Anda di halaman 1dari 8

Bahasa adalah alat komunikasi dan pengucapan.

Ia mempunyai ciri-ciri yang


menghubungkan manusia dengan manusia termasuklah budaya. Bahasa jiwa bangsa pula
menggambarkan sesuatu bahasa yang tidak saja diamal dan dihayati tetapi terkandung
makna yang menghubungkan pemikiran dan hati. Bahasa Melayu di Malaysia telah wujud
ratusan tahun di samping bangsa Melayu bersama-sama mengukir sejarah mengukir
sejarah, tradisi dan budayanya. Selepas merdeka bahasa Melayu ditempatkan dalam sistem
pendidikan yang membolehkan ia dipelajari secara tertib dengan pemahaman terhadap
nahu dan ayat sehingga menjadi baku dalam sebutan. Bahasa Melayu secara
perlembagaan merupakan bahasa rasmi dan dalam bidang pendidikan merupakan bahasa
pengantar. Bahasa Melayu menjadi asas kepada perpaduan negara.
Kebakuan Bahasa Melayu dalam perhubungan, percakapan dan pengkaryaan amat
penting diperkukuhkan supaya Bahasa Melayu mampu tampil sebagai bahasa ilmu, sains
dan teknologi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), baku bermaksud sesuatu yang
(sudah) diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya dan lain-lain) dan dapat
dijadikan asas perbandingan bagi bentuk yang lain (bahasa, sebutan, ejaan, dan
sebagainya) dan standard. Nik Safiah (1987) pula mendefinisikan bahasa baku sebagai satu
bentuk bahasa yang telah dikodifikasikan, diterima dan dijadikan sebagai model oleh
sekumpulan besar komuniti bahasa. Pembakuan pula merujuk kepada proses pengkodan
bahasa dalam aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan.
Artikel yang bertajuk adil terhadap sebutan baku yang diterbitkan oleh Utusan
Malaysia merupakan saranan, permohonan dan perjuangan demi memartabatkan bahasa
Melayu Baku di persada yang lebih tinggi iaitu di peringkat kebangsaan di tanahair tempat
tumpah darah. Nik Safiah Karim dilihat seperti mewakili semua tokoh-tokoh bahasa di
Malaysia untuk mengekalkan sebutan bahasa Melayu Baku dalam sistem pendidikan
Negara ini. Usaha ini seolah-olah merupakan usaha terakhir beliau untuk mendapatkan
sokongan kabinet kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan kesinambungan perjuangan
mendaulatkan sebutan baku bahasa Melayu di Malaysia, setelah kajian dibuat oleh Menteri
Pendidikan Malaysia dan diserahkan ke Parlimen. Saya membahagikan ulasan ini kepada
beberapa bahagian agar lebih jelas dan nampak dengan jelas apakah sebenarnya yang
berlaku sehingga artikel ini dikeluarkan di media cetak.

Usaha memperkembangkan bahasa Melayu Baku


Artikel yang diberikan ini ditulis bersandarkan rumusan ruang likup masa yang lama
dengan menyusuri liku-liku perkembangan bahasa Melayu Baku itu sendiri. Malaysia perlu
mengekalkannya supaya bahasa kebangsaan itu diperluaskan bagi membolehkan
kesefahaman berkembang di kalangan rakyatnya.
Pembakuan bahasa merupakan agenda nasional yang dilakukan untuk memajukan
dan mengembangkan bahasa Melayu. Aspek utama bahasa yang dibakukan ialah aspek
ejaan,

sebutan dan tatabahasa.

Sebutan baku yang digagaskan oleh Kementerian

Pelajaran melalui Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) bertujuan untuk mewujudkan satu
variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi rasmi.
Dasar sebutan baku ada menggariskan bahawa sebutan huruf, kata mahupun ayat
mestilah berdasarkan sebutan fonemik,

sebutan berdasarkan ejaan dan setiap huruf

dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu.

