian yang seterusnya
telah dilakukan oleh Preyer pada tahun 1882 dan kajian Sally pada tahun
1885. Selepas kajian-kajian perintis ini, terdapat banyak kajian lain yang
mengkaji bahan-bahan dan subjek-subjek yang berbeza untuk melihat
aspek-aspek yang berkaitan dengan pemerolehan sistem-sistem bahasa.
Kajian-kajian terkini meliputi aspek kajian perbandingan pemerolehan
bahasa antara bahasa yang berbeza, misalnya perbandingan antara
bahasa Inggeris dengan bahasa Itali yang dilakukan oleh Antonella

TOPIK 2

PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, W


PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI

21

Devescovi dan lain-lain pada tahun 2003 (A cross-linguistic study of the


relationship between grammar & lexical development).
Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa
manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan
perkembangan bahasa kanak-kanak, manakala pemerolehan bahasa
kedua tertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa.
Perkembangan bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan
bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan.
Namun, terdapat juga pandangan lain yang berpendapat bahawa wujud
dua proses yang terlibat dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan
kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa. Selain
itu, dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan pemerolehan bahasa
ialah faktor nurture dan nature.
Namun, para pengkaji bahasa dan linguistik tidak menolak kepentingan
pengaruh faktor seperti biologi dan persekitaran. Kajian-kajian telah
dijalankan untuk meninjau sama ada manusia memang sudah dilengkapi
dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang didakwa
oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan
berbahasa ialah hasil daripada kebolehan kognisi umum dan interaksi
manusia dengan persekitarannya.

2.2

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ahli bahasa tentang pemerolehan


bahasa. Oleh sebab pandangan yang diutarakan adalah berbeza, maka wujud
pelbagai teori pemerolehan bahasa. Seperti yang telah dinyatakan dalam
subtopik pengenalan, terdapat banyak teori pemerolehan bahasa, namun begitu
anda hanya akan meneliti tiga teori pemerolehan bahasa yang utama iaitu Teori
Behavioris, Teori Mentalis dan Teori Interaksionalis.
Anda sudah pun dipaparkan bahawa pemerolehan bahasa ialah cara seseorang
mempelajari bahasa pertama. Oleh itu, anda dapat mengenali teori-teori
pemerolehan bahasa yang dikemukakan oleh beberapa orang ahli bahasa pula.
Kita mulakan subtopik ini dengan Teori Behavioris terlebih dahulu. Teori ini
dipelopori oleh B. F. Skinner. Beliau mengemukakan pandangan bahawa
pemerolehan bahasa adalah berdasarkan pelaziman operan iaitu rangsangan
yang diasaskan kerana ganjaran atau peneguhan.

22 X TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA,


PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI

2.2.1

Teori Behavioris (Skinner)

Untuk makluman anda, Teori Behavioris adalah berasaskan pemerolehan bahasa


pertama oleh kanak-kanak. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Mekanis.
Biasanya kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal menerusi proses
peniruan daripada ahli keluarga, khususnya daripada ibu bapa mereka.
Oleh hal yang demikian, ibu bapa merupakan model bahasa yang pertama bagi
kanak-kanak. Kanak-kanak menguasai bunyi-bunyi, selain menyebut perkataan
yang telah didengar oleh mereka secara berulang kali sehingga dapat
melafazkannya dengan betul. Ahli behavioris berpandangan bahawa bahasa
merupakan satu tabiat yang diperoleh.
Kelihatan teori ini menekankan perilaku dan individu banyak belajar menerusi
pengalaman dari otak. Teori ini tidak mementingkan fungsi mental. Perkara yang
dikaji dalam teori ini ialah data iaitu beberapa kalimat yang dapat diamati dan
diukur. Teori ini turut berpandangan bahawa bahasa terjadi hasil daripada operasi
rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada ciri naluri manusia. Justeru itu,
bahasa ialah proses perilaku yang berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas.
Selain itu, golongan behavioris berpendapat bahawa pemerolehan adalah sesuatu
perlakuan yang terjadi menerusi ulangan perlakuan. Perkara-perkara seperti
latihan dan latih tubi amat penting dijalankan dengan kerap untuk
membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan kebiasaan.
Oleh itu, kemahiran bahasa dapat diperoleh. Oleh hal yang demikian, murid perlu
diberikan peluang untuk berlatih berulang kali bagi membentuk tabiat dalam diri
mereka. Hal ini bermakna bahawa bahasa dikuasai menerusi proses pengulangan
kerana teori ini beranggapan bahawa penguasaan bahasa merupakan proses
mekanis yang tiada kena mengena dengan fikiran atau daya mental.

