bakorlambok.tripod.com/prasekolah/konsep_pp_prasekolah.htm 1/9
10/9/2020 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah
Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada
murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat menggembirakan dan bermakna.
- Bermain menjadi fitrah murid di mana dalam proses ini mereka akan meneroka, membuat inkuiri penemuan
dan memperolehi pengalaman langsung secara semulajadi.
bakorlambok.tripod.com/prasekolah/konsep_pp_prasekolah.htm
- 2/9
Belajar melalui bermain memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang fleksibel tanpa tanpa
kongkongan daripada guru.
10/9/2020 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah
- Aktiviti bermain membantu perkembangan murid secara menyeluruh kerana aktiviti bermain dapat memenuhi
keperluan kognitif, psikomotor dan afektif.
• Jenis-jenis main
Main sosial
Main “occupied”
- murid tidak bermain dengan apa-apa alatan atau dengan sesiapa pun.
Main ‘solitary’
- kanak-kanak tersebut bermain seorang diri, tanpa menghiraukan rakan dan keadaan sekelilingnya.
Main ‘onlooker’
- kanak-kanak tersebut memerhati rakannya yang lain bermain. Dia lebih berminat dengan permainan
orang lain.
Main ‘parallel’
- kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan
rakannya.
Main ‘associative’
- kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam
alatan, tetapi mereka tidak bermain bersama-sama.
Main ‘cooperative’
- kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kelas.
Main Kognitif
Dalam main kognitif murid menggunakan bahan maujud untuk memperolehi pengetahuan untuk meningkatkan
perkembangan dan pertumbuhan dari segi kognitif psikomotor, sosioemosi dan kreativiti.
- main simbolik
- main ‘games and rules’
- main konstruktif (Constructive Paly)
· Main simbolik
- memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial dengan
berpura-pura menjadikan satu objek lain seperti bongkah sebagai rama-rama , ibu atau sekuntum bunga.
- murid bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkat laku mereka semasa bermain adalah dalam
bakorlambok.tripod.com/prasekolah/konsep_pp_prasekolah.htm 3/9
had atau peraturan permainan tersebut.
10/9/2020 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah
Main Bebas
- Main bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan dan tidak berstruktur di pusat pembelajaran.
Semasa menjalankan aktiviti murid berinteraksi dengan bahan yang disediakan rakan sebaya dan orang
dewasa.
Permainan Luar
- Di antara alat permainan luar yang disediakan iaitu bekas main pasir, bekas main air, terowong, jongkang-
jongket, buaian, rangka besi dan gelungsur adalah untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam
keadaan riang dan menggembirakan.
- Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar mengikut giliran, bekerjasama, tolong menolong, bersikap
sederhana dan hormat menghormati.
- Aktiviti permainan luar dapat memperkembangkan motor halus, motor kasar, koordinasi sosial dan kreativiti.
Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih
bersesuaian dengan masa, tempat, minat, dan latar belakang murid.
- Tema yang dipilih dijadikan alat/wahana untuk menggabungjalinkan komponen dan hasil pembelajaran.
- Pemilihan tema membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran. Membantu guru mencetus idea yang lebih menarik.
- Pembelajaran lebih meluas kerana aktiviti pembelajaran berfokus kepada tema. Pelbagai aktiviti pembelajaran
boleh dijalankan bersesuaian dengan tema yang dipilih.
- Tema yang dipilih dijadikan alat untuk menguasai sesuatu kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas
matematik dan berfikir.
- Ada kesinambungan. Semua aktiviti dikaitkan dengan tema membolehkan kanak-kanak mengikuti dengan
mudah.
Pelaksanaan
Pendekatan bersepadu membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam kehidupan sebenar
sesuatu itu saling berkaitan di antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah.
Satu kaedah pengajaran pembelajaran yang bertujuan menggalakkan murid-murid mempelajari sesuatu melalui
pengalaman konkrit. Biasanya melalui kaedah ini, murid-murid akan di bimbing untuk menemui kesimpulan dan
seterusnya memahami konsep-konsep tertentu. Kaedah ini mementingkan cara atau kaedah mengajar yang
lebih berkesan dengan tujuan supaya murid-murid menaruh lebih perhatian dan minat terhadap aspek-aspek
pembelajaran
Pembelajaran digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru sebagai pemudahcara atau pembinbing. Murid
mencari jawapan sendiri menerusi penerokaan dan pengalaman yang dibina sendiri. Guru perlu menyediakan
persekitaran pembelajaran. Aktiviti ini berpandukan kepada teori konstruktivis iaitu menekankan pembelajaran
berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku hasil daripada pembelajaran yang dibina sendiri menerusi
pengalaman baru.
