Anda di halaman 1dari 3

Disampaikan oleh: Pn Betty Leong,

Timbalan Pegawai Pelajaran,


PPD Keningau, Sabah
Tarikh : 2 November 2011
Tempat : Dewan SMK Keningau II, Keningau, Sabah



Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya dapat
kita bertemu dalam majlis Pelancaran Program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M)
peringkat Daerah Keningau pada tahun ini.

Sesungguhnya majlis pada pagi ini, sungguh bersejarah dan begitu bermakna bagi kita
semua kerana dapat berhimpun di dalam suatu program yang turut diadakan serentak
pelbagai peringkat sekolah di seluruh negara.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, majlis pelancaran Program KM1M di
peringkat kebangsaan bertempat di SK. Bukit Damansara, Kuala Lumpur sedang
berlangsung pada waktu ini. Manakala pelancaran di peringkat Negeri Sabah, juga
sedang berlangsung di DaerahTawau pada tarikh dan waktu yang sama.

Program murni KM1M pada kali ini bertema, Pembacaan Pemangkin 1Malaysia.
Melalui tema ini, serta aktiviti pembacaan serentak yang telah berlangsung sebentar
tadi, saya berdoa dan berharap, kita semua sebagai rakyat Malaysia yang terdiri dari
berbilang kaum, budaya dan agama, dapat melahirkan satu revolusi pemikiran,
kefahaman serta pandangan yang lebih positif ke arah kehidupan yang lebih harmoni,
maju dan berwawasan.

Hadirin yang dihormati sekalian.
Sesuai dengan suasana kita pada pagi ini, izinkan saya memetik sedikit isi kandungan
buku yang bertajuk, Jangan Bersedih tulisan Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni, di
muka surat 431. Buku ini diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh Noraine Abu. Isi
buku ini berkaitan dengan membaca dan dapat menjawab pertanyaan sebilangan kita
yang sering mempersoal dan selalu bertanya, mengapa kita perlu membaca buku?

Di dalam buku ini, penulis menyatakan, Membaca buku akan membuka wawasan
kalbu, menghasilkan berbagai pelajaran dan nasihat. Membaca buku akan memberikan
berbagai bekalan hikmah, dapat melancarkan lisan, meningkatkan kemampuan berfikir,
mengukuhkan pengetahuan tentang beraneka ragam hakikat dan akan menghilangkan
yang syubhat atau keraguan. Membaca buku merupakan hiburan bagi yang menyendiri,
bisikan bagi hatinya, teman bicara bagi yang berjaga malam. Setiap kali pengetahuan
yang telah dibaca diulang kaji, dikuasai dan disaingi, maka akan semakin membuahkan
hasilnya yang siap dipetik kerana telah matang di pokoknya dan menghasilkan buahnya
setiap saat dengan izin Tuhannya apabila diperlukan, kerana pengetahuan telah
dikuasai dan telah menetap di tempat kediamannya (di hati).

Sebaliknya keengganan untuk membaca dan meninggalkan pemikiran terhadap kitab-
kitab serta tidak mahu mentelaahnya sendiri, sama dengan mengekang kelancaran
lisan, membatasi pembentukan perwatakan, membuat fikiran menjadi beku, aqal pun
menjadi tegang, watak menjadi mati dan modal pengetahuan menjadi layu, serta fikiran
menjadi gersang. Mengapa demikian? Kerana buku selalu mengandungi faedah,
perumpamaan, hal yang baru, cerita, konsep atau perkara yang jarang ditemui.

Demikian petikan buku, Jangan Bersedih tulisan Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni.
Semoga dapat dihayati dan direnungi bersama.

Sila tambah contoh lain ulasan buku.berunsur motivasi, dll.

Para hadirin yang dihormati sekalian,
Tujuan utama program ini adalah untuk menggerakkan program atau aktiviti galakan
membaca di kalangan pelajar dan warga sekolah. Justeru, waktu-waktu yang terluang
terutama selepas peperiksaan, pelajar dapat mengikut aktiviti yang bermanfaat di
samping dapat memupuk minat suka membaca secara berterusan khususnya semasa
waktu cuti sekolah dan juga sepanjang hayat. Saya, berharap, para pelajar akan
meneruskan aktiviti membaca pada masa cuti sekolah dengan menjadikan
perpustakaan daerah atau perpustakaan desa sebagai tempat mencari buku untuk
dibaca.

Hadirin yang dihormati sekalian
Perhimpunan kita pada pagi ini, bukan sekadar ingin melihat catatan rekod penglibatan
peserta paling ramai membaca buku Bahasa Inggeris serentak dalam tempoh 33 minit
31 saat. Saya difahamkan bahawa program ini turut dipantau oleh pihak yang
bertanggungjawab untuk dimasukkan dalam The Malaysia Book Of Records. Namun
yang lebih penting ialah, program murni ini diharap dapat membantu merealisasikan
satu daripada KPI Menteri Pelajaran Malaysia iaitu, 100% murid normal mencapai
kemahiran literasi dan numerasi selepas 3 tahun sekolah rendah menjelang tahun
2015.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada
Jawatankuasa Penganjur yang bekerja keras bagi menjayakan program ini khususnya
En. Joannes Onson, Pengetua SMK Keningau II, Keningau. Tidak lupa kepada
guru-guru dan staf SMK Keningau II yang bertungkus lumus mengatur dan menyusun
dewan serta peralatan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn. Andy
Syiartazni Kamaluddin, Ketua Perpustakaan Negeri Sabah, Wilayah Keningau
serta pegawai-pegawainya di atas kerjasama padu menjayakan program ini. Semoga
kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada semua yang telah hadir khususnya
Pengerusi PPSMS, Pengerusi MGB Sekolah Rendah dan Sekolah Cina, semua pelajar
serta kepada semua yang telah terlibat secara langung atau tidak langsung menjayakan
majlis ini.

Akhirnya.dengan lafaz Atas nama Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang, saya dengan ini melancarkan Program Kem Membaca 1Malaysia
Peringkat Daerah Keningau bagi Tahun 2011.

Sekian dan terima kasih.

p/s: Sila tambah dan ubah suai yerr

Anda mungkin juga menyukai