Anda di halaman 1dari 6

Akademika 82(2) 2012: 137-142

Nota Penyelidikan / Research Note

Perkembangan Kecerdasan Emosi Kanak-kanak Prasekolah Bermasalah


Pendengaran: Implikasinya Terhadap Penglibatan Ibu Bapa

The Emotional Intelligence Development of Pre-Schoolers with Hearing Difficulties:


Implications on Parental Involvement

Shahida Hassim, Chua Chu Tee, Rosadah Abdul Majid, Zalizan Mohd Jelas &
Hamizatun Akmal Md Yusof

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau kecerdasan emosi kanak-kanak prasekolah bermasalah pendengaran.
Kecerdasan emosi kanak-kanak diukur dari aspek (1) mengenali emosi sendiri, (2) mengurus emosi, (3) memotivasi diri,
(4) mengenali emosi orang lain, dan (5) menjalin hubungan sosial. Kajian ini berbentuk kajian kes, dan data dikumpul
menggunakan borang soal selidik guru, borang pemerhatian kanak-kanak, temu bual bersama ibu bapa/penjaga, dan
analisis dokumen. Hasil kajian mendapati kanak-kanak prasekolah bermasalah pendengaran mengalami kesukaran
dalam konstruk hubungan sosial dan mengurus emosi sendiri. Pengkaji mendapati deficit dalam mengurus emosi dan
hubungan sosial berkenaan adalah dipengaruhi oleh pengabaian ibu bapa/penjaga dalam aspek pembangunan emosi
terhadap kanak-kanak bermasalah pendengaran. Berdasarkan dapatan kajian, penulisan artikel ini tertumpu kepada
penglibatan ibu bapa/penjaga terhadap perkembangan emosi kanak-kanak.

Kata kunci: Kecerdasan emosi, perkembangan sosio-emosi, penglibatan ibu bapa, intervensi awal, kanak-kanak
prasekolah bermasalah pendengaran.

ABSTRACT

The purpose of this study was to explore the emotional intelligence of preschool children with hearing impairments.
The children’s emotional intelligence was measured in terms of their ability (1) to recognize their own emotions, (2)
to manage emotions, (3) to motivate themselves, (4) to recognize the emotions of others, and (5) to establish social
relationships. Data were collected using teacher questionnaires, child observation forms, interviews with parents/
guardians, and documents analysis. The findings revealed that preschool children with hearing impairments have
difficulty in constructing social relationships and managing their own emotions. These deficits were exacerbated by
the neglect of parents/guardians. The findings reiterated the vital and crucial role and involvement of parents/guardians
in deaf children’s emotional development.

Keywords: Early intervention, emotional quotient, parents involvement, preschool children with hearing impairment,
socio-emotional development

PENGENALAN persekolahan sebenar. Menurut Maxwell, Bryant, Ridley


dan Keyes-Elstein (2001), kanak-kanak mempunyai lima
Pendidikan prasekolah merupakan pendedahan awal domain kesediaan sekolah iaitu perkembangan kesihatan
yang penting dalam dunia persekolahan kepada dan fizikal, perkembangan sosioemosi, pendekatan
semua individu kanak-kanak. Kurikulum Pendidikan pembelajaran, bahasa dan kebolehan komunikasi,
Prasekolah Kebangsaan telah memfokuskan pendidikan kognitif, dan pengetahuan am.
awal kanak-kanak merangkumi perkembangan bahasa Perkembangan sosioemosi adalah salah satu domain
dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian perkembangan yang sangat penting kepada kanak-kanak
dan moral, sosio-emosi, fizikal, kreativiti dan estetika tanpa mengira ketidakupayaan. Menurut Goleman (1999)
(Malaysia 2006). Kesemua domain ini menunjukkan kecerdasan emosi adalah prasyarat untuk keberkesanan
keutamaan kerajaan Malaysia menyediakan pembangunan kecerdasan intelek. Ini bermakna, kecerdasan Intelek
diri yang komprehensif dalam kalangan kanak-kanak tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya bahagian
di peringkat prasekolah sebelum memasuki alam otak rosak akibat kecacatan emosi. Goleman (1999)

