Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN INDIVIDU

PROPOSAL BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)


GGGE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH:
NOOR AKMARWATI BINTI MAT YAUB (A149507)

NAMA TUTOR:
CIK MAZALAH BINTI AHMAD

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FASA ANALISIS
TAJUK PENGAJARAN
Tajuk pengajaran yang dipilih adalah Mengenal Huruf ABC bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu. Subjek ini akan diajar kepada para pelajar tingkatan satu iaitu 1 Gemilang bagi pelajar
yang bermasalah pembelajaran. Para pelajar ini terdiri daripada 4 orang pelajar yang mempunyai
ketidakupayaan dalam masalah pembelajaran iaitu Autisme.
MASALAH PENGAJARAN
Masalah pengajaran bagi pengajaran Bahasa Melayu ini adalah masalah pelajar yang buta huruf.
Tambahan lagi kesemua para pelajar ini terdiri daripada pelajar yang low function iaitu para
pelajar yang tidak boleh menulis dan membaca dengan baik. Para pelajar ini memerlukan
bantuan yang sepenuhnya dari guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
PELAJAR SASARAN
Pelajar sasaran bagi proses pengajaran Mari Mengenal ABC ini adalah para pelajar dari
tingkatan 1 Gemilang yang mempunyai masalah dalam Masalah Pembelajaran iaitu Autisme.
Pelajar ini terdiri daripada 4 orang iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Pelajar-pelajar ini mempunyai
masalah dalam menulis dan membaca. Semua pelajar-pelajar ini adalah dari kalangan pelajar
yang low function iaitu memerlukan bantuan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas.
OBJEKTIF PENGAJARAN
Objektif pengajaran ini adalah:
1. Para pelajar dapat mengenal huruf ABC selepas menyentuh dan melihat Bahan bantu
mengajar (BBM) yang disediakan oleh guru.
2. Para pelajar dapat menyebut huruf ABC selepas menyentuh dan melihat Bahan bantu
mengajar (BBM) yang disediakan oleh guru.
3. Para pelajar dapat menulis huruf ABC selepas menyentuh dan melihat Bahan bantu
mengajar (BBM) yang disediakan oleh guru.
ISI KANDUNGAN PENGAJARAN

Isi kandungan pengajaran yang dipilih adalah mata pelajaran Bahasa Melayu yang difokuskan
kepada pelajar bermasalah pembelajaran (slow learner). Topik yang dipilih bagi pengajaran ini
adalah Mari Mengenal ABC di mana guru akan mengajar pelajar tiga huruf dalam Bahasa
Melayu iaitu huruf A, huruf B dan huruf C. Para pelajar ini merupakan pelajar yang buta
huruf dan mengambil masa yang lama untuk menguasai beberapa topik pengajaran. Jadi, guru
perlu mengajarnya dengan cara sedikit demi sedikit supaya dapat diterima dengan baik.
Untuk pengajaran ini, guru akan memfokuskan kepada kemahiran menyebut dan menulis
tiga huruf tersebut dengan bantuan bahan bantu mengajar yang disediakan. Bahan bantu
mengajar ini adalah huruf A,B dan C yang telah dibuat menggunakan kain felt di mana guru
telah menggunting kain felt seperti huruf A,B dan C dan mengisinya dengan kapas. Akhir
sekali guru akan menjahitnya dengan benang dan jarim sehingga kemas. Huruf-huruf ini akan
dibuat menggunakan warna kain felt yang menarik agar dapat menarik perhatian pelajar-pelajar
tersebut.
KAEDAH PENGAJARAN (PENGGUNAAN BAHAN)
Kaedah pengajaran yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah
berpusatkan guru di mana guru memberikan sepenuh perhatian kepada para pelajar semasa
proses pengajaran di dalam kelas. Kaedah pengajaran yang digunakan untuk bahan bantu
mengajar ini adalah:
1. Guru akan meminta pelajar untuk menyebut huruf A, B dan C mengikut sebutan
guru di hadapan kelas.
2. Guru akan memberikan bahan bantu mengajar iaitu huruf A,B,C yang diperbuat
daripada kain felt dan diisi dengan kapas di dalamnya.
3. Guru akan meminta pelajar untuk merasa dan menyentuh huruf-huruf tersebut dan
membunyikannya.
4. Guru akan sentiasa mengulang-ngulang bunyi huruf tersebut sehingga pelajar dapat
membezakan sebutan bagi setiap huruf yang diberikan.
5. Selepas pelajar dapat menyebut huruf-huruf tersebut, guru akan meminta pelajar untuk
menulis huruf-huruf tersebut di papan putih.
6. Guru akan membantu pelajar untuk menulisnya dengan cara meminta pelajar untuk
meniru sahaja huruf yang ditulis dengan bahan bantu mengajar yang sedang dipegang
oleh pelajar tersebut.

