Anda di halaman 1dari 13

Sememangnya Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berkompeten,

berkreatif dan inovatif. Hal ini kerana kita tidak seharusnya menjadi pengguna teknologi sebaliknya hendaklah menjadi penyumbang teknologi. Untuk merealisasikan matlamat ini, sistem pendidikan kita hendaklah menerapkan kemahiran kompeten, kreatif dan inovasi dalam kurikulum sekolah. Sebagai menyahut seruan kerajaan ini, saya sebagai guru telah mencuba sedaya upaya saya untuk merealisasikannya sedikit sebanyak dalam pengajaran saya. Matlamat pendidikan adalah untuk melatih pelajar berfikir dan mencapai tahap mahir. Kemahiran dapat dikuasai melalui pengajaran dan pembelajaran yang tersusun di samping mempunyai keazaman untuk memperbaikinya dan diikuti dengan latihan. Laporan Jemaah Nazir Persekutuan mendapati ramai guru yang tidak menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi dalam pengajaran walaupun telah lama diperkenalkan di sekolah secara tidak formal. Pelajar berminat untuk belajar jika pengajaran berbantukan kreativiti, kewajaran dan justifikasi.. Oleh itu tugasan ini menyelongkar sedikit sebanyak kaedah yang telah saya gunakan untuk memupuk kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi tersebut. Pelbagai kaedah telah dihuraikan dalam tugasan ini. Adalah menjadi harapan saya dengan menekankan kemahiran ini maka modal insan minda kelas pertama dapat dilahirkan.

1.0 PENGENALAN Pada akhir-akhir ini, masyarakat yang kreatif dan inovatif amat diperlukan supaya matlamat Modal Insan dapat dicapai untuk pembangunan negara. Dalam usaha menyediakan tenaga kerja yang berkualiti untuk mencapai kecemerlangan negara yang berterusan, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawau telah membangkitkan Konsep Modal Insan. Hasrat kerajaan adalah tinggi dalam melahirkan generasi pelapis yang berkualiti dan berkompeten dalam menerajui negara ke arah kemajuan yang bakal dicapai terutamanya dalam menghadapi Wawasan 2020. Masyarakat yang kreatif bermaksud masyarakat yang mempunyai kebolehan mewujudkan sesuatu yang baharu sama sekali. Masyarakat yang inovatif pula bermaksud masyarakat yang memiliki kemampuan untuk menciptakan sesuatu yang baharu. Sebagai institusi pelajaran, sekolah memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar yang kompeten, kreatif dan inovatif. Menurut mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik dalam kalangan dunia ketiga maka kejayaan yang perlu dicapai mempunyai kaitan dengan cabaran keenam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh kehadapan.

2.0 KONSEP PEMIKIRAN KREATIF, INOVATIF DAN KOMPETEN Pemikiran kreatif dan inovatif dijadikan penguasaan asas ilmu dalam kalangan guru untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar. Definisi pemikiran kreatif dan inovatif menurut George, 1970 ialah pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks (Edward de

Bono,1997). Beliau juga mengaitkan pemikiran kreatif dan inovatif dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. pemikiran kreatif dan inovatif yang dikembangkan dan perlu dikuasai oleh pelajar ialah pemikiran secara kritis dan kreatif. Poh Swee Hiang (1999) menyatakan pemikiran keatif amat penting untuk membentuk warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran inovatif dapat membentuk individu agar mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi. Apabila kedua-dua kemahiran ini dikuasai oleh pelajar melalui rangsangan dan latihan yang diberi seterusnya pelajar mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian maka pembelajaran yang optimum akan berlaku. Kompeten bermaksud pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dimiliki oleh seseorang pelajar untuk meningkatkan kualiti pencapaian pendidikan. Kompeten merupakan satu keperluan yang standard bagi seseorang pelajar mencapai hasil peresekolahannya seperti dapat bersaing secara positif dengan rakan-rakan pelajar dan mereka hendaklah bernilai marketable dan employable apabila mereka meninggalkan bangku sekolah. (Ainon Muhammad, 1996) Untuk merangsang daya kreativiti murid, sistem pendidikan di negara kita perlu menekankan aspek percambahan idea dalam kalangan murid. Pembelajaran dalam bilik darjah perlu menjadi medan di mana murid-murid dapat mengemukakan idea-idea yang bernas dan seterusnya berkongsi idea ini dengan rakan-rakan yang lain untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Percambahan idea ini boleh dirangsang mealui pendekatan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah atau problembased learning. Sebagai contoh, seorang guru yang kreatif boleh meminta murid untuk bekerja dalam beberapa kumpulan kecil untuk menyelesaikan sesuatu masalah di sekolah. Sekolah saya sering menghadapi masalah pembuangan sampah yang menjejaskan persekitaran dan suasana pembelajaran di sekolah. Perkara pertama yang perlu saya buat ialah mengenal pasti apakah punca yang menyebabkan masalah tersebut. Setelah menemui puncanya, saya boleh menggalakkan pelajar mengemukakan pelbagai idea untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mereka boleh berbincang mengenai perkara ini, membuat persembahan kepada kelas mengenai saranan penyelesaian masalah, dan seterusnya memilih saranan yang terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Mungkin mereka akan mengemukakan kaedah baharu seperti pengurusan pembersihan sekolah, pemberian insentif kepada murid atau kelas yang paling bersih, atau mencipta alat baharu yang boleh mengatasi masalah pembuangan sampah di sekolah. Aktiviti ini melibatkan beberapa proses pembelajaran penting seperti pencarian fakta (fact finding), pencarian punca masalah (problem finding), pencarian idea (ideafinding) dan akhirnya penemuan penyelesaian (solution finding) yang kesemuanya merangsang daya kreativiti murid. Kesimpulannya, sekolah sebagai organisasi hendaklah memberikan peluang kepada pelajar untuk mencambahkan idea mereka. Dengan percambahan idea, pelajar yang berfikiran kreatif, kompeten dan inovatif dapat dilahirkan.