Akademika 82(2)Chap 14.indd 137 3/26/2013 9:08:07 AM


138 Akademika 82(2)

mengaitkan kawalan emosi sebagai master aptitude sosial; kemampuan seseorang berinteraksi dengan orang
dan mencadangkan kebolehan mengawal emosi lain. Kelima-lima domain ini adalah saling berkaitan
adalah sesuatu yang kritikal bagi membolehkan proses dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain.
kognitif berlaku. Manakala, Mohd Azhar Abd Hamid Tanpa satu kecekapan emosi, seseorang individu akan
(2005) mengaitkan unsur-unsur yang berkaitan dengan mengalami masalah untuk mencapai matlamat dan
kecerdasan emosi dengan kemahiran sosial kanak- keberhasilan di dalam hidupnya. Pernyataan sedemikian
kanak. Emosi yang stabil menjadikan pelajar lebih adalah interpretasi daripada justifikasi Goleman (1999)
berkeyakinan dalam perhubungan dan interaksi sosial. terhadap penyebab kegagalan dan keberhasilan seseorang
Hasil daripada interaksi sosial yang stabil, potensi dalam kehidupan peribadi dan profesion individu.
kanak-kanak akan lebih terserlah dalam kepimpinan,
pencapaian dalam kumpulan, pencapaian individu,
perhubungan sosial, dan pengurusan. Justeru, kanak- TUJUAN KAJIAN
kanak memerlukan perkembangan emosi yang sihat
sebagai persediaan untuk belajar (Barbarin 2002 & Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau kecerdasan
Klein 2002) kerana perkembangan emosi dan sosial emosi kanak-kanak prasekolah bermasalah pendengaran.
mengiringi perkembangan kognitif kanak-kanak (Boyd, Secara lebih khusus kajian ini mempunyai objektif
Barnett, Bondrova, Leong & Gomby 2005) serta menjadi berikut;
alat ukur kepada kejayaan individu kanak-kanak (Mohd
1. Meninjau tahap kecerdasan emosi kanak-kanak
Azhar Abd Hamid 2005).
prasekolah bermasalah pendengaran.
2. Meninjau domain kecerdasan emosi yang dikuasai
dan tidak dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah
KECERDASAN EMOSI
bermasalah pendengaran.
3. Mengenal pasti peranan penjaga terhadap kecerdasan
Menurut Goleman (1999), kecerdasan emosi adalah
emosi kanak-kanak prasekolah bermasalah
kebolehan individu menyedari, mengenal pasti, dan
pendengaran.
mengurus emosinya sendiri serta mampu menjalin
hubungan mesra dengan orang lain serta memiliki
motivasi kendiri yang tinggi. Pandangan ini selari
KAEDAH KAJIAN
dengan pendapat Mayer, Caruso & Salovey (1999),
kecerdasan emosi adalah kemampuan individu mengenal
Kajian ini melibatkan soal selidik dan 12 kali sesi
pasti makna-makna emosi dan perkaitannya dengan
pemerhatian terhadap empat orang kanak-kanak
perkara-perkara lain, serta kebolehan menaakul dan
prasekolah bermasalah pendengaran, dan temu bual
menyelesaikan masalah. Noriah, Syed Najmuddin dan
terhadap tujuh orang individu dewasa yang mempunyai
Syafrimen (2004), telah menambah unsur kerohanian
pengetahuan mendalam tentang kanak-kanak yang
dan kematangan di dalam domain kecerdasan emosi
menjadi sampel dalam kajian ini. Kecerdasan emosi
Goleman (1999). Noriah et al. (2004) mendapati kedua-
kanak-kanak diukur berdasarkan lima domain iaitu,
dua unsure tersebut pelrlu ada di dalam pembangunan
(1) mengenali emosi sendiri, (2) mengurus emosi,
emosi individu kerana faktor budaya dan tempat.
(3) memotivasi diri, (4) mengenali emosi orang lain,
Kesimpulannya, seseorang yang mempunyai kecerdasan
dan (5) menjalin hubungan sosial. Manakala, temu
emosi adalah individu yang boleh mengurus dirinya
bual telah dijalankan bersama ibu bapa, penjaga,
dalam persekitaran supaya dapat berinteraksi dengan
guru, dan pembantu guru telah dijalankan untuk
baik dan munasabah.
melengkapkan maklumat yang tidak dapat diperoleh
daripada pemerhatian dan soal selidik. Di samping
DIMENSI KECERDASAN EMOSI
itu juga, pengkaji telah melakukan analisis dokumen
Goleman (1999), membahagikan kecerdasan emosi iaitu; laporan kajian tindakan, Kurikulum Prasekolah
kepada dua kecekapan iaitu, kecekapan peribadi dan Pendidikan Khas, Rekod Pengajaran Guru, buku
kecekapan sosial. Kedua-dua kecekapan ini membenarkan tulis serta dokumen peribadi kanak-kanak prasekolah
seseorang mengawal diri sendiri dan berinteraksi dengan bermasalah pendengaran.
baik di dalam masyarakat. Beliau telah menentukan Hasil kajian ini dianalisis menggunakan analisis
lima domain kecerdasan emosi yang merangkumi 1) deskriptif untuk memberi gambaran tentang tahap
kesedaran kendiri; domain asas sebelum kewujudan kecerdasan emosi, domain kecerdasan emosi yang
domain-domain lain, 2) regulasi kendiri; menentukan dikuasai dan tidak dikuasai, dan peranan ibu bapa/
bentuk respons atau tindak balas yang dizahirkan oleh penjaga terhadap pembangunan emosi kanak-kanak
seseorang, 3) motivasi kendiri; pendorong seseorang prasekolah bermasalah pendengaran. Selain itu, data
untuk mencapai matlamat, 4) empati; kebolehan juga dianalisis melalui tiga peringkat pemprosesan,
seseorang memahami emosi orang lain, dan 5) kemahiran iaitu, mereduksi data, memaparkan data (koding), dan
membuat kesimpulan serta verifikasi kod.

