Anda di halaman 1dari 42

1.

PENDAHULUAN

Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak.


Kanak-kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam
kumpulan yang besar. Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan
berbagai-bagai jenis lagu. Suara dijadikan satu alat muzik semula jadi dimana
kanak-kanak dapat menggunakan dibahagikan kepada beberapa di bawah. Ia
kebiasaannya dicipta bagi memnuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya tema haiwan, tumbuhan, konsep dalam pengajaran
nombor dan pantun seloka. Ketegori lagu kanak-kanak adalahseperti permaian jari,
lagu beraksi, lagu rakyat, lagu permainan, lagu unsure nasihat, lagu ucapan dan
lagu serantau.
Pelbagai muzik vocal boleh dilakukan iaitu nyanyian secara solo ataupun
secara berkumpulan ataupun nyanyi dua lapisan suara. Nyanyian dapat memberi
respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vocal seperti
konsep muzik iaitu berbentuk irama, melodi, bentuk dan ekspresi. Ia juga berfungsi
sebagai muzik iaitu perayaan, tarian serta upacara dan digunakan sebagai teknik
persembahan.
1.1

Bidang Nyanyian
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,

pendengaran, sebutan, pernafasan dan eknik pengeluaran suara. Kegiatan


ensemble vocal diadakan bagi seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan
dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensemble.penerapan
nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur
budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidng
ialah melodi dan irama.
Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti Mari menyanyi tiga bntuk
nyanyian iaitu dengan menyanyikan lagu yang digemari iaitu lagu beraksi dan lagu
berentak tradisional, lagu pusingan dan lagu suara lapisan, menyanyi secara
spontan dan hafalan, serta menyanyi secara dengan menggunakan skor muzik.

Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah menyanyi secara muzikal.
Menyanyi secara muzikal adalah seperti menyanyi lagu dalam pelbagai meter
dengan member penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama dan
menyanyi pebagai jenis lagu dengan member tumpuan kepada pic, tempo, corak
irama, melodi dan ekspresi mengikut mud dan dinamik.
Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah penekanan teknik dan cara
menyanyi iaitu dengan membuat latihan vocal dengan member tumpuan kepada
skel dan warna ton. Di sini juga kanak-kanak dapat membuat latihan teknik
menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan
kepada pernafasan, pengeluaran suara, artikulasi, sebutan dan postur.
Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah meneroka dan mengenal
muzik nyanyian. Dengan adanya kegiatan ini kanak-kanak dapat melatih mendegar
dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni.
Kanak-kanak juga dapat membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep
muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya. Kanak-kanak dapat
mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek seperti lirik,
melodi, cara menyanyi dan cara persembahan.
Kanak-kanak juga dapat mendengar secara bebas dan berpandukan dengan
member perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal berbual mengenai
sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh. Selain itu juga,
kanak-kanak dapat member respon mengikut lagu dari segi perasaan dan
pengalaman diri. mereka juga dapat mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu
yang berunsur tradisional dan lagu dari Negara lain.

1.2

Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Bahasa


Melalui nyanyian juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.

Nyanyian melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan


membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap
objek di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru
boleh menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan
perkembangan bahasa melalui aktiviti menyanyi secara Mari menyanyi, menyanyi
secara muzikal dan penekanan teknik dan cara menyanyi.
2

Melalui aktiviti nyanyian dijalankan guru dapat menggalakkan kanak-kanak


melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi sambil bermain.
Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah.
Melalui nyanyian ini juga kanak-kanak akan ekspresi perasaan mereka samada
suka, gembira, sedih dan sebagainya. Guru juga hendaklah memberi perangsang
dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak
berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan.
Aktiviti nyanyian juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di
kalangan kanak-kanak. Sewaktu menyanyi, kanak-kanak dapat meniru perwatakan
ahli perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti keluarga, doktor, anggota
polis, guru, peniaga, binatang atau haiwan sebagainya seperti yang terkandung di
dalam lirik lagu tersebut. Aktiviti yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan
dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek perkembangan bahasa kanakkanak dapat dipertingkatkan.
Selain itu, aktiviti main sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana
kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian
juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana
ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan
bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi.
Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat
atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi
mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan
pasangannya dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki
bergerak secara berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi lagu
tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan muzik.
Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut
diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu. Melalui
aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara
langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah.
Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru
bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan
rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan
3

lagu

berantai

membolehkan

kanak-kanak

menghafal,

menghasilkan

mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka


membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan daripada
pengalaman

mereka

sendiri.

Dengan

cara

ini,

kanak-kanak

guru

dapat

meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Contoh permainan lagu berantai


ialah seperti:
Malam yang sepi pi pi
Pak Mat jual topi pipi
Topinya koyak yakyak
Pak Mat jual tempoyak yakyak
Tempoyaknya basi sisi
Pak Mat jual nasi si si

1.3

Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Sosial


Aktiviti nyanyi juga dapat meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak.

Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak
kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran
menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya,
memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanakkanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan
mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi
peraturan semasa aktiviti nyanyian dijalankan.
Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah lakutingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif.
Sebaliknya Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai
keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi
sosial atau kerja.
Oleh

itu,

jelas

menunjukkan

bahawa

aktiviti-aktiviti

menyanyi

ini

menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu


perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak4

kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah
kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanakkanak.

1.4

Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Emosi


Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di

peringkat prasekolah. Dengan aktiviti menyanyi yang dijalankan semasa berada di


sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli
falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza,
Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teori-teori berkaitan emosi
yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan
kehidupan manusia.
Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk KONSEP
MUZIK.Sumber Rujukan http://www.wikipedia.org/yang mempunyai perasaan yang
tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa badan
ataupun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur
dan ekspresi wajah. Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada
sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan
biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini
bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal , iaitu bahasa
bukan lisan.
Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya
taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang
dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi
Aristotle juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi
kehidupan manusia secara keseluruhannya.
Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting.
Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka
mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi
dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif
amat dititik beratkan seperti aktiviti menyanyi dijalankan. Ini adalah kerana nyanyian
juga dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak5

kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi


tanpa gangguan.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan
perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktivitimenyanyi. Ini kerana aktiviti
ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan
emosi, dan kebolehan
Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru
mengajar aktiviti nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik
digemari secara semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan
perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu
menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan
kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-kanak akan menyanyi dan
menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan
perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian
ini

dijalankan.

Oleh

itu,

guru

dapat menilai

sejauh

mana

meningkatnya

perkembangan emosi seseorang kanak-kanak.

2.0

LAGU KANAK-KANAK

2.1

Kategori lagu kanak-kanak :

2.2

Permainan jari
Lagu beraksi
Lagu permainan
Lagu unsur nasihat
Lagu ucapan
Lagu rakyat

Lagu kanak-kanak kebiasaannya dicipta bagi memenuhi tema-tema


tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Contoh tema :
haiwan
tumbuh-tumbuhan
6

konsep masa
konsep nombor
pantun seloka

2.3

Ciri-ciri utama lagu kanak-kanak :


Lirik yang sederhana iaitu tidak terlalu pendek ataupun panjang.
Mengandungi perkataan berulangan ataupun lirik berulangan.
Melodi, irama dan lirik lagu yang menarik dan senang diingati.

