Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi sesama manusia supaya dapat mencapai
persefahaman. Bahasa juga dianggap sebagai tingkah laku manusia melalui
pertuturan dengan orang lain,percakapan seseorang dapat menonjolkan
personalitinya. Keupayaan berbahasa adalahlah keupayaan semula jadi.Persoalan
tentang apakah bahasa, bagaimana ia lahir, apakah sifat-sifat bahasa dan
bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa selalu menjadi perbincangan ahli-ahli
bahasa ,dengan itulah muncul bidang linguistik dan psikolinguistik. Lingusitik - ilmu
yang mengkaji bahasa secara saintifik iaitu kajian yang dijalankan dengan teratur
dan syarat-syarat tertentu. Segala dapatan dapat dibuktikan dari segi sains atau
empirikal melalui pemerhatian yang sah dalam lingkungan teori-teori bahasa.
Psikolinguistik kajian bahasa yang digabungkan dengan kajian ilmu-ilmu lain iaitu
psikologi. Ia mengkaji hubungsn bahasa dengan jiwa manusia. Kaji dari segi jenis-
jenis bahasa,bentuk-bentuk bahasa dan perkataan yang digunakan oleh penutur
serta hubungannya dengan fikiran dan jiwa penutur. Teori huraian bahasa
merupakan pandangan ahli bahasa tentang bahasa. Teori ini juga mengkaji
bagaimana kita dapat menghuraikan bahasa tersebut dan kajian terhadap bahasa
itu. Pemerolehan bahasa adalah salah satu cara manusia untuk dapat menguasai
dan menggunakan suatu bahasa yang dipelajari atau bahasa sasaran yang dapat
disesuaikan dengan perkembangannya. Ditinjau dari segi urutannya, pemerolehan
bahasa dapat dibahagikan kepada pemerolehan bahasa pertama dan pemerolehan
bahasa kedua .Harimurti (1983:123) mengatakan bahwa pemerolehan bahasa dapat
diartikan sebagai proses pemahaman dan proses hasil berbahasa pada manusia
melalui beberapa tahap yakni fasih. Pemerolehan seperti ini lazim disebut
pemerolehan bahasa pertama, ertinya bahasa yang pertama sekali digunakan oleh
setiap manusia sejak dapat bertutur.Pemerolehan bahasa kedua berlangsung
sesudah seseorang menguasai bahasa pertamanya . Fokus pemerolehan bahasa
keduanya adalah melalui belajar bahasa kedua atau bahasa asing (language
learning) yang prosesnya berlangsung secara sadar.

TEORI HURAIAN BAHASA
Aliran kajian tatabahasa yang terkenal dibahagikan kepada tiga iaitu aliran tatabahasa
tradisional, struktural dan transformasi generatif.Terdapat beberapa perbezaan pendapat
dalam setiap aliran bergantung kepada pengaruh yang diterima oleh aliran
tersebut.Persamaan daripada segi istilah dan konsep yang digunakan kerana setiap aliran
merupakan suatu kesinambungan.


Teori Tradisional (Panini)
Bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M)..
Bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta
menggunakan alat untuk membunyikan suara.
Semua penutur diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan
dianggap sebagai kesalahan.
Pada masa itu tatabahasa merupakan cabang falsafah yang dapat membantu ahli
falsafah Yunani mengkaji tabii alam.
Huraian tatabahasa dibuat berdasarkan logika.
Plato (429-327 S.M) membahagikan golongan kata kepada dua bahagian iaitu kata
nama dan perbuatan (noun dan verb).
Pembahagian ayat pula berdasarkan fungsi bahagian-bahagian ayat tersebut.
Ayat definisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap
Ayat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, tanya, seru dan perintah
Bahagian-bahagian ayat disebut sebagai subjek, predikat, objek dan keterangan
Istilah seperti aktif, pasif, transitif dan intransitif wujud daripada pandangan ahli
falsafah untuk mencari kenyataan dan hubungan logika dalam ayat.
Tatabahasa merupakan satu cara atau proses pengkajian bahasa tentang hukum-
hukum dan peraturan-peraturan sesuatu bahasa yang dibuat berdasarkan makna.