Akademika 82(2)Chap 14.indd 138 3/26/2013 9:08:08 AM


Perkembangan Kecerdasan Emosi Kanak-kanak Prasekolah Bermasalah Pendengaran: Implikasinya Terhadap Penglibatan Ibu Bapa 139

HASIL KAJIAN PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

KECERDASAN EMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH Berdasarkan hasil kajian ini, perkembangan emosi
BERMASALAH PENDENGARAN dalam kalangan kanak-kanak prasekolah bermasalah
pendengaran kurang berkembang dengan baik.
Maklumat yang diperoleh daripada soal selidik dan Walaupun tiga domain perkembangan emosi
pemerhatian menunjukkan kanak-kanak prasekolah berkembang baik dalam diri peserta kajian, tetapi
bermasalah pendengaran memiliki motivasi yang tinggi, kekurangan dua domain emosi yang dialami boleh
sangat mengenal emosi sendiri dan emosi orang lain. mencacatkan pembangunan sahsiah diri mereka
Secara lebih terperinci, dari aspek motivasi diri peserta secara keseluruhan. Hasil kajian juga mendapati ibu
kajian mempunyai keyakinan diri, dapat mengawal bapa dan penjaga tidak memainkan peranan mereka
emosi takut dengan baik, dan boleh berdikari. Manakala, dalam membangunkan kecerdasan emosi anak-anak
di dalam domain mengenal emosi sendiri dan orang lain bermasalah pendengaran. Ibu bapa dan penjaga kurang
peserta kajian berupaya menunjukkan emosi gembira, menyedari kepentingan membangunkan emosi yang
dan simpati terhadap orang lain. sihat kepada anak-anak dan mengabaikan peranan
Walau bagaimanapun, mereka amat lemah dalam mereka kerana masalah bahasa dan komunikasi.
konstruk mengurus emosi sendiri dan menjalin hubungan Justeru, perbincangan artikel ini akan menumpukan
sosial. Dalam konteks hubungan sosial, peserta kajian kepada penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dan
didapati sukar mematuhi arahan, kurang bertoleransi pembangunan sosio emosi kanak-kanak secara umum.
dalam aktiviti permainan, mengganggu rakan, kurang
memahami peraturan kelas, dan berebut dalam giliran PENGLIBATAN IBU BAPA
dan barang permainan. Dari aspek pengurusan emosi,
kanak-kanak ini sering menunjukkan emosi negatif Semasa zaman kanak-kanak, ibu bapa adalah individu
seperti, suka menjerit, marah apabila diganggu, dan yang berperanan utama dalam menguruskan persekitaran
mengamuk apabila keinginan mereka tidak dipenuhi. pembelajaran di rumah. Menurut Ireson (2008), ibu bapa
Tegasnya, kanak-kanak prasekolah bermasalah harus terlibat dengan sebaiknya dalam pembangunan
pendengaran tidak berkebolehan dalam mengurus fizikal, kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak. Ini
pelbagai emosi secara efektif semasa berhadapan dan kerana pada peringkat kanak-kanak mula memasuki
berhubungan dengan orang lain. Mereka juga tidak alam persekolahan, mereka seharusnya sedia dilengkapi
mampu mentafsirkan situasi sosial yang berlaku di dengan kemahiran-kemahiran yang relevan dan
sekelilingnya. mengagumkan.
Penglibatan ibu bapa adalah didasari oleh skop
PERANAN IBU BAPA/PENJAGA DALAM PERKEMBANGAN tingkah laku yang dianggap sebagai ekspresi ibu bapa
EMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH BERMASALAH untuk terlibat (Epstein 1992; 2001 dan Hoover-Dempsey
PENDENGARAN
& Sandler 1997). Konsep tingkah laku penglibatan ibu
Hasil kajian mendapati ibu bapa/penjaga kurang bapa yang diasaskan oleh Epstein (1992; 2001) adalah
menitikberatkan perkembangan emosi kanak-kanak penglibatan berasaskan rumah, sekolah, dan masyarakat.
bermasalah pendengaran. Ibu bapa/penjaga kurang Dimensi penglibatan ibu bapa ini kemudiannya di
pecahkan kepada beberapa jenis penglibatan yang
memberi didikan membantu anak mengendali emosi
merangkumi 1) kewajiban ibu bapa, 2) komunikasi,
negatif, tatacara berhubungan sosial, dan menunjukkan
3) aktiviti sukarela di sekolah, 4) penglibatan dalam
rasa simpati dan empati terhadap orang lain. Pengkaji
aktiviti pembelajaran anak di rumah, 5) pembuat
mendapati, masalah mendidik anak dalam kalangan
keputusan, dan 6) kolaborasi dengan masyarakat.
ibu bapa/penjaga adalah berpunca daripada masalah
Manakala, Hoover-Dempsey & Sandler (1997),
komunikasi, tidak menguasai bahasa isyarat, dan kurang
mengintepretasikan tingkahlaku penglibatan ibu bapa
pengetahuan tentang cara mendidik perkembangan
sebagai satu proses. Proses penglibatan ibu bapa adalah
emosi dan sosial kanak-kanak. Sebagai contoh, seorang
didasari oleh persoalan kenapa ibu bapa mahu terlibat
penjaga PK3, selalu membiarkan PK3 mengamuk tanpa
dalam pendidikan anak, bagaimana ibu bapa memilih
usaha meredakan kemarahan PK3. Selain itu, penjaga
jenis penglibatan, dan bagaimana penglibatan ibu bapa
juga tidak menggunakan pendekatan menghukum,
mempengaruhi hasil anak dalam pendidikannya. Selain
memberi amaran, merotan, dan memberi ganjaran.
itu, Wissbrun & Eckart (1992) telah membahagikan
Oleh yang demikian, kanak-kanak bermasalah
pendengaran tidak menerima pengajaran mahupun proses penglibatan ibu bapa kepada empat hierarki,
contoh yang boleh dipelajari daripada orang dewasa iaitu ibu bapa sebagai pemerhati, penyokong, peserta,
cara menangani emosi negatif dan supaya bertingkah dan pembuat keputusan.
laku sesuai dengan keadaan tertentu. Terdapat dua bentuk tingkah laku penglibatan ibu
bapa (Epstein 1992; 2001; Hoover-Dempsey & Sandler
1997; 2005) iaitu, penglibatan berasaskan rumah, dan