3.0 KAEDAH CUNGKIL BIJAK Saya sebagai guru telah memperkenalkan satu kaedah yang bernama Cungkil Bijak dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Am. Kaedah ini lebih berpusatkan pelajar. Aktiviti sambil belajar seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, lawatan, penyelesaian masalah, penggunaan sumber luar bilik darjah dan penggunaan teknologi dalam ICT bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang kreatif, tetapi juga inovatif. Saya telah memperkenalkan beberapa aktiviti baru termasuklah program Cungkil Bijak ini untuk menarik minat para pelajar dalam tajuk Kenegaraan. Cungkil Bijak merupakan satu kaedah kuiz. Pelajar dibahagiakn kepada dua kumpulan dan diadakan duga akal. Sebelum mengambil bahagian dalam program ini, pelajar didapati menyediakan pelbagai teknik mengambil nota dan menyimpan nota untuk menajwab soalan-soalan tersebut. Biasanya pelajar saya lemah menguasai istilah dan fakta mengenai perundangan, kehakiman dan pentadbiran Malaysia. Selepas diadakan program Cungkil Bijak ini pelajar dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan yakin dan betul. Kreativiti mereka adalah dalam cara penyediaan nota dan inovasi pula mereka ialah dalam mereka bentuk satu teknik baharu yang belum digunakan oleh mana-mana pelajar yang lain di sekolah saya. Kesimpulannya, kaedah Cungkil Bijak ini telah mendorong pelajar saya lebih kreatif dan inovatif dalam penyediaan dan penyampaian buah fikiran. Malah saya telah mendapati prestasi mereka juga telah meningkat khususnya topik yang diajarkan. 4.0. KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH Kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar juga boleh dipupuk dalam pelaksanaan pembelajaran dalam kumpulan. Setiap pelajar mempunyai daya imiginasi yang tersendiri dalam melihat sesuatu secara berlainan. Pembelajaran dalam kumpulan dapat memupuk para pelajar untuk berfikiran secara terbuka atau berfikir di luar kotak serta secara analitikal, kritikal dan praktikal. Apabila saya memberikan pelajar sesuatu situasi untuk diselesaikannya, pelajar-pelajar melihat masalah itu dari pelbagai perspektif. Sebagai contoh pelajar aliran sastera melihat dari aspek kualitatif manakala pelajar aliran sains saya pula melihat dari perspektif kuantitatif. Bagaimanapun kedua-dua golongan ini melihat sesuatu masalah yang diberikan secara alitikal, praktikal dan pragmatik. Hal ini akan mendorong pelajar pelajar saya untuk melihat sesuatu perkara itu sebagai peluang yang boleh mencetuskan idea baharu. Mereka juga terpaksa menggunakan minda yang kreatif untuk menemukan perspektif yang baru dalam penyelesaian masalah. Dalam bilik darjah, saya sentiasa memastikan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Setiap bahan yang digunakan merangkumi sifat-sifat, kelebihan dan kekurangan bahan yang digunakan dalam pembelajaran. Hal ini memerlukan pelajar bijak membezakan setiap bahan yang digunakan. Oleh itu kebolehan membandingkan dan membezakan dalam bab Kehakiman umpamanya amat diperlukan di samping penyelesaian masalah yang diberi. Tajuk Kehakiman yang merangkumi fungsi dan bidang kuasa mahkamah dan hakim contohnya lebih menjurus kepada soalan penyelesaian masalah yang dikemukakan berdasarkan situasi-situasi. Hal ini selaras dengan Sukatan Pelajaran Pengajian Am yang

