Anda di halaman 1dari 28

Subtugasan 1 1.

0 berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal 1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan kata,ungkapan, ayat ,sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai. Berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur diatas, dapatlah dihuraikan bahawa murid-murid mampu memperoleh pelbagai pengalaman baharu dan juga pengetahuan yang mampu mereka pelajari. Murid-murid mampu memperkembangkan lagi kebolehan mereka berdasarkan sistem-sistem bahasa yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan penglibatan mereka secara langsung di dalam kelas, ternyata mereka mampu untuk mengutip seberapa banyak ilmu yang dicurahkan oleh guru semasa sesi pembelajaran. Mereka mampu untuk menggunakan ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai mengikut kepada aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberikan lebih kefahaman yang mendalam kepada murid-murid berdasarkan tajuk yang diajar. Dalam masa yang sama, pengisian kurikulum turut diterapkan dalam subtopik dari kemahiran mendengar dan bertutur. Pengisian kurikulum yang dimaksudkan adalah murid-murid mampu bertutur dengan sopan dan bertatasusila serta mereka mampu berfikir untuk meluahkan idea mahupun pendapat yang mereka tahu. Selain itu juga, murid-murid mampu memberikan tindak balas berdasarkan perbualan yang berlaku. Mereka juga mampu menghilangkan perasaan malu untuk meluahkan pendapat dan juga menggunakan nama panggilan yang bersesuaian semasa perbualan berlaku. Murid-murid juga dapat menerapkan ciriciri yang baik dalam diri mereka melalui perbualan. Mereka akan menyapa rakan yang lain mahupun guru dengan ucapan yang sopan.

1.2 bertanya dan menjawab sesuatu perkara secara bertatasusila. Berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur diatas, dapatlah dihuraikan bahawa murid-murid mampu memberikan respon ataupun tindakbalas mengikut kepada rangsangan yang mereka dengar ataupun lihat. Mereka akan menjawab pertanyaan ataupun soalan yang diberikan dengan secepat mungkin kerana mereka akan memproses maklumat yang didengar untuk mencari jawapan kepada pertanyaan yang diberikan. Dalam masa yang sama juga, mereka akan membalas kembali soalan kepada pihak kedua untuk memanjangkan lagi perbualan yang berlaku. Murid-murid mampu menerapkan nilai-nilai murni berdasarkan subtopik ini. Mereka akan menghayati tindakbalas dari pihak kedua dan juga mereka akan meniru kembali gaya ataupun sebutan bertatasusila yang mereka dengar. Dalam masa yag sama juga, murid-murid dapat merangsang minat mereka untuk membaca lebih banyak buku-buku yang berkaitan prosa-prosa tradisional kerana mereka mampu untuk menggayakan ayat yang terdapat dalam buku tersebut dengan penuh penghayatan, sebutan mahupun nada yang bersesuaian. Dengan lebih banyak membaca buku-buku seperti ini, murid-murid lebih memahami mengenai sosiobudaya masyarakat melayu terdahulu. Merka juga mampu mempelajari banyak bahasa-bahasa klasik yang terdapat dalam buku tersebut. 1.3 memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara. Berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur diatas, dapatlah dihuraikan bahawa murid-murid mampu mengecam arahan yang diberikan kerana merka harus meniru semula arahan yang diberikan oleh guru. Mereka mampu menjadi lebih peka apabila guru memberikan arahan ataupun pesanan secara berulang-kali. Murid-murid mampu peroleh banyak manfaat kerana mereka akan meneroka dan meraih pelbagai kemahiran secara langsung mahupun tidak langsung. Murid mampu bertutur dengan menggunakan intonasi dan sebutan yang betul dan jelas. Dalam masa yang sama, mereka mampu menjadi lebih berani dan yakin untuk tampil ke hadapan

tanpa malu dan segan, sekaligus akan menjadi seorang murid yang berdaya saing, yakin diri, bertolak ansur dan berupaya mencorakkan personaliti diri yang mantap. Ini semua mampu menjadi kenyataan apabila guru-guru mampu mencorak murid-murid dengan sebaik mungkin semasa sesi pembelajaran. Guru-guru harus memberikan peluang kepada murid-murid untuk tampil kehadapan supaya mereka mampu menghiangkan perasaan janggal yang terdapat dalam diri setiap murid. Selain itu juga, subtopik ini juga mampu menyuburkan lagi daya kognitif dan juga kemahiran social murid-murid. Mereka akan melakonkan semula atau meniru semula sesuatu perkara yang guru buat. Mereka akan dirangsang dan terpaksa berfikir untuk melakukan semula perkara yang telah dilakukan oleh guru tersebut. 1.4 menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan Berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur diatas, dapatlah dihuraikan bahawa murid-murid mampu mejadikan diri mereka lebih matang dan juga berketrampilan. Ini dapat disimpulkan melalui pemikiran kreatif dan juga imaginasi pelajar untuk merangsang sesuatu ayat yang sangat matang bagi mempengaruhi orang lain. Dalam masa yang sama, murid-murid akan belajar untuk berkomunikasi dengan berkesan dari aspek sebutan, nada, intonasi dan juga ekspresi ataupun mimik muka. Mereka juga mampu memperkasakan kemahiran lisan melalui latihan pengucapan yang berkesan untuk mempengaruhi orang lain. Dalam masa yang sama, murid-murid mampu melahirkan ataupun menjana lebih banyak idea-idea yang kreatif dan kritis dari segi penyusunan dan juga penolahan ayat. Di sampan itu juga, murid-murid boleh membiasakan diri mereka dengan menggunakan ayat mahupun bahsa yang ringkas serta mudah difahami untuk menyatakan hasrat mereka. Murid-murid turut mampu mengenalpasti untuk memberikan penekanan kepada beberapa baris ayat yang penting untuk menguatkan lagi permintaan mereka. Mereka mampu menjadi lebih yakin untuk menyatakan permintaan mereka apabila mereka sudah menguasai cara meluahkan ayat dengan penuh keyakinan.

