Anda di halaman 1dari 25

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SCHOOL OF EDUCATION & MODERN LANGUAGES

SGDK 4014

KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU

TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA

PROVIDED FOR :

DR. NOR HASIMAH BINTI ISMAIL

PROVIDED BY :

NURUL AMIZATOL HAWA BINTI HARON (826144)

NORHAFIZAH BINTI AZIZAN (826147)

WAN MUHAMAD FAWZY WAN AHMAD (826156)

0
Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa

1.0. Pengenalan

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini lebih memfokuskan kepada

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa serta konsep-konsep, strategi,

pendekatan, kaedah, teknik pengajaran Bahasa Melayu. Teori huraian bahasa

merupakan teori dalam deskriptif yang memperkatakan ciri dan fakta tentang struktur

bahasa sejagat yang ada dalam semua bahasa manusia di dunia ini. Teori huraian

bahasa cuba menghuraikan sifat umum yang terkandung dalam semua bahasa asli

manusia dengan melihat sifat dan ciri yang merentasi semua bahasa. Justeru, dalam

kajian tentang sesuatu bahasa, pengkaji meneliti butiran terperinci dalam setiap bahasa

untuk mengetahui jarak perbezaaan antara bahasa itu, sedangkan dalam kajian ciri

umum pengkaji ingin mengetahui had perbezaan itu. Kedua-dua pendekatan ini saling

bergantung antara satu sama lain. Huraian terperinci sesuatu bahasa akan membekalkan

pengkaji butir yang boleh diabstrakkan untuk memperoleh pengitlakan tentang sesuatu

bahasa tersebut. Hasil daripada kefahaman ini semua maka akan terbinanya Rancangan

Pembelajaran Harian (RPH) yang mana menjadi panduan dalam guru menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih berkesan.

2.0. Teori Huraian Bahasa

Teori bahasa ialah pandangan yang diutarakan atau dibincangkan dengan lebih

mendalam dalam bidang bahasa. Menurut kajian-kajian terdahulu, maksud teori huraian

bahasa adalah sebagai pendapat yang mengupaskan teori dalam bahasa seperti

pemikiran atau pendapat tokoh-tokoh mengenai huraian bahasa. Teori huraian bahasa
1
terbahagi kepada empat aliran pemikiran iaitu Teori Tradisional yang dipelopori oleh

Panini. Teori ini berkaitan dengan kajian bahasa yang dibuat terhadap bentuk-bentuk

tulisan. Kedua, Teori Struktural yang diperkenalkan oleh Bloomfield. Teori bahasa ini

merangkumi kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan

ayat. Ketiga, Teori Tranformasi Generatif yang dipelopori oleh Noam Chomsky yang

menyatakan bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa. Keempat, Teori

Fungsional (Halliday) yang merangkumi kajian tentang perubahan yang berlaku pada

struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi.

2.1. Nahu Tradisional

Teori nahu tradisional ini dipelopori oleh Panini yang berasal dari India. Menurut teori ini,

bahasa ialah ucapan buah fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta

menggunakan alat untuk membunyikan suara. Ia juga sangat mementingkan bahasa

tulisan. Penutur juga adalah diwajibkan mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan

yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Pengajaran pula banyak tertumpu kepada

nahu terjemahan. Aliran nahu tradisional ini telah melahirkan tatabahasa tradisional.

Tatabahasa tradisional berusaha menghuraikan sesuatu bahasa, menganalisis dan

menjelaskan konstituen ayat yang dibentuk dengan baik. Aspek kajian tertumpu pada

struktur permukaan dan bukan makna ayat. Faedah tatabahasa ini ialah tatabahasa

memberikan pemahaman asas kepada mereka yang belajar tentang binaan bahasa serta

dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran menulis. Tatabahasa tradisional

bukan merupakan gabungan beberapa teori yang berusaha untuk menjelaskan

struktur kesemua bahasa di dunia ini menggunakan satu set konsep yang unik.

Tatabahasa ini berpecah kepada traidisi yang berbeza-beza bagi bahasa yang berbeza.

