Anda di halaman 1dari 48

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah 1

TAJUK 1

TEORI HURAIAN BAHASA DAN TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Sinopsis
Tajuk ini membincangkan teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa. Empat teori
huraian bahasa, iaiatu Teori Tradisional, Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif, dan
Teori Fungsional bincangkan dalam modul ini. Empat teori pemerolehan bahasa yang
dibincangkan dalam tajuk ini ialah Teori Behaviorisme, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis,dan
Teori Konstruktivisme. Implikasi teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa terhadap
amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga dibincangkan dalam tajuk ini.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i.

Menjelaskan Teori Tradisional, Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif, dan

ii.

Teori Fugsional bahasa.


Menjelaskan Teori Behaviorisme, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis dan Teori

iii.

Konstruktivisme pemerolehan bahasa.


Menghuraikan implikasi teori huraian

iv.

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.


Menghuraikan implikasi teori pemerolehan bahasa bahasa terhadap amalan

bahasa

bahasa

terhadap

amalan

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.


Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Huraian Bahasa


Teori HuraianTradisional
Teori Huraian Struktural
Teori Huraian Transformasi Generatif
Teori Huraian Fungsional

1.1

Teori Pemerolehan Bahasa


Teori Behaviorisme
Teori Mentalis
Teori Interaksionalis
Teori Konstruktivisme

Teori Huraian Bahasa


Apakah maksud teori huraian bahasa? Teori huraian bahasa ialah pendapat atau
pandangan yang dikemukakan dalam bidang bahasa. Oleh yang demikian, kita dapat
memahami teori huraian bahasa sebagai pendapat yang memerihalkan teori dalam
1

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
bahasa

iaitu

pandangan

atau

pemikiran

tokoh-tokoh

tentang

huraian

bahasa.
Terdapat banyak teori huraian bahasa yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh linguistik
dalam sejarah perkembangan ilmu linguistik teoritis. Teori-teori tersebut berbeza-beza
antara satu sama lain kerana dipengaruhi oleh aliran pemikiran yang terdapat pada
zaman itu. Teori huraian bahasa menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang
hendak disampaikan boleh dihuraikan melalui proses pengajaran di dalam bilik darjah.
Guru akan menentukan jenis bahan yang hendak digunakan untuk mengajarkan
bahasa dan prosedur yang perlu dilaksanakan semasa menyampaikan isi pelajaran.
Terdapat empat aliran pemikiran teori huraian bahasa iaitu Teori Huraian Tradisional,
Teori Huraian Struktural, Teori Huraian Transformasi Generatif, dan Teori Huraian
Fungsional. Pembahagian empat aliran teori huraian ini dapat digambarkan menerusi
rajah berikut:

TEORI
HURAIAN
BAHASA
Teori
Huraian
Tradisional

Teori
Huraian
Struktural

Teori Huraian
Transformasi
Generatif

Teori
Huraian
Fungsional

Rajah 1: Empat aliran pemikiran teori huraian bahasa

a.

Teori Huraian Tradisional


2

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Sejarah tatabahasa tradisional amatlah berkait rapat dengan kajian bahasa
yang bermula sejak abad ke-5 sebelum Masihi oleh ahli falsafah Yunani,
Romawi, India, dan Arab.
Kajian bahasa secara tradisional mula diterokai oleh orang Yunani pada kurun
ke-5 sebelum Masihi. Plato (ahli falsafah Yunani), telah mengkaji bentuk
bahasa mereka dengan menggunakan bahan-bahan penulisan mereka sendiri.
Pada ketika itu bahasa menjadi salah satu cabang ilmu falsafah yang penting.
Kajian-kajian yang dilakukan adalah berasaskan falsafah. Selain itu, bahasa
juga merupakan satu bidang yang dapat membantu mereka menyelidik tabii
alam.

Kajian

orang

Yunani

meliputi

aspek-aspek

tatabahasa

seperti

penggolongan kata kerja, kata sendi, kata seru dan partikel.


Pendeta-pendeta India seperti Panini (ahli tokoh fonetik India) pula mengkaji
dan

menghuraikan

bahasa

Sanskrit.

Teori

tradisional

oleh

Panini

menganggapkan bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia


yang teratur dan menggunakan alat untuk membunyikan suara. Selain itu, ciri
nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan.
Kajian bahasa ini dilanjutkan oleh orang Romawi dan Arab. Orang Romawi
mengkaji bahasa Latin, sementara sarjana-sarjana Arab pula menjalankan
kajian terhadap bahasa Arab. Kebanyakan ahli falsafah dan tokoh bahasa ini
menggunakan hasil karya karya agung dan penulisan klasik sebagai bahan
kajian.

Contohnya, puisi dan kitab suci (bahasa Yunani puisi Iliad dan

Odyssey; India kitab suci dalam bahasa Sanskrit; Arab kitab suci al-Quran).

Konsep Tatabahasa Tradisional


Kajian berkaitan bahasa pada ketika itu adalah berdasarkan falsafah kerana
falsafah merupakan bidang penting yang dapat membantu para cendekiawan
membuat penyelidikan berkaitan alam tabii.

Model bahasa yang menjadi

acuan kepada kajian bahasa-bahasa lain ialah bahasa Greek dan Latin kerana
nahu

ini lahir

pada zaman tersebut. Ahli-ahli

tatabahasa

tradisional

mentakrifkan tatabahasa sebagai peraturan yang tetap dan tidak boleh diubah
3

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
suai.

Aspek yang menjadi tumpuan analisis ialah penggolongan perkataan

(parts of speech atau classes of words).


Plato (429-327 S.M.) membahagikan golongan kata kepada dua bahagian iaitu
kata nama dan kata kerja (noun dan verb). Ayat pula didefinisikan sebagai
ucapan yang mengandung buah fikiran yang lengkap yang dibahagikan pula
kepada empat jenis iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seru, dan ayat perintah.
Sementara Tharx yang

mengkaji

bahasa Yunani

menghasilkan

buku

tatabahasa Yunani yang bertajuk Tehne Grammatike. Beliau menggolongkan


kata kepada lapan iaitu kata nama, kata ganti nama, kata kerja, kata
keterangan, kata sendi nama, partikel, dan kata seru.
Zaba pula menyadur daripada tatabahasa untuk bahasa latin dan seterusnya
unsur-unsur bahasa Arab untuk mendeskripsikan jenis kata mengikut golongan
kata Yunani iaitu kata nama, kata kerja, kata sifat, kata sendi, dan kata seru.
Beliau telah mengemukakan aspek pembentukan kata yang membincangkan
rangkai kata dan ayat menerusi bukunya, Pelita Bahasa Melayu 1 (1941 dalam
tiga jilid).

Ciri-ciri Tatabahasa Tradisional


i.

Bahasa dihuraikan berdasarkan tatabahasa sejagat.

ii.

Kajian bahasa yang dijalankan adalah berdasarkan bahasa tulisan.

iii.

Huraian bahasa yang dibuat adalah bersifat logik dengan menganggap


disiplin ilmu lain tidak ada kaitan dengan bahasa.
Contohnya: Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandung
fikiran yang lengkap.

iv.

Susunan ayat pula dibahagikan kepada empat bahagian iaitu subjek,


predikat, objek, dan keterangan.

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Implikasi

Teori

Tradisional

Terhadap

Proses

Pengajaran

dan

Pembelajaran Bahasa
Yang berikut merupakan implikasi teori ini terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa:
i.

Mengutamakan bahasa tulisan.

ii.

Kemahiran menulis adalah lebih penting daripada kemahiran lisan.

iii.

Pengajaran tatabahasa dijalankan secara deduktif.

iv.

Kesilapan semasa aktiviti penulisan merupakan masalah yang perlu


diberikan perhatian.

Kekuatan
i.

Melahirkan murid yang cekap menganalisis ayat.

ii.

Menjadi asas pembelajaran kepada bahasa lain.

Kelemahan
i.

Terlalu menumpukan kepada proses menguasai peraturan tatabahasa.

ii.

Guru mungkin terlalu menitikberatkan aspek tatabahasa dalam


pengajaran sehingga tidak memberikan perhatian terhadap fungsi
bahasa sebagai alat untuk bersosial.

b.

Teori Huraian Struktural


Aliran linguistik struktural ini bermula pada kurun ke-20. Ahli-ahli linguistik yang
berpegang pada aliran ini terdiri daripada Ferdinand de Saussure, Leornard
Bloomfield, Otto Jespherson, dan Edward Sapir. Mereka telah memfokuskan
aspek penghuraian struktur bahasa di dalam pengkajian mereka.

Asas

pengkajian ahli bahasa struktural ialah tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu
pertalian struktur yang tersendiri.
Bloomfield

juga

dikenali

Tatabahasa struktural yang diasaskan oleh

sebagai

taxonomic

atau

Bloomfieldian

atau

penentangan terhadap teori huraian tradisional.


Konsep Teori Huraian Struktural
Penganut teori huraian struktural ini membuat deskripsi bahasa sebagai sistem
lambang pertuturan yang terdiri daripada data-data yang berupa bunyi-bunyi
5

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
bahasa yang dikeluarkan oleh penutur jati daripada bahasa yang hendak dikaji.
Istilah bahasa pula merujuk kepada sistem yang diandaikan, manakala ujaran
pula dikaitkan dengan hasil ucapan seseorang secara deskriptif. Kajian yang
dijalankan bersifat saintifik yang dapat dibuktikan dengan data-data yang boleh
dianalisis.

Sebagai contoh, mereka mengatakan bahawa bahasa lisan

merupakan bahasa yang dapat dianalisis.

Gambar 1: Leonard Bloomfield


Mereka turut mengatakan bahawa bahasa merupakan satu sistem pertuturan
yang arbitrari untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep yang
digunakan dalam perhubungan sesama manusia. Bahasa dianggap sebagai
alat untuk berhubung atau bersosial. Mereka mengatakan bahawa pertuturan
adalah alat perhubungan yang paling asas sementara tulisan dilabelkan
sebagai sekunder.
Analisis Bahasa dalam Teori Huraian Struktural
Peringkat-peringkat yang dianalisis dalam tatabahasa struktural bermula
daripada bunyi, diikuti denga morfem, frasa, klausa dan ayat, termasuklah
unsur-unsur supra segmental.
Ayat dibahagikan kepada konstituen-konstituen (unsur-unsur) tertentu iaitu
perkataan, frasa, klausa, subjek dan predikat.

Perkataan yang mempunyai

morfem terikat boleh dipecahkan dan dapat berdiri sebagai satu konstituen.

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Petak hierarki berikut menggambarkan hubungan antara satu konstituen
dengan konstituen yang lain dalam sesuatu konstruk:
Kakak

membaca
membaca

buku
buku
buku

cerita
cerita
cerita
cerita

itu
itu
itu
itu
itu

Rajah: Petak berhierarki


Sarjana bahasa yang mengamalkan tatabahasa struktural menggunakan
kaedah konstituen terdekat untuk menganalisis ayat. Mereka menyatakan
bahawa konstruk dalam konstituen terdekat merupakan binaan sintaksis.
Konstruk berkenaan dibahagikan kepada dua jenis iaitu konstruk endosentrik
dan konstruk eksosentrik. Rajah konstituen terdekat digambarkan seperti
berikut:
Ayah

sedang

mencuci

kereta

Rajah: Konstituen terdekat


Nelson

Francis

menggambarkan

(1958)

telah

perhubungan

memperkenalkan
dalam

konstituen.