menuntut pelajar supaya mentakrifkan mahkamah dan bidang kuasanya dengan tepat sebelum menyelesaikan masalah kehakiman yang diberi. Pelajar perlu memikirkan beberapa alternatif dan menentukan pilihan yang terbaik semasa menyelesaikan masalah dengan mengambil kira perkara-perkara penting kemudian menentukan keutamaan untuk menyelesaikan masalah.Penggunaan model kreatif dan inovasi akan membantu pelajar dalam cara belajar bab ini dengan lebih berkesan. Pelajar yang mengaplikasikan model ini dalam pembelajaran bab Kehakiman telah memahami bahawa kemahiran berfikir yang efektif perlu digunakan dalam menyelesaikan masalah kerana penyelesaian masalah Kehakiman juga sebagai proses kemahiran berfikir. Saya berpendapat bahawa penggunaan kaedah pemikiran kreatif dan inovasi dalam menyelesaikan masalah yang digunakan dalam pembelajaran, pelajar diharapkan menjadi seorang penyelesai masalah yang baik sama ada di dalam dan di luar sekolah. Kesimpulannya, kaedah penyelesaian masalah ini bukan sahaja telah berjaya merungkaikan segala kesulitan pelajar dalam pelajaran malah dapat membantu pelajar apabila mereka dewasa nanti. 5.0. PENGGUNAAN PETA MINDA DAN GRAFIK Untuk memantapkan penggunaan kreatif dan inovasi dalam bilik darjah, saya menggalakkan pelajar saya menggunakan alat-alat berfikir seperti peta minda dan untuk membantu mereka dalam memahami fakta-fakta dalam bab Perundangan dengan lebih mudah. Pelajar-pelajar digalakkan untuk mencatat nota dengan menggunakan peta minda. Hal ini adalah selaras dengan Abd.Rahim (1999) dan Buzan (1984) iaitu bagi meningkatkan daya ingatan, taakulan dan perkembangan pemikiran dalam sesuatu pembelajaran, konsep pemetaan minda boleh diketengahkan. Perundangan merupakan satu bab untuk pelajar memahami proses pembinaan ingatan yang bermula dari tajuk-tajuk kecil hinggalah tajuk-tajuk yang lebih rumit. Setiap proses yang dinyatakan dalam bab ini memerlukan kemahiran berfikir pelajar untuk membezakan setiap aras perundangan seperti perundangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Oleh yang demikian untuk mengelakkan pelajar-pelajar keliru dengan setiap proses yang dinyatakan, pelajar boleh menggunakan model pemikiran kreatif dan inovatif untuk bab ini. Teknik berfikir melalui operasi meta kognitif ini akan membantu individu menjana pemikiran secara kreatif dan kritis melalui peta minda dan penggunaan grafik. Selain itu peta minda yang lain adalah seperti 'relevance tree'. Saya akan memecahkan sesuatu tajuk utama kepada sub-tajuknya. Contoh yang biasa saya gunakan ialah Carta Organisasi sesebuah pertubuhan seperti Hierarki Kerajaan Pesekutuan Malaysia. Struktur organisasi ini dapat difahami dengan lebih jelas lagi dengan adanya pertalian 'line' dan 'staff'. Biasanya garisan biasa menunjukkan tanggunjgawab langsung kepada matlamat organisasi manakala garisan berputus-putus menunjukkan fungis staf yang berperanan menyokong dan menasihati ahli organisasi yang lain. Satu lagi bentuk peta minda yang saya gunakan untuk menggalakkan pelajar saya berfikir secara kreatif dan inovasi ialah rajah tulang ikan. Rajah ini biasanya saya gunakan untuk meneliti sebab dan punca masalah sesuatu proses atau organisasi. Teknik ini sangat diutamakan khususnya apabila saya mengajar tajuk-tajuk esei dalam kelas saya.