2
Dengan kata lain, setiap bahasa mempunyai perbendaharaan kata tradisional dan

kaedah analisis yang tersendiri. Sebagai contoh, setiap bahasa Eropah menyesuaikan

tatabahasa Latin ke dalam bahasa yang tertentu.

2.2. Struktural

Teori ini muncul sebagai tentangan terhadap dasar nasional dan kaedah huraian bahasa

yang dilakukan oleh aliran tradisional. Teori ini mula diperkenalkan pada pertengahan

abad ke-20. Teori ini juga dikenali sebagai tatabahasa struktural. Teori ini diperkenalkan

oleh Leonard Bloomfield (1897-1949) dan hasil kerja oleh Edward Sapir (1881-1939).

Tokoh-tokoh yang mempelopori teori huraian bahasa struktural ini ialah Bloomfield,

Edward Sapir dan Leonard de Saussure. Menurut teori ini, bahasa adalah bersifat

sistematik dan mempunyai tatabahasa tersendiri serta hidup dan sentiasa berubah-ubah.

Bahasa juga dikatakan mempunyai satu sistem dan mempunyai peraturan. Selain itu,

bahasa bersifat arbitrari dan digunakan untuk perhubungan antara satu dengan yang lain.

Linguistik aliran struktural melahirkan tatabahasa struktural yang berusaha untuk

menjelaskan tatabahasa sesuatu bahasa berdasarkan analisis struktur ayat. Aliran

stuktural mementingkan analisis struktur permukaan. Tatabahasa struktural merupakan

pendekatan kajian bahasa yang berfokus kepada binaan ayat. Teori ini menumpukan

kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis. Huraian bahasa juga dilakukan secara

induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi dan tidak

menentingkan makna serta analisis dibuat secara luaran sahaja.

3
2.3. Transformasi Generatif

Teori huraian bahasa Transformasi Generatif ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Ianya

bermula pada tahun 1957 dengan terbitnya buku Syntactic Structures. Dalam

menghuraikan bahasa pada peringkat pertama, aliran ini menggunakan Model Teori

Struktur Sintaksis yang melibatkan rumus struktur frasa, transformasi dan fonologi. Pada

peringkat kedua, timbul pula Extended Standard Theory yang menekankan komponen

sintaksis, semantik dan fonologi. Menurut teori ini, manusia sebenarnya dilahirkan

dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Kecekapan ini pula dikatakan

mengandungi satu set rumus yang eksplisit. Penutur natif dikatakan berkebolehan

membentuk dan memahami peraturan yang baru dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan

daripada kebolehan ini seterusnya akan membentuk rumus-rumus bahasa secara

transformasi yang lengkap. Penguasaan bahasa juga adalah berdasarkan penguasaan

bahasa pertama terlebih dahulu. Ayat pula mempunyai struktur dalaman dan luaran.

Menurut teori ini juga, bahasa dikatakan bersifat sejagat dan kreatif. Binaan ayat

mempunyai hubungan erat dan menggunakan simbol-simbol tertentu untuk menganalisis

setiap nahu. Ahli tatabahasa generatif percaya manusia tidak terlepas daripada

melakukan kesalahan linguistik apabila bertutur dalam dunia sebenar. Mereka

mendakwa kesalahan dalam keupayaan linguistik tidak berkaitan dengan kajian

kecekapan linguistik.

4
2.4. Teori Fungsional

Teori Fungsional ini dipelopori oleh Haliday dan Wilkins. Teori ini mengkaji tentang

perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang sedang berkomunikasi.

Teori ini juga menganggap bahawa bahasa adalah sebagai alat perhubungan antara

masyarakat dan sangat mementingkan aspek semantik iaitu makna kata. Pengukuhan

bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal. Penggunaan bahasa juga dapat

menggambarkan fikiran dan emosi penutur tersebut. Teori ini turut memberi perhatian

kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan

yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Setelah melihat

kepada keempat-empat teori huraian bahasa tersebut, dapatlah kita simpulkan bahawa

bahasa merupakan satu alat perhubungan yang sistematik. Maknanya, bahasa

mempunyai peraturan-peraturan nahunya yang tersendiri. Keempat-empat teori

memandang bahasa dengan kaedah mereka masing-masing. Aliran tradisional

mementingkan bahasa tulisan. Aliran structural pula menumpukan terhadap fonologi,

morfologi dan sintaksis yang dilakukan sebagai induktif. Aliran transformasi pula memberi

tumpuan pada pembentukan rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap

manakala aliran fungsional pula melihat bahasa sebagai media perhubungan dan

mementingkan aspek semantik.

