Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan Lev Vygotsky merupakan


antara dua teori yang penting dan sering menjadi rujukan ilmiah dalam pendidikan
sejagat pada masa ini. Kedua-dua teori ini tercipta daripada hasil kajian mereka
mengenai psikologi perkembangan kanak-kanak (Wong, Khairudin, Maridah,
Rashinawati & Azlina, 2013). Hasil kajian mereka ini telah memberikan sumbangan
yang besar kepada masyarakat dunia hari ini. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa perbezaan yang ketara di antara dua teori ilmiah ini.

Teori perkembangan kognitif kedua-dua tokoh ini mempunyai perbezaan


yang ketara umumnya. Kedua-dua tokoh ini mempunyai pandangan yang berbeza
dan unik mengenai perkembangan kanak-kanak. Mereka mengetengahkan pendapat
dan idea yang berlainan bertentangan dengan hal perkembangan dan pertumbuhan
manusia dan menyatakannya dalam pelbagai teori yang menarik.

2.0 PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN


PIAGET DAN LEV VYGOTSKY

2.1 KONSEP UTAMA

Piaget menjelaskan dalam teorinya menjelaskan bahawa terdapat lima


konsep utama yang menjadi tunjang utama penyelidikannya mengenai kanak-kanak
iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi serta akomodasi (Mok, 2008).
Kelima-lima konsep ini berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang
individu dalam menyelesaikan masalah atau perkembangan pemikiran mereka
dalam kehidupan seharian.

Menurut Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati dan Azlina (2013), skema


diertikan sebagai struktur atau model asas yang mewakili pengetahuan mental
seseorang yang ditunjukkan melalui aksi, pandangan, idea, bahasa dan sebagainya.
Manakala adaptasi dan keseimbangan merupakan proses pembelajaran individu
dalam menyelaraskan skema sedia ada mengikut keperluan situasi. Skema yang
ada harus berubah dan berkembang mengikut proses pembelajaran agar dapat
diaplikasikan skema tersebut dalam situasi yang lain.

Asimilasi pula didefinisikan sebagai proses kognitif seseorang dalam


pengintegrasian maklumat baharu ke dalam skema sedia ada. Melalui proses kognitif
ini, seseorang individu berjaya menambahkan pengetahuannya. Yang terakhir ialah

1
akomodasi menjelaskan bagaimana individu boleh mengubah pola pemikirannya
sekiranya struktur kognitif yang lama didapati sukar untuk menerima pengetahuan
baharu.

Manakala Vygotsky dalam teori perkembangan kognitifnya tidak menyatakan


konsep teorinya dengan tepat dan terperinci namun secara amnya, teorinya
berkonsepkan interaksi sosial sesama manusia dan bukannya atas pengalaman
pembelajaran seperti yang diketengahkan oleh Piaget. Vygotsky percaya bahawa
proses komunikasi menjadi faktor utama kejayaan pembelajaran kognitif seseorang
individu. Dengan adanya komunikasi, seseorang individu dapat berkongsi dan saling
memenuhi kehendak penutur dan pendengar dalam proses pembelajaran.

2.2 PENILAIAN TAHAP KOGNITIF INDIVIDU

Dalam teori perkembangan kognitif Piaget, beliau mengatakan bahawa setiap


manusia akan melalui empat peringkat atau tahap ini iaitu sensori motor, praoperasi,
operasi konkrit dan operasi formal. Pada peringkat sensorimotor, kanak-kanak yang
baru lahir sehingga mencecah umur dua tahun telah mula mempunyai keupayaan
pengekalan objek (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati & Azlina, 2013). Kanak-
kanak mula mendapat tahu bahawa objek yang hilang daripada penglihatannya
adalah masih wujud dan kekal. Pada peringkat praoperasi (2 hingga 7 tahun) pula,
kanak-kanak berupaya membuat simbol sebagai wakil terhadap benda yang tidak
berada di hadapan mereka. Mereka berusaha mewakilkan sesuatu benda tersebut
dengan menggunakan simbol, angka, huruf dan sebagainya daripada imaginasi dan
tafsiran mereka.

Pada umur tujuh sehingga sebelas tahun, kanak-kanak mula melakukan


penaakulan logik mengenai sebab musabab atau bagaimana sesuatu tersebut terjadi
terhadap operasi-operasi yang berlaku di sekelilingnya. Namun, penaakulan yang
dilakukan adalah berdasarkan objek yang kelihatan di hadapan mata. Salah satu
konsep utama yang dikuasai kanak-kanak dalam tahap ini ialah konsep kekekalan di
mana pada tahap ini, kanak-kanak memahami bahawa sesuatu objek yang
mengalami perubahan ketara masih mempunyai sifat yang sama. Pada tahap
terakhir iaitu operasi formal, remaja mempunyai kebolehan membuat inferensi
mengenai sesuatu kejadian dan menyatakan hipotesis serta konklusi (Wong,
Khairuddin, Maridah, Rashinawati & Azlina, 2013).

2
Pada pihak yang berbeza, Vygotsky menjelaskan mengenai Zon
Perkembangan Proksimal, tahap perkembangan sebenar dan tahap perkembangan
berpotensi sebagai tahap penilaian kognitif seseorang individu. Tahap
perkembangan sebenar adalah had bawah yang mampu dicapai kanak-kanak tanpa
bantuan oranhg lain manakala tahap perkembangan berpotensi merupakan tahap
lebih tinggi yang dapat dicapai oleh seseorang jika mendapat bimbingan daripada
orang yang lebih mahir. Wujudnya jarak di antara kedua-dua tahap ini yang dikenali
sebagai Zon Perkembangan Proksimal.