Dalam hal ini sudah menjadi

tanggungjawab kepada guru khususnya guru bahasa Melayu agar mereka sendiri turut
sama mempraktikkan situasi sejajar dan sewajarnya semasa mempraktikkan aktiviti lisan
dihadapan anak muridnya.

Guru bahasa Melayu itu sendiri pula perlulah mampu

menunjukkan kreadibiliti bertutur secara petah dengan menggunakan sebutan dan intonasi
yang betul dalam pelbagai situasi serta lebih baik sekali dan mampu menggunakana bahasa
baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam aktiviti
mendengar, bertutur, selain membaca dan menulis. Dalam hal ini para guru perlulah peka
dengan variasi bahasa yang wujud. Bahasa Melayu umumnya dapat dibahagikan kepada
tiga jenis variasi iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat dan dialek sosial. Justeru,demi
memartabatkan dan merealisasikan semua ini guru-guru perlulah menggelakkan diri
daripada dipengaruhi oleh loghat atau dialek yang telah menjadi darah daging seseorang
itu.
Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan
penutur dalam satu-saTu masyarakat bahasa.

Dialek mempunyai bentuk tertentu,

dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standarad dari segi
sebutan, tatabahasa dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah
begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

Dialek berbeza dari segi

sebutan, gaya lagu bahasa, malah kosa kata. Cuba kita sama-sama bayangkan apakah
yang akan berlaku dan kesan yang akan terjadi jika seorang guru bahasa Melayu sendiri
menggunakan dialek semasa mengajar. Ini tentu akan menimbulkan kecelaruan kepada
penguasaan bahasa murid-murid di sekolah.

Berlaku penyalahgunaan bahasa di Malaysia


Harapan dan matlamat artikel yang diberikan adalah mahukan penggunaan bahasa
Melayu berada dalam keadaan paling sempurna dalam setiap bidang dan aspek. Tuntas
pelaksanaan bahasa Melayu baku dalam kalangan guru bahasa Melayu pendidikan rendah
tidak menampakkan kejayaan yang ketara kerana salah guna bahasa sama ada secara
lisan mahupun bertulis masih berlaku.
Kesalahan berbahasa Melayu akhirnya mencipta bahasa rojak yang meluas
penggunaanya dalam komunikasi termasuk komunikasi secara formal. Para pelajar tidak
dapat menggunakan bahasa Melayu yang betul kerana acuannya sendiri. Kenyataan ini
disokong sendiri oleh Awang Sariyan (1994). Menurutnya, salah satu punca terjadinya
keracunan bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan ahli tepat yang menentukan
nasib bahasa Melayu itu sendiri. Selain guru bahasa Melayu, guru matapelajaran lain juga
harus mempunyai sikap yang positif terhadap keperluan meningkatkan kecekapan
penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran mereka. Mereka juga bertanggungjawab
untuk meningkat dan meluaskan penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar mereka.Gurulah yang seharusnya
menjadi contoh (role model) pengguna bahasa yang paling baik bagi pelajar-pelajar.
Hasilnya, pelajar akan lebih berkeyakinan dalam penggunaan bahasa Melayu baku dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu mereka di sekolah serta mereka akan
sering menggunakannya apabila berada diluar kawasan sekolah.
Tidak kurang juga kebanyakan individu yang terpengaruh dengan pertuturan yang di
gunakan di dalam filem-filem tertentu. Lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak yang cepat
terpengaruh dan mudah untuk meniru gaya bahasa yang digunakan di dalam filem aksi
yang

ganas.

Semua

ini

menyumbang

kepada

berlakunya

kepincangan

dalam

memartabatkan bahasa Melayu Baku di Malaysia.

