Anda di halaman 1dari 9

1

TUGASAN TUTORIAL 2
EDUP2082 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA AHLI KUMPULAN


1. MASLINA BINTI HADJIROL
2. JOVIANA JUANIS
3. MARDIATUL BINTI MALIKIN

Jawab soalan-soalan berikut

1. Pada pendapat anda, bagaimanakah murid dapat dibantu untuk mencapai


pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Perbincangan anda harus berfokus
faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia.

Pertumbuhan ialah suatu proses perubahan yang bersifat kuantitatif. Ia merangkumi


perubahan dari segi sai, tinggi dan berat badan. Perubahan-perubahan tersebut mudah
dilihat serta diukur. Manakala, perkembangan pula membawa maksud perubahan kuantitatif
dan kualitatif yang berlaku secara berterusan terhadap manusia dari janin hingga mati.

Berdasarkan teori-teori yang diperkenalkan oleh pakar-pakar psikologi yang terdiri


daripada Arnold Gesell, Robert Havighurst, dan Jean Piaget, pengetahuan tentang
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak membawa banyak faedah kepada guru
untuk membantu murid mencapai pertumbuhan dan perkembangan

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia terdiri daripada dua, iaitu


faktor endogen (dalam individu) dan eksogen (luar individu). Faktor endogen ialah faktor
atau sifat yang dibawa oleh individu sejak dalam kandungan hingga kelahiran. Faktor
endogen merupakan faktor keturunan atau faktor pembawaan. Individu terjadi apabila
bertemunya ovum dari ibu dan sperma dari ayah. Maka, individu akan mempunyai sifat-sifat
ibu dan ayahnya.

Pada pendapat saya, murid dapat dibantu untuk mencapai pertumbuhan dan
perkembangan yang optimum dengan dua faktor iaitu endogen (dalam individu) dan
eksogen (luar individu). Faktor endogen atau sifat yang dibawa oleh ibu atau bapa akan
memberi kesan kepada pembentukan sifat kepada bayi dalam kandungan. Seorang murid
mampu mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum apabila pembawanya
iaitu ibu dan bapa menitikberatkan faktor endorgen dan eksogen dalam kehidupan seharian.

Ibu bapa murid harus mengamalkan gaya hidup sihat yang mana sentiasa
mengambil makanan yang mempunyai khasiat dan kandungan vitamin yang baik untuk
2

pembentukan anak-anak. Ibu bapa haruslah mencorak gaya hidup yang sihat supaya
pertumbuhan dan perkembangan murid dapat dicapai secara optimum. Gaya hidup sihat
dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang mampu melahirkan anak yang sihat.
Dengan berpandukan piramid makanan, ibu bapa dapat memastikan kuantiti yang seimbang
dalam mengambil aras makanan yang berbeza-beza dalam piramid makanan seterusnya
akan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan murid.

Dalam faktor ini, perkembangan murid sangat dipengaruhi oleh kedua ibu bapanya
kerana faktor indogen adalah berkaitan dengan dalaman individu tersebut. Peranan ibu
bapa dalam faktor ini akan membantu perkembangan murid. Ibu yang hamil harus menjaga
kesihatannya dengan memakan makanan yang seimbang dan mengurangkan penggunaan
gula dan garam untuk mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Ibu
hamil juga harus menjalani pemeriksaan doktor mengikut jadual yang ditetapkan disamping
menjaga kebersihan diri dan memakai pakaian yang longgar dan selesa serta memakai
kasut yang tidak bertumit atau bertumit rendah. Senaman juga bagus untuk kesihatan ibu
dan bayi.

Bagi mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum, ibu mengandung


tidak dibenarkan untuk mengambil rokok atau terhidu asap rokok. Menurut Miler 1986,
sekiranya seorang ibu mengandung merokok, janin akan mengalami kekurangan oksigen
disebabkan oleh pengecutan pembuluh darah. Karbon monoksida yang disedut daripada
rokok akan meningkatkan kandungan karbon di dalam hemoglobin ibu mengandung.
Perkara ini menyebabkan kurangnya pengoksidaan darah dan seterusnya menyebabkan
janin mengalami kekurangan bekalan oksigen. Ini akan menyebabkan kecacatan otak dan
ukuran lilitan kepala yang berkurangan.