Kotak

Cina

Hubungan

untuk
tersebut

digambarkan seperti dalam rajah di bawah ini:

Ibu

sedang

mengemas

rumah

Rajah: Kotak Cina

Kekuatan Teori Huraian Struktural


7

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1

Menggalakkan penutur menggunakan tatabahasa yang betul dan


sebutan yang tepat

Kebolehan menggunakan bahasa (lisan) yang betul dengan pantas


khususnya dalam komunikasi lisan

Teknik penguasaan bahasa adalah mudah dan bergred

Kelemahan Teori Huraian Struktural

Tidak mementingkan penyampaian makna

Lebih mengutamakan penguasaan kemahiran lisan

Penutur tahu menggunakan bahasa tetapi tidak dapat menghuraikan


peraturan tatabahasa

Latih tubi untuk tujuan menghafal adalah membosankan sekiranya


dilakukan untuk tempoh yang panjang

Menghalang kreativiti berbahasa

Akan menghadapi kesukaran untuk menggunakan bahasa dalam


situasi yang sebenar kerana terikat dengan kaedah hafalan yang
digunakan sebelum ini

c.

Teori Huraian Transformasi Generatif


Teori yang dipelopori oleh Noam Chomsky iaitu seorang ahli psikolinguistik ini
bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk
berbahasa. Penutur natif berkebolehan untuk membentuk dan memahami
pertuturan yang baharu. Daripada kebolehan ini, akan terbentuklah rumusrumus bahasa secara transformasi yang lengkap dengan berdasarkan bahasa
pertama terlebih dahulu. Binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat
antara elemen dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu.
Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami struktur luaran
(permukaan) dan struktur dalaman ayat tersebut.

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Teori ini muncul dalam tahun 50an yang merupakan aliran baharu selepas
aliran struktural. Teori yang dipelopori oleh Noam Chomsky ini telah
dibincangkan dengan lebih mendalam di dalam buku Noam Chomsky yang
bertajuk Syntactic Structure pada tahun 1957 dan buku Aspects of the Theory
of Syntax pada tahun 1965.
Teori tradisional dan struktural mempunyai beberapa kekurangan. Oleh hal
yang demikian, wujudlah Teori Huraian Transformasi Generatif ini. Generatif
membawa maksud menerbitkan iaitu bermula dengan unsur-unsur yang
terhad, kemudian akan bertambah dan berkembang untuk menerbitkan unsur
yang lebih besar melalui beberapa proses yang menggunakan rumus-rumus
tertentu. Manakala transformasi pula bermaksud menukar atau mengubah iaitu
menulis semula. Kesimpulannya, transformasi generatif adalah bermaksud,
menuliskan semula bentuk struktur ayat asas atau ayat asal kepada bentuk
struktur yang lain tanpa mengubah atau menghilangkan makna asalnya.

Gambar 2: Noam Chomsky


Struktur Dalaman dan Struktur Luaran (Permukaan) Ayat
Kedua-dua peringkat struktur ayat diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus
tatabahasa iaitu:
i.

Rumus struktur frasa --> menerbitkan ayat pada peringkat dalaman


(rumus dasar abstrak)
9

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
ii.

Rumus transformasi -->

menukarkan pola struktur ayat ke struktur

luaran (permukaan)
(Tatabahasa Dewan: ms. 535-581)
Kesan penukaran struktur dalaman kepada struktur luaran akan menyebabkan
perluasan, pengguguran dan pensyusunan semula unsur-unsur dalam struktur
dasar.

Penukaran struktur dinamakan transformasi, manakala ayat baharu

yang terbit daripada proses berkenaan dipanggil terbitan. Proses ini dapat
ditunjukkan seperti berikut:
Proses
Perluasan

Maksud
Penambahan unsur-unsur

Contoh
Rumah banglo itu milik saya.

dalam ayat baharu

+
Rumah banglo itu terletak di Temerloh,
Pahang.
Perluasan:
Rumah banglo milik saya itu terletak di

Penggugur

Transformasi atas struktur

Temerloh, Pahang.
i. Kamu boleh datang esok.

an

ayat yang menyebabkan

ii.

Mila membuat persembahan dalam

pengguguran unsur-unsur

konsert itu

tertentu daripada binaan ayat.

+
Hafiz membuat persembahan dalam

Pada peringkat permukaan,

konsert itu.

unsur yang digugurkan tidak

Pengguguran:

lagi wujud.

i.

boleh datang esok

ii.

Mila dan Hafiz membuat

Penyusuna

Bentuk perkataan dalam ayat

persembahan dalam konsert itu.


Sultan menganugerahkan pingat

n Semula

asal diubah susunannya dan

kebesaran kepada pembesar itu.

diterbitkan semula dalam


struktur ayat gramatis yang

Penyusunan semula:

baharu.

Sultan menganugerahi pembesar itu


pingat kebesaran.

Jadual 1: Kesan penukaran struktur dalaman kepada struktur luaran


(permukaan)
Kecekapan Penutur Jati
10

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Penutur Jati mampu menguasai bahasa dalam masa yang singkat. Mereka
juga dapat membezakan antara satu jenis ayat dengan jenis ayat yang lain.
Umumnya, mereka mampu mengenal pasti sama ada sesuatu ayat itu ayat
yang gramatis atau sebaliknya (peranan struktur dalaman).

Kemampuan dan

kecekapan mengenal pasti dan membezakan jenis-jenis ayat itu juga ada
kaitan dengan keupayaan untuk membentuk dan memahami kepelbagai jenis
dan struktur ayat yang terdapat dalam bahasa ibunda masing-masing.
Kesimpulannya, penutur jati mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
dikenali sebagai kecekapan berbahasa.

Kecekapan tersebut termasuklah

keupayaan menguasai satu set rumus tatabahasa yang membolehkan penutur


jati membentuk dan memahami kepelbagaian jenis ayat dalam bahasanya.
Implikasi Terhadap Pengajaran Bahasa
Teori ini tidak mencadangkan kaedah untuk mengajarkan bahasa tetapi
mewujudkan keghairahan pendidik untuk memahamkan murid-murid dengan
peraturan tatabahasa.
menguasai

bahasa

Rivers (1983) menyatakan bahawa, kecekapan


amat

bergantung

kepada

keupayaan

menguasai

pengetahuan tentang rumus (Grammatical Knowledge = Competence) yang


boleh diserap dan dipelajari secara tidak langsung hasil daripada pengalaman
menggunakan bahasa.

d.

Teori Huraian Fungsional


Teori Huraian Fungsional dipelopori oleh Halliday dan Wilkins. Teori ini
berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Kedua-dua orang pakar
bahasa ini telah mengkaji bahasa daripada segi struktur dan fungsi bahasa
sebagai alat komunikasi. Di samping itu, mereka menganggap bahawa bahasa
sebagai alat pertuturan. Oleh hal yang demikian, dapatan mereka ini
mementingkan aspek semantik. Mereka bersetuju bahawa kewujudan variasi
dalam penggunaan bahasa tidak boleh dinafikan.
Mereka berpendapat bahawa penggunaan bahasa dapat menggambarkan
fikiran dan emosi penutur. Mereka juga mengganggap bahawa pengukuhan
11

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
bahasa adalah secara verbal dan non-verbal. Aliran dan pengikut golongan ini
bukan sahaja mengkaji bahasa daripada segi struktur tetapi memberi perhatian
juga kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan
ialah perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika
seseorang itu berkomunikasi.

Gambar 3: Halliday
Perkara-perkara utama berkaitan Teori Huraian Fungsional yang perlu
diaplikasikan adalah seperti yang berikut:
i.

Bahasa yang digunakan haruslah mempunyai standard yang dapat


diterima oleh penutur jati dan masyarakatnya.
Sebagai seorang guru bahasa, kita haruslah menggunakan bahasa
yang baik, betul dan tepat semasa menyampaikan ilmu. Tautan ayat
juga harus baik dan mempunyai kesinambungan yang mantap serta
tidak janggal.
Pengajaran haruslah berdasarkan pendekatan lisan. Menurut Awang
Mohammad Amin (1973), proses penguasaan bahasa pertama seorang
kanak-kanak khususnya dalam kemahiran mendengar dan bertutur
adalah daripada orang yang hampir dengan kehidupannya iaitu ahli
keluarga, saudara mara, jiran dan rakan sepermainan.

12

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Sebelum kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa yang lain, mereka
terlebih dahulu menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Oleh
itu, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas kepada
kemahiran menulis dan membaca.
ii.

Bahan-bahan pengajaran mestilah dipilih, disusun, dikawal dan


ditambah nilai kualitinya.
Pemilihan bahan amat berkait rapat dengan tujuan, kegunaan dan
tahap pencapaian murid.
Penyusunan bahan pengajaran haruslah berbentuk konstruktif iaitu
secara beransur-ansur dengan tertib dari peringkat awal sehinggalah ke
peringkat akhir.
Bahan yang dipilih juga perlu dikawal kerana mahu memastikan agar
bahan-bahan pelajaran bahasa dapat disampaikan secara seimbang.
Oleh sebab itu, guru perlu mengawal masa pengajaran dan bahan yang
dipilih juga perlu sesuai dengan peruntukan waktu pengajaran.

iii.

Penguasaan kemahiran bahasa haruslah mengikut susunan iaitu


mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Prinsip ini menekankan bahawa kemahiran mendengar dan bertutur
perlu diajarkan terlebih dahulu sebelum guru-guru mengajar kemahiran
membaca dan menulis. Oleh sebab itu, apabila bertutur, guru haruslah
memastikan mereka menyebut setiap perkataan dengan jelas dan betul
agar dapat dicontohi oleh murid-murid.

iv.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna


hendaklah dilaksanakan.
Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang baik dan terancang
serta menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai akan dapat
mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik darjah.

v.

Penyediaan rancangan pelajaran yang kemas dan teratur.


13

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Rancangan

pengajaran

yang

disediakan

oleh

guru

haruslah

menitikberatkan aspek komunikasi, dapat mengukur perubahan tingkah


laku dan mampu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran
bahasa.

Selain itu, rancangan pengajaran bukan sahaja perlu

mempunyai matlamat dan objektif yang spesifik, tetapi juga harus


disesuaikan dengan tahap perkembangan murid.

Aktiviti 1
Buatlah banding beza untuk keempat-empat teori yang telah dibincangkan di
atas dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan setiap teori yang telah
dikemukakan.