Kesimpulannya, penggunaan peta minda dan grafik seperti rajah, gambar rajah dan pelbagai bentuk visual lain mendorong pelajar saya berfikir secara lebih terbuka, kreatif dan inovatif

6.0 PENGGUNAAN TEKNIK GLUKOSA Seperti yang diketahui umum, GLUKOSA diperlukan untuk menghasilkan tenaga bagi metabolisme hayat. Saya telah menterjemahkan ini dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk menghasilkan idea-idea baharu. GLUKOSA yang diertikan adalah seperti berikut: G - ganti atau gabung L - lebihkan (diperbanyakkan dari segi kuantiti sesuatu unsur) U - ubahsuai (ubah warna, bentuk, proses, rasa, bau, bunyi dan lain-lain) K - kurangkan (diperkecilkan dari segi kuantiti sesuatu unsur) O - olakkan (diulang-ulang, diputar, dikisar dan dipusingkan) S - songsangkan (diterbalikkan dari segi masa, proses, arah dan lain-lain) A - aplikasi atau adaptasi. Untuk menghasilkan rekaan baharu, saya telah menggunakan GLUKOSA untuk meneliti sesuatu benda atau idea yang sedia ada. Teknik ini telah saya gunakan secara sengaja dan dijadikan sebagai suatu kebiasaan berfikir. GLUKOSA ini merupakan satu senarai semak (check list) Senarai semak ini telah diperluas lagi dan tidak rigid. Untuk memudahkan aplikasinya di bilik darjah maka suatu bentuk penyusun grafik dicadangkan. Contohnya adalah seperti berikut:

IDEA / PROSES /BENDA SEDIA ADA Idea / proses & bentuk baru Unsur/Ciri/Bahagian Senarai Semak Kemungkinan, Akibat & Kesan G L U K O S A Pelajar-pelajar diminta mengisi item yang dipelajari di ruang pertama. Selepas itu mereka dikehendaki nyatakan sebarang kemungkinan, akibat atau kesan yang berlaku terhadap item yang ditulisnya tadi di ruang ketiga. Selepas pelajar berfikir, sudah tentu dia akan memperoleh satu idea baharu. Jadi idea baharu itu akan ditulis di ruang akhir. Saya telah melakukan eksperimen ini setiap kali saya mengajar tajuk karangan. Karangan lebih sesuai kerana pelajar dapat memikirkan banyak idea baharu mengenainya.

Kesimpulannya, kaedah GLUKOSA amat sesuai bagi guru-guru bahasa yang perlu mengajar tajuk-tajuk karangan, rumusan, ringkasan dan karangan berpandu.

7.0 KAEDAH KEMAHIRAN KOGNITIF DAN INKUIRI Salah satu matlamat dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Am ialah pelajar dapat memikirkan sesuatu dengan kritis dan kreatif sesuai dengan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Dalam hali ini saya sebagai guru memberi tumpuan terhadap ketrampilan berbahasa yang dapat mendidik pelajar agar bertutur, cekap membaca dan dapat menulis dengan kreatif. Matlamat ini dapat dicapai melalui penghasilan karangan yang melibatkan hubungan pemikiran dan peluahan dalam bentuk tulisan. Menurut Mohd. Yusuf Hassan (1994), penulisan karangan adalah hubungan antara keupayaan pelajar berfikir dengan domain kognitif di samping domain afektif dan psikomotor. Dalam konteks pengajaran karangan, saya menggalakkan pelajar menulis rangka-rangka karangan sebelum memindahkannya dalam bentuk karangan lengkap. Beberapa kumpulan diwujudkan dan setiap ahli kumpulan digalakkan memberi pendapat mengenai tajuk yang bakal ditulis oleh mereka. Sokongan bahan bantu mengajar seperti keratan akhbar, rencana elektronik dan power point akan melahirkan pemikiran pelajar yang positif, kreatif dan inovatif. Penghasilan karangan oleh pelajar mempamerkan kemahiran berfikir setelah melalui pendedahan kemahiran berfikir setelah melihat, membaca dan menghayati bahan-bahan pengajaran yang telah saya sediakan sepanjang tempoh pengajaran karangan tersebut. Dalam memupuk kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi saya mengesyorkan Model Inkuiri dalam bilik darjah. Model Inkuiri ini merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Saya menjalankan aktiviti soal selidik ini supaya pelajar saya dapat mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya menggunakan dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Dalam Inkuiri terbimbing, saya telah membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Kajian jenis ini telah saya gunakan untuk membimbing pelajar tingkatan enam atas untuk menjalankan kajian seperti mana dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Model inkuiri ini amat berguna apabila saya menyuruh pelajar mencari bahan pembelajaran seperti keratan akhbar, rencana dari internet dan sebagainya. Pelajar dikehendaki mengumpul seberapa banyak maklumat yang bersesuaian dengan tajuk yang diberi guru. Kemudian saya akan menentukan sama ada bahan yang dicari pelajar itu sesuai atau tidak mengikut kehendak pelajaran pada hari tersebut. Model ini membantu pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bagi tajuk-tajuk Pengajian Am.

