Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG,

JALAN COLLEGE, 93200 KUCHING, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
BMMB3073
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TUGASAN 1: PENULISAN ESEI

NAMA PELAJAR MOHAMAD SHAHMIZAN BIN SAJALI


ANGKA GILIRAN 2021042340018
NO. KAD PENGENALAN 020206130969
KUMPULAN PISMP BM (SK) JUN 2021
KOD KURSUS BMMB3073
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
NAMA KURSUS
RENDAH
NAMA PENSYARAH PUAN SALEENA BINTI MOHAMAD SUKOR
TARIKH HANTAR 13 SEPTEMBER 2022

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuk dan fahami.

Tandatangan pelajar: __________________ Tarikh: _________________


KANDUNGAN

Bil. Senarai Kandungan Halaman


Tajuk Tugasan ii
Penghargaan iii

1.0 Pengenalan 1
2.0 Kemahiran Mendengar Dan Bertutur 1
2.1 Konsep Kemahiran Mendengar Dan Bertutur 1
2.2 Objektif Kemahiran Mendengar Dan Bertutur 2

3.0 Banding Beza Antara Kaedah Dan Teknik Pengajaran Kemahiran 3


Mendengar Dan Bertutur
3.1 Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur 4
3.2 Teknik Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur 5

4.0 Rumusan 6

Rujukan iv

i
Tajuk Tugasan (Tugasan 1 : 30%)

Penulisan Esei 1 (30 markah)

Kemahiran merupakan satu daripada kemahiran asas yang perlu diajar dan dikuasai oleh
murid-murid sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Daripada kemahiran ini, mereka dapat
memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.

Secara individu, anda dikehendaki menjelaskan konsep dan objektif kemahiran


mendengar dan bertutur berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) serta menghuraikan banding beza antara kaedah dan teknik pengajaran dalam
kemahiran mendengar dan bertutur. Penghuraian tersebut haruslah disertakan contoh-
contoh yang sesuai.

Panjang tugasan anda ialah 1000 patah perkataan.

ii
Penghargaan

Bismillahirahmanirahim

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini
kepada pensyarah kursus BMMB3073 kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripada beliau dapat membuka ruang untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap pelajaran serta saling bertukar idea berkenaan tugasan ini. Mereka
juga sering bekerjasama membantu saya dengan menjelaskan setiap pertanyaan yang
diutarakan kepada mereka berkenaan tugasan ini. Akhir madah, saya mengucapkan
terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam
pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

iii
1.0 PENGENALAN
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan suatu kemahiran yang sangat
penting untuk dikuasai oleh murid sekolah rendah. Kemahiran ini merupakan
kemahiran pertama dikuasai oleh murid-murid kerana sejak dari kecil lagi mereka
sudah melalui kemahiran mendengar serta bertutur ini di rumah. Maka, seseorang
guru bahasa Melayu perlu mengukuhkan lagi kemahiran mendengar dan bertutur ini
semasa menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di bilik darjah.
Menurut Ibtisam & Zamri (2012), kemahiran mendengar pemangkin kepada
pertuturan yang baik dalam kalangan murid-murid kerana merupakan kemahiran
asas sebelum murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran
membaca dan menulis.

2.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.


2.1 Konsep Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
Kementerian Pendidikan Malaysia (2015) menjelaskan bahawa kemahiran
mendengar ialah kemampuan murid untuk mendengar dengan teliti, memahami
serta menghayati secara lisan sesuatu perkara yang didengar dalam situasi
pengucapan serta mampu memberikan respons. Kemahiran ini tergolong dalam
kemahiran lisan dan merupakan kemahiran paling asas serta utama yang perlu
dikuasai oleh murid-murid (Fatimah et al., 2010). Murid yang mampu menguasai
kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik akan lebih senang untuk menerima
segala input pembelajaran yang disampaikan oleh guru dan dapat memberikan
pendapat tentang sesuatu fikiran. Menurut Yahya Othman (2005), kemahiran ini
perlulah diajar dengan sistematik agar murid berjaya mendengar dengan efektif lalu
menggunakan hasil pendengaran itu untuk berinteraksi dengan orang lain.