Perbezaan dari sudut penilaian tahap kognitif dengan jelasnya menunjukkan


kelainan dalam teori mereka. Penilaian tahap kognitif yang dikemukakan oleh Piaget
adalah lebih terperinci untuk kanak-kanak dan remaja manakala Zon Perkembangan
Proksimal Vygotsky lebih bersifat umum dan universal.

2.3 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Lev Vygotsky menekankan persekitaran dan interaksi antara individu sebagai


faktor utama perkembangan kognitif individu. Pada pendapatnya, interaksi dan
komunikasi menjadi pengantar dalam pemindahan ilmu pengetahuan di antara
individu-individu. Vygotsky mengatakan bahawa kita memerlukan orang yang lebih
kompeten atau mahir untuk mengajar kita. Melalui perbualan atau dialog, seseorang
individu dapat mempelajari serba sedikit mengenai individu lain berdasarkan
pengertiannya sendiri. Seseorang kanak-kanak juga memerlukan bimbingan
daripada orang tua atau berkepakaran untuk mencapai tahap maksimum.

Manakala Jean Piaget pula menekankan proses pembelajaran melalui


penerokaan atau pengalaman sendiri. Beliau berpandangan bahawa di dalam proses
pengubahsuaian diri dalam alam sekeliling, proses pembelajaran telah berlaku
apabila individu tersebut memperolehi pengalaman hasil interaksinya dengan orang
lain, perkara atau benda lain (Mok, 2008). Kanak-kanak seharusnya diberikan
pengalaman untuk meneroka sendiri sesuatu perkara agar konsep-konsep asas
dapat diintegrasikan ke dalam diri mereka.

Di sini menunjukkan percanggahan idea mengenai persekitaran


pembelajaran di antara dua teori ini. Vygotsky mengutamakan interaksi dan
bimbingan daripada orang lain, sebaliknya Piaget mengatakan adalah lebih baik
seseorang individu meneroka sendiri dunia luar agar pengalaman dapat diperolehi.

3
2.4 PENGGUNAAN BAHASA

Dalam teori perkembangan kognitif Vygotsky, beliau mementingkan bahasa


sebagai elemen utama dalam menyokong pemikiran seseorang individu dan
seterusnya menyumbang ke arah pembentukan nilai, sikap dan pengetahuannya
(Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati & Azlina, 2013). Dengan adanya bahasa
yang betul, seseorang individu dapat mencapai pertuturan atau perbualan yang
memuaskan dengan individu lain. Bahasa juga memudahkan proses bimbingan agar
matlamat pembelajaran dikecapi.

Sebaliknya, Piaget tidak memfokuskan bahasa sebagai alat menajamkan


fikiran. Pada pandangan beliau, bahasa hanya memainkan peranan kecil dalam
proses belajar. Menurut Piaget, bahasa mula muncul apabila kanak-kanak mencapai
tahap umur yang sepatutnya dan bukannya berkembang mengikut persekitaran.
Dalam hal ini kita melihat perbezaan ketara teori mereka dalam aspek bahasa.
Vygotsky mementingkan bahasa sebagai alat pembentukan pemikiran manakala
Piaget tidak berfikiran sedemikian rupa.

2.5 RAKAN SEBAYA

Vygotsky dalam teori perkembangan kognitifnya menekankan pengaruh


rakan sebaya dalam proses pembelajaran seseorang individu atau murid. Rakan
sebaya menjadi tempat merujuk terpenting selepas guru. Dengan adanya rakan
sebaya, perbincangan dan interaksi sosial dapat berjalan dan menyebabkan proses
pembelajaran lebih cepat berlaku. Rakan sebaya yang lebih pandai dan bijak pula
boleh membantu memberikan bimbingan kepada rakan yang lemah dalam pelajaran.

Manakala Piaget tidak menekankan peranan rakan sebaya dalam proses


pembelajaran seseorang individu kerana dia dapat meneroka sendiri dunia luar
tanpa memerlukan bantuan sesiapa. Penerokaan sendiri membuatkan fikiran
seseorang individu lebih tajam kerana menggunakan daya pemikiran sendiri dalam
mengetahui dan memahami perkara baharu.

4
4.0 RUMUSAN

Teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky sememangnya mempunyai


perbezaan yang nyata dan jelas. Perbezaan dalam aspek konsep utama, penilaian
tahap kognitif, persekitaran pembelajaran, penggunaan bahasa menunjukkan dua
teori ini saling melengkapi dan harus diguna pakai dalam sistem pendidikan kita.
Teori-teori ini menjadi satu set panduan dalam merancang kurikulum pendidikan
negara kita agar matlamat pendidikan negara dengan dicapai secara optimum.

Para pendidik juga harus menguasai teori perkembangan kognitif Piaget dan
Vygotsky ini agar menjadi gambaran kepada mereka ketika mengendalikan sesi
pembelajaran dan pengajaran. Kaedah mengajar yang bertentangan dengan teori-
teori ini akan membawa kepada implikasi pengajaran yang berlainan dan mungkin
tidak akan dapat mencapai objektif kurikulum dengan berkesan. Pendidik abad ke-21
harus fleksibel dalam kaedah penyampaian di bilik darjah untuk kepentingan murid-
murid.

Anda mungkin juga menyukai