2.4

Panduan mengajar lagu kanak-kanak :


1) Guru perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik itu sebelum mengajar
kepada kanak-kanak. Nyanyikan berulang kali untuk kanak-kanak
mendengarkannya. Muzik akan digunakan apabila memperkenalkan
lagu atau selepas kanak-kanak mengetahui lagu itu untuk bernyanyi
bersama iringan muzik.
2) Nyanyikan lagu dengan pic yang sederhana, tidak terlalu tinggi atau
rendah. Julat suara kanak-kanak prasekolah adalah dalam lingkungan
not C tengah hingga not A.
3) Guru perlu bernyanyi menghadap kanak-kanak supaya mereka dapat
memerhatikan cara guru bernyanyi. Nyanyian daripada guru dan murid
perlu jelas dan tepat nadanya.
4) Nyanyian tahap prasekolah tidak memerlukan simbol not muzik.
Kanak-kanak belajar lagu dengan cara mengikuti nyanyian guru.
Jangan paksa kanak-kanak bernyanyi bersama atau pelajari lagu
dalam tempoh

yang ditetapkan. Ulang lagu setiap hari sehingga

mereka dapat menghafalnya.


5) Aktiviti nyanyian boleh dilanjutkan kepada aktiviti lain seperti nyanyian
dengan berdrama, pergerakan atau dengan iringan alat perkusi.

3.0

LAGU RAKYA
Perkembangan Kesusteraan Melayu dalam genre sastera rakyat terbahagi

kepada dua iaitu prosa dan puisi. Prosa merupakan cerita-cerita rakyat baik dalam
7

bentuk mitos, lagenda, asal-usul, cerita binatang, cerita jenaka serta cerita-cerita
yang mempunyai pengaruh Arab dan Farsi. Manakala dalam perkembangan puisi
pula terdapat pantun, syair, gurindam, seloka, jampi, serapah dan mantera serta
terdapat puisi-puisi yang mempunyai pengaruh Arab Farsi iaitu Nazam, Kit'ah, Ruba'l
dan Masnawi.
Baik prosa mahupun puisi, dalam zaman kegemilangannya yang disampaikan
secara lisan oleh penglipur lara yang profesional serta kalangan ibu bapa, nenek
dan lain-lain secara amaturnya. Panglipur lara pada waktu itu merupakan orang
yang

penting,

berpengaruh,

dihormati

serta

dianggap

istimewa.

Mereka

menyampaikan prosa tersebut dengan mengingatinya atau secara hafalan. Mereka


menggunakan alat bunyi-bunyian seperti rebana, rebah, gendang serta lain-Iainnya.
Khalayaknya pula ialah kalangan masyarakat kampung dari segala peringkat. Baik
muda mahupun tua malah kanak-Kanak juga. Baik lelaki mahupun perempuan.
Semuanya berminat untuk mendengar malah kadang-kadang acara bercerita atau
seumpamanya memakan masa dua tiga malam baru selesai.
Panglipur lara merupakan sebuah institusi pendidikan dalam masyarakat
tradisional. Cerita serta puisi yang mereka sampaikan menjadi alat kawalan sosial
yang membentuk tingkah laku masyarakat pada waktu itu. Kegemilangan,
kehebatan, fungsi serta bahan-bahan sastera rakyat ini begitu banyak menjadi kajian
para sarjana barat baik Wilkinson, Winstedt, Skeat serta lain-Iainnya.
Kajian mereka ini disambung oleh para pengkajian tempatan antaranya
Za'ba, Taib Osman,Zakaria Hitam, Shahrom Husain, A. Samad Ahmad serta lainIainnya. Pelbagai teoridikeluarkan. Pelbagai hujah pula baik diterima atau ditolak
dibincangkan. Namun ternyata baik cerita mahupun puisi tetap merupakan hasil
kreatif dari pujangga silam yang tinggi wibawa intelektualnya dan mereka
mewariskan kepada bangsanya mutiara klasik yang tidak ternilai harganya.
Menyentuh tentang puisi pula terdapat banyak bahan yang terkumpul. Pelbagai
bentuk dan jenis. Daripada yang terikat bentuk dan susunannya sampailah kepada
yang lepas bebas.
Dari pantun sampailah kepada bahasa berirama serta perbilangan adat.
Namun demikian,satu hal yang perlu disebutkan ialah bahan-bahan yang disebutkan
itu mengalamikesenyapan dalam hal melodi atau lagunya. Walaupun sebenarnya
8

ada diantara puisi-puisitersebut dinyanyikan baik ia berdiri sebagai sebuah lagu,


puisi dalam cerita, puisi dalam mantera mahupun puisi-puisi yang digunakan dalam
istiadat.
Fenomena ini menambahkan lagi khazanah puisi rakyat iaitu puisi-puisi yang
mempunyai melodi dikenali sebagai Nyanyian Rakyat. Nyanyian Rakyat juga
memeriahkan perkembangan sastera rakyat malah tenarnya masih dapat dirasai
sehingga akhir tahuntahun lima puluhan sewaktu tokoh-tokoh dalam bidang ini
masih ada. Mereka menyanyi menggunakan rebab, rebana, batil, gendang dan
sebagainya sebagaimana yang telah disebutkan.
Tokoh-tokoh nyanyian ini sebenarnya tidak ramai yang sempat ditemui.
Apatah lagi perkembangan nyanyian rakyat walaupun tenar dan meriah tetapi
bagaikan satu kecuaian kerana kita tidak memberikan inisiatif secukupnya untuk
memelihara hasil seni ini.
Bagaimanapun terdapat usaha-usaha yang cukup memberi makna kepada
kita dalam halmenyelidik, mengekal serta memberi nafas baru terhadap genre ini. Ini
misalnya dapat kita lihat dan dengar lagu-Iagu klasik ini dipersembahkan melalui
kesenian makyong, dikir barat, jike, berendoi serta beberapa yang lain.
Meneliti kepada perkembangan di atas memperlihatkan kita satu lagi bentuk
atau jenis kesenian yang memerlukan penelitian dari segala aspek untuk kita
mengesan bentukbentuk nyanyian yang dimaksudkan. Mengesan nyanyian rakyat
ini kita akan menemui pelbagai jenis serta pelbagai variasi lagu yang dinyanyikan.
Kemudian terdapat pula pelbagai fungsinya dalam masyarakat masa lalu khususnya.
Namun apa yang ternyata ialah unsur-unsur pendidikan begitu nyata dalam
lagu-Iagu tersebut dan ini menjadikan nyanyian itu berfungsi sebagai alat pendidikan
yang cukup jelas. Mendidik dalam erti untuk membentuk budi pekerti, jiwa halus, tata
sopan ahl-iahli masyarakat pada waktu itu.
Fungsi nyanyian rakyat pada masa lalu itu tetap sama jika bahan-bahan itu
berada di tengah-tengah masyarakat sekarang. Namun ternyata kita mempunyai
halangan yang cukup mencabar iaitu bahan-bahan tersebut terlalu sukar untuk kita
dapati kerana tokohtokoh yang dimaksudkan jarang kita temui malah mungkin sudah
tidak ada lagi.
9