Kemahiran mendengar dikategorikan sebagai suatu kemahiran penaakulan dan


pemprosesan maklumat dalam komunikasi secara lisan. Murid-murid akan
mendengar serta memahami sesuatu perkara yang disampaikan dalam pelbagai
kaedah sebelum mereka bertindak. Misalnya, guru memberi arahan kepada murid-
murid untuk membaca teks yang disediakan lalu murid melakukannya. Hal ini kerana
murid-murid mendengar arahan yang jelas dan mudah daripada guru tersebut.
Maka, pengaplikasian kemahiran mendengar adalah penting kerana sentiasa wujud
dalam aktiviti sosial seperti memperoleh maklumat, tujuan hiburan dan seni.

1
Menurut Fatimah et al. (2010), kemahiran bertutur ialah keupayaan seseorang
individu untuk mengujar, berinteraksi, menyampaikan maklumat, meluahkan
perasaan, memberi pendapat dengan sebutan, intonasi yang betul serta lancar dan
bersopan ketika bertindak balas. Kemahiran bertutur terjadi pada peringkat
produktiviti iaitu setelah penutur mendengar dan memahami dengan baik sesuatu
yang didengari dan memberi respon dalam bentuk pertuturan. Kemahiran
mendengar dan bertutur tergolong dalam kemahiran lisan dan merupakan
kemahiran paling asas serta utama yang perlu dikuasai oleh murid-murid (Fatimah et
al., 2010). Menurut Zamri Mahamod et al. (2016), guru serta rakan sekelas perlu
berperanan besar dalam memberi dorongan kepada murid dalam pengaplikasian
strategi pembelajaran kemahiran mendengar ketika mempelajari bahasa Melayu di
bilik darjah.

2.2 Objektif Kemahiran Mendengar Dan Bertutur.


Terdapat beberapa objektif kemahiran mendengar dan betutur iaitu:
dengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat.
1 Mendengar, memahami dan menyebut pelbagai jenis ayat dan ragam ayat

berdasarkan ayat perintah dan ayat tanya dengan betul.


2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap arahan

situasi dengan betul.


menyampaikan pesanan menggunakan bahasa yang santun dalam pelbagai
3 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap pesanan dan

secara bertatasusila.
menggunakan ayat yang gramatis dalam situasi formal dan tidak formal
4 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan

secara bertatasusila.
nama diri yang sesuai dengan betul dalam situasi formal dan tidak formal
5 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata gelaran dan kata ganti

yang sesuai dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
6 Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dengan memberikan alasan

Berpandukan kepada objektif kemahiran mendengar yang tertera dalam grafik di


atas, maka dapat dilihat bahawa objektif-objektif ini memberi penekanan terhadap

2
kemahiran mendengar dan bertutur berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP). Secara menyeluruh, objektif untuk kemahiran ini memfokuskan
kepada respons atau tindak balas hasil daripada pembelajaran kemahiran
mendengar sehingga murid mampu bertutur, bercerita serta berbincang.

3.0 BANDING BEZA ANTARA KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN


MENDENGAR DAN BERTUTUR.

Kaedah Teknik

Satu perancangan atau prosedur Cara menjalankan pelbagai langkah dalam


pengajaran yang teratur, kemas dan pengajaran iaitu merangkumi aktiviti,
sistematik. perlakuan dan kemahiran guru semasa
menjalankan langkah-langkah aktiviti
pengajaran.

Kaedah bertujuan untuk mencapai Teknik bertujuan untuk menarik minat


maklumat serta membantu proses murid, mengekalkan perhatian serta
kelancaran pengajaran. membangkitkan perasaan ingin tahu.

kedah pengajaran merupakan cara Teknik sebagai alat penyampaian bahan


yang diguna pakai ketika pengajaran dan harus sejajar dengan
mengelokakan teknik, isi pelajaran kaedah dan seiring dengan pendekatan
serta alat bantu mengajar. yang digunakan.

Jenis-jenis kaedah: Jenis-jenis teknik:

 Kaedah terus, Kaedah fonetik /  Teknik soal jawab, Teknik main


linguistik, Kaedah eklektik, peranan, Teknik lakonan / drama,
Kaedah audio-lingual, Kedah Teknik permainan bahasa, Teknik
komunikatif latih tubi, Teknik perbincangan,
Teknik penyelesaian masalah

Ringkasan: Kaedah ialah cara yang Ringkasan: Teknik ialah bagaimana untuk

3
dipilih secara teratur dan sistematik melaksanakan sesuatu berpandukan
sebelum pelaksanaan aktiviti kepada situasai tertentu. Teknik ialah
pembelajaran kemahiran mendengar prosedur penglibatan guru serta murid
dan bertutur. dalam proses PdP kemahiran mendengar
dan bertutur.

Jadual 1: Perbezaan ringkas kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur

3.1 Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Menurut Simantunjak (1982), kaedah merupakan langkah-langkah atau setiap
peringkat yang disusun rapi serta bersinambungan yang perlu dipatuhi untuk
mencapai sesuatu objektif. Maka, kedah pengajaran merupakan cara yang diguna
pakai ketika mengelokakan teknik, isi pelajaran serta alat bantu mengajar bagi
mencapai objektif pembelajaran.
Bagi mencapai objektif kemahiran ini, antara jenis kaedah yang boleh digunakan
semasa PdP ialah menggunakan kaedah komunikatif. Kaedah komunikatif ialah satu
kaedah yang menitikberatkan proses pemerolehan kognitif serta interaksi bahasa.
Menurut Raju (2017), kaedah komunikatif ini membantu murid untuk mengetahui
fungsi dalam bahasa seperti menjemput, menolak, meminta dan memuji dalam
aspek sosial. Maka, murid-murid perlu menguasai makna sesuatu perkara terlebih
dahulu sebelum memberi gambaran terhadap makna tersebut. Makna-makna itu
perlu diujarkan dalam bentuk satu struktur ayat secara penepatan wacana. Bahkan,
kaedah komunikatif ini menitikberatkan pengetahuan tentang bahasa dan kurang
menumpukan lembaran kerja atau aktiviti latih tubi.

Menurut Burden & Byrd (2010), kaedah komunikatif ini memberi penekanan
terhadap pengetahuan tentang pengajaran kecekapan berbahasa iaitu bahasa serta
kecekapan komunikatif iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Hal ini memberi
maksud bahawa aktiviti yag dijalankan dalam bilik darjah haruslah berpandukan
kepada proses komunikasi yang sebenar. Contoh kaedah seterusnya ialah kaedah
audio-lingual yang memfokuskan terhadap bahasa lisan. Menurut Salehuddin
Klewan (2018), antara aktiviti untuk kaedah ini ialah seperti aktiviti menghafal,
berdialog, membuat latih tubi serta permainan bahasa berpandukan tatabahasa.
Guru memperdengar kepada murid contoh ayat yang betul manakala murid akan
memberi respons dalam bentuk peniruan sebutan. Murid boleh juga mengulang bagi

4
memperkukuh struktur bahasa yang dipelajari.

3.2 Teknik Pengajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur


Menurut Edward M. Anthony, teknik ialah strategi atau taktik yang digunakan oleh
guru untuk mencapai hasil semaksimumnya sewaktu mengajar sesuatu bahagian
bahasa. Menurut Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Haziz dalam buku
Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik merupakan pengendalian suatu
organisasi dalam bilik darjah untuk mencapai objektif. Teknik sebagai alat
penyampaian bahan pengajaran dan harus sejajar dengan kaedah dan seiring
dengan pendekatan yang digunakan.