Teori Transformasi-Generatif (Noam Chomsky)

bermula pada tahun 1957
manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa.Penutur natif
berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang baharu.Daripada
kebolehan ini,akan terbentuklah rumus-rumus bahasa secara transformasi yang
lengkap berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu.
menghuraikan ayat-ayat dengan menggunakan sistem rumus-rumus
terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan
rumus struktur frasa menerbitkan ayat pada struktur dalaman dan rumus
transformasi berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat-aat tersebut sehingga
membawa kepada peringkat struktur permukaan
komponen fonologi menentukan representasi fonetik untuk sesuatu ucapan dan
komponen semantikk merujuk representasi semantikk. Oleh itu bunyi dan makna
berhubung melalui peraturan sintaksis yang berkait dengan struktur dalaman dan
bertindak sebagai input kepada peraturan fonologi si penutur dalam
komunikasi/interaksi sosial
rumus struktur frasa berfungsi melahirkan rajah pohon yang menunjukkan hubungan
gramatis antara kata yang terdapat dalam sesuatu dasar
struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa akan menjadi input
kepada komponen rumus-rumus transformasi
rumus-rumus transformasi itu bekuasa untuk menggugur,menambah dan mengubah
atau menyusun semula susunan unsur kata itu
penukaran struktur itu disebut sebagai transformasi dan ayat baru yang diterbitkan
itu disebut sebagai ayat terbitan

Teori Fungsionalis (Halliday)
kaji bahasa sebagai alat komunikasi dan juga perubahan bentuk bahasa yang
berlaku ketika seseorang itu berkomunikasi
bahasa berkeupayaan menyampaikan maklumat tentang penuturnya
eleman dalam struktur bahasa ialah semantik bukan hubungan sintaksis
dari segi struktur bahasa Halliday menghuraikan unsur dalaman berdasarkan fungsi
struktur tersebut sebagai alat berkomunikasi
sistem tatabahasa dan fungsi bahasa ialah dua perkara yang diutamakan
dalam pengajaran pembelajaran guru perlu menggunakan bentuk-bentuk ujaran
yang tepat untuk menjadi contoh/ model kepada pelajar
variasi wujud hasil daripada perubahan sesuatu situasi sosial
pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan fungsi-fungsi tertentu


Teori Fungsional
model bahasa yang sesuai

dapat memberikan interpretasi
fungsional kepada perkembangan
bahasa awal kanak-kanak
membantu mereka menguasai
fungsi bahasa

asas fungsi bahasa fungsi perkembangan bahasa
kanak-kanak dalam menguasai
aspek pengajaran pembelajaran
bahasa daripada penjaga (orang
yang paling hampir) sebagai
model komunikasi

bahasa dalam persepsi sosial penggunaan bahasa dalam
konteks berkaitan dilakukan
berdasarkan arah sosial dan
perubahan sosial yang berlaku
pada peringkat awal bahasa
berfungsi memindahkan budaya
dari satu generasi kepada
generasi yang lain iaitu melalui
beberapa jenis konteks sosial
seperti interaksi antara ibu dan
anak

fungsi semantik dan linguistik

pengajaran bahasa bertujuan
memberi pengetahuan kepada
para pelajar tentang prinsip
struktur bahasa
aspek yang perlu diketahui
merangkumi bidang tatabahasa
seperti
fonologi,morfologi,sintaksis,sema
ntic dan laras bahasa


Analisis Struktural (Leonard Bloomfield)

dikenali juga dengan aliran taxonomic atau bloomfeildian
bahasa ialah sistematik ,mempunyai tatabahasa tersendiri, hidup dan berubah.
Bahasa sebagai sistem yang mempunyai ciri peraturan ,sistem,arbitari untuk
perhubungan.
muncul akibat bertentangan dengan aliran tradisional
tentangan utama ialah dasar nosional yang digunakan oleh aliran tradisional untuk
membentuk kategori-kategori tatabahasa dan anggapan bahawa semua bahasa
mempunyai kategori universal
aliran struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan
data-data adalah daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan oleh penutur jati
daripada bahasa yang hendak dikaji
analisis struktural bersifat sturcture centered- setiap bunyi perkataan atau bahagian
berdiri sendiri dan tidak mempunyai kepentingan linguistik
setiap unsur tersebut menjadi penting apabila unsur-unsur itu bergabung dengan
unsur-unsur lain dalam sesuatu pola sistem linguistik
analisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa,klausa
dan aat serta unsur-unsur supra segmental
ayat akan dipecahkan mengikut konstituen-konstituennya (kedudukan) konstituen
yang paling kecil ialah perkataan,diikuti frasa, klausa, subjek dan predikat