Kesimpulannya, kemahiran kognitif dan inkuiri membantu pelajar dapat menulis esei yang lebih berkualiti, berfikir secara logik, boleh memuatkan atau mengisi buah fikiran di lokasi yang sesuai dalam wacana penulisan atau lisan. Tanpa kemhiran kognitif pelajar tidak dapat memiliki kemahiran ingin mengetahui. 8.0 PENUTUP Kesimpulannya, sekolah memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan para pelajar yang kreatif dan inovatif dan kompeten selaras dengan pembentukan Modal Insan bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Hal ini disebabkan golongan pelajar yang akan menjadi pemimpin negara pada masa yang akan datang adalah golongan yang sedang berada di universiti dan sekolah sekarang. Merekalah yang akan jadi pemimpin, pengurus, penggerak pembangunan negara seterusnya merekalah yang akan menjadi golongan yang akan berusaha memajukan negara di samping menikmati apa juga kejayaan yang telah diusahakan oleh generasi terdahulu. Oleh itu, jelas kelihatan bahawa sekolah memainkan peranan yang amat besar dalam melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dan kompeten untuk keperluan masa depan negara. Pembangunan modal insan seperi dituntut dalam Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembanguan Pendidikan memerlukan pemikiran rakyat yang dinamik dan berkualiti terutama dari segi kefahaman dan penerokaan fikiran. Untuk membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, guru-guru hendaklah sanggup menghadapi perubahan dan berpandangan jauh ke hadapan.

SENARAI RUJUKAN Abdul Rahim Hussein (1996). Memupuk Kemahiran Berfikir. Umida Industries Sdn. Bhd., Skudai ; Ainon Mohd (1996). Belajar Berfikir : Teknik Menjalankan Daya Fikir. Utusan Publications, Kuala Lumpur Buzan, (1984), Mind Mapping: Kickstart Your Creativity and Transform Your Life, Amazon: London De Bono, E. (1997). Pemikiran Lateral ; Golden Books Centre Sdn. Bhd., Kuala Lumpur De Bono, E (1993). Atlas of Management Thinking.: Penguin Books, London Kemmis, (1988) The Action Research Reader. Victoria: Deakin University.

Mohd Yusof Hassan, (1994), Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, Poh Swee Hong, (1999) "Creative Thinking - Study and Teaching" , Kumpulan Budiman : Subang Jaya Posted 2nd October 2010 by Dr. R. DHANAPAL asal 28 ayat 3 Peraturan Pemerintah No. 19 Tahun 2005 tentang Standar Nasional Pendidikan secara tegas dinyatakan bahwa ada empat kompetensi yang harus dimiliki guru sebagai agen pembelajaran. Keempat kompetensi itu adalah kompetensi pedagogik, kompetensi kepribadian, kompetensi professional dan kompetensi sosial. Dalam Panduan Sertifikasi Guru bagi LPTK Tahun 2006 yang dikeluarkan Direktur Ketenagaan Dirjen Dikti Depdiknas disebutkan bahwa kompetensi merupakan kebulatan penguasaan pengetahuan, keterampilan dan sikap yang ditampilkan melalui unjuk kerja. Kepmendiknas No. 045/U/2002 menyebutkan kompetensi sebagai seperangkat tindakan cerdas dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas sesuai dengan pekerjaan tertentu. Jadi kompetensi guru dapat dimaknai sebagai kebulatan penetehuan, keterampilan dan sikap yang berwujud tindakan cerdas dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan tugas sebagai agen pembelajaran. Majid (2005:6) menjelaskan kompetensi yang dimiliki oleh setiap guru akan menunjukkan kualitas guru dalam mengajar. Kompetensi tersebut akan terwujud dalam bentuk penguasaan pengetahuan dan profesional dalam menjalankan fungsinya sebagai guru. Diyakini Robotham (1996:27), kompetensi yang diperlukan oleh seseorang tersebut dapat diperoleh baik melalui pendidikan formal maupun pengalaman. Syah (2000:229) mengemukakan pengertian dasar kompetensi adalah kemampuan atau kecakapan. Usman (1994:1) mengemukakan kompentensi berarti suatu hal yang menggambarkan kualifikasi atau kemampuan seseorang, baik yang kualitatif maupun yang kuantitatif. McAhsan (1981:45), sebagaimana dikutip oleh Mulyasa (2003:38) mengemukakan bahwa kompetensi: is a knowledge, skills, and abilities or capabilities that a person achieves, which become part of his or her being to the extent he or she can satisfactorily perform particular cognitive, affective, and psychomotor behaviors. Dalam hal ini, kompetensi diartikan sebagai pengetahuan, keterampilan, dan kemampuan yang dikuasai oleh seseorang yang telah menjadi bagian dari dirinya, sehingga ia dapat melakukan perilaku-perilaku kognitif, afektif, dan psikomotorik dengan sebaik-baiknya. Kompetensi guru pada hakikatnya tidak bisa lepas dari konsep hakikat guru dan hakekat tugas guru(Spencer 1993:7). Kompetensi guru mencerminkan tugas dan kewajiban guru yang harus dilakukan sehubungan dengan arti jabatan guru yang menuntut suatu kompetensi tertentu sebagaimana telah disebutkan. Ace Suryadi (1999:298-304) mengemukakan bahwa untuk mencapai taraf kompetensi seorang guru memerlukan waktu lama dan biaya mahal. Kompetensi guru adalah salah satu faktor yang mempengaruhi tercapainya tujuan pembelajaran dan pendidikan disekolah, namun kompetensi guru tidak berdiri sendiri, tetapi dipengaruhi latar belakang