14

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
2.0

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA


Teori pemerolehan bahasa menghuraikan tentang proses kanak-kanak memperoleh
bahasa pertama. Bahasa pertaman disebut juga sebagai ibunda atau bahasa natif.
Semua kanak-kanak normal memilikii kebolehan untuk memperoleh bahasa pertama.
Kanak-kanak juga mampu menguasai dua bahasa pertama secara serentak, iaitu
pemerolehan bahasa secara bilingual. Contohnya, kanak-kanak yang membesar
dalam persekitaran ahli keluarga yang bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris akan memperoleh bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pertama. Pemerolehan bahasa berlaku tanpa disedari, berlaku secara ansur maju
serta ditandai oleh belajar untuk bertutur dalam kalangan kanak-kanak. Hasil daripada
pemerolehan bahasa ialah pemerolehan kecekapan bahasa.
Pemerolehan

bahasa

adalah

aspek

perkembangan

manusia

yang

sangat

mengagumkan. Walaupun bahasa adalah satu sistem yang kompleks, kanak-kanak


mampu untuk menggunakan bahasa natif atau bahasa ibunda dengan berkesan
sebelum memulakan alam persekolahan. Bermula dengan pemerolehan perkataan
yang

pertama

dan

ujaran

satu

perkataan

bagi

menggambarkan

makna

keseluruhanpada seawal umur sembilan bulan, kanak-kanak normal dapat menguasai


sistem sintaksis, menunjukkan perkembangan penguasaan kosa kata, menggunakan
bahasa secara pragmatik, dan memahami unsur jenaka dalam komunikasi lisan
menjelang usia lima tahun. Penguasaan tatabahasa kanak-kanak pada peringkat umur
lima atau enam tahun menyamai penguasaan tatabahasa orang dewasa, tetapi kanakkanak tidak dapat menerangkan rumus-rumus tatabahasa bagi bahasa yang diperoleh.
Kajian-kajian secara saintifik telah dilaksanakan bagi menghuraikan cara kanak-kanak
memperoleh bahasa pertama. Empat mazhab utama telah menghuraikan fenomena
pemerolehan bahasa pertama mengikut teori pemerolehan mazhab yang dipegang.
Teori-teori pemerolehan yang terhasil daripada empat mahab yang berbeza ialah Teori
Behaviorisme, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis, dan Teori Konstruktivisme.
Keempat-empat teori menghuraikan pandangan yang berbeza tentang proses
pemerolehan bahasa serta implikasi-implikasi terhadap amalan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Mazhab behavioris memberi fokus terhadap pentingnya pengaruh persekitaran dan
pelaziman. Pada pandangan ahli mentalis/inatis, kanak-kanak dilahirkan dengan
15

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
kebolehan semula jadi untuk berbahasa. Ahli interaksionalis menghuraikan bahawa
perkembangan bahasa melibatkan proses mental dan interaksi bahasa. Sarjana
mazhab kontruktivisme kognitif menghuraikan bahawa perkembangan bahasa
dipengaruhi oleh perkembangan kognitif. Manakala mazhab konstruktivisme sosial
mengutamakan faktor interaksi sosial mengikut konteks budaya dalam pemerolehan
dan perkembangan bahasa.
2.1

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA BEHAVIORISME


Skinner (1904-1990), seorang ahli psikologi telah membuat huraianawal secara
saintifik tentang pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Skinner
mendakwa bahawa pemerolehan bahasa dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Pada
pandangan ahli behavioris, pemerolehan bahasa dan perkembangannya bergantung
kepada proses meniru model-model bahasa yang betul, latihan, pengukuhan, dan
pembentukan tabiat.
2.1.1 Landasan Teori Behaviorisme
Ahli behaviorisme menghuraikan bahawa pemerolehan bahasa adalah proses
mekanis yang terhasil daripada hubungan antara stimulus (rangsangan)
dengan

gerak

balas

(respon).

Pemerolehan

berlaku

melalui

proses

meniruinput-input bahasa (stimulus)sehingga membentuklakuan bahasa (gerak


balas) yang betul. Kanak-kanak akan meniru ujaran yang mereka dengar dan
berlatih menyebut ujaran sehingga terbentuk lakuan bahasa yang betul. Ahli
behavioris menganggap bahasa ialah satu tingkah laku, dan tingkah laku
bahasa boleh dibentuk.
...Language is behaviour and language behaviour can be learned by
inducing the student to behave the way we want him to behave ...
(Politzer dan Rivers, 1964 dalam Abd. Aziz Talib, 2000 hal. 21)

Skinner B.E (1957) telah memperkenalkan Teori Pelaziman Operan/ Operant


Conditioningdalam hasil penulisan beliau bertajuk Verbal Behaviouruntuk
menghuraikanmodel

pemerolehan

bahasa

berlandaskan

fahaman

behaviorisme. Pengukuhan ialan elemen utama model ransangan-tindak balas


Teori Pelaziman Operan. Pengukuhan boleh diberikan dalam bentuk pujian,
gred yang baik, hadiah, atau ucapan tahniah. Menurut proses pelaziman
operan,lakuan bahasa boleh dilazimkan melalui pengukuhan positif. Melalui
16

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
peroses pelaziman operan, individu akan dapat membuat asosiasi antara
lakuan bahasa yang tertentu dan kesan terhadap lakuan bahasa itu. Skinner
mempercayai bahawa fokus hendaklah diberikan terhadap faktor luaran yang
memberikan kesan terhadap lakuan bahasa.
Dalam pemerolehan fonologi dan makna kata, orang dewasa dikatakan
memberikan rangsangan bahasa dalam bentuk yang mudah ditiru dan
difahami. Melalui aktiviti cuba jaya, ulangan, dan ganjaran, kanak-kanak dapat
membunyikan bunyi-bunyi bahasa dan memahami makna bunyi-bunyi bahasa.
Sebagai contoh, ibu bapa atau penjagaboleh menyediakan ransangan dengan
menyanyikan atau memperdengarkan lagu kanak-kanak bertajuk Ikan kekek
sambil menunjukkan gambar ikan yang terdapat dalam sebuah buku cerita bagi
mengajarkan konsep ikan kepada anaknya.
Proses tersebut diulang beberapa kali bagi membolehkan anaknya mengenal
dan dapat menyebut ikan dan kekek secara sendiri. Anak itu boleh diuji
dengan cara bertanya Ini apa?, Ikan tinggal di mana? sambil bernanyi dan
menunjuk gambar. Setiap kali anaknya dapat menyebut ikan apabila melihat
gambar

ikan,

pengukuhan

boleh

diberikan

dengan

cara

menyebut

pandai/bagus atau beserta tepukan.


Pelaziman operan boleh berlaku tanpa kehadiran ransangan yang boleh
diperhatiBrown (2000). Jika seseorang kanak-kanak diberikan minuman susu
(ganjaran positif bukan verbal) oleh ibunya apabila anak tersebut menyebut
nak susu (operan), maka operan itu dikukuhkan. Apabila berlaku secara
berulang-ulang, operan dapat dilazimkan.
Operant conditioning refers to conditioningin which the organism [in this
case human being] emits a response, or operant [ a sentence or
utterance], without

necessarily

observable

stimuli;

that

operant

is

maintained [learned] by reinforcement [for example, a positive verbal or


nonverbal response from another person]. If a child says want milk and a
parent gives the child some milk, the operant is reinforced and, over a
repeated instances, is conditioned [Brown, 2000 hal. 22].

Mengikut Zulkifli Hamid (2006), idea-idea behavioris tersimpul dalam model


yang dikenali sebagai model motherese. Menurut model ini, bahasa yang
dituturkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak mempunyai ciri-ciri
17

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
yang khusus. Contohnya, ibu akan mengujarkan dengan kuat bunyni-bunyi
konsonan dan memanjangkan ujaran bunyi-bunyi vokal, menggunakan ayat
mudah yang mengandungi beberapa perkataan, dan menggunakan hentian
dari semasa ke semasa ketika berbual dengan bayi. Cara yang terakhir itu
seolah-olah mempelawa bayi untuk berbual dan menunjukkan kepada bayi
tempat untuk menyahut pertuturan ibu.
Mengikut model motherese, tuturan yang diujarkan kepada kanak-kanak
pada peringkat awal penguasaan sintaksis bersifat telegrafik. Ayat dibina
dengan kata inti sahaja (Zulkifli Hamid, 2006), contohnya aju na bagi
memaklumkan Ini baju Nana, la yang bagi memaklumkan bola itu hilang,
aki ujuk bagi memaklumkan kaki saya sejuk, dan pi ana bagi memberi
arahan pergi ke sana. Penjaga atau ibu bapa akan memasukkan kata pemeri
(ialah, adalah) dan morfem terikat ( imbuhan ) selepas kanak-kanak sudah
melepasi tahap telegraf.
Ibu bapa juga sentiasa mengikuti perkembangan bahasa kanak-kanak dan
sentiasa memberikan ransangan bahasa yang sesuai agar kanak-kanak dapat
meniru lakuan bahasa yang betul. Pada dasarnya model mothersese
berprinsipkan proses pelaziman, iaitu respons bahasa yang akan terhasil
dengan adanya stimulus atau ransangan yang betul, melalui proses peniruan,
proses pengukuhan, dan proses ulangan. Pada tahap ini kanak-kanak akan
mengucapkan gabungan kata secara ringkas.

2.1.2

Implikasi

Teori

Behaviorisme

Terhadap

Amalan

Pengajaran

dan

Pembelajaran Bahasa
Abd. Aziz Talib (2000) telah memetik tiga hukum pembelajaran berdasarkan
teori pehaviorisme yang diutarakan oleh seorang ahli linguis ialtu Thorndike
bagi merangka panduan pengajaran dan pembelajaran bahasa, iaitu hukum
latihan, hukum kesan dan hukum tubi.
i.

Hukum Latihan
Berdasarkan hukum latihan, respos yang berualang-ulang berdasarkan
stimuli penting untuk mengukuhkan sesuatu lakuan bahasa.Contohnya,

18

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
kanak-kanak hendaklah dilatih membaca secara berulang-ulang ayat-ayat
bagimembina kemahiran membaca dengan sebutan, intonasi yang betul.
ii.

Hukum Kesan
Bagi memastikan lakuan bahasa yang ingin dilazimkan akan berkekalan
guru hendaklah memberikan peneguhan dalam bentuk ganjaran positif
dengan secepat mungkin.Kesilapan pula perlu dibetulkan dengan segera
[hukuman] bagi mengelak tabiat lakuan bahasa yang salah.Faktor yang
menentukan kesan ganjaran dan hukuman ialah faktor masa. Lebih
singkat masa antara respons dan ganjaran/hukuman semakin kuat
pertalian antara respons dan ganjaran/hukuman.Kejayaan-kejayaan kecil
akan menggalakkan murid untuk belajar. Pembelajaran bahasa juga akan
berlaku dengan lebih berkesan jika guru mengajarkan unit bahasa yang
kecil dahulu kemudiannya unit

bahasa yang lebih besar. Kemahiran

bahasa dapat dikuasai dengan baik jika dimulakan dengan pembelajaran


kemahiran lisan dan seterusnyakemahiran menulis.Rumus bahasa tidak
perlu diajarkan secara formal kerana murid belajar secara induktif melalui
peniruan dan latih tubi.
iii.