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA:

Pemerolehan berlaku sedikit demi sedikit mengikut perkembangan otak. Penguasaan
bahasa pertama kanak-kanak dengan cara memperoleh (tidak formal) bukan secara
pembelajaran.Kajian menunjukkan bahawa jangka masa antara 1 hingga 5 tahun adalah
jangka masa penguasaan bahasa yang kritikal dan mudah menerima pengaruh bahasa
yang didedahkan kepada mereka.


Teori Behaviurisme(Skinner)

Bahasa adalah proses prilaku dan mementingkan satu rangkaian turutan sebab dan
kesan iaitu hasil operasi rangsangan dan gerak balas.
Bahasa adalah perilaku dan individu banyak belajar melalui
pengalaman daripada otaknya.
Untuk memperoleh kemahiran bahasa latihan dan latih tubi perlu dijalankan secara
kerap kerana kemahiran bahasa dipandang sebagai kebiasaan.
Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan .
Kanak-kanak belajar secara tidak formal melalui proses peniruan
Mereka menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan-perkataan yang telah mereka
dengar berulang kali sehingga mereka dapat menyebutnya menjadi ayat-ayat yang
lengkap.
Bahasa dilahirkan akibat gerak balas daripada rangsangan



Teori Mentalis (Noam Chomsky)

Teori Mentalis beranggapan bahawa bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan
oleh satu proses dalam otak.
Bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan semula jadi
manusia.
Bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.
Manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa yang menyebabkan
manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.
Disokong oleh Lenneberg (1967)- perkembangan bahasa adalah mengikut jadual
secara biologis bukan datang daripada rangsangan dan gerak balas.
Kanak-kanak memperoleh kebolehan memaham terlebih dahulu daripada bertutur.
Mereka memahami pertuturan orang lain sebelum mereka sendiri boleh bertutur .
Pada peringkat awal kanak-kanak tidak dapat membezakan perkataan yang
mengandungi makna khusus kerana pada peringkat ini mereka menyebut secara
umum.
Contohnya: semua yang kecil disebut anak: anak lori,anak rumah,anak buah dll
sehinggalah penguasaan mereka menjadi sempurna.

Teori Interaksionalis (Halliday)

kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana
perkembangan kognitif hanya melengkapkan kanak-kanak dengan kebolehan
mentafsir makna tetapi tidak menjamin penglahiran dalam bentuk
bahasa.persekitaran luaran dan faktor bawaan semula jadi memainkan peranan
penting dalam pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak.
kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik.
kanak-kanak menguasai bahasa kerana keperluan untuk beinteraksi dalam situasi
sosial dan persekitaran untuk memenuhi keperluan mereka
seterusnya kanak-kanak menyedari bahawa fungsi ujaran bukan semata-mata untuk
berinteraksi bahkan untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain .
pada peringkat ini mereka mula menyedari bahawa pentingnya pengetahuan
tatabahasa supaya apa yang disampaikan dapat difahami oleh orang lain.