Akademika 82(2)Chap 14.indd 139 3/26/2013 9:08:08 AM


140 Akademika 82(2)

penglibatan berasaskan sekolah. Tinjauan literatur dibekalkan satu set permainan pada setiap minggu.
mendedahkan aktiviti yang biasa dilakukan oleh ibu bapa Permainan berlaku selama 5 minit, dan masa
di rumah sebagai peserta dan penyokong adalah seperti tersebut digunakan sebaiknya oleh ibu bapa.
memberi khidmat terapi, mengajar anak kemahiran asas Rasionalnya, bermain bersama dengan anak-anak
(Masitah 2009), membantu anak membuat kerja sekolah, dapat membangunkan bahasa dan komunikasi
memberi nasihat tentang perancangan kerjaya, berbual anak, meningkatkan tingkah laku sosial anak,
dan bermain (Masitah, Zalizan & Manisah 2009; Tamis- serta meningkatkan kadar interaksi antara ibu bapa
Le Monda, Bornstein & Baumwell 2001 dan Yen 2010), dengan anak.
dan menyertai program intervensi ibu bapa dan anak 4. Memberi respons (bersikap responsif); ibu bapa
(Delaney & Kaiser 2001; Lien-Thorne & Kamps 2005; memberi respons secara lisan apabila kanak-kanak
McFarlane, Dodge, Burrell, Crowne, Cheng & Duggan menonjolkan tingkah laku. Respons daripada ibu
2010; Beard & Sugai 2004). Manakala, penglibatan bapa adalah respons yang memberi makna kepada
ibu bapa berasaskan sekolah adalah seperti menghadiri kanak-kanak, kerana respons yang bermakna
mesyuarat dan majlis sekolah, menyertai organisasi berupaya menggalakkan komunikasi anak, dan
ibu bapa dan guru, atau berperanan sebagai pembuat menyediakan anak konteks bahasa. Amalan
keputusan (Shumow & Miller 2001). memberi respons ditandai dengan jenis tingkah laku
yang ditonjolkan oleh anak;
PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM INTERVENSI AWAL i. Meningkatkan respons apabila positif apabila
kanak-kanak menunjukkan tingkah laku
Tinjauan literatur menunjukkan kajian berkenaan mematuhi arahan/peraturan/disiplin.
penghasilan tingkah laku oleh kanak-kanak yang ii. Meningkatkan respons pembetulan (pembaikan)
mengalami masalah sosial dan emosi telah banyak apabila kanak-kanak menunjukkan tingkah
dilakukan. Kajian-kajian tertumpu kepada cara laku melanggar peraturan/arahan/disiplin.
untuk mencegah dan memulihkan tingkah laku yang 5. Model; Tingkah laku sama ada secara lisan atau
tidak sesuai seperti tingkah laku mengganggu rakan, bukan lisan atau bahasa badan oleh ibu bapa
mengasingkan diri, kurang bercakap, tidak patuh arahan memberi model pengajaran kepada kanak-kanak.
dalam kalangan kanak-kanak prasekolah menerusi Model daripada ibu bapa mempengaruhi bentuk
pendekatan intervensi awal yang melibatkan guru, guru interaksi antara ibu bapa dengan anak, dan interaksi
dan ibu bapa (Delaney & Kaiser 2001; Lien-Thorne antara anak dengan persekitarannya.
& Kamps 2005; Beard & Sugai 2004). Kajian-kajian
ini mendedahkan strategi peneguhan positif yang HASIL YANG DIPEROLEH DARIPADA INTERVENSI AWAL
diamalkan secara kolaboratif oleh guru di bilik darjah
dan ibu bapa di rumah mampu mengubah tingkah Perubahan dalam tingkah laku anak; tingkah laku
laku tidak sesuai kanak-kanak. Selain itu, pendekatan kanak-kanak yang tidak sesuai sebelum intervensi,
intervensi awal berhasil meningkatkan penglibatan ibu seperti mengganggu rakan, tidak mematuhi arahan,
bapa dalam membangunkan potensi dan hasil anak, mengasingkan diri, menjadi semakin berkurang selepas
seterusnya meningkatkan kemahiran keibubapaan ibu intervensi. Semasa intervensi tingkah laku mengganggu
bapa. berkurang selama 5 hingga 15 minit pada setiap sesi.
Selain itu, intervensi awal juga memberi kesan kepada
CARA PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM masa penyertaan kanak-kanak dalam akademik, iaitu
INTERVENSI AWAL penyertaan mereka meningkat sebanyak 90%.
Perubahan dalam bahasa dan komunikasi kanak-
Penyertaan ibu bapa dalam intervensi awal adalah kanak; apabila ibu bapa lebih banyak memberi respons
penglibatan berasaskan rumah dan bertindak sebagai yang bermakna terhadap ucapan kanak-kanak, kanak-
peserta dan penyokong. Di rumah, ibu bapa berperanan kanak akan memberi komen yang lebih spontan dan lebih
memberi peneguhan positif terhadap tingkah laku banyak mengambil bahagian atau giliran semasa berbual
anak di sekolah, iaitu apabila anak memenuhi kriteria walaupun tiada prompt daripada ibu bapa. Respons,
di bilik darjah ibu bapa akan memberi pujian sebagai ganjaran, pujian daripada ibu bapa berhasil meningkatkan
peneguhan. Ada beberapa cara peneguhan positif yang kekerapan interaksi anak dengan ibu bapa.
diamalkan oleh ibu bapa dalam intervensi awal iaitu: Penglibatan ibu bapa; program intervensi mampu
1. Memberi pujian; ibu bapa memberi ayat-ayat membantu ibu bapa terlibat dalam pembangunan diri
positif kepada kanak-kanak yang berjaya memenuhi anak, dan membantu mereka untuk mengajar kanak-
kriteria di bilik darjah. kanak mengamalkan tingkah laku sesuai. Intervensi
2. Memberi ganjaran; ibu bapa memberi ganjaran mendedahkan ibu bapa ilmu tentang cara meneguhkan
apabila kanak-kanak berhasil mencapai kriteria tingkah laku dan mengurangkan penggunaan hukuman
yang diperlukan di bilik darjah. dan kebencian di rumah.
3. Bermain bersama; semasa intervensi, ibu bapa