Jika kita menyebut beberapa nama antara tokoh-tokoh yang dimaksudkan itu
ialah The Sidek, Yasin Husain, Saerah Deraman, Mansor Awang Kenit, Imam Md. Diah,
Ismail Yen, Esah Taib, Yasin Awang Kecik serta beberapa yang lain. Nama-nama
tersebut kebanyakkannya ialah tokoh-tokoh dari Negeri Pahang. Perkembangan

nyanyian rakyat ini sebenarnya terdapat di semua negeri di Malaysia. Malah Sabah
dan Sarawak pastinya mempunyai perkembangan yang lebih unik kerana
kepelbagaian etnik yang ada di kedua-dua negeri tersebut. Oleh kerana itu terdapat
beberapa lagu yang terdapat di semua negeri dengan variasi yang sedikit berbeza
terutama dalam hal perkataan dan dialek. Ini kerana lagu-Iagu tersebut diwarnakan
oleh keadaan setempat.
Antara lagu-Iagu yang sempat dikutip daripada tokoh-tokoh yang sempat
ditemui ialah Walinongsari, Puteri Kayang, Pak Sang Bagak, Indung-Indung, Burung
Kenek-Kenek, Tebang Tebu, Galah Mudik, Dayang Keknong, Perang Bugis, Ya
Ramadhan, Lagu Zikir, Anak Ayam Turun Sepuluh, Datuk Sepanjang Jalan, Ya
Habibun, Angin, Tu Bulan Tu Bintang, Pantun Dagang, Nazam Ya Tuan, Anak Ayam
Turun Sepuluh dan lain-lain.
Lagu-Iagu yang disebutkan di atas mempunyai melodi yang sangat menarik.
Walaupun pada peringkat perkembangannya yang gemilang dalam masyarakat
masa lalu itu lagu-Iagu tersebut digemari oleh semua lapisan masyarakat tetapi jika
dikenalpasti terdapat sasaran yang tertentu ditujukan terutama jika kita melihat lirik
atau kata-kata yang terdapat dalam lagu-Iagu tersebut.
Jelasnya disini ialah terdapat lagu untuk kanak-kanak, ada lagu untuk orang
dewasa, ada lagu yang sesuai untuk semua kalangan dan ada lagu yang khusus
untuk satu-satu upacara. Dalam pada itu terdapat lagu-Iagu yang ada hubungan
dengan agama dan dalam hubungan ini ialah Agama Islam. Lagu-Iagu tersebut pula
ada yang panjang dan ada yangpendek. Ada lagu yang mengandungi cerita di
dalamnya. Lagu-Iagu yang seperti inidinyanyikan oleh tokohnya sampai dua tiga
malam baru selesai.
Mengimbas perkembangan masa lalu, kita dapat membayangkan seorang
tokoh lagu-Iagu rakyat memegang rebana atau rebah dan mungkin juga seruling
duduk di serambi rumah dan menyanyi. Mungkin juga mereka duduk di atas
pelantaran rumah sambil menyanyi. Waktunya ialah pada waktu-waktu malam yang
10

baik cuacanya. Mungkin pada waktu bulan sedang mengambang. Suaranya beralun
ditingkah oleh bunyi tepuk rebana. Bunyi seruling yang memecah keheningan
malam. Dihadapan tokoh itu pula terdapat khlayaknya yang sedang mendengar
dengan khusyuk. Ada yang duduk di serambi rumah. Ada yang duduk di tanah. Ada
yang duduk di dalam rumah terutamanya kaum perempuan. Khalayak itu pula terdiri
dari kanak-kanak, orang dewasa, kalangan yang sudah berusia dan lain-lainnya.
Penyanyi lagu-Iagu rakyat menjadi tumpuan masyarakat ketika dia membuat
persembahan.
Selalunya tokoh tersebut akan dijamu oleh tuan rumah apabila persembahan
tamat. Ketika pulang dia dibekalkan dengan nasi pulut atau seumpamanya yang
dibungkus dengan upih pinang. Siap dengan lauk ayam panggang serta ikan bakar.
Lebih dari itu kadang-kadang mereka dibekalkan dengan ayam malah kadangkadang kambing juga. Bekalan untuk tokoh lagu rakyat ini berdasarkan kepada
kemampuan tuan rumah serta penduduk yang menjadi ahli masyarakat pada waktu
itu. Namun apa yang nyata ialah tokoh-tokoh lagu rakyat dengan kebolehan
anugerah yang ada pada mereka menjadikan tokoh itu mendapat penghormatan
yang tinggi dan setimpal.
Tokoh-tokoh nyanyian rakyat ini selalunya bukanlah menjadi waris keluarga.
Walaupun hal ini kadang-kadang terjadi. Selalunya tokoh-tokoh ini akan lahir di
kalangan masyarakat di mana-mana juga. Selain daripada anugerah dan bakat
mereka yang menjadi tokoh lagu-Iagu ini merupakan orang-orang yang tekun
memerhati akan keadaan alam dan selebihnya ialah menitisi lagu-Iagu serta bakat
tersebut dari tokoh-tokoh yang lalu.
Selain daripada menyanyikan lagu-Iagu tersebut pada malam-malam hari,
lagu-Iagu ini juga terdapat dalam upacara-upacara tertentu sebagimana yang telah
dijelaskan. Misalnya terdapat lagu rakyat yang dinyanyikan sewaktu menumbuk
emping. Ada lagu yang dinyanyikan ketika mengirik padi iaitu menceraikan padi
dengan tangkainya. Ada lagu yang dinyanyikan sewaktu upacara mencukur rambut
bayi.
Upacara-upacara yang sebegini kedapatan lebih meriah kerana khalayaknya
ramai.Upacara ini disertai dengan jamuan dan sebagainya. Namun apa yang nyata

