Anda di halaman 1dari 44

ESS 222/MEI 2013

Aktiviti Ko Kurikulum

SEKAPUR SIRIH

Alhamdulillah
Segala puji-pujian bagi ALLAH SUBHANA HU WATA`ALA.
Tidak akan terhasil walau satu huruf apatah lagi ayat demi ayat sehingga terhasilnya
tugasan ini tanpa ada Keizinan dariMU. Syukur ke hadratMU YA ALLAH.
Terlebih dahulu kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
izin dan kurnianya dapatlah saya mengikuti Program Sarjana Muda Pengajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia bersama asiaeuniversity (AeU) Cawangan Melaka.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengalunkan setinggi penghargaan dan terima
kasih buat ENCIK RAMLE BIN TAIB atas segala dorongan dan bimbingan serta
tunjuk ajar sehinggalah sempurnanya tugasan ini dihasilkan. Walaupun ianya satu
dugaan yang agak berat kerana telah lama meninggalkan alam belajar dan komitmen
lain dalam melayari sebuah kehidupan, tetapi sokongan daripada pensyarah dan
rakan-rakan menguatkan semangat dan iltizam saya untuk mencapai kejayaan.
Semoga segala pengalaman pahit dan manis yang dilalui dapat menyegar dan
memantapkan kembali proses pembelajaran kami dengan kaedah pembelajaran AeU
pada semester yang akan datang.

Akhirnya, saya dengan penuh rasa insaf dan rendah diri ingin melafazkan setinggi
kesyukuran dan terima kasih khusus buat suami dan anak-anak yang amat
memahami. Buat bonda dan ayahnda izinkan anakanda melunaskan dan membayar
kembali segala harapan kalian berdua yang telah di kesampingkan suatu waktu
dahulu. Doa dan restu ayah bonda, suami dan anak-anak diharap mengiringi sebuah
kejayaan di masa akan datang.

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

-1-

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

PRAKATA
ISI KANDUNGAN

1
2

PENGENALAN
BAHAGIAN A

Pendapat Murid

BAHAGIAN B
Laporan Kejohanan Sukan
Pendahuluan
Rasional
Matlamat
Objektif
Pengurusan Mesyuarat
Laporan Sebelum
Laporan Semasa
Laporan Selepas
Penilaian Murid
Pengurusan Kewangan
Refleksi
Penutup
Rujukan
Lampiran

9
9
10
10
11
18
19
21
22
23
24
27
28
29

PENGENALAN

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan juga intelek,
(JERI). Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan
kepada sukan untuk semua dan juga sukan untuk kecemerlangan. Dasar ini memberi
perhatian yang utama kepada murid supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti
sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap
dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

-2-

dan

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal


murid selaras dengan ungkapan Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang
Sihat. Dalam konteks ini,bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi
melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi
sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru,
pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar dapat
mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan dasar satu murid satu
sukan (1M1S) diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan mula
dilaksanakan di sekolah-sekolah pada tahun 2011 agar setiap murid menikmati
manfaat bersukan sama ada mereka mengambi bahagian dalam acara atau pun dalam
pengurusan yang berkaitan dengan sukan dengan harapan dapat membentuk generasi
yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akedemik.
Walau apa pun

jenis sukan yang ingin diceburi oleh para pelajar atau

program sukan yang ingin dilaksanakan di sekolah, perancangan dan latihan


yang rapi sangat diperlukan bagi menjayakan program yang telah dirancangkan.
K ejayaan sesuatu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah terletak pada
perancangan yang rapi dan teratur serta komitmen ya n g t i n g g i d a n padu
daripada seluruh warga sekolah
BAHAGIAN A
PENDAPAT MURID TENTANG PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI
KOKURIKULUM
Dalam bahagian ini seramai 5 orang murid telah dipilih sebagai responden
yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 perempuan telah dipilih secara rawak bagi
menjayakan laporan ini. Mereka ditemu bual secara berasingan bagi mengelak
mereka dari merasa takut untuk memberikan jawapan yang berbeza dari kawankawan mereka. Sebanyak sepuluh soalan telah dikemukakan kepada mereka yang
mana keseluruhan soalannya berkaitan dengan kegiatan kokurikulum dan juga sukan.
Program ini dilaksanakan secara temubual sepenuhnya. .
Antara soalan yang diajukan

-3-

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

1. Adakah anda tahu apa itu kegiatan kokurikulum


2. Adakah anda minat dengan kegiatan kokurikulum
3. Mengapa anda minat atau tidak minat melibatkan diri dengan kegiatan
kokurikulum
4. Apakah faedah kokurikulum bagi anda
5. Adakah anda terlibat dengan aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan
di sekolah.
6. Adakah masalah kesuntukan masa, masalah kewangan atau tinggal jauh
dari sekolah menghalang anda melibatkan diri dengan kegiatan
kokurikulum
7. Adakah anda diberi peluang yang mencukupi untuk melibatkan diri
dengan aktiviti kokurikulum dan sukan.
8. Adakah pihak sekolah dan guru-guru memberi dorongan kepada kamu
dalam kegiatan kokurikulum
9. Adakah ibubapa menggalakan anda melibatkan diri dengan kegiatan
kokurikulum? Mengapa?
10. Sejauh manakan kelengkapan dan kemudahan untuk kokurikulum
memuaskan, jelaskan.

Hasil dari temubual yang telah dijalankan, kebanyakan mereka telah


memberikan jawapan dan pendapat yang hampir sama bagi soalan bagi sesetengah
soalan. Ini dapat dilihat dalam hasil temuabual yang telah dijalankan pada soalan
satu, dua, lima, enam, lapan dan juga sembilan.
Soalan pertama, kelima-lima responden telah memberi jawapan yang hampir
sama. Mereka semuanya menjawab tahu apa itu kegiatan kokurikulum. Berdasarkan
jawapan mereka, menunjukkan mereka peka dengan apa itu kegiatan kokurikulum.
Mereka jelaskan lagi bahagian kokurikulum yang terdapat disekolah, seperti sukan
dan permainan, unit beruniform dan juga kelab dan persatuan. Terdapat juga dari
mereka yang menjadi dalam kelab-kelab tersebut.
Soalan kedua pula mereka semuanya mempunyai jawapan yang sama, iaitu
sangat berminat dalam kegiata kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Ini jelas,

-4-

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

semasa ditemubual mereka semuanya merupakan ahli-ahli unit kokurikulum di


peringkat tinggi. Dua dari mereka adalah pengerusi, seorang bendahari dan seorang
setiausaha.
Soalan ketiga pula, walaupun mereka telah memberi jawapan yang sama pada
soalan 2, iaitu berminat, akan tetapi bagi soalan peringkat kedua bagi soalan ini, iaitu
mengapa mereka minat. Mereka telah memberi jawapan yang berbagai bagi
menjelaskan mengapa mereka amat berminat dengan kegiatan kokurikulum yang
terdapat di sekolah. Ada yang menjawab dengan mengikuti kegiatan kokurikulum
yang dijalankan di sekolah akan dapat melatih diri untuk berdikari dan dapat
mendisiplinkan diri. Ada juga yang memberi pendapat bahawa dengan mengikuti
kegiatan ini dapat mengelakkan diri membuang masa dengan sia-sia dan dapat
mencari ramai kawan. Terdapat juga pendapat dari mereka yang mengatakan bahawa
kegiatan kokurikulum ini dapat lebih membuka minda untuk berfikir dengan lebih
maju dan dapat membantu dalam peningkatan pelajaran di sekolah. Dari jawapan
yang telah mereka berikan menunjukkan mereka amat berminat dan tahu akan fungsi
kegiatan kokurikulum di sekolah.
Bagi soalan empat pula, mereka telah memberi jawapan masing-masing.
Kebanyakan mereka telah memberi jawapan yang hampir sama dengan jawapan pada
soalan yang ketiga. Bagi solan ini mereka telah menjawab pada seaolan yang ketiga.
Mereka kebanyakannya faham akan faedah yang diperoleh dari kegiatan
kokurikulum ini. Terdapat juga dari responden yang menyatakan dengan menyertai
kogiatan ini dapat memberi markah yang lebih sekiranya mereka ingin menyambung
pelajaran ke sekolah berasrama. Apabila di ajukan soalan, dari mana mereka dapat
tahu perkara ini, mereka dari guru dan juga ibu bapa mereka. Ini menunjukkan ibu
bapa mereka juga peka dalam hal ini.
Bagi soalan yang kelima pula ialah tentang penglibatan mereka dalam
kegiatan kokurikulum di sekolah. Kebanyakan mereka merupakan ahli jawatankuasa
tertinggi di peringkat murid di sekolah sebagaimana yang telah dijelaskan pada
soalan yang kedua lepas. Mereka juga merupakan wakil sekolah dalam acara sukan
dan permainan seperti hoki. bola jaring dan juga olahraga. Kesemua responden
adalah murid yang bergiat aktif dalam kokurikulum dan juga sukan di sekolah.