Akademika 82(2)Chap 14.indd 140 3/26/2013 9:08:09 AM


Perkembangan Kecerdasan Emosi Kanak-kanak Prasekolah Bermasalah Pendengaran: Implikasinya Terhadap Penglibatan Ibu Bapa 141

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM AKTIVITI PERMAINAN semula jadi dan spontan. Ibu bapa menggunakan
KANAK-KANAK soalan-soalan terbuka untuk memanjangkan
perbualan dan menggalakkan anak lebih banyak
Pembangunan menerusi permainan adalah satu bentuk
bercakap dan mengeluarkan idea. Strategi ini bukan
pendekatan yang biasa dalam pendidikan awal kanak-
sahaja mampu membina estim kanak-kanak, malahan
kanak. Bermain bukan sahaja memberikan keseronokan,
membina keyakinan dan kepercayaan mereka
malahan menyediakan kanak-kanak kemahiran,
terhadap ibu bapa.
pengetahuan serta mampu meningkatkan potensi kanak-
4. Memahami dan empati: semasa bermain kanak-kanak
kanak dalam perkembangan diri. Kanak-kanak bermain
bukan sahaja berasa seronok, tetapi juga mengalami
dengan pelbagai alatan permainan. Salah satu alatan
tekanan. Ibu bapa perlu menunjukkan rasa empati
permainan yang biasa bagi kanak-kanak adalah blok-blok
kepada kanak-kanak dengan melahirkan ayat-ayat
permainan. Yen (2010) telah mengelompokkan permainan
pendek dan positif seperti “ibu dapat lihat sayang
blok kepada tiga domain perkembangan, iaitu domain
kepenatan”. Ayat-ayat positif dan empati seperti ini
perkembangan kognitif, sosioemosi, dan psikomotor.
mampu mendidik anak cara mengenal pasti emosi
Permainan blok menekankan proses dan produk terhadap
mereka sendiri.
ketiga-tiga domain perkembangan tersebut.

HASIL DARIPADA PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM


CARA PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PERMAINAN BLOK
PERMAINAN BLOK