11

di sini ialah tokoh lagu-Iagu rakyat mendapat tempat yang cukup wajar dalam
masyarakat Melayu tradisional itu khususnya.
Satu perkara yang perlu disebut ialah tokoh-tokoh ini baik lelaki mahupun
perempuan mempunyai suara yang lunak merdu dan cepat sahaja akan memikat
khalayaknya. Menyembut perihal suara yang merdu ini, masyarakat masa lalu sering
mengaitkannya dengan "Buluh Perindu". Mereka sering beranggapan bahawa tokohtokoh lagu rakyat mempunyai suara "Buluh Perindu". Malah hal ini kadang-kadang
menjadi satu mitos yang sangat kuat di kalangan masyarakat bahawa tokoh tersebut
mempunyai "Buluh Perindu" yang dimaksudkan itu. Buluh tersebut dapat
memerdukan suara si pemiliknya apatah lagi jika bahagian kecil buluh itu diselitkan
di celah gigi.
Apa yang sebenarnya ialah tokoh-tokoh tersebut sememangnya mempunyai
suara yang isitimewa. Tidak dapat dinafikan mereka sentiasa menjaga kemerduan
suara mereka. Ada pantang larang terutama dalam hal makanan dan minuman.
Mereka juga mempunyai waktu latihan. Ini dilakukan oleh mereka sendiri-sendiri.
Perkembangan mutakhir dalam bidang ini sekarang ini nampaknya agak
kabur. Walaupun kedudukan sebenarnya, lagu-lagu ini cukup diminati jika
diketengahkan dengan cara yang sewajarnya. Kita mungkin boleh mengekalkan
bentuk persembahan asalnya sebagai bahan dokumentari dan rujukan dari semasa
ke semasa mungkin lagu-Iagu ini menjadi inspirasi kepada tokoh-tokoh muzik
tanahair. Sebagai contoh lagu Rakyat Pahang berjudul Walinongsari telah
dinyanyikan oleh Allahyarhamah Datin Rafeah Buang termuat dalam album yang
dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Pahang dengan judul "Bingkisan Dari Pahang".
Kemudiannya lagu ini dinyanyikan pula oleh Siti Nurhaliza yang termuat dalam
album Seri Balas.
Ternyata kedua-dua penyanyi ini dengan lagu yang dimaksudkan mendapat
perhatian dari khalayaknya. Baik dalam masyarakat melayu tradisional masa lalu,
mahupun dalam masyarakat majmuk era globalisasi sekarang ini kita menyakini
bahawa lagu-Iagu rakyat bakal mendapat tempat jika usaha-usaha yang jelas dibuat
bagi mengenengahkan semula lagu-Iagu tersebut walaupun dalam bentuk
persembahan yang berlainan dengan persembahan asalnya.

12

Apa lagi dengan adanya segala kecanggihan teknologi bunyi sekarang ini.
Hal ini bererti kita dapat menjadikan lagu-Iagu itu berfungsi kembali dalam
masyarakat sebagaimana ia berfungsi dalam masyarakat tradisional yang
disebutkan itu.
Kecintaan bangsa dan negara menunjukkan kita mempunyai jati diri yang
kukuh dan teguh. Mutiara klasik hasil renungan pujangga silam yang amat akrab
dengan alam ini merupakan satu bahan yang cukup mutlak untuk bertindak
merealisasikan hasrat kita semua. Pastinya pula hasil seni yang berpijak pada
landas sastera ini dapat memainkan peranannya yang sewajarnya serta mempunyai
tempat yang betul dan tepat dalam pembentukan peradaban insan.
Baik melodi mahupun Iirik lagu-Iagu ini dapat diterapkan bagi mendidik jasmani,
emosi,rohani dan intelek ahli masyarakat. Lagu-lagu rakyat yang dapat berdiri sebagai
sesuatu yang indah akan melaksanakan tugasnya dengan jaya jika ia tidak melalui
zaman kesenyapan.Sempurna dan lengkapnya hidup manusia dapat disumbangkan
oleh lagu-Iagu rakyat. la tidak akan dapat dipisahkan daripada tata-tingkah susunan
bidang ilmu yang kita perlukan.

3.1
JENIS LAGU RAKYAT:
2 Jenis / golongan
Lagu Rakyat Tanpa Mementingkan Lirik Proto folksongs (worldless
folksongs):muzik lebih dipentingkan daripada lirik lagu. Mengiringi muzik
tarian.

Lagu

Rakyat

Mementingkan

Lirik

(Near

folksongs):

lirik

lebih

dipentingkan daripada muzik. Alat bunyi-bunyian yang digunakan lebih


mudah / ringkas sepertirebana, serunai, gendang, biola atau gamelan.

Lagu Rakyat Mementingkan Lirik (Near folksongs)


Lagu Rakyat Berlirik digolongkan oleh Brundvand ke dalam tiga jenis
iaitu:

i. Lagu rakyat berfungsi (fungsional songs)


lirik puisi yang berfungsi untuk hiburan, pendidikan hiburan. Antaranya:13

Hiburan (ketenangan) seperti lagu Nina Bobok (Indonesia) dan Tepuk


Amai-Amai (Malaysia).
Menaikkan semangat bekerja seperti Rembate Rata (Sulawesi).
Melahirkan suasana gembira dan lucu: mengiringi sesuatu permainan
kanak-kanak (play songs) seperti lagu Baris Cerek Tempe (Jawa) dan
Enjit-Enjit Semut (Malaysia).
ii. Lagu rakyat berlirik (lyrical folksongs)
Lagu rakyat yang teksnya bersifat lirik (puisi) yang merupakan cetusan
rasa sedih / suka/ bahagia pengarangnya.Terbahagi kepada dua:- Lagu Rakyat sesungguhnya .
- Lagu Rakyat bukan sesungguhnya.Lagu rakyat lirik yang bukan
sesungguhnya terbahagi pula kepada :- Lagu rakyat kerohanian /

3.2

keagamaan (spiritual and religious songs)


Lagu rakyat pemberi nasihat berbuat baik (homeletic songs)
Lagu rakyat berkasihan dan perkahwinan (folksongs of courtshipand

marriage)
Lagu kanak-kanak (nursery and children songs)
Lagu bertimbun banyak (cumulative tale)
Lagu daerah / pekerjaan (regional and accupational folksongs)
Lagu jenaka (humorous songs)
lagu dialek (dialect songs)
agu bukan-bukan (nonsense songs)
lagu ejekan (parody songs).
Ciri-ciri Lagu Rakyat:

1. Lahir secara spontan, tidak bertulis dan pelbagai bentuk seperti pantun,
syair, pepatah petitih, bidalan dan sebagainya.
2. Lirik lagu mengandungi nilai dan falsafah yang dipersembahkan dalam
pelbagai bentuk persembahan seperti mak yong, dikir barat, dondang
sayang dan lain-lain.
3. Bahasa yang digunakan dalam lagu rakyat mengikut dialek tempat asal.
4. Gaya persembahan memaparkan bentuk tradisi walaupun ada yang
mengalami perubahan.
5. Peralatan muzik untuk persembahan Lagu Rakyat pada asasnya
menggunakan alatan yang ringkas dan mudah seperti gendang, gong,
rebana dan kompang sahaja.Peralatan penting untuk menghasilkan
muzik yang menyentuh hati dan menarik.
3.3

Fungsi Lagu Rakyat:


14

Dalam tradisi kolektif masyarakat lisan, lagu rakyat berperanan:1. sebagai alat hiburan (escapisme) diri dari kemelut hidup dan
persekitaran yang merungsingkan, untuk kedamaian jiwa.
2. meningkatkan semangat bekerja dalam suasana yang lebih ceria dan
bertanggungjawab.
3. menceritakan salasilah keluarga atau keturunan (masyarakat Jawa).
4. wahana protes sosial dan protes ketidak adilan dalam masyarakat.
5. alat untuk pendidikan dan pengajaran sama ada secara langsung atau
tidak langsung - pendidikan moral / akhlak dan tauhid / iman.
Keindahan lirik serta kemerduan melodi lagu-Iagu rakyat dalam landas sastera
menjadikan unsur ini tidak boleh diabaikan. Dalam tatatingkat bidang ilmu untuk
kesempurnaan insan kita dapat melihat keistimewaan, kekuatan serta fungsinya yang
diwarnai oleh keindahan yang tinggi nilainya sebagai susunan berikut:
Falsafah sebagai penjelasan hidup,
Kesusasteraan sebagai nyanyian hidup,
Kesenian sebagai intisari hidup,
Tasawuf sebagai intisari hidup,
Ibadat sebagai pegangan hidup.
- Hamka
Oleh kerana itu juga lagu-Iagu rakyat atau disebut juga dengan kata nyanyian
rakyat turut memberi sumbangan bagi mempertingkatkan martabat insan.