-5-

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

Bagi soalan keenam, berkaitan dengan masa, rata-rata mereka menyatakan


masalah yang sama, iaitu kesuntukan masa yang mereka alami. Ini kerana mereka
terlibat dengan sekolah agama di sebelah petang, pada hari sabtu pula mereka terlibat
dengan kelas tambahan bagi menghadapi peperiksaan UPSR. Mereka terpaksa
korbankan sesetengan masa mereka untuk mengikuti kegiatan ini. ini kerana mereka
amat berminat dengannya. Masalah kewangan pula mereka tidak menghadapi
masalah kerana setiap kali perjumpaan dan latihan, makanan dan minuman mereka
bawa sendiri dari rumah, yang di sediakan oleh ibu bapa mereka. tempat tinggal juga
tidak menjadi masalah bagi mereka. kebanyakan mereka tinggal berhampiran denga
sekolah. hanya seorang sahaja yang agak jauh namun kerjasama dari ibu bapa amat
baik. Jika ada melibatkan di luar sekolah pula mereka menyatakan bahawa semuanya
diuruskan oleh pihak sekolah. Bagi soalan ini hanya masa sahaja yang menjadi
masalah pada mereka, terutama jika ada temasya permainan dan juga sukan.
Bagi soalan yang ketujuh pula kebanyakan responden memberikan jawapan
yang berbagai. Kebanyakan mereka menyatakan tidak di berikan peluang yang
mencukupi untuk melibatkan diri. Lenbih-lebih lagi mereka semua murid tahun 6.
Kebanyakan dari guru lebih mementingkan pada pembelajaran, lebih-lebih lagi
mereka dari kelas elit, yanga mana kelas harapan sekolah untuk melonjakkan nama
sekolah. Jika diperhatikan, memang sesetengah sekolah hanya menekankan pada
pencapaian, lebih-lebih lagi apabila ada anugerah yang akan diperolehi oleh sekolah.
Pelaksanaan dasar MMI juga telah sedikit sebanyak menghalang kegiatan ini
dilaksanakan oleh sesetengah sekolah. Begitu juga dengan karenah sesetengah pihak
pengurusan sekolah agama petang,
Bagi soalan lapan, kesemua mereka telah memberikan jawapan yang sama,
iaitu pihak sekolah telah memberikan kerjawama yang dorongan dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah. Terutama sekali apabila melibatkan pertandingan dengan
pihak luar, samaada diperingkat zon atau pun daerah.
Begitu juga dengan soalan yang ke sembilan. Semua responden telah
menyatakan bahawa mereka mendapat galakan dan dorongan yang tinggi dari ibu
bapa mereka. Mereka menyatakan ibu bapa mereka tidak menghalang mereka bergiat
secara aktif dalam kegiatan kokurikulum dan juga sukan. Malah mereka menyatakan
ibubapa mereka sanggup membantu dalam sesetengan kegiatan yang dijalankan oleh
-6-

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

pihak sekolah. Dari temubual yang dijalankan terdapat dari pihak ibu bapa yang
sanggup turun ke sekolah bersama-sama dalam melatih wakil-wakil sekolah dalam
beberapa kegiatan kokurikulum seperti, permainan hoki, perkhemahan dan juga
kawad.
Bagi persoalan kedua untuk soalan ke sembilan iaitu mengapa ibu bapa
mereka melibatkan diri, terdapat sedikit perbezaan pada pendapat mereka. Antara
pendapat yangn mereka berikan antaranya, ibu bapa sememangnya amat berminat
dengan kegiatan ini dan sanggup turut serta dalam kegiatan sekolah. Ada yang
berpendapat bahawa dengan kegiatan ini dapat mengawal anak-anak mereka dari
gejala yang tidak sihat, ada yang mengatakan dapat membantu anaka mereka
berdikari dan juga dapat memenuhi masa dengan kegiatan yang berfaedah, ada yang
mengatakan dengan kegiatan ini, semua kegiatan dan perlakuan anak-anak dalam
kawalan dan terjamin, malah ada yang mengatakan dengan kegiatan ini anak-anak
mereka terkawal. Selain itu terdapat juga yang berpendapat dengan menyertai
kegiatan ini dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajaran anak mereka. Ini
menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pihak ibubapa tiada halangan dan
masalah dengan kegiatan kokurikulum. namun begitu terdapat juga sesetengahnya
dari mereka merungut jika prestasi anak mereka merundum atau jatuh.
Soalan sepuluh pula berkaitan dengan kelengkapan dan kemudahan yang ada
di sekolah bagi perjalanan kegiatan kokurikulum dan sukan memuaskan. Dapatan
dari hasil temubual menyatakan bahawa mereka telah memberikan jawapan yang
berbeza. Ini mungkin berlaku kerana mereka dari bidang dan unit yang berbeza. Bagi
unit sukan hoki, mereka menyatakan tiada masalah kerana segala kelengkapan
mencukupi, dan mendapat kerjasama dari pengurusan PIBG sekolah dengan baik.
Bagi unit lain pula mereka menyatakan ianya kurang mencukupi. Ini jelas pada
pandangan mereka apabila aktiviti perkhemahan ingin dijalankan, terpaksa
meminjam khemah dari sekolah lain untuk menampung peserta perkhemahan. Ratarata mereka berpendapat bahawa kelengkapan dan kemudahan di sekolah perlu di
pertingkatkan lagi.
Rumusan dari temubual yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kegiatan
kokurikulum dan juga sukan masih lagi releven dalam dunia pendidikan pada masa
kini. Bertepatanlah dengan apa yang telah Kementerian Pelajaran Malaysia inginkan
-7-

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

dengan pelaksanaan 1 murid 1 sukan (1M1S) di sekolah-sekolah seluruh negara.


Ianya bukan hanya tertumpu pada acara sukan semata-mata. mala ianya meliputi
keseluruhannya termasuklah pengurusan pelaksanaan dan sebagainya, termasuklah
persatuan dan unit beruniform.
Sekiranya tanpa kerjasama dari semua pihak termasuk masyarakat setempat
dasar ini tidak akan berjaya dan dengan kegiatan kokurikulum di sekolah dan juga
sukan dan permainan akan hanya sekadar pada kertas kerja sahaja, pelaksanaannya
tidak dijalankan.

BAHAGIAN B
LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
PENDAHULUAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan insividu. Melalui
kkegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam
bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat
mendisplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat
dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek,
jasmani, rohani, emosi dan juga sosial. Atas kesedaran inilah, maka Sekolah
Kebangsaan Simpang 5 Pekan, Ledang telah mengadakan satu kejohanan Padang dan
Balapan ( Kejohonan Sukan Tahunan ), yang mana menjurus kepada pembentukan
yang

seimbang.

Melalui

kejohanan

ini diharapkan

dapat

menggalakkann

pembangunan diri murid-murid Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan sekaligus


mencapai kearah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
-8-

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

RASIONAL
Rasional kejohanan ini di adakan adalah seperti berikut :1.

Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid Sekolah


Kebangsaan Simpang 5 Pekan dalam menyertai acara-acara yang di
pertandingan dalam satu kejohanan olahraga.

2.

Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara


olahraga.

3.

Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

MATLAMAT
Kejohanan Padang dan balapan ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid
Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan dengan acara-acara sukan olahraga serta
memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan
ini juga untuk mengcungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga bagi
mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

OBJEKTIF AM
Melalui kejohanan Padang dan Balapan ini, diharapkan murid dapat :i.

Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

ii.

Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba

iii.

Memupuk semangan kerjasama dan berganding bahu di dalam satu


pasukan.

-9-

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

iv.

Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru serta
warga sekolah.

OBJEKTIF KHUSUS
Melalui kejohanan Padang dan Balapan ini, diharapkan:
i.

Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan olahraga untuk


diserlahkan kepada peringkat yang lebih tinggi

ii.

Dapat mencungkil bakat murid dalam sukan olahraga untuk dilatih


sebagai wakil sekolah ke peringkat yang lebih tinggi sama ada peringkat
daerah dan juga negeri.

iii.

Mengenal pasti bakat istimewa yang terdapat dalam kalangan murid


mengikut jenis acara untuk ke peringkat lebih tinggi.

PENGURUSAN MESYUARAT
Bagi melicinkan perjalanan sesuatu program yang dirancangkan, mesyuarat
merupakan satu cara yang paling berkesan untuk menyelesaikan tugas dan masalah
yang berkaitan dengan organisasi atau persatuan. Setiap mesyuarat yang dijalankan
mestilah mempunyai prosedur, proses dan tujuan yang tersendiri.
Bagi temasya kali ini satu mesyuarat khas telah diadakan pada 21 September
2012 bagi membentuk dan melantik jawatan kuasa kerja bagi temasya sukan kali ini.
Surat edaran dan jemputan mesyuarat telah diedarkan dua minggu sebelum
mesyuarat. Antara agenda mesyuarat pada kali ini antaranya :

Ucapan pengerusi

Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

Perkara-perkara berbangkit

Membincangkan hal Sukan Tahunan Sekolah


a. Tarikh
- 10 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

b. Hari
c. Masa
d. Tempat

Melantik ahli jawatan kuasa kerja

Tugas-tugas ahli jawatan kuasa kerja

Kewangan sukan

Hal-hal lain

Setelah mesyuarat dijalankan dan penerangan disampaikan maka terbentuklah


jawatan kuasa kerja sukan Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan bagi tahu 2012.

MAJLIS SUKAN SEK. KEB. SIMPANG 5 PEKAN, LEDANG


TAHUN 2012

Pengerusi

: En Salan bin Ali - Guru Besar SK. Gersek

Naib Pengerusi

: Pn Aizah bt Ghazali - GPK Ko Kurikulum

Setiausaha

: En Abd. Hafiz b Abd Aziz - S/U Sukan

Penolong Setiausaha : Pn Noriha bt Irsat - S/U KOKO


Bendahari

: Pn Normala bt Maarof

AJK

:
Pn Rosnah bt Mohd Noh

- GPK Pentadbiran

Pn Sariah bt Somadi

- GPK HEM

En Ahmad bin Md Nor

- YDP PIBG

Pn Khuzainah bt Ahmad

- NYDP

En Md Ehsan bin Osman

- Ketua Kampung

En Sarman bin Pawiro

- Pengerusi Belia 4B
- 11 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

En Nabil bin Borhanuddin

- Ketua Penasihat Rumah Merah (Bendahara)

En Yahya bin A. Rahim

- Ketua Penasihat Rumah Biru ( Syahbandar)

En Izuldin bin Che Omar

- Ketua Penasihat Rumah Kuning (Laksamana)

Pn Salmizan bt Salam

- Ketua Penasihat Rumah Hijau (Temenggong)

JAWATANKUASA PENGELOLA
KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SEK. KEB. SIMPANG 5 PEKAN
LEDANG, JOHOR

Pengerusi

: En Salan bin Ali - Guru Besar SK. Gersek

Naib Pengerusi

: Pn Aizah bt Ghazali - GPK Ko Kurikulum

Setiausaha

: En Abd. Hafiz b Abd Aziz - S/U Sukan

Penolong Setiausaha : Pn Noriha bt Irsat - S/U KOKO


Bendahari

: Pn Normala bt Maarof

1. Urusetia

2. Kepegawaian dan Pembantu Sukan

Pn Aizah bt Ghazali

Pn Noriha bt Irsat

Pn Sariah bt Somadi

En Sarman bin Pawiro

3. Teknik dan Pertandingan


En Abd. Hafiz bin Abd Aziz

4. Istiadat dan Sambutan


Pn Rosnah bt Mohd Noh

- 12 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

En Mohd Nabil bin Borhanuddin


5. Program /Seranta /Dokumentasi

En Yahya b A. Rahim
6. Teknik Alatan

Pn Nur Faiza bt Salleh

En Izuldin b Che Omar

Pn Salmizan bt Salam

Pn Rosnah bt Othman

Pn Wan Razana bt Wan Abdullah


7. Hadiah dan Cenderahati
Pn Normariah bt Salleh

8. Minuman /Jamuan Pegawai


/Pelajar/ Dif.

Pn Siti Khadijah bt Safar

Pn Maznah bt Sham

Pn Normala bt Maarof

Pn Masrintan bt Sakiran
Pn Hasiah bt Mohd Dom

9. Siaraya

10. Khemah dan Perhiasan

En Sakiran b Dirin

En Sarman b Pawiro

En Ahmad b Mohd Noh

Pn Nafisah bt Abd. Rahman

11. Kawalan Keselamatan


En Yahya b A. Rahim

12. Pertolongan Cemas dan


Kebersihan

Cik Norjihan bt Abdullah

Pn Norlinah bt Tumiran

Pergerakan Pengakap Kanak-kanak

Pn Azizah bt Abd Rahman

Sk Simpang 5 Pekan.

Pn Tuan Mastura bt tuan Deraman


Ahli PBSM Sk Simpang 5 Pekan

KUMPULAN SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan, iaitu seramai 250 orang
termasuk murid PRA.

TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh

:23 Oktober 2012


- 13 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

Hari

: Selasa

Masa

: 2.30 petang

Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan.

ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


PELAJAR

Bil

Acara

Kelas

Sepasukan

Jum.

Jum.

Peserta

Acara

50 meter

Pra Sekolah

2 orang

16 orang

80 meter

LP C

2 orang

16 orang

100 meter

LP A, B

2 orang

32 orang

200 meter

LP A, B

2 orang

32 orang

4 x 50 meter

LP C dan Pra

2 kumpulan

32 orang

4 x 100 meter

LP A, B

2 kumpulan

64 orang

4 x 200 meter

LP A, B

2 kumpulan

64 orang

Lompat Tinggi

LP A, B

2 orang

32 orang

Lompat Jauh

LP A, B

2 orang

32 orang

10

Lontar Peluru

LP A

2 orang

16 orang

11

Rejam Lembing

LP A

2 orang

16 orang

Kategori A

- murid Tahun 5 dan 6

Kategori B

- murid tahun 3 dan 4

Kategori C

- murid tahun 1 dan 2 dan Pra

- 14 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

Setiap murid hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam 2 acara individu dan 2
acara kumpulan.
Acara jemputan sekolah-sekolah 4 x 100m bawah 12 lelaki dan perempuan
Acara untuk sukaneka bagi pegawai sukan dan juga ibubapa

PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN SUKAN


1. ISTIADAT PERASMIAN DAN PENUTUP
a. Merancang, mengatur dan menjalankan perbarisan lintas hormat.
b. Menentukan kedudukan AJK semasa istiadat sambutan
c. Menentukan kedudukan pasukan di tempat permulaan perbarisan di
padang
d. Menentukan setiap pasukan yang bertanding mempunyai bendera,
papan nama dan berpakaian lengkap serta berdisiplin
e. Menyusun atucara istiadat perasmian dan penutup
f. Mengadakan raptai dan juruacara.
2. JEMPUTAN
a. Menyediakan senarai jemputan: Perasmi, Guru Besar, YDP PIBG,
Penderma, Orang Kenamaan Tempatan dan ibu bapa.
b. Menaip dan mengirim surat-surat jemputan
3. SERANTA
a. Membuat sepanduk yang sesuai dan memasangnya di tempat-tempat
yang sesuai.
b. Membuat poster, mengedar dan menampal di tempat yang menjadi
tumpuan.
c. Menyediakan dan mengelolakan alat pembesar suara.
d. Mengemas dan memulangkan alatan yang telah digunakan.
4. PERALATAN

- 15 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

a. Mendapatkan senarai peralatan yang di perlukan


b. Mendapatkan dan meminjam peralatan tersebut daripada pihak
tertentu sekiranya perlu
c. Mengemas dan memulangkan peralatan tersebut selepas selesainya
pertandingan.