Sebagaimana penglibatan ibu bapa dalam intervensi Membina kemahiran kanak-kanak dalam domain
awal, penyertaan mereka dalam permainan juga adalah perkembangan kognitif, sosioemosi, dan psikomotor:
berasaskan rumah dan bertindak sebagai peserta dan selain dapat mengaktifkan pergerakan dan memanipulasi
penyokong. Penyertaan ibu bapa dalam permainan blok fizikal, bermain memberikan peluang kepada kanak-kanak
bertujuan meningkatkan interaksi anak dengan ibu bapa membina pengalaman sebenar dan menggunakannya
dan membantu anak meningkatkan potensinya. Model untuk membina konsep supaya mereka lebih dapat
yang digunakan adalah model reciprocal interaksi ibu memahami dunia sebenar. Konsep matematik, bahasa,
bapa – anak (Yen 2010). Dalam permainan blok, ibu bapa sains dan kreativiti boleh dibina dan ditingkatkan
berperanan sebagai pemerhati, pendengar dan penyokong, menerusi permainan blok. Apabila bermain, kanak-
serta memperbanyakkan perbualan dan memahami anak kanak akan mengalami dan terdedah dengan pelbagai
secara lebih mendalam (empati). Berikut adalah strategi emosi. Bantuan dan sokongan daripada ibu bapa mampu
yang digunakan ibu bapa untuk meningkatkan interaksi memberikan mereka mengenal emosi sendiri, memahami
dalam permainan: cara menguruskan emosi, mengenal emosi orang lain,
1. Memerhati tingkah laku/aktiviti anak: ibu bapa dan menggunakan perbualan untuk melahirkan dan
memerhati kiu-kiu yang ditunjukkan oleh kanak- menenangkan emosi.
kanak menerusi ekspresi muka, gerak badan, dan Membina dan memperbaiki hubungan/interaksi
emosi. Pemerhatian tingkah laku kanak-kanak antara ibu bapa dengan kanak-kanak: permainan blok
membantu ibu bapa mengetahui keperluan anak memberikan peluang kepada ibu bapa kekal duduk
semasa bermain seperti, marah, putus asa, stres, bersama kanak-kanak serta menunjukkan pertimbangan
gembira, dan sebagainya. Semasa melakukan dan penghormatan ibu bapa kepada anak. Apabila ibu
pemantauan, ibu bapa menyokong dan membimbing bapa memerhati, berbual, dan respons kepada anak,
kanak-kanak apabila kanak-kanak mengalami kualiti hubungan dan interaksi ibu bapa dengan anak
tekanan, tetapi bukan membantu mereka membina akan lebih meningkat.
blok. Pemantauan daripada ibu bapa menunjukkan
kepada kanak-kanak keprihatinan dan minat ibu bapa
terhadap aktiviti anak. KESIMPULAN
2. Mendengar dan menyokong: dengar dan sokong
kanak-kanak adalah, waktu ibu bapa menyoal dan Pembangunan kecerdasan emosi kanak-kanak yang sihat
mendengar respons anak. Apabila kanak-kanak sangat penting untuk perkembangan peribadi kanak-
memberi respon memberi mereka peluang untuk kanak secara menyeluruh. Kecerdasan emosi menentukan
melahirkan pendapat dan perasaan. Respons daripada keupayaan kanak-kanak membina estim kendiri dan
kanak-kanak penting untuk menjamin hubungan dan efikasi kendiri supaya dapat menyesuaikan dirinya
interaksi yang sihat antara ibu bapa dengan anak. dalam persekitaran agar dapat diterima dan dihargai.
Manakala, respons ibu bapa pula perlu mendengar Pembangunan kecerdasan emosi dan sosial kanak-kanak
dan bercakap dengan penilaian yang adil dan tanpa mengira ketidakupayaan sangat dipengaruhi oleh
bersikap terbuka. didikan dan dorongan ibu bapa. Sejauh mana kejayaan
3. Bercakap dan meluaskan perbualan: semasa didikan ibu bapa adalah bergantung kepada sejauh mana
permainan berlangsung, perbualan berlaku secara penglibatan ibu bapa dalam menyediakan kanak-kanak