2.2.2

Teori Mentalis (Chomsky)

Teori Mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses


pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Teori ini yang juga dikenali sebagai
Teori Kognitif menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan
melalui proses dalam otak.
Oleh itu, menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan
kebolehan semula jadi manusia. Noam Chomsky, salah seorang pelopor teori ini
berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama peranti pemerolehan bahasa

TOPIK 2

PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, W


PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI

23

(language acquisition device atau LAD). Alat ini menyebabkan manusia


mempunyai kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa.
Mangantar (1987) turut berpendapat bahawa manusia memang dilahirkan
bersama sesuatu yang membolehkannya berbahasa dengan mudah dan cepat.
Beliau menyebut hal ini sebagai hipotesis nurani iaitu sesuatu yang dibawa lahir
atau yang berada dalam diri manusia. Sebenarnya, hipotesis ini pernah
dikemukakan oleh Chomsky.
Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan
keupayaan yang sedia ada padanya untuk merumus dan membentuk ayat
mengikut sistem bahasa yang dia peroleh.
Golongan ini juga berpendapat bahawa manusia mempunyai kompetens dan
prestasi bahasa. Kompetens di sini dapat diertikan sebagai rumus yang ada
dalam mental manusia. Manakala prestasi pula ialah aspek penggunaan bahasa
oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia. Oleh hal demikian, teori
ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.

2.2.3

Teori Interaksionalis (Bloom)

Teori Interaksionalis berkembang pada tahun 60an dan 70an. Terdapat beberapa
ahli bahasa yang mempelopori teori ini, antaranya ialah Bloom, Bowennan,
Cromer dan Halliday.
Menurut Noor Aina Dani (2007), golongan interaksionalis kelihatan telah
berkompromi dengan mengambil jalan tengah antara Teori Behavioris dengan
Teori Mentalis. Mereka berpendapat bahawa persekitaran luaran dan faktor
bawaan semula jadi memainkan peranan yang sama penting dalam pemerolehan
bahasa oleh kanak-kanak. Kanak-kanak selain menerima latihan bahasa yang
pasif daripada ibu bapa mereka, juga dapat memproses bahasa secara aktif
kerana memiliki struktur dalaman dalam pemerolehan bahasa.
Faktor seperti persekitaran sosial, pematangan, biologi dan kognitif memainkan
peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Faktor-faktor ini
saling berinteraksi lalu melakukan penyesuaian antara satu sama lain. Terdapat
dua pendekatan utama bagi golongan interaksionalis iaitu:
x

Pendekatan kognitif; dan

Pendekatan sosial.

Pemahaman kanak-kanak tentang bahasa berakar umbi dari perkembangan


kognitif dan perkembangan bahasa juga lahir kesan daripada persekitaran sosial
yang disediakan oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, interaksi sosial antara kanak-

24 X TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA,


PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI

kanak dan ibu bapa amat penting kerana ia memberikan pengalaman bahasa
bagi kanak-kanak tersebut.
Halliday (1975) yang merupakan salah seorang tokoh interaksionalis
beranggapan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan proses
kognitif dan proses interaksi bahasa. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak
memperoleh bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk berinteraksi
dengan ahli masyarakat dalam persekitaran mereka. Menurut Halliday proses
kognitif penting dalam perkembangan bahasa, khususnya dalam usaha kanakkanak mentafsirkan makna yang terdapat dalam situasi sosial mereka dan
kemudian menggambarkan makna tersebut dalam bentuk bahasa.

SEMAK KENDIRI 2.1


1. Apakah dasar bagi teori pemerolehan bahasa?
2.

2.3

Bandingkan teori pemerolehan bahasa secara mekanis dengan


mentalis.

EVOLUSI PERTUTURAN

Dalam subtopik ini, anda akan mempelajari evolusi pertuturan iaitu


perkembangan secara beransur-ansur tentang pertuturan atau bahasa dalam
kalangan manusia. Sebelum itu, anda perlu mengenali fungsi dan mekanisme
otak. Apakah yang dimaksudkan dengan mekanisme otak?
Mekanisme otak bermaksud cara otak anda menjalankan fungsi bahasa.

Selain itu, anda juga mempelajari perkaitan antara pembentukan bahasa dengan
fungsi otak dalam subtopik ini.

