Anda di halaman 1dari 10

Definisi Perkembangan

Perkembangan bermaksud suatu perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur dan
semua perubahan dalam perkembangan ini dapat membantu seseorang individu untuk mencapai
proses kematangan. Perkembangan kepada manusia ialah perubahan bersifat kualitatif yang
tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perkembangan juga sebagai perubahan pada pendapat
struktur, dan tingkah laku seseorang individu itu. Ia terhasil daripada fungsi faktor pemakanan
dan pengaruh alam sekitar. Dengan kata lain, perkembangan boleh juga dianggap sebagai proses
individu itu untuk mencapai kematangan, pengukuhan dan kestabilan. Terdapat banyak pendapat
tentang perkembangan manusia ini antaranya Crow dan Crow, berpendapat perkembangan
merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran,
rohani, moral dan sosial.
.Orderly and lasting growth, adaptation and change over the course of a lifetime
Slavin 1997
Slavin (1997) berpendapat perkembangan berkaitan dengan mengapa dan bagaimana
seseorang individu itu untuk berkembang dan membesar, menyesuaikan diri dengan persekitaran
dan berubah melalui peredaran masa. Beliau juga berpendapat seseorang individu mengalami
perkembangan sepanjang hayat, iaitu dari segi fizikal, sosioemosional, personaliti, bahasa serta
kognitif.
Manakala menurut Karl E. Garrison, perkembangan merupakan tindakan yang saling
berkaitan di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Berbanding D.S Wright dan Ann
Taylor mentakrifkan perkembangan merupakan perubahan yang berlaku dalam warisan hayat
atau (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta
berhubung dengan pertambahan umur.
Definisi Pertumbuhan
Mengikut Kamarudin Husin (1997:4) pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang
boleh diukur dan dinilai satu peringkat ke satu peringkat dalam perkembangan yang lain dari satu
jangka masa ke satu jangka masa yang tertentu. Selain daripada itu, pertumbuhan juga
melibatkan perubahan diri dari segi kuantiti seperti berat badan, ketinggian, ukuran dada dan
sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu dengan jelas. Menurut beliau lagi pertumbuhan juga

melibatkan perubahan struktur dan fungsi tubuh badan individu dalam proses menuju proses
kematangan.
Menurut Karl Garrison dalam Murugiah, pertumbuhan adalah perkembangan seseorang
individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan-perubahan tulang, otot-otot, kulit, rambut dan
kelenjar. Berdasarkan Arnold Gesell dalam Kamaruddin Husin, mengatakan bahawa
pertumbuhan manusia adalah mengikut corak yang dapat ditelah. Beliau juga berpendapat
walaupun tidak terdapat dua individu yang benar-benar serupa tetapi kanak-kanak yang normal
cenderung untuk mengikuti susunan pertumbuhan secara umum yang terjadi pada manusia atau
dengan kata lain fitrah manusia. Bagi Atan Long pula pertumbuhan adalah perubahan yang boleh
diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Di mana kuantiti pertumbuhan tersebut
dapat dilihat dengan jelas daripada pengukuran yang dibuat dari masa ke semasa.

Di sini penulis telah membuat satu kajian ke atas dua orang responden sekolah rendah
tahun dua Sekolah Kebangsaan Polis Kem bagi mempamerkan perbandingan di antara
pertumbuhan dan perkembangan. Terdapat beberapa perbezaan dari segi fizikal dan kognitif
yang dapat diperhatikan daripada kedua-dua responden ini. Berikut adalah maklumat-maklumat
yang diperolehi penulis berdasarkan dapatan temu bual ( Lampiran 1 ) berstruktur penulis
dengan responden.

