Anda di halaman 1dari 3

CONTOH AKTIVITI KOGNITIF PRASEKOLAH

Terdapat pelbagai aktiviti main yang menjadi asas kepada konsep belajar melalui bermain
dalam pendidikan prasekolah, seperti main pasir; main air; main doh; main pondok, main bongkah,
main tradisional.

TEMA: AIR

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Hasil Pembelajaran:
o kordinasi mata-tangan, menguatkan motor halus dan motor kasar
Aktiviti:
o Mengisi air dalam botol dengan menggunakan sepan
o Mencuci dan memerah tuala kecil/pakaian
o Bermain buih sabun

PERKEMBANGAN SENI DAN ESTETIKA

Hasil Pembelajaran:
o kordinasi mata-tangan, menguatkan motor halus dan motor kasar
o membina dariapada lipatan kertas/ seni origami
o menggambar / melukis dan mewarna
o nyanyian dan pergerakan membuat gerak balas yang sesuai dengan perkataan
Aktiviti:
o membuat sampan dan perahu daripada kertas
o melukis dan mewarna haiwan yang tinggal di dalam air (ikan)
o menyanyi lagu Buih Sabun sambil membuat pergerakan kreatif
o Singing and Creative Movement Row, Row Your Boat

Lagu Buih Sabun Tiup buih terbang sayup


Saya suka main buih sabun
Gelembung bulat,
Cantik berkilat Lagu Row, Row Your Boat
Bila ditiup angin berkawan Row, Row, Row your boat
Terbang tinggi, sampai ke awan Gently down the stream
Sabun taruh air kocak-kocak Merrily, merrily, merrily
jadi buih, ambil buluh celup Life is but a dream
PERKEMBANGAN KOGNITIF:

Hasil Pembelajaran:
o mengelaskan objek yang tenggelam dan timbul
o mengelaskan objek yang larut dan tidak larut dalam air
o memerhati perubahan bentuk kesan daripada haba
o menyenaraikan hidupan dalam air
Aktiviti:
o memerhati dan mengasingkan objek tenggelam dan timbul
o memerhati perubahan bentuk air dari pepejal, cecair dan gas
o memerhati perubahan cecair tepung ubi menjadi kanji
o mengasingkan hidupan yang tinggal dalam air

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

Hasil Pembelajaran:
o melakukan cara dan adab bersuci yang betul
o melakukan cara berwuduk yang betul
Aktiviti:
o Melakonkan cara dan adab bersuci
o Tunjuk cara mengambil air sembahyang
Hasil Pembelajaran:
o membezakan perbuatan baik dan buruk
Aktiviti:
o mengelaskan perbuatan baik dan buruk pada sungai
o mengelaskan gambar perbuatan baik dan buruk dalam penggunaan air
o bercerita/nyanyian tentang membazir air

BAHASA DAN KOMUNIKASI

Hasil Pembelajaran:
o menyatakan pelbagai kegunaan air
o menyebut pelbagai bekas menyimpan air
o menyebut, mengeja, membaca, bercerita dan menulis tentang tema air
Aktiviti:
o Permainan Bahasa:
meneka abjad
meneka perkataan
meneka ejaan
menyusun suku kata menjadi perkataan
menyusun gambar
menyesuai padan gambar dengan huruf / perkataan/ rangkai kata
AKTIVITI PERMAINAN MENGGUNAKAN DOH (Dough)

PERKEMBANGAN FIZIKAL
o kordinasi mata-tangan ; menguatkan motor halus dan motor kasar
Contoh Aktiviti:
o Membancuh dan menguli doh berdasarkan resipi tertentu eg. membuat biskut
o Membuat binaan doh berdasarkan tema
o Menguli, menekap doh pelbagai bentuk, saiz dan warna.

PERKEMBANGAN KOGNITIF ASAS SAINS DAN ASAS MATEMATIK

Contoh Aktiviti:
o mengelaskan pelbagai bentuk, saiz dan warna doh
o Membuat seriasi dan membanding berat dengan doh
o memahami konsep nombor menggunakan doh

PERKEMBANGAN SENI DAN ESTETIKA

Contoh Aktiviti:
o Membentuk model/patung
o Membuat pelbagai corak
o Nyanyian dan pergerakan berasaskan tema

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL

Contoh Aktiviti:
o Memahami konsep huruf jawi dan hijaiyah menggunakan doh
o Nyanyian atau Nasyid berdasarkan tema

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI

Contoh Aktiviti:
o Membentuk dan membina huruf, perkataan dengan doh
o Bercerita dan bersoal jawab tentang aktiviti menghasilkan doh
o Lakonan / main peranan dan membuat pergerakan seperti watak berdasarkan tema
eg: pekerjaan

Anda mungkin juga menyukai