5. SAMBUTAN
a. Sentiasa bekerjasama dengan bahagian istiadat pembukaan dan
penutup.
b. Merancang dan mengatur sambutan semasa pembukaan
c. Menyediakan minuman untuk VIP
6. HIASAN
a. Mentediakan dan memasang bendera-bendera hiasan, negeri dan
Malaysia
b. Menyediakan pasu-pasu bunga dan hiasan yang sepatutnya

dan

meletakkan di tempat yang sesuai.


c. Mengemas semula dan memulangkan alat hiasan yang telah
digunakan.
7. HADIAH DAN CENDERAHATI
a. Mengenalpasti hadiah-hadiah dan harga yang sesuai untuk kejohanan
b. menempah secukupnya dan menyemak bahan.
c. menyusun mengikut giliran penyampaian
d. mengumpul, membersih dan menghias piala-piala pusingan
e. mencari penaja atau membeli cenderahati untuk pegawai perasmi dan
pegawai-pegawai sukan

- 16 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

f. menjalankan upacara penyampaian hadiah dan cenderahati selaras


dengan bahagian pertandingan

LAPORAN SEBELUM KEJOHANAN


Sebelum kejohanan temsaya sukan tahunan bermula berbagai persiapan telah
dijalankan. Selepas mesyuarat pengurusan sukan sekolah di jalankan, persetujuan
telah ditetapkan iaitu latihan rumah sukan akan dijalankan di sebelah petang. Segala
surat menyurat yang melibatkan pihak sekolah dengan sekolah agama dan dengan
ibu bapa akan diuruskan oleh setiausaha sukan. Selepas mendapat kerjasama dan
persetujuan dari semua pihak yang terbabit diperolehi, latihan rumah sukan bermula.
Latihan rumah sukan diadakan selama dua minggu secara bergilir-gilir antara rumahrumah sukan, iaitu pada setiap hari isnin, selasa, rabu dan juga khamis. Latihan telah
diadakan pada waktu petang dengan kerjasama dan keizinan pihak sekolah agama.
Selepas pendaftaran peserta dijalankan, dan setelah disemak dan dibuat
pengesahan oleh ketua rumah-rumah sukan, guru Penolong Kanan Kokurikulum
telah memberi penerangan ringkas tentang persiapan bagi acara sukan jalan dahulu.
Acara tersebut melibatkan semua acara padang dan juga beberapa acara balapan.
Senarai semak telah diberikan kepada ahli jawatankuasa yang berkenaan bagi
melicinkan lagi perjalanan sukan nanti.
Acara sukan jalan dahulu telah diadakan pada hari Sabtu 20 Oktober 2012
bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Antara acara yang
telah dijalankan ialah acara Lompat Tinggi, lompat jauh, rejam lembing dan juga
lontar peluru. Manakala bagi acara balapan pula, telah melibatkan acara 100m lelaki
dan perempuan kumpulan B, 200m lelaki dan perempuan kumpulan A, 4 x 200m
kumpulan B lelaki perempuan serta 4 x 100m lelaki dan perempuan kumpulan A.
Manakala pada hari Isnin 22 Oktober 2012 pula telah diadaka raptai penuh
untuk temasya kali ini. Ini termasuklah perbarisan masuk kontijen yang nmengambil

- 17 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

bahagian, bacaan ikrar serta persiapan tempat dan kerja-kerja pengemasan khemah
peserta dan juga tetamu. Raptai ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada
jam 10 pagi. Selepas raptai berakhir kesemua ahli jawatankuasa kerja telah diminta
oleh guru penolong kanan Kokurikulum untuk membentangkan persiapan tugas
masing-masing bagi kali terakhir sebelum bermulanya hari kejohonan pada keesokan
harinya.
LAPORAN SEMASA KEJOHANAN
Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan
telah berlangsung dengan jayanya di padang sekolah bermula jam 2.30 petang dan
berakhir pada 5.30 petang pada hari Selasa 23 Oktober 2012.

Sebelum hari

kejohanan acara padang dan beberapa acara balapan telahpun dijalankan. Ini bagi
menjimatkan masa dan melicinkan perjalanan kejohanan sukan sekolah pada hari
sukan.
Temasya sukan dimulakan dengan perbarisan masuk rumah-rumah sukan
yang terdiri dari Rumah Merah ( Bendahara ), Rumah Biru ( Syahbandar ), Rumah
Kuning ( Laksamana ) dan Hijau ( Temenggong ). Kejohanan sukan pada kali ini
telah dirasmikan oleh YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan sendiri iaitu
Encik Ahmad bin Md Nor. Selepas upacara menaikkan bendera kejohanan dan
bacaan ikrar keejohanan oleh wakil murid, temasya pada kali ini di meriahkan lagi
dengan persembahan murid, iaitu tarian zapin dan juga senamrobik sementara
menunggu peserta mempersiapkan diri.
Tepat jam 3.00 petang acara dimulakan dengan acara 50m PRA sekolah yang
melibatkan seramai 16 orang peserta yang terdiri dari dua kategori iaitu lelaki dan
juga perempuan. Selepas itu pelbagai acara kejohonan dijalankan seperti 80m
kumpulan C, 100m kumpulan A dan B, dan banyak lagi. Bagi kumpulan A terdiri dari
dua kategori iaitu lelaki dan perempuan tahun 5 dan juga 6. Bagi kumpulan B pula
ialah bagi murid tahun 3 dan 4, manakala kumpulan C terdiri dari murid-murid tahun
1 dan 2 serta PRA sekolah.
Kejohanan sukan kali ini dimeriahkan lagi dengan acara 4x100m jemputan
lelaki dan perempuan bawah 12 tahun. Pihak sekolah telah menjemput sekolahsekolah yang berhampiran bagi memeriahkan lagi kejohanan kali ini. Sebanyak 6
- 18 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

buah sekolah telah menghantar pasukan sekolah mereka mangambil bahagian dalam
acara jemputan kali ini. Ia terdiri dari Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir, Sekolah
Kebangsaan Sawah Ring, Sekolah Kebangsaan Serom 3, Sekolah Kebangsaan Parit
Kassan, Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Chian Kuo Bukit Gambir dan juga Sekolah
Jenis Kebangsaan ( C ) Nan Hwa. Bagi acara lelaki ianya telah dimenangi oleh
Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Chian Kuo dan bagi acara perempuan telah
dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Sawah Ring.
Sebelum acara sukan berakhir, kejohanan kali ini dimeriahkan lagi dengan
acara sukaneka bagi pegawai sukan dan juga ibu bapa. Acara yang dijalankan ialah
acara pecah belon bagi lelaki dan isi air dalam botol bagi perempuan. Kedua acara ini
telah berjaya mencuit hati tetamu yang datang Bagi acara lelaki ianya telah
dimenangi oleh En Sarman bin Pawiro manakala bagi acara perempuan pula ianya
telah dimenangi oleh Puan Salbiah bt Hassan.
Selepas berakhirnya acara sukaneka, acara yang dinanti-nanti oleh peserta di
umumkan iaitu pemenang mengikut kumpulan dan juga pemenangan keseluruhan
bagi temasya kali ini. Bagi kumpulan C, telah dimenangi oleh Rumah Merah, kedua
Rumah Biru diikuti oleh Rumah kuning dan juga Hijau. Bagi kumpulan B pula ianya
telah dimenangi oleh Rumah Hijau, diikuti oleh Rumah Merah, Kuning dan juga
Biru. Manakala bagi kumpulan C, Rumah Merah sekali lagi meraih tempat pertama
diikuti oleh Rumah Kuning, Hijau dan juga Biru.
Secara keseluruhannya Rumah Merah telah muncul sebagai johan
keseluruhan, diikuti oleh Rumah Hijau, Rumah Kuming dan juga Biru. Adik
Muhammad Harith Haikal dari rumah Merah telah dinobatkan sebagai olahragawan
sekolah manakala adik Nur Aisyah Farina dari Rumah Hijau pula telah dinobatkan
sebagai olahragawati sekolah pada temasya kali ini. Manakala bagi hadiah khas
perbarisan dan hiasan khemah pula telah dimenangi oleh pasukan Rumah Biru.
Selepas semua acara berakhir, pegawai-pegawai sukan dan juga jemputan khas telah
dijemput untuk menjamu selera yang telah disediakan. Kejohanan sukan pada kali ini
berakhir pada pukul 5.30 petang.