Berat : 34 kg
Tinggi : 134 cm
Warna kulit : cerah
Hobi : melayari internet, membaca buku
Cita-cita : Doktor
Tahun : 2 UTM (pertama)
Bilangan adik-beradik: 2 orang
Pekerjaan Bapa : Guru
Pekerjaan Ibu : Guru
Keputusan peperiksaan tahun satu : 2/30
Responden 1
Berat : 30 kg
Tinggi : 129 cm
Warna kulit : sawo matang
Hobi : bermain bola, berbasikal
Cita-cita : Polis
Tahun : 2 USM (keempat)
Bilangan adik-beradik : 5 orang
Pekerjaan Bapa : Pemandu Bas
Pekerjaan Ibu : Suri rumah
Keputusan peperiksaan tahun satu : 15/29
Responden 2
Jadual 1 : Maklumat responden

Berdasarkan maklumat daripada Jadual :1, dapatlah penulis merumuskan terdapat beberapa
faktor iaitu faktor-faktor endogen dan eksogen yang mempengaruhi perbezaan dalam aspek
pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal dan kognitif.
Menurut Norman L. Munn, dan Ee Ah Meng (1996) baka merupakan ciri-ciri yang
diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Manakala R. Hilgard pula
menyatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anakanaknya melalui gen. Dengan kata lain setiap orang akan mewarisi sebahagian besar sifat fizikal
seperti ketinggian, bentuk badan, warna kulit daripada baka kedua-dua ibu bapanya (Buss &
Plomin, 1997). Berdasarkan aspek fizikal kedua-dua responden ini, responden 1 mempunyai
berat badan dan ketinggian yang berbeza jika dibandingkan dengan responden 2. Ini kerana
responden 1 mewarisi sifat fizikal ibu bapanya yang berfizikal tinggi. Manakala responden 2
mewarisi sifat fizikal ibu bapanya yang berfizikal rendah. Selain daripada itu kedua-dua
responden ini juga mempunyai mempunyai perbezaan dari segi kognitif seperti dapatan
maklumat Jadual 1, kelas dan keputusan peperiksaan. Menurut Alfret Binet, Theodore dan
Guiford mempercayai kecerdasan adalah diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui
pengajaran (Borich & Tombori, 1997). Menurut latar belakang responden 1 dan 2, kedua-dua
responden mempunyai latar belakang berbeza iaitu kerjaya ibu bapa yang berbeza.
Keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan
dari segi fizikal dan kognitif seseorang individu itu. Latar belakang ibu bapa juga mempengaruhi
pembentukan sahsiah anak-anak. Jelaslah di sini perbezaan kognitif di antara responden 1 dan 2
dipengaruhi oleh faktor keluarga. Menurut Baumrind (1995), cara asuhan yang efektif ialah
otoriatif, iaitu memberi kebebasan kepada anak-anak untuk berkembang tetapi meletakkan
batasan yang perlu diikuti. Mengikut Jadual 1, responden 1 agak rendah aspek kognitif
berbanding responden 2, ini kerana kemungkinan dorongan responden 1 kurang mendapat
perhatian daripada keluarga kerana mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai jika
dibandingkan dengan responden 2. Kedudukan ekonomi keluarga juga mempengaruhi
perkembangan kognitif seseorang individu, bagi keluarga yang berekonomi tinggi dapat
menyediakan kelengkapan pembelajaran untuk anak-anak mereka. Contohnya buku-buku
latihan, menghantar anak ke pusat tuisyen, alat permainan yang berunsurkan ilmiah dan
sebagainya. Jelaslah di sini bolehlah dikatakan responden 2 berada di golongan keluarga
berekonomi tinggi.