5
3.0. Teori Pemerolehan Bahasa

3.1. Pengenalan

Seorang guru bahasa hendaklah mengetahui bagaimana seorang kanak-kanak

mempelajari bahasa supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan

dengan berkesan. Terdapat pelbagai teori berkaitan dengan pemerolehan bahasa yang

telah dikemukakan. Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988), beliau memperlihatkan

prinsip-prinsip pengajaran bahasa yang menyakuti teori-teori pemerolehan bahasa.

Antara teori yang dikemukakan melibatkan teori behaviorisme, teori kod kognitif, teori

sosialis. Teori kognitif juga antara teori yang penting dalam pemerolehan bahasa. Teori

ini telah diperkenalkan oleh Jean Piaget.

3.2. Teori Pembelajaran Behaviorisme

3.2.1. Pengenalan

Aliran Behaviorisme boleh dikatakan bermula pada tahun 1913, apabila seorang ahli

psikologi mengemukakan kertas kerja bertajuk “Psychology as the Behaviorist views it”.

Di mana menurut beliau menegaskan bahawa psikologi adalah sains yang mengkaji

tingkah laku manusia. Menurut ahli-ahli pskilogi Behaviorisme, pembelajaran latihan atau

pengalaman adalah perubahan yang kekal dalam diri seseorang individu. Ini disebabkan

proses pembelajaran ini dilalui oleh semua manusia sejak lahir lagi sehinggakan amat

sukar untuk dikenal pasti untuk membezakan dan memisahkan di antara pembelajaran

dengan tumbesaran kerana kedua-duanya berkaitan antara satu sama lain. Menurut

mereka lagi, wujudnya satu hubungan yang dinamik di antara rangsangan dan gerak iaitu

gerak balas yang diikuti oleh peneguhan yang positif wajar diulang manakala gerak balas

6
yang sering diulang akan membentuk kebiasaan. Sesuatu ujaran akan terbentuk kerana

adanya ransangan dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa. Sebagai contoh, seorang

kanak-kanak boleh bertutur kerana ada seseorang yang bercakap dengannya ataupun

kanak-kanak itu sendiri perlu bercakap untuk memenuhi keperluan-keperluan asasinya

seperti hendak makan atau minum atau sebagainya. Bentuk-bentuk bahasa yang betul

dihasilkan oleh seorang kanak-kanak perlu diteguhkan supaya diulangi.

3.2.2. Biodata B.F. Skinner (1904-1990)

Rajah 1: B.F. Skinner

Burrhus Federic Skinner atau dikenali sebagai B.F. Skinner merupakan salah seorang

ahli psikologi aliran Behaviorisme yang terkenal. Beliau dilahirkan pada 20 Mac 1904 di

Amerika Syarikat dan meninggal dunia pada 18 August 1990. Pada tahun 1926, beliau

telah dianugerahkan Ijazah Kesuasteraan Bahasa Inggeris dari Kolej Hamilton. Semasa

beliau menjadi penulis, beliau telah tertarik dengan hasil penulisan ahli Behaviorisme

yang lain iaitu Watson dan Pavlov. Akibat itu, beliau mendapat inspirasi hasil daripada

penulisan dua tokoh ini dan membuat keputusan untuk melepaskan kariernya sebagai

penulis novel dan mengambil ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam bidang psikologi di
7
Universiti Harvard. Beliau telah menerbitkan buku berjudul “Behavior of Organism” yang

mengandungi huraian-huraian dan prinsip-prinsip utama dalam pelaziman operan

berdasarkan hasil kajian-kajian yang beliau telah dijalankan pada tahun 1930-an. Beliau

juga merupakan salah seorang professor dari Universiti Harvard dari tahun 1958-1974.

