Anda di halaman 1dari 9

TAJUK 4: PERKEMBANGAN KOGNITIF

TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET

Teori pembelajaran Piaget lebih menekankan kepada konsep


perkembangan, pertumbuhan kecerdasan yang dipengaruhi oleh lingkugan
sosial dan kematangan. Ahli psikologis yang berasal dari Switzerland
menyatakan bahawa semua kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang
berbeza mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Menurut Piaget
ada 4 tahap perkembangan yang akan dilalui oleh semua kanak-kanak.

1) Tahap deria motor iaitu dari lahir sehingga berumur 2 tahun dimana kanak-
kanak akan memerhati dan melalui pengalaman akan mempelajari sesuatu yang
dilihat, dirasa dan disentuh.Pada peringkat ini kanak-kanak akan menggunakan
deria motor untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Pada tahap
ini juga tiada konsep pengekalan kerana kebolehan mental sangat terhad
kepada objek yang dapat dilihat sahaja.

2) Tahap pra-operasi iaitu dari 2 tahun hingga 7 tahun dimana kanak-kanak


mula menggunakan kecekapan kemahiran motor kasar dan halus untuk
meneroka sesuatu yang baru. Pada peringkat ini kanak-kanak mula memahami
symbol dan keupayaan berbahasa yang sangat terhad untuk mengambarkan
sesuatu konsep. Perkembangan kognitif akan menjadi lebih pesat apabila kanak-
kanak mula fasih bertutur.

3) Tahap operasi konkrit iaitu dari 7 tahun hingga 11 tahun dimana kanak-
kanak mula menggunakan pengetahuan dan akal fikiran untuk mempelajari
sesuatu yang konkrit. Kebanyakannya pada tahap ini kanak-kanak memerlukan
objek dan peristiwa-peristiwa sebelum dapat menyelesaikan beberapa masalah.
Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada
satu perkara dalam satu masa. Namun demikian keupayaan berfikir secara logik
masih terbatas kepada konkrit sahaja.

1
4) Tahap operasi formal iaitu berumur 11 tahun ke atas yang akan lebih
mempelajari sesuatu yang lebih abstrak.( dari konkrit ke abstrak).Ini adalah
peringkat perkembangan kognitif yang paling penting di mana kanak-kanak akan
berusaha menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak. Penglibatan kanak-
kanak yang lebih aktif akan menggalakan perkembangan pemikiran dan
membuat penaakulan.

Merujuk kepada tahap-tahap perkembangan di atas, Piaget telah


menunjukkan semua kanak-kanak cuba mengadaptasikannya mengikut kepada
pengalaman dan kesesuaian keadaan. Adaptasi dan keseimbangan adalah
saling berkait dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Urutan setiap
tahap tersebut tidak dapat diubah dan saling berkaitan secara tidak
langsung.Menurut Piaget proses perubahan tingkahlaku individu untuk
mengadaptasikan diri dalam alam sekitar adalah sebenarnya proses
pembelajaran. Proses asilimasi di mana semua pengalaman lalu akan akan
dikaitkan dengan pengalaman yang baru untuk menghasilkan sesuatu yang
lebih baru. Pengalaman yang baru tersebut pula dinamakan akomodasi iaitu
satu proses yang merubah struktur kognitif.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PIAGET DALAM PROSES


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

1. Pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran untuk


menghasilkan satu sistem maklumat yang baru.

2. Isi pelajaran akan dikembangkan dan dikaitkan dengan mengikut peringkat


kognitif kanak-kanak dan tahap keupayaan masing-masing.Contohnya dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu dengan tema buah-buahan. Murid akan diberi
penerangan mengenai jenis –jenis buah-buahan tempatan, serta dikaitkan
dengan rasanya. Pada tahap ini murid-murid akan memberikan berbagai cerita
atau pendapat berdasarkan pengalaman.

2
3. Isi pelajaran akan disusun daripada konkrit ke abstrak iaitu dari senang ke
susah. Contoh dalam matapelajaran matematik. Konsep pra nombor akan diajar
dulu sebelum mempelajari nombor.

4. Penglibatan kanak-kanak adalah secara aktif dalam aktiviti kumpulan


digalakkan dan mereka saling berinteraksi antara satu sama lain. Komunikasi
dua hala dan bertukar pendapat semasa menjalankan aktiviti menggalakkan
perkembangan bahasa.