Kepentingan perbezaan

Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam
sesebuah bilik darjah teori-teori aliran bahasa seperti Aliran Behaviurisme,Aliran Mentalis,
Aliran Konstruktirisme dan Aliran Interaksionalisis memainkan peranan yang penting.Guru
boleh mengaplikasikan teori-teori tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
supaya pengajaran dapat dijalankan dengan lancar.
Teori Tranformasi Generatif menekankan bahawa seseorang penutur natif sesuatu
bahasa berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah
didengar oleh mereka kerana mereka dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk
berbahasa.Kecekapan tersebut termasuklah pengetahuan tentang rumus tatabahasa
bahasa tersebut. Teori ini menganggap semua kanak-kanak telah dianugerahkan dengan
kebolehan semula jadi untuk berbahasa dan mereka boleh membentuk ayat-ayat yang
belum pernah digunakan oleh mereka dan pelajar perlu diberi peluang untuk membentuk
ayat-ayat mereka sendiri. Teori ini juga bertujuan untuk membentuk rumus-rumus sesuatu
bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur natif bahasa tersebut. Rumus-
rumus yang disediakan dapat membantu pelajar yang tidak tahu tentang bahasa itu
membentuk ayat dalam bahasa berkenaan.
Teori Behaviurisme menyatakan bahawa dalam pengajaran dan
pembelajaran,bahasa dikuasai melalui proses pengulangan sehingga ia membentuk satu
kebiasaan atau tabiat. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dianggap
kegagalan mereka membantuk biasaan yang betul atau tepat.Bahasa dikuasai sama seperti
kita menguasai kemahiran-kemahiran mekanis yang lain kerana bahasa dianggap sebagai
satu tingkah laku manusia.
Teori ini juga menekankan bahasa dianggap sebagai alat komunikasi yang terhasil
apabila adanya rangsangan dan gerak balas. Aspek lisan, iaitu percakapan dan pertuturan
amat dipentingkan.Kebiasaan berbahasa dapat diperolehi melalui latih-tubi diikuti dengan
pengukuhan dan ganjaran. Ganjaran dapat menwujudkan pengulangan dan menggalakkan
pelajar memberi gerak balas yang betul. Oleh itu, guru harus memberikan latih tubi kepada
murid yang lemah dan ganjaran seperti hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab.
Teori Mentalis menyatakan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan
oleh satu proses dalam otak dan saraf setelah menerima bahan dalam bentuk
rangsangan melalui pancaindera. Perkembangan bahasa berkait rapat dengan proses
mental dan bukan mekanikal semata-mata.Penguasaan bahasa ada kaitan yang erat
dengan kebolehan mental. Kebolehan mental digambarkan melalui pemikiran iaitu
kebolehan manusia menghasilkan rumus-rumus bahasa yang tidak terbatas.Oleh demikian,
guru harus mengajarkan pelajar tentang fungsi bahasa supaya pemikiran dan penaakulan
pelajar dapat dijalankan .
Dari segi Teori Struktural pula menyatakan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat
sahaja dan tidak melibatkan faktor-faktor bukan linguistik serta perkara-perkara yang tidak
dapat difahami.Teori ini juga tidak mengaitkan dengan faktor-faktor yang berkaitan dengan
psikologi, logika dan metafizika.Teori ini tidak mementingkan makna dalam analisis
bahasa.Teori ini hanya mengutamakan struktur permukaan sahaja iaitu penganalisisan ang
memecahkan bahagian-bahagian dalam ayat kepada konstituen-konstituennya.
Teori Interaksionalis menganggap bahawa pembelajaran merupakan proses mental
dan linguistik. Kebolehan menggunakan struktur bahasa yang betul dalam aspek
tatabahasa dan makna diutamakan untuk membolehkan kanak-kanak berinteraksi. Guru
perlu menyediakan situasi dan bahan pengajaran yang bermakna dan berkesan.Selain itu
,dalam pembelajaran bahasa penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur .Dan
struktur bahasa akan dikuasai dengan berkesan jika pelajar menjalankan aktiviti dengan
berkesan dan berkaitan dengan kehidupan sehari-hari.Teori ini menekankan komunikasi
lisan berasaskan pendekatan komunikatif.
Selepas guru dapat memahami teori-teori tersebut ,maka dapatlah guru
merancang dan menyediakan strategi pengajaran yang berkualiti dan dapat membantu
murid mencapai kecemerlangan dalam bidang bahasa.

Rujukan
http://pustaka.ut.ac.id/puslata/online.php?menu=bmpshort_detail2&ID=303
http://jurusankomunikasi.blogspot.com/2009/03/teori-behaviorisme.html(Jurusan ilmu
komunikasi)
http://imannnotapadat.blogspot.com/2009/03/nota-padat-bmhbhl1103-edisi-
imann9969.html
http://www.ebook-search-engine.com/teori-pemeolehan-bahasa-ebook-doc.html
http://bmp6103.blogspot.com/2009/02/pemerolehan-bahasa.html) Prof. Emeritus
Abdullah Hassan
http://malay.cri.cn/781/2009/06/18/123s99761.htm(Prof. Dr Awang Sariyan )
Pendidikan di Malaysia /Mok Soon Sang
Pedagogi /Mok Soon Sang

Anda mungkin juga menyukai