- 19 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

LAPORAN SELEPAS KEJOHANAN


Pada hari Khamis 25 Oktober 2012, sesi post mortem telah diadakan oleh
guru penolong kanan KoKurikulum Puan Aizah bt Ghazali. Perjumpaan ini telah
diadakan dibilik mesyuarat 1 Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan bagi
menrefleksi dan menerima maklum balas acara sukan yang telah diadakan. Beliau
memaklumka secara keseluruhannya temasya sukan kali ini telah dilangsungkan
dengan jayanya dan amat meriah sekali. Beliau berterima kasih kepada dan memuji
semua guru di atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang temasya
sukan dan hari-hari latihan dan sukan jalan dahulu sebelumnya.
Namun demikian, melalui pemerhatian dan laporan yang diterima, pada
pendapat beliau terdapat beberapa aspek perlu diperbaiki. Antaranya ialah :
1. Terdapat murid yang berkeliaran, tidak berada di dalam khemah.
Jawatankuasa kawalan dan keselamatan perlu peka dengan keadaan ini.
2. Terdapat juga sesetengah murid yang terlalu gembira dengan kedatangan ahli
keluarga mereka, akan tetapi didapati diantaranya membawa adik mereka
kedalam khemah pasukan. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku.
3. Semasa upacara penyampaian hadiah dijalankan, terdapat sesetengah murid
yang mengluarkan kata-kata berupa ejekan terhadap pasukan lain. Ini
menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan murid lain. Perkara ini
sepatutnya diterangkan lebih awal kepada murid-murid.
4. Terdapat laporan kehilangan dompet dan juga duit selepas sukan berakhir,
Murid perlu diingatkan dari semasa ke semasa agar menjaga barangan
berharga mereka sendiri.

- 20 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

5. Terdapat aduan tentang kasut peserta yang bertukar, murid perlu diingatkan
agar mengecam kasut mereka. Guru rumah sukan perlu lebih prihatin akan
hal ini terutama bagi murid PRA dan juga tahun satu.

PENILAIAN MURID
Selepas kejohanan berakhir, satu tinjauan telah dijalankan terhadap muridmurid tentang perjalanan temasya pada kali ini. Tujuan tinjauan ini dijalankan adalah
untuk mendapatkan maklumbalas dari murid-murid tentang perjalanan sukan dan
juga pengerusan temasya sukan kali ini. Tinjauan ini dijalankan secara rawak
terhadap beberapa orang murid melalui pemerhatian semasa temasya sukan.
temubual dengan murid-murid selepas kejohanan berakhir dan juga satu soal selidik
ataupun senarai semak telah diedarkan kepada murid-murid bagi meningkatkan lagi
mutu perjalanan sukan sekolah di masa-masa akan datang.
Antara soalan yang di ajukan pada mereka ialah berkenaan dengan sukan
sekolah, minat mereka terhadap sukan, kaitan sukan dengan pelajaran, peralatan dan
kelengkapan untukmenjalankan sukan, pandangan ibubapa mereka, peruntukan masa
dan sebagainya. Dapatan dari temubual dan juga senarai semak yang telah
dijalankan, kebanyakan mereka memberi jawapan yang hampir sama. Boleh
dikatakan keseluruhan mereka amat minat dengan sukan dan amat seronok bila
aktiviti sukan diadakan.
Ibu bapa mereka juga telah memberi sokongan dan juga dorongan agar dapat
mengambil acara dalam acara sukan. Melalui temasya sukan yang telah dijalankan,
memang tidak dapat dinafikan, sokongan ibu bapa amatlah tinggi semasa temasya
tersebut. Mereka sanggup datang untuk melihat anak-anak mereka mengambil
bahagian dalam acara masing-masing.
Secara keseluruhannya temasya sukan sekolah dan acara sukan yang di
adakan di sekolah telah berjaya menarik minat murid-murid untuk terus datang ke
sekolah serta dapat mengeratkan lagi kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu
bapa.
- 21 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

PENGURUSAN KEWANGAN
Kos Pengendalian

1.

Hadiah

- Medal

: RM1,376.20

- Perasmi

: RM 100.00

2.

Persegaran dan Jamuan Sukan

: RM 776.00

3.

Khemah dan Perhiasan

: RM300.00
_________
JUMLAH

RM2,552.20

SASARAN SUMBER KEWANGAN


1.

Peruntukan Kerajaan

: RM 980.20

2.

Wang SUWA

: RM1,072.00

3.

Sumbangan PIBG

: RM 500.00
_________
JUMLAH

RM2,552.20

- 22 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

REFLEKSI
Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan telah diadakan pada
petang hari Selasa, 23 Oktober 2012. Ini adalah temasya sukan sekolah pertama
yang saya ikuti di sekolah ini. Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan
temasya ini, saya dapati ada beberapa kelebihan yang memberi kesan positif samaada
kepada warga sekolah atau masyarakat sekeliling.

Terdapat juga beberapa

kelemahan yang berlaku dan perlu dibaiki untuk program sukan pada tahun-tahun
akan datang.
Antara kelebihannya adalah kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru
Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan terutamanya pihak Guru Besar, Penolong
Kanan Kokuikulum, Setiausaha Sukan , Ahli Jawatankuasa Kerja dan Pihak AJK
PIBG yang telah bersatu mengembeling tenaga bagi menjayakan sukan pada tahun
ini. Persediaan awal seperti perancangan aktiviti, jadual latihan, buku program
perancangan jenis acara sukan yang ingin dipertandingkan dan sebagainya membantu
melancarkan temasya sukan sekolah.
Idea-idea yang diberikan oleh guru-guru yang mana mengambil kira dari
sudut keselamatan murid semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting bagi
mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Sebagai contoh, kerjasama
kakitangan

sekolah

dalam

bermesyuarat

membantu

guru

yang

dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan buku program dengan lebih awal dan


tidak membebankan dengan perkara-perkara yang remeh sehingga menyukarkan
guru berkenaan dalam menyempurnakan buku program tersebut.
Selain itu, sukan tahunan ini juga dapat membentuk perhubungan global yang
baik dalam kalangan masyarakat. Hubungan antara guru-guru, murid-murid ibu bapa
dan masyarakat setempat menjadi lebih rapat dan mesra. Contohnya semasa

- 23 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

mendirikan khemah, ibu bapa turut serta membantu guru-guru mendirikan khemahkhemah rumah sukan. Ibu bapa juga sanggup membawa langsir, bunga manggar dari
rumah mereka untuk digunakan bagi menghias khemah-khemah tersebut. Ibu-bapa
dan guru-guru tidak keberatan dan tanpa segan silu untuk sama-sama berganding
bahu bersatu tenaga sepanjang aktiviti sukan ini berlansung. Jika sebelum sukan
diadakan ibu-bapa tidak mengenali guru-guru yang mengajar anak-anak mereka
namun setelah mengikuti program sukan ini ibu-bapa lebih mengenali guru-guru dan
boleh berbincang tentang pelbagai hal berkaitan perkembangan anak-anak mereka di
sekolah dan masalah pembelajaran boleh diselesaikan bersama-sama. Ikatan ini amat
penting untuk kemajuan dan peningkatan tahap kecemerlangan murid dan secara
tidak langsung ia juga memberikan kejayaan kepada tahap prestasi pencapaian
sekolah.
Melalui temasya sukan ini juga telah dapat membantu guru untuk
mengenalpasti murid yang berpotensi dalam acara sukan dan membantu murid
berkenaan untuk melangkah keperingkat yang lebih jauh, samada peringkat daerah,
negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Jadi, dengan adanya sukan tahunan ini, ia
dapat membantu murid untuk bersaing dengan rakan-rakan yang lain pada peringkat
yang lebih tinggi lagi dan dapat menonjolkan kehebatan mereka serta dalam masa
yang sama kehebatan dan kejayaan yang dicapai oleh murid ini akan menaikkan dan
mengharumkan nama sekolah.
Disamping itu melalui aktiviti sukan, kemenangan dan kegagalan dapat
diletakkan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan
sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi. Melalui sukan, kita dapat mempelajari
apa itu menang dan kalah. Oleh itu, sikap bertolak ansur dapat dilahirkan.
Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan
semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat.
Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti
mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan kakitangan sekolah adalah
antara kelemahan sekolah ini untuk mengadakan sesuatu majlis. Tenaga pengajar dan
kakitangan pentadbiran yang terhad menyukarkan pihak sekolah mengelola sesuatu
aktiviti sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak luar terutamanya
golongan masyarakat kampung berdekatan melalui PIBG