5. Motivasi secara instrinsik dipupuk supaya kanak-kanak dapat digerakkan


secara aktif dalam aktiviti. Contohnya dengan memberi pujian , kata-kata
galakan, dan sokongan dapat merangsang mereka.

TEORI PEMBELAJARAN LEV VYGOTSKY.

Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di
dunia barat pada tahun 1960an. Teori Vygotsky lebih menekankan
kepada interaksi antara aspek internal dan eksternal dalam pembelajaran .
Menurut Vygotsky sistem sosial sangat penting dalam perkembangan
kognitif kanak-kanak. Mereka akan berinteraksi dan berkolaborasi untuk
mengembangkan sesuatu yang baru. Vygotsky menekan bahawa
perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh sosial
dan budaya . Teori beliau juga ada menyebut mengenai “scaffolding” iaitu
memberikan sejumlah besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan
kemudian mengurangi bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada
kanak-kanak mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberi adalah
seperti peringatan, petunjuk dan dorongan sehingga kanak-kanak tersebut
boleh melakukannya. Dalam teori ini menyatakan potensi murid dapat
dikembangkan melalui usaha dan pengalaman sendiri dalam proses
pembelajaran, sehingga ke satu peringkat kanak-kanak akan boleh
melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain.

3
KONSEP KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY

Merujuk kepada gambarajah di atas , Vygotsky telah menerangkan mengenai


konsep “scaffolding” . Kanak –kanak mempunyai had perkembangan individu
yang berbeza. Setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran dengan
bantuan rakan dan guru sehingga berjaya menguasai dengan sendiri. Proses ini
akan berulang-ulang berkali-kali sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan
untuk melakukannya sendiri walaupun masih mengharapkan bimbingan daripada
orang lain. Pada peringkat ini kanak-kanak akan menunjukkan kebolehan
menyelesaikan masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri. Pada satu
peringkat dimana kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar
tanpa bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masing-masing.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN VYGOTSKY TERHADAP


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

1. Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat


berinteraksi antara satu sama lain. Contoh dalam mata pelajaran sains, murid
akan diminta membuat satu uji kaji mengenai tumbuhan dalam kumpulan.
Mereka akan berbincang dan mengeluarkan pendapat masing-masing dengan
menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mencapai satu keputusan.

2. Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam


pembelajaran merupakan satu interaksi pengalaman yang berkesan. Contohnya
ada sekumpulan murid dalam ujikaji sains seperti diatas memerlukan bantuan
guru untuk memberi idea dan menggerakkan mereka dalam aktiviti tersebut
sehingga mencapai satu keputusan.

3. Perkembangan kognitif murid akan lebih teransang sekiranya pengetahuan


sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti
seperti di atas juga, murid akan cuba menggunakan pengalaman masing-masing

4
untuk di adaptasikan dalam ujikaji sains tersebut. Semasa proses ini berlansung
pelbagai percubaan yang berulangkali dilakukan sehingga objektif dapat dicapai.

TAJUK 5: PERKEMBANGAN MORAL

4.3 LAWRENCE KOHLBERG

Teori perkembangan Lawrence Kohlberg berfokus kepada peringkat-peringkat


perkembangan moral dalam setiap individu. Lawrence Kohlberg menekankan
bahawa individu berbeza membuat penaakulan tentang pendedahan dan dan
perkembangan moral masing-masing.

Peringkat perkembangan moral bersifat hierarki, berstruktur, bersistematik, dan


tidak berbalik. Apabila individu berada pada peringkat yang lebih tinggi bermakna
dia telah melalui peringkat moral yang lebih rendah. Cara seseorang
menganalisa menginterpretasikan serta membuat keputusan merupakan
perkara yang sangat penting dalam perkembangan moral secara
keseluruhannya.

Selain itu, beliau memperoleh maklumat yang menjadi asas kepada teori
perkembangan moral melalui kajian yang bertanyakan sesuatu nilai betul-salah
tentang sesuatu situasi. Subjek-subjek dalam kajian beliau yang terdiri daripada
golongan kanak-kanak dan remaja daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat
dan umur dikehendaki menilai sesuatu cerita yang mempunyai ciri-ciri dilema
moral. Tiap-tiap satu cerita itu mempunyai satu bentuk penilaian yang relatif, oleh
itu ia tidak ada bentuk yang betul dalam semua aspek. Beliau ingin melihat tahap
operasi pemikiran serta tahap perkembangan moral yang ada pada tiap-tiap
tahap perkembangan manusia.