2.3.1

Fungsi Otak dan Mekanisme Otak

Secara umum, kita mengetahui bahawa otak merupakan organ manusia yang
amat kompleks sifatnya. Otak menjalankan pelbagai fungsi dan mempunyai cara
yang tersendiri untuknya berfungsi. Otak memainkan peranan penting dalam
proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, anda hanya dapat memahami

TOPIK 2

PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, W


PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI

25

sebahagian daripada fungsinya dan terdapat beberapa fungsi yang berkaitan


dengan bahasa.
Sekarang mari kita pelajari dengan teliti bahagian organ ini. Otak manusia dapat
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu batang otak dan serebrum. Batang otak
memastikan badan kita sentiasa hidup dengan mengawal pernafasan, degup
jantung dan sebagainya. Serebrum pula merupakan bahagian yang amat penting
bagi kehidupan anda kerana bahagian tersebut menjana bahasa. Selain itu,
serebrum juga mengintegrasikan manusia dengan persekitaran.
Serebrum dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu hemisfera kiri dan hemisfera
kanan (Rajah 2.1). Kedua-dua bahagian hemisfera ini dihubungkan oleh tisu
yang dipanggil korpus kalosum.

Rajah 2.1: Bahagian utama serebelum

Bahagian otak yang penting ialah medula, pons, talamus, korteks dan korpus
kalosum. Medula berperanan dalam hal seperti pernafasan, degup jantung,
pemindahan, kordinasi pergerakan, tindak balas di luar kawalan, penghadaman
dan emosi. Pons pula dikaitkan dengan refleksi manakala talamus berkaitan
dengan pertuturan dan bahasa. Korteks terdiri daripada enam lapisan tisu yang
berkedut dan bengkok-bengkok. Korpus kalosum berperanan sebagai penyelaras
proses mental bagi kedua-dua hemisfera.

26 X TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA,


PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI

Setiap hemisfera dibahagikan kepada empat bahagian iaitu cuping frontal,


cuping parietal, cuping temporal dan cuping oksipital (Rajah 2.2).

Rajah 2.2: Keratan rentas hemisfera


Sumber: Noor Aina Dani (2007)

Setiap satu hemisfera mempunyai tugas utama. Hemisfera kiri bertugas untuk
mengawal bahasa, operasi logik, analitik dan matematik. Hemisfera kanan pula
bertugas untuk mengawal emosi, mengecam muka dan mengenal struktur
badan. Pematangan fungsi tertentu otak, khususnya fungsi verbal menjadi
mantap di hemisfera kiri. Hal ini dinamakan lateralisasi.

2.3.2

Bahasa dan Otak

Setelah mengenal bahagian-bahagian otak dan beberapa fungsinya, tentu timbul


persoalan tentang bagaimana bahasa dibentuk dalam otak. Apakah kaitan antara
bahasa dengan otak?
Anda telah mempelajari tadi bahawa otak ada pelbagai fungsi dan sebilangan
fungsinya adalah berkaitan dengan bahasa. Pertamanya, anda mendapati
bahawa otak mengawal proses kognitif yang terlibat dalam hal menghasilkan
bahasa atau untuk memahami bahasa. Jalur motor pula terlibat dalam hal
artikulasi iaitu pergerakan otot-otot lidah, bibir dan anak tekak.
Sekarang mari kita kenal pasti cara otak membantu kita memperoleh bahasa.
Seperti yang dibincangkan pada Subtopik 2.3.1, beberapa bahagian otak terlibat
dalam struktur dan fungsi bahasa.
Sebenarnya, otak memberikan tugas tertentu kepada hemisfera kiri dan kanan.
Operasi bahasa, logik dan analisis serta matematik bertahap tinggi biasanya
berlaku di hemisfera kiri. Hemisfera kanan pula cukup berkesan dalam hal
mengenal emosi, mengecam muka dan mengambil kira struktur perkara secara