Hukum tubi
Guru hendaklah mengambil kira faktor pengukuhan dalam bentuk
ganjaran. Ganjaran merupakan sumber motivasi intrinsik yang dapat
memberikan kepuasan. Semakin kerap ganjaran diberikan apabila lakuan
bahasa betul, maka lakuan bahasa yang dikehendaki akan mudah kekal.
Ganjaran dapat diberikan dalam bentuk pujian, gred yang baik, hadiah,
mempamerkan hasil kerja terbaik, atau berkongsi dengan rakan hasil
kerja contohnya dengan cara membacakan karangan murid yang
mendapat markah yang tinggi.

iv.

Model proses pengajaran dan pembelajaran

Rajah 1 di bawah menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa


berdasarkan mazhab behaviorisme yang dipetik daripada Pollard dan
Triggs (1987).
Murid

Respons

membuat keputusan kemahiran


yang akan diajarkan

Respons

mengaj
ar

menilai dan
membetulkan
kesilapan

mengajar

19

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Guru

Rajah 1. Model Proses Pengajaran dan Pembelajaran Behaviorisme


(Pollard dan Triggs, 1987. Reflective Teaching in Secondary School)
2.2

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA MENTALIS


Teori Mentalis pemerolehan bahasa sinonimdengan Noam Chomskyseorang ahli
psikolinguistik dari Amerika Syarikat. Teori ini mula terkenal pada pertengahan abad
ke-20. Teori Mentalis pemerolehan bahasa pertama dikenali juga sebagai teori inatis
( Brown, 2000; Nik Hassan Basri, 2009; Zulkifli bin Hamid, 1994, 2006 ). Mengikut
Chomsky 1965) dalam Brown (2000), teori behaviorisme tidak dapat menghuraikan
proses pemerolehan aspek-aspek bahasa yang kompleks. Pemerolehan bahasa tidak
sama dengan dengan pembelajaran tingkah laku yang lain.Chomsky yakin bahawa
kanak-kanak secara semula jadi berkeupayaan memperoleh bahasa pertamanya.
2.2.1 Landasan Teori Mentalis
Terdapat beberapa andaian yang mendasari teori mentalis pemerolehan
bahasa.Andaian yang pertama ialah kanak-kanak telah diprogramkan secara
biologis untuk menguasai bahasa. Perkembangan bahasa sama sepeti
perkembangan fungsi-fungsi biologi yang lain. Kedua, kanak-kanak dilahirkan
dengan kebolehan istimewa iaiatu kebolehan untuk menemui rumus-rumus
tatabahasa bahasa pertama. Melalui anugerah kebolehan ini, kanak-kanak
mampu mempelajari bahasa pertama yang kompleks dalam tempoh masa yang
singkat. Seterusnya, faktor kecerdasan didapati tidak memainkan peranan
utama dalam penguasaan bahasa kerana semua kanak-kanak dapat
menggunakan bahasa pertama dengan fasih apabila mencapai umur lima
tahun asalkan tahap kecerdasan tidak terlalu rendah.
Ahli mentalis menghujah dengan memberikan alasan bahawa input bahasa
yang diterima oleh kanak-kanak tidak sempurna serta tidak mencukupi. bagi
pemerolehan bahasa dengan jayanya. The Poverty of Stimulus Argument/
AlasanKemiskinan Stimulusmenyatakan bahawahampir semuakanak-kanak
berjaya mempelajari bahasa ibunda sedangkan pada masa yang sama pada
masa yang sama kanak-kanak tidak dapat mempelajari perkara lain yang sama
20

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
kompleks dengan bahasa ibunda, mengguna kosa kata yang mereka belum
pernah dengar, dapat menghasilkan ayat-ayat yang belum pernah mereka
dengar dan mengguna struktur bahasa yang kompleks tanpa pengajaran.
Walaupun kesilapan bahasa selalunya dibetulkan oleh ibu bapa, namun kanakkanak selalunya mengabaikan pembetulan oleh ibu bapa dan terus mengguna
bahasa yang salah. Pemerolehan dengan cara meniru dan berlatih tidak dapat
menjelaskan keupayaan kanak-kanak untuk menghasilkan ayat secara kreatif
serta menyerap pola-pola struktur bahasa dan membuat rumusan yang tepat
atau kurang tepat tentang pola-pola struktur bahasa untuk digunakakan dalam
konteks baharu. Dari semasa ke semasa kanak-kanak dapat memurnikan
rumus-rumus tatabahasa melalui proses membuat generalisasi secara induktif.
2.2.2 Potensi Inatis Pemerolehan Bahasa
Chomsky berpendapat bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan
inatis untuk menguasai bahasa pertama. Kanak-kanak dilahirkan dengan
potensi atau kecekapan semula jadi/inatis untuk menguasai apa-apa bahasa
dan penguasaan bahasa boleh berlaku tanpa pengajaran secara formal. Hal ini
bagi menyokong kemampuan kanak-kanak menguasai bahasa pertama dalam
tempoh masa yang singkat sungguhpun bahasa pertama kanak-kanak
mengandungi rumus-rumus yang sangat kompleks. Kanak-kanak mula bertutur
pada umur yang hampir sama dan pertuturan berkembang secara berperingkat
mengikut peringkat perkembangan umur.Chomsky mendakwa bahawa kanakkanak memperoleh bahasa pertama kerana kanak-kanak sudah dilengkapi
secara biologis dengan Jentera Pemerolehan Bahasa / Language Aquisition
Device (LAD)dan akses kepada Tatabahasa Sejagat(Brown, 2000) yang berada
dalamLAD.
Tatabahasa Sejagat ialah satu set prinsip-prinsip umum rumus tatabahasa yang
terkandung dalam semua bahasa.Tatabahasa Sejagat mengawal bentukbentuk bahasa manusia. Ini bermakna bahawa rumus-rumus umum yang
mengawal sistem fonologi dan pembentukan ayat wujud dalam alat
pemerolehan bahasa.

Misalnya, semua bahasa memerlukan subjek dan

predikat dalam ayat.Proses pemerolehan bahasa pertama merupakan proses


menyesuaikan pengetahuan tatabahasa atau nahu yang bersifat umum yang
21

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
terdapat dalam alat pemerolehan bahasa dengan nahu yang terkhusus bagi
bahasa ibunda atau bahasa pertama seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak
tidak dapat menerangkan rumus tatabahasa yang diserapi tetapi boleh
menggunakannya dengan betul. Kecekapan bahasa kanak-kanak ialah
kecekapan penutur jati.
Bagi mengaktifkan LAD dan membolehakan LAD beroperasi, kanak-kanak
perlu terdedah kepada sample-sampel bahasa yamg digunakan dalam
persekitaran kanak-kanak. Kanak-kanak yang terdedah kepada sesuatu
bahasa mempunyai keupayaan yang semula jadi untuk merumus dan
membentuk hukum tatabahasa bahasa tersebut. Ini bermakna, jika kanakkanak tidak terdedah kepada sampel-sampel bahasa, maka penguasaan
bahasa juga tidak akan berlaku.
McNeill (1966) dalam Brown (2000) mengejalskan bahawa LAD mempunyai
empat keupayaan linguistk yang berfungsi secara inatis, iaitu,
i. keupayaan membezakan bunyi-bunyi bahasa dengan bunyi-bunyi bukan
ii.

bahasa,
keupayaan untuk menyusun data-data bahasa dalam kategori-kategori
tertentu dan kategori-kategori linguistik itu boleh dimurnikan kemudian,
contohnya menyusun data-data bahasa ke dalam kategori nama dan

iii.

adjektif, dan seterusnya kategori frasa,


pengetahuan bahawa sistem linguistik tertentu sahaja yang sesuai dan

iv.

sistem-sistem yang lain adalah tidak sesuai, dan


kebolehan untuk membuat penilaian dari semasa ke semasa terhadap
sistem bahasa yang sedang berkembang dan membina sistem rumus
bahasa berdasarkan data-data bahasa yang diterima.

2.2.3

Perkembangan Bahasa Terjadual Secara Biologis


Para sarjana aliran mentalis menjelaskan bahawa perkembangan bahasa
berlaku mengikut perkembangan mental dan kadar perkembangan bahasa
biasanya sama bagi kanak-kanak pada peringkat perkembangan mental yang
sama.Peringkat-peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dijangka
dan bahasa kanak-kanak pada setiap peringkat bersifat sistematik. Salah satu
dakwaan teori mentalis tentang hal ini ialah semua kanak-kanak yang sihat dan
normal mulai bercakap dan bertutur pada peringkat umur yang agak sama
Mereka memberi contoh keadaan anak yang lahir dari ibu bapa yang pekak
22

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
dan bisu juga mula belajar bertutur pada peringkat umur yang sama dengan
kanak-kanak lain dan perkembangannya dapat dijangka seolah-olah telah
terjadual.
Pada setiap peringkat kematangan, kanak-kanak akan membina hipotesis
terhadap peraturan bahasa berdasarkan input bahasa yang diterima semasa
berkomunikasi dengan pengguna bahasa.Hipotesis tentang rumus-rumus
bahasa sentiasa disemak, dibentuk semula atau kadang-kadang digugurkan
dalam tempoh perkembangan dan penguasaan bahasa. Contohnya, kanakkanak sentiasa menamakan barang-barang bermula daripada yang umum
kepada yang tertentu dan khusus. Kanak-kanak mempelajari benda-benda
sebagai satu kumpulan dahulu, kemudian mengetahui bahagian-bahagian
daripada kumpulan itu, perkataan makan mewakili semua jenis makanan,
kemudian mengklasifikasikan makanan mengikut jenis : buah, roti, nasi.
Pada ada usia tiga tahun, kanak-kanak sudah mampu menggunakan
tatabahasa transformasi generatif. Kanak-kanak dapat menguasai bahasa
pertama

pada

umur

lima

atau

enam

tahun

tanpa

mengambil

kira

bakat/kebolehan dan kanak-kanak boleh menghasilkan ayat-ayat yang belum


pernah didengar.Kanak-kanak tidak akan memberikan respons terhadap
pembetulan kesilapan bahasa jika perkembangan bahasa kanak-kanak belum
bersedia.
Menurut

Lenneberg

(1967),

kanak-kanak

melalui

lapan

peringkat

perkembangan pemerolehan bahasa(Abdullah Hassan, 2009).


i.

Umur tiga bulan : Boleh mengeluarkan bunyi seakan-akan bunyi vokal


yang kadang-kadang berpanjangan antara lima belas sehingga dua puluh
saat.

ii.

Umur empat bulan: Boleh bertindak balas terhadap suara-suara manusia


dengan lebih tajam. Mata bayi mencari penutur dan kadang-kadang bayi
akan ketawa.

iii.

Umur lima bulan: Mula menyebut bunyi konsonan di antara bunyi-bunyi


vokal.

23

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
iv.

Umur enam bulan: Boleh mengagah dan bertukar kepada pengeluaran


bunyi-bunyi yang bercirikan suku kata seperti ma, mam, da, dak, di, dan ta.

v.

Umur lapan bulan : Bayi boleh mengulang bunyi-bunyi dengan lebih kerap.

vi.

