Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 3 edup 2082

Membuat penilaian tentang teori-teori perkembangan individu dan implikasinya peringkat


perkembangan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran

Membincangkan teori kecerdasan dan implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan
pembelajaran

Membincangkan teori pembentukan personality dan konsep kendiri serta implikasinya terhadap
pengajaran dan pembelajaran individu.

Di dalam filem Anak ku Sazali watak-watak utama yang terlibat ialah Hassan dan sazali. Selain itu
watak sampingan iaitu Mahani,guru besar,polis,rokiah dan geng double x diketuai oleh Big boss.
Watak Hassan dan sazali akan dibuat penilaian teori perkembangan individu bagi mendapatkan
pengajaran dan pembelajaran. Watak Hassan dalam cerita ini merupakan seorang yang seniman
berjaya dalam penghasilkan lagu-lagu. Daripada hasil seniman ini membuatkan Hassan menjadi kaya
raya. Mengikut teori Hassan mempunyai personaliti ambivert, ini dapat dilihat didalam percapaian
dalam kehidupan yang mana Hassan banyak melibatkan diri dalam mencari rezeki

Pengenalan

Perkembangan dan pertumbuhan manusia itu adalah saling kaitan antara satu sama lain. Kamarudin
Husin (1997:4) pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang boleh dinilai atau diukur satu
peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang
lain. Menurut Karl Garrison dalam Murugiah, pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang
individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan-perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan
kelenjar. Arnold Gesell dalam Kamaruddin Husin, mengatakan bahawa pertumbuhan manusia adalah
mengikut corak yang dapat ditelah. Perkembangan pula boleh didefinisikan sebagai perubahan
tingkah laku yang tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu
individu dalam proses mencapai kematangan. Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan
perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan
sosial. Manakala menurut Karl E. Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang
saling berkaitan diantara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Sementara D.S Wright dan Ann
Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka)
dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubng dengan
pertambahan umur.

Filem merupakan satu media komunikasi berfungsi sebagai media menyampaikan sesuatu cerita
yang direka. Filem selain menjadi alat hiburan (Zulkiple 2003), sebenarnya merupakan media
pendidikan yang dapat merangsang pembelajaran khususnya untuk golongan remaja. Sekiranya
filem yang dipertontonkan mempunyai unsur-unsur pengajaran sudah tentu remaja boleh
mencontohi perlakuan yang baik yang ditiru dari filem, contohnya sifat patriotik dan keberanian
seperti yang ditonjolkan dalam filem Bukit Kepong (Zaheril 2006; Rosnaini 2003).
Teori perkembangan individu

TEORI JEAN PIAGET

PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK JEAN PIAGET

Dari pandangan Jean Piaget tahap perkembangan pemikiran kanak-kanak terbahagi kepada empat
iaitu sensorimotor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

1. Perkembangan Masa Bayi ( sensorimotor)

Perkembangan ketika bayi dikenali sebagai sensorimotor. Tahap ini berlaku selama 2
tahun . Dalam peringkat ini bayi mula menggunakan deria motornya untuk memahami
dan berinteraksi dengan persekitarannya.Perkembangan pesat kognitif bayi
membolehkan bayi membezakan objek, koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan
dan dia mula menyedari objek-objek lain di dalam persekitarannya. Pada akhir 2 tahun
kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah.

2. Perkembangan Masa Kanak-Kanak Awal (Praoperasi)

Pada pringkat praoperasi yang berlansung selama dua hingga tujuh tahun. Dalam peringkat
ini kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu
konsep. Perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Pemikiran kanak-kanak dalam
peringkat ini adalah egosentrik. Mereka percaya semua objek mempunyai jiwa, mereka
tidak boleh membezakan angan-angan dengan kenyataan. Pada akhir peringkat ini mereka
mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka boleh mengelaskan
obiek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.

3. Perkembangan Masa Pertengahan dan Akhir Kanak-Kanak (operasi konkrit)

Perkembangan pemikiran pada tahap ini ialah pemikiran operasi konkrit. Semasa peringkat
ini, kanak-kanak mula berfikir secara logik mengenai peristiwa konkrit. Menurut Piaget
operasi adalah hubungan-hubungan logik di antara konsep-konsep atau skema-skema.
Mereka mula memahami konsep pemuliharaan; bahawa jumlah cecair dalam cawan pendek
dan pendek adalah sama dengan yang dalam kaca yang tinggi, kurus, misalnya. Berdasarkan
eksperimen dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa egosentrik kanak-kanak mula
luput secara beransur-ansur dari umur 7 tahun hingga 11 tahun, diikuti dengan luputnya
pemusatan perhatian terhadap satu-satu. Mereka mula memperoleh konsep transformasi,
menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Menurut (Slavin,
1979), kanak-kanak peringkat operasi konkrit berubah secara beransur daripada pemikiran
egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif. Pemikiran ini membolehkan
kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada
persepsi mereka. Mereka boleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan
semasa bermain atau membuat aktiviti bersama. Para pelajar pada peringkat ini masih tidak
boleh membuat hipotesis dan menyelesaikan soalan-soalan yang abstrak atau masalah yang
melibatkan penggabungjalinan faktor-faktor yang kompleks.