TOPIK 2

PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, W


PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI

27

global tanpa sebarang analisis. Ini telah didedahkan sebagai lateralisasi iaitu
bidang tugas hemisfera kiri dan kanan. Lateralisasi otak menjelaskan bahawa
otak mempunyai tanggungjawab khusus untuk mengembangkan bahasa.
Anda tentu tertarik untuk mendalami lateralisasi bahasa iaitu bahagian-bahagian
otak yang terlibat dalam penggunaan bahasa. Kajian menunjukkan bahawa
bahasa berpusat di hemisfera kiri dalam kalangan orang yang menggunakan
tangan kanan. Adakalanya bahasa berpusat di hemisfera kanan bagi orang yang
menggunakan tangan kiri.
Kini terdapat pandangan baru tentang lateralisasi. Pandangan itu menyatakan
bahawa hemisfera kiri memberi tumpuan kepada operasi bahasa yang cepat,
manakala yang kanan memberi tumpuan kepada proses pemaknaan yang tinggi.
Bagi kebanyakan manusia, kemahiran bahasa terbit secara khususnya di
hemisfera kiri. Sebagai contoh, jika seseorang mengalami cedera parah dalam
kemalangan di bahagian otak hemisfera kiri, orang itu sudah tentu akan
mengalami impaknya. Kemungkinan kebolehan berbahasa orang tersebut akan
terjejas.
Oleh itu, kita dapat rumuskan bahawa terdapat beberapa bahagian otak yang
terlibat dalam fungsi bahasa iaitu dalam hal penerbitan pertuturan dan
pemahaman pertuturan. Antaranya ialah hemisfera kiri dan talamus yang
memainkan peranan dalam penerbitan bahasa.

SEMAK KENDIRI 2.2


1. Otak mempunyai banyak fungsi yang berkaitan dengan bahasa.
Senaraikan fungsi-fungsi tersebut.
2. Apakah perbezaan peranan antara hemisfera kiri dengan
hemisfera kanan otak?

2.4

PROSES PENERBITAN BAHASA DALAM


PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI

Salah satu tujuan psikolinguistik adalah untuk mengetahui cara pertuturan


dihasilkan dan difahami dalam konteks komunikasi seharian. Oleh itu, proses
menerbitkan pertuturan (speech) merupakan salah satu aspek yang dikaji dalam
ilmu psikolinguistik. Dalam subtopik ini, kita akan meneliti proses penerbitan
bahasa dalam pertuturan dan kemudian meneliti cara pertuturan bahasa itu
digunakan dalam komunikasi. Sebenarnya, penerbitan pertuturan mengkaji
segala proses mental yang berlaku dalam otak ketika seseorang cuba berfikir.

28 X TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA,


PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI

Sebelum kita pergi jauh, mari kita fahami dahulu konsep penerbitan bahasa
(language production). Apakah yang dimaksudkan dengan penerbitan bahasa?

Penerbitan bahasa dapat diertikan sebagai aktiviti atau proses mental


yang terlibat dalam hal menghasilkan, memahami lalu memperoleh
bahasa oleh kanak-kanak atau orang dewasa.

Ketika kita menghasilkan pertuturan atau ketika mendengar dan memahami


sesuatu pertuturan, terdapat huraian yang berlaku dalam otak kita. Aktiviti
inilah yang dikenal sebagai pemprosesan bahasa.
Menurut Levelt (1989), proses penerbitan pertuturan dapat dibahagikan kepada
tiga aspek iaitu konseptualisasi (conceptualisation), formulasi (formulation) dan
pelaksanaan (articulation).
Semasa konseptualisasi, seseorang penutur membentuk sesuatu niat lalu
memilih maklumat yang relevan daripada ingatan atau persekitaran sebagai
persediaan untuk membina pertuturan yang dihasratkan. Inilah yang disebut
sebagai proses peringkat mesej (message-level processes).
Proses formulasi pula melibatkan hal menterjemahkan konsep yang diwakili itu
ke dalam bentuk bahasa. Akhirnya, proses pelaksanaan pula melibatkan
perancangan fonetik dan artikulasi pertuturan.
Sebenarnya, apabila seseorang hendak bertutur, dia harus melibatkan tiga
operasi seperti yang digambarkan dalam Rajah 2.3.

Rajah 2.3: Tiga operasi dalam bertutur

TOPIK 2

PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, W


PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI

29

Operasi semantik dalam proses penerbitan melibatkan pemilihan perkataan yang


sesuai dengan idea dan makna yang dihasratkan. Proses memilih kata ini disebut
sebagai pengleksikalan (lexicalisation). Operasi sintaksis pula merupakan hal
pemilihan pola ayat yang sesuai dan dalam pola ayat inilah semua perkataan
yang terpilih itu disusun. Operasi fonologi pula melibatkan tugas menerbitkan
idea dalam bentuk bunyi bahasa yang dihasilkan oleh sistem ujaran seperti lidah.
Permulaan proses penerbitan ada kaitan dengan proses pemahaman. Oleh sebab
proses pemahaman merupakan proses mental, kita perlu membuat persepsi dan
kemudian memproses bunyi-bunyi yang didengar atau dituturkan itu. Justeru
itu, proses pemahaman melibatkan tiga gerak laku yang berurutan iaitu (Zulkifli
Hamid, 1994):
(a)

Menganggap maklumat deria dan mengenalpastikannya;

(b)

Menentukan makna perkataan; dan

(c)

Memproses perkataan yang telah ditentukan maknanya menurut kaedah


semantik yang betul.