bagi menjayakan
- 24 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

sambutan hari sukan ini. Kekurangan kakitangan sekolah ini juga ditambah pula
dengan sikap sesetengah ahli jawatankuasa yang dilantik tidak menjalankan tugas
mereka dengan sebaiknya. Tindakan mereka seolah-olah tidak tahu langsung peranan
dan tugas yang diamanahkan kepada mereka walhal perkara ini telah diingatkan oleh
pihak pentadbir berkali-kali semasa sesi mesyuarat sukan.
Contohnya Ahli Jawatankuasa Peralatan dan Siaraya telah tidak menjalankan
tugas mereka pada awal-awal majlis lagi dimana semasa semua jemputan dan peserta
yang terlibat menyanyikan lagu Negaraku dan semasa perbarisan masuk kontijen
rumah sukan, mereka tidak meyediakan peralatan muzik alternatif menyebabkan
semasa lagu Negaraku dan muzik perbarisan cacat bunyinya. Cadangan saya, semoga
pihak yang dipertanggungjawabkan perlulah menyediakan lebih awal peralatan
tersebut tanpa berharap orang lain yang menyediakannya.
Kekurangan alatan sukan, memaksa pihak sekolah untuk meminjam alatanalatan sukan daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Contohnya alatan untuk
acara lontar peluru, rejam lembing, pembesar suara, alatan khemah dan alatan-alatan
sukan yang lain. Sekiranya kerosakan berlaku memerlukan penggantian semula
dengan alatan yang baru. Jadi, hal ini melibatkan kos yang terpaksa ditanggung oleh
pihak sekolah.
Terdapat beberapa cadangan untuk majlis sukan yang akan datang. Dari segi
kekurangan guru, pihak sekolah perlu menambah ahli jawatnkuasa kerja sukan,
dengan penambahan ini bukan sahaja masalah aktiviti dapat diselesaikan, malah
masa dapat dijimatkan. Cadangan saya, dimasa akan datang pihak pengurusan perlu
merancang masa dan sumber manusia yang lebih efektif bagi menjayakan sesuatu
aktiviti
Bagi masalah kekurangan dan kerosakan peralatan sukan, pihak sekolah perlu
memastikan peralatan mencukupi dan sentiasa dalam keadaan baik sebelum sesuatu
aktiviti berlangsung, ini membantu masalah yang mungkin timbul apabila hari
berkenaan. Pembesar suara dan alatan khemah sepatutnya dimiliki oleh setiap
sekolah, namun sekolah ini masih lagi meminjam daripada pihak lain.
Kelemahan dari segi kekangan masa untuk menyiapkan semua aktiviti yang
telah dirancang adalah dengan mencadangkan majlis sukan untuk tahun-tahun yang
- 25 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

akan datang dilaksanakan lebih panjang. Sungguhpun begitu, temasya sukan kali
pertama untuk saya di sekolah ini cukup membantu saya dalam mengendalikan
sesuatu acara dan mengadilinya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Pengalaman ini cukup bermakna untuk saya gunakan untuk masa-masa akan datang.
PENUTUP
Sebagai konklusi, sukan adalah aktiviti yang sangat bermanfaat kepada para
pelajar. Program ini bukan sahaja berperanan besar dalam aspek kesihatan
dan

peningkatan keyakinan diri pelajar, malahan dapat merapatkan hubungan

antara sesama warga sekolah sendiri dan juga antara pihak sekolah dengan
masyarakat.

Sesungguhnya,

kejayaan penganjuran sesuatu kejohanan sukan

memerlukan perancangan yang baik. Walaupun secara zahirnya temasya sukan


hanya

berlangsung dalam tempoh setengah hari sahaja, namun hakikatnya

persediaan bagi menghadapi hari sukan sebenar telah bermula sejak awal tahun
lagi. Jadual perancangan dan kertas kerja perlu dibina. Sebulan sebelum
menjelangnya sukan pula, warga sekolah semakin sibuk apabila latihan sukan,
saringan sukan dan raptai sukan dilangsungkan. Seterusnya, terdapat faktor- faktor
lain yang turut menjadi pemangkin kejayaan acara sukan. Antaranya ialah
kemudahan dan peralatan sukan yang lengkap, penyertaan para pelajar yang tinggi,
latihan yang mencukupi, pengelolaan acara sukan oleh guru secara efisien,
pemilihan atlet yang benar-benar berbakat serta kerjasama daripada komuniti
setempat. Pendek kata, tanpa perancangan yang baik, temasya sukan pasti
berlangsung dalam keadaan yang tidak sempurna. Ironinya, jika perancangan
sukan amat mantap namun tiada komitmen padu daripada pihak-pihak yang
terlibat, penganjuran sukan juga akan diwarnai cacat-cela. Maka, Dasar 1
Murid 1 Sukan turut menemui kegagalan. Sudah terang lagi bersuluh, peranan
para guru dalam membentuk anak-anak didik yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi dan rohani mereka seperti yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaaan adalah amat besar. Sesungguhnya, usaha yang dilakukan
para guru pada hari inilah yang bakal mencorakkan keadaan generasi dan negara
ada masa hadapan.

- 26 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

RUJUKAN
__________, (2011), Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan
Sekolah Sukan Olahraga Sekolah Rendah, Bahagian Sukan Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
__________, ( 2011), Buku Panduan Dasar Satu Murid Satu Sukan 1M1S, Bahagian
Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia, Perpustakaan Negara.
http://www.scribd.com/doc/34864136/Kertas-Kerja-Kejohanan-Sukan-Olahraga
Capaian 10 Jun 2013
Syahrul Ridhwan Bin Morazuki Olahraga (SPR 1992) Pengelolaan Sukan Tahunan
Sekolah.
https://www.google.com.my/#rlz=1C2TGIB_enMY531MY531&sclient=psyab&q=kejohanan+sukan+sekolah&oq=kejohanan+sukan+sekolah&gs_l=serp
.3..0l4j0i22i30l6.71880.75849.1.76177.23.15.0.8.8.0.171.1526.10j5.15.0...0.0
.0..1c.1.17.serp.8NnPITKv3Ks&psj=1&bav=on.2,or.r_qf.&fp=f6b94e1df894
b853&biw=1280&bih=653 .pdf. Capaian 8 Jun 2013.
Manual Pengelolaan Sukan Tahunan Sekolah, Kejohanan Olahraga MSSM dan
Merentas Desa.
http://msspp.com/userbox/OLAHRAGAPERINGKATSEKOLAH.pdf
Capaian 20 Jun 2013
Buku Panduan Kokurikulum
http://www.smksgpusu.net/bahan/BukuPanduanKokurikulum.pdf Capaian 20
Jun 2013

- 27 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

LAMPIRAN

Surat Jemputan Mesyurat


SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG 5 PEKAN
84800 BUKIT GAMBIR,LEDANG
JOHOR.
Rujukan Kami : SKS5P/03/05/099( )
Tel
Tarikh:
....................................
....................................
....................................
Tuan,
MESYUARAT PENGELOLA KEJOHANAN OLAHRAGA SK SIMPANG 5
PEKAN
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2.

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah dilantik sebagai Jawatankuasa

Pengelola Kejohanan Olahraga Sekolah kali ke 20 ini. Kejohanan tersebut akan


diadakan pada 23 Oktober 2012 bertempat di Padang SK Simpang 5 Pekan.

- 28 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

3.