3.2.3. Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner

Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner ini terjadi apabila perubahan dalam tingkah laku

diri berlaku sebagai tindak balas kepada sesuatu yang berlaku. Apabila tindak balas

kepada rangsangan tersebut dihargai, individu akan mengulangi perlakuan tersebut.

Kaedah pembelajaran yang berlaku itu adalah melalui ganjaran dan hukuman untuk

tingkah laku. Kelakuan adalah berdasarkan pengalaman lalu yang sama ada

menggalakkan kita untuk mengulangi tingkah laku tertentu, atau menghalang kita.

Sebagai contoh, setiap kali anjing melakukan perbuatan yang dikehendaki oleh

jurulatihnya (membawa bola), ia diberi sekeping biskut (peneguhan), maka lama-lama

ianya akan menjadi ransangan kepada anjing tersebut bahawa jika ia membawa bola, ia

akan diberikan ganjaran sekeping biskut.

8
3.2.4. Komponen dalam Operan B.F. Skinner

Rajah 2: Peta Minda Kompenen Operan B.F Skinner

3.2.4.1. Peneguhan (Reinforcement)

Peneguhan merupakan perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan

itu diulangi untuk memuaskan kehendak, mengurangkan tekanan dan merangsang otak.

Peneguhan ini boleh dibahagiakan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan

negatif.

3.2.4.1.1. Peneguhan Positif

Peneguhan positif diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi semasa aktiviti

pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Menurut Roediger (1966), menyatakan

bahawa memberikan sesuatu ganjaran yang boleh memuaskan pelajar setelah perlakuan

itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Hal ini

9
disokong oleh Brophy (1981), bahawa ciri-ciri pujian yang memberikan kesan seperti guru

memuji secara ikhlas, memuji dengan serta merta selepas pelajar mempamerkan tingkah

laku yang diingini. Sebagai contoh, guru memberikan kata pujian, memberikan senyuman

dan sebagainya. Hal ini akan mendorong pelajar untuk menghasilkan sesuatu kerja yang

bermutu tinggi.

TINGKAH LAKU KESAN/AKIBAT TINGKAH LAKU MASA


HADAPAN
Pelajar mengemukakan Guru mempamerkan hasil kerja Pelajar akan berusaha
hasil karangan mengenai pelajar dan pelajar diberi hadiah. menghasilkan karangan
“Rumah Baruku” yang bermutu tinggi pada
dengan baik. masa akan datang.

Jadual 1: Peneguhan Positif

3.2.4.1.2. Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif adalah ransangan serta-merta yang tidak selesa atau menyakitkan

yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku yang ditunjukkan. Sebagai contoh, seorang

bapa sering memarahi anaknya pulang lewat malam ke rumah. Oleh sebab itu, leteran

bapanya telah membuatkan si anak merasa jemu, maka tindakan si anak tersebut tadi

pun pulang awal ke rumah menghapuskan ransangan yang tidak diingini.

10
TINGKAH LAKU KESAN/AKIBAT TINGKAH LAKU MASA HA
DAPAN
Pelajar bersedia dengan Guru berhenti meleter dan marah Pelajar akan bersiap sedia
pakaian sukan di padang . awal setiap hari yang ketika
sebelum dimarahi guru waktu sukan.
seperti minggu lepas.

Jadual 2: Peneguhan Negatif

3.2.4.2. Hukuman (Positif)

Menurut Roediger (1996), menyatakan hukuman adalah sesuatu tingkah laku yang

negatif jika dipamerkan, boleh menghasilkan sesuatu yang menyakitkan atau yang boleh

menyebabkan seseorang berasa kurang selesa. Ianya bertujuan mengenkan hukuman

adalah untuk melemahkan atau mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini secara

berulangan.

TINGKAH LAKU KESAN/AKIBAT TINGKAH LAKU MASA


HADAPAN

Pelajar bertumbuk Guru membawa pelajar terlibat berju Pelajar berhenti bertumb
dalam kelas. mpa guru displin dan dirotan. uk dalam kelas.

Jadual 3: Hukuman (Positif)

3.2.4.3. Hukuman (Negatif)

Hukuman negatif boleh dibahagikan dalam dua bentuk iaitu hukuman persembahan dan

hukuman penyingkiran. Hukuman persembahan berlaku apabila sesuatu ransangan

yang berlaku menyebabkan terjadinya perubahan dalam tingkah laku dalam diri pelajar.

Hukuman ini tidak melibatkan fizikal tetapi menakutkan pelajar secara emosi. Sebagai

11
contoh, guru mengenakan hukuman memberikan kerja tambahan, balik lambat, larian

padang dan sebagainya. Manakala hukuman penyingkiran adalah ianya hampir lebih

kurang sama dengan hukuman persembahan tetapi perlaksanaan hukumannya berbeza.

Sebagai contoh, ibu bapa tidak memberikan kemudahan apabila seseorang pelajar tidak

berkelakuan betul. Oleh itu pelajar tersebut tidak dibenarkan menonton siri

kegemarannya iaitu Doremon dalam tempoh dua minggu. Secara tidak langsung

hukuman negatif ini memberikan impak yang tidak baik terhadap diri seseorang yang

boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan, memberontak dan sebagainya.

3.2.5. Kekuatan Teori Behaviorisme

Kekuatan yang boleh dilihat dalam teori Behaviorisme adalah teori ini sangat sesuai untuk

melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang

dewasa yang berada di sekeliling mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak tadika

memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya

terutamanya guru-guru dan ibu bapa mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang

diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan dan perbuatan seseorang yang berada

di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang

diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat

menaikkan semangat belajar dalam diri mereka untuk menghasilkan sesuatu yang

bermutu. Guru juga tidak perlu mengambil masa yang lama bagi memberi penerangan

yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Ini disebabkan teori ini

menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui

aspek kemahiran yang ditekankan ianya dapat memberikan kelebihan kepada murid

kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.

12
3.2.6 Kelemahan Teori Behaviorisme

Kelemahan yang boleh dilihat dalam teori Behaviorisme adalah pertama proses

pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam

keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja. Kedua adalah guru hanya

mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa

memberi sebarang maklum balas. Ketiga adalah murid berperanan sebagai pendengar

dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif.

Keempat adalah penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan

murid tetapi ianya akan mendatangkan akibat buruk kepada murid. Akhir sekali adalah

sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang

ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai

contoh, guru akan memberi rangsangan seperti hadiah dan barulah mereka memberikan

jawapan yang dikehendaki guru.

3.2.7 Kesimpulan

Kesimpulannya prinsip-prinsip pembelajaran yang dikemukakan oleh ahli aliran

Behaviorisme ini sangat praktikal dan berkesan sekiranya guru merancangnya terlebih

dahulu terutama dalam bentuk peneguhan positif dan negatif. Guru perlu merancang

bentuk peneguhanan positif yang sesuai untuk diberikan kepada pelajar.

13
3.3. Teori Pembelajaran Kognitif

3.3.1. Pengenalan

Ahli psikologi Eropah telah lama mengenal pasti asas pembentukan mental dan

hubungannya dengan perkembangan kognitif manusia. Mereka menyarankan bahawa

minda memainkan peranan penting dalam aspek perkembangan yang dilalui oleh

manusia.

3.3.2. Latar Belakang Jean Piaget

Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari

Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan

kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat

mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget

dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka

mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973). Di usia remajanya beliau

berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang

falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan

pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan

kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan

Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget

tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi

beliau lebih berminat untuk melihat polapola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila

mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan

pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.

14
Konsep Takrif
Skemata Struktur kognitif yang berubah untuk
mengadaptasikan maklumat baru
Asimilasi Penerimaan maklumat baru sebagai
selaras dengan skemata sedia ada
Akomodasi Pengubahsuaian skemata yang ada bagi
menerima maklumat baru Keseimbangan
Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang
membantu dalam keseimbangan
terhadap pengetahuan, kepercayaan dan
pengalaman.

Jadual 4: Konsep-Konsep Asas Berhubung Dengan Teori Kognitif Piaget

Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka

yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu

bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan

perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu

berlaku dengan berperingkatperingkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak

bagi perkembangan peringkatperingkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang

lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangkan yang berikutnya.