4. Perkembangan Masa Remaja (operasi normal)

Peringkat ini bermula dari umur 12 tahun dan perkembangan kognitif biasaya mencapai
kemuncak di penghujung umur 16 tahun.Tahap akhir teori Piaget melibatkan peningkatan
logika, keupayaan untuk menggunakan pemikiran deduktif, dan pemahaman tentang idea-
idea abstrak. Pada ketika ini, orang menjadi mampu melihat pelbagai penyelesaian yang
berpotensi untuk masalah dan berfikir secara lebih saintifik mengenai dunia di sekeliling
mereka.

Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky (1896-1934)

Dalam teori beliau, Vygotsky menyatakan bahawa bahasa tutur dan pengaruh orang lain dalam
dunia sosial kanak-kanak merupakan pengaruh penting dalam perkembangan kognitif mereka.
Kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum mereka bergaul
dengan masyarakat. Ibu bapa adalah orang pertama yang akan memberi mereka maklumat bahasa
pertuturan dan cara berinteraksi. Oleh yang demikian ibu bapa perlu sentiasa berinteraksi dengan
kanak-kanak sejak awal lagi supaya perkembangan mereka dapat dijana dari awal. Kita biasa
mendengar bahawa pakar perubatan juga menggalakkan para ibu mengandung untuk mula berbual-
bual dengan bayi di dalam kandungan mereka kerana ia merangsang otak dan perkembangan
mereka.

Vygotsky menyatakan orang dewasa dan rakan sebaya menyalurkan ‘mental tools’ (dan bahasa)
kepada kanak-kanak atau pelajar semasa interaksi. Sumbangan yang utama teori ini ialah konsep
zone of proximal development dan scaffolding. Scaffolding pula ialah bantuan sementara orang
dewasa kepada pelajar untuk membuat sesuatu yang lebih sukar. Saat dan ketika dimana bantuan
itu diberikan adalah dipanggil zon perkembangan proksimal (zone of proximal development).

Dua faktor dalam perkembangan kognitif menurut Vygotsky

1. Interaksi social ialah pemikiran kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan
orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak
dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya.
2. Kemahiran berbahasa pula adalah apabila kanak-kanak akan bergaul dengan masyarakat
sekelilingnya dan kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi
dalam interaksi- interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan
dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang.

Empat konsep atau tema utama teori proksimiti Vygotsky

1. Pendekatan sosio-budaya

Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) Vygotsky telah memerhati dan mengkaji
peranan budaya dan komunikasi interpersonal kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
Beliau berpendapat bahawa perkembangan pembelajaran berlaku dalam konteks sosial iaitu
melalui persekitaran dunia kanak-kanak yang dikelilingi dengan orang dewasa yang
berinteraksi dengan mereka sejak mereka dilahirkan.
Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) lagi, melalui interaksi dengan
orang dewasa di sekeliling mereka, kanak-kanak akan dapat menguasai tabiat dan peraturan
budaya, gaya bahasa, penulisan serta simbol-simbol budaya. Interaksi ini mendorong
perkembangan kognitif mereka dengan memberi makna membina atau konstruk
pengetahuan.

2. Zon perkembangan proksimal

Zon perkembangan proksimal ini menerangkan mengenai bagaimana kemahiran-kemahiran


yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan
orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.Zon perkembangan proksimal ini
bertujuan untuk menolong kanak-kanak berkembangdari tahap sosial kepada tahap
peribadi.
Terdapat dua tahap iaitu:
1. Tahap perkembangan sebenar: Penyelesaian masalah secara bersendirian oleh kanak-
kanak tanpa sebarang bantuan.
2. Tahap perkembangan potensi: Apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak dengan
bimbingan orang dewasa

3. Bantuan perancah (scaffolding)

Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan dan berkait rapat
dengan zon perkembangan proksimal. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting
semasa proses perencah untuk mendapat konsep-konsep baru dan lebih sistematik.
Scaffolding adalah memberikan kepada seorang anak sejumlah besar bantuan selama tahap-
tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut serta memberikan
kesempatan kepada anak untuk mengambil alih tanggung jawab yang semakin besar segera
setelah ia mampu mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberikan guru dapat berupa petunjuk,
peringatan, dorongan, serta menguraikan masalah. Menurut Vygotsky, selain daripada
berkomunikasl dengan orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang
lebih sukar, kanak-kanak juga berkomunikasi dengan diri mereka sendiri. Bercakap sendiri ini
menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri.
Bercakap sendiri ini cenderung berlaku pada kanak-kanak berusia 3 – 7 tahun yang
seterusnya akan berkembang di mana bercakap sendiri akan bertukar menjadi komunikasi
sendiri tanpa verbal.

4. Perkembangan bahasa

Umur 0 hingga 2 tahun

Bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan orang lain. Bayi hanya boleh
menangis semata-mata meluahkan perasaan dan kehendaknya. Sehingga usia sebulan, bunyi
yang terkeluar daripada mulut bayi(boleh dianggap pertuturan) Cuma terhad dalam bentuk
tangisan. Nadanya menangis juga berbeza dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan.

Meningkat umur satu setengah bulan sehingga tiga setengah bulan, ia mengelurakan
satu bunyi ‘kukur’. Bunyi tersebut seperti konsonan c,k dan g. Pada waktu ini, mereka boleh
bertindak terhadap sesuatu bunyi. Sebagai contoh, dia akan kepalanya akan menoleh dan
matanya akan melihat ke arah bunyi ibunya memanggilnya.

Umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula menyebut perkataan yang
bunyinya mambawa maksud tertentu. Seperti mama, baba, dan dada. Perkembangan pada
perigkat ini merupakan peringhkat asas untuk bercakap ke peringkat seterusnya. Latihan ini
akan menolong mempercepatkan proses pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran
asas yang perlu bagi mengawal mekanisme percakapan yang lebih rumit.

Usia 12 bulan hingga 18 bulan, pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat
menuturkan perkataan. Oleh itu, bayi hendaklah diberi peluang untuk bercakap agar
emosinya tidak terganggu. Tetapi pada masa ini juga mereka sudah mula belajar berjalan.
Jadi, mereka lebih menumpukan perhatian kepada berjalan dan melupakan bahasa dalam
seketika. Apabila, sudah dapat berjalan, mereka akan memberi tumpuan semula kepada
perkembangan bahasanya. Namun hanya sedikit perkataan yang dipelajari sehinggalah umur
18 bulan, mereka sudah boleh menggunakan perkataan ketika bermain atau bersendirian.
Jadi pada waktu ini mereka sudah boleh melakukan arahan yang mudah.

2. Umur 2 hingga 3 tahun

Pada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan penggunaan perkataan


yang kurang difahami. Ayat yang rinhkas jarang digunakan tetapi masih boleh didengar pada
usia awal 2 tahun. Dia akan bercerita tentang apa yang dialaminya kepada orang dewasa.
Pada masa inlah mereka belajar bercakap dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus
mengawasi anak agar menggunakan ayat yang betul dan baik.
Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan memainkan
peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian
dan reaksi sosial setiap kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya amat nyata. Susunan bahasa
masih belum sempurna.

Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan bahasa ,
perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada peringkat ini juga kanak-kanak
mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu.

Pengaruh sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-


kanak yang bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf rendah. Ini
mungkin ibu bapanya yang menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan masyarakat
luas.

3. Umur 4 hingga 5 tahun

Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-
kanak yang berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada
keadaan dan suasana tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat.
Cara mereka menjawab pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada seseorang.

Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak menggunakan


bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri. Oleh itu, ibu
bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat luar seperti bermain
bersama-sama rakan sebaya di luar. Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan
betul. kanak-kanak mula belajar membaca.

Implikasinya peringkat perkembangan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Jean Piaget telah memperkenalkan “Conservation Tasks” untuk memahami bahawa kuantiti,
panjang, atau jumlah benda-benda adalah tidak berhubungan dengan pengaturan daripada
objek atau benda-benda tersebut. Pengekalan (conservation) bermaksud memahami bahawa
perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya.Pengekalan berlaku pada
isipadu atau kuantiti cecair,berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Terdapat pelbagai
jenis ujian yang boleh dijalankan untuk mengetahui perkembangan kognitif kanak-kanak sama ada
memahami konsep yang diberikan kepada mereka.

Anda mungkin juga menyukai