Anda di halaman 1dari 10

Pengertian Emosi

Berasal dari bahasa latin, iaitu emovere. Daniel Goleman : emosi merujuk pada suatu perasaan dan fikiran yang khas, sesuatu kecenderungan untuk bertindak. Biasanya emosi merupakan reaksi terhadap rangsangan dari luar dan dalam diri individu. Contoh : emosi gembira mendorong perubahan suasana hati seseorang, sehingga secara fisiologi terlibat kertawa.

gembira sedih malu takut

Menghilangkan Tekanan

Memenuhi Kehendak Lahiriah

Meningkatkan Keyakinan Diri

Pengaruh Sosial

Pengaruh Mental dan Fizikal

Menghilangkan Tekanan
Aktiviti dalam pendidikan jasmani dapat menghilangkan tekanan akibat daripada aktiviti seharian kita. Aktiviti seperti berenang dapat melupakan sebentar tugasan dan masalah yang dihadapi ketika di dalam kelas. Manusia dapat dipengaruhi emosinya berdasarkan beberapa peringkat persekitaran (model ekologi Bronfenbrenner)

Meningkatkan Keyakinan Diri


Aktiviti yang menjurus kepada tahap kemahiran yang tinggi dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang. Keyakinan diri merujuk kepada tahap sejauh mana kita percaya akan kemampuan diri kita. Seseorang yang tampil dengan kesihatan yang baik dan bentuk fizikal yang mantap akan lebih berkeyakinan apabila berada di depan khalayak ramai.

Pengaruh Mental dan Fizikal


Apabila mental dan fizikal seseorang berada dalam keadaan yang baik maka emosi juga akan menjadi terkawal. Tubuh yang sihat mempengaruhi mental yang sihat seterusnya menerbitkan emosi yang baik.

Pengaruh Sosial
Bentuk perhubungan yang baik ketika melakukan aktiviti akan mempengaruhi kawalan emosi kita. Sekiranya persekitaran sosial yang tegang, sudah pasti emosi seseorang tidak akan berada dalam keadaan yang baik.

Memenuhi Kehendak Lahiriah


Fitrah manusia terutama kanak-kanak suka akan bermain terutamanya berbentuk hiburan dan sosial. Justeru, melalui pendidikan jasmani dapat memenuhi tuntutan lahiriah manusia ini seterusnya menggalakkan perkembangan emosi yang positif

Sumber Rujukan
http://udienbudakpj-ipik.blogspot.com/2011/11/pjm-3110-kepentinganpendidikan-jasmani.html?zx=11b572db92721e03 http://www.scribd.com/doc/59421171/Kepentingan-Pj-Fiz-Men-Emo-So-2 http://www.slideshare.net/RenuBalakrisahnan/37604759-kepentinganpj http://www.slideshare.net/NanaRazliana/kepentingan-pj-kpd-emosi-nsosial http://amirafarhanah.blogspot.com/2012/11/tajuk-3-kepentingan-pj.html

Anda mungkin juga menyukai