Faktor eksogen merupakan faktor yang datang dari luar diri individu. Contohnya,
pengalaman, keluarga, persekitaran dan sekolah. Sekolah sangat berperanan dalam
perkembangan dan pertumbuhan seseorang murid itu. Hal ini kerana, sekolah merupakan
agen sosialisasi yang lebih luas lingkungannya seperti rakan sebaya, rakan lain umur dan
jantina, guru dan sebagainya. Di sekolah murid boleh mempelajari tentang norma dan
peraturan dalam kumpulan yang besar, hampir sama dengan masyarakat. Murid dapat
belajar tentang nilai-nilai moral dengan lebih mendalam dan cara bergaul dalam masyarakat.
Murid akan memenuhi kehendak masyarakat dengan mengamalkan tingkah laku yang baik
dan mengetepikan yang buruk.

Seterusnya, perkembangan manusia juga boleh dilihat melalui rakan sebaya. Ini
dapat diihat melalui rakan sebaya yang akan mula mempengaruhi minda kanak-kanak sejak
sejak mereka mula bersosial di luar rumah atau lebih mudah mereka mula bersekolah di
3

peringkat prasekolah. Menurut Berk (1989), rakan sebaya ialah mereka yang mempunyai
kronologi umur yang sama atau hampir sama umur dengan seseorang individu. Ini kerana
melalui rakan sebaya, individu memperolehi kemahiran untuk menyesuaikan diri dalam
masyarakat. Mereka akan mula belajar menghormati hak orang lain, bekerjasama,
mempelajari perananya, bertanggungjawab ke atas tugas yang diberi, dan mula belajar
mematuhi peraturan kumpulan dalam usaha mewujudakan keharmonian di dalam sebuah
kumpulan. Menurut Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002) individu mempelajari kemahiran
tersebut secara berperingkat-peringkat dan melalui permainan.

Pengaruh daripada keluarga juga mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan


murid. Peranan ibu bapa dalam pembentukan personaliti serta keperibadian anak-anak tidak
dapat dinafikan lagi terutamanya di fasa awal kehidupan mereka. Hal ini adalah kerana
keluarga adalah individu yang paling dekat dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak-
anak. Keluarga bertanggungjawab dalam melaksanakan peranan sebagai ibu
bapa.Pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu bermula daripada kecil lagi.
Kajian menunjukkan bahawa tindak balas , sikap dan emosi ibu di dalam keseluruhan
konteks kebudayaan di dalam persekitaran anak-anak dan faktor-faktor lain di dalam
pengalaman anak-anak penting dalam menentukan pola-pola personalitinya. (Yahaya,
2008).
4

2. Perkembangan individu boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat.


Bincangkan setiap peringkat berdasarkan perkembangan psikomotor, mental, emosi
& sosial dan bahasa. Bincangkan implikasi peringkat perkembangan individu ini
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Peringkat Awal Kanak-kanak (0-6 Tahun)

Kanak-kanak pada tahap ini mengalami pertumbuhan lebih kurang 12 inci setiap
tahun dan berat badannya bertambah pada kadar 5 paun setahun. Saiz badan juga berubah
dengan bahagian kakinya mengalami pertumbuhan yang lebih cepat berbanding dengan
bahagian-bahagian lain. Apabila menjangkau umur 6 tahun, bahagian kaki meliputi 45%
daripada panjang badannya.

Sejak awal lagi, kanak-kanak sedar tentang perbezaan jantina manusia dan telah
diajar bertingkah laku sebagai seorang lelaki atau perempuan. Mereka juga sedar bahawa
lelaki dan perempuan adalah berbeza dari segi bentuk tubuh badan. Pada peringkat awal,
kanak-kanak mula membentuk konsep-konsep yang mudah. Semakin meningkat umurnya,
dia akan belajar konsep-konsep yang lebih abstrak.

