Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan kemahiran mendengar dan bertutur atau juga dikenali sebagai kemahiran lisan dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu adalah membolehkan

seseorang itu berinteraksi dengan orang lain secara tepat bagi menyatakan kehendak, perasaan, pengalaman dan berupaya mengutarakan pendapat dan pandangan yang jitu serta berkesan. Contohnya dalam aktiviti perbincangan kumpulan, murid yang telah menguasai kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur akan mudah melakukan perbincangan kumpulan dengan cara memberikan buah fikiran yang bernas berdasarkan pengalaman yang sedia ada pada murid tersebut melalui kemahiran bertutur dan mendengar yang telah dikuasainya. Ini secara tidak langsung akan memberikan kesan yang positif kepada proses perbincangan disamping dapat membantu rakan-rakan dalam kumpulan perbincang memahami isi-isi perbincangan dengan memberikan pendapat serta contoh yang mudah difahami. Kepentingan yang seterusnya adalah membolehkan murid-murid menyebut perkataan atau ayat dengan betul, jelas dan tepat. Apabila murid-murid mendengar cikgu bahasa melayu mereka menyebut perkataan, mereka akan berusaha untuk menyebut perkataan tersebut dengan gaya, sebutan serta intonasi yang sama dengan apa yang guru mereka sebut. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan sebutan murid-murid tersebut dan akhirnya akan menyebabkan murid-murid dapat menyebut ayat dengan betul, jelas dan tepat. Ini akan memudahkan murid-murid dalam proses berkomunikasi dengan individu lain ataupun melancaran proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas bukan hanya tertumpu kepada kelas bahasa melayu malahan semua subjek yang dipelajari oleh murid-murid. Kepentingan yang ketiga adalah membolehkan murid-murid bertutur

menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai dan perbendaharaan kata yang lebih luas. Contohnya dalam kelas bahasa melayu, cikgu Abu mengajar muridmuridnya bagaimana menggunakan ayat yang tersusun dengan perkataan yang tepat ketika bercakap. Melalui kemahiran mendengar secara aktif, murid-muridnya akan mendengar apa yang diujarkan oleh Cikgu Abu yang menggunakan bahasa yang betul dengan penggunaan ayat yang tepat. Secara tidak langsung murid-muridnya akan mengusai kemahiran bertutur dengan menggunakan ayat dan perkataan yang tepat.

Selain itu, murid-murid juga akan memperkayakan penguasaan kosa katanya melalui bertutur dan mendengar ketika didalam kelas.

Kepentingan kemahiran lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu juga adalah dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri serta menjadikan murid-murid berani bercakap, menyatakan perasaan dan pendapat. Di dalam kelas, cikgu akan mengajar dengan menggunakan bahasa melayu yang tepat da sesuai. Apabila murid mendengar dengan aktif, mereka akan belajar menggunakan bahasa yang sesuai dengan mahir. Apabila telah mahir, murid-murid akan lebih berani dan lebih yakin untuk bersuara lebih-lebih lagi apabila guru bertanyakan soalan. Malahan sudah pasti jawapan yang diberikan adalah merupakan pendapat atau ideaidea yang bernas kerana mereka sudah menguasai kemahiran bertutur. Selain itu, kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri untuk bersuara ini akan mempunyai ramai kawan kerana senang berkomunikasi dengan orang lain serta pendapatnya mudah difahami melalui pertuturan yang jelas dan tepat. Kepentingan yang terakhir adalah melatih murid-murid mendengar dan memahami pertuturan dengan baik. Kemahiran mendengar secara berkesan dapat mewujudkan suasana berkomunikasi yang baik dengan penyaluran mesej secara dua hala dan menghasilkan persefahaman secara optimum. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelajar perlu menguasai kemahiran mendengar supaya membolehkan mereka menguasai kandungan mata pelajaran yang disampaikan oleh guru dalam pengajarannya. Keupayaan mendengar yang baik juga satu kelebihan terutamanya bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung dengan lancar. Di dalam kelas, cikgu akan memberikan arahan tentang sesuatu tugasan. Kemahiran mendengar amat diperlukan didalam situasi ini. Sekiranya murid mendengar dengan teliti, ini akan membantu murid-murid memahami kehendak arahan cikgu tersebut. Apabila faham dengan arahan barulah mudah untuk murid-murid melaksanakan arahan yang telah diberikan dengan tepat dan jayanya. Barulah proses pemerolehan ilmu berjalan dengan berkesan. Selain itu, ia secara tidak langsung juga akan meningkatkan kemahiran medengar seterusnya memahami pertuturan dalam

kehidupan seharian murid-murid. Daripada kepentingan-kepentingan yang telah dinyatakan diatas, dapat disimpulkan kemahiran lisan amat penting dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajar bahasa melayu.