Anda di halaman 1dari 10

KUMPULAN 2

NAMA : NUR ALIA HIDAYAH

: NUR SYASYA SYUHADA

: MUHAMMAD FARHAN HAIKAL

: KANNA

PROGRAM : SKM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Psikologi kanak-kanak
Proses Perkembangan Kanak-Kanak

 Kajian terhadap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak telah lama dibuat oleh tokoh-tokoh psikologi. Menurut kajian ahli
psikologi, perkembangan manusia berlaku dari empat aspek perubahan iaitu jasmani, mental, emosi dan sosial yang dipengaruhi oleh
dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Antara tokoh-tokoh psikologi yang membuat kajian ke atas perkembangan
kanak-kanak ialah Jean Piaget yang terkenal dengan Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak, Teori Perkembangan Sosial Kanak-
kanak oleh Diana Baumrind, Arnold Lucius Gesell dengan Teori Kematangan Kanak-kanak. Secara terperincinya, tokoh-tokoh
psikologi membuat kajian terhadap seseorang kanak-kanak yang membesar secara fizikal yang juga akan membina kualiti kelakuan
dan personalitinya berdasarkan empat faktor tingkah laku.

 Perkembangan fizikal merujuk kepada tumbesaran saiz badan dan fungsi organ-organ sistem fizikal dan kordinasi kemahiran motor
yang halus dan kompleks. Seseorang individu membesar dari keadaan bayi hingga ke keadaan saiz dewasa sebelum mengecut kembali
apabila badan mula melalui proses penuaan. Merujuk Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak,
perkembangan fizikal ialah proses perkembangan kemahiran psikomotor dalam diri individu. Kemahiran tersebut biasanya
memerlukan penggunaan anggota badan, misalnya seorang kanak-kanak yang bermula dengan kemahiran mengenal huruf, menulis dan
kemudian membaca.
Faktor Psaikologi kanak-kanak
Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan

rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran.
Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang menyebabkan kadar perkembangan yang sama dan menjadikan
faktor baka(nature) dan faktor persekitaran(nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan seseorang individu.Pengaruh
genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di
Austria. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku 'Perkembangan Kanak-kanak untuk Program
Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun", mungkin merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diturunkan oleh ibu bapa
kepada anak. - anak mereka seperti yang dikatakan oleh R. Hilgard. Amran Schienfed mengatakan bahawa mungkin menentukan persamaan
antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan kawalan
emosi.Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai perkembangan manusia dan akan memberikan sifat unik bagi setiap
individu. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga mempunyai keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai
atau tidak pandai. Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962)
setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza.Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua
orang individu yang mempunyai perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan
perbezaan kadar perkembangan manusia.
 Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus
tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian,
kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka.Individu yang normal biasanya
mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan
membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan
bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan nanti.Perbezaan kecerdasan pelajar di antara individu boleh
diperhatikan daripada prestasi dalam sesuatu kelas.Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa
mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang bijak pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Contohnya,
ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Latar belakang keluarga yang porak
peranda akibat perceraian, kematian, perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak-kanak seterusnya kepada perkembangan personaliti mereka.
 Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh, individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk
bersosial dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan adalah terhad. Saiz badan akan menentukan sama ada individu sesuatu melakukan sesuatu
aktiviti atau tidak. Kebolehan melakukan sesuatu aktiviti akan meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu tersebut akan
diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya sekaligus akan membentuk sahsiah sihat.

 Contoh seterusnya ialah individu yang berasal daripada keturunan yang berpenyakit. Individu tersebut kemungkinan besar akan mewarisi penyakit, seperti lelah
dan kencing manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut sukar menyertai aktiviti sosial dan menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu.Justeru,
hubungan kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan semakin berkurangan. Kemudian, dia akan merasa sedih dan sunyi. Impaknya, proses perkembangan
sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas.

 Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak.
Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang
diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga,
rakan-rakan, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua perkara ini akan mempengaruhi perkembangan seseorang manusia.
Konsep Perkembangan Kanak-Kanak
 Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek perubahan yang dihadapi oleh individu yang berubah mengikut
peredaran masa. Namun, pelbagai pendapat telah dikemukakan mengenai konsep dan definisi perkembangan itu sendiri, salah satunya
ialah daripada Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak, yang mengatakan perkembangan ialah
perubahan kualitatif yang tidak dapat dinilai secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru. yang berlainan daripada sifat yang lebih
awal. Berbanding Santoock (2008), baginya perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan
sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Kesimpulannya, perkembangan dapat
diklasifikasikan sebagai suatu perubahan yang bersifat kualitatif, tersusun,
 Terdapat banyak aspek yang membolehkan perkembangan kanak-kanak itu berlaku, salah satunya ialah sifat perkembangan itu sendiri
yang bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral. Perubahan-
perubahan itu adalah stabil dan berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu. Contohnya, seseorang kanak-kanak akan mula
mengenal objek, memberi nama kepada objek, mengenal huruf, mengaitkan huruf dengan objek, mengenal perkataan dan mengaitkannya
dengan objek. Justeru, perubahan-perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan melalui peringkat-peringkat
kematangan tertentu. Kematangan pula merujuk kepada perubahan semulajadi dan ditentukan oleh genetik. Ia biasanya dipengaruhi oleh
baka dan persekitaran. Oleh itu,
 Secara terperincinya, aspek perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada empat bahagian, iaitu fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Merujuk kepada Haliza Hamzah dan Joy
N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak, perkembangan fizikal ialah proses perkembangan kemahiran psikomotor dalam diri individu. Kemahiran tersebut
biasanya memerlukan penggunaan anggota badan, misalnya seorang kanak-kanak yang bermula dengan kemahiran mengenal huruf, menulis dan kemudian membaca.
Berbeza dengan pendapat di dalam carian laman web http://www.scribd.com , perkembangan fizikal boleh ditakrifkan sebagai perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan
bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Selain itu, hasil carian di dalam lawan web http://www.mycreche.com.my/services.htm
pula mentakrifkan perkembangan fizikal sebagai perubahan dari segi bentuk, saiz, kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan motor halus serta koordinasi anggota
badan. Secara huraiannya, pembentukan manusia adalah hasil satu sel persenyawaan benih daripada ibu dan bapa yang akan membesar menjadi janin dalam kandungan ibu
selama sembilan bulan sebelum dilahirkan. Kemudiannya, bayi itu akan berubah secara beransur-ansur menjadi seorang kanak-kanak yang membesar. Maka, perubahan
yang dilalui bayi itulah yang dipanggil proses pertumbuhan dan perkembangan.
 Berbeza dengan aspek perkembangan fizikal sambil merujuk sumber buku yang sama, perkembangan kognitif merangkumi isu kemahiran yang merangkumi kemahiran
membaca, menulis, berfikir, berfikir secara kreatif dan kritis. Bagi Siti Hawa Munji dan Ma'rof Redzuan dalam buku mereka, Pengantar Psikologi pula, perkembangan
kognitif dikatakan sebagai perkembangan fikiran dan intelek manusia. Selain itu, perkembangan kognitif kanak-kanak dalam carian laman web
http://www.anakku.my/artikel menyifatkan perkembangan kognitif sebagai proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual kanak-kanak. Dalam kata
lain, proses ini melihat kepada kemampuan kanak-kanak dalam menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah memahami dan menganalisis masalah
tersebut. Secara amnya, bidang ini merujuk kepada siasatan mengenai bagaimana seseorang kanak-kanak boleh berkembang dari satu usia ke usia mental yang lebih tinggi.
Dalam usia tersebut, kanak-kanak biasanya mula membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Justeru, perkembangan kognitif ini
merupakan salah satu daripada proses pertumbuhan yang dilalui oleh setiap kanak-kanak.
 Aspek perkembangan emosi menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-kanak mengkaji aspek kemahiran mengurus dan mengawal
emosi. Menurut hasil carian laman web http://www.mycreche.com.my/services.htm pula, perkembangan emosi kanak-kanak disifatkan sebagai keupayaan kanak-kanak
bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan mereka. Bagi hasil carian dalam laman web http://permatahati.wordpress.com, perkembangan emosi lebih dikaitkan dengan
perasaan iaitu suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang termasuk negatif atau positif kerana ia membantu kanak-kanak membina idea baru, matlamat dan
perancangan. Tambah pensyarah Psikologi Perkembangan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Antarabangsa Malaysia, Dr. Mastura Badriz,
SEKIAN TERIMA KASIH !!!

Anda mungkin juga menyukai