Pemakanan juga merupakan salah satu faktor penyebab perbezaan pertumbuhan dan
perkembangan dari segi fizikal dan kognitif kanak-kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal,
mental dan kerohanian kanak- kanak. Pemakanan yang diambil haruslah berzat, bersih dan
seimbang. Contohnya bagi ibu pengambilan makanan yang seimbang dan cukup haruslah
diambil ketika fetus di dalam kandungan. Makanan yang boleh menjejaskan kesihatan mental,
emosi dan fizikal perlulah dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan anak-anak. Oleh
itu, ibu bapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkannya
menjadi amalan harian. Berdasarkan temu bual penulis dengan responden pengambilan makanan
ringan yang kerap menyebabkan fizikal responden 2 terbantut. Selain itu responden 2
mengamalkan makanan tidak seimbang seperti tidak suka makan sayur-sayuran, buah-buahan
dan sebagainya. Berbanding dengan responden 1, mungkin didikan ibu bapanya tentang
pemakanan seimbang menyebabkan responden 1 ini mempunyai perbezaan dari segi fizikal dan
kognitif berbanding responden 2. Selain itu makanan tambahan juga mendorong seseorang itu
mempunyai perbezaan pertumbuhan dan perkembangan. Hasil temu bual penulis jelaslah
responden 1 mendapat makanan tambahan oleh ibu bapanya berbanding dengan responden 2.
Faktor rakan sebaya juga boleh mempengaruhi perbezaan pertumbuhan dan
perkembangan. Menurut Gross (2002), kanak-kanak pintar cerdas membentuk persahabatan
bukan berdasarkan umur kronologi, tetapi berdasarkan kesamaan dari segi tahap-tahap
perkembangan. Intelektual dan kematangan emosional membawa pengaruh yang besar ketika
kanak-kanak membina persahabatan dan memilih siapa rakan mereka. Kebanyakan pelajar pintar
cerdas akan mencari sahabat yang lebih tua darinya dan mempunyai tahap kemampuan yang
sama dengan mereka. Berdasarkan hasil pemerhatian penulis ke atas kedua-dua responden
memang terdapat perbezaan dari segi pergaulan dan berkawan. Responden 1 lebih mempunyai
ramai kawan yang lebih berusia daripadanya dan pandai. Ini kerana beliau tidak menyukai jika
rakan sebaya bersikap tidak matang dan lebih keanak-anakan. Responden 1 juga lebih suka
berkawan dengan rakan yang mempunyai minat yang sama dengannya iaitu minat membaca
buku-buku ilmiah. Berbeza pula dengan responden 2 yang lebih suka berkawan dengan rakan
sekelasnya sendiri di mana rakan-rakannya lebuh gemar bermain daripada belajar. Ini
menunjukkan perkembangan dari segi kognitif responden 2 adalah lebih rendah berbanding
responden 1 yang berpunca pemilihan rakan sebaya.

Mengikut

teori

Ekologi

Bronfenbrenner

(1979,1989),

menekankan

pengaruh

persekitaran juga boleh menyebabkan perbezaan pertumbuhan dan perkembangan. Ia


menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu
sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro, dan sistem krono. Menurut
Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanakkanak. Beberapa sistem ekologi Bronfenbrenner telah diambil untuk penulis membuat kajian
berkaitan perbezaan pertumbuhan dan perkembangan. Sebagai contoh sistem mikro iaitu
merujuk kepada persekitaran terdekat di mana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa
dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu. Contohnya hubungan interaksi secara
langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Orang-orang dalam sistem
mikro ini memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan kanak-kanak. Berdasarkan
pernyataan sistem mikro jelaslah perhubungan antara responden 1 dan responden 2 dengan guru
di sekolah sangat berbeza. Responden 1 lebih banyak berinteraksi dengan guru-guru di sekolah
berbanding responden 2 sebagai contoh bersoal jawab ketika proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

Kesan daripada perbezaan responden 1 dan responden 2, penulis telah membuat implikasi dan
langkah-langkah bagi mengatasi masalah perbezaan pertumbuhan dan perkembangan ke atas

pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa implikasi yang telah digunakan penulis dan
implikasi tersebut adalah seperti berikut:
Kesediaan Belajar
Sebagai seorang guru yang berdedikasi dan berinovatif haruslah menyediakan persediaan
untuk mengajar yang rapi bagi memastikan semua murid memperoleh maklumat dan ilmu yang
disampaikan.Setiap orang murid mempunyai gaya dan keupayaan berfikir yang berbeza. Di
dalam sesebuah kelas, terdapat pelbagai perbezaan aras kecekapan murid seperti aras tinggi,
sederhana dan aras rendah, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Guru perlulah
menentukan hasil pembelajaran yang sesuai dan mengikut kemampuan setiap muridnya. Perkara
ini perlu diberi pertimbangan khusus, terutama sekali bagi murid yang lambat. Jika guru
mengabaikan mereka ini, mereka akan terus ketinggalan dan menjadi pelajar yang akan gagal
dan pelajar tercicir. Mengikut hukum pembelajaran Thorndike latihan yang diulang-ulang adalah
untuk meningkatkan kemahiran. Contohnya, jika pelajar selalu mengulang kaji latihan
Matematiknya, dia akan mengingatinya dengan lebih mudah. Hukum latihan menyatakan
bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa
pengukuhan. Hukum latihan ini juga sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan. Hukum
seperti ini amat sesuai digunakan guru bagi mengatasi masalah seperti responden 2 dengan
melakukan latihan yang diulang-ulang bagi mengatasi masalah lupaan. Selain teknik pengajaran
guru, latihan yang diberikan oleh guru perlu mempelbagaikan aras bagi memastikan semua
murid mendapat manfaat daripada pembelajaran.
Peneguhan Positif dan Negatif
Menurut Teori pelaziman Operan Skinner (1953) gerak balas boleh dikuatkan atau
dihapuskan jika diberi peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Menurut Skinner
lagi faktor ganjaran (peneguhan positif) dan dendaan (peneguhan negatif) berperanan
membentuk perkembangan individu. Ini jelas sebagai seorang guru haruslah memberi peneguhan
positif kepada tingkah laku yang disukai oleh semua guru dan ibu bapa semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Selain itu peneguhan negatif juga perlu diberikan oleh guru bagi
mengelakkan daripada tingkah laku yang tidak diingini. Sebagai contohnya seorang guru hendak
mengelak murid membuat bising, akan mengatakan Saya akan membenarkan pelajar yang diam
pulang awal. Manakala pelajar bising akan pulang lambat. Selain daripada itu prinsip Premack

atau grandmother rule boleh digunakan oleh seorang guru bagi mengendali perbezaan pelajar.
Contohnya Pelajar yang dapat membuat latihan matematik 15 betul, saya akan benarkan
membaca komik. Secara tidak langsung dengan cara ini membuat pelajar seperti responden 2
akan membuat latihan matematik dengan cermat bagi mendapat sesuatu yang disukainya.
Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari
pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang
sama (Slavin, 1982). Menurut Teori Perkembangan Vygotsky, beliau menerangkan tentang
kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan
dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Dalam zon
perkembangan proksimal terdapat had atas dan had bawah. Had atas ialah Kemahiran yang boleh
dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir manakala had bawah bermaksud kemahiran
yang telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak. Kebiasaannya pembelajaran koperatif terdapat
pelajar cerdas dan pelajar lambat, di mana dalam aktiviti pembelajaran pelajar cerdas
dikehendaki membantu pelajar lambat untuk belajar. Pelajar cerdas akan membantu pelajar
lambat bersungguh-sungguh, kerana markah yang diperoleh setiap individu akan menjadi
markah kumpulan. Daripada dapatan ini, pembelajaran koperatif adalah salah satu cara bagi
membantu responden 2 dari aspek kognitif. Ada kalanya pengajaran daripada rakan sebaya di
dalam kumpulan ini lebih berkesan daripada guru. Ini kerana pemikiran lateral boleh digunakan
oleh rakan pelajar yang cerdas.
Pengajaran dan Pembelajaran Individu
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara individu juga boleh diguna pakai bagi
mengatasai masalah perbezaan individu ini. Pengajaran secara individu biasanya dalah
mengamalkan cara pengajaran menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu
dengan bahan-bahan pengajaran yang sesuai mengikut keupayaan dan minat pelajar. Pengajaran
cara ini dilakukan kepada murid yang mempunyai perbezaan dari segi intelek, minat, kecekapan,
daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain seperti responden 2. Pengajaran secara individu ini
boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektifnya. Pengajaran ini boleh
dilakukan seperti pengajaran biasa, dengan tujuan untuk mengatasi masalah-masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu tertentu. Guru akan memberi perhatian yang