· Inkuiri penemuan
- Pembelajaran berasaskan inkuiri (teori pembelajaran konstruktivis) yang belaku dalam situasi penyelesaian
bakorlambok.tripod.com/prasekolah/konsep_pp_prasekolah.htm
masalah dimana pelajar mengarap pengetahuan/ pengalaman lalu dengan pengetahuan semasa untuk 5/9
menemui fakta, hubungkait dan mempelajari pengetahuan baru (Pelajar memikirkan sendiri jawapan atau
10/9/2020 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah
Ciri
- Guru wujudkan suasana & bimbing
- Pembelajaran yg melibatkan pelajar menemui pengetahuan dengan sendiri
- Mengalakkan pelajar berfikir secara mendalam
- Pelajar menerima cabaran untuk mencari pengetahuan secara sendiri
- Penglibatan & interaksi pelajar yang tinggi
Kepentingan
- Mengajar bagaimana berfikir &mencari maklumat bagi diri sendiri – Tidak bergantung
pada guru utk dapat maklumat / terima kesimpulan org lain
- Memperlihatkan bagaimana pengetahuan diperolehi
- Mengumpul, menyusun, menganalisa maklumat utk sampai kpd satu keputusan
- Menggunakan kemahiran berfikir peringkat tinggi
· Pembelajaran masteri
- merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam
sesuatu perkara yang diajar.([Bloom, 1968]
- berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau
kemahiran dengan baik dan penuh keyakinann sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi
disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.
Ciri-ciri
- Hasil pembelajaran perlu ditentukan
- Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran
- Aktiviti P&P hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan
- Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK)
- Bahan P&P yang berkesan
- Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah keunit
pembelajaran yang baru.
- Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai arasmasteri
- Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri
· Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran
secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
- Ciri:
Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan
cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai
dan bermakna kepada murid.
Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan.
MURID
- Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan
- Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian
- Boleh memindahkan kemahiran
- Boleh meneroka dan mendapatkan bukti
- Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit
- Dapat belajar secara kerjasama
GURU
- Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya.
- Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.
- Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau
industri.
Kepelbagaian Kecerdasan
bakorlambok.tripod.com/prasekolah/konsep_pp_prasekolah.htm 6/9
· Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (multiple intelligence)
10/9/2020 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah
- Setiap kanak-kanak mempunyai adunan kecerdasan yang unik dan sentiasa berubah mengikut pertumbuhan
dan perkembangannya.Selain daripada guru di sekolah, ibubapa hendaklah berperanan memberi peluang
kepada anak-anak mereka membangunkan kepelbagaian kecerdasan.
- Menurut Howard Gardner, setiap individu / kanak-kanak mempunyai kebolehan membangunkan kesemua
kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai dalam bilik darjah.
Menurut Howard Gardner, seseorang individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kepelbagaian kecerdasan seperti
berikut:
Kecerdasan Ruang
Kebolehan seseorang mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah kebolehan
mempersembahkan dalam bentuk grafik seperti mencorak, melukis serta mengukir.
Kecerdasan Muzik
Kebolehan mengesan nada dan melodi termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama yang
mudah.Ia juga termasuk dalam kebolehan menghafal sesuatu dengan berlagu seperti menyanyi, bernasyid dll.
Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan gerakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah termasuklah
kemahiran fizikal koordinasi, kepantasan dan keseimbangan.
Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan diri sendiri seperti memahami kemahuan, matlamat dan citi-cita serta perasaannya
sendiri. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, mempunyai kemahiran mengurus diri sendiri supaya dapat
menghasilkan kecemerlangan dan motivasi diri dan dapat meningkatkan konsep kendiri yang positif serta dapat
menguasai emosi dan kerohanian yang kuat untuk mengharungi alam kehidupan.
Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan memahami perasaan seseorang, berinteraksi dan memahami kemahuan, fikiran dan perlakuan orang lain.
Kanak-kanak yang mengusai kecerdasan ini boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan
dengan orang lain dan dapat mengawal perasaan apabila mereka berkawan.
Kecerdasan Naturalistik
bakorlambok.tripod.com/prasekolah/konsep_pp_prasekolah.htm 7/9
Kebolehan menggunakan apa yang terdapat pada alam sekeliling seperta mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-
tumbuhan dan haiwan.
10/9/2020 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah
· Aktiviti kelas
· Aktiviti kumpulan
· Aktiviti individu
· Aktiviti individu
- Melukis gambar
- Menyusun gambar bersiri
- Menggunting/menampal
- Menguntai manik/bunga
- Mengenakan butang baju
- Membaca buku kecil/kad bacaan
- Main doh/suai pasang
- Membasuh tuala/ sapu tangan/peralatan mainan/peralatan makan
Dibina pada Nov 19, 2010 dan dimuatnaikkan pada 20 Nov 2010 oleh Pengendali@2006
bakorlambok.tripod.com/prasekolah/konsep_pp_prasekolah.htm 8/9
10/9/2020 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah
bakorlambok.tripod.com/prasekolah/konsep_pp_prasekolah.htm 9/9