Akademika 82(2)Chap 14.indd 141 3/26/2013 9:08:10 AM


142 Akademika 82(2)

pembangunan sosioemosi yang sihat. Penglibatan ibu McFarlane, E., Dodge, R.A.B., Burrell, L., Crowne, S.,
bapa dalam intervensi dan aktiviti permainan bersama Cheng, T.L. & Duggan, A.K. 2010. The importance of
kanak-kanak prasekolah adalah signifikan dengan early parenting in at risk families and children’s social
perkembangan sosio emosi dan bahasa kanak-kanak. emotional adaptation to school. Academic Pediatrics
10(5): 330-337.
Intervensi dan aktiviti permainan bersama kanak-kanak
Maxwell, K.L., Bryant, D., Ridley, S. & Keyes-Elstein, L.
memberikan ibu bapa strategi-strategi berkesan untuk
2001. North Carolina’s Kindergartens and Schools.
menggalakkan tingkah laku sesuai dan menghapuskan North Carolina: Frank Porter Graham Child Development
tingkah laku negatif kanak-kanak, serta menambah ilmu Center.
keibubapaan. Justeru, ibu bapa harus lebih bersikap Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010
prihatin terhadap penyertaan mereka dalam setiap (RMK 9).
tindakan dan aktiviti kanak-kanak kerana hasil anak Masitah Taib, Zalizan Jelas & Manisah. 2009. Penglibatan
adalah ditentukan oleh keberkesanan penglibatan ibu ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan
bapa. khas. Dlm. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas:
Konsep dan Amalan, disunting oleh Zalizan Jelas. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
RUJUKAN
Masitah Taib. 2009. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan
Barbarin, O. A. 2002. The view from research: culture and kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Tesis Doktor
ethnicity in social, emotional, and academic development. Falsafah: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
The Kaufmann Early Education Exchange 1: 45-61. Malaysia.
Beard, K. Y. & Sugai, G. 2004. First step to success: An early Mohd Azhar Abd Hamid. 2005. Panduan Meningkatkan
intervention for elementary children at risk for antisocial Kecerdasan Emosi. Kuala Lumpur: PTS Profesional
behavior. Behavioral Disorders 29(4): 396-409. Sdn. Bhd.
Boyd, J., Barnett, W. S., Bondrova, E., Leong, D. J. & Gomby, Mayer, J. D., Caruso, D. R. & Salovey, P. 1999. Emotional
D. 2005. Promoting children’s social and emotional Intelligence Meets Traditional Standards for an Intelligence.
development through preschool education. Dlm. National (atas talian). http://www.eqi.org.
Institute for Early Education Research. (atas talian). http:// Noriah, M. I., Syed Najmuddin, S. H. & Syafrimen. 2004.
nieer.org/resources/policyreports/. Guru dan kepintaran emosi: Implikasi ke atas kebolehan
Delaney, E. M., & Kaiser, A. P. 2001. The effects of teaching guru dalam menangani masalah sosial pelajar. Prosiding
parents blended communication and behavior support Seminar Kebangsaan ke-3 Psikologi dan Masyarakat.
strategies. Behavioral Disorders 26 (2): 93-116. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Epstein, J. L. 2001. School, family, and community partnership: Shumow, L. & Miller, J. D. 2001. Parents at home and at school
Preparing educators and improving schools. Westriew: academic involvement with young adolescent. Journal of
Boulder Co. Early Adolescence 21: 68-91.
Epstein, J. L. 1992. School and family partnership. Dlm. Tamis-LeMonda, C. S., Borstein, M. H. & Baumwell, L. 2001.
Encyclopedia of Educational Research 6 th edition, Maternal responsiveness and children achievement of
disunting oleh Aiken, M. New York: Macmillan. language milestone. Child Development 72: 748-767
Goleman, D. 1999. Working with Emotional Intelligence. New Wissbrun, D. & Eckart, J.A. 1992. Hierarchy of parental
York: Bantam Books. involvement in school. In Educational and the Family,
Hoover-Dempsey, K.V. & Sandler, H.M. 1997. Why do parents edited by Kaplan, l. Boston: Allyn & Bacon.
become involved in their academic children’s education. Yen, C. L. 2010. Improving parent-child relationships through
Review of Educational Research 67: 3-42. block play. Education 130(3): 461-469.
Ireson, J. 2008. Exploring connections between individual
and culture at home and at school. In Ireson, J. (ed.).
Learners, Learning, and Educational Activity. New York:
Routledge. Shahida Hassim
Klein, L. 2002. Set for success: Building a strong foundation Chua Chu Tee
for school readiness based on the social emotional Rosadah Abdul Majid
development of young children. The Kaufmann Early Zalizan Mohd Jelas
Education Exchange 1: 1-5. Hamizatun Akmal Md Yusof
Lien-Thorne, S. & Kamps, D. 2005. Replication study of the Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
first step to success early intervention program. Behavioral 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Disorders 31(1): 18-32. E-mel: rosadah@ukm.my

Akademika 82(2)Chap 14.indd 142 3/26/2013 9:08:10 AM

Anda mungkin juga menyukai