4.0

FUNGSI LAGU KANAK-KANAK / LAGU RAKYAT

Mendodoikan
o Bertujuan mendodoikan anak
o Contoh lagu : buai laju-laju, Endoi-Endoi cak
15

o Lirik lagu juga berfungsi untuk mendidik kanak-kanak menyanyikan


lagu tersebut.
Pendidikan
o Unsur-unsur pendidikan yang dapat dikenal pasti dalam lagu kanakkanak terdiri daripada pelbagai perspektif.
o Contoh lagu : Cak Cekor dan Tak teh
(bertujuan memberangsangkan kanak-kanak kecil yang baru belajar
menggerkan anggota badan seperti kaki dan tangan mereka)
Permainan
o lagu digunakan sewaktu bermain
o contoh lagu : aci sembunyi
usik mengusik
o merupakan lagu yang digemari dalam kalangan kanak-kanak lelaki.
o Biasanya dinyanyikan untuk mengusik rakan-rakan mereka.
o Contoh lagu : endoi-endoi cak
Sindiran
o Bertujuan untuk menyindir seseorang atas beberapa faktor.
o Contoh lagu : Lu cina buat

5.0

ELEMEN MUZIK
RITMA / IRAMA
Irama di dalam bahasa Greek adalah 'mengalir' atau dalam bahasa Greek

Moden, 'gaya' ialah kelainan penekanan bunyi-bunyi atau peristiwa-peristiwa lain


yang berkait dengan berlangsungnya masa. Irama melibatkan pola-pola jangka
masa yang wujud pada tahap yang luar biasa dalam muzik, dengan jangka masa
dikesan melalui jarak waktu interonset. Apabila ditentukan oleh peraturan ini, irama
dipanggil meter. Irama wujud dalam mana-mana satu perantara bersandar masa,
tetapi ia paling berkait dengan muzik, tarian, dan kebanyakan puisi. Irama
merangkumi faktor detik,meter, tekanan, tempoh masa ( duration ) dan tempo. Irama
terbentuk daripada susunan bunyi.
Kajian irama, tekanan, dan nada dalam pertuturan dipanggil prosodi; irama
adalah salah satu topik dalam linguistik. Semua ahli muzik, pemain muzik, dan
penyanyi menggunakan irama, tetapi irama sering dianggap sebagai domain utama
pemain dram dan pemain genderang.
16

Rhythm section adalah persoalan instrumentasi dan susunan muzik. Ianya


motivate lagu dan ritma pula motivate melody dan inilah fungsi ritma. Sejauh mana
keberkesanannya tetap bergantung kepada keinginan dan kefahaman individu yang
berkarya. Perasaan individu kekal sebagai unsur utama.
Perasaan ini pula kadangkalanya datang tanpa kefahaman, ini biasa terjadi
tetapi inilah juga masalahnya. Kita gagal untuk mengenalpasti antara keperluan dan
kebebasan berkarya. Ini bukan persoalan genre muzik atau teknik-teknik tipikal,
tetapi ini fundamental. Asas yang kukuh dengan idea yang jelas serta perasaan yang
tulus pasti akan memberi hasil yang lumayan.

HARMONI
Harmonium atau pun Harmonika ialah nama yang berinti kata daripada
harmoni. Kita tidak pernah mendengar instrumen yang diberi nama melodiummelodi atau ritmanika-ritma mahupun temponium-tempo. Justeru, elemen harmoni
ini telah memberi isyarat jelas tentang keistimewaannya dalam muzik. Instrumeninstrumen ini pada asasnya dimainkan dengan mengikut melodi yakni bersamasama dengan nyanyian vokal. Permainannya akan memberi kesan harmoni kepada
ditelinga kita, ia bagaikan bingkai pada melodi. Maka kesan bunyi solo akan mati
dan timbul garis bunyi duo atau lebih yang menjadi penarik dalam lagu. Perhatikan
( dengar ) lagu-lagu Zapin mahupun Ghazal, mainan harmoniumnya meransang
sekali.

Begitu

juga

dengan

lagu-lagu

Country

dan

Blues,

harmonikanya

mengkhayalkan telinga. Harmoni merupakan penghubung di atas pergerakkan


sistem kod (chord), paduan diantara nada-nada bunyi.
Dalam pengetahuan umum masyarakat kita, apabila disebut tentang harmoni
ianya sering dirujuk dengan lagu-lagu patriotik. Mengapakah fenomena ini terjadi?
Telah dijelaskan fungsi harmoni dalam komposisi lagu, iaitu paduan suara-suara.
Elemen ini hanya akan lebih efektif apabila digubah dengan komposisi lagu
berbentuk folk music atau lagu rakyat. Lagu rakyat tidak semestinya lagu patriotik.
Lagu patriotik diberi nama kerana kesan nyanyiannya iaitu memberi semangat
kebangsaan secara khusus, itulah patriotik.

17

MELODI
Dalam sesebuah karya muzik, melodi menjadi nyawa karya tersebut. Tanpa
melodi tidak mungkin wujudnya sebuah lagu. Pada melodilah tempat segala cerita
diceritakan dan disitulah letaknya suara penyanyi, nafas, lirik, tenaga dan attitude
lagu secara keseluruhannya. Elemen-elemen lain bertindak sebagai penyokong
cerita, sama pentingnya tetapi keutamaan yang berbeza.
Pada umumnya kita memahami melodi itu dalam bentuk yang dinyanyikan
oleh penyanyi dan berlirik. Namun ada kalanya melodi ini hanya bersifat bunyibunyian sahaja atau dengan maksud lain ialah komposisi. Bagi nyanyian berlirik
yang digubah semula menjadi melodi bunyi semata-mata, namanya ialah
instrumental. Bagaimana hendak membezakan antara melodinya dengan elemen
lainnya? Melodi boleh berdiri dengan sendiri tanpa irama, tempo tertentu atau lainlain elemen. Penciptaan dan pengolahan melodi merupakan proses utama dalam
penghasilan sesebuah karya. Ia memberi kesan terus kepada penghasilan lirik,
tempo, mood dan seterusnya kepada gubahan muzik secara keseluruhannya. Jadi,
apabila proses utama ini tidak disokong oleh kesedaran intelek yang jelas, maka
keseluruhan karya akan turut kabur bentuk dan arahnya. Melodi memberi lebih nilai
pada lirik, lirik tanpa nada akan tawar makna dan nilainya. Ia merupakan sense
yang menjadi alat, samaada sesuatu melodi itu sesuai, disenangi atau tidak
dikalangan umum. Maka, proses utama ini sangat kritikal jika kita sedar tentang nilai
intelek pada insan komposer dan kerjanya.