Antara contoh teknik untuk pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur ialah
penggunaan teknik main peranan. Teknik ini memberi peluang kepada murid untuk
membayangkan diri menjadi seseorang dalam situasi tertentu ( Abdull Shukor Shaari
et al., 2016). Main peranan merupakan antara teknik iaitu murid-murid akan
diberikan peranan masing-masing untuk dimainkan. Misalnya, dalam aktiviti ini, guru
akan mempamerkan video tentang seorang anak menolong ibu di dalam dapur.
Maka melalui video itu, murid-murid akan melakonkan watak sebagai ibu yang
memberi arahan kepada anaknya seperti “Tolong basuhkan sayur sawi di atas meja
itu.” Murid lain perlu memainkan watak sebagai anak dengan memberi respons atau
bertindak dengan mengikuti segala perintah ibu. Menurut Ain Mohd Fadzil (2016),
main peranan ini dapat membantu meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak di
samping sikap tolong-menolong, bertolak-ansur dan bekerjasama. Malah, mampu
membina kemampuan psikolinguistik murid seperti sikap, personaliti dan motivasi
(Azani Ismail et al., 2012).

Teknik kedua ialah teknik perbincangan iaitu murid bekerjasama dalam aktiviti
berkumpulan serta perkongsian pendapat tentang sesuatu perkara. Sebagai
contohnya, guru menayangkan video animasi ‘Upin Ipin’ tentang bahaya jerebu yang
mengandungi pelbagai jenis ayat tunggal serta ayat majmuk. Kemudian, secara
berkumpulan mereka akan mengenal pasti dan menyebut ayat tunggal dan ayat
majmuk dalam video tersebut. Jika ada kesilapan, guru dan murid akan berbincang
bersama. Justeru, perbincangan guru dengan murid dan perbincangan antara murid
dengan murid berlaku semasa PdP secara langsung (Hendri Pratama et al., 2015).

5
4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan antara satu
kemahiran yang sangat penting untuk dikuasai oleh setiap murid kerana kemahiran
tersebut sinonim serta menjadi medium komunikasi kehidupan seharian. Oleh itu,
guru perlulah mendalami konsep, objektif, kaedah serta teknik pengajaran dalam
kemahiran mendengar dan bertutur ini agar ilmu tersebut mampu diterapkan dengan
efektif semasa mengajar murid di sekolah.

6
RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari, Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof & Mohd Isha Awang.
(2016). Amalan pedagogi berpusatkan pelajar dan masalah yang dihadapi guru-
guru pelatih program pensiswazahan guru untuk mengamalkan pedagogi
berpusatkan pelajar semasa praktikum. Proceedings of the ICECRS 1(559-608).

Ain Mohd Fadzil. (2016). Main peranan dalam meningkatkan kemahiran sosial kanak-
kanak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Azani Ismail, Azman Che Mat & Mat Taib (2012). Membina kemahiran pertuturan
menerusi aktiviti lakonan dalam pengajaran bahasa Arab. GEMA: Online Journal of
Language Studies, 12(1). 325-337
http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemacurrentissues.html

Burden, P., R. & Byrd, D., M. (2010). Methods for effective teaching. Education.

Fatimah Idris, Zabeha Hussein & Zainiyah Md. Zain. (2010). Pedagogi Kemahiran Bahasa
Melayu. Pendekatan Komunikatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran
Lisan Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu.

Hendri Pratama, Mohamed Nor Azhari Azman, Ramlee Mustapha, Ashah Ab Rahman &
Ridzwan Che Rus (2015). Keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan DD/CT
terhadap kecerdasan emosi pelajar sekolah menengah di Banda Aceh. Sains
Humanika, 7(1), 19–29.

Ibtisam Abdullah & Zamri Ahmad. (2012). Pengajaran kemahiran mendengar bahasa
Arab sebagai bahasa kedua. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Arab 2012, p. 75-81.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi di


Sekolah. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Raju, B. (2017). Effective methods of teaching and learning English. In P. Scott (Ed.),
Language teaching: Techniques and principles. Magnum Publishing LLC.

iv
Salehuddin Klewan (2018). Psikolinguistik: Penerokaan minda berlandaskan bahasa.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. PTS Professional.

Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad.
(2016). Penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid
Cina berdasarkan sikap dan kemahiran bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
6 (1): 38- 51

Anda mungkin juga menyukai