Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN TUTORIAL

BMMB PENGAJIAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN

NAMA : MARDIATUL BINTI MALIKIN


NO.MATRIK : D21072277

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU


TAHUN 6

Pendekatan Modular

Standard Kurikulum Bahasa Melayu distrukturkan dengan menggunakan pendekatan


modular untuk memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik.
Pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil
yang dikenali sebagai modul.

Apakah kemahiran mendengar?

Kemahiran mendengar adalah proses penerimaan maklumat secara mental untuk


memahami, menterjemah dan bertindak balas terhadap mesej yang diterima secara
berkesan.

Orang yang mengahantar maklumat dikenali sebagai pembicara iaitu orang yang
harus mempunyai kepakaran, kebolehan menyampaikan maklumat menguasai
teknik penyampaian yang berkesan.

4.3.1 Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran


mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid
mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons.
Oleh itu, kemahiran mendengar dan bertutur ialah keupayaan murid untuk
mendengar dengan tepat, menghayati perkara yang didengar dan mampu
memberikan pendapat dan idea yang kreatif dengan intonasi dan sebutan yang betul
dan jelas.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993), seseorang yang telah menguasai
kemahiran mendengar dan bertutur tanpa disedari akan menguasai aspek
tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi dan semantik yang diserap dan dipelajari
melalui aktiviti mendengar sebagai proses menerima komunikasi dan aktiviti bertutur
sebagai proses menghasilkan bahasa. Oleh itu, penguasaan kemahiran ini sangat
penting agar murid menguasai tatabahasa dengan mudah seterusnya membantu
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kemahiran
mendengar dan bertutur adalah aspek yang sangat penting kerana keberkesana
kemahiran ini akan membina murid yang aktif dalam bilik darjah. Guru dan murid
dapat melaksanakan komunikasi dua hala yang mampu memberi keberkesanan
penyampaian proses pembelajaran.

1
2

Anda mungkin juga menyukai