Umur sepuluh bulan : Bayi mula mengeluarkan pelbagai bunyi dan mula
meniru bunyi serta membezakan bunyi.

vii.

Umur dua belas bulan: Bunyi yang serupa dengan bunyi-bunyi bahasa
mula diterbitkan, sepeti perkataan ma, bab, mamam. Kanak-kanak juga
mula memahami arahan.

ix. Umur lapan belas bulan : kanak-kanak sudah mempunyai antara tiga
hingga lima puluh patah. Kefahamannya bertambah baik dan kanak-kanak
mula menggabungkan dua perkataan untuk menjadi rangkai kata. Semasa
umurnya meningkat dua tahun, pola-pola ayatnya mula menjadi lengkap
dan kanak-kanak dapat membina rumus dengan sendiri. Proses ini
berterusan hingga umurnya baligh apabila bahasanya menjadi sempurna.

2.2.4

Tempoh Kritikal Pemerolehan Bahasa


Tempoh kritikal pemerolehan bahasa ialah satu jangka masa yang suburuntuk
pemerolahan bahasa dengan mudah, iaitu bermula antara lapan belas bulan
sehingga mencapai umur baligh iaitu. Ini ialah tempoh perkembangan otak.
Jika kanak-kanak tidak didedahkan kepada input/ stimuli bahasa dalam tempoh
ini dan sekiranya masa ini terlangkau, maka pemerolehan dan penguasaan
bahasa

akan

terhalang,

terutama

sekali

penguasaan

sistem

tatabahasa.Dakwaan tentang adanya tempoh kritikal pemerolehan bahasa


disokong oleh kajian Lenneberg (1965) dalam Abdullah Hassan(2009)tentang
pemerolehan bahasa kanak-kanak
2.2.5 Implikasi Teori Mentalis Terhadap Amalan Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa
i.

Aktiviti pembelajaran bahasa pelu memberi peluang pengalaman


menggunakan bahasa dan bukanmenghafal ayat-ayat yang terpencil.

24

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
ii.

Pengetahuan baharu dibina berdasarkan pengetahuan sedia ada. Isi


pelajaran pembelajaran bahasa yang hendak diajarkan hendaklah
bersesuaian dengan peringkat perkembangan mental kanak-kanak
dan dibina berdasarkan pengetahuan sedia ada.

iii.

Tatabahasa dipelajari secara tidak formal melalui contohan, peniruan


dan

penggunaan

mengikut

keperihalan

keadaan

atau

secara

kontekstual.
iv.

Guru hendaklah merancang aktiviti yang menggalakkan murid-murid


menghasilkan ayat-ayat yang kreatif berdasarkan pengetahuan rumusrumus tatabahasa.

v.

Kesilapan bahasa hendaklah dianggap sebagai mencuba uji hipotesis /


rumus-rumus

sebelum

kanak-kank

mencapai

peringkat

fasih

menggunakan bahasa.
vi. Guru

hendaklah

menggunakan

kesilapan

bahasa

kanak-kanak

sebagai asas memahami peringkat penguasaan bahasa kanak-kanak


dan asas membina membina aktiviti yang sesuai bagi menangani
kesilapan bahasa.
vii. Aktiviti menulis adalah aktiviti yang penting bagi perkembangan
bahasa kanak-kanak.

2.3

TEORI INTERAKSIONALISME PEMEROLEHAN BAHASA


Teori Interaksionalisme pemerolehan bahasa berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an
dan 1970-an. Tokoh yangterkenal dengan teori ini ialah M.A.K.Halliday, seorang ahli
linguis. Ahli-ahli interaksionalisme menghuraikan bahawa kematangan bahasa kanakkanak berlaku melalui hubungan yang kompleks antara kebolehan semula jadi kanakkanak untuk memperoleh bahasa dengan penggunaan bahasa dalam persekitaran
tempat kanak-kanak dibesarkan. Pendekatan interaksionalisme pemerolehan bahasa
dapat memberikan penjelasan tentang cara kanak-kanak menghubungkaitkan bentuk
bahasa/language forms dengan makna/meaningyang terhasil daripada bentuk bahasa,
dan cara menggunakan bahasa dengan sesuai mengikut konteks interaksi sosial.
25

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1

2.3.1

Landasan Teori Interaksionalisme


Teori ini menjelaskan bahawa kanak-kanak perlu terlibat dengan interaksi
bahasadalam

pelbagai

konteks

sosial

supaya

mereka

dapat

menggunakanbentuk bahasayang tepat bagi menggambarkan makna.Kanakkanak bermotivasi untuk memperoleh bahasa kerana bahasa memenuhi fungsifungsi tertentu kepada mereka.Halliday telah mengenal pasti tujuh fungsi
bahasa pada peringkat awal kanak-kanak.Fungsi-fungsi bahasa dianggap
sebagai makna yang terkandung dalam sistem bahasa kanak-kanak.

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Fungsi Instrumental/Instrumental
Fungsi Regulasi/Regulatory
FungsiInteraksional/Interactional
Fungsi personal/Personal
Fungsi heuristic/ Heuristic
Fungsi Imaginatif /Imaginative
Fungsi Informatif/ Representational

Fungsi Bahasa Kanak-kanak


Teori ini menggambarkan anjakan kefahaman bahawa penguasaan bahasa
adalah

proses

mental

sahaja

yang

memerlukan

tumpuan

terhadap

menggunakan pengetahuan rumus-rumus tatabahasa.Terdapat dua faktor


anjakan kefahaman : Petama, pengkaji-pengkaji bahasa mula melihat bahasa
sebagai manifestasi kebolehan kognitif dan afektif bagi memenuhi keperluan
hubungan antara diri dengan dunia, dengan orang lain, dan dengan diri sendiri.
Kedua,

kerangka

mentalis/inatis

hanya

menjelaskan

tentang

bentuk-

bentukbahasa/forms of language sahaja. Kerangka mentalis/inatis dan


rumus tatabahasa generatif yang dihuraikan oleh Chomsky tidak menjelaskan
tentang fungsi-fungsi bahasa dalam sesuatu konteks interaksi sosial dan
bentuk bahasa mengikut sesuatu fungsi. Contoh bentuk bahasa ialah rumus26

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
rumus atau peraturan-peraturan bagi pengunaan imbuhan, pembentukan kata
dan pembinaan ayat. Fungsi bahasa ialah tujuan berkomunikasi, sama ada
secara lisan atau bertulis dalam sesuatu konteks interaksi sosial(Brown,
2000

),

contohnyaberkomunikasibagimendapatkan

maklumat

di

kaunter

pejabat, ibu memujuk anaknya supaya makan sarapan pagi sebelum ke


sekolah, dan pengusaha mempengaruhi pengguna membeli produk baharu.
2.3.2

Fungsi Bahasa Kanak-kanak dalam Interaksi Sosial


Halliday telah menyenaraikan tujuh fungsi bahasa pertuturan kanak-kanak.
Gungsbahasa bertujjuan mencapai tujuan berkomunikasi mengikut konteks
tertentu (Rajah 5). Fungsi-fungsi bahasa tidak bersifat hieraki, namun fungsi
terawal yang dapat diperhatikan dalam ujaran kanak-kanak ialah fungsi
instrumental dan fungsi terakhir ialah fungsi informatif (Halliday, 2003).Empat
fungsi pertama bahasa, iaitu fungsi instrumental, fungsi regulasi, fungsi
interaksional dan fungsi personal membantu kanak-kanak untuk memenuhi
keperluan fizikal, keperluan emosi, dan keperluan soisial. Kanak-kanak
menggunakan bahasa untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat dalam
persekitaran mereka bagi memenuhi keperluan asasi mereka dahulu dan
kemudian berkembang kepada keperluan informatif (menyampaikan dan
memperoleh maklumat).
Halliday juga menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara sistem bahasa
kanak-kanak pada peringkat awal dengan sistem bahasa orang dewasa. Bagi
setiap kanak-kanak, setiap ujaran bermula sebagai satu fungsi sementara bagi
orang dewasa setiap ujaran boleh mengandungi lebih daripada satu fungsi.
Dalam pertuturan orang dewasa, fungsi bahasa dilahirkan melalui unsur-unsur
tatabahasa seperti penggunaan ayat tanya dan ayat penyata.
Fungsi

Instrumental :

Huraian
- memenuhi keperluan
- memastikan sesuatu

Regulasi: Buat
beritahu

Saya mahu roti


Tolong baiki komputer saya

dilakukan

Saya mahu

seperti saya

Contoh

mempengaruhi tingkah laku,

Tidak boleh ambil barang orang

perasaan atau sikap orang

Mula-mula ambil kertas... dan

lain
bahasa mengandungi

gunting kertas ... lipat kertas.

27

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
peraturan dan arahan
- mewujudkan hubungan
dengan orang lain
- mengetahui kehendak orang

Interaksional:
Saya dan anda

Boleh saya ikut sama?


Kamu pun suka bola sepakkah?

lain ( sama ada sama atau


tidak sama dengan kehendak
diri sendiri)
- menggambarkan peribadi

Personal : Ini
saya

dan perasaan sendiri.


- memberitahu orang lain

Saya tahu lagu tu ... dah nyanyi


dulu.
Saya ada baju baharu.

tentang diri
-

Heuristik
Beritahu

:
saya

belajar
- menggunakan bahasa untuk

Informatif :
sesuatu untuk
memberitahu
anda

nanti boleh sejuk?


lepas tu semut panjat pokok, dia

permainan baharu, dan dunia

jatuh.. dia balik rumahlah, main.

baharu
permainan bahasa : teka teki,

ma apa?-makan, kan apa?-

puisi, bahasa berirama


tidak semestinya tentang

sesuatu
berkomunikasi maklumat
menyampaikan mesej
dengan merujuk khusus

Saya ada

Boleh tuang air dalam piring ..

mereka cipta cerita,

Imaginatif :
pura

Mengapa ....?

meneroka persekitaran.

mengapa

Mari berpura-

mencari maklumat dan

kepada proses, objek, orang,

kantin ........

Saya buat gelang tangan ni ...


dengan manik warna biru.
Hujan lebat. Mesti bawa
payung.

keadaan dan hubungan


dengan dunia luar

Fungsi Bahasa Kanak-kanak dalam Interaksi Sosial (Disesuaikan


daripada Halliday, 2003)
2.3.3

Implikasi

Teori

Interaksionalis

Terhadap

Amalan

Pengajaran

dan

Pembelajaran Bahasa
i.

Makna ialah elemen penting pembelajaran bahasa. Murid hendaklah


terlibat dalam aktiviti berkomunikasi bagi menyampaikan makna dengan
lancar. Walau bagaimanapun, kelancaran berkomunikasi tidakbermakna
bahawa ketepatan tatabahasa boleh diabaikan. Pengajaran bahasa
hendaklah memberikan keseimbangan antara pengetahuan tatabahasa
28

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
dan penggunaan aspek tatabahasa yang sesuai dengan tujuan
berkomunikasi.

Tatabahasa

dapat

dikuasai

jika

murid

dapat

menumpukan perhatian terhadap tugasan komunikasi yang bermakna.


ii.