Memartabatkan Bahasa Melayu Baku


Matlamat akhir artikal ini adalah untuk memartabatkan bahasa Melayu yang
merupakan satu proses pembinaan bahasa yang dijalankan secara berterusan dalam sudut
sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa.
Untuk memartabatkan bahasa Melayu, banyak usaha yang perlu dilakukan oleh
pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan. Perkembangan bahasa Melayu dapat
dipraktikkan dalam sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan, sesuatu perancangan itu

dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak kerajaan.
Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan perkembangan
pendidikan. Jika kedua-dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama. Di
dalam Kamus Dewan 1989, perkataan baku ini membawa pengertian yang (sudah)
diterima umum sebagai betul dan sah.dan dapat dijadikan asas perbandingan .
Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan bahasa ini
membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan.
Sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh difahami
oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini digunakan hanya dalam
majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu
Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana penggunaannya yang meluas dalam bidang
pentadbiran dan juga di sekolah. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai,
khususnya di negeri Johor, Melaka, Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga
berdasarkan faktor sejarah, sudah tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan
bahasa Melayu Baku. Akan tetapi, bukanlah bahasa tersebut merupakan bahasa baku yang
sebenarnya. Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu Baku, ia akan membentuk
imejnya tersendiri.

Pedoman Umum Sebutan Baku

Bagi memastikan usaha memartabatkan Bahasa Melayu berjalan lancar, maka suatu
panduan diwujudkan sebagai ikutan ramai. Langkah mewujudkan buku ini juga bukti dan
alasan kepada Dato Dr. Nik Safiah Karim merayu kepada kerajaan supaya adil dalam
memutusakan kesinambungan Bahasa dan Sebutan Baku Bahasa Melayu di sekolah.
Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu ini berdasarkan kepada dokumendokumen pedoman sebutan baku bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka, khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut :
i.

Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1998.

ii.

Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1994.

iii.

Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
1991.

Perancangan mengenai pembakuan sebutan bahasa Melayu menjadi salah satu


objektif Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), iaitu yang telah termaktub dalam Akta Dewan
Bahasa dan Pustaka 1959 ( Disemak 1978; Pindaan dan Peluasan 1995). Terdapat
beberapa objektif yang dicatatkan sebagai tujuan-tujuan Lembaga Pengelola DBP mengenai
perkara ini iaitu untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang
sesuai dalam bahasa kebangsaan.
Selain itu juga, sebutan baku dilihat bertujuan untuk memantapkan sistem dan
struktur dalaman bahasa Melayu agar sistem sebutannya menjadi mantap sejajar dengan
pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata yang merangkumi perbendaharaan
kata umum dan istilah, sistem ejaan serta laras bahasa.

Cadangan dan langkah yang perlu dilaksanakan


Langkah yang pertama ialah peranan guru-guru dan pihak sekolah. Guru hendaklah
memperbaiki kelemahan dalam penggunaan bahasa Melayu baku yang kurang diberi
perhatian di peringkat sekolah. Sebagai contoh,memperbetulkan terlebih dahulu kesalahan
bahasa yang dilakukan oleh guru sendiri kemudian disusuli dengan memperbetulkan
kesalahan bahasa di kalangan pelajar. Pihak sekolah juga perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti
bahasa seperti mengadakan program bulan bahasa dengan pengisisan pertandingan
seperti pidato, syarahan, kuiz bahasa, pertandingan mencipta pantun, pertandingan
bercerita bahasa Melayu dan lain-lain lagi. Dengan adanya penyertaan daripada pihak
pelajar yang menggalakkan, secara tidak langsung mereka terdedah dengan penggunaan
bahasa Melayu Baku yang betul bak kata pepatah Sambil menyelam minum air.
Langkah yang kedua, pihak kerajaan perlu meningkatkan kempen kesedaran untuk
memartabatkan bahasa Melayu Baku. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan
penggunaan bahasa Melayu yang gramatis serta memperkasakan kembali bahasa Melayu
Baku di peringkat sekolah. Kempen itu pula lebih bermakna jika sekiranya pihak penganjur
menjemput penceramah berpengalaman bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk
Cintailah bahasa Melayu. Selain daripada para pelajar menyertainya kempen ini, guru-guru
dan masyarakat setempat juga digalakkan untuk menyertainya. Selain itu, ia boleh dilakukan
dalam penyebaran media massa sebagaimana yang kita tahu media massa merupakan satu
kompenen yang paling mudah untuk berkongsi informasi. Selain itu kerjasama antara
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama badan bukan kerajaan (NGO) juga boleh
diwujudkan untuk mengadakan kempen bahasa ke arah memerangi masalah kerancuan
bahasa dan pencemaran bahasa.