pendidikan, pengalaman mengajar, dan lamanya mengajar. Kompetensi guru dapat dinilai penting sebagai alat seleksi dalam penerimaan calon guru, juga dapat dijadikan sebagai pedoman dalam rangka pembinaan dan pengembangan tenaga guru.Sealain itu, penting dalam hubungannya kegiatan belajar mengajar dan hasil belajar siswa. Untuk seorang guru perlu mengetahui dan dapat menerapkan beberapa prinsip mengajar agar ia dapat menerapkan beberapa prinsip mengajar agar ia dapat melaksanakan tugasnya secara professional, yaitu sebagai berikut (Dr. H. Hamzah : 16) : 1. Guru harus dapat membangkitkan perhatian peserta didik pada materi pelajaran yang diberikan serta dapat mengggunakan berbagai media dan sumber belajar yang bervariasi. 2. Guru harus dapat membangkitkan minat peserta didik untuk aktif dalam berfikir serta mencari dan menemukan sendiri pengetahuan. 3. Guru harus dapat membuat urutan (sequence) dalam pemberian pelajaran dan penyesuaian dengan usia dan tahapan tugas perkembangan peserta didik. 4. Guru perlu menghubungkan pelajaran yang akan diberikan dengan pengetahuan yang telah dimiliki peserta didik (kegiatan apersepsi), agar peserta didik menjadi lebih mudah dalam memahami pelajaran yang diterimanya. 5. Sesuai dengan prinsip repetisi dalam proses pembelajaran, diharapkan guru dapat menjelaskan unit pelajaran secara berulang-ulang hingga tanggapan peserta didik menjadi jelas. 6. Guru wajib memerhatikan dan memikirkan korelasi antara mata pelajaran dan/atau praktik nyata dalam kehidupan sehari-hari. 7. Guru harus terus menjaga konsentrasi belajar para peserta didik dengan cara memberikan kesempatan berupa pengalaman secara langsung, mengamati/meneliti, dan menyimpulkan pengetahuan yang didapatnya. 8. Guru harus dapat mengembangkan sikap peserta didik dalam membina hubungan sosial, baik di dalam kelas maupun diluar kelas. 9. Guru harus menyelidiki dan mendalami perbedaan peserta secara individual agar dapat melayani siswa sesuai dengan perbedaan tersebut. 10. 2. DIMENSI-DIMENSI KOMPETENSI GURU Menurut Undang-undang No.14 tahun 2005 tentang Guru Dan Dosen pasal 10 ayat (1) kompetensi guru meliputi kompetensi pedagogik, kompetensi kepribadian, kompetensi sosial, dan kompetensi profesional yang diperoleh melalui pendidikan profesi. 1. Kompetensi Paedagogik Guru

Undang-undang No. 14 Tahun 2005 tentang Guru dan Dosen dikemukakan kompetensi pedagogik adalah kemampuan mengelola pembelajaran peserta didik. Depdiknas (2004:9) menyebut kompetensi ini dengan kompetensi pengelolaan pembelajaran. Kompetensi Menyusun Rencana Pembelajaran menurut Joni (1984:12), adalah kemampuan merencanakan program belajar mengajar mencakup kemampuan: (1) merencanakan pengorganisasian bahan-bahan pengajaran (2) merencanakan pengelolaan kegiatan belajar mengajar (3) merencanakan pengelolaan kelas (4) merencanakan penggunaan media dan sumber pengajaran (5) merencanakan penilaian prestasi siswa untuk kepentingan pengajaran. Depdiknas (2004:9) mengemukakan kompetensi penyusunan rencana pembelajaran meliputi: (1) mampu mendeskripsikan tujuan (2) mampu memilih materi (3) mampu mengorganisir materi (4) mampu menentukan metode/strategi pembelajaran (5) mampu menentukan sumber belajar/media/alat peraga pembelajaran (6) mampu menyusun perangkat penilaian (7) mampu menentukan teknik penilaian (8) mampu mengalokasikan waktu. 1. Kompetensi Kepribadian Guru Kepribadian yang mantap dari sosok seorang guru akan memberikan teladan yang baik terhadap anak didik maupun masyarakatnya, sehingga guru akan tampil sebagai sosok yang patut digugu (ditaati nasehat/ucapan/perintahnya) dan ditiru (di contoh sikap dan perilakunya).Kepribadian guru merupakan faktor terpenting bagi keberhasilan belajar anak didik. Kepribadian mencakup semua unsur, baik fisik maupun psikis. Sehingga dapat diketahui bahwa setiap tindakan dan tingkah laku seseorang merupakan cerminan dari kepribadian seseorang, selama hal tersebut dilakukan dengan penuh kesadaran. Setiap perkataan, tindakan, dan tingkah laku positif akan meningkatkan citra diri dan kepribadian seseorang.

Sebagai seorang model guru harus memiliki kompetensi yang berhubungan dengan pengembangan kepribadian (personal competencies), di antaranya: (1) kemampuan yang berhubungan dengan pengalaman ajaran agama sesuai dengan keyakinan agama yang dianutnya; (2) kemampuan untuk menghormati dan menghargai antarumat beragama; (3) kemampuan untuk berperilaku sesuai dengan norma, aturan, dan sistem nilai yang berlaku di masyarakat; (4) mengembangkan sifat-sifat terpuji sebagai seorang guru misalnya sopan santun dan tata karma dan; (5) bersikap demokratis dan terbuka terhadap pembaruan dan kritik. Zakiah Darajat dalam Syah (2000:225-226) menegaskan bahwa kepribadian itulah yang akan menentukan apakah ia menjadi pendidik dan pembina yang baik bagi anak didiknya, ataukah akan menjadi perusak atau penghancur bagi masa depan anak didiknya terutama bagi anak didik yang masih kecil (tingkat dasar) dan mereka yang sedang mengalami kegoncangan jiwa (tingkat menengah). Gumelar dan Dahyat (2002:127) merujuk pada pendapat Asian Institut for Teacher Education, mengemukakan kompetensi pribadi meliputi (1) pengetahuan tentang adat istiadat baik sosial maupun agama, (2) pengetahuan tentang budaya dan tradisi, (3) pengetahuan tentang inti demokrasi, (4) pengetahuan tentang estetika, (5) memiliki apresiasi dan kesadaran sosial, (6) memiliki sikap yang benar terhadap pengetahuan dan pekerjaan, (7) setia terhadap harkat dan martabat manusia. Arikunto (1993:239) mengemukakan kompetensi personal mengharuskan guru memiliki kepribadian yang mantap sehingga menjadi sumber inspirasi bagi subyek didik, dan patut diteladani oleh siswa.Berdasarkan uraian di atas, kompetensi kepribadian guru tercermin dari indikator (1) sikap, dan (2) keteladanan. 1. Kompetensi Sosial Surya (2003:138) mengemukakan kompetensi sosial adalah kemampuan yang diperlukan oleh seseorang agar berhasil dalam berhubungan dengan orang lain. Dalam kompetensi sosial ini termasuk keterampilan dalam interaksi sosial dan melaksanakan tanggung jawab sosial. Gumelar dan Dahyat (2002:127) merujuk pada pendapat Asian Institut for Teacher Education, menjelaskan kompetensi sosial guru adalah salah satu daya atau kemampuan guru untuk mempersiapkan peserta didik menjadi anggota masyarakat yang baik serta kemampuan untuk mendidik, membimbing masyarakat dalam menghadapi kehidupan di masa yang akan datang. Johnson sebagaimana dikutip Anwar (2004:63) mengemukakan kemampuan sosial mencakup kemampuan untuk menyesuaikan diri kepada tuntutan kerja dan lingkungan sekitar pada waktu membawakan tugasnya sebagai guru. Arikunto (1993:239) mengemukakan kompetensi sosial mengharuskan guru memiliki kemampuan komunikasi sosial baik dengan peserta didik, sesama guru, kepala sekolah, pegawai tata usaha, bahkan dengan anggota masyarakat.

Berdasarkan uraian di atas, kompetensi sosial guru tercermin melalui indikator (1) interaksi guru dengan siswa, (2) interaksi guru dengan kepala sekolah, (3) interaksi guru dengan rekan kerja, (4) interaksi guru dengan orang tua siswa, dan (5) interaksi guru dengan masyarakat. 1. Kompetensi Profesional Guru Menurut Undang-undang No. 14 tahun 2005 tentang Guru dan Dosen, kompetensi profesional adalah kemampuan penguasaan materi pelajaran secara luas dan mendalam. Maksudnya, kompetensi profesional adalah kompetensi atau kemampuan yang berhubungan dengan penyesuaian tugas-tugas keguruan. Surya (2003:138) mengemukakan kompetensi profesional adalah berbagai kemampuan yang diperlukan agar dapat mewujudkan dirinya sebagai guru profesional. Kompetensi profesional meliputi kepakaran atau keahlian dalam bidangnya yaitu penguasaan bahan yang harus diajarkannya beserta metodenya, rasa tanggung jawab akan tugasnya dan rasa kebersamaan dengan sejawat guru lainnya. Semiawan (1991) bahwa pemenuhan persyaratan guru profesional akan mengubah peran guru yang semula sebagai orator yang verbalistis menjadi berkekuatan dinamis dalam menciptakan suatu suasana dan lingkungan belajar yang invitation learning environment. Soewondo, 1972 dalam Arifin 2000, dalam rangka peningkatan mutu pendidikan, guru memiliki multi fungsi yaitu sebagai fasilitator, motivator, informator, komunikator, transformator, change agent, inovator, konselor, evaluator, dan administrator. Gumelar dan Dahyat (2002:127) merujuk pada pendapat Asian Institut for Teacher Education, mengemukakan kompetensi profesional guru mencakup kemampuan dalam hal: 1. mengerti dan dapat menerapkan landasan pendidikan baik filosofis, psikologis 2. mengerti dan menerapkan teori belajar sesuai dengan tingkat perkembangan perilaku peserta didik 3. mampu menangani mata pelajaran atau bidang studi yang ditugaskan kepadanya 4. mengerti dan dapat menerapkan metode mengajar yang sesuai 5. mampu menggunakan berbagai alat pelajaran dan media serta fasilitas belajar lain 6. mampu mengorganisasikan dan melaksanakan program pengajaran 7. mampu melaksanakan evaluasi belajar 8. mampu menumbuhkan motivasi peserta didik. Tingkat keprofesionalan seorang guru dapat dilihat dari kompetensi sebagai berikut:

1. kemampuan untuk menguasai landasan kependidikan, misalnya paham akan tujuan pendidikan yang harus dicapai baik tujuan nasional, institusional, kurikuler dan tujuan pembelajaran 2. pemahaman dalam bidang psikologi pendidikan, misalnya paham tentang tahapan perkembangan siswa, paham tentang teori-teori belajar 3. kemampuan dalam penguasaan materi pelajaran sesuai dengan bidang studi yang diajarkannya 4. kemampuan dalam mengaplikasikan berbagai metodologi dan strategi pembelajaran 5. kemampuan merancang dan memanfaatkan berbagai media dan sumber belajar 6. kemampuan dalam melaksanakan evaluasi pembelajaran 7. kemampuan dalam menyusun program pembelajaran 8. kemampuan dalam melaksanakan unsur penunjang, misalnya administrasi sekolah, bimbingan dan penyuluhan 9. kemampuan dalam melaksanakan penelitian dan berpikir ilmiah untuk meningkatkan kinerja. Apabila syarat-syarat profesionalisme guru di atas itu terpenuhi akan mengubah peran guru yang tadinya pasif menjadi guru yang kreatif dan dinamis. Pengembangan profesionalisme guru menjadi perhatian secara global, karena guru memiliki tugas dan peran bukan hanya memberikan informasiinformasi ilmu pengetahuan dan teknologi, melainkan juga membentuk sikap dan jiwa yang mampu bertahan dalam era hiperkompetisi. Tugas guru adalah membantu peserta didik agar mampu melakukan adaptasi terhadap berbagai tantangan kehidupan serta desakan yang berkembang dalam dirinya. Pemberdayaan peserta didik ini meliputi aspek-aspek kepribadian terutama aspek intelektual, sosial, emosional, dan keterampilan.

Anda mungkin juga menyukai