Sehubungan itu, tuan telah dilantik untuk mengetuai Jawatankuasa Kecil

kejohanan tersebut (rujuk surat panggilan mesyuarat). Mesyuarat pertama


Jawatankuasa Pengelola akan diadakan pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut:

4.

5.

Tarikh

: 21 September 2012

Masa

: 3.00 tangahari

Tempat

: Bilik Mesyuarat SK Simpang 5 Pekan

Agenda mesyuarat:
4.1

Ucapan Pengerusi

4.2

Taklimat oleh Penasihat Majlis Sukan Sekolah- Guru Besar

4.3

Lantikan Jawatankuasa Pengelolaan

4.4

Membincangkan bidang tugas JKK.

4.5

Taklimat perbelanjaan oleh Bendahari

4.6

Hal-hal lain

Kehadiran tuan dalam mesyuarat tersebut amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


KECEMERLANGAN SUKAN KEGEMILANGAN NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(....................................)

- 29 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

Minit Mesyurat
SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG 5 PEKAN
MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA MAJLIS SUKAN SEKOLAH
BIL. 1 / TAHUN 2012
Tarikh

:21 September 2012

Masa

: 3.00 petang

Tempat

: Bilik Meyuarat SK Simpang 5 Pekan

Pengerusi

: En. Salan bin Ali

Kehadiran (Bilangan)

: 20 orang

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua
guru yang terlibat. Harapan beliau pertemuan pada tengahari ini dapat
membicarakan secara terperinci tentang aktiviti dan program Sukan yang
bakal dijalankan.
1.2 Pelan tindakan akan dibuat dalam melaksanakan program di bawah
pengurusan sukan 2012 di mana para guru perlu memastikan penyertaan
murid yang sepenuhnya di peringkat sekolah.
Tindakan : Makluman
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lepas.

- 30 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

2.1 En. Ab. Hafiz bin Abdul Aziz mengesahkan pembentangan minit mesyuarat
lepas
En Izuldin b Che Omar menyokong .
3. Isu berbangkit
3.1 Tiada isu yang dibangkitkan.

Tindakan : Makluman
4. Sukan Tahunan Sekolah
4.1 Pengerusi menjemput Setiausaha Sukan Sekolah En Ab Hafiz b Abdul Aziz
membentang

perancangan

program.

Sukan

Tahunan

Sekolah

yang

dirancangkan adalah pada 23 Oktober 2012.


4.2 Sukan Tahunan yang dirancang akan diadakan dengan meriah.
Tindakan : Semua AJK
5. HAL-HAL LAIN
5.1 En. Zakaria Mohamed mengharapkan agar kita dapat bersatu untuk
melahirkan hasil kerja yang bermutu dan berkualiti sepanjang tahun.
5.2 Kejayaan dalam setiap tugasan itu bergantung kepada insan yang akan
menguruskannya . Seandainya pengurusan itu berjalan dengan teratur maka
lahirlah hasil kerja yang sempurna.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang
Disediakan oleh ,
.

Disemak oleh ,

- 31 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG 5 PEKAN


84800 BUKIT GAMBIR,LEDANG
JOHOR.
Rujukan Kami : SKS5P/03/05/099( )
Tel
Tarikh:
....................................
....................................
....................................
Tuan,
LATIHAN SUKAN SEMPENA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2.

Sukacita dimaklumkan bahawa SK Simpan 5 Pekan akan mengadakan

Kejohanan Olahraga Sekolah pada 23 Oktober 2012.


3.

Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan mengadakan latihan pasukan

rumah sukan di sebelah petang seperti ketetapan yang dilampirkan. Pihak kami
memohon agar pihak tuan dapat melepaskan murid-murid yang mewakili rumah
tersebut untuk menghadiri latihan rumah sukan masing-masing.
Kerjasama dari pihak tuan amat kami alu-alukan bagi melicinkan lagi perjalanan
Kejohanan Sukan pada tahun ini.

- 32 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

Sekian terima kasih


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
Yang Benar

...........................
(Guru Besar )
PELAN TINDAKAN
KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN
SEK. KEB. GERSEK
2012

HARI
23 SEPT.

30 Sept

7 OKT

14 OKT

24 SEPT.

1 OKT

8 OKT

15 OKT

Latihan Rumah

Latihan Rumah

Latihan Rumah

SUKAN JLN

Sukan 1

Sukan 5

Sukan 9

DULU -2

(Merah )

(Hijau )

( Kuning )

25 SEPT.

2 OKT

9 OKT

16 OKT

Latihan Rumah

Latihan Rumah

Latihan Rumah

Latihan Rumah

Sukan 2

Sukan 6

sukan 10

sukan 13

(Biru)

( Kuning)

( Hijau)

(Biru)

26 SEPT.

3 OKT

10 OKT

17 OKT

Latihan Rumah

Latihan Rumah

Latihan runah

Latihan Rumah

Sukan 3

Sukan

sukan 11

sukan 14

(Kuning)

((Biru)

( Merah)

(Hijau)

AHAD

ISNIN

SELASA

RABU

- 33 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

KHAMIS

21 SEPT.
JUMAAT

27 SEPT.

5 OKT

11 OKT

18 Okt

Latihan Rumah

Latihan Rumah

Latihan Rumah

Latihan Rumah

Sukan 4

Sukan 8

sukan 12

sukan 15

( Hijau)

( Merah)

(Biru)

(Kunung)

28 SEPT.

6 OKT

12 OKT

29 OKT

Mesyuarat

Latihan Rumah

Pengelolaan

sukan 16
(Merah)

22 SEPT.
SABTU

29 SEPT

6 OKT

13 OKT

20 OKT

Perjumpaan

Acara Sukan Jalan

Rumah Sukan

Dulu 1
21 OKT

AHAD
22 okt
ISNIN
SELASA

23 okt
Temasya Sukan
Tahunan kali ke 20

ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

PELAJAR:
-------------------------------------------------------------------------------------Bil

Acara

Kelas

Sepasukan

Jum. Peserta

Jum. Acara

-------------------------------------------------------------------------------------1

80 meter

LP C dan Pra (50m)

2 orang

12 orang

2.

100 meter

LP Th 6, A,B

2 orang

24 orang

3.

200 meter

LP Th 6,A,B

2 orang

24 orang

4.

4 x 50 meter

LP C

2 kumpulan

24 orang

5.

4 x 100 meter

LP A,B

2 kumpulan

48 orang

6.

4 x 200 meter

LP Th 6,A

2 kumpulan

24 orang

- 34 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum
7.

Lompat Tinggi

LP Th 6,A, B

2 orang

24 orang

8.

Lontar Peluru

LP Th 6,A

2 orang

12 orang

9.

Rejam Lembing

LP Th 6,A

2 orang

12 orang

10.

Lompat Jauh

LP Th 6, A, B

2 orang

24 orang

-------------------------------------------------------------------------Nota:

Setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam 2 acara individu dan 2

acara kumpulan.

CARA PEMBERIAN MATA

Untuk semua acara individu dan berkumpulan MATA diberikan seperti berikut :

Johan

- 7

Naib Johan

- 5

Ketiga

- 4

Keempat

- 3

PERALATAN

1.

Baton

2.

Wisel

3.

Healer

4.

Bendera Pengadil -

6 set

5.

Lembing

6.

Peluru

7.

Set Lompat Tinggi-

8.

Pita Ukur

9.

Borang-borang Kejohanan

10.

Bola Undian Lorong-

11.

Payung Besar

- 35 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

PEGAWAI-PEGAWAI KEJOHANAN

Pengurus Kejohanan

: Pn Aizah bt Ghazali

Penyelia Peserta

: En. Yahya b A. Rahim


Pn. Pn Rosnah bt Othman

Pengurus Pasukan

Juruhebah

: En Nabil b Borhanuddin

- Bendahara

En Yahya b A. Rahim

- Syahbandar

En Che Izuldin b Che Omar

- Laksamana

Pn Salmizan bt Salam

- Temenggong

: En. Hasrezal bin Hassan


Pn. Ruhaidah bte Abd Karim

Pencatat

: Pn Noraini bt Sabtu

Marsyal

: En Zulkifli b A. Wahab

PEGAWAI KEJOHANAN
Referi

: En Ab Hafiz b Abdul Aziz

Pelepas

: En Yahya bin Md Yassin

Pen. Pelepas

: En. Ardy Efendy bin Ahmad

HAKIM BALAPAN:

PENGADIL BALAPAN:

En Sarman b Pawiro

En Sahat bin Kadir

En Shahzilan bin Ismail

En Yahya b A. Rahim

Pn Siti Habibah bt Sudirman

En Mohamad bin Jalil

Pn. Norashikin bte Hussain

En Ahmad Fauzi bin Samat

- 36 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum
HAKIM LOMPAT TINGGI :

HAKIM LOMPAT JAUH:

Pn. Noriha bt Irsat

Pn Sariah bt Somadi

Pn Rosnah bt Mohd Noh

Pn Wan Razana bt Wan Abdullah

En Nabil bin Borhanuddin

Pn Salmizan bt Salam

HAKIM REJAM LEMBING :

HAKIM LONTAR PELURU :

En. Yahya b A. Rahim

En Izuldin b Che Omar

Pn Nur Faiza bt Salleh

Pn. Masrintan bt Sakirman

ATURCARA KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SK. SIMPANG 5 PEKAN


Acara Jalan dahulu
7.30 pagi

: Peserta berkumpul dan taklimat pegawai sukan

8.00 pagi

: Acara Kejohanan Sukan Tahunan SKG dijalankan.

12.00 tengah hari: Majlis Perasmian Penutup;


a.

Bacaan doa oleh Ustaz Izuldin b Che Omar

b.

Ucapan Perasmian Penutup olehTuan Guru Besar

12.30 tengah hari: Majlis Penyampaian Hadiah


1.00 petang

: Jamuan dan Majlis Bersurai.

Acara-acara berikut akan dijalankan pada hari sebelum kejohanan sukan ;


a. Lompat Tinggi
b. Lontar Peluru
c. Rejam Lembing
d. Lompat Jauh
acara 100m lelaki dan perempuan kumpulan B, 200m lelaki dan perempuan kumpulan A, 4 x 200m
kumpulan B lelaki perempuan serta 4 x 100m lelaki dan perempuan kumpulan A.

- 37 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

SENARAI SEMAK BAGI PENGELOLAAN


KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN
SEKOLAH KEBANGSAAN GERSEK, 2012

Tandakan (_/ )
Tarikh

jika sudah
dilaksanakan

Catatan

1. Setiausaha Sukan/Urusetia
1.1 Mesyuarat penyelarasan guru-guru.
1.2 Menyediakan anggaran perbelanjaan.
1.3 Menyenarai acara-acara Kejohanan.
1.4 Dapatkan senarai peserta rumah.
1.5 Mendapatkan & menjemput pegawai.
1.6 Memastikan semua Jawatankuasa Kecil dan PasukanRumah
telah mengambil tindakan yang sepatutnya.
2. Ketua Guru Rumah/Guru-guru Rumah
2.1 Menyenaraikan nama peserta yang mewakili rumah.
2.2 Menyerahkan senarai nama peserta kepada Setiausaha
Sukan/Kejohanan/Urusetia.
2.3 Menyediakan alat-alat olahraga untuk peserta rumah.
2.4 Menyediakan pakaian dan nombor untuk pasukan rumah.
2.5 Menyediakan khemah rumah.
2.6 Menyediakan taklimat/nasihat/panduan kepada para
peserta dan ahli-ahli rumah serta pelajar bertugas.

- 38 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum
2.7 Persiapan minuman untuk rumah.
2.8 Persiapan langkah kawalan dan keselamatan rumah.
2.9 Menyelaras dengan Setiausaha Sukan.
2.10 Memastikan kebersihan di kawasan rumah sukan selepas
kejohanan.
3. Jawatankuasa Kecil Jemputan
3.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan ( jika perlu ).
3.2 Menyediakan surat jemputan.
3.3 Menyediakan senarai para jemputan khas (jika ada).
3.4 Mengedarkan surat jemputan kepada ibu bapa dan
jemputan khas.
3.5 Menyediakan senarai kehadiran jemputan khas (jika perlu).
3.6 Menyelaras dengan JKK Sambutan.

4. JKK Sambutan
4.1 Melantik penyambut tetamu.
4.2 Mendapatkan senarai kehadiran jemputan khas (jika ada).
4.3 Taklimat kepada penyambut tetamu.
4.4 Penyelarasan dengan JKK Jemputan dan Urusetia.

5. JKK Buku Program


5.1 Menentukan kandungan buku program.
5.2 Membuat contoh buku program.
5.3 Menyediakan anggaran perbelanjaan.
5.4 Mmendapatkan kata-kata aluan (jika ada).
5.5 Menyemak dan menyiapkan buku program.
5.6 Menyerahkan buku program kepada JKK Sambutan.

- 39 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum
6. JKK Kawalan dan Keselamatan / JKK Kecemasan
6.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan (jika perlu).
6.2 Pengagihan tugas kepada pasukan-pasukan kawalan dan
keselamatan.
6.3 Menyediakan alatan kecemasan.
6.4 Menyediakan tempat rawatan.
7. JKK Hadiah dan Cenderahati
7.1 Mengenalpasti jenis hadiah / cenderahati dan mengumpul
hadiah-hadiah kejohanan yang sedia ada.
7.2 Membuat anggaran perbelanjaan.
7.3 Menempah hadiah setelah mendapat kelulusan.
7.4 Mendapatkan hadiah mengikut susunan aturcara /pemenang.
7.5 Menyediakan dulang dan pelapik hadiah serta menghias
meja.
7.6 Memilih dan melatih pembantu-pembantu untuk upacara
penyampaian hadiah.
7.7 Menyediakan senarai pemenang hadiah dan piala pusingan
8. JKK Minuman/Jamuan
8.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan.
8.2 Menetapkan menu dan bilangan tetamu.
8.3 Persiapan tempat (kerusi meja, alas meja , hiasan dll)
8.4 Persiapan pinggan-mangkuk.
8.5 Penyelarasan dengan JKK Jemputan / Sambutan.
9. Juruacara
9.1 Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program
9.2 Memastikan pembesar suara boleh digunakan.
10. JKK Minuman Pegawai dan Pelajar/Pembantu sukan
10.1 Menentukan jenis minuman.
10.2 Membuat anggaran perbelanjaan.
10.3 Menguruskan tempat simpanan dan pengelolaannya.
10.4 Mengatur jadual tugas pembantu-pembantu.
11. JKK Peralatan
11.1 Mendapatkan senarai peralatan yang diperlukan (Rujuk

- 40 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum
kepada Setiausaha Sukan/Urusetia)
11.2 Mendapatkan dan meminjam peralatan daripada pihak lain.
11.3 Mengemas / memulangkan peralatan yang telah digunakan.
12. JKK Seranta
12.1 Membuat sepanduk kejohanan yang sesuai.
12.2 Membuat poster dan menampalkannya di tempat sesuai.
12.3 Menyediakan dan mengelolakan alat pembesar suara.
12.4 Mengemas dan memulangkan alatan yang telah digunakan.

13. JKK Siaraya


13.1 Menyemak alatan dan mempastikan mencukupi.
13.2 Menyediakan lagu perbarisan.
13.3 Memasang peralatan.
13.4 Menyemak dan menyimpan alatan.

14. JKK Persiapan Padang dan JKK Hiasan


16.1 Membuat anggaran perbelanjaan.
16.2 Menyediakan pelan padang dan agihkan kepada rumahrumah sukan.
16.3 Mempastikan persiapan padang untuk kejohanan sudah
disediakan.
16.4 Mempastikan alatan untuk acara sukan.
16.5 Mendirikan khemah tetamu/peserta/urusetia.
16.6 Mengatur kerusi di khemah tetamu.
16.7 Mendirikan tiang-tiang bendera / perhiasan di padang.
16.8 Papan markah (score board).
16.9 Menyelaras dengan JKK yang lain.
16.10 Mempastikan kebersihan di kawasan padang selepas
kejohanan.

15. Hal-hal Lain

Gambar Kejohanan

- 41 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

- 42 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

- 43 -

ESS 222/MEI 2013


Aktiviti Ko Kurikulum

- 44 -

Anda mungkin juga menyukai