teliti dan rapi kepada individu tersebut dan cuba membantunya untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapinya. Pengajaran seperti ini juga tidak menggalakkan jumlah bilangan murid yang
besar kerana perhatian tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Pengajaran secara individu ini amat
sesuai untuk pengajaran pemulihan. Sebagai contoh bagi responden 2, mempelajari bahasa
Inggeris merupakan matapelajaran yang membosankan, tetapi sekiranya guru penambahbaikan
dengan membina model rumah bersama pelajar menggunakan kotak-kotak yang besar dan
melebelkan dengan Bahasa Inggeris di dalamnya menjadikan pembelajaran lebih seronok.
Mempelbagaikan Bahan Bantu mengajar
Menurut Atan Long (1982), kesedaran terhadap cara pengajaran dan pembelajaran yang
hanya mementingkan penggunaan kapur, bercakap dan menggunakan buku-buku teks tidak lagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apatah lagi sebagai kaedah untuk menguji
dan mencabar keupayaan fikiran, kebolehan dan daya imaginasi murid-murid. Adalah menjadi
tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuaian untuk memahamkan
pembelajaran yang akan diajar. Guru perlu menggunakan kepelbagaian alat bantu mrngajar
seperti penyampaian maklumat melalui web, pencarian internet, penyampaian maklumat melalui
carta dan sebagainya. Menurut Ford Le Roy (1982), guru yang mahir bukan sahaja merupakan
seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi seorang pelukis yang boleh
memahami perbezaan individu. Menurut beliau lagi sesuatu bahan dengan sendirinya tidak akan
menghasilkan sebarang perubahan pembelajaran kepada murid, tetapi kemahiran guru
menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan. Ini adalah kerana di dalam
sesebuah kelas , terdapat perbezaan pelajar kerana terdapat pelajar yang peka kepada audio, ada
yang tertarik kepada visual dan ada yang kinestatik. Pengajaran secara tradisional yang hanya
tetumpu kepada mendengar penjelasan dari guru secara teori sahaja tanpa bukti tidak dapat
dijadikan peneguhan supaya pelajar lebih cepat memahami dan mengingati apa yang
disampaikan dengan berkesan. Dengan ini menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dapat
menjadikan suasana pembelajaran lebih ceria, di mana pelajar bukan sahaja dapat mendengar
penerangan dari guru sahaja, malah dapat melihat dan merasa ini sedikit sebanyak
memotivasikan mereka untuk belajar mengaplikasikan apa yang diajar oleh guru tersebut.

Kesimpulan

Kesimpulannya, guru memain peranan yang penting di dalam perbezaan pertumbuhan


dan perkembangan dalam aspek fizikal dan kognitif. Dapatan hasil kajian tentang perbezaan
pertumbuhan dan perkembangan mempengaruhi aspek fizikal dan kognitif, terdapat beberapa
faktor yang mempengaruhinya, antara faktor-faktornya ialah faktor baka, faktor keluarga, rakan
sebaya dan faktor pengaruh persekitaran. Di sini juga penulis telah membincangkan juga
implikasi bagi mengatasi masalah ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah
kesedian belajar, pembelajaran koperatif, peneguhan positif dan negatif, pengajaran dan
pembelajaran individu serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar. Terdapat beberapa teori
yang diguna dan dibincangkan penulis untuk kajian ini. Di antaranya ialah Teori Ekologi
Bronfenbrenner, Teori pelaziman Operan Skinner dan Teori Perkembangan Vygotsky.
Berdasarkan kajian dilakukan penulis ke atas responden-responden serta teori-teori yang
digunakan dapatlah sedikit sebanyak menyelesaikan masalah perbezaan pertumbuhan dan
perkembangan mempengaruhi fizikal dan kognitif.

www.fp.utm.my/.../NURBAIZURAAP030318DTT

Anda mungkin juga menyukai