Anda di halaman 1dari 3

Teknik bercerita dapat membantu guru untuk meningkatkan kemahiran mendengar, kemahiran menulis dan kemahiran bertutur murid-murid

iaitu semasa guru bercerita murid perlu memberi perhatian mendengar dengan teliti apa yang diceritakan oleh guru dan guru akan bersoal jawab dengan murid yang melibatkan kemahiran bertutur. setelah guru bercerita guru akan meminta murid membuat ulasan terhadap tajuk yang diceritakan oleh guru dan ini melibatkan kemahiran menulis dan membaca.

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis. Tujuan sumbangsaran: a) Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid. b) Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas c) Semua cadangan dan idea yang dikemukan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. d) Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak. e) Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukan cadangan f) Pelajar digalakan menyumbang seberapa banyak idea. g) Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan. h) Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi. i) j) Digalakan menggunakan prinsip 5W 1H (what? Why? Who? Where? When? How?) Cadangan dan idea yang dikemukana tidak boleh dikritik Teknik sumbangsaran ini amat berkesan jika pelajar dapat menggunakan dengan baik iaitu sekiranya proses percambahan fikiran dijalankan dengan baik, ia akan membantu pelajar dengan pelbagai idea baru. Selain itu, ia juga akan membantu pelajar membuat satu keputusan yang bijak dalam menangani sesuatu masalah. Meskipun percambahan fikiran boleh dilakukan seorang diri, namun ia akan lebih berkesan sekiranya dapat dijalankan dalam satu kumpulan, dan dalam persekitaran yang tenang.

k) Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu teknik pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan insentif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khusunya TEKNIK SIMULASI Pendahuluan Salah satu usaha untuk menuju ke arah pengajaran yang berpusat kepada murid ialah mengadakan pelbagai teknik pembelajaran yang memerlukan penglibatan murid secara aktif. Penglibatan murid secara aktif ini perlu kerana murid akan dapat memperoleh pengetahuan dan penguasaan kemahiran dengan lebih berkesan melalui pelbagai aktiviti yang disarankan. Simulasi merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang memberi sumbangan kea rah mewujudkan pembelajaran yang berpusat kepada murid. Melalui simulasi,murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat melalui pembacaan, temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting sebagai persediaan untuk aktiviti simulasi yang dirancangkan oleh guru. Semasa proses simulasi ini dijalankan, murid-murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Selepas aktivit simulasi ini murid-murid digalakkan membuat laporan tentang keputusan yang telah dibuat dengan kata sepakat dan kerjasama dalam kumpulan.

Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah, dan seterusnya menggalakkan mereka membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Peluang belajar melalui pengalaman seperti ini sesuai dengan naluri dan keperluan murid yang sentiasa mempunyai sikap ingin mencuba, mengkaji, mengalami sendiri dan berperanan seperti individu-individu tertentu. Teknik simulasi sesuai digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Alam dan Manusia dan Pendidikan Moral. Walaupun contoh-contohnya lebih ditumpukan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi guru bolehlah menggunakan prosedur yang sama untuk mata pelajaran lain.

Apakah simulasi? Simulasi boleh ditakrifkan sebagai satu situsi yang diwujudkan hamper menyerupai keadaan sebenar. Simulasi memerlukan peserta berinteraksi sesame sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu atau tugasan tertentu. Terdapat persamaan dan perbezaan antara simulasi dengan main peranan. Dari segi persamaan, kedua-dua teknik ini berdasarkan situasi dan peserta memegang peranan atau tanggungjawab tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi penglibatan peserta, peranan, persediaan dan situasi yang diwujudkan. Matlamat simulasi Tujuan Simulasi adalah untuk membolehkan pelajar: a) Menggunakan bahasa dengan lebih berkesan mengikut situasi b) Memahami bidang pengetahuan dan situasi yang dihadapi c) Menajamkan pemikiran dan meningkatkan daya kreativiti, analitis dan kritis d) Menghasilkan laporan dengan berkesan e) Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi f) Mengalami sendiri sesuatu situasi g) Menyakinkan diri sendiri

Anda mungkin juga menyukai