1.5 memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat Berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur diatas, dapatlah dihuraikan bahawa murid-murid mampu mengenalpasti maksud pernyataan yang penting berdasarkan dialog ataupun ayat yang mereka dengar. Mereka dapat menghuraikan sesuatu ayat tersebut berdasarkan pengamatan mereka sendiri. Mereka juga mampu menjana seberapa banyak persoalan mengenai ayat mahupun frasa-frasa yang penting. Berdasarkan persoalan yang timbul, mereka akan berfikir untuk cuba memahami ayat tersebut dengan penuh ketelitian. Ini dapat menerapkan semangat tidak berputus asa dalam diri setiap murid. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk cuba mengasingkan ayat-ayat penting dan juga ayat-ayat huraian berdasarkan teks-teks ucapan dan juga dialog yang mereka dengar. Berdasarkan penjelasan mengenai ayat-ayat penting yang diberikan, mereka turut mampu untuk menjelaskan pengajaran dan juga nilai-nilai murni yang dapat diserapkan dalam diri setiap murid. Dalam masa yang sama, murid-murid mampu mengenal dan mengecam pelbagai ungkapan menarik dan bermakna serta mengecam peribahasa yang terdapat dalam sesebuah teks ataupun sesuatu rakaman dialog. Di samping itu, murid-murid juga mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka melalui penghuraian tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat. 1.6 menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urursan seharian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan Berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur diatas, dapatlah dihuraikan bahawa murid-murid mampu untuk melakonkan ataupun melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan urusan seharian mereka. Mereka mampu menjadi lebih mahir dalam apa jua urusan seperti jual beli mahupun sebagainya. Murid-murid juga harus menggunakan bahasa yang bersesuaian dan ayat yang bertatasusila. Nada dan intonasi semasa melakukan urusan haruslah bersesuaian untuk menarik perhatian pihak lain semasa urusan berlaku. Murid-murid juga dapat menerapkan nilai hormat-menghormati dan juga sopan santun apabila sesi pembelajaran selesai. Dalam

masa yang sama, murid-murid dapat menghormati kaum lain semasa melakukan urusan seharian. Seperti yang sedia maklum, murid-murid akan menghadapi dengan masyarakat dari pelbagai latar belakang mahupun masyarakat apabila mereka mahu melakukan ataupun meminta untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Ini membolehkan murid-murid dapat berkomunikasi dengan baik seterusnya dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara kaum-kaum lain dan juga hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Mereka juga dapat merangsang kemahiran bahasa melalui subtopik ini kerana mereka akan berkomunikasi dengan orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan juga pekerjaan. Mereka dapat pelajari sedikit sebanyak gaya pengucapan dan juga ayat yang digunakan semasa komunikasi berlaku. 2.0 bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca, atau dialami 2.1 bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas Berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur diatas, dapatlah dihuraikan bahawa murid-murid mampu menceritakan ciri-ciri atau sifat-sifat yang terdapat pada sesuatu perkara yang mereka tahu. Mereka juga digalakkan untuk menerangkan perkara tersebut dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan juga perkataan yang bersesuaian. Selain itu, murid turut mampu untuk menceritakan semula sesuatu pengalaman ataupun perkara dengan penuh pengahayatan untuk menarik minat rakanrakan yang lain. Mereka juga turut berkebolehan untuk memaksimakan penggunaan ayat yang menarik supaya dapat menjadikan penceritaan mereka itu menjadi lebih padat dan sempurna. Dalam masa yang sama, murid turut mampu berkebolehan untuk mengukuhkan lagi tahap tatabahasa mereka dengan megehadkan kesalahan sebutan mahupun penggunaan ayat yang berulang-ulang. Ini adalah bertepatan dengan system bahasa yang bertujuan merangkumkan aspek morfologi dan sintaksis. Murid-murid juga menjelaskan nilai-nilai murni ataupun pengajaran di akhir penceritaan.

Mereka mampu menjelaskan nilai-nilai murni tersebut dengan menggunakan ayat-ayat ringkas yang padat dan mudah difahami oleh orang lain. Dalam masa yang sama, mereka dapat mempelajari cara bagaimana untuk meringkaskan sesuatu ayat yang panjang ke ayat yang lebih ringkas untuk memudahkan pendengar memahami apa yang diperkatakan. Mereka juga mampu mengupas ataupun mengaitkan kejadian dan juga isu semasa yang berkaitan dengan pengalaman mereka berdasarkan penceritaan yang telah disampaikan. Ini memblehkan mereka menguasai kemahiraan berbahasa dari pelbagai aspek. 2.2 melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang bersesuaian dan tepat. Berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur diatas, dapatlah dihuraikan bahawa murid-murid mampu untuk menjelaskan ataupun menyampaikan sesuatu perkara yang berlaku berdasarkan pemerhatian mereka. Mereka mampu untuk menyampaikan perkara berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling mereka dan juga berdasarkan minat mereka terhadap sesuatu perkara. Bagi murid-murid yang meminati sukan bola sepak, mereka berkebolehan untuk menyampaikan pemerhatian mereka dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai. Kebanyakan murid-murid dapat meniru semula gaya bahasa yang sering digunakan oleh pengulas bola sepak apabila mereka menonton dan mendengar ulasan tersebut di kaca televisyen. Dengan adanya minat seperti ini, mereka dapat menambahkan lagi tahap penguasaan bahasa di samping dapat menambah banyak kosa kata baharu untuk penggunaan di sekolah mahupun di rumah. Selain itu juga, mereka dapat mengaplikasikan penguasaan bahasa yang mereka miliki apabila diberi peluang untuk menerangkan dan juga mempersembahkan sesuatu hasil kerja. Murid-murid mampu menyelitkan penggunaaan laras bahasa yang bersesuaian di samping menggunakan ayat-ayat mudah, betul dan senag untuk difahami. Selain itu juga, murid-murid mampu menjana dan memproses maklumat untuk mencari perkaraperkara penting berdasarkan bahan ransangan mahupun bahan maujud yang diberikan oleh guru. Mereka dapat memperkembangkan tahap pemikiran mereka apabila

terpaksa berfikir jauh kehadapan untuk mendapatkan sesuatu maklumat berdasarkan bahan yang diberi. 3.0 menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan. 3.1 menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur diatas, dapatlah dihuraikan bahawa murid-murid mampu melatih diri mereka untuk menjadi seorang penyampai yang berkesan. Mereka juga akan pelajari bagaimana cara untuk menyampaikan sesuatu maklumat ataupun laporan dengan cara yang berkesan dan mampu menarik perhatian pendengar seterusnya memberikan lagi kefahaman yang mendalam kepada pendengar. Selain itu juga, mereka akan mahir untuk menggunakan bahasa-bahasa yang formal dalam sesuatu penyampaian mereka. Kebolehan untuk menguasai kemahiran untuk mengenal dan mengecam isi-isi penting berdasarkan maklumat juga dapat dibina oleh murid di samping mereka mampu untuk menyampaikan maklumat melalui pemerhatian mereka sendiri. Selain itu juga, mereka dapat mengaitkan pelbagai maklumat sebagai penekanan untuk memberikan kefahaman kepada pendengar. Mereka mampu bertutur dengan lancar sewaktu menyampaikan dan juga mampu mengasah atau mempertajamkan lagi penggunaan kata, istilah, frasa, struktur ayat dan juga laras bahasa yang sesuai mengikut kebolehan mereka. Mereka juga mampu mempelajari nilai-nilai murni semasa menyampaikan maklumat. Contohnya mereka akan lebih menghormati pandangan orang lain dan juga tidak keberatan untuk menerima pendapat mahupun pandangan dari orang lain. Selain itu juga, mereka akan bertutur dengan ayat-ayat yang lembut supaya dapat menjaga hati dan perasaan para pendengar. Mereka akan menyampaikan maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat dan juga warga tua. Dengan adanya nilai seperti ini, murid-murid mampu menjadi lebih dedikasi dan berketrampilan untuk menjadi penyampai yang berkesan.

3.2 menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan. Berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur diatas, dapatlah dihuraikan bahawa murid-murid mampu murid-murid mampu menambahkan lagi pengetahuan umum dalam diri mereka. Mereka akan menghadapi situasi untuk menhuraikan tentang sesuatu maklumat untuk memberikan kefahaman kepada pendengar. Untuk menghuraikan maklumat dengan alas an yang meyakinkan, murid perlu mempunyai pengetahuan yang meluas dari pelbagai aspek. Kognitif murid-murid akan berkembang dengan cepat apabila mereka akan membina huraian yang bernas dan juga kreatif untuk meyakinkan orang lain melalui penyampaian maklumat yang disampaikan. Mereka turut berkebolehan untuk menggunakan bahasa dan juga ayat yang mampu menarik perhatian pendengar. Mereka akan berasa lebih dihargai dan bertambah yakin apabila maklumat yang disampaikan mereka dapat difahami oleh orang lain. Mereka turut menerapkan penggunaan intonasi dan ayat yang gramatis dalam penyampaian mereka sebagai langkah untuk memberikan kefahaman kepada pendengar. 3.3 menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang. Berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur diatas, dapatlah dihuraikan bahawa murid-murid mampu untuk bersiap sedia untuk memulakan sesuatu penyampaian dengan penuh keyakinan bersedia untuk menyampaikan maklumat dalam apa jua situasi. Mereka mampu untuk membina ayat-ayat yang menarik sebelum sesuatu penyampaian dimulakan. Disamping itu juga, murid-murid mampu untuk memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan. Ini disebabkan oleh murid-murid akan berfikir secara pantas untuk melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur di samping memaksimakan penggunaan ayat yang betul dan menarik. Jika dilihat dari sudut yang lain, murid-murid dapat melatih diri mereka untuk menjadi seorang pemimpin kerana dengan mempunyai kebolehan menyampaikan maklumat, mereka akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan juga pembinaan sifat-sifat seorang pemimpin dalam diri mereka.

Semasa berfikir untuk menyampaikan maklumat, murid-murid turut berkemampuan untuk meningkatkan cara penyampaian yang berkesan kerana mereka akan dirangsang oleh pemikiran yang jelas, idea yang kreatif dan juga huraian yang rasional. 4.0 berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila. 4.1 mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat, dan tersusun. Berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur diatas, dapatlah dihuraikan bahawa murid-murid mampu untuk menerima pandangan orang lain berdasarkan tajuk perbincangan dan juga mampu menyatakan pandangan mereka sendiri. Mereka mampu berbincang tentang isu-isu semasa ataupun perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka dengan menggunakan bahasa yang sopan. Mereka juga menyatakan pendapat, sokongan serta bantahan berdasarkan apa yang mereka bincangkan. Ini adalah disebabkan oleh murid-murid sudah berkebolehan untuk menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik. Mereka tidak akan berasa malu dengan rakan-rakan mereka untuk menyatakan pendapat mereka walupun pendapat yang dinyatakan adalah salah ataupun tidak bertepatan dengan tajuk perbincangan. Murid-murid juga mampu untuk menceritakan dan menyatakan sesuatu berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Mereka dapat menceritakan pengalaman tersebut melalui aktiviti penceritaan di dalam kelas. Mereka juga akan menggunakan bahasa yang baik dan juga laras bahasa yang bersesuaian dengan cara penyampaian mereka. Selain itu juga, mereka turut mampu untuk menyatakan idea-idea mahupun cadangan yang bernas untuk memperbaiki kelemahan ataupun kekurangan yang terdapat dalam tajuk perbincangan. Murid-murid mampu menjadi lebih berbudi pekerti di samping dapat melatih diri mereka untuk menjadi murid yang prihatin dan komited terhadap sesuatu yang dibualkan.

4.2 mengemukakan komen yang bersesuaian berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang disampaikanoleh pihak lain. Berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur diatas, dapatlah dihuraikan bahawa murid-murid mampu mengembangkan kemahiran mendengar mereka dengan sebaik mungkin. Mereka akan mendengar dengan teliti setiap maklumat yang disampaikan oleh orang lain. Mereka juga berkebolehan untuk mentafsir maklumat yang diterima dengan sebaik mungkin sebelum mereka menyatakan pendapat mereka berdasarkan apa yang mereka fahami. Murid-murid akan menyatakan pendapat mereka berdasarkan pengalaman yang mereka perolehi. Mereka akan mengemukakan komen ataupun pendapat mereka melalui pengalaman ataupun pemikiran mereka sendiri. Mereka akan meneliti segala perbualan yang berlaku dengan baik untuk memahami setiap persoalan dan juga perkara baharu yang belum diketahui. Dalam masa yang sama, murid-murid mampu mengemukakan respon dengan penuh yakin berdasarkan maklumat yang diterima. Murid-murid juga mampu berfikir ke hadapan apabila mereka menyatakan komen-komen. Mereka akan berfikir dengan sebaik mungkin untuk menghasilkan komen-komen atau idea-idea yang bernas. Mereka juga akan melatih diri untuk menjadi lebih sabar semasa proses untuk menerima maklumat dari orang lain. 4.3 mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendiriran dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang terancang Berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur diatas, dapatlah dihuraikan bahawa murid-murid mampu mengasah bakat mereka untuk menjadi pembahas yang mampu menyatakan pendapat mereka dengan lantang dan jelas. Mereka akan bebrbahas untuk menyatakan pendirian tentang sesuatu yang dibualkan oleh rakanrakan yang lain. Mereka dapat pelajari bagaimana caranya untuk bersaing secara sihat dan menunjukkan kebolehan masing-masing semasa menyampaikan pendapat. Mereka juga bebas untuk menyokong mahupun membangkang sesuatu tajuk dengan

menyatakan alasan dan juga hujah-hujah yang kukuh sehingga mampu mencapai kata sepakat. Dalam masa yang sama, mereka mampu untuk menyatakan pendapat dengan menggunakan bahasa-bahasa yang bertatasusila dan menggunakan ayat-ayat yang betul. Secara tidak sedar, mereka akan terdidik dengan sendirinya untuk menjadi seorang yan berkaliber di masa hadapan. Mereka akan berasa tidak sombong dan megah diri kerana adakalanya mereka menyatakan pendapat yang kurang tepat. Apabila berlaku sedemikian, mereka akan akur dengan pendapat pihak lain yang mereka yakini lebih bernas dan benar berbando=ing pendapat mereka. 4.4 menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat. Berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur diatas, dapatlah dihuraikan bahawa murid-murid mampu untuk melatih murid-murid supaya menjadi lebih berdisiplin dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Setiap perbincangan yang dibincangkan mestilah mencapai kata sepakat semua ahli ataupun pihak yang terlibat. Murid-murid akan menyatakan segala pendapat yang mereka perolehi untuk mandapat kata sepakat daripada semua pihak. Mereka akan saling bersaing untuk menyatakan pendirian masing-masing dengan penuh keyakinan sebagai langkah untuk mempengaruhi ahli-ahli yang lain. Setiap ahli yang terlibat akan mendengar setiap hujah yang dibentangkan untuk mencari hujah-hujah yang berkesan dan mempunyai alas an-alasan yang kukuh. Murid-murid akan menjadi lebih formal kerana mereka seakan berada dalam situasi sebenar yang sering dilakukan dalam mesyuaratmesyuarat besar. Murid-murid akan menggunakan laras bahasa yang bersesuaian dan juga mampu melafazkan ayat-ayat dengan lebih lancar serta memaksimakan penggunaan intonasi yang menarik.

Subtugasan 2 Tajuk pengajaran : Makanan-makanan di Malaysia Bahan bantu mengajar ; 1. Kad gambar Bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk mengajar mengenai makanan makanan di Malaysia adalah dengan menggunakan kad gambar. Kad gambar merupakan bahan yang mampu merangsang minat setiap pelajar disamping mereka mampu mengenal dan mengecam sesuatu gambar tersebut dengan lebih mudah. Mereka dapat mengenal akan sesuatu yang mereka tidak pernah lihat dengan menggunakan kad gambar. Kad gambar yang hendak digunakan mestilah menarik, mempunyai warna yang pelbagai dan juga dalam bentuk yang kreatif. Murid-murid akan mudah tertarik untuk memberikan tumpuan semasa sesi pembelajaran apabila guruguru menggunakan kad gambar yang kreatif dan juga bentuk yang berlainan. Sebagai cadangan untuk penambahbaikan terhadap pengajaran, guru-guru haruslah memainkan peranan untuk membuka kreativiti murid-murid dengan memberikan seberapa banyak motivasi yang berkesan untuk mempengaruhi minat pelajar sebagai proses untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan sebaik mungkin. Motivasi merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak pada masa tertentu. Apabila seseorang mendapat dorongan, dia akan mempunyai keinginan yang kuat untuk bertindak ke arah mencapai matlamat (Siti Hawa Munji, 1990). Bagi pelajar yang memerlukan motivasi ekstrinsik, mereka selalu didesak atau digalakkan supaya bertindak untuk mendapatkan ganjaran. Dalam pembelajaran, insentif diberikan dalam bentuk markah, gred, hadiah dan kedudukan dalam kelas. Pada akhir satu peringkat pembelajaran, keputusan peperiksaan yang baik, sijil dan surat akuan merupakan insentif yang mendorong pelajar supaya lebih berusaha dengan lebih tekun. Motivasi intrinsik juga penting untuk pelajar bagi memberikan dorongan dalaman kepada mereka untuk turut serta dalam aktiviti pembelajaran. Dorongan dalaman ini adalah seperti keperluan, minat, sikap dan emosi yang semulajadi ataupun berpandukan pengalaman serta kehendak

persekitaran. Apabila pelajar sukar memahami dan memperoleh pengetahuan dalam sesuatu pengajaran, pelajar mudah kehilangan minat dan kurang memberi tumpuan. 2. Tayangan video Guru-guru haruslah sentiasa up-to-date dengan arus pemodenan Negara dari segi kemajuan teknologi. Penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar di sekolah mampu memberikan kefahaman yang menyeluruh kepada murid-murid semasa sesi pengajaran di sekolah. Seperti yang kita sedia maklum, murid-murid terdiri daripada pelbagai gaya pembelajaran yang berlainan dari pelbagai aspek. Kebanyakan murid tidak suka akan keadaan kelas yang sunyi semasa mengikuti sesi pembelajaran. Ini akan menyebabkan mereka cepat hilang tumpuan dan mengantuk semasa sesi pembelajaran. Dengan adanya kesedaran untuk melakukan tayangan video dengan menggunakan komputer semasa sesi pembelajaran, ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi penglibatan murid di dalam kelas. Mereka akan berasa seronok kerana dapat menyaksikan sesuatu tayangan yang mempunyai bunyi-bunyi dan juga gambargambar yang menarik. Sebagai cadangan kepada kaedah ini, semasa menayang video kepada murid-murid, bunyi-bunyi yang dimainkan hendaklah jangan terlalu bising kerana mampu mengganggu konsentrasi pelajar di dalam kelas dan juga mengganggu guru-guru lain yang sedang mengajar. Menurut Ibrahim Abu Samah (1995), didapati faktor persekitaran yang bising serta tidak menyenangkan boleh mengurangkan minat pelajar terhadap pembelajaran mereka. Selain itu juga, guru-guru harus pandai untuk mengesan sejauh mana minat pelajar semasa mempelajari sesuatu yang diajar. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), minat adalah daya penggerak atau kecenderungan seseorang untuk memberi perhatian kepada sesuatu benda dan peristiwa. Minat berupaya untuk meningkatkan keinginan dan daya usaha pelajar untuk mempelajari atau memiliki sesuatu benda. Pelajar yang mempunyai minat untuk belajar akan berasa seronok dan bersungguh-sungguh untuk belajar kerana mereka akan mendapat kepuasan daripada proses pembelajaran itu sendiri. Sulaiman Masri (1996) menyatakan sikap pelajar yang bersungguh-sungguh terhadap pembelajaran adalah pendorong ke arah pencapaian akademik yang cemerlang. Maka, pelajar yang

mempunyai sikap positif akan sentiasa memberi tumpuan terhadap pengajaran pensyarah dan rajin mengulangkaji pelajarannya. Klip video yang sesuai dengan tajuk gambar juga dipilih dengan teliti kerana klip video itu akan memberikan pengalaman pada murid yang belum pernah mengalami situasi yang dikemukakan. Klip video tersebut harus mempunyai kesan bunyi dan jalan cerita yang sepadan dengan gambar. Klip video diharap dapat memberikan kesempatan kepada murid untuk melalui situasi yang sepadan dengan gambar. Induksi menonton klip video juga dijalankan untuk menarik minat murid dan memberikan pengalaman kepada mereka agar dapat terlibat dalam aktiviti sumbang saran. Semasa menonton klip video tersebut, murid mencatatkan perkataan atau frasa yang menarik. Perkataan dan frasa ini boleh berbentuk kata kerja, kata adjektif, kata nama, penjodoh bilangan atau peribahasa. Perkataan tersebut dituliskan di atas kertas pelekat yang digunakan untuk aktiviti sumbang saran secara seluruh kelas. Hal ini dapat memberikan ruang kepada murid yang berasa malu agar turut serta dalam aktiviti tersebut. Murid Darjah 3 harus mengenal pasti kesan bunyi yang dapat didengar dalam klip video. Setelah itu, guru bersoal jawab secara lisan mengenai klip video yang ditonton. Di samping minat, pelajar juga mesti mempunyai kesanggupan dan kerelaan untuk memberi perhatian atau tumpuan ke atas sesuatu perkara. Ini adalah disebabkan kesanggupan dan kerelaan akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk mencapai matlamat. Motivasi adalah satu tindakan untuk mencapai tujuan tertentu (Reber & Beech, 1982). Ini jelas menunjukkan pentingnya minat serta motivasi pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Lee Shok Mee (1991) pula menegaskan bahawa minat pelajar memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kesediaan pelajar untuk belajar. Pelajar yang minat dalam perkara yang dipelajarinya akan mencapai prestasi yang lebih cemerlang.