Pendedahan kepada pelbagai situasi interaksi bahasa penting bagi


membolehkan murid-murid belajar menggunakan bahasa secara
berkesan bagi memenuhi pelbagai fungsi bahasa mengikut situasi
penggunaan bahasa.

iii.

Latar kehidupan sosial mempengaruhi bahasa yang digunakan dalam


berkomunikasi. Guru disarankan mewujudkan situasi penggunaan
bahasa yang autentik dan kontekstual serta bahan bantu yang sesuai
dengan persekitaran kehidupan murid bagi memudahkan proses
pembelajaran dan memotivasikan murid untuk belajar bahasa.

2.4

TEORI KONSTRUKTIVISME PEMEROLEHAN BAHASA


Paradigma konstruktivisme dalam pemerolehan bahasa dipelopori oleh dua orang
tokoh bidang psikologi perkembangan kognitif, iaitu Jean Piaget and Lev Vygotsky.
Kedua-dua tokoh ini berminat tentang hubungan antara perkembangan pemikiran dan
persekitarandengan pemerolehan dan penguasaan bahasa. Piaget membuat hipotesis
bahawa bahasa berkembang sebagai satu sistem simbol bagi menggambarkan
pengetahuan yang diperoleh melalui interaksi antara individu dengan dunia fizikal.
Perkembangan bahasa bergantung kepada perkembangan kognitif. Manakala
Vygotsky menghasilkan hipotesis bahawa bahasa berkembang melalui interaksi sosial.
2.4.1

Teori Konstruktivisme Kognitif (Jean Piaget)


Jean Piaget ialah seorang sarjana psikologi dan pelopor Teori Perkembangan
Kognitif. Piaget telah mengkaji perkembangan kognitif kanak-kanak dan
membuat pemerhatian perkembangan bahasa kanak-kanak yang berlaku
mengikut peringkat perkembangan kognitif mereka. Beliau mengetengahkan
dakwaan bahawa perkembangan bahasa bergantung dan berputik daripada
perkembangan kognitif, iaitu perkembangan kognitif akan menentukan
perkembangan

bahasa.

Bahasa

kanak-kanak

pada

satu-satu

tahap

menggambarkan perkembangan kognitif kanak-kanak pada tahap yang


29

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
berkenaan.Perkembangan kognitif kanak-kanak terhasil daripada proses
interaksi antara kanak-kanak dengan objek dalam dunia fizikal yang diperhati,
yang disentuh, dan yang dimanipulasikan oleh mereka.
2.4.1.1

Perkembangan bahasa bergantung kepada perkembangan


kognitif
Mengikut pemerhatian Piaget, kanak-kanak melalui empat peringkat
perkembangan kognitif dan tahap-tahap ini berlaku pada usia yang
hampir sama bagi semua kanak-kanak. Setiap tahap perkembangan
akan ditandai dengan pemerolehan dan penguasaan struktur bahasa
yang

tertentu.

Contohnya,

selepas

kanak-kanak

melalui

perkembangan kognitif untuk membezakan saiz, kanak-kanak akan


dapat menyebut, bola ini lebih besar daripada bola itu.
Piaget menegaskan bahawa sesuatu struktur bahasa diperoleh
melalui interaksi dengan dengan orang lain, perkara atau benda yang
terdapat dalam persekitaran dan dengan cara mengambil bahagian
yang

aktif

semasa

berinteraksi.

Contohnya,

berdasarkan

pengalaman kanak-kanak melihat ikan-ikan di kolam dan burungburung di udara, maka akan terbina konsep ikan, dan burung dan
seterusnya konsep ikan berenang dan burung terbang. Tegasnya,
sebelum

seseorang

kanak-kanak

mampu

menggunakan

dan

memahami struktur bahasa yang tertentu, kanak-kanak perlu


memahami konsep yang terkandung dalam struktur bahasa tersebut.

Peringkat pertama perkembangan kognitif ialah keupayaan bayi


untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Bayi memiliki potensi
ini kerana dilahirkan denganpotensi amatau pengetahuan dalam
mindabagi

membolehakan

bayi

menyesuaikan

diri

dengan

persekitaran.Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapi


dengan potensi ampergerakan seperti menghisap, mencapai, dan
memegang.

Pengetahuan

tentang

gerakan

memegang

ialah

memegang benda yang tidak menyakitkan. Bagipengetahuan bagi


30

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
perlakuan menangis, ialah menangis apabila ditinggalkan ibu atau
apabila lapar.Apabila deria sensori seperti mendengar dan melihat
berkembang, kanak-kanak dapat meniru bunyi-bunyi yang didengar
dan menghubungkaitkan bunyi dengan benda, situasi, atau aksi yang
dilihat.
Pada peringkat perkembangan kognitif ini, kanak-kanak belum dapat
mengujarkan perkataan, namun dapat membentuk imej yang jelas
tentang benda,situasi, atau aksi yang dilihat. Oleh itu, apabila kanakkanak menyebut sesuatu sambil menunjuk pada objek tertentu,
kanak-kanak tersebut mungkin meminta supaya objek itu diberikan
kepadanya atau mungkin meminta supaya objek itu dialihkan.
Perkembangan bahasa bermula ketika kanak-kanak berumur antara
lapan belas bulan sehingga dua tahun, dan seawal sembilan bulan
ada yang sudah boleh menuturkan perkataan. Pemerolehan bahasa
pada peringkat ini seiring dengan perkembangan kognitif kerana
kanak-kanak sudah dapat menyebut perkataan yang sebenar dengan
benda yang dmaksudkan.Sebelum peringkat, ini perkataan bagi
objek, situasi atau perlakuan adalah dalam bentuk imej-imej dalam
minda.

Menjelang umur lima tahun, kanak-kanak sudah dapat

mengingat dan menyebut nama dan alamat, serta bercerita tentang


cerita yang mudah. Perkambangan bahasa adalah sebahagian
daripada perkembangan kognitif yang berlaku secara berterusan.
Perubahan daripada satu peringkat perkembangan kognitif ke satu
peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak
terdedah kepada pengalama-pengalaman yang baharu. Tanpa
pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak
mampu membina pengetahuan-pengetahuan baharu, mencapai
tahap perkembangan kognitif yang tinggi,dan menguasai kosa kata
baharu yang luas dan beragam.
2.4.1.2

Empat peringkat perkembangan bahasa


31

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Berdasarkan teori perkembangan kognitif Piaget, terdapat empat
peringkat

perkembangan

kognitif

dan

setiap

peringkat

memperlihatkan perkembangan aspek bahasa yang berbeza-beza.


i.

Peringkat Sensori Motor : lahir -2 tahun


Sepanjang peringkat sensori motor, bayi memahami dunia
melalui persepsi sensori dan aktiviti motor. Bayi secara
beransur-ansur mempelajari bahawa terdapat hubungan antara
aksi

mereka

dengan

dunia

fizikal.

Mereka

menemui

pengetahuan bahawa akan terdapat kesan tertentu apabila


mereka

memanipulasikan

objek.Mereka

belajar

untuk

melakukan aksi yang memberikan kesan fizikal seperti menarik,


membaling, dan mengayun. Bayi dapat membezakan cara
membuka mulut apabila disuapkan makanan dengan sudu
berbeza dengan apabila hendak menghisap puting botol susu.
Perkembangan bahasa bermula ketika berumur antara lapan
belas bulan sehingga dua tahun, dan seawal sembilan bulan
ada yang sudah boleh menuturkan perkataan. Pada peringkat ini
kanak-kanak dapat mengujarkan satu perkataan, namun satu
perkataan boleh melambangkan beberapa fungsi bahasa,
contohnya fungsi instrumental (menyatakan kemahuan), fungsi
kawalan (mengawal tingkah laku orang dewasa), fungsi
imaginatif( berimaginasi).

Fungsi instrumental : Ibu boleh membawa maksud saya

mahu atau saya perlu.


Fungsi kawalan : Ibu boleh membawa maksud buat seperti

ini atau mari bermain dengan anak patung


Fungsi imaginatif : shh berimaginasi bahawa semua orang
perlu diam.

Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh mengenal nama-nama


objek yang sudah dikenali , seperti bapa, kereta, ayam,
sudu.Kanak-kanak juga

mula

memberi respon

terhadap

permintaan dan arahan mudah (Berikan kepada mama,

32

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Jangan sentuh, panas ) dan soalan ( Mahu lagi?, Mana
burung? )
ii.

Peringkat Praoperasi ( 2 tahun sehingga 7 tahun)


Pada

peringkat

praoperasi,

perkembangan

kognitif

dan

perkembangan bahasa sangat pesat. Kefahaman kanak-kanak


tentang dunia persekitaran dapat dilihat melalui bahasa dan imej
mental. Fikiran, percakapan dan kelakuan kanak-kanak bercorak
egosentrik kerana kanak-kanak menanggapi sesuatu daripada
perspektif diri mereka sahaja. Mereka tidak dapat melihat
sesuatu daripada perspektif orang lain dan mempercayai
bahawa orang lain mempunyai pendapat yang sama dengan
mereka.
Apabila kanak-kanak menutup matanya sehingga tidak dapat
melihat orang di hadapannya, kanak-kanak itu menganggap
orang dihadapannya juga tidak dapat melihat dia. Kelakuan
mereka bersifat egosentrik kerana meraka belum dapat
memahami perasaan, keperluan dan pendapat orang lain.Tahap
ini ialah tahap Saya punya. Kanak-kanak kerap menyebut
Mainan Anim punya, Tak boleh, Anim punya, Eh, tu baju
Anim!.
Bahasa

yang

bercorak egosentrik

berkait

rapat

dengan

animisme, iaitu kecenderongan kanak-kanak untuk melihat


semua bendatermasuk benda tidak bernyawa sebagai hidup dan
bersifat seperti manusia yang mempunyai perasaan dan
kehendak.Kanak-kanak mempercayai bahawaPokok menolak
saya sehingga saya jatuh dan menyebabkan kaki saya sakit.
Animisme diperhatikan melalui corak bahasa semasa kanakkanak bercakap dengan anak patung ketika mereka bermain
seorang diri, di hadapan orang dewasa atau dengan kanakkanak yang lain.

33

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Tingkah

laku

semasa

bermain

sangat

penting

untuk

perkembangan bahasa kanak-kanak. Permainan olok-olok dan


Permainan

Simbolik

amat

penting

kerana

kanak-kanak

menggunakan sesuatu objek bagi mewakili objek yang lain.