7. Pelajar akan menulis huruf-huruf tersebut dengan cara meniru bahan bantu mengajar
yang diberikan oleh guru.
8. Guru meminta pelajar untuk menulis secara berulang-ulang supaya pelajar dapat
menguasai kemahiran menyebut dan menulis huruf A,B,C seperti yang ingin dicapai
oleh guru di dalam objektif.
BAHAN RUJUKAN YANG DIGUNAKAN
Bahan rujukan yang digunakan untuk menyediakan bahan bantu mengajar ini adalah internet.
Guru mencari contoh-contoh huruf yang dibuat menggunakan kain felt di dalam laman sesawang
serta guru melihat tutorial untuk membuatnya di dalam Youtube. Melalui internet, guru dapat
melihat pelbagai contoh huruf yang dibuat dan ini boleh memberikan idea yang baik kepada guru
untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang baik dan menarik. Berikut merupakan pautan
internet yang digunakan:
1.https://www.google.com/search?
q=huruf+abc+kain+felt&espv=2&biw=1365&bih=889&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0
ahUKEwiWyMiotfvLAhVJkY4KHVi_B8AQ_AUIBigB&dpr=0.75
2. https://www.youtube.com/watch?v=oxNrPXGaqIk

FASA PERANCANGAN
TUJUAN BAHAN DIBINA
Tujuan bahan bantu mengajar ini dibina adalah untuk membantu pelajar dalam kemahiran
menyebut dan menulis tiga huruf dalam Bahasa Melayu iaitu huruf A,B dan C. Para pelajar
yang dipilih adalah terdiri daripada para pelajar Slow Learner di mana pelajar-pelajar ini
adalah pelajar-pelajar yang paling lemah dalam kelas. Pelajar-pelajar ini selalunya akan senang
untuk mempelajari sesuatu dengan cara menyentuh serta melihat apa yang ingin dipelajari secara
langsung dengannya. Ia juga dipanggil sebagai bahan bantu mengajar secara maujud iaitu bahan
bantu mengajar dalam keadaan yang sebenar dan pelajar dapat menyentuhnya. Apabila pelajar

menyentuh dan melihatnya sambil membunyikannya, ia akan dapat dipelajari dengan lebih
mudah lagi.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan bahan bantu mengajar ini adalah:
1.
2.
3.
4.
5.

Kain felt
Kapas
Gunting
Benang
Jarum

PROSEDUR PEMBINAAN BAHAN


Prosedur atau langkah untuk membuat bahan bantu mengajar ini adalah seperti berikut:
1. Guru mengguntingkan kain felt mengikut bentuk huruf A,B dan C. Setiap huruf yang
digunting akan digunting sebanyak dua bentuk untuk bahagian hadapan dan belakang
huruf.
2. Guru mengambil huruf yang digunting iaitu bahagian hadapan dan belakang dan
menjahitnya dengan menggunakan jarum dan benang.
3. Guru akan menjahit huruf tersebut sehingga daripada keseluruhan huruf tersebut.
4. Selepas itu, guru akan memasukkan kapas ke dalamnya dan mengisinya sehingga
memenuhi ruang dalam huruf tersebut.
5. Akhir sekali guru tersebut akan menyambung menjahit huruf tersebut sehingga selesai.
6. Langkah ini akan diulang kepada dua huruf lagi yang masih belum dibuat.

TEMPOH MASA YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA BAHAN


Anggaran tempoh masa untuk menyediakan bahan bantu mengajar ini adalah lebih kurang
sebanyak 1 jam sahaja bagi setiap satu huruf. Jadi secara keseluruhannya, bahan bantu mengajar
ini dapat disiapkan dalam masa 3 jam sahaja.
KEMAHIRAN/KEPAKARAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA BAHAN
Kemahiran yang perlu ada untuk membuat bahan bantu mengajar ini adalah:
1. Kemahiran menggunting bentuk-bentuk huruf
2. Kemahiran menjahit
KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA BAHAN
Anggaran kos bagi menyediakan bahan bantu mengajar ini adalah sebanyak RM10 dimana:
BARANG
Kain felt dan Kapas
Jarum dan benang
Gunting

HARGA (RM)
5
3
2

Anda mungkin juga menyukai