Untuk makluman anda, proses penerbitan bahasa akan terbantut jika berlaku
kerosakan kepada otak. Umpamanya, afasia merupakan keadaan kekacauan
bahasa yang dialami oleh seseorang yang mengalami kerosakan otak. Keadaan
tersebut akan menyebabkannya tidak dapat menerbitkan pertuturan yang baik.

SEMAK KENDIRI 2.3


Berdasarkan pemahaman anda tentang proses penerbitan bahasa yang
betul, bincangkan bagaimana proses tersebut dapat memperbaiki
proses komunikasi seharian anda.

Pemerolehan bahasa ialah proses penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa


disedari atau dipelajari secara formal.

Konsep pemerolehan bahasa menyatakan bahawa ia merupakan satu proses


perkembangan bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa pertama
dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak, manakala pemerolehan
bahasa kedua tertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa.

Tiga teori pemerolehan bahasa ialah Teori Behavioris (Skinner), Teori


Mentalis (Chomsky) dan Teori Interaksionalis (Bloom).

30 X TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA,


PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI

Teori Behavioris (Skinner) menegaskan bahawa manusia memperoleh bahasa


kerana terdapat rangsangan dan tindak balas. Kemudian manusia menguasai
sesuatu bahasa melalui proses pengulangan sehingga terbentuk kebiasaan
atau tabiat dalam dirinya.

Teori Mentalis (Chomsky) berpandangan bahawa manusia secara semula jadi


mempunyai keupayaan untuk berbahasa. Terdapat peranti pemerolehan
bahasa (language acquisition device atau LAD) dalam otak manusia untuk
membina bahasa mereka secara aktif. Teori ini juga berpendapat bahawa ada
dua proses dalam penguasaan bahasa, iaitu kecekapan dan prestasi.

Teori Interaksionalis (Bloom) beranggapan bahawa pemerolehan bahasa


melibatkan dua proses, iaitu proses mental dan interaksi bahasa.

Terdapat banyak bahagian otak yang terlibat dalam fungsi bahasa. Antara
yang penting ialah hemisfera kiri.

Penerbitan bahasa merupakan aktiviti mental yang melibatkan proses


menghasilkan, memahami dan melaksanakan pertuturan dalam komunikasi.

Hipotesis nurani
Kecekapan
Konseptualisasi
Lateralisasi
Pelaziman operan
Pemerolehan bahasa
Pemprosesan bahasa
Penerbitan pertuturan

Peranti pemerolehan bahasa (Language


Acquisition Device atau LAD)
Pertuturan
Prestasi
Proses mekanis
Teori behavioris
Teori fungsional
Teori mentalis

Abdul Rahman Ab Rashid, et al. (1997). Pengajian Melayu I. Petaling Jaya:


Longman.
Aitchson, J. (2000). The articulate mammal. An introduction to psycholinguistics.
London: Routledge.

TOPIK 2

PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, W


PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI

31

Halliday, M. A. K. (1975). Learning how to mean: Explorations in the


development of language. London: Edward Arnold.
Kamarudin Hj Husin. (1988). Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman.
Levelt, W. J. M. (1989). Speaking: From intention to articulation. Cambridge,
Mass.: MIT Press.
Lyons, A. W., Teer, P., & Rubenstein, H. (1978). Age-at-acquisition and word
recognition. Journal of Psycholinguistic Research, 7(3), 179187.
Mangantar Simanjuntak. (1987). Pengantar psikolinguistik moden. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor Aina Dani. (2007). Pengantar psikolinguistik. Petaling Jaya: Sasbadi.
Steinberg. D. D. (1993). An introduction to psycholinguistics. New York:
Longman.
Tay Meng Guat. (2006). Pemerolehan bahasa kanak-kanak: Satu analisis sintaksis.
Dicapai dari http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/
jurnal2006/tay06.pdf

Anda mungkin juga menyukai