Anda di halaman 1dari 1

Kaedah Membaca (Kaedah Abjad)

Kaedah Abjad

Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di
dalam tulisan Melayu, iaitu huruf a hingga z. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam
mengajar mengeja dan membaca perkataan. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut
turutan bermula dari a hingga z. Kemudian kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf
konsonan, dan diftong ai, au, oi. Selepas itu, huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya
perkataan.

Contoh: Memperkenalkan huruf a - z
1. Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
2. Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
3. Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + ju baju
4. Membina rangkai kata baju biru
5. Membina ayat mudah Ini baju biru Abu

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata
yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baharu yang belum
dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca.
Teknik pengajaran boleh juga dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut
terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. Kemudian, sekali lagi guru
menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang
ditunjukkan dengan bantuan guru.

Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga
murid mampu mengenal pasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad
abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad
pada papan tulis berdasarkan apa yang disebut oleh guru. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam
buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya
dalam buku.

Anda mungkin juga menyukai