5
Berikut adalah satu daripada pernyataan yang beliau gunakan:

"Di Eropah, seorang wanita sedang menghadapi maut kerana sakit tenat. Para
doktor mengesahkan bahawa hanya terdapat satu ubat sahaja yang dapat
menyembuhkan penyakitnya itu. Ubat itu ditemui oleh seorang lelaki yang tinggal
dalam bandar yang sama. Kos untuk membuat ubat tersebut ialah $200 tetapi
lelaki tersebut menjual hanya sedikit sahaja ubat itu dengan harga $2 000 Heinz,
suami wanita yang sakit itu cuba meminjam wang yang secukupnya untuk
membeli ubat berkenaan. Beliau berjumpa dengan semua orang yang
dikenalinya untuk meminjam wang. Tetapi, beliau hanya dapat setengah
daripada jumlah yang diperlukan. Beliau kemudian berjumpa dengan lelaki yang
membuat ubat itu dan mengatakan bahawa isterinya sedang sakit tenat lalu
meminta supaya ubat itu dijual dengan harga murah sedikit ataupun
membenarkannya membayar harga ubat itu kemudian. Tetapi lelaki tersebut
mengatakan tidak, saya telah membuat ubat ini dan saya akan mendapatkan
wang daripadanya. Oleh itu, Heinz memecah masuk ke dalam kedai lelaki
tersebut dan mencuri ubat itu". (Sumber: Atkinson et. al., 1983, hlm 81)

Setelah membaca cerita, pelajar menjadi responden menjawab serangkaian


pertanyaan tentang dilema moral. Haruskah Heinz mencuri ubat? Apakah
tindakan mencuri ubat tersebut benar atau salah? Mengapa? Adakah menjadi
tugas suami untuk melindungi isterinya dengan apa cara sekali pun? Adakah
penjual ubat itu memiliki hak untuk mengenakan harga mahal terhadap ubat
tersebut walaupun tiada apa-apa peraturan tentang membataskan harga ubat
tersebut? Mengapa atau mengapa tidak?

Berdasarkan soal jawab tersebut Kohlberg kemudian merumuskan tiga tingkat


perkembangan moral, yang mana ketiga-tiganya melalui dua tahap. Key-concept
dari teori Kohlberg, ialah internalisasi, iaitu perubahan perkembangan dari
perilaku yang dikendalikan secara eksternal menjadi perilaku yang dikendalikan
secara internal.

6
Tahap 1: Pra-Konvensional

Tahap yang paling bawah dalam penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan
dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan
tersebut. Dalam tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat orientasi
kepatuhan dan hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu.

Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman.

Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di


mana penilaian oleh kanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang akan
dikenakan ke atas mereka. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa
adalah untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan
untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang
akan diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah
merujuk kepada harapan masyarakat.

Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi.

Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri.


Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap
kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau
menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip
keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada
kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadi untuk
berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif.

7
Tahap 2: Konvensional

Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap


ini, inividu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah
ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi dua
peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial.

Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik

Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk
menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang
berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik.
Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang
yang baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam
kumpulan rakan sebaya.

Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan

Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu
kepada undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini menghormati
undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang
ada dan sanggup pula memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat seseorang
yang berada pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus
atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran
moral peringkat ini.

8
Tahap 3: Pos - Konvensional

Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral


Kohlberg. Pada tahap ini individu rnula meneroka pilihan, memilih alternatif-
alternatif lain dalam penaakulan moral, Mereka mula mempunyai kod moral dan
etika yang tersendiri, Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika
kontrak sosial dan hak individu dari etika prinsip sejagat,

Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak indivdiu

Pada peringkat ini, persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan, persetujuan
serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan. Tingkah laku
moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah
kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang
tetapi percaya bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk kesejahteraan
umat atau manusia.

Peringkat 6: Etika prinsip sejagat

Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan
kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada
peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini
melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya tetapi
disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak
kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang
dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah
ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai