Anda di halaman 1dari 14

1.

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Sharifah A. Alsagoff (1987), dalam Mok Soon Sang (2012) menyatakan bahawa psikologi perkembangan sebagai kajian terhadap faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia serta perubahan kebolehan, personaliti, motivasi dan ciri-ciri sosial mengikut peringkat masa tertentu. Psikologi perkembangan bermaksud kajian saintifik terhadap pertumbuhan dan perkembangan manusia dalam aspek-aspek seperti fizikal, mental, emosi, personaliti, perbezaan individu dan tingkah laku sepanjang hayatnya.

Perkembangan merupakan proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga dewasa. Psikologi perkembangan ini sangat penting supaya guru dapat memahami perkembangan kanak-kanak untuk menyediakan rancangan mengajar yang berkesan. Bukan itu sahaja, guru juga dapat menggunakan kaedah yang sesuai mengikut kebolehan pelajar.

1.2

Refleksi pengajaran dan pembelajaran


Saya Fatin Hanani binti Mohamad Akhir akhirnya berjaya menyiapkan kerja kursus perkembangan kanak-kanak dalam masa yang telah diberikan oleh Encik Sukiman bin Haron. Melalui pemerhatian dan pembacaan, saya perlu melaksanakan kajian ilmiah tentang perkembangan fizikal, kognitif, sosio emosi dan kendiri kanak-kanak pada peringkat umur dua hingga 12 tahun. Saya perlu memilih salah satu perkembangan tersebut bagi kajian ilmiah dan hasilan tersebut hendaklah dikemukakan dalam bentuk esei akademik. Saya memilih perkembangan fizikal kanak-kanak. Saya memilih perkembangan ini adalah kerana saya merasakan saya lebih memahami perkembangan ini daripada perkembangan yang lain. Saya dapat membuat pemerhatian perkembangan fizikal kanak-kanak dengan mudah kerana saya mempunyai sepupu yang masih awal kanak-kanak lagi dan adik lelaki saya yang berumur di peringkat pertengahan kanak-kanak di mana saya boleh membuat pemerhatian kepada mereka. Hal ini memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Melalui pemerhatian saya kanak-kanak pada peringkat pertengahan kanak-kanak dan pada peringkat awal kanakkanak adalah berbeza ciri-ciri fizikal yang berlaku kepada mereka. 1

Perkembangan fizikal kanak-kanak juga berbeza walaupun kanak-kanak berumur pada umur yang sama.

Saya mencari maklumat mengenai perkembangan fizikal kanak-kanak dengan meminjam buku di perpustakaan Institut Perguruan Sultan Abdul Halim. Terdapat banyak buku yang boleh digunakan untuk menyiapkan kerja kursus saya ini. Saya juga turut meminta bantuan Encik Sukiman bin Haron untuk membantu saya bagaimana menggunakan format yang betul untuk

menyiapkan tugasan ini. Bukan itu sahaja, saya juga mengakses internet dan membaca artikel di internet yang berkaitan dengan perkembangan fizikal kanak-kanak. Selama saya bertungkus lumus ingin menyiapkan tugasan ini saya mendapati bahawa perkembangan kanak-kanak bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Hal ini kerana mempelajari dengan lebih mendalam mengenai bagaimana kanak-kanak berkembang dapat membantu saya sebagai seorang bakal guru suatu hari nanti. Apabila saya dapat mengetahui dengan mendalam mengenai perkembangan kanak-kanak, ia akan memudahkan saya semasa menjadi seorang guru.

2.0

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

2.1

Konsep perkembangan kanak-kanak


Perkembangan adalah satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat dewasa seseorang individu. Perkembangan manusia dari aspek perubahan kognitif, fizikal, emosi, rohani dan sosial dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran mengikut kajian para psikologi. Bukan itu sahaja, ia juga sering dikaitkan denagan pertumbuhan yang pada asalnya adalah perubahan fizikal tubuh badan. Jadual 2.1 berikut menghuraikan secara ringkas perbezaan di antara pertumbuhan dan perkembangan dalam aspek jasmani , mental, emosi dan sosial. Aspek Jasmani Pertumbuhan Pertumbuhan saiz, berat dan gigi Perkembangan Kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar dan membuat kerja. Mental Bertambah keupayaan berfikir. Emosi Perasaan seronok, gembira, duka dan takut. Sosial Meluaskan perhubungan, komunikasi dan pergaulan dengan orang lain. Jadual 2.1 : Perbezaan di antara pertumbuhan dan perkembangan individu dari aspek jasmani, mental, emosi dan sosial. Kemahiran mendisiplin dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Kemahiran memikir, mengingat, menganalisis dan menaakul. Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu.

2.2

Prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak


Prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak adalah pertumbuhan yang berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Prinsip asas yang lain adalah pertumbuhan struktur fizikal yang mendahului kemahiran fungsinya dan pertumbuhan secara menyeluruh mendahului secara khusus. Selain itu, corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu. Malah, 3

pertumbuhan juga berlaku sehingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan hingga akhir hayat. Prinsip asas yang lain juga menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan emosi dan sosial. Bukan itu sahaja, perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak dan perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.

3.0

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN FIZIKAL

3.1

Faktor-faktor perkembangan
Perkembangan adalah suatu proses semulajadi terhadap diri manusia. Perkembangan ini dipengaruhi oleh dua faktor yang menjadikan setiap manusia mempunyai personaliti dan perwatakan yang berbeza antara satu sama lain. Peringkat-peringkat pertumbuhan setiap individu berkembang dengan ciri-ciri yang serupa. Walaupun berkembang dalam peringkat pertumbuhan yang sama, setiap individu tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor utama yang menjadikan ketidaksamaan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu antara satu sama lain.

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak- kanak iaitu baka dan persekitaran. Baka atau keturunan diperoleh daripada ciri-ciri perwarisan yang dibawa daripada ibu bapa kepada anak-anak mereka. Oleh kerana itu, menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza.

3.2

Faktor baka
Faktor yang pertama adalah faktor baka. Faktor ini melibatkan kesan genetik terhadap perkembangan manusia. Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya ( Haliza Hamzah: 2008). Gen-gen ini tersimpan di dalam lokus kromoson ibu dan bapa kanak-kanak tersebut. Apabila proses pensenyawaan antara spema (telur lelaki) dan ovum (telur perempuan) berlaku, kromoson-kromoson ini akan terjalin dan mempengaruhi ciri-ciri yang ada pada seseorang induvidu. Antara perkara yang dipengaruhi oleh baka ibu bapa seseorang adalah ketinggian, warna kulit, rambut, paras rupa, mata dan bentuk badan. Genetik juga menyimpan sifat-sifat intelektual ibu bapa masing-masing. Ia termasuk potensi, bakat, pemikiran dan tabiat semulajadi ibu bapa masing-masing. Contohnya bakat bermain bola sepak yang ada pada bapa kanak-kanak turut ada pada kanak-kanak tersebut. Ini berlaku terhadap pemain veteren terbaik dunia, Madonna dari Argentina apabila anaknya juga turut berbakat dalam sukan bola sepak. 5

Faktor baka menyebabkan berlakunya perbezaan fizikal individu dengan individu yang lain. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak kembar mempunyai ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi atau rendah, berat atau ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian ini menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang pintar akan melahirkan anak yang juga pintar. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain amat dipengaruhi oleh baka yang diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak mereka. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga boleh mempengaruhi kemampuan mental dan fizikal kita sama ada pandai atau tidak pandai.

3.3

Faktor persekitaran
Faktor kedua adalah faktor persekitaran. Faktor persekitaran merujuk kepada pengaruh dan pengajaran yang dilalui oleh seseorang melalui pengalaman atau sesi pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak. Proses ini bermula sejak sebelum lahir lagi dan berterusan sehingga meninggal dunia. Antara unsur-unsur yang menjadi pemboleh ubah dalam faktor ini adalah pengaruh rakan sebaya, media massa, hubungan dan masyarakat serta keluarga dan alam sekeliling. Selain itu, terdapat lima sistem yang mempengaruhi persekitaran perkembangan seseorang.

Faktor persekitaran selalunya berlaku dikalangan keluarga, rakan sebaya serta guru dan sekolah. Malah kebudayaan dan kepercayaan masyarakat dan sumber teknologi juga tergolong dalam faktor persekitaran. Institut keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan kanak-kanak. Unsurunsur institut keluarga yang mempengaruhi perkembangan individu ialah iklim rumah, makanan, asuhan dan status sosioekonomi keluarga. Perbezaan iklim rumah, cara asuhan dan sosio ekonomi keluarga melahirkan individu yang berbeza mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Contohnya, makanan yang berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembang jasmaninya dengan sempurna manakala status-ekonomi keluarga yang mewah dan kaya akan membantu perkembangan kanak-kanak dari segi 6

intelek dan fizikal ke tahap optimum kerana keluarga yang berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Seterusnya adalah pengaruh rakan sebaya. Pengaruh ini penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ia lebih kepada aspek perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Contohnya, kanak-kanak yang bergaul dengan rakan sebaya yang aktif bermain akan mendorong peningkatan

perkembangan fizikal kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak juga disebabkan oleh guru dan sekolah. Gaya kepimpinan guru memberi impak kepada perkembangan kanak-kanak. Corak interaksi guru dengan murid, dan antara murid, dalam sebuah bilik darjah bergantung kepada jenis kepimpinan yang biasanya diamalkan oleh guru dalam bilik darjah. Perkembangan kanak-kanak juga berlaku berpunca dari sumber teknologi yang semakin berkembang pada ketika ini. Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahan mereka kepada sumber teknologi yang terdapat pada ketika ini. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan membaca seperti surat khabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer.

4.0

IMPLIKASI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 4.1 Peringkat-peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak


Perkembangan fizikal kanak-kanak dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama adalah peringkat awal kanak-kanak yang berumur di antara 7

dua hingga enam tahun. Peringkat kedua pula adalah peringkat pertengahan kanak-kanak yang berumur di antara enam hingga lapan tahun. Peringkat terakhir pula adalah peringkat akhir kanak-kanak yang berumur antara sembilan hingga 11 tahun.

4.2

Peringkat umur dua hingga tiga tahun Melalui pemerhatian dan pembacaan saya, berikut menghuraikan secara ringkas perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat

perkembangan. Apabila kanak-kanak mencapai umur dua tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan, tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok, membuka tali kasut dan sebagainya. Kemahiran motor dibahagikan kepada dua kemahiran iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini memperlihatkan koordinasi yang baik antara otak dengan mata. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk berdikari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti makan dan pakai baju. Pada peringkat antara umur dua tahun hingga umur tiga tahun berlakunya perubahan berat badan dan tinggi kanak-kanak dengan kadar lebih perlahan dari umur antara setahun hingga dua tahun. Kanak-kanak juga pada ketika ini boleh memakai dan menanggal baju mereka yang longgar serta boleh

menggunakan sudu dengan berkesan. Kanak-kanak pada peringkat ini juga mula berlakunya perkembangan kemahiran berlari, melompat, melontar dan menangkap. Bukan itu sahaja, koordinasi berjalan juga ditambah baikkan dari peringkat umur sebelum ini. Kanak-kanak pada waktu ini suka menconteng dan mendiskriminasi objek tetapi tidak boleh melukis objek. Kanak-kanak pada tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka

persekitaran sambil kita mengawasi mereka.

4.3

Peringkat umur tiga hingga empat tahun


Peringkat awal kanak-kanak ketika berumur antara tiga hingga empat tahun, kanakkanak tidak lagi tidur pada waktu siang. Kanak-kanak pada masa ini suka untuk berlari, melompat, melontar dan menangkap lebih berkesan. Sekiranya dulu mereka 8

boleh melompat menggunakan dua kaki tetapi pada waktu ini mereka juga boleh melompat dengan menggunakan satu kaki. Kanak-kanak juga boleh menunggang basikal yang beroda tiga juga. Penggunaan alatan seperti gunting juga bertambah baik. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga boleh melukis gambar orang dan malah boleh membezakan penulisan dengan bukan penulisan. Kanak-kanak juga boleh memegang gelas dengan sebelah tangan, mengutip objek, menyusun blok secara menegak, membuka tali kasut, makan dengan menggunakan sudu, menuang air dari bekas dan boleh menyalin bulatan dan melukis garisan lurus. Bukan itu sahaja, kanak-kanak boleh melakukan aktiviti fizikal yang lebih mencabar dan lasak seperti memanjat tangga dengan sebelah kaki, menunjukkan kebolehan luar biasa di taman permainan dan melakukan aksi gimnastik yang mudah. Melukis bentuk yang mudah, menulis huruf yang besar dan menggunakan gunting untuk memotong.

4.4

Peringkat umur tiga hingga empat tahun Pada umur di antara tiga hingga empat tahun begini otot-otot kecil mereka lebih banyak yang boleh dikawal. Abi (2009) menyatakan bahawa kanakkanak berumur empat tahun boleh berlari menggunakan hujung kaki dan berlari dengan sekuat hati. Mereka boleh bergantungan di monkey bar, melompat dengan satu kaki dan rope skipping serta boleh membaling bola. Pada umur begini otot-otot kecil mereka lebih banyak yang boleh dikawal. Selain itu, mereka juga boleh melukis secara kasar untuk menggambarkan objek tertentu. Purata kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak pada peringkat ini ialah 2 inci dan 5 hingga 7 inci setahun. Kanak-kanak perempuan adalah lebih ringan dan lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Misalnya purata ketinggian dan berat badan bagi kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun ialah antara 35.5 hingga 40 inci dan 25.5 hingga 36.5 lb, manakala kanak-kanak lelaki pada usia yang sama mempunyai purata ketinggian lebih kurang 36 hingga 41 inci dan berat antara 27 hingga 38 lb. Pertambahan berat tahunan agak tekal dan kemudian beransur kurang sehingga mencapai umur baligh.

4.5

Peringkat umur lima hingga enam tahun Semasa berumur lima hingga enam tahun tumbesaran kanak-kanak adalah perlahan tetapi berterusan. Pada peringkat ini tubuh badan bertambah tinggi, malah anggota badan mengikut nisbah seperti orang dewasa. Kanak-kanak telah mahir mengawal otot-otot penting. Kebanyakan mereka sudah mempunyai deria pengimbangan yang baik. Mereka boleh berdiri dan berjalan di atas kayu palang-pengimbang. Mereka suka melakukan persembahan berbentuk fizikal, seperti bergantungan di monkey bar dan menggunakan walking turtle. Mereka berasa gembira menguji kekuatan dan kemahiran otot. Mereka suka melakukan lompat tali atau skipping, berlari, bergulingan, dan menari bersama muzik. Mereka boleh menangkap bola kecil, mengendali butang dan zip pakaian. Mereka boleh belajar mengikat tali kasut, menulis nama, meniru lakaran dan bentuk termasuk nombor dan huruf. Mereka menggunakan sudugarfu dan alatan dengan betul. Kanak-kanak pada waktu ini boleh berlari dengan lebih laju dan suka berlumba lari dengan rakan. Kanak-kanak juga boleh melompat sejauh tiga kaki dan setinggi satu kaki. Mereka boleh melompat dengan sebelah kaki dan melakukan gerakan kaki seperti bermula, berpusing dan berhenti dengan berkesan. Malah mereka boleh berjalan di atas palang, melontar dan menangkap bola. Mereka juga boleh membina rumah dengan blok, mengikat tali kasut, melukis atau menyalin bentuk, contohnya segi empat, tetapi tidak boleh melukis bentuk diamond kerana tidak simetri. Gigi kanak-kanak yang tumbuh pada kali pertama mula menjadi reput. Kemahiran motor kasar kanak-kanak juga bertambah dengan pantas. Kemahiran yang wujud juga semakin melonjak. Selain itu, kanak-kanak juga boleh menunjuk pola melontar dan menangkap. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga boleh memakai kasut dan melukis gambar yang kompleks serta boleh membezakan huruf dengan abjad. Kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan kelihatan langsing (slim down) apabila mencapai usia pra sekolah kerana badan menjadi panjang walaupun kepala masih kelihatan lebih besar daripada badan. Pada akhir peringkat prasekolah badan kanak-kanak kelihatan lebih seimbang dan kandungan lemak menurun, maka rupanya tidak lagi kelihatan tembam. Kanak-kanak perempuan didapati mempunyai lebih banyak tisu otot lemak berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang mempunyai lebih banyak tisu otot. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi, berat, dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah kesan 10

daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status sosio-ekonomi dan penjagaan.

4.6

Peringkat umur enam hingga lapan tahun Ketika pertengahan kanak-kanak iaitu ketika berumur antara enam hingga lapan tahun, gigi susu kanak-kanak beransur-ansur diganti dengan gigi yang kekal. Penulisan mereka juga menjadi lebih kecil dan lebih baik. Penambahan tinggi dan berat badan berlaku dengan perlahan sehingga peringkat awak remaja. Lukisan yang dilukis juga sudah boleh diorganisasi dengan lebih terperinci lagi. Kanak-kanak juga boleh bermain permainan mengikut peraturan dan ditambah dengan aktiviti yang lebih kasar lagi.

4.7

Peringkat umur sembilan hingga 11 tahun Semasa akhir kanak-kanak yang berumur antara sembilan hingga 11 tahun, mereka sudah boleh menggunakan kemahiran motor seperti berlari, melompat, melontar, melonjak, menyepak, menangkap, mengelecek dapat diuruskan dengan lebih cepat dan koordinasi yang lebih baik. Masa tindak balas mereka juga ditambah baik dan membantu perkembangan kemahiran motor kanak-kanak. Dalam lukisan pula, kanak-kanak ketika ini berkembang perwakilan mereka dalam lukisan. Bagi kanak-kanak perempuan, permulaan pertumbuhan peringkat remaja berlaku dua tahun lebih awal.

4.8

Peringkat umur 11 hingga 14 tahun Pada peringkat awal remaja iaitu umur antara 11 hingga 14 tahun, bagi remaja perempuan lemak semakin bertambah daripada otot. Mereka juga mula kedatangan haid dan mencapai puncak pancutan pertumbuhan. Prestasi kemahiran motor pula semakin berkurang. Bagi lelaki pula, bermulanya pancutan pertumbuhan. Sperma juga mula memancut dan berlakunya kesedaran orientasi seksual.

5.0

RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Rumusan Perkembangan adalah satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat dewasa seseorang individu. Perkembangan fizikal kanak-kanak 11

bersifat kualitatif dan berkembang mengikut peredaran masa. Perkembangan manusia dari aspek perubahan kognitif, fizikal, emosi, rohani dan sosial dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran mengikut kajian para psikologi. Baka menentukan had

perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan fizikal kanak-kanak berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Dalam perkembangan fizikal kanak-kanak, terdapat beberapa aspek yang dapat dilihat iaitu bagaimana perkembangan kawalan anggota dan gerakan badan kanak-kanak. Malah, perkembangan tentang deria kanakkanak, khususnya penggunaan deria untuk mereka berhubung dengan persekitaran juga perlulah diambil berat oleh guru tersebut. Peringkat perkembangan ini sangat penting terutama dalam proses tumbesaran. Hal ini kerana kanak-kanak akan menggunakan deria seperti sentuhan, bau, merasa, melihat dan mendengar untuk pembelajaran dan membentuk konsep. Pada peringkat ini juga kanak-kanak akan belajar untuk mengawal gerakan anggota badan mereka sama ada motor kasar seperti berlari dan melompat atau kawalan motor halus seperti mewarna dan menulis. Faktorfaktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara satu dengan yang lain. Hal ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain.

5.2

Peranan guru Kita tidak boleh memandang ringan perkembangan fizikal yang berlaku kepada kanak-kanak kerana ia mampu memberikan implikasi yang besar bagi diri setiap kanak-kanak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Perkembangan fizikal sebenarnya banyak mempengaruhi perkembangan kognitif, bahasa, kendiri dan emosi seseorang kanak-kanak. Berdasarkan perkembangan fizikal ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kemampuan fizikal mereka. Contohnya,

kanak-kanak ini masih belum sesuai untuk diberi peluang bermain permainan yang terlalu lasak seperti permainan hoki. Apatah lagi jika disuruh bermain 12

dengan orang yang jauh lebih besar berbanding mereka. Ia boleh menyebabkan murid ini tercedera. Bukan itu sahaja, guru juga perlu bijak menempatkan murid-murid di dalam kelas mengikut saiz badannya. Sekiranya murid yang berbadan kecil, maka perlulah diletakkan di hadapan agar mudah baginya untuk menjalani proses P&P. Jika meja disusun di dalam kelas secara berkumpulan, guru tidak boleh meletakkan seorang murid yang berbadan kecil bersama ramai murid yang berbadan besar. Hal Ini mungkin boleh menyebabkan dia dibuli oleh rakan-rakannya. Setiap kanak-kanak berbeza. Maka guru perlulah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosialnya. Perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat awal remaja sekitar umur dua hingga enam tahun, guru perlu membantu kanak-kanak setakat yang perlu. Bantuan yang berlebihan akan menyebabkan pergantungan kanak-kanak kepada ibu bapa atau guru. Hal ini boleh menyebabkan kanakkanak berasa kurang yakin untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Disamping itu, kanak-kanak pada tahap ini akan berkembang pada tahap berbeza. Mereka juga aktif pada peringkat ini. Maka, guru harus menyediakan aktiviti bermain seperti permainan bola dan berlari dan mengambil kira perkembangan otot, khususnya otot-otot kecil yang belum sempurna. Perkembangan fizikal kanak-kanak semasa berumur tujuh hingga 12 tahun pula berbeza kerana seorang guru perlu mengajar kanak-kanak bermain alat muzik seperti piano atau biola. Kanak-kanak lelaki pula lebih cenderung ke arah permainan lasak seperti permainan di padang. Selain itu, aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan agar saiz, berat badan dan rakan sebaya tidak akan menimbulkan sebarang masalah sosial dan penyelesaian.

5.3

Peranan ibu bapa Ibu bapa juga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kanak agar sihat dan baik. Ibu bapa boleh 13

menyediakan makanan yang bersesuaian kepada kanak-kanak. Hal ini adalah bagi memastikan perkembangan fizikal kanak-kanak ini tidak terjejas dan terbantut. Pengambilan makanan yang seimbang adalah dapat mengelakkan obesiti ataupun terlalu kurus. Kanak-kanak memerlukan kalsium dan vitamin D untuk perkembangan fizikal. Ia juga penting untuk tulang yang sihat. Sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai nutrien yang mencukupi ia akan menganggu perkembangan kanak-kanak. Sekiranya perkembangan fizikal kanak-kanak terbantut, ia boleh mengganggu emosinya dan menghilangkan keyakinannya untuk bersama dan bersosial secara sihat dengan rakan-rakan sebaya. Ia juga boleh membantu minatnya yang menjurus ke arah berbentuk fizikal contohnya bermain bola jaring atau bola sepak. Bukan itu sahaja, Ibu bapa juga perlu mengambil langkah yang sebaiknya supaya perkembangan kanak-kanak berlaku dengan baik. Ibu bapa boleh menyuruh kanak-kanak minum susu dua gelas setiap hari. Hal ini kerana susu bukan sahaja baik untuk kanak-kanak malah baik juga untuk orang dewasa seperti kita. Peranan ibu bapa sangat penting di mana ketika kanak-kanak masih berumur di antara dua hingga tahun mereka sangat aktif. Maka ibu bapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan kanak-kanak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fizikal di bawah

pengawasan ibu bapa.

14

Anda mungkin juga menyukai