Anda di halaman 1dari 6

Contoh pengajaran menggunakan kaedah KVB 1.

Guru memperkenalkan nama dan bunyi huruf [m], [a], [t], [s] dan [y] melalui perkataan (m,a,t,a,) dan (s,a,y,a). 2. Murid membatangkan suku kata bermula dengan vokal /a/ (tanpa mengeja). Contoh: ma, ta, sa, ya 3. Murid membina perkataan. Contoh: mata, mama, saya 4. Murid membaca ayat mudah. Contoh: mata saya, mata mama, mata mama saya
5. Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB)

adalah satu kaedah pengajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu yang berasaskan kawalan vokal ( ba, ca, da, ga, ha, ja, ka, la, ma, ..... za).

6. 7. Kaedah-kaedah lain seperti Kaedah Abjad, Kaedah Fonik, Kaedah Gabungan Bunyi Kata, Kaedah Eklektik adalah berasaskan kawalan konsonan ( ba, bi, bu, be, bo).
Gabungan Kaedah Fonik dengan Kaedah Pandang dan Sebut

Kaedah yang dicadangkan ini menggabungkan kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut dalam satu pelajaran membaca pada peringkat awal. Kaedah pandang dan sebut juga dikenali sebagai Kaedah Seluruh Perkataan. Kaedah gabungan yang dicadangkan ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut: a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. b) Suku kata perkataan Bahasa Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasabahasa lain dengan bahasa Inggeris misalnya). c) Ciri-ciri yang baik daripada kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut boleh digabungkan. d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke darjah 1 rata-rata telah pun mempunyai perbendaharaan Bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca. Melalui kaedah ini guru tidak perlu menunggu murid mengetahui semua nama huruf, bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan guru tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a hingga z secara tertib biasa. Kaedah gabungan ini mencadangkan murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataanperkataan yang bermakna, dalam satu hingga dua pelajaran. Dengan cara begini dalam dua atau tiga pelajaran sahaja, murid akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan ini membuatkan murid merasa bangga kerana mereka boleh membaca serta faham apa yang dibaca.

Untuk menjelaskan kaedah ini secara terperinci, lihat beberapa contoh berikut:
1. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a, o, u dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali, selang-seli. 2. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya: d, k, m dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas. 3. Gabungkan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata: da di du ka ki k u sa si su

4. Seterusnya bina beberapa perkataan yang bermakna, misalnya: ba..... ba.... baba bu..... bu.....bubu da..... da..... dada ku..... ku..... kuku 5. Ulangi langkah ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid membacanya: baba bubu dada kuku

6. Perkenalkan gabungan lain: a ..... ku..... aku a..... da..... ada i..... ni..... ini i..... tu...... itu bu..... ku..... buku ba..... ba..... baba bu..... ka..... buka ba..... ju..... baju 7. Suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas: aku ada buku aku buka baju ini buku aku itu baju aku 8. Kemudian gantikan aku dengan baba dan ulang membacanya. 9. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula: buku dia buku baba buku aku/ku 10. Gantikan buku dengan baju, baju, dan kuku dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.

11. Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya. i ... bu ..... ibu bu ... di ..... budi u ... da ..... uda budi ibu budi ibuku budi uda di ... a ..... dia ka ... ki ..... kaki kaki dia kaki ibu kaki kuda 12. Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta: ibu buku baba uda bubu udaku ada kuda dia kaki kuda buku uda Kaedah gabungan ini boleh diajar di dalam tiga hingga empat hari, selama sejam sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a, e, i, o : b, d, k dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya. Cadangan yang dikemukan ini berguna kepada guru pemulihan khas sebagai panduan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Artikal ini saya perolehi dan ubahsuai daripada laman blog Pelangi Petang. Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog Cikgu Hijau. Tekan "LIKE" kalau suka...
***

Teknik Perisian Komputer Pembelajaran membaca merupakan aktiviti kognitif yang melibatkan pengutipan maklumat daripada teks yang dibaca. Melalui penggunaan perisian komputer, bahan-bahan boleh dihasilkan bukan sahaja dalan bentuk teks malah dalam bentuk visual dan audio. Hubungan antara teks dengan imej sebagai elemen dalam proses membaca dapat dilihat menerusi teori dwipengkodan. Teori dwipengkodan (Paivio, 1986) menjelaskan bahawa murid yang didedahkan dengan dua mod pembelajaran (melalui visual dan verbal) dapat meningkatkan ingatan dan kefahaman. Dalam teknik ini, murid diberi peluang untuk membina makna teks yang dibaca menerusi penghasilan gambaran visual. Namun demikian, menurut Wienstein dan Mayer (1986) serta Post dan Carreker (2002), murid tidak berupaya menghasilkan gambaran visual secara efektif jika murid tidak dibantu oleh guru menerusi galakan atau pendedahan menggunakan strategi pembelajaran ini. 6. Mendengar Perakam Suara Murid mendengar dengan teliti dan mengulangi cara mengeja yang dimainkan oleh pita rakaman.

7. Kaedah Multisensori Kaedah ini adalah berdasarkan kepada pengamatan terhadap pelbagai deria seperti deria visual, deria sentuhan, deria suara, dan gabungan semua deria. Kaedah ini membantu murid terutamanya murid yang mengalami masalah pembelajaran.
KAEDAH FONETIK Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyibunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:A = aaaa E = eh E = eh I = iiiii O = oooo U = uuuu B = beh C = ceh D = deh F = feh G = geh H = heh J = jeh K = keh L = el M = em N = en P = peh Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh Y = yeh Z = zez

Anda mungkin juga menyukai