3.3.3. Tahap-Tahap Perkembangan Mental

Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses

perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada

empat tahap mengikut urutan umur. Tahap-tahap perkembangan itu ialah :

15
Tahap Umur
Tahap Sensori Motor atau deria motor ( sejak dilahirkan - 2 tahun )
Tahap Pra Operasi ( 2 tahun - 7 tahun )
Tahap Operasi Konkrit ( 7 tahun - 11 tahun )
Tahap Operasi Formal ( 11 tahun - 15 tahun )

Jadual 5 : Tahap-tahap perkembangan mental

3.3.4. Implikasi Teori Piaget Dalam Pengajaran & Pembelajaran

Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan ialah

secara. Penggerak utama Kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea utama Kognitivisme

adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui

Kognitivisme struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan

bagaimana data dan maklumat ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan

menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini. Sekiranya tidak secocok dengan

skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai atau skema akan diubah

suai. Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan

tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktif. Mengikut Konstruktif, pengetahuan

dibina secara aktif oleh murid yang berfikir. Murid ini tidak menyerap secara pasif

sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya, sebaliknya murid akan

menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk

membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial

bersama rakan dan gurunya.

16
3.4. Teori Pembelajaran Sosial

3.4.1. Latar Belakang Albert Bandura

Rajah 3: Tokoh Teori Pembelajaran Sosial (Bandura)

Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northem Alberta Kanada. Beliau dilahirkan pada

04 Disember 1925. Bandura telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Lowa dan ketika

itu beliau banyak dipengaruhi oleh Kenneth Spence iaitu seorang pakar psikologi

pembelajaran yang terkenal ketika itu. Beliau juga telah mendapat pendidikan di

Universiti British Columbia dalam bidang psikologi pada tahun 1949. Akhirnya, pada

tahun 1951 beliau mendapat master dalam bidang psikologi dan setahun kemudian

mendapat beliau telah mendapat gelaran Doktor (PHD). Di sebalik itu, Bandura telah

bertemu dengan Robert Sears dan belajar tentang pengaruh keluarga dengan tingkah

laku sosial dan proses identifkasi. Justeru, bermula detik Bandura meneliti tentang agresi

pembelajaran sosial dan mengambil Richard Walters sebagai anak muridnya yang

pertama dan mendapat gelaran doktor sebagai pekerja di makmalnya. Oleh itu, Albert

Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial.


17
3.4.2. Pengenalan Teori Pembelajaran Sosial

Menurut Bandura, teori pembelajaran sosial adalah satu proses mengamati dan meniru

perilaku dan sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar. Di samping itu,

teori ini juga menjelaskan tentang perilaku manusia dalam konteks timbal balik yang

berkesinambungan diantara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan. Misalnya,

seorang kanak-kanak yang hidupnya dan dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang

bercakap dengan perkataan yang tidak manis atau tidak elok maka kanal-kanak tersebut

cenderung untuk meniru percakapan yang dituturkan oleh ahli keluarganya atau

sebaliknya dia menganggap bahawa perbuatan tersebut adalah tidak baik.

Dalam pada itu, teori pembelajaran sosial mempunyai dua jenis pembelajaran iaitu

melalui pengamatan dan pengamatan meniru. Pembelajaran pengamatan akan terjadi

melalui keadaan yang dialami orang lain. Sebagai contoh, di dalam kelas seorang murid

melihat rakannya telah mendapat pujian daripada seorang guru atas perbuatannya, lalu

ia juga meniru melakukan perbuatan lain yang bertujuan untuk dipuji oleh gurunya juga.

Manakala, pemebelajaran melalui pengamatan meniru perilaku sesuatu model walaupun

model itu tidak mendapatkan penguatan atau pelemahan pada saat seseorang itu

memerhatikan model tersebut.