Ketika mencapai umur 5 atau 6 tahun, mata kebanyakan kanak-kanak sudah


bersedia untuk membaca dan otak bersedia untuk menyimpan banyak perkataan. Kajian
telah menunjukkan kanak-kanak dari kelas pertengahan lebih cepat mencapai tugas
perkembangan untuk membaca berbanding dengan kanak-kanak dari kelas bawahan. Ini
adalah kerana kanak-kanak dari kelas pertengahan biasanya mendapat rangsangan untuk
membaca daripada ibu bapa mereka berbanding dengan kanak-kanak dari kelas bawahan.

Kanak-kanak juga tidak boleh menggambarkan transformasi. Beberapa contoh


pemikiran praoprerasi adalah:

Kanak-kanak akan dapat membezakan dan menerima dunia yang sebenar. Mereka
dapat mengenal pasti dunia dalaman dan dunia luar. (realisme)

Kanak-kanak memberi nyawa atau sifat hidup kepada benda dan peristiwa.
Contohnya, apabila seorang kanak-kanak melihat seutas rantai diputar dan
dikeluarkan, dia akan menganggap bahawa rantai itu boleh bergerak kerana ia
“mahu bergerak“(Animisme)

Kanak-kanak mengaitkan manusia kepada semua benda yang wujud. Apabila


egosentrik mula berkurangan dengan peningkatan umur, kanak-kanak menjadi lebih
objektif dan mereka mengasimilasikan realiti objektif kepada struktur kognitif mereka.
(Artifisialisme)
5

Perkembangan dari segi Sosial dan Emosi

Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya sejak lahir sehingga
umur 1 tahun. Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya
bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dari penjaganya terutama dari ibu. Sebaliknya,
jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna akan wujud perasaan tidak
mempercayai orang lain pada tahap ini. penyelesaian. Ini bermakna, cara penjagaan bayi
oleh ibu bapa adalah amat penting dalam mempengaruhi emosi dan perasaan percaya
dalam diri bayi tersebut.

Tahap kedua adalah tahap autonomi lawan rasa malu atau sangsi, iaitu daripada
umur 2 hingga 3 tahun. Kanak-kanak sudah mula mahu melakukan sesuatu perkara dengan
sendiri. Mereka mula belajar makan sendiri, memakai pakaian sendiri dan dapat dilatih ke
tandas. Pada tahap ini, mereka juga mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu secara
bebas tanpa bergantung pada orang lain. Situasi ini merupakan satu permulaan kepada
pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Ibu bapa perlu memberi
galakan dan dorongan kepada kanak-kanak dan membantu mereka dalam penyelesaian
sesuatu tugas.

Pada tahap tiga, tahap inisiatif lawan rasa bersalah bermula dari umur 4 hingga 5
tahun, kanak-kanak lebih terdedah kepada pelbagai cabaran kerana mereka mula
berinteraksi dan terdedah kepada persekitarannya. Mereka mengambil banyak inisiatif
sendiri untuk meneroka serta melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu
mereka. Mereka juga akan cuba melakukan sesuatu perkara yang tidak setimpal dengan
usianya seperti cuba membantu ibunya memasak, membasuh dan sebagainya. Keadaan ini
adalah disebabkan oleh perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak telah bertambah.

Implikasi peringkat perkembangan individu ini terhadap proses pengajaran dan


pembelajaran di dalam bilik darjah dapat dilihat melalui Individu yang mendapat didikan dan
tunjuk ajar yang baik daripada ibu bapa lebih mudah untuk memahami pembelajaran dalam
bilik darjah. Hal ini kerana, didikan yang baik dan tingkah laku yang positif ditunjukkan oleh
ibu bapa akan diikuti oleh murid pada tahap ini. Perkembangan psikomotor, mental, emosi,
sosial dan bahasa kanak-kanak pada tahap ini lebih baik dan mudah untuk dibentuk dirumah
dan di bilik darjah. Peringkat ini kanak-kanak mula belajar bercakap, membentuk konsep
yang mudah tentang realiti sosial dan fizikal dan mula berinteraksi dengan orang lain.
Kanak-kanak boleh bertolak ansur dan menerima pendapat orang lain.

Melalui kajian tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia, pendidik dapat


mengetahui tahap perkembangan pelajar dari segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Oleh
6

itu, pendidik dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap
perkembangan pelajar.