Contohnya berpura-pura bahawa kotak kecil sebagai telefon
bimbit, sudu sebagai mikrofon, tangga sebagai pentas, dan
bawah meja sebagai rumah.Corak bahasa jelas semasa kanakkanak memainkan peranan sebagai ibu, doktor dan watakwatak lain dalam permainan olok-olok.
Perkembangan kognitif menunjukkan bahawa kanak-kanak cuba
memahami dan menjelaskan hubungan logik tentang perkaraperkara yang di dengar, dilihat, dan dialami dalam dunia fizikal.
Bahasa yang diujarkan adalah seperti perbualan antara ibu
dengan anaknya di bawah.
(Ibu dan anak yang berumur 3 tahun)
Ibu:
Menunujk kepada ikan goreng di dalam pinggan di atas
meja sambil bertanya Ikan ni buat apa?
Anak: Dia tidurlah.
Ibu:
Kenapa dia tak berenang?
Anak: Tak ada airlah!
Dalam lingkungan umur limasehingga tujuh tahun, bahasa dan
perlakuan kanak-kanak mula bercorak sosial.Kanak-kanak mula
menggunakan

bahasa

untuk

persekitaran yang lebih luas;

berinterksi

dengan

alam

dan interaksi sosial yang lebih

banyak, iaiatu dengan anggota masyarakat lain selaian daripada


ibu bapa atau penjaga dan adik beradik.Keboelahan berbahasa
pada peringkat ini menggambarkan peningkatan kemahiran
berfikir. Percakapan kanak-kanak menggambarkan pemikiran
intuitif dan mereka banyak menyoal, bertukar pendapat, dan
pengalaman dengan orang lain. Kosa kata dan kebolehan
kemahiran mendengar dan bertutur semakin berkembang.
iii.

Peringkat Operasi Konkrit : 7 11 tahun

34

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Peringkat ini bermula pada umur kurang lebih tujuh tahun
sehingga umur kurang lebih sebelas tahun. Pada peringkat ini,
kebolehan untuk berfikir secar induktif agak baik tetapi kanakkanak mengahadapi masalah untuk berfikir secada deduktif.
Kanak-kanak dapat memikirkan secara logik tentang peristiwa
konkrit berbanding konsep abstrak. Mereka boleh berfikir
tentang peristiwa atau objek sebenar berbanding dengan berfikir
tentang

idea-idea.

Contohnya,

meraka

boleh

memahami

maksud

iv.

Bersahabat ialah bermain dengan saya


Jujur ialah apabilab tidak mencuri barang-barang saya
Bertanggungjawab ialah menyiapkan kerja rumah

Peringkat Operasi formal : 12 tahu ke atas


Peringkat operasi formal bermula pada umur kurang lebih dua
belas tahun sedhinggalah dewasa.Berupaya berfikir tentang
perkara yang abstrak fikir secara deduktif, membuat hipotesis,
merancang secara sistematik, dan menyelesaikan masalah yang
memerlukan peanaakulan tinggi. Individu mampu untuk berfikir
secara logik tentang idea-idea abstrak, bukan sekadar peristiwa
atau objek konkrit. Contohnya,

boleh memahami konsep

abstrak tentang persahabatan dan kejujuran


Persahabatan ialah saling mempercayai dan berkongsi

2.4.1.3

perasaan
Kejujuran bermakna berkata benar

Implikasi Teori Kognitif Terhadap Amalan Pengajaran dan


Pembelajaran Bahasa
i.

Guru perlu menyediakan pengalaman berbahasa yang kaya


dan menyediakan pelbagai bahan bantu supaya murid
bermotivasi dan bertanggungjawab untuk terlibat secara aktif
dalam proses pembelajaran kemahiran berbahasa. Menurut
Piaget kadar

perkembangan bahasa biasanya sama bagi

kanak-kanak pada peringkat perkembangan mental yang sama.


Namun, cepat atau lambat perkembangan bahasa pada

35

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
sesuatu tahap perkembangan dipengaruhi oleh kecerdasan,
interaksi dengan alam persekitaran, dan interaksi sosial.
ii.

Masa dan isi pelajaran yang hendak diajarkan perlu


bersesuaian

dengan

tahap

kesediaan,

kebolehan,dan

perkembangan kognitif murid. Menurut Piaget kanak-kanak


akan bertutur apabila bersedia. Jika operasi intelek kanakkanak belum matang ke peringkat kanak-kanak tersebut
mampu mempelajari sesuatu struktur bahasa yang kompleks,
pengajaran tidak akan dapat menghasilakan pembelajaran.
Malahan,

pengajaran

yang

mendahului

kematangan

perkembangan mental merbahaya kepada kanak-kanak.


iii.

Pembelajaran hendaklah berpusatkan murid, contohnya melalui


aktiviti

yang

menitikberatkan

penyelesaian

masalah

atau

membina pengetahuan baharu berdasarkan pengetahuan sedia


dan

guru

berperanan

sebagai

pemudahcara

proses

pembelajaran.
iv.

Minat, kebolehan dan tahap keupayaan murid-murid dalam


pembelajan bahasa hendaklah dihormati dan diambil kira dalam
pengajaran. Oleh itu aktiviti

pembelajaran bahasa hendaklah

dipelbagaikan bagi menangani gaya belajar yang berbeza dan


kadar kelajuan yang berbeza.
v.

Model proses pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme


kognitif

Rajah 2 di bawah menunjukkan model proses pengajaran dan


pembelajaran konstruktivisme kognitif
Murid

Guru

pengalaman

pengalaman

kefahaman

daerah tugasan
dan aktiviti
bahasa yang
penilaian pembelajaran
dipersetujui

Rajah 2 :Model proses pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme kognitif


(Pollard dan Triggs, 1987. Reflective Teaching in Secondary School
36

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1

2.4.2

Teori Konstruktivisme Sosial Pemerolehan Bahasa


Teori konstruktivisme sosial dalam pemerolehan bahasa mendakwa bahawa
pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku melalui
interaksisosial. Vygotskyahli konstruktivisme sosial dari Rusia menegaskan
bahawa kanak-kanak hanya boleh memperoleh bahasa jika berinteraksi
denganorang lain dalam persekitaran budayabahasa yang digunakan oleh
kanak-kanak. Vygotsky menekankan kepentingan interaksi antara kanakkanak dengan ibu bapa atau penjaga, kepentingan motherese, sumbangan
keperihalan keadaan/konteks komunikasi, dan tujuan komunikasi antara
kanak-kanak dengan ibu bapa atau penjaga.
Orang dewasa, tempat tinggal dan persekitaran budaya sangat signifikan
kepada pemerolehan bahasa kanak-kanak. (Hamilton dan Ghatala, 1984;
Shrum & Glisan, 2005 ). Teori konstruktivisme interaksi fizikal Piaget dikritik
dengan hebat kerana teori ini terlalu berfokuskan proses-proses mental
individu kanak-kanak dan interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran
fizikal sehingga mengabaikanfungsi sosial perbualan antara kanak-kanak
dengan orang lain dalam konteks kehidupan sosial.
2.4.2.1

Landasan Teori Konstruktivisme Sosial


Vygotsky mengkritik teori konstruktivisme interaksi fizikal Piaget
kerana pada pendapat beliau teori ini terlalu berfokuskan interaksi
antara

kanak-kanak

mengabaikanfungsi

dengan
interaksi

persekitaran
sosial.

fizikal

Interaksi

sehingga

sosial

dan

pengalaman berbual dalam konteks budaya sangat penting bagi


perkembangan bahasa. Vygotsky telah mengenalpasti dua faktor
yang sangat signifikan yang memberikan sumbangan terhadap
perkembangan bahasa dalam konteks interaksi sosial. Pertama,
Percakapan

Kendiri/PrivateSpeech,

iaituapabila

kanak-kanak

bercakap secara kuat dengan diri sendiribagi mengawal tingkah


laku dan pemikiran kendiri.Percakapan kendiri akan berubah
kepada bentuk Percakapan Dalaman Kendiri/Directive Inner
Speechiaiatu percakapan secara senyap dengan diri sendiri setelah
37

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
berlaku

proses internalisasiPercakapan

Kendiri. Kedua,

Zon

Perkembangan Termampu/The Zone of Proximal Development


(ZPD), iaituapabila kanak-kanak memerlukan bimbingan daripada
penjaga atau ibu bapa semasa berinteraksi bagi melaksanakan
sesuatu tugsan pembelajaran (Shrum & Glisan, 2005).
2.4.2.2

Perkembangan

bahasa

melalui

Percakapan

Dalaman

Kendiri/Directive Inner Speech


Teori konstruktivisme sosial, menegaskan bahawa perkembangan
bahasa

pada

mulanya

berlaku

pada

peringkat

sosial

dan

kemudiannya akan berubah ke peringkat individu. Mengikut


Withers, Vygotsky, menegaskan bahawa perkembangan bahasa
bahasa kanak-kanak sangat penting bagi perkembangan intelek
kerana terdapat hubungan saling bergantung antara perkembangan
minda untuk berfikir dengan perkembangan bahasa. Melalui
pemerhatian beliau, Vygotsky mendapati bahawa perbualan antara
kanak-kanak dengan orang dewasa semasa menyelesaikan sesutu
tugasan kognitif, adalah sumber perkembangan bahasa dan
perkembangan

kognitif

kanak-kanak.

Percakapan

Kendiri/PrivateSpeech, digunakanapabila kanak-kanak mengambil


bahagian menyeleksaikan tugasan bersama-sama dengan orang
dewasa dengan cara bercakap secara kuat dengan diri sendiri bagi
mengawal tingkah laku dan pemikiran kendiri semasa. Percakapan
Kendiri/PrivateSpeechakan berubah kepada bentukPercakapan
Dalaman Kendiri/ Directive Inner Speech.
Percakapan Dalaman Kendiri/ Directive Inner Speechialah proses
penyuaraan fikiran bagi menyelesaikan sesuatu tugasan secara
dalam minda dengan menggunakan bahasa tetapi tanpa bersuara.
Kanak-kanak menggunakan directive inner speech untukmemandu
arah aktiviti-aktivi kognitif dalam penyelesaian sesuatu masalah..
Proses penyuaraan fikiran secara dalaman dibantu oleh orang
dewasa yang mengujarkan atau menyuarakan matlamat dan
strategi

bagi menyelesaikan

masalah pembelajaran

semasa
38

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
berinteraksi dengan kanak-kanak. Apabila menggunakan directive
inner speech, kanak-kanak dapat membuat perkaitan antara
pemikiran

dengan

bahasa,

lalu

mampu

untuk

mengekspresikanfikiran mereka kepada orang lain dengan melalui


bahasa.
As a result of participating in problem solving activities
with adults who take the lead in verbalizing goals and
strategies, the child learns to talk to himself in order to
direct his own cognitive activities. A child will be
deficient in self directive inner speech if he does not
have the opportunity to participate in such social
dialoges.
(Hamilton and Ghatala, 1994. Learning and Instruction)
2.4.2.3

Perkembangan

bahasa

dalam

Zon

Perkembangan

Termampu/The Zone of Proximal Development (ZPD)


Zon Perkembangan Termampu(Rajah 3)ialah perbezaan antara
perkembangan bahasa sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian
masalah pembelajaran secara sendiri ( X :Rajah ) berbanding
dengan potensi perkembangan termampu (Y:Rajah) melalui aktiviti
penyelesaian masalahdengan cara bimbingan atau berkolaboratif
(perbualan)

dengan

orang

dewasa

ataurakan

yang

lebih

mahir.Dalam proses ini, potensi perkembangan bahasa yang


seterusnya ialah (Z : Rajah ). ZPD ialah tahap perkembangan
apabila ada sokongan interaktif (perbualan) yang membolehkan
pencapaian pengetahuan kanak-kanak melonjak ke tahap yang
tidak mampu dilakukan secara sendiri. Vygotsky menjelaskan
bahawa:
...learning preceeds and contributes to development, and
the learners language performancewith others exceeds
what the learnes is able to do alone. The learner brings
two levels of development to the learning task : anactual
development level, representing what the learner can do
without

assistance,

an

potential

development,

39

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
representing what the learner can do with the assistence
of adults or more capable peers(Shrum & Glisan, 2005).