Menurut Bandura, proses amati dan meniru perlakuan dan sikap orang lain sebagai

model merupakan tindakan belajar. Oleh itu, Beliau telah melakukan eksperimen patung

Bobo. Eksperimen ini menunjukkan kanak-kanak meniru perlakuan agresif dari orang

18
dewasa sekitarnya. Teori ini juga menunjukkan pertalian antara teori-teori pembelajaran

behaviorisme dan kongnitif merangkumi aspek pemerhatian, ingatan dan motivasi

3.4.3. Experimen Pemodelan Bandura

Rajah 4: Experimen Pemodelan Bandura

Albert Bandura terkenal dengan experimennya iaitu experimen Bobo Doll yang

menunjukkan kanak-kanak meniru perilaku agresif dari orang dewasa dan sekitarnya.

Melalui experimen ini, Bandura melibatkan 36 kanak-kanak perempuan yang berumur 3-

6 Tahun dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Tamsilnya,

kumpulan A diminta untuk memerhati sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk,

menendang dan menjerit kearah patung besar Bobo. Maka, kesannya mereka meniru

apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif lagi. Seterusnya, kumpulan B

diminta untuk memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar

Bobo. Dengan berbuat demikian, mereka tidak menunjukkan sebarang tingkah laku

agresif seperti kumpulan A. Tuntasnya, tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui

peniruan atau pemodelan.

Selain itu, melalui experimen ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang memerhati

tingkah laku agresif individu lain samaada secara langsung atau filem dan kartun yang

19
ganas akan meniru dengan bertingkah laku secara agresif. Lain daripada itu, kanak-

kanak juga dipengaruhi oleh model samaada berbeza jantina iaitu kanak-kanak lelaki

yang memerhati keagresifan model lelaki lebih agresif berbanding kanak-kanak lelaki

yang memerhati keagresifan model perempuan. Akhirnya, kanak-kanak yang memerhati

tingkah laku agresif juga lebih menggunakan bahasa agresif daripada kanak-kanak yang

tidak berbuat demikian.

3.4.4. Jenis-Jenis Peniruan dan Aplikasi di Dalam Bilik Darjah

Melalui teori pembelajaran sosial, ia dapat digambarkan melalui pelajar sewaktu berada

di dalam kelas. Oleh itu, jadual dibawah menunjukkan bahawa terdapat jenis-jenis

peniruan yang dilakukan oleh pelajar dan terdapat contoh aplikasi yang digambarkan di

dalam bilik darjah.

Jenis-Jenis Peniruan Aplikasi di dalam Bilik Darjah

Secara langsung: Khasnya cara bertutur, bahasa dan


Tiru tingkah laku gaya fizikal
Secara tidak langsung: Tiru watak kartun “ninja turtle” dengan
Imaginasi dan pemerhatian lompat ke sini sana
Gabungan: Tiru cara guru sukan melontar bola
Tiru beberapa tingkah laku yang dan gaya pemain bola antarabangsa
berlainan
Sekat laluan: Pakai pakaian hollywood yang ditiru
Tiru tingkah laku untuk sesuatu situasi dari sebuah filem inggeris
sahaja
Tidak sekat laluan: Murid tiru tingkah laku kitar semula
Tiru tingkah laku dalam semua situasi. bahan buangan melalui pemerhatian

20
amalan harian ahli keluarganya dan
bawa amalan ini ke sekola

Jadual 6: Jenis-Jenis Peniruan dan Aplikasi di Dalam Bilik Darjah

3.4.5. Unsur Proses Pembelajaran

Selain daripada itu, didapati terdapat empat unsur proses pembelajaran iaitu antaranya

ialah proses pemerhatian, proses mengingati, proses reproduksi dan proses peneguhan

dan motivasi. Sebagai yang kita sedia maklum, proses pemerhatian adalah hanya

berlaku jika ada penumpuan terhadap sesuatu. Tamsilnya, anggota deria seseorang.

Selain itu, ia dipengaruhi oleh umur, jantina, hubungan dengan pengajar. Oleh itu, jika

seseorang murid yang berminat dan bermotivasi untuk belajar sesuatu tahap

pemerhatian diberikan sangat tinggi. Seterusnya, proses mengingati adalah proses

dimana butir-butir tingkah laku boleh dikekalkan dalam ingatan menggunakan bahasa

dan imaginasi. Hal ini kerana, kebolehan untuk menyimpan apa yang diperhatikan dalam

memori berkeupayaan untuk mengingati. Oleh itu, terdapat pelbagai cara dalam proses

mengingati misalnya dalam bentuk koding, grafik, mental, dan penyusunan kognitif.