Subtugasan 3 Merancang empat aktiviti yang tepat dengan hasil pembelajaran yang dipilih Semasa menyampaikan pengajaran di dalam kelas, guru harus bijak memilih aktiviti pengajaran yang hendak digunakan dalam pengajaran tersebut. Aktiviti yang dipilih haruslah menepati objektif pengajaran dan juga bersesuaian dengan umur, minat, dan kebolehan murid. aktiviti pengajaran adalah untuk membolehkan murid-murid memperoleh pengetahuan berdasarkan tajuk yang diajar dengan mudah dan berkesan. Semasa guru melaksanakan aktiviti, guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar seperti televisyen, radio, tayangan video , dan sebagainya untuk memberikan keseronokan pada murid-murid.

i. Teknik bercerita

Teknik bercerita sangat digemari oleh kanak-kanak dan memainkan peranan yang penting dalam pengajaran lisan. Dalam pengajaran bahasa secara umumnya, teknik bercerita bermaksud guru menyampaikan pengajarannya melalui aktiviti bercerita, iaitu guru akan bercerita kepada murid-muridnya dan seterusnya disusuli dengan aktivitiaktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti soal jawab, murid menceritakan semula cerita tersebut dan sebagainya. Dalam konteks ini, teknik bercerita lebih tertumpu kepada murid itu sendiri, iaitu mereka akan bercerita berdasrkan pengalaman, harapan, tentang sesuatu cerita yang didengar atau dibaca, dan sebagainya.

Sebagai cadangan untuk aktiviti ini, guru boleh memberikan arahan untuk murid-murid menceritakan mengenai pengalaman mereka berdasarkan tajuk yang di ajar iaitu makanan-makanan di Malaysia. Guru harus memberi masa murid-murid untuk berfikir selama lima hingga sepuluh minit untuk mereka mengingat kembali pengalaman yang mereka ada. Masa yang diberikan untuk murid-murid bercerita adalah selama lima minit. Murid-murid boleh tampil ke hadapan apabila mereka sudah bersedia untuk menyampaikan cerita mereka.

Guru haruslah memberikan penekanan terhadap gaya murid-murid semasa penceritaan. Guru-guru juga boleh menunjukkan gaya atau melakukan demonstrasi sebelum murid-murid mampu bercerita dengan gaya yang menarik. Selain itu juga, guru haruslah mengenalpasti kesilapan sebutan yang dilakukan semasa mereka menyampaikan cerita. Intonasi dan jeda juga haruslah diberikan penekana semasa murid-murid bercerita, ini adalah untuk memastikan murid-murid mampu menyampaikan sesuatu cerita dengan mempunyai nada dan juga hentian di tempat yang bersesuaian. Untuk menguji keupayaan dan kefahaman murid, guru boleh menggunakan kad-kad gambar makanan yang menarik sebagai bahan untuk mengajar. Guru boleh menyuruh murid-murid menceritakan sesuatu yang mereka tahu berdasarkan kad gambar yang disediakan. Dengan ada inisiatif seperti ini, murid mampu untuk berfikir dengan lebih jauh dengan memikirkan serta membuat ayat untuk bercerita dalam masa yang singkat.

ii. Teknik perbualan

Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk. Teknik perbualan bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual melalui telefon. Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka setiap hari. Murid-murid boleh diminta bercakap tentang ibu atau bapa, kawan, hobi, permainan, dan sebagainya. Perbualan boleh berlangsung antara guru dengan murid atau sesama murid. Tajuk yang guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid supaya mereka dapat berbual tentang tajuk itu. Guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan aktiviti perbualan. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada dua orang sahaja untuk menggalakkan pergaulan dua hala yang akrab. Murid diberikan beberapa minit untuk berlatih perbualan mereka. Kemudian murid mempersembahkan lakonan tersebut di hadapan kelas. Murid berpeluang

menggayakan perbualan mereka dan ini disusuli dengan maklum balas daripada kumpulan lain. Seterusnya, guru mencatatkan dialog-dialog yang bermutu di kertas sebak agar ia boleh digunakan semasa penulisan karangan kelak. Ini bertujuan membantu murid yang lemah dalam penulisan dialog agar dapat menulis struktur ayat yang gramatis, lengkap dengan tanda baca yang betul. Aktiviti susulan dilakukan untuk mendapatkan maklum balas rakan dari segi lakonan dan aktiviti sumbang saran idea. Aktiviti ini berfungsi sebagai alat untuk memperbaik diri agar murid lebih berani mengetengahkan pendapat dalam suasana yang selesa dan selamat. Guru boleh memberikan situasi kepada murid untuk menyambung perbualan yang tergantung seperti. Ali terbau sesuatu yang harum di dapur. Lalu Ali pergi ke dapur untuk melihat apakah masakan yang berbau harum itu. Ali pergi menanyakan apakah masakan yang dimasak oleh ibunya itu Ali : wah, wanginya masakan ibu ini Ibu : mestila wangi. Ibu kan pandai memasak Ali : masakan apakah ini ibu Ibu : masakan ini bernama ayam masak kicap Setelah guru selesai membacakan teks tersebut, murid-murid akan menyambung perbualan tersebut bersama dengan rakan seperbualan mereka. Guru juga boleh menerangkan bagaiman gaya untuk menjadi seorang ibu dan gaya seorang anak. Dengan adanya penerangan tersebut, murid-murid mampu untuk mengembangkan bakat mereka untuk menjadi seorang yang disegani apabila sudah dewasa kelak.

iii. Teknik menyanyi

Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi. Bagi kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan dan menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini untuk menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlulah bijak memilih lagu yang hendak dinyanyikan oleh murid-murid iaitu lagu yang betul tatabahasa, dan perbendaharaan katanya. Selain itu guru boleh memilih rentak lagu yang diminati oleh murid-murid dan mencipta lirik baru dengan memasukkan perkataan-perkataan yang perlu murid kuasai sebutannya.

