Anda di halaman 1dari 18

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 1

PENGENALAN
Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu prosesyang
berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi
perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan
rohani adalah dipengaruhi oleh 2 faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor
persekitaran. Perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling
berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah
tertentu. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak
dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat
baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal.
Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar
serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderungmengikut susunan
pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Kesimpulannya perkembangan
dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek
biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam
mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya.
Pertumbuhan dan perkembangan manusia merupakan paten perubahan fizikal,
kognitif dan sosio-emosi sepanjang pusingan hayat manusia. Justeru, pertumbuhan dan
perkembangan manusia meliputi dari saat terbentuknya janin manusia sehingga
menjadi seorang bayi dan seterusnya berkembang menjadi seorang kanak-kanak,
remaja, dewasa dan berakhir dengan detik kematian. Sudah menjadi lumrah manusia,
kanak-kanak yang dilahirkan sentiasa berkembang dari saat kelahirannya hinggalah ia
dewasa. Kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang unik dan istimewa di mana ia akan
berubah mengikut tahap-tahap yang ditetapkan secara semulajadi dan seterusnya
mewujudkan keseimbangan terhadap kanak-kanak tersebut.
Ini juga menunjukkan kita bahawa alangkah indahnya kebesaran dan
kekuasaan Tuhan. Pelbagai hasil kajian telah dikemukakan tokoh-tokoh sains dan
falsafah dalam membicarakan perkembangan kanak-kanak khususnya yang berkaitan
dengan perkembangan fizikaldan kognitif kanak-kanak hinggalah ia menjadi dewasa
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2

kelak. Manusia akan berkembang dan bertumbuh, namun pada peringkat kanak-
kanak,perkembangan adalah tinggi berbanding dengan orang dewasa. Perubahan
memang berlaku pada bayi dan kanak-kanak yang melibatkan aspek fizikal, kognitif,
sosial, emosi dan moral.
Perubahan-perubahan ini disifatkan sebagai pertumbuhan dan perkembanagn.
Woolfolk dan Margetts (2007) telah mentafsirkan perkembanagn fizikal sebagai
perubahan tubuh badan, perkembanagn kognitif sebagai perubahan pemikiran,
perkembanagn sosial sebagai perubahan hubungan dan interaksi dengan individu
disekelilingnya, dan perkembangan emosi sebagai perubahan dalam kefahaman,
ekspresi serta pengurusan emosi. Oleh itu, perkembangan kanak-kanak telah
dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu faktor baka atau genetik dan persekitaran. Selain
itu, faktor keluarga, rakan sebaya, guru dan sekolah juga mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak.










EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 3

JELASKAN PERANAN SEKOLAH BAGI MEMASTIKAN PERSEKITARAN SEKOLAH
MEMBANTU PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI SEGI FIZIKAL, KOGNITIF,
SOSIO-EMOSI DAN PERSONALITI.
1.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada 5
aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula
adalah berasakn kepada 2 faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan
faktor persekitaran. Perkembangan ini biasanya dikaitkan dengan perkembangan atau
perubahan fizikal tubuh badan. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada
individu di dunia ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan
faktor baka (nature) dan faktor persekitaran (nurture) sebagai penyebab ketidaksamaan
kadar perkembangan individu.

1.1 Faktor Baka
Baka ialah gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya.
Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. Kedua-
dua faktor ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Terdapat persamaan yang serupa bagi
setiap pertumbuhan. Bagaimanapun, proses perkembangan setiap individu adalah
berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat melalui aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial dan
jasmani.
Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini
sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel (1822-1889) di Austri. Menurut
Norman L. Munn, dan Ee Ah Meng (1996) baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan
melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Manakala R. Hilgard pula
menyatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada
anak-anaknya melalui gen. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan
persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu
kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi.
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 4

Faktor baka atau nature lebih dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein
yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kedudukan nukleoprotein terletak di atas
lokus kromosom, yang berupa benang halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma
(jantan) juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA
dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka.
Gen akan menguasai perkembangan manusia dan memberi sifat unik kepada setiap
manusia. Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu
dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh saiz dan bentuk
badan, ketinggian, rambut dan warna.















Rajah 1.1 Persenyawaan, pencatuman dan pertukaran kromosom diantara gamet lelaki
(sperma) dan gamet wanita (ovum).
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 5









Kajian ahli-ahli psikologi Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dan
Sheldon(1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan
intelek yang berbeza. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan
daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering
mengaitkan perbezaan kecerdasam individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka.
Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak
pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa
yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak
yang agresif dan autokratik.







Rajah 1.2 - Kromosom
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 6

1.2 Persekitaran (Nurture)

Faktor kedua pula ialah persekitaran atau nurture. Faktor ini merujuk kepada keadaan
semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan
selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup
dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara
pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat, media
dan persekitaran dunia.
Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa
perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem,
mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner,
kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih banyak
menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu. Sebagai
contoh hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru
dan rakan-rakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak
kurang penting di dalam perkembangan kanak-kanak.
Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem.
Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem
yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau
tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak
yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini
menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-
kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut
memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar raya.
Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 7

tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial
kanak-kanak tersebut.
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai
dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan
jantina dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi
peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-
pekerjaan yang penting.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa.
Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-
permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang
lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu
sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap
individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.










EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 8

1.3 Peranan Sekolah
Sekolah merupakan tempat pendidikan awal anak-anak secara formal. Pada
zaman moden ini, sekolah menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan
pendidikan yang baik dan sempurna. Di sekolah bermulanya pembinaan peribadi dan
kecemerlangan seseorang murid. Melalui pendidikan di sekolah, terdapat perancangan
dan pelaksanaan aktiviti pendidikan yang tersusun rapi bagi mencipta kecemerlangan
bagi setiap murid.
Sekolah adalah tempat untuk kecemerlangan dan bukan untuk kegagalan.
Tetapi, realiti yang wujud pada hari ini ialah masih banyak berlaku kegagalan,
kelemahan dan pelanggaran disiplin di sekolah. Oleh kerana keadaan tersebut berlaku
hampir di setiap sekolah, maka masyarakat menganggap kegagalan, kelemahan dan
pelanggaran disiplin di setiap sekolah adalah perkara biasa. Perkembangan ialah
perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat
daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang awal.
Jadi, perkembangan terbahagi kepada banyak bahagian, iaitu fizikal, kognitif,
bahasa, sosio emosi, dan kendiri. Fokus saya pada kali ini ialah terhadap
perkembangan kognitif. Dua teori utama dalam perkembangan kognitif yang menjadi
fokus saya ialah teori ahli psikologi Switzerland iaitu Jean Piaget dan ahli psikologi
Rusia iaitu Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan peranan penting dalam
membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh
memainkan peranannya untuk membantu murid mencapai perkembangan kognitif yang
optimum. Peranan sekolah juga memastikan persekitaran sekolah membantu
perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, kognitif, sosio emosi dan personaliti.




EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 9

Dari segi fizikal, kita memang mengetahui bahawa murid-murid suka melakukan
pergerakan yang bebas. Mereka secara semula jadi ingin belajar dan mempunyai naluri
ingin mengetahui sesuatu. Justeru itu, apabila mereka dilibatkan dengan aktiviti fizikal,
mereka akan melakukannya dengan sepenuh hati dan juga akan bergerak dengan
seluruh anggota badannya.
Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas
pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan yang sihat, selamat dan
ceria. Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal seharusnya
diberi perhatian. Seorang murid tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya
aspek ini diabaikan. Misalnya, kanak-kanak yang cergas tidak akan dapat mencapai
kejayaan sekiranya mereka ini mengalami masalah kesihatan atau persekitarannya
kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberi pendedahan dalam cara amalan dan
langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak
lebih berminat untuk meneroka dan belajar dalam persekitaran yang bersih, selamat
dan ceria.
Oleh itu, sebelum mengajar aktiviti fizikal, terlebih dahulu guru hendaklah
mempunyai minat tentang aktiviti yang mereka ajar. Guru juga hendaklah
bertanggungjawab dalam mengendalikan sesuatu pengajaran pembelajaran aktiviti
fizikal kerana kemahiran yang akan dipelajari murid-murid akan menjadi asas yang
kukuh dalam perkembangan pergerakan mereka. Dengan itu, pengajaran hendaklah
seronok dan hendaklah menjadi suatu masa yang meriangkan untuk kedua-dua belah
pihak. Suasana persekitaran sekolah yang baik akan membantu murid menjalani
proses pembelajaran dengan lebih efektif.
Sudah menjadi sifat semula jadi murid-murid suka melakukan aktiviti di dalam
atau diluar bilik darjah. Mereka sememangnya ingin bergerak bebas dan mereka tidak
gemar terikat dengan aktiviti didalam bilik darjah sahaja. Oleh itu, penggunaan
peralatan dan lain-lain rangsangan akan memberi lebih cabaran kepada mereka
semasa melakukan pergerakan. Dalam lingkunagn umur 4 hingga 9 tahun, kanak-
kanak mempunyai sifat yang tersendiri dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi, rohani,
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 10