X: Tahap potensi
perkembangan
bahasa atas
usaha sendiri

Y : Zon Perkembangan
Termampu

x
y

Tahap potensi
perkembangan bahasa
melalui bimbingan atau
secara berkolaboratif

z
Rajah 3 : Zon Perkembangan Termampu

Z:Belum mampu dikuasai


oleh kanak-kanak

2.4.2.4

Peringkat-Pringkat Perkembangan Pertuturan


Mengikut
Vygotsky,
individu akan melalui
Setiap
individu kanak-kanak

tiga

peringkat

perkembangan pertuturan yang bermula dari lahir hingga ke umur


tujuh atau lapan tahun.
i. Peringkat Thoughtless speech
Seawal umur dua bulan, bunyi yang dihasilkan oleh bayi adalah
untuk menggambarkan reaksi sosial terhadap suara atau kehadiran
orang dan mengawal tingkah laku orang lain.

ii

Peringkat pertuturan luaran/pertuturan egosentrik


Peringkat pertuturan luaran terdapat dalam kalangan kanakkanak yang berumur tiga hingga tujuh tahun. Perkataanperkataan digunakan untukmemberi nama pada benda dan
untuk menggambarkan keperluan kendiri. Pada peringkat ini,
makna sesuatu objek adalah tetap dan fungsi simbolik
perkataan

masih

kurang

difahami.

Kanak-kanak

tidak

fahambahawa perkataan adalah simbol yang fleksibel dan boleh


bertukar makna dengan persetujuan masyarakat pengguna
sesuatu bahasa.Ibu bapa dan penjaga berperanan untuk
membentuk tabiat berbahasa yang bertul pada peringkat
40

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
perkambangan ini. Penggunaan bahasa kanak-kanak menepati
rumus bahasa tetapi kanak-kanak belum memahami operasi
rumus bahasa.
Perbualan kendiri/egocentric/private speechberkembang pada
peringkat ini. Perbualan kendiri berlaku semasa kanak-kanak
bercakap dengan diri sendiri semasa bersendirian dan semasa
berinteraksi dengan orang lain. Walaupun disuarakan tetapi
perbualan kendiri tidak ada fungsi komunikasi melainkan untuk
mengawal pemikiran dan tindakan kendiri.Pada peringkat ini,
kanak-kanak akan berbual dengan diri sendiri tanpa mengira
kehadiran orang lain. Kanak-kanak mungkin bercakap tentang
perkara yang sedang mereka lakukan sambil melakukan perkara
itu. Peringkat ini ialah peringkat permulaan penyuaraan fikiran.
Perbualan kendiri akan bertukar kepada Percakapan Dalaman
Kendiri/ Directive Inner Speech.Mengikut Azmita (1992),Vygotsky
berpendapat bahawa Perbualan/Private Speechmula digunakan
pada umur empat tahun hingga ke lima tahun dan memuncak
pada umur lima tahun hingga enam tahun. Perbualan kendiri
menurun pada pertengan atau akhir umur tujuh tahun apabila
berubah kepada Percakapan Dalaman Kendiri/ Directive Inner
Speech.
iii. Peringkat perkembangan bahasa secara dalaman/ingrowth
stage
Peringkat ini ialah peringkat terakhir perkembangan pertuturan.
Pertuturan berlaku secara dalaman dan pertuturan dalaman
memandu arah fikiran dan tindakan seseorang. Pada peringkat
ini, kanak-kanak dapat mengekspresikan fikiran mereka kepada
orang lain dengan menggunakan bahasa.
2.4.2.5

Implikasi Teori Konstruktivisme Sosial Terhadap Amalan


Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
41

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1

i. Guru digalakkan melibatkan murid dalam tugasan pembelajaran


bahasa yang bermakna dan memerlukan interaksi sosial. Teori
konstruktivisme

sosial

mengandaikan

bahawa

proses

pembelajaran bahasaadalah usaha kolaboratif iaiatu berlaku


melalui rundingan dan pembinaan makna secara bersama.
Contoh strategi pembelajaran bahasa ialah pembelajaran
berasaskan senario, pembelajaran berasaskan masalah,Whole
Language, teknik bacaan berpandu, teknik reciprocal dalam
pembacaan, dan bengkel penulisan secara proses.
ii. Aktiviti pembelajaran bahasa hendaklah dirangka supaya dapat
mengembangkan potensi berbahasa murid-murid dalam Zon
Perkembangan Termampu.

Murid-murid

mampu mendapat

manfaat daripada bimbingan yang diberikan oleh guru. Guru


boleh menggunakkan strategi pengajaran seperti penyoalan,
model, panduan belajar, serta strategi-strategi pembelajaran
kemahiran

bahasa

yang

berfungsi

sebagai

perancah

sementara/scaffoldsproses pembelajaran.
iii. Pebelajaran bahasa hendaklah berlaku dalam konteks yang
bermakna dan autentik supaya murid dapat membuat perkaitan
antara pembelajaran bahasadi dalam bilik darjah dengan
penggunaan bahasa yang dipelajari dalam dunia yang sebenar.
iv. Pembelajaran bahasa memberikan fokus kepada proses belajar
dan hasil pembelajaran. Berdasarkan penggunaan strategistrategi

pembelajaran

sementara/scaffolding,
membuat

refleksi

semasa

murid

dan

proses

diharapkan

sedar

bimbingan

berupaya

terhadap

untuk

strategi-stretegi

pembelajaran yang dilalui dan boleh menggunakan strategistretegi pembelajaran yang dipelajari dalam situasi yang baharu.
Contohnya,

berdasarkan bimbingan

bacaan

intensif

yang

menggunakan teknik bacaan berpandu, murid sedar tentang


strategikognitif dalam pembacaan.

42

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1

v. Rajah 4 di bawah menunjukkan model proses pengajaran dan


pembelajaran bahasa :Konstruktivisme Sosial
Aktiviti konkrit, berasaskan situasi, kontekstual bersama dengan
guru, orang dewasa atau rakan yang lebih mahir (May 1994)
Murid

Aktiviti &

Aktiviti &

Aktiviti &

Bincang

bincang

bincang

ZPD

Membina makna

ZPD

Isi bahasa

Menyemak/Menilai

yang dipersetujui

Guru

Agen Refleksi

Agen Refleksi

Proses dan hasil

(bina pemikiran)

(bina pemikiran)

pembelajaran

Rajah 4 : Model proses pengajaran dan pembelajaran bahasa : Konstruktivisme Sosial


Pollard & Triggs, 1997. Reflective Teaching in Secondary Schools

43

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1

LATIHAN

Sila jawab soalan-soalan di bawah


Soalan 1
Lengkapkan jadual di bawah
Teori

Teori

Teori

Teori

behaviorisme

Mentalis

Interaksionalis

Konstruktivisme

Peranaan
input bahasa
terhadap
pemerolehan
bahasa

44

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Soalan 2
Berdasarkan peta banding beza di bawah, buat perbandingan antara Teori Behaviorisme
pemerolehan bahasa behaviorisme dengan Teori Mentalis pemerolehan bahasa.
Membanding dan membezakan Teori Behaviorisme pemerolehan bahasa
behaviorisme dengan Teori Mentalis pemerolehan bahasa.

Mentalis

perbezaan

Behaviorisme

persamaan

perbezaan

Soalan 3
Mengapakah Teori Behaviorisme hanya sesuai untuk mengajarkan peringkat asas
kemahiran bertutur?
Soalan 4
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, adakah Teori Mentalis dapat diaplikasikan
untukmengajarkan ayat-ayat yang kompleks?
Soalan 5
Teori yang manakah yang sesuai untuk menggajarkan penggunaan bahasa yang sesuai
mengikut situasi penggunaan. Hujahkan.

45

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Soalan 6
Lengkapkan borang di bawah bagi menunjukkan sebab dan kesan aplikasi Teori
Konstruktivisme Sosial dalam pengajaran bahasa di dalam kelas anda.
Sebab dan kesan aplikasi Teori Konstruktivisme dalam
pembelajaran bahasa di dalam kelas saya

Teori
Konstruktivisme
Sosial

46

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Rujukan
Abd Aziz Talib.(2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Utusan
Publications & Distributions Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Abdullah Hassan Pemerolehan Bahasa (2009) bmp6103.blogspot.com/.../pemerolehanbahasa.ht..bmp6103.blogspot.com/.../pemerolehan-bahasa.ht..
Abdullah Hassan. (2009). Linguistik Am. Selangor: PTS Publishing
Adapted from Halliday, M. A. K. 1969, Relevant models of Language, in 2003, The
Language of Early Childhood,Continuum, London http://education.qld.gov.au/literacy/docs/
oral-language-early.doc Troike, M. S (2010). Introducing Second Language Acquisition.
New York: Cambridge University Press.
Brown, H.D. (1994). Teaching by principles. An integrative approach to language pedagogy.
2nd Ed . Prentice Hall. USA.
Brown, H.D. ( 2000). Principles of language learning and teaching. 4th Ed.New York. Pearson
Education Company.
Eysenck, M,W. & Keane m.T. (2010). Cognitive psychology. A Students Handbook. Sixth
Edition.Psychology Prsss. USA
Glison, E.W. dan Shrum,J.L.(2005). Contextualized language instruction. 3rd Edition.
USA.Thomson and Heinle.
Hamilton & Ghatala. (1984).Language Instruction. USA
Hassan Nasir www.scribd.com/.../Cognitive-Language-Acquisition-Theories-Prese...
Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa. Shah Alam: Fajar Oxford Sdn. Bhd.
LanguageCentral Role of Languagewajeehnaseer.blogspot.com/.../educational-theoriesof-lev-vygotsky.
Learning First Languagewww2.nkfust.edu.tw/.../SLA/.../1_Learning_a_First_Language_new.
Language Acquisition Study Guide & Homework Help eNotes.comwww.enotes.com
Richards dan Rodgers. (1996). Approaches and methods in language teaching. A description
analysis. Cambridge University Press.USA.
Stern, H.H.(1996). Issues and options in language teaching.Oxford University Press.Hong
Kong.
WithersVygotsky and Language Development | eHow.comhttp
wajeehnaseer(2010) The Educational Theories Of Lev Vygotsky
Zulkifli bin Hamid.(1994). Pembelajaran dan pengajaran bahasa. DBP. Kuala Lumpur.

47

BMU2103 Perkaedahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah 1
Zulkifli bin Hamid.(2006). Aplikasi psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Editor. Abdullah Hassan. Kuala Lumpur PTS Profesional.
Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa Konsep, Fungsi dan Penguasaannya Oleh Penutur. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

48

Anda mungkin juga menyukai