Anda di halaman 1dari 6

Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam KBSR dan KSSR

Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam KSSR


Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam KSSR memberi penekanan pada
kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid
mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar
dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur
pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan
maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan
intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul
diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur.
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan
menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta
dapat memberikan respons. Perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa kanakkanak mula mendengar, selepas itu mengajuk dan seterusnya bercakap. Proses
penguasaan bahasa ini perlu diutamakan dalam pengajaran bahasa. Kanak-kanak
menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya, dan dia cuba meniru dan
menuturnya berulangkali apa yang didengar daripada orang yang berada di sekelilingnya.
Mereka ( ibu bapa , ahli keluarga dan guru-guru serta) adalah model pembelajaran
bagi kanak-kanak. Jika model ini menggunakan bahasa yang sama atau hampir-hampir
sama dengan bahasa matlamat ( bahasa yang digunakan di sekolah) maka keadaan ini
menguntungkan kanak-kanak itu. Jika sebaliknya akan menyulitkan mereka dalam
pembelajaran seterusnya.
Kita belajar bercakap melalui pendengaran. Dalam komunikasi lisan, kedua-dua
kemahiran mendengar dan bertutur adalah terlibat. Walaupun kemahiran ini berhubung
rapat namun, ia merupakan kemahiran yang berbeza. Kemahiran mendengar hendaklah
dijalankan bersama-sama kemahiran lain. Murid-murid tidaklah diminta untuk mendengar
sahaja sepanjang masa tanpa bertindak balas daripada apa yang didengar.

Proses Mendengar

Proses
mendengar

Mendengar
deretan bahasa

Bertindak
terhadap bunyi

Memahami bunyi
bahasa

Menilai bunyi

Prinsip-Prinsip Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa.

Bertutur dengan bahasa yang mudah, tepat dan jelas.

Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan minat dalam menguasai kemahiran


mendengar dan bertutur.

Memberi peluang murid terlibat secara aktif dapat mempercepat penguasaan


kemahiran.

Memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa;

Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep.

Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama-sama kemahiran lain.

Latihan yang dijalankan hendaklah berteraskan sesuatu sesuatu tugasan yang boleh
membawa kepada sesuatu aktiviti.

Setiap aktiviti dan kemahiran , membolehkan murid menunjukkan kefahaman mereka


melalui bahasa, aksi atau cara-cara lain yang berkesan.

Guru harus memberi peluang kepada murid berlatih mendengar sebanyak yang
mungkin dan berserta dengan motivasi.

Objektif Kemahiran Mendengar Dan Bertutur


i.

Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran


dengan teliti dan betul

ii.

Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul

iii.

Mendengar, memahami , menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua


atau tiga suku kata, diftong,vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung
dengan betul dan tepat

iv.

Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan
tepat

v.

Mendengar , memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak laku
berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul

vi.

Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang


mengandungi diksi, kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan
betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila

vii.

Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar
menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

viii.

Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat


menggunakan perkataan yang sesua secara bertatasusila.

Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar

STANDARD

STANDARD PEMBELAJARAN

KANDUNGAN
1.1 Asas mendengar
dan memberikan
respons dengan betul
terhadap pelbagai bunyi
dalam persekitaran

1.1.1

Mengecam pelbagai bunyi dalam persekitaran dengan

teliti dan betul


1.1.2 Mengecam dan mengajuk pelbagai bunyi dalam
persekitaran yang didengar dengan betul
1.1.3 Mendengar dan menentukan arah bunyi dalam
persekitaran dengan betul
1.2.1 Mendengar, mengecam dan menyebut nama abjad
dengan betul dan tepat
1.2.2

Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata

terbuka dengan betul dan tepat


1.2.3
1.2 Mendengar,
mengecam, dan
menyebut bunyi
bahasa, iaitu abjad,

Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata

tertutup dengan betul dan tepat


1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja
perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup
dengan betul dan tepat.

suku kata, perkataan,


frasa dan
ayat dengan betul.

1.2.5 Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja


perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong,
vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan
betul dan tepat.

1.2.6

Mendengar, memahami, dan menyebut frasa dan ayat

tunggal dengan betul dan tepat.

1.3 Mendengar,

1.3.1

Mendengar, memahami dan memberikan respons

memahami dan memberi

terhadap sesuatu arahan secara lisan atau gerak laku dengan

respons terhadap sesuatu

betul.

arahan, soalan dan

1.3.2

pesanan yang didengar

dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bertumpu.

dengan betul.

1.3.3

Mendengar, memahami dan memberikan respons

Mendengar, memahami pesanan dan memberikan

respons secara gerak laku yang betul.

Contoh Aktiviti Kemahiran Mendengar

Ketika melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan kelicinan dan keberkesanannya

Perancangan boleh dijalankan berdasarkan tiga peringkat, iaitu:


-

Peringkat pramendengar (sebelum)

Peringkat semasa mendengar (semasa)

Peringkat selepas mendengar (selepas)

Peringkat Pramendengar

1.

Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid

terlebih dahulu sebelum

mereka mula mendengar.


2.

Seterusnya, guru memberi gambaran yang menyeluruh tentang apa yang hendak
diperdengarkan.

3.

Guru turut memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan
rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi.

4.

Akhirnya, guru memastikan murid dalam keadaan sedia untuk mengikut aktiviti.

Peringkat Semasa Mendengar

1.

Guru memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan


rangsangan.

2.

Guru juga perlu mengatasi sebarang

gangguan yang mungkin timbul ketika

aktiviti mendengar dijalankan.

Peringkat Selepas Mendengar

1.

Guru menghuraikan kembali tentang apa yang tidak difahami oleh murid dalam
bahan rakaman.

2.

Guru turut memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu.

3.

Guru

juga memastikan

murid

menyempurnakan

tugasan

dan

melakukan

pengukuhan.
4.

Setelah itu, guru menjalankan aktiviti tindakan susulan.

5.

Pengajaran kemahiran mendengar digabungjalin dengan satu atau lebih kemahiran


bahasa yang lain. (mendengar + bertutur)

6.

Teknik bercerita, soal jawab, perbincangan, lakonan, latih tubi dan nyanyian tarik
minat

Anda mungkin juga menyukai