Anda di halaman 1dari 3

NAMA: HERBATTO JAMUN

NAMA KURSUS: KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

KOD KURSUS: 1094

TUGASAN: TUTORIAL 2 & 3


Tugasan tutorial 2:

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dilaksanakan secara


berperingkat – peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada
perkara – perkara yang mudah kepada perkaa – perkara yang lebih sukar dan
seumpamanya. Ulaskan pernyataan di atas dengan mengemukakan contoh yang sesuai
bagi menggalakkan murid mendengar secara aktif.

Secara umumnya, kemahiran mendengar merupakan keupayaan seseorang


menerima maklumat yang disampaikan dengan teliti, mampu menghayati dan memahami
apa yang didengar dalam pelbagai situasi dadan memahami maksud serta tafsiran daripada
apa sahaja yang didengar dan mampu memberi tindak balas atau respon yang sesuai.
Terdapat dua bentuk kemahiran mendengar iaitu kemahiran aktif dan kemahiran pasif.
Kemahiran aktif merupakan keupayaan murid memahami apa yang didengar dengan baik
dan mampu memberi respon manakala, kemahiran pasif pula merupakan kemahiran murid
hanya menerima dan tidak dapat memberi respon dengan baik terhadap apa yang didengar.

Terdapat aktiviti yang boleh guru laksanakan supaya murid – murid dapat
mengaplikasikan kemahiran mendengar secara aktif. Antaranya ialah penggabungan aktiviti
mendengar dan aktiviti bertutur. Hal ini demikian kerana murid perlu menerima input dengan
supaya objektif pengajaran tercapai dengan baik. Sebagai contoh, guru membahagikan
murid - murid dalam beberapa kumpulan. Kemudian, guru akan memberikan penerangan
tentang sebuah tajuk yang dipelajari. Dalam hal ini, seorang murid pula akan
membentangkan Kembali apa yang difahami semasa penerangan diberikan kepada rakan
kumpulan. Hal ini bertujuan pendengaran dan pemahaman murid meningkat secara
progresif apabila melakukan sesuatu aktiviti yang melibatkan penggabungan kemahiran.
Jelaslah bahawa, pendekatan modular amat penting dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran agar objektif pembelajaran tercapai dengan cemerlang.

Kesimpulannya, guru perlulah merancang apa yang akan diajar dengan teliti supaya
setiap objektif yang hendak dicapai dapat dilakukan dengan mudah. Dengan itu, aktiviti yang
dijalankan semestinya dapat mengasah kemahiran mendengar murid secara aktif dengan
optimum.
Soalan tugasan tutorial 3:

Terdapat satu lagi tujuan kemahiran bertutur:

Fungsi menyampaikan maklumat

Berdasarkan jalinan antara konsep dan proses serta enam tujuan bertutur yang telah anda
pelajari. Huraikan pemahaman anda secara jelas berkaitan kemahiran bertutur dalam
menyampaikan maklumat.

Menurut (dokumen standard kurikulum dan pentaksiran tahun 5) kemahiran bertutur


merupakan keupayaan murid untuk berkomunikasi dengan seseorang dengan tujuan
menyampikan sesuatu maklumat serta menyampaikan idea, pendapat dan perasaan
dengan intonasi, sebutan dan tatabahasa yang benar. Oleh sebab itu, model – model yang
diperdengar haruslah model – model yang baik yang membolehkan pelajar – pelajar berututr
secara berkesan.

Berdasarkan pemahaman saya berkaitan kemahiran bertutur dalam menyampaikan


maklumat, kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan
mengeluarkan pendapat dengan menggunakan Bahasa yang sesuai dalam pelbagai
keadaan seperti perbualan dengan rakan – rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti –
aktiviti perbahasan. dalam hal ini, guru haruslah memastikan murid boleh betutur dalam
Bahasa melayu dengan tepat sama ada dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan
tatabahasa yang betul. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur dalam
menyampaikan maklumat haruslah membolehkan murid meyampaikan atau melairkan
pendapat kepada orang lain. Selain itu, murid juga seharusnya dapat memahami maklumat
yang disampaikan oleh guru dengan mudah. Dengan itu, guru dapat mencapai objektif
pembelajaran yang telah ditentukan.

Kesimpulannya, pendekatan modular berdasarkan jenis – jenis kemahiran seperti kemahiran


bertutur harus diaplikasikan dalam pembelajaran bilik darjah supaya dapat mencapai
objektik pembelajaran. Selain itu, prestasi murid sekiranya dapat memahami jenis –
kemahiran Bahasa melayu juga akan meningkat secara progresif dan secara tidak langsung
Bahasa ibunda juga tidak akan hilang ditelan zaman.

Anda mungkin juga menyukai