guru juga boleh memilih lagu yang pernah dipopularkan oleh black dog bone yang bertajuk nasi goreng sebagai bahan untuk membantu guru dalam mengajar mengenai makanan-makanan di Malaysia. Lirik lagu tersebut adalah seperti ini; oi nasi goreng oi bubur kacang oi rojak oi nasi oi rojak oi mee siam dengan adanya penggunaan video, murid-murid lebih senang untuk menyanyikan lagu yang disediakan kerana mampu untuk mengikut rentak dan sebutan ayat-ayat tersebut dengan betul. Guru juga boleh menyanyikan lagu tersebut bersama murid untuk memeriahkan lagi keadaan dan juga memberikan keseronokan kepada murid-murid. Aktiviti nyanyian ini sesuai dilakukan apabila sesi pengajaran akan berakhir sebagai langkah untuk memberikan hiburan kepada murid-murid setelah mempelajari tajuk yang diajar.

vi. Teknik perbahasan

Teknik ini sering digunakan oleh guru bahasa untuk melatih murid-murid kemahiran bertutur khusus di hadapan penonton yang ramai. Melalui teknik ini murid diminta berbahas tentang satu tajuk atau isu yang diberi. Teknik ini amat berkesan untukmembentuk keyakinan diri yang tinggi di kalangan murid sekolah. Teknik perbahasan adalah teknik yang sangat berkesan dan sesuai dilakukan sebagai aktiviti dalam pengajaran. Murid-murid mampu menyampaikan pendapat mereka secara terbuka tanpa segan silu. Mereka juga mampu untuk menjadi lebih yakin dengan melakukan aktiviti tersebut. Mereka mampu bersaing secara sihat sesame rakan mereka dengan menyataka pendapat dan pengetahuan masing-masing berdasarkan tajuk yang diberikan. Guru juga boleh memberikan tajuk yang bersesuaian berdasarkan tajuk yang telah diajar. Guru juga boleh memberikan tajuk seperti; seringkali kita terbaca di akhbar yang makanan di Negara ini banyak mendatangkan penyakit kepada penggemarnya. Sila bahaskan mengapakah makanan di Negara ini mendatangkan penyakit dan adakah ada factor-faktor lain yang menyebabkan penggemar makanan di Malaysia jatuh sakit Guru boleh mengedarkan mengenai tajuk untuk dibahaskan dan menerangkan semula di hadapan untuk memberikan kefahaman kepada murid-murid. Guru harus membahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pembangkang dan penyokong. Bagi kumpulang penyokong, mereka akan menyokong sepenuhnya makanan di Negara in mendatangkan penyakit kepada penggemarnya manakala pembangkang pula membangkang kumpulan penyokong dengan menyatakan factorfaktor lain yang menyebabkan penggemar makanan tempatan jatuh sakit dan tiada kaitan sama sekali yang mengatakan bahawa makanan di Negara ini mendatangkan penyakir kepada penggemarnya. Perbahasan ini boleh berlangsung selama dua puluh hingga tiga puluh minit dan guru bertindak sebagai juri.

Subtugasan 4 Membuat analisis perbezaan secara terperinci hasil pembelajaran mengikut aras berdasarkan buku panduan khas tahun 1 dengan tahun 6. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan berdasarkan buku tahun 1 dengan tahun 6, saya mendapati aras pembelajaran tahun 6 lebih tinggi berbanding tahun 1. Ini kerana tahun 6 telah berupaya menguasai kemahiran yang terdapat dalam sisitem bahasa iaitu tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Dalam masa yang sama, murid-murid tahun 6 sudah mampu untuk berfikir dengan lebih jauh berdasarkan pengajaran yang di ajar. Ini disebabkan mereka sudah mampu untuk berfikir secara kritis, rasional. Pemikiran mereka sudah berkembang secara positif dan demokratis untuk membentuk nilai-nilai yang murni dalam diri mereka. Selain itu juga, murid-murid tahun 6 lebih bersikap mesra dengan orang lain dan mereka lebih cenderung untuk berkomunikasi dan terlibat dalam pergaulan. Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai konteks dan situasi pengucapan seperti perbincangan, ucapan, lakonan, dan temu bual. Murid juga berupaya memberikan tindak balas yang wajar. Manakala kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid mengajukan pertanyaan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, dan idea secara lisan dengan sebutan baku, intonasi dan jeda yang betul. Penekanan diberikan kepada kesantunan berbahasa dalam pengucapan dan penggunaan tatabahasa yang betul. Hasil pembelajaran Perbezaan pertama yang dapat dilihat berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur ini ialah dari segi hasil pembelajaran. Subtopik : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Berdasarkan dapatan saya, hasil pembelajaran tahun 1 lebih menekankan kepada murid perlu Mendengar dan memahami teks antaranya arahan, pesanan, cerita dan

puisi kanak-kanak bagi menjalankan tindak balas berdasarkan konteks secara lisan atau bukan lisan. Berbanding pula dengan tahun 6 yang perlu mendengar dan memahami teks antaranya ucapan, berita, cerpen, novel dan puisi (pantun, syair dan sajak) bagi menjalankan tindak balas berdasarkan konteks secara lisan atau bukan lisan. Hasil pembelajaran tahun 1 dan tahun 6 berbeza adalah kerana tahun 1 masih lagi dalam proses untuk menguasai kemahiran mendengar mereka. Murid-murid tahun 1 masih lagi dalam proses untuk mengecam dan mengenalpasti sesuatu yang penting berdasarkan sesuatu bahan dan hanya boleh melakukan sesuatu mengikut kepada penjelasan dan penerangan guru. Berbanding dengan murid tahun 6 pula mula sudah kebanyakannya menguasai kemahiran mendengar dengan baik. Mereka tidak mempunyai banyak masalah untuk melakukan sesuatu kerja berdasarkan bahan yang diberikan. Dalam masa yang sama, mereka turut berupaya untuk mentafsir sesuatu berdasarkan sesuatu bahan yang diberikan seperti berita, cerpen, novel dan puisi. Ini kerana mereka sudah menguasai kemahiran membaca dan memahami sesuatu yang mereka baca. Bagi murid tahun 1 pula, mereka masih gugup untuk membaca apatah lagi memahami apa yang baca. Mereka memerlukan sepenuhnya perhatian dari guru dalam melakukan sesuatu kerja. Selain itu juga, hasil pembelajaran tahun 1 lebih menekankan kepada Bertutur dengan jelas menggunakan sebutan baku sesuai dengan tujuan, khalayak dan konteks serta boleh berinteraksi sosial tentang diri dan lingkungannya berbanding dengan tahun 6 yang menekankan kepada Bertutur dengan jelas, lancar dan berkesan; menggunakan sebutan baku, intonasi dan jeda yang betul sesuai dengan tujuan, khalayak dan konteks dan boleh berinteraksi sosial tentang diri dan masyarakatnya. Hasil pembelajaran ini berbeza kerana murid tahun 6 sudah mampu bertutur dengan jelas dan lancar. Dalam masa yang sama, mereka turut mampu untuk membuat ayat dengan menggunakan bahasa yang baik di samping bertutur dengan laras bahasa yang bersesuaian. Murid tahun 6 juga berkebolehan untuk menceritakan sesuatu berdasarkan pengalaman mereka dengan penuh keyakinan dan mampu menggunakan hentian semasa proses penceritaan tersebut disebabkan mereka sudah berkebolehan menguasai kemahiran berbahasa dengan baik dan menyebabkan mereka menggunakan bahasa melayu baku dengan baik. Berbanding dengan murid tahun 1 pula, mereka masih tercari-cari rentak

untuk menguasai kemahiran sebutan dan intonasi yang membolehkan mereka menyebut dan membaca dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Selain itu juga, mereka hanya mampu menceritakan sesuatu berdasarkan pengalaman diri sendiri dan juga perkara-perkara yang berlaku disekitar mereka sahaja. Mereka tidak mampu untuk menceritakan sesuatu perkara yang di luar pemerhatian mereka seperti isu-isu semasa yang sedang ataupun telah berlaku. Mereka juga hanya berkebolehan untuk bertutur dengan bahasa yang mudah dan perkataan yang sering mereka gunakan di sekolah ataupun di sekolah. Perbezaan aras-aras Perbezaan kedua yang dapat dilihat berdasarkan subtopik kemahiran mendengar dan bertutur 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai ialah dari segi aras huraian hasil pembelajaran tahun 1 dan tahun 6. Aras 1 bagi tahun 1 adalah menyatakan butiran tentang maklumat asas diri berbanding dengan aras 1 tahun 6 iaitu berinteraksi dengan pihak lain berdasarkan sesuatu topic. Aras 1 tahun 1 adalah lebih rendah berbanding tahun 6 kerana murid-murid tahun 1 hanya mampu untuk menyatakan sesuatu perkara atau kejadian yang berlaku kepada pemerhatian mereka sahaja. Mereka hanya mampu menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan keluarga mereka dan juga pengalaman mereka yang lepas. Murid tahun 1 juga hanya mampu untuk bercerita dan tidak berupaya untuk mengaitkan sesuatu berdasarkan cerita mereka itu. Selain itu juga, mereka masih belum mahir untuk menguasai kemahiran berbahasa kerana kerap kali melakukan kesalahan dari segi penggunaan bahasa, intonasi dan juga panggilan yang tidak bersesuaian. Bagi murid tahun 6 pula mereka mampu berinteraksi dengan pihak lain mengikut kepada topic yang dibualkan. Murid tahun 6 sudah berupaya untuk berbual atau menyatakan pendapat berdasarkan sesuatu yang mereka ketahui. Skop pemikiran mereka juga lebih luas dan tinggi berbanding murid tahun 1. Guru akan memberikan sesuatu tajuk kepada mereka untuk dibincangkan dan mereka mampu untuk berfikir dan tampil ke hadapan untuk menceritakan isi-isi bagi tajuk yang diberikan dengan penuh keyakinan dan menggunakan kemahiran bahasa yang telah dikuasai dengan sebaik mungkin. Mereka

juga mampu menjana idea-idea yang bernas dan kreatif bagi menarik minat rakanrakan yang lain serta guru untuk mendengar. Jika dilihat pada aras 2 bagi murid tahun 1 dan tahun 6, sememangnya murid tahun 1 masih lagi sukar untuk menggunakan kata panggilan yang bersesuaian semasa dalam situasi perbualan. Ini kerana aras 2 bagi murid tahun 1 adalah menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang bersesuaian mengikut situasi dalam perbualan berbanding dengan aras 2 bagi murid tahun 6 yang menggunakan gelaran dan kata panggilan yang sesuai dalam perbualan. Aras murid tahun 1 sangat berbeza dengan aras murid tahun 6 adalah kerana murid-muird tahun 1 hanya berupaya untuk menggunakan kata panggilan yang sering mereka lafazkan seperti cikgu,ayah,mak,saya dia dan sebagainya. Mereka sukar untuk menggunakan kata panggilan yang bersesuaian apabila berada dalam situasi perbualan dengan orangorang yang lebih besar. Mereka akan berasa teragak-agak untuk menggunakan kata panggilan apakah yang sesuai. Berbanding dengan murid tahun 6, mereka sudah mempelajari kata ganti yang merangkumi sejumlah aspek perkataan yang boleh menjadi inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep. Selain itu juga, murid tahun 6 mampu untuk menggunakan kata panggilan yang bersesuaian semasa perbualan berdasarkan kepada usia dan juga status seseorang itu. Perbandingan yang jelas dilihat adalah apabila murid tahun 6 mampu menggunakan panggilan atau gelaran yang bersesuaian semasa berkomunikasi dengan orang yang berpangkat besar mahupun berstatus tinggi berbanding dengan murid tahun 1. Apabila Pengarah Pelajaran Negeri datang ke sekolah, murid tahun 6 lebih berkebolehan untuk berkomunikasi dengan pengarah terbabit dengan penuh keyakinan kerana mampu bertutur dengan baik disamping penggunaan kata panggilan yang betul. Jika dilihat dari sudut lain pula, murid tahun 6 sememangnya lebih matang dari murid tahun 1 kerana hamper keseluruhan murid tahun 6 mampu menguasai kemahiran berbahasa dengan baik disamping mampu menyesuaikan diri semasa perbualan dalam apa jua keadaan.

Bagi aras yang terakhir sekali iaitu aras 3, murid tahun 1 masih lagi melakukan perbualan tentang sesuatu yang mereka ketahui dan juga menyatakan perasaan dan teguran secara bertatasusila. Mereka sering berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan menyatakan perasaan dan teguran secara berterus-terang dengan sopan dalam perbualan. Aras bagi murid tahun 1 ini adalah jauh berbeza dengan aras murid tahun 6 yang menerima teguran dengan hati yang terbuka dalam perbualan. Ini adalah disebabkan oleh pemikiran murid tahun 6 lebih matang dan akademik kerana mampu menerima teguran dan juga mampu untuk bertolak ansur dengan rakan-rakan mahupun guru-guru serta ahli keluarga. Murid tahun 6 juga mampu untuk memberikan teguran dan juga menerima teguran delam perbualan dengan mengaplikasikan penggunaan kata panggilan dan juga kata ganti diri dengan betul. Dengan penggunaan kemahiran bahasa demikian, mereka mampu menyatakan teguran dengan baik di samping mampu untuk mengucapkan terima kasih apabila menerima teguran dari orang lain. Berbanding dengan murid tahun 1, mereka masih lagi teragak-agak untuk memberi teguran kepada orang lain. Ini adalah kerana muridmurid tahun 1 masih lagi dalam proses untuk berkawan dan mereka takut untuk memberi teguran kerana berasa diri mereka akan disisihkan oleh rakan-rakan yang lain apabila memberi teguran. Mereka juga tidak berkebolehan untuk menggunakan bahasa yang sopan yang sopan semasa memberikan teguran. Mereka juga mudah tersentuh apabila menerima teguran kerana mereka lagi dalam alam persekolahan dan kurang pandai untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan iklim persekolahan. Apabila memberikan teguran, mereka hanya mampu menggunakan bahasa yang lembut kerana tidak mahu menyakiti perasaan orang lain dan menggunakan ayat ringkas kerana mereka tidak mampu untuk menjana dan menggunakan ayat-ayat yang lebih kompleks. Dalam masa yang sama, murid tahun 1 memiliki kekurangan bagaimana cara untuk memulakan teguran berbanding dengan murid tahun 6. Ini disebabkan oleh murid tahun 1 masih lagi kurang pengalaman dan tidak mampu untuk melahirkan ideaidea yang kreatif untuk memulakan teguran secara langsung mengikut kepada situasi.

Perbezaan cadangan aktiviti Perbezaaan terakhir sekali yang dapat dikesan berdasarkan analisis yang dilakukan adalah dari segi cadangan aktiviti yang dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Cadangan aktiviti bagi murid tahun 1 adalah menceritakan tentang latar belakang diri sendiri iaitu seperti menceritakan tentang kehidupan seharian mereka seperti ahli keluarga dan juga perkara-perkara yang sering mereka lakukan. Dalam masa yang sama murid-murid tahun 1 turut didedahkan dengan aktiviti mengucapkan kata yang sesuai. Murid tahun 1 masih tidak berkebolehan untuk mengucapkan sesuatu yang agak formal berbanding dengan murid tahun 6 yang mampu untuk mengucapkan kata yang sesuai dalam perbualan mengikut kepada situasi. Cadangan aktiviti yang dilaksanakan bagi murid tahun 1 ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan aktivit yang dilakukan oleh murid tahun 6. Murid tahun 6 melakukan aktiviti dengan berbual tentang isu semasa tau juga sesuatu perkara yang hangat diperbualkan. Mereka akan diberi tajuk yang berkaitan untuk menguji sejauh mana kemampuan mereka untuk berfikir dan berbual berdsarkan tajuk yang diberi. Aktiviti seperti ini sangat mencabar kerana mereka perlu mengambil tahu dan juga mengambil berat terhadap isu-isu semasa dan juga perkara penting yang berlaku. Aktiviti menyebabkan murid-murid tahun 6 mampu berfikir dari perspektif yang berbeza dan mempunyai idea-idea yang berbeza dari rakan-rakan yang lain. Dalam masa yang sama, mereka boleh melahirkan pendapat dan juga pandangan mereka berdasarkan tajuk yang dibualkan. Bagi perbezaan cadangan aktiviti yang kedua pula, murid tahun 1 melakukan aktiviti simulasi dengan memanggil rakan atau orang lain dengan panggilan yang sesuai. Mereka boleh menggunakan panggilan seperti cikgu, pakcik, tuan, saya, kamu dan dia. Aktiviti yang dilakukan ini masih lagi rendah dan berbeza dengan murid tahun 1 kerana mereka hanya bertindak untuk memanggil rakan dengan panggilan yang sesuai. Selain itu juga, murid tahun 1 turut didedahkan dengan penggunaan panggilan yang sesuai dalam perbualan. Murid tahun 1 hanya mampu untuk menggunakan panggilan yang mudah sahaja kerana tahap kosa kata masih rendah dengan murid tahun 6. Mereka tidak mampu untuk berbual dalam durasi masa yang panjang kerana tidak mampu menjana idea-idea yang banyak untuk berbual. Aktiviti tahun 1 sangat rendah

berbanding murid tahun 6 yang melakukan aktiviti main peranan untuk membiasakan penggunaan kata gelaran dan kata panggilan yang sesuai seperti Yang Bahagia untuk Datuk dan Datin, Yang Mulia untuk Raja dan Tengku. Dengan adanya aktiviti seperti ini, murid-murid tahun 6 mampu untuk mempengerusikan majlis yang formal seperti perhimpunan dan sebagainya. Melalui aktiviti main peranan, murid tahun 6 dapat memahami dan mengalami kehidupan watak lain dalam suasana yang selesa dan selamat. Aktiviti main peranan juga memupuk kemahiran berfikir kerana murid terpaksa berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah. Dengan adanya aktiviti main peranan ini, murid dapat menjadi lebih berkeyakinan dalam apa jua situasi. Bagi cadangan aktiviti yang lain pula, murid tahun 1 lebih berfokuskan kepada kehidupan kekeluargaan dan juga latar belakang rakan-rakan sebagai aktiviti pembelajaran bahasa. Mereka akan diberi arahan untuk menceritakan tentang latar belakang keluarga dan rakan. Mereka hanya diberi arahan untuk menceritakan sesuatu yang mudah dan mengikut kepada keupayaan mereka. Jika diberikan arahan untuk menceritakan sesuatu yang lebih rumit, murid tahun 1 akan menghadapi masalah kerana mereka tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang perkara lain. Berbanding pila dengan murid tahun 6, mereka mampu untuk menceritakan banyak perkara daripada pandangan mereka dengan yakin kerana mereka telah diterapkan dengan pelbagai pengetahuan sepanjang pembelajaran yang telah mereka ikuti. Perbezaan aktiviti terakhir pula dapat dikesan melaui aktiviti main peranan yang dilakukan oleh murid tahun 1. Mereka hanya menegur rakan secara sopan apabila mendapati ada rakan yang tidak beratur di kantin semasa membeli makanan. Aktiviti lebih kepada untuk mengajar murid tahun1 bagaimana cara untuk menegur kerana mereka tidak mampu untuk menegur rakan mereka yang melakukan kesalahan tanpa mendapat arahan daripada guru atau orang lain. Berbanding dengan murid tahun 6 pula, mereka melakukan aktiviti melakonkan dialog yang ada unsur-unsur penerimaan teguran. Mereka mampu untuk menegur dengan cara yang sopan dan tidak menyakiti hati rakan lain apabila mereka menggunakan kata yang kurang manis dalam perbualan. Mereka juga dapat menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka di samping untuk berubah menjadi lebih bagus dalam perbualan dengan penggunaan kata yang sopan dan menggunakan kata panggilan yang betul.

Rujukan Abdullah. (2005). Liguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Almon, J. (2004). The Vital Role of Play in Early Childhood Education. http://waldorfresearchinstitute.org/pdf/BAPlayAlmon.pdf. [1 Mac 2010]. Arce, E. (2000). Early curriculum basics: play, discovery, creativity. Curriculum for Young Children, 29-39. USA: Delma Thomson Learning. Berk, L. E. (2008). Application of information processing to academic learning. Child Development, 304-308. UK: Allyn & Bacon. Christie, J. F. & Roskos, K.A. (2009). Plays potential in early literacy development. Encyclopedia on early childhood development [online]. Centre of exellence for early childhood developement http://www.childencyclopedia.com/documents/Christie- RoskosANGxp.pdf. [1 Mac 2010] Downey, J. & Garzoli, E. (2007). The effectiveness of play-based curriculum in early childhood education. Sonoma State University. http://teachplaybasedlearning.com/8.html. [2 April 2011]

Anda mungkin juga menyukai