Langkah yang ketiga, peranan ibu bapa juga penting ke arah membendung masalah
yang menghalang penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah
rendah mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Banyak cara boleh dilakukan oleh ibu bapa
walaupun hanya berada di rumah kediaman mereka. Antaranya menerapkan anak-anak
mereka dengan budaya suka membaca. Melalui pembacaan pelbagai bahan bacaan
bermanfaat, anak-anak akan terdedah kepada kosa kata Melayu baku yang betul.
Kekeliruan penggunaan kosa kata dapat diminimumkan. Amalan membaca juga membantu
pelajar membezakan antara kosa kata Melayu baku dengan kosa kata yang tidak diterima
dalam bahasa Melayu baku. Contoh bahan bacaan yang baik adalah seperti buku cerita
bahasa Melayu berbentuk cerita pengajaran, buku rujukan penulisan bahasa Melayu, buku
rujukan tatabahasa Melayu, majalah-majalah ilmiah, surat-surat khabar bahasa Melayu dan
sebaginya.

Melalui

pembacaanlah,

manusia

boleh

menambah

ilmu

bahasa

dan

memperbanyakkan kosa kata bahasa Melayu.


Oleh itu, semua pihak bermula daripada pihak berwajib diikuti dengan pihak sekolah,
guru-guru, individu pelajar seterusnya ibu bapa perlulah berganding bahu memartabatkan
penggunaan bahasa Melayu baku dengan memainkan peranan yang pragmatik. Dengan
adanya usaha yang berterusan serta efisien, bahasa Melayu yang merupakan bahasa
kebangsaan ini akan sentiasa dihormati dan penggunannya mampu dilindungi daripada
kerosakan bahasa dari masa ke semasa. Siapa lagi yang ingin memelihara dan meneruskan
penggunaan

bahasa

Melayu

Baku

kalau

bukan

kita

sebagai

rakyat

Malaysia.

Sesungguhnya, negara tidak mahu kehilangan bahasa yang indah ini, sebaliknya ingin
memprioritikan bahasa Melayu sebagai bahasa berprestij di persada dunia dengan harapan
generasi akan datang dapat menikmati keaslian dan ketulenan bahasa Melayu seterusnya
tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas.

Kesimpulan
Setelah tugasan Fonetik Dan Fonologi ini berakhir, dapatlah disimpulkan bahawa
fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan penyebutan dan lambang yang menunjukkan
sebutannya. Transkripsi fonetik pula berupaya membantu pelajar membebaskan diri
daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian pada keaslian bunyi fonetik serta
membentuk atau mencipta harmoni yang setepat mungkin antara teks dengan bunyi.
Seterusnya,

untuk

menguasai bahasa

Melayu Baku dan mengelakkan daripada

penggunaannya kurang diberi perhatian di peringkat sekolah rendah, usaha memartabatkan


bahasa Melayu baku perlu digalas dan disedari oleh semua pihak bermula daripada pihak
berwajib, diikuti dengan pihak sekolah, barisan guru, ibu bapa seterusnya individu pelajar.
Pembakuan bahasa di sekolah rendah perlu dipelihara daripada masalah campur aduk
bahasa, kecelaruan tatabahasa dan juga pencemaran bahasa.

RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik : Fonetik & Fonologi
Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa Dan Pustaka (1998). Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik Dan Fonologi, Kuala Lumpur : PTS
Profesional 2002.

Ismail Dahaman (1994). Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Selangor D. E. : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Masri (1989). Inilah Bahasa Baku, Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nor Hashimah Jalaludin. Asas Fonetik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai