Anda di halaman 1dari 5

KAEDAH MEMBACA Kadah Seluruh / Pandang Dan Sebut Kaedah seluruh kata sangat popular dalam mengajar bacaan

dalam Bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam bahasa Melayu. Kaedah ini juga disebut sebagai Kaedah Pandang dan Sebut. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, minum, kopi, sepak, bola emak, bapa, adik, abang, kawan, dan sebagainya. Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan menyebutnya berulang-ulang. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan murid belajar secara pandang (visual) dan mengecam perkataan. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalakkan menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu murid menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r, iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ] Dasar kaedah ini ialah menggunakan perkataan dari mulanya tanpa mengenalkan dan menghafalkan huruf-huruf abjad terlebih dahulu. Perkataan-perkataan yang diperkenalkan itu disertakan dengan gambar. Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan gambar. Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa, iaitu menyebut keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Contohnya, perkataan bunga ditulis di tepi atau di bawah gambar bunga. Kadang -kadang ini boleh digunakan sebagai kad-kad imbasan. Kaedah Bunyi Fonik Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan tentang hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan. Contohnya huruf a disebut sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ]. [ beh ] + [ a ] = [ ba ] [ teh ] + [ a ] = [ ta ] [ beh + a = ba] + [teh + a = ta ] = [ bata ] Kanak-kanak seawal usia tiga tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk. Oleh itu, dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak dapat menyebut bunyi aa apabila melihat huruf a (nama huruf ei) dan bunyi ii apabila melihat huruf e. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat perkataan ani, dia akan menyebut bunyi aa nn ii ( bunyi ani) bukannya ei en ai (bunyi enai). Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi aa tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit aaa... panasnya! Melalui asosiasi ini a nak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Guru tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus cukup sekadar beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca Bacalah Anakku yang telah disus un secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal a i dan u lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi a i u diperkenalkan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi bunyibunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya b n m s dan k.

Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku, ajar anak -anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya b dan a i dan u untuk membaca ba bi dan bu. Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ba menjadi ba ; tidak juga menghafal suku kata ba; tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi beh (bagi huruf b) dan aa (bagi huruf a). Kaedah Abjad Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu, iaitu huruf a hingga z. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari a hingga z. Kemudian kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au, oi. Selepas itu, huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Contoh: Memperkenalkan huruf a - z Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + ju baju Membina rangkai kata baju biru Membina ayat mudah Ini baju biru Abu Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baharu yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca. Teknik pengajaran boleh juga dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenal pasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad pada papan tulis berdasarkan apa yang disebut oleh guru. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masingmasing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.

1. 2. 3. 4. 5.

Pendekatan Cerakinan Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawanan prinsipnya denagn cara sintesis. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan perkataan lain menceraiceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Misalnya dalam mengajarkan ayat Nina ada baju baru. Perkenalkan ayat : Nina ada baju merah. Perkenalkan rangkai kata : baju merah, Nina ada Perkenalkan perkataan : baju, Nina, ada, merah Perkenalkan suku kata : ba, ni, na, ju, rah, me, da, a Perkenalkan huruf : a, b, d, i, j, h, r, u, m, n Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut. Pendidik dan pengajar-pengajar yang berpengalaman dengan kedua-dua cara tadi berpendapat bahawa cara-cara ini masih juga tidak membawa kepada hasil yang baik dan memuaskan. Maka dengan hal demikian, telah terbit satu cara lain yang dipercayai dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. Cara ini ialah cara elektik atau lebih dikenal dengan nama cara campuran.

9/ prinsip Perancangan Program Pembacaan program bacaan yang fleksibel -pengajaran membaca tidak mempunya pola tertentu perlu fleksibel aspek penting melaksanakan program -menyediakan sebab membaca -memperkenalkan teks -menggunakan teks secara keseluruhan -mencerakin teks - membahagikan teks kepada bahagian yang pendek -bagaimana mencerakin teks - guru perlu tentukan bahagian yang hendak dipisahkan. -kenal pasti isi pembelajaran -membuat dan mengemukakan soalan soalan penanda -membuat soalan penanda -mengajarkan gaya bahasa baru 8/ Galakan Membaca Bacan-Bahan Internet membaca bahan internet -maklumat visual - bahan bercetak yang menjadi medium -maklumat nonvisual - produksi minda yang terkandung dalam sesebuah bahan dibaca cara pengendalian belajar membaca melalui internet 1.kaedah individu -dijalankan sendiri dengan disiplin boleh membaca bahan yang bersesuaian boleh maju pada kadarnya sendiri 2.kaedah kelas berfokus kepada guru gunakan satu bahan dikawal oleh guru guru sediakan tugasan belajar dengan cara dan kadar yang sama 3.kaedah kumpulan bimbingan sebahagian besar dari rakan sendiri usaha individu dihimpunkan dan dibincangkan menemui tafsiran yang terbaik guru sebagai fasilitator jenis bimbingan 1.bimbingan daripada bahan dari teks. bekerja secara individu teks disertakan dengan bimbingan / manual 2.bimbingan daripada guru kawalan dan kecekapan guru 3.bimbingan daripada rakan pelajar interaksi dalam kumpulan lebih baik dari sendiri membantu antara satu sama lain merancang tugas berpasukan tugas kumpulan untuk bekerja secara bebas tanpa guru pelajar boleh membuat ulasan, menulis rencana, menghebahkan berita, menulis cerita dll

7/ Mengajar Membaca Untuk Berfikir dan Menghayati Sastera Kanak Kanak Penggunaan teks dalam pengajaran bahan yang dipilih hendaklah mengandungi data yang betul dan terkini ditulis oleh pakar dalam bidangnya gaya penulisan yang baik dan jelas tiada bias, punyai ilustrasi menarik mengandungi bentuk grafik untuk memudahkan bacaan huruf yang mudah dibaca perancangan mengikut Boydell, perancangan dimulakan dengan memberi arahan secara langsung berkait dengan teks membaca teks dan baiki kesilapan terangkan kandungan teks menyelia bacaan mendengar bacaan bincangkan makna kemukakan idea dan beri komen bacaan murid dalam pengajaran, guru perlu memandang sepintas lalu membaca sekali imbas latihan membaca cepat mentafsir teks dengan cara: -gunakan maklumat bukan teks gunakan kemahiran telaah kata gunakan kemahiran telaah teks dengan gunakan pelbagai jenis soalan hasilkan sesuatu aktiviti penutup berdasarkan teks membuat interpretasi memahami keseluruhan teks membolehkan pelajar membaca pelbagai bahan dengan cekap dan kritis membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar 3 cara bahan teks ditonjolkan memberi maklumat untuk galakkan pemahaman memberi bentuk huruf berbeza, kotak, ilustrasi atau garisan guna tajuk karangan dan subtajuk tajuk di tengah dan tepi laman guna ruang tepi untuk catatan meramal teks proses membuat interpretasi sebagai satu siri buat hipotesis yang saintifik meramal - membuat hipotesis dan pengesahan menilai keseluruhan teks menilai kesalahan itu kecil atau tidak dengan menganggarkan sejauh mana murid dapat memahami keseluruhan petikan menilai keberkesanan teks memilih teks yang sesuai untuk pengajaran meminta pendapat dan bantuan murid untuk mengetahui minat mereka mengkaji petikan atau teks

6/ Membaca Secara Intensif dan Berfokus Untuk Mencari Maklumat bacaan yang memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami, mentafsir apa saja yang dibaca dengan tepat konsep - struktur yang sukar dan memberi asas kembangkan perbendaharaan kata mengkaji ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat tujuan : mencapai pemahaman sesuatu teks secara mendalam dan terperinci membaca dengan baik kembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis membaca secara senyap dengan kepantasan yang sesuai mengulas isi yang diperoleh dari bahan yang dibaca mengesan, memahami unsur estetik dalam bahasa kenal pasti laras bahasa buat rumusan / kesimpulan dari apa yang dibaca objektif program bacaan intensif gunakan teknik skimning / latihan membaca cepat gunakan pengetahuan bukan teks seperti carta dll untuk takrifkan bahan teks yang dibaca baca dengan cara berbeza ikut tujuan cari alternatif dari teks mengajar membaca harus letakkan teks bacaan di hadapan murid bantu murid memahami teks tersebut peranan murid sebagai pembaca kaitkan bentuk tulisan di atas kertas dengan bahasa pertuturan yang diketahuinya mentafsir sendiri teks program bacaan merentasi kurikulum luangkan lebih masa untuk kemahiran yang hendak dikuasai memilih teks yang tekankan penggunaan ke semua kemahiran kursus gunakan teks yang mengkehendaki murid melatih koordinasi kemahiran 5/ Kaedah Mengajar Murid Membaca Secara Meluas konsep bacaan ekstensif bacaan meluas menekankan aktiviti membaca di luar kelas aspek pengukuhan asas bacaan menambah kemahiran memahami dan menaakul isi bacaan tingkatkan kepantasan membaca membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi penting tujuan: membaca sendiri membaca dengan fasih mendapat pengetahuan memperkaya bahasa dan perbendaharaan kata, struktur ayat dll meluaskan bacaan dan membina daya kreativiti menambah minat membaca membina daya berfikir dan membentuk sikap baik o teknik bacaan meluas / teknik SQ3R kaji kandungan bahan buat soalan sendiri

baca terangkan kaji semula

buku beraras kebolehbacaan memastikan benar benar sesuai dengan tahap keupayaan murid memberikan input yang berguna serta efektif perhatian kepayahan linguistik struktur dan perbendaharaan kata [berasaskan tahap keupyaan pelajar] - keupayaan perbendaharaan kata murid. memberi satu senarai perkataan / frasa baru untuk dikenali. berikan makna [terdapat peruntukan tatabahasa baru] - tidak tetap. jika murid membaca hanya untuk mendapatkan isi dari bahan yang dibaca, dia boleh meninggalkan perkataan sukar tanpa mengganggu pemahamannya. dan untuk pembacaan yang lebih intensif, lebih banyak perkataan baru perlu dipelajari dan dihadapinya. [kepayahan struktur] - kepayahan ayat dan panjang ayat yang akan menyebabkan hubung kait antara beberapa bahagian dalam teks terganggu. kesesuaian kandungan [mencari apa yang digemari oleh murid] kebolehgunaan / eksploitabiliti teks yang tidak boleh dieksploit tidak boleh digunakan untuk mengajar walaupun murid minat kerana guru akan menghadapi kesukaran untuk mengembangkan kemahiran yang ingin diajarkan. tanamkan kemahiran tatabahasa 4/ Ujian Diagnostik Kebolehan Membaca ujian yang dijalankan untuk mengesan kelemahan atau masalah yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran murid gagal membaca -anggapan negatif murid tidak mampu membaca -tugas guru rancang tidak sesuai penilaian -sistematik untuk mendapatkan maklumat pencapaian objektif pengajaran -formatif - mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid -membantu dan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran -sumatif - mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. -memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat dibandingkan dengan markah murid lain dalam kumpulannya. -dua jenis rekod rekod prestasi - menunjukkan pencapaian rekod profil - menunjukkan perkembangan pembelajaran ujian -alat pengukuran untuk mengetahui prestasi murid -bentuk - ujian objektif item jawapan pendek item objektif jenis pilihan

beraneka pilihan betul salah padanan key list aturan yang terbaik objektif kloz - isi tempat kosong bentuk - ujian subjektif bentuk esei membuat huraian dan bukti jenis gerak balas terhad - jawapan mengingat kembali jenis gerak balas lanjutan - jawapan kepada terangkan, huraikan, bezakan, galurkan cara praktikal mengesan kelemahan o perhati murid belajar o temu ramah interaksi dengan murid o analisis kerja bertulis murid o ujian diagnostik o jalankan ujian saringan 3/ Pendekatan Mengajar Awal Membaca Kaedah Gabungan Bunyi Kata Pendekatan A o kaedah campuran yang menggunakan kaedah cerakinan o pra membaca dilakukan pada peringkat awal o menekankan kaedah pandang dan sebut dan dibantu kaedah sokongan suku kata, huruf dan bunyi Pendekatan B o berasaskan kaedah fonik (bunyi) digabungkan dengan suku kata dan bantuan kaedah pandang dan sebut. Pendekatan C o pendekatan bunyi kata o sistem ejaan bahasa Malaysia sistematik dan fonemik o suku kata jelas dan mudah o perkataan pun diketahui maknanya oleh murid o diperkenalkan bunyi huruf vokal dan konsonan o terus membunyikan suku kata dan perkataan yang bermakna Pendekatan D o prinsip membina - menyusun bahagian kecil menjadi besar o kaedah abjad, mengeja, bunyi huruf dan suku kata 2/ Beberapa Pendekatan Mengajar Awal Membaca Bahasa Malaysia membaca - menyuarakan tulisan boleh memahami - boleh menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca tujuan lanjut o menambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah o mendapatkan bahan fikiran o meluaskan fahaman serta membetulkan idea yang salah o menjadikan latihan dan amalan o merapatkan lagi diri dengan masyarakat

o o o o o o

kaedah mengeja menekankan perbuatan mengeja perkataan mula dengan suku kata murid mahir mengeja murid tidak lancar membaca membaca berlagu seperti menghafaz kaedah bunyi membunyikan suku kata terlebih dahulu dan kemudian suku kata itu digabungkan dengan suku kata yang lain o murid dapat menyebut dan membaca perkataan baru o bacaan murid tidak licin o perhatian kepada suku kata sahaja kaedah huruf o paling awal digunakan o murid mengenal nama huruf dan bunyi o bunyi disambung menjadi suku kata o memberi asas dan binaan yang kukuh dalam kemahiran membaca o membaca lancar tetapi kerap gagal memahami apa yang dibaca o membaca merangkak rangkan dan tidak faham o boleh membosankan murid kaedah pandang sebut o membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar o membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita o mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhan o murid terus menyebut perkataan tanpa mengeja o ianya mementingkan makna o melatih murid membaca dengan sebutan dan rentak irama atau pun alunan suara yang betul dari mula o murid terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat yang telah diajar saja o tidak mengenal huruf secara formal o lambat mengenal bunyi dan suku kata o tidak mempunyai asas kukuh untuk membaca sendiri kaedah membina o membina dengan lain perkataan o kegiatan menyusun bahagian kecil menjadi satu benda besar o menggunakan kaedah huruf, bunyi dan suku kata kaedah cerakinan o mencerai ceraikan satu bahagian besar kepada bahagian kecil o perkenalkan ayat, rangkai kata, perkataan, suku kata dan akhir sekali huruf 1/ Teori Dan Prinsip Pembelajaran Membaca Berdasarkan Dapatan Kajian satu proses dinamik dan kompleks membaca - proses mentafsir dan memahami simbol tulisan. tujuan membaca - untuk mendapatkan erti yang sebenarnya. susunan tugas dilakukan ketika pembaca hendak membaca :

o o o
ada dalam kepala

kecam / kenal lambang atau perkataan yang dilihat kaitkan lambang / perkataan dengan bunyi / makna terjemahkan makna perkataan dengan kaitkan pada yang telah sedia kumpul dan cantumkan idea, perkataan dan ayat sehing menjadi sebujah hurai / jelaskan idea yang didapati kepada diri sendiri, kawan, guru /

o
idea yang lengkap

o
ibuapa

peringkat literal - membuat pengamatan tentang bentuk, bunyi dan makna perkataan. peringkat interpretasi - kait dan terjemah lambang kepada makna peringkat penilaian - beri tindak balas apa yang dihadapi berdasarkan pengetahuan sedia ada peringkat asimilasi - buat tapisan terhadap apa yang disimpan

Anda mungkin juga menyukai