Peringkat Pertengahan Kanak-kanak (6-12 Tahun)

Perkembangan membawa maksud perubahan kuantitatif dan kualitatif yang berlaku


secara berterusan kepada manusia daripada janin sehingga seseorang itu meninggal dunia.
Sesuatu perubahan ini sukar untuk diukur tetapi dapat dilihat melalui mata. Ini dapat dilihat
melalui perkembangan pada peringkat kanak-kanak yang berusia 6 hingga 12 tahun.

Melalui perkembangan fizikal dan kognitiff, menurut R. Havighurst, kanak-kanak pada


peringkat 6 hingga 12 tahun mengalami pertumbuhan tulang dan otot dan bersedia untuk
mempelajari kemahiran menangkap, menendang, berguling dan berenang. Ini merupakan
asas kepada kemahiran fizikal untuk permainan biasa. Sikap menjaga kebersihan badan
dan konsep kendiri akan mula terbentuk. Ibu bapa dan adik-beradik akan mengajar kanak-
kanak lelaki dan perempuan bertingkah laku mengikut jantina kanak-kanak. Kanak-kanak
pada peringkat umur ini akan mula mempelajari nilai-nilai murni yang akan membantu
mereka membentuk tingkah laku berdasarkan nilai moral yang tinggi. Havighurst juga
menyatakan bahawa kanak-kanak pada tahap ini akan membentuk sikap positif terhadap
kumpulan sosial dan institusi seperti menghormati kebebasan hak asasi manusia,
Kerjasama, demokrasi dan toleransi terhadap budaya dan kaum lain.

Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat umur ini lebih berupaya mengawal otot-otot
kecil dengan baik. Ini dapat dilihat melalui keupayaan mereka menulis dengan kemas,
bermain alat muzik dan menggunakan alatan pertukangan. Dari segi kognitif, ciri-ciri
perkembangan mental kanak-kanak berdasarkan Piaget akan lebih kukuh.

Dari sudut perkembangan sosial dan emosi, kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12
tahun berada pada tahap perkembangan psikososial Erikson yang keempat, iaitu tahap
industri lawan rasa rendah diri. Pada tahap ini kanak-kanak akan mula memasuki alam
persekolahan iaitu berada di sekoah rendah. Pada peringkat ini guru dan rakan sebaya
mempunyai pengaruh yang besar ke atas perkembangan kanak-kanak kerana sebahagian
masa mereka akan dihabiskan di sekolah. Ini kerana pemikiran mereka akan muka
mencapai pada tahap konkrit dan dapat berfikir secara logik. Contohnya, apabila mereka
diberi tugasan atau aktivti mereka akan menyiapkan dengan penuh minat dan tekun. Oleh
itu, guru dan ibu bapa mempunyai peranan penting dalam memupuk dan membimbing
kanak-kanak bagi memupuk sikap rajin dalam diri mereka.
7

Menurut Kalat (1999), ahli psikologi bukanlah terdiri daripada mereka yang membuat
kajian tentang bagaimana menguasai pemikiran orang lain atau menipu orang lain tetapi
bidang psikologi adalah ilmu yang memahami diri mereka sendiri, membantu individu
memperbaiki diri sendir supaya dapat mencapai matlamat atau cita-cita mereka dalam
norma-norma kehidupan seharian.

Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak membawa


banyak faedah. Di mana bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran akan mencapai
objektif matlamatnya seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Antara faedah yang dapat membantu dan memupuk pengajaran dan pembelajaran
adalah menyediakan isi pengajaran terlebih dahulu dan perlu dikaji keberkesananya agar
matlamat dapat dicapai.

Implikasi perkembangan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ialah seseorang


kanak-kanak akan mula mengenal objek, memberikan nama, mengenal huruf, mengaitkan
huruf dengan objek. Sebagai contohnya, seseorang kanak-kanak akan mula mengenal
sesuatu objek yang mudah iaitu bulat seperti bola dan segi empat sama seperti meja.

Di samping itu, guru juga perlu menyediakan pelbagai aktiviti yang dapat
merangsang minda kanak-kanak. Contohnya dalam pengajaran Bahasa Melayu tahun 1,
guru menggunakan kad gambar untuk murid berfikir sendiri cara membina ayat tunggal
berdasarkan gambar tersebut.

Daripada aspek perkembangan fizikal terhadap pengajaran dan pembelajaran. Guru


dinasihatkan untuk membantu murid dengan hanya merangsang minda dan menerangkan
kepada murid apa yang perlu sahaja. Hal ini kerana bantuan yang berlebihan menyebabkan
murid hanya akan bergantung kepada ibu bapa atau guru sahaja dan tidak baik untuk
perkembangan mereka. Perkembangan murid berlaku pada tahap yang berbeza-beza. Oleh
itu, membuat perbandingan antara kanak-kanak adalah tidak baik.

Tahap Remaja (13 – 21 Tahun)

Manusia secara semula jadi akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang
amat kompleks sifatnya bermula daripada peringkat awal kejadian hingga akhir tahap
kejadian. Pada tahap ini perkembangan psikomotor individu remaja ialah berlaku perubahan
yang ketara dari segi saiz dan struktur tubuh badan, saiz tulang dan dinding pembuluh
darah. Bagi remaja perempuan, struktur tubuh badan perempuan terlihat sangat ketara
apabila remaja perempuan tersebut selepas haid yang pertama. Manakala bagi remaja
8

lelaki, pencapaian akil baligh disusuli dengan perubahan tubuh badan, pertumbuhan tulang
tangan dan kaki yang panjang serta kemunculan bulu di ketiak dan di atas bibir. Selain itu,
mereka akan mengalami ‘pecah suara’.

Perkembangan mental di tahap remaja ialah kematangan sistem saraf dan saiz otak
yang sudah mencapai tahap dewasa membolehkan remaja membentuk satu set nilai dan
sistem etika yang akan dijadikan panduan bagi tingkah lakunya. Remaja sentiasa ingin
mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa atau orang dewasa. Menurut ahli psikologi,
secara emosinya tidak semua remaja merasa puas hati atau bersetuju dengan tahap
perkembangan fizikal mereka masing-masing. Pelbagai tanggapan yang bermain di fikiran
mereka seperti mereka merasakan mereka terlalu pendek, terlalu buruk atau sebagainya.
Dari sudut psikologi ini mempengaruhi pengaruh memilih rakan. Setiap perubahan psikologi
yang berlaku pada diri remaja akan turut mempengaruhi pertumbuhan jasad (Saedah,1993).

Pada tahap perkembangan emosi remaja ialah kebiasaannya perasaan atau emosi
ini agak sukar dikawali kecuali oleh remaja yang benar-benar mempunyai kekentalan untuk
mengawalnya. Setiap remaja akan mengalami gangguan emosi seperti panas baran, tidak
sabar, suka memprotes dan sebagainya. Pada tahap perkembangan remaja, perasaan
meluap-luap dan perungus. Perasaan ini banyak menguasai remaja pada tahap awal remaja
atau permulaan remaja. Remaja boleh meradang dan memberontak walaupun hanya kerana
hal yang kecil.

Sosial dan bahasa pada tahap perkembangan remaja ialah perubahan-perubahan


fizikal, emosi dan sosial semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental remaja.
Remaja biasanya akan berhadapan dengan beberapa masalah seperti, keliru dengan
peranan dan tanggung jawab diri, sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan,
merasa diri dilayan secara tidak adil, kesunyian, sukar memahami emosi dan susah
membuat keputusan. Pembentukan fasa remaja pada hubungan sosial boleh berlaku dalam
kalangan ahli keluarga, sekolah, tempat kerja dan masyarakat. Oleh itu, pertumbuhan dan
perkembangan remaja merupakan tempoh yang harus diberi perhatian oleh ibu bapa.

Implikasi peringkat perkembangan remaja secara amnya akan memberi kesan


terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini adalah kerana
yang dapat disimpulkan pada fasa ini, remaja mempunyai emosi yang tersendiri. Di
peringkat umur inilah remaja mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Remaja akan menjadi
9

negatif jika terlibat dengan persekitaran yang tidak sihat. Kesan daripada hal yang negatif ini
akan menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam penyampaian pengajaran dan
pembelajaran. Murid akan cenderung bersikap negatif terhadap guru dan sekolah seperti
ponteng kelas dan menhadapi masalah disiplin.

Anda mungkin juga menyukai