DINAMIK
Dinamik adalah lanturan dang red muzik kuat dan perlahan. Peringkat
dinamik seiring dihuraikan daripada emosi. Dinamik yang menggambarkan mood
yang beremosi adalah lebih berbentuk semulajadi.
Dinamik yang berbentuk kuat merangkumi vigor turmoil, konflik, volor atau
march. Dinamik berbentuk ataupun lebih lembut lebih ke arah ketenangan, kecintaan
dan lagu kanak-kanak yang berbentuk perlahan. Dinamik yang tersasar memberi
kesan yang tidak efektif dan tidak logik untuk emosi seseorang.

18

Dinamik merupakan salah satu faktor di dalam pengulangan, variasi dan

proses yang bertentangan di dalam muzik yang mana menyumbang pada


pembentukan melodi itu sendiri dan kepada emosi di dalam muzik. Dinamik harus
ada flow dan direction.
Bunyi boleh dibentuk melalui pitch, duration, amplitude dan timbre. Empat
perkara inilah yang menjadi elemen bunyi yang bisa digunapakai oleh manusia
dalam hidupnya. Untuk membentuk bunyi perlu pendengaran yang tajam dan
kehalusan idea muzik. Di sinilah titik perbezaan antara bunyi mesin dan bunyi dari
sentuhan manusia iaitu sentuhan dengan rasa.
Satu bunyi dari satu not ( tidak kira tinggi atau rendah ) yang mengikut
dinamik iaitu dari senyap dan berkembang kuat dan menguncup kembali akan
memberi kesan perasaan turun dan naik secara tersusun dan kemas. Pujukkan ini
memberi memotivasikan pendengar menghayati keindahan mahupun kisah dalam
sebuah karangan muzik.

BENTUK
Kadangkala, bentuk muzik ini terolah dengan sendirinya, iaitu pada ketika
melodi sedang dikarang. Bagaimana ini boleh berlaku? Inilah yang dikatakan seni,
setiap inci pergerakkan melodi sudah punya naratif, " sudah sedia ada kata
golongan naturalis! ", dibelakangnya pula punya seribu satu pola motif rekaan yang
hidup. Setiap naratif melodi akan terus meransang rasa dan idea. Maka, inilah yang
dikatakan dengan ilham sudah punya petanya, arahnya dan bentuknya.
Dalam disiplin gubahan lagu, bentuk ini adalah elemen yang boleh disusun
tanpa perlu mengikut tertib proses gubahan sama ada muziknya dahulu atau
melodinya. Ini kerana proses membentuk melodi saling berreaksi dengan gubahan
muzik. Intronya, pengulangan versanya, korusnya dan yang lain akan sentiasa
dibentuk sedikit demi sedikit. Proses ini tiada disiplin khusus yang wajib diikuti. Oleh
kerana itu, bentuk muzik boleh berubah disaat-saat akhir sebelum rakaman
mahupun persembahan. Binary atau Ternary bentuk lagu terletak pada kesesuaian
dan hala tuju muzik dalam genrenya.

19

Perkembangan bentuk lagu dan muzik sentiasa berjalan selari dengan


kreativiti dan idea manusia. Lihat bagaimana Isabella dibentuk semula dengan muzik
orkestra, selain dari vokal dan bunyi instrumen yang berbeza. Ia tetap menarik
kerana di samping form enhancement, melodi dan bentuk asal lagu masih
dikekalkan. Ia dapat memikat hati pendengar hingga kini. Istimewanya muzik klasik
yang single idea, peranan elemen dinamik diutamakan dan kemas sekali, selain
kerana melodi yang sememangnya enak, dinamik pada muziknya telah memberi
watak untuk menaratifkan idea muzik dari awal ke akhir. Rhythm flow yang
meransang.
Dengan bentuk, mudah bagi kita memahami dan mengenali perbezaan antara
lagu. Dengan bentuk, akal mudah menerima, jiwa mudah merasainya, mudah pula
menyanyikannya bersama-sama.

TEMPO
Tempo punya peranan yang amat besar. Ia begitu tersunyi fungsinya dalam
persembahan lagu. Tempo adalah sebahagian faktor yang diperlukan oleh para
pejuang kebenaran dalam setiap zaman. Tiada tempo tiada momentum maka
tiadalah arus. Dengan tempo, sifat-sifat pelakunya akan mudah kelihatan. Tidak kira
apa jua hadlaju muzik itu harus berada dalam temponya. Tidak kira deras, lambat,
ketat atau longgar semuanya harus dalam tempo.

TEKSTUR
Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam
sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan
lapisan suara atau bunyi yang terdapat dalam sesebuah gubahan.

WARNA TON.
20

Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu
alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan. Contoh : i) Dram bes
bunyi berat ii) Kastanet bunyi ringan

EKSPRESI
Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang
ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran
ini dapat disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan.

MUD
Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu
dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan. Mud
lazimnya dinyatakan sebagai riang, sedih, bersemangat dan sebagainya.

6.0

LIRIK LAGU KANAK-KANAK / LAGU RAKYAT


(Sila Rujuk Lampiran)

RUJUKAN
21

Sumber Rujukan
Kesusasteraan Kanak-Kanak . [Online] Diperolehi:
http://www.scribd.com/doc/38164761/KESUSASTERAAN-KANAK#

http://www.scribd.com/doc/141886569/ciri-lagu-kanak-kanak

http://www.scribd.com/doc/49894836/LAGU-KANAK-KANAK-DAN-LAGU-RAKYAT

http://www.scribd.com/doc/128637054/PRM-3103-Lagu-Rakyat-Kanak-Kanak

Nani Menon .(2005). Permainan, Lagu dan Puisi. Kuala Lumpur: PTS Profesioal
Pubslishing Sdn Bhd.

22

LAMPIRAN

lirik lagu
bahan rujukan

23

LAMPIRAN 1
A)

KOLEKSI LAGU KANAK-KANAK

LAGU 1

BANGUN PAGI

BANGUN PAGI GOSOK GIGI,


CUCI MUKA TERUS MANDI,
PAKAI BAJU MINUM SUSU,
SALAM AYAH DAN IBU,

PERGI SEKOLAH JALAN KAKI,


JUMPA CIKGU DEPAN PINTU,
SELAMAT PAGI CIKGU SA'AMAH,
SELAMAT PAGI CIKGU AISHAH,

RAJIN BELAJAR CIKGU AJAR,


PANDAI TULIS, PANDAI LUKIS,
PANDAI NYANYI, BACA BUKU,
SEMUA ORANG SUKA HATI,

KALAU KITA RAJIN USAHA,


IBUBAPA GEMBIRA,
MARI KAWAN SAMA-SAMA,
PASTI KITA BERJAYA !

LAGU 2

"TANGAN SAYA"
24

TANGAN DI KEPALAKU,
DI MUKA DAN DI BAHU,
DI PINGGANG, DI SISI,
DI BELAKANG KU SEMBUNYI,

KU ANGKAT TINGGI,
JEJARI KU MENARI,
KE DEPAN TANGAN KU,
TEPUK TANGAN BERSAMA, YES

LAGU 3

"MANA IBU"

MANA IBU, MANA IBU,


DI SINI, DI SINI,
APA KHABAR AWAK,
SAYA KHABAR BAIK,
LARI SEMBUNYI, LARI SEMBUNYI.
(ulang untuk telunjuk, hantu, manis dan kelingking)

LAGU 4

"TANYA SAMA POKOK"

TANYA SAMA POKOK,


APA SEBAB GOYANG,
NANTI JAWAB POKOK,
ANGIN YANG GOYANG

,
TANYA SAMA ANGIN,
25

APA SEBAB GOYANG,


NANTI JAWAB ANGIN,
TANYALAH AWAN.

AWAN NANTI KATA,


AKU KANDUNG AIR,
SAMPAI TEMPAT TEDUH,
AKU PUN CAIR,

LIHAT DALAM AIR,


NAMPAK BAYANG-BAYANG,
CAMPAK SATU BATU,
BAYANG PUN HILANG.

LAGU 5

"RUMAH KECIL SAYA"

RUMAH KECIL SAYA,


ADA TAMAN BUNGA,
BUNGA WARNA WARNI,
HARUM DAN WANGI,

RUMAH KECIL SAYA,


ADA TINGKAP DUA,
LANGSIR WARNA BIRU,
DIBUAT IBU

LAGU 6

"RAMA-RAMA"
26

DARI ULAT JADI KEPOMPONG,


TIDUR NYENYAK DALAM KELONGSONG,
CUKUP MASA KELONGSONG PECAH,
POM! POM!
JADILAH RAMA-RAMA YANG INDAH,
RAMA-RAMA TERBANG MERATA,
HISAP MADU DI POHON BUNGA
SUNGGUH CANTIK ANEKA WARNA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA,
BEGITULAH HIDUP MANUSIA,
PADA ALLAH KITA BERDOA,
AGAR JADI INSAN MULIA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA.

LAGU 7

"MATA SAYA"

MATA SAYA DUA,


HIDUNG SAYA SATU,
TELINGA SAYA DUA,
KIRI DAN KANAN,

KAKI SAYA DUA, PAKAI KASUT BARU,


MULUT SAYA SATU,
TAK HENTI MAKAN.

LAGU 8

"ANGKAT TANGAN"
27

ANGKATLAH TANGAN KANAN,


ANGKATLAH TANGAN KIRI,
GOYANGKAN TANGAN KANAN,
GOYANGKAN TANGAN KIRI,

TUNJUKKAN KAKI KANAN,


TUNJUKKAN KAKI KIRI,
HENTAKKAN KAKI KANAN,
HENTAKKAN KAKI KIRI.

LAGU 9

"IKAN KEKEK"

IKAN KEKEK MAK ILOI, ILOI,


IKAN GELAMA MAK ILAI, ILAI,
SUNGGUH CANTIK ADIKKU AMBOI,
TAPI KETAWA MENGILAI-NGILAI.

IKAN KEKEK MAK ILOI, ILOI,


IKAN GELAMA MAK ILAI, ILAI,
KALAU ADIK NAK JADI PANDAI,
MARI BELAJAR, JANGANLAH LALAI.

IKAN KEKEK HOI !,


IKAN KEKEK.......

LAGU 10

"GAJAH"

28

GAJAH BERKAKI EMPAT,


GELEK, GELEK,
GAJAH BELALAI PANJANG,
GELEK, GELEK,
GADING DIA PANJANG,
TAPI TIDAK MAKAN ORANG,
KALAU ADIK INGIN TAHU,
APA MAKANAN GAJAH,
LA, LA, LA, LA...................
GAJAH MAKAN TEBU.

LAGU 11

"GAJAH 2"

APABILA BILA BULAN TERANG BERSERI,


SEEKOR GAJAH KELUAR MENARI,
LENGGOK KE KANAN, DAN LENGGOK KE KIRI,
JEMPUT SEEKOR, KELUAR MENARI.

LAGU 12

"AWAN"

AWAN BERGERAK, GERAK,


PUTIH SEPERTI KAPAS,
RUPA CANTIK BERCORAK,
BERGERAK DENGAN BEBAS

LAGU 13

"KERETA KECIL"
29

BAPAKU PULANG DARI KOTA,


BAPAKU BELIKAN KERETA,
KERETA KECIL WARNA MERAH,
BOLEH KU BAWA KE SEKOLAH,

PON, PON, PON, PON, PON, PON, PON,


KERETA KECIL KU BERBUNYI,
MARILAH ADIK MARI NAIK,
BOLEH KU BAWA KE RUMAH NENEK.

LAGU 14

ULAT GONGGOK"

DATANGLAH ULAT GONGGOK,


JALAN BERLENGGANG LENGGOK,
DI MANAKAH KAKI SAYA,
KALAU IA TAK JUMPA,

KAN KU CARI JUA,


WALAU PUN KE KAMPUNG JAWA,
LOMPATLAH, LOMPATLAH,
DI MANAKAH KAKI SAYA,

KALAU IA TAK JUMPA,


KAN KU CARI JUA,
WALAU PUN KE KAMPUNG JAWA.

LAGU 15

"GAJAH 3"
30

BELALAI GAJAH PANJANG,


BADAN HITAM BESAR,
KAKI MACAM TIANG,
DUA TELINGA LEBAR,
TELINGA MACAM KIPAS,
JALAN BONGKOK-BONGKOK,
GAJAH TIDAK MALAS,
KUAT TOLAK POKOK.

LAGU 16

"BINTANG KECIL"

BINTANG KECIL DI LANGIT YANG TINGGI,


AMAT INDAH MENGHIAS ANGKASA,
AKU INGIN TERBANG DAN MENARI,
JAUH TINGGAI DI TEMPAT KAU BERADA.

LAGU 17

"BILA KITA BERKUMPUL"

BILA KITA BERKUMPUL,


BERKUMPUL, BERKUMPUL,
BILA KITA BERKUMPUL,
RASA GEMBIRA,

KAWAN KU, KAWAN MU,


KAWAN MU, KAWAN KU,
BILA KITA BERKUMPUL RASA GEMBIRA.

LAGU 18

LAGU TIGA KUPANG


31

Lagu tiga kupang


Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Bila sudah masak


Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja

( korus )Raja dalam rumah


Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !

Dayang tepi kolam


Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung

LAGU 19

BANGAU OH BANGAU

bangau oh bangau
kenapa engkau kurus
macam mane aku tak kurus
rumput panjang sangat (2x)
rumput oh rumput
32

kenapa panjang sangat


macam mane aku tak panjang
kerbau tak makan aku.....kerbau oh kerbau

kenapa tak makan rumput


macam mane aku nak makan
perut aku sakit (2x)

perut oh perut
kenapa engkau sakit
macam mana aku tak sakit
kayu api basah(2x)

kayu oh kayu
kenapa engkau basah
macam nama aku tak basah
hujan timpa kayu (2x)
hujan oh hujan
kenapa engkau timpa kayu
macam mana aku tak timpa
katak panggil aku (2x)

katak oh katak
kenapa panggil hujan
macam mana aku tak panggil
ular nak makan aku (2x)
33

ular 0h ular
kenapa nak makan katak
macam mana aku tak makan
memang makanan aku..(2x)

LAGU 20:

BURUNG KAKAK TUA

burung kakak tua


hinggap di jendela
nenek sudah tua

giginya tinggal dua


lecum.. lecum....lecum ulala....
lecum.. lecum....lecum ulala....lecum..
lecum....lecum ulala....
giginya tinggai 2

LAGU 21

Can Mali Can

Can Mali Can Ooo Ooo


Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung
Ooo... Ooo... Ooo...Can Mali Can
Ooo Ooo Can Mali Can
Ooo Ooo Can Mali Can Ketipung Payung
Ooo... Ooo... Ooo...Can Mali Can
Ooo Ooo Can Mali Can
34

Ooo Ooo Can Mali Can Ketipung Payung

LAGU 22

ANAK RUSA NANI

anak rusa nani


baru kembang ekor
apa salah kami

lalu tidak tegur

anak rusa nani


baru pandai jalan
apa salah kami
harap di maaf kan..

LAGU 23

Jong Jong Inai

Jong jong inai Mak ipong waja wali( 2X )


Jong jong inaiMak ipong waja wali
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki( 2X )
Semangkuk jerluk
Sepinggan dagang
Tak cukup pulut
Tambah nasi dagang( 2X )
Jong jong inai
Mak ipong waja wali( 2X )

35

LAGU 24

Rasa Sayang

Rasa sayang hey


Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
( di ikuti dengan pantun klasik/tradisional )

Rasa sayang hey


Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey

LAGU 25

Tepuk Amai-Amai

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk ramai-ramai
Emak upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak ada kerja

B) KOLEKSI LAGU RAKYAT


36

LAGU 1

Burung Kenek-Kenek

Burung Kenek-kenek
Terbang tinggi di awan
Pesan datuk nenek
pandai-pandai cari kawan

Burung kenek-kenek
Hinggap di atas dahan
Pesan datuk nenek
Sujudlah pada Tuhan

Geleng-geleng sapi
Berbulu di telinga
Atur tapak kaki
Berdiri lama-lama

Geleng-geleng sapi
Sapi berbulu merah
Atur tapak kaki
Cepat-cepat melangkah

Burung kenek-kenek
Hinggap tepi perigi
Pesan datuk nenek
Bangun pagi-pagi

Burung kenek-kenek
Hinggap di atas atap
Pesan datuk nenek
Rajin-rajin baca kitab

Lenggang-Ienggang kangkung
37

Kangkung di tengah rimba


Berair berair kabung
Budak nak makan gula

Lenggang-lenggang kangkung
Kangkung di tepi pagar
Berair berair kabung
Budak nak makan sakar

Burung kenek-kenek
Hinggap di atas bumbung
Pesan datuk nenek
Jangan laku sombong

Burung kenek-kenek
Hinggap pohon kelapa
Pesan datuk nenek
Patuh ibu bapa

LAGU 2

Ya habibun

Ya habibun } 3x
Ya habibun ya habibun
Ya habibun} 3x
Ya habibun ya habibun
Ada satu cerita gadis cantik
Cantik tuan gadis cantik
Mata hitam tinggi lampai
Rambut panjang putih kuning
Sangat rajin bekerja
Menolong ibu bapa
Ya habibun
Gadis cantik
pagi petang
Di rumah menolong ibu bapa
38

Bekerja tidak leka


Ya habibun
Petang itu di halaman rumah
Dia menampi padi
Menampi beras
Mengindang beras
Menampi padi
Pecuk pecuk pecak pecak pecak {Baris ini ulang 4x}
Malam itu gadis cantik tidur
lalu dia bermimpi
datang satu wali
janggut panjang sampai ke kaki
jubah putih
sambil dia berseru-seru
emak emak ikan kalui
nasi melukut sayur keladi
ya habibun
pagi itu gadis manis
di perigi dia menangis
sedu sedan menggoncang bahu
sambil ia berseru-seru
emak emak ikan kalui
nasi melukut sayur keladi
ya habibun
gadis cantik sangat rajin
bekerja menolong ibu bapa
petang itu di halaman rumah
dia menampi padi
mengindang beras
menampi padi
pecuk pecuk pecak pecak pecak {Baris ini ulang 4x}

39

LAGU 3

Tu Bulan tu Bintang

Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Di mana tuan hilang
Di dapur atas para
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Mengapa tuan datang
Nak jengok anak dara
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Siapa tukang bilang
Mak nenek sudah tua
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Mengapa tuan halang
Dah suka sama suka
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Tu dia sudah datang
Dengan lenggang bergaya
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Nak main tumbuk kalang
Buat tungku hidup bara
Tu bulan tu bintang
40

Tu pucuk kayu ara


Berlagu dan membilang
Ada berbagai cara

LAGU 4

Alamat Hari Nak Siang

Tengah malam sudah terlampau


Dinihari belum lagi tampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mendung merak mengigal
Fajar sidik menyingsing naik
Kicak kicau bunyi murai
Taptibau melambung tinggi
Berkuku balam di hujung bendul
Terdengut puyuh panjang bunyi
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat hari nak siang

LAGU 5
Eh
Eh
Eh
Eh
Eh
Eh

wo
wo
wo
wo
wo
wo

Eh wo bule

bule
bule
bule teraju tigo
bule
bule
bule teraju tigo

LAGU 6

Anak itik Tok Wee

Anak itik Tok Wee


Mandi dalam kolam
Sakit apa Tok Wee
Sakit sendi tulang
Ubat apa Tok Wee
41

Ubat limau lelam


Sakit apa Tok Wee
Sakit sengal tulang

LAGU 7

JAMBATAN TAMPARULI

Pak pak kangkudo


Sumunsui do jambatan
Jambatan do Tamparuli
Bekasuk tinggi ako
Sumunsui do jambatan
Jambatan do Tamparuli
Pak pak kangkudo
Bekasuk tinggi ako

Selaka nodi kasutku


Narutu doid jambatan
Tngal po do sotokin
Nowit ku gumin uli
Ontok dihari tiga
Tomu doid Tamparuli
Mingusuk po hilo kadai
Mogihun do kasut tinggi

42

Anda mungkin juga menyukai