dan estetika pergerakan. Kanak-kanak haruslah diberi pengalaman pembelajaran
pergerakan bermula dari peringkat prasekolah lagi.
Disebabkan itu, pada peringkat awal persekolahan, murid-murid didorong oleh
semangat ingin tahu yang menyebabkan mereka sentiasa cergas. Oleh itu, mereka
sentiasa suka menjelajah mencari pengalaman untuk memperoleh kemahiran serta
pengetahuan baru melalui aktiviti pergerakan fizikal yang berstruktur dan terancang,
terutamanya di peringkat awal persekolahan lagi.
Sekolah berperanan untuk memastikan infrastruktur atau kemudahan
pembelajaran murid sentiasa ada bagi membantu meningkatkan perkembangan fizikal
murid seperti kemudahan untuk melakukan aktiviti sukan, kebersihan dan keselamatan
para murid sekolah. Kemudahan ini juga perlu ada supaya guru dapat melaksanakan
pengajaran dengan efektif. Selain itu, sekolah juga berperanan untuk memastikan
keadaan persekitaran sekolah baik dan selamat digunakan agar proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan dengan baik.
Manakala perkembangan kognitif murid pula, pembinaan pemikiran kanak-kanak
diberi penekanan untuk perkembangan kognitif kanak-kanak ini. Ia tertumpu kepada
perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat
perkembangan kepada seterusnya. Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah
secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan,. Setiap
individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-
perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.
Piaget juga telah mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh
mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan biologi, interaksi individu
dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan. Kematangan biologi
merupakan proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka ataupun genetik.
Kemudian, interaksi individu dengan persekitaran pula merupakan komunikasi atau
interaksi antara individu dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang
berlaku. Selain itu, ilkim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 11

kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang canggih akan meningkatkan
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid ke tahap yang lebih tinggi.
Menurut Vygotsky pula, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua
peringkat iaitu, peringkat sosial dan peringkat individu. Pada peringkat sosial, maklumat
atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain
yang ada di persekitaran seperti ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, keluarga
terdekat dan jiran. Peringkat individu pula ialah kebolehan individu menukar maklumat
dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu.
Sebagai seorang guru, kita mestilah membantu murid agar dapat mencapai
perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah merancang pengajarannya
agar dapat merealisasikan hasrat ini bagi memastikan persekitaran sekolah dapat
membantu perkembangan kanak-kanak ini.
Guru mestilah menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit untuk
memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, jika murid diajar kemahiran
menambah dan menolak, guru boleh menggunakan bahan-bahan konkrit yang berada
di sekelilingnya seperti ranting kayu, batu, daun, dan lain-lain. Pendekatan ini sesuai
untuk kanak-kanak pada peringkat Pra operasi, iaitu berumur 2 hingga 7 tahun. Selain
itu, guru boleh menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar dalam
mempelajari kemahiran yang baru. Bahan-bahan ini mestilah menarik dan bersesuaian
dengan pelajaran yang ingin diajarkan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, guru
boleh menggunakan model-model tiga dimensi seperti haiwan, tumbuhan mainan untuk
mewakili objek yang dipelajari oleh mereka
Seterusnya, guru harus memberi arahan dengan menggunakan ayat yang
pendek dan disertai dengan contoh agar mudah difahami oleh murid. Contohnya,
arahan untuk murid mengutip sampah yang berada disekeliling mereka, diberi dengan
menggunakan ayat mudah dan jelas. Arahan yang pendek serta jelas ini akan
memudahkan murid untuk menuruti dan mengikuti kehendak guru. Selain itu, guru juga
patut memberi peluang kepada murid melakukan `hands-on terhadap sesuatu
kemahiran. Sebagai contoh, murid diberi peluang untuk membentuk perkataan daripada
potongan-potongan huruf. Dengan kaedah atau cara ini, murid akan dapat
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 12

meningkatkan lagi keyakinan terhadap diri mereka. Guru juga boleh menyediakan
pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kanak-kanak tidak semestinya belajar dalam
bilik darjah sahaja. Berikan mereka peluang untuk merasa sendiri pengalaman di luar
bilik darjah untuk memperkaya ingatan dan fikiran mereka kepada flora dan fauna.
Menerusi pengalaman ini, mereka akan dapat membuka minda mereka dan dapat
menikmati sendiri pengalaman tersebut serta membantu meningkatkan perkembangan
kognitif semasa di sekolah.
Selain itu, murid-murid akan lebih menumpukan perhatian kepada pengajaran
guru jika dikaitkan dengan pengalaman mereka sendiri. Jadi, guru boleh mengaitkan
pengalaman mereka seperti pengalaman bercuti di kampung dengan pengajaran.
Pengalaman ini amat membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih
kompleks. Ini bertepatan dengan teori Lev Vygotsky iaitu kaitkan pengajaran dan
kehidupan seharian kanak-kanak serta pengaplikasian pengetahuan kanak-kanak
kepada pengalaman mereka yang sebenar.
Guru juga seharusnya memberi peluang kepada murid-murid agar dapat
memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajarkan kepadanya. Berilah mereka
peluang untuk mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari agar mereka dapat berfikir
secara kritis dan kreatif di bawah bimbingan guru. Contohnya, membuat eksperimen
dalam subjek sains tentang keperluan cahaya matahari untuk melakukan proses
fotosintesis tumbuhan. Dengan memberi mereka peluang untuk melakukan eksperimen,
murid-murid akan lebih faham dengan apa yang dipelajarinya dan lebih mengetahui
perkara tersebut berdasarkan pengalamannya tadi.
Seterusnya, murid-murid juga seharusnya diberi pembacaan dan pembentangan
yang ringkas dan tersusun. Pembacaan dan pembentangan ini akan meningkatkan
keupayaan berbahasa mereka ke arah yang lebih baik. Guru juga mesti memberi
peluang kepada murid-murid untuk melahirkankan ideanya sendiri. Contohnya, berikan
mereka buku-buku yang mudah untuk dibaca, iaitu buku yang mempunyai ayat-ayat
mudah, kemudian beransur kepada yang lebih kompleks. Kanak-kanak juga bebas
untuk memberikan pandangannya sendiri. Kemudian, guru membimbing kanak-kanak
untuk membentangkan idea-idea mereka dengan langkah-langkah mudah.
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 13

Guru boleh menggunakan bahan yang konkrit untuk menggambarkan sesuatu
konsep yang lebih kompleks untuk kanak-kanak pada peringkat operasi formal.
Contohnya, penggunaan bahan tiga dimensi, carta, rajah, gambar, jadual, dan
pengalaman murid sendiri sebagai alternatif untuk mengajar sesuatu yang lebih sukar.
Dengan penggunaan bahan-bahan tersebut, murid-murid dapat membayangkan
perkara yang diajar oleh guru serta dapat memahami perkara yang kompleks dengan
lebih mudah.
Selain itu, guru mestilah memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk
mencari alternatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka juga boleh membuat
hipotesis daripada hasil pembelajaran mereka tersebut. Guru juga mesti membimbing
mereka untuk mencari jalan penyelesaian, agar mereka dapat berfikir secara kritis dan
kreatif.
Guru juga boleh mengemukakan konsep yang luas. Bimbing pelajar untuk
meneroka serta mengkaji konsep tersebut. Guru mesti menerima pendapat pelajar dan
bimbing mereka agar menerima pandangan orang lain. Dengan cara ini, pemikiran
pelajar akan lebih terbuka dan tidak hanya bertumpu kepada fakta semata-mata.
Mereka juga dapat mempelajari menerima pandangan orang lain jika pendapat orang
tersebut adalah benar.
Justeru itu, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak dalam
mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah merancang aktiviti
untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang telah disarankan. Selain itu, guru
perlulah membimbing murid-murid dengan sebaiknya untuk mencapai perkembangan
kognitif ini. Tahap pemikiran murid mungkin berbeza-beza, jadi guru perlulah cakna
dengan perkembangan kognitif murid untuk merealisasikan hasrat ini.
Disamping itu juga, tahap perkembangan emosi bergantung kepada pengalaman
dan persekitaran sosial yang dialaminya. Persekitaran sosial yang dimaksudkan adalah
keluarganya sendiri, saudara mara, jiran, pengasuh dan juga di sekolah. Melalui
pengalaman yang diperoleh dari proses sosiolisasi ini, seseorang kanak-kanak akan
mencapai perkembangan emosi. Perkembangan sosio-emosi khususnya adalah
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 14

keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap
sesuatu situasi atau keadaan. Ianya dapat dilihat melalui kelakuan kanak-kanak. Ianya
dikategorikan sebagai tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.
Tingkah laku yang positif merujuk kepada berkongsi, berdikari, mengikut
peraturan dan lain-lain. Manakala tingkah laku negatif merujuk kepada bergaduh,
mengasingkan diri, dan menggigit. Perkembangan sosioemosi membolehkan
seseorang kanak-kanak dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai
emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untuk
menghadapi cabaran dalam kehidupan harian. Sekolah berperanan untuk membantu
perkembangan murid-murid dalam sosioemosi melalui peratuaran. Murid-murid akan
mengikut peraturan semasa mereka berada di kawasan sekolah bagi mengelakkan
masalah disiplin berlaku. Oleh itu, murid-murid dapat mempelajari bagaimana untuk
mengawal emosi da tingkah laku ketika berada di sekolah. Persekitaran sekolah akan
menjadi lebih baik tanpa adanya gangguan masalah disiplin kerana peraturan yang
ditetapkan oleh pihak sekolah.
Selain itu, peranan sekolah dalam memperkembangkan personaliti murid-murid
melalui suasana sekolah yang kondusif dari segi fizikal, emosi dan sosial menyumbang
kepada perkembangan personaliti yang positif dalam kalangan kanak-kanak. Sekolah
merupakan tempat bimbingan dan pembentukan personaliti. Ini termasuklah peranan
pihak pentadbiran sekolah seperti guru besar, guru disiplin, guru agama, kaunselor dan
guru biasa. Amalan sekolah yang menyebabkan kanak-kanak merasakan diri mereka
tidak selamat, terancam dan takut turut menyumbang kepada perkembangan personaliti
individu yang tidak stabil.
Personaliti merupakan gabungan daripada berbagai sifat dan konsep kendiri
seseorang. Hal ini yang demikian individu yang mempunyai konsep kendiri positif akan
menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan persekitarannya. Dengan
gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku yang ditunjukkan dan cara seseorang itu
berinteraksi dengan persekitarannya dapat membantu untuk mengenali personaliti
seseorang itu dengan lebih mendalam.
EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 15

Sekolah berperanan untuk memastikan penyediaan pemakanan yang seimbang
kerana ia penting dalam proses perkembangan personaliti kanak-kanak. Individu
digalakkan makan makanan yang berzat, bersih dan halal dan elakkan makanan atau
minuman yang boleh mengancam dan menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal.
Ini kerana makanan yang kotor boleh menjejaskan personaliti seseorang dan
seterusnya akan mengganggu perkembangan murid-murid. Oleh itu, pelbagai aktiviti
perlu dijalankan di sekolah seperti kelas, bimbingan, latihan dan aktiviti kokurikulum
untuk membantu membentuk perkembangan personaliti individu.
Oleh yang demikian, tugas seorang guru bukan sekadar sebagai tenaga
pengajar malah lebih kepada seorang pembimbing. Guru yang bersifat pembimbing
pasti dapat melahirkan murid-murid yang mempunyai personaliti yang penuh dengan
nilai-nilai murni dan seterusnya menjadi insan yang berguna kepada agama, keluarga,
masyarakat, nusa dan bangsa. Dalam bidang pendidikan bukan sahaja memerlukan
guru yang hanya memiliki minat yang mendalam dalam kerjaya perguruan tetapi juga
komited untuk memberikan yang terbaik kepada murid-murid mereka untuk membentuk
personaliti yang unggul.
Kesimpulannya, guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting
dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang
bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam
bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang
kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran
akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.
Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas
untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 16

1.3 REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana berkat dan limpah
kurniaNya, saya telah dapat menyempurnakan tugasan ini dengan baik setelah
melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama lima hari iaitu bermula dari
19 ogos 2013 hingga 23 ogos 2013 di Sekolah Kebangsaan Banting yag bertempat di
daerah sipitang. Tugasan ini merangkumi peranan pentadbir, guru-guru, dan staf
sokongan di sekolah. Tugasan ini membolehkan saya melakukan kajian di sekolah
tersebut yang meliputu bagaimana sekolah berperanan penting untuk memastikan
persekitaran sekolah yang membantu perkembangan kanak-kanak dari sudut fizikal,
kognitif, sosio-emosi dan personaliti kanak-kanak. Saya juga amat berbesar hati kerana
dapat melakukan kajian ini di sekolah yang ditempatkan kerana murid-murid di sekolah
berkenaan adalah terdiri daripada orang kampong saya sendiri.
Dalam tempoh menyempurnakan tugasan ini, saya telah mengalami beberapa
kesulitan apabila sukar untuk berkomunikasi dan berkolaborasi bersama rakan-rakan
yang lain kerana lokasi sekolah yang ditempatkan adalah berlainan. Selain itu, saya
amat sukar untuk mendapatkan bahan ataupun rujukan di internet kerana lokasi saya
tidak ada pautan internet seperti yang terdapat di Bandar-bandar. Walaubagaimanapun,
permasalahan ini dapat saya atasi dengan baik kerana saya telah mencari maklumat
lebih awal sewaktu berada di institut pendidikan Guru Kampus Tawau. Selain itu juga,
saya telah membuat rujukan lebih awal di perpustakaan IPG Kampus Tawau mengenai
bahan atau maklumat yang saya perlukan untuk tugasan ini. Selain itu juga, saya amat
berbesar hati keran dapat berkolaborasi bersama guru-guru di SK Banting sipitang dan
mereka telah memberikan kerjasama yang baik berhubung tugasan ini. Tambahan lagi,
majority guru-guru tersebut adalah bekas pendidik yang mengajar saya sewaktu
bersekolah rendah di Sk Banting sebelum ini.


EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 17

Kesimpulannya, saya dapat melihat dan merasai sendiri sebagai bekas pelajar
dan berpengalaman menjadi guru sandaran tidak terlatih pada tahun 2011 di Sk Ulu
Tomani Tenom, saya mendapati bahawa sekolah memaminkan peran yang besar dan
penting dalam memastikan persekitaran sekolah untuk membantu perkembangan
kanak-kanak dari sudut fizikal, kognitif, sosio-emosi dan personaliti pelajar. Oleh itu,
pihak pentadbir dan guru-guru serta staf sokongan harus menjalankan tugas dengan
betul untuk mengalas tanggungjawab ini bagi memastikan kita dapat melahirkan
generasi yang berkualiti dan inovatif pada masa akan datang seterusnya mencapai
objektif falsafah pendidikan Negara cemerlang.






















EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 18

RUJUKAN

SUMBER BUKU
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-
Kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak, Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd
Noraini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007). Perkembangan
Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd
Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

SUMBER JURNAL
Jay Belsky & Michael Pluess. (2009). The Nature (and Nuture) of Plasticity in
Early Human Development, Perspectiveon Psychological Science. Volume 4 (4)
345- 35
Shahbudin Hisham, Mahani Razali dan Ramlah Jantan. (2003). Siri Pendidikan
Perguruan: Psikologi Pendidikan. PTS Publication & Distrbutors Sdn. Bhd

SUMBER INTERNET
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf
http://genome.welcome.ac.uk/doc_WTD0208893.html
http://imannnotapadat.blogspot.com/2009/06/hbae1203-perkembangan-seni-
dan-kanak.html
http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/faktor-yang-mempengaruhi-
perkembangan.html

Anda mungkin juga menyukai