Selain itu, proses reproduksi adalah satu pemerhatian yang berkeupayaan melakukan

semula tingkah laku yang ditiru. Misalnya, kebolehan sipemerhati untuk hasilkan semula

imej dan maklumat yang diperhatikan. Hal ini demikian kerana individu harus berupaya

melakukan secara praktikal kesemua tingkah laku yang ditiru. Akhirnya, proses

peneguhan dan motivasi adalah individu ini biasanya meniru dan melakukan semula

tingkah laku sekiranya ada ganjaran. Misalnya, individu ini tidak akan melakukan

21
sekiranya didenda atau ditegur. Selain itu, individu mestilah mempunyai motif atau tujuan

untuk meniru. Peniruan akan berlaku jika mempunyai kepuasan yang diperolehi dengan

peneguhan dan ganjaran yang diterima dengan memodelkan tingkah laku peniruan.

3.4.6. Kekuatan dan Kelemahan Teori Pembelajaran sosial

Sebagai penghias bicara akhir, setiap teori pembelajaran mempunyai kekuatan dan

kelemahannya yang tersendiri. Oleh itu, teori pembelajaran sosial mempunyai

kelebihannya yang tersendiri. Antara kelebihan yang terdapat pada teori ini adalah

Bandura memandang tingkah laku manusia semata-mata reflex atas stimulus, tetapi

reaksi yang timbul akibat interaksi antara lingkungan dengan kognitif manusia itu sendiri.

Selain itu, ia lebih menekankan kepada perlunya pembiasan merespon dan peniruan.

Antara kelebihan lain yang terdapat pada teori ini adalah menekankan pentingnya

penelitian empiris dalam mempelajari perkembangan anak-anak.

Namun begitu, walaupun setiap teori mempunyai kelebihan tetapi ia tetap juga

mempunyai keburukannya yang tersendiri. Oleh hal yang demikian, sama juga seperti

teori pembelajaran sosial yang mempunyai keburukannya. Antara keburukan yang

terdapat pada teori ini adalah jika manusia belajar atau membentuk tingkah lakunya

dengan hanya melalui peniruan, sudah pasti terdapat sebahagian individu yang

menggunakan teknik peniruan ini jugfa akan meniru tingkah laku yang negatif termasuk

perlakuan yang tidak diterima dalam masyarakat.

22
4.0. Rumusan

Teori perkembangan ini telah sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru dan juga

ibu bapa tentang perkembangan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak dan setiap

kanak-kanak adalah berbeza dari segi perkembangan kognitifnya yang kemungkinan

dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan, kecerdasan dan

sebagainya. Sebagai seorang guru dan ibu bapa kedua para pelajar di sekolah, haruslah

membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya ke atas pelajar yang telah

dipertanggungjawabkan. Perbezaan latar belakang harus diambil kira untuk menentukan

kaedah dan cara didikan yang sesuai untuk pelajar. Hal ini membolehkan para pelajar

untuk Berjaya dengan cemerlang jika mereka dipupuk dan diasuh dengan strategi yang

sesuai.

23
Rujukan

Adenan Ayub, & Khairuddin Mohamad. (2008). Siri Pendidikan Guru Kaedah
Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Adila Salim (2013). Biodata Skinner. Mendapatkan dari talian


https://www.scribd.com/doc/13 0330594/Biodata-Skinner.

Ibda, F. (2015). Perkembangan kognitif: teori jean piaget. Dosen Fakultas Tarbiyah Dan
Keguruan UIN Ar-Raniry. Intelektualita, 3(1).

Suparno, P. (2001). Teori perkembangan kognitif jean piaget. Kanisius. Kanisius


Publisher.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, & Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Siri
Pendidikan Guru Psikologi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Sutarto, S. (2017). Teori kognitif dan implikasinya dalam pembelajaran. Islamic


Counseling: Jurnal Bimbingan Konseling Islam, 1(2), 1-26.

24

Anda mungkin juga menyukai