Anda di halaman 1dari 23

PEMARKAHAN

RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014


KRB 3013: PRINSIP PENGAJARAN BACAAN

TAJUK ESEI ILMIAH

MERANCANG DAN MELAKSANAKAN SATU SESI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN SATU TEKNIK PENGAJARAN BACAAN.

DISEDIAKAN OLEH: NAMA NORIS BINTI KASSIM NO. MATRIK D20102045539

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI 11

NAMA TUTOR E-LEARNING

: ROSMA BINTI OSMAN

TARIKH SERAH

: 10 NOVEMBER 2013

1.0 PENGENALAN

Membaca bermula dengan makna dan berakhir dengan makna.Membaca membawa erti memahami apa-apa yang terkandung dalam teks.Membaca merupakan satu kemahiran. Tanpa memahami apa-apa yang dibaca belum dianggap sudah mencapai kemahiran.Kemahiran membaca dapat membantu perkembangan kognitif dan afektif seseorang murid ( Dr. Koh Boh Boon ).

Membaca yang menjadi asas semua bidang pengetahuan amat penting bagi membolehkan seseorang itu memperolehi pendidikan sepanjang hayat. Sebahagian besar ilmu pengetahuan terdapat dalam bentuk tulisan. Kemahiran membaca adalah penting untuk dikuasai oleh setiap pelajar si peringkat awal lagi. Oleh itu, minat membaca perlu dipupuk sejak awal lagi supaya terbina asas yang kukuh. Melalui asas yang kukuh ini dapat menimbulkan minat yang berterusan. Peringkat prasekolah merupakan peringkat yang sesuai untuk membina asas membaca. Pada peringkat ini, kemahiran asas ini perlu diberi penekanan supaya tidak timbul masalah kelemahan membaca apabila kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan secara formal. Membaca juga merupakan tumpuan utama yang terkandung dalam Tunjang Komunikasi dalam Kurikulum Standard Prasekolah (2009).

2.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh/hari : 28 Oktober 2013/Isnin Tahun Bil. Murid Masa : 2 Potensi : 25 Orang : 1130-1230 (60 Minit)

Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia Tajuk : Mengenal huruf-huruf vokal a, e, i, o, u. Membunyikan Suku Kata dan Menyebut Perkataan Hasil Pembelajaran: Standard Kandungan: 2.1 2.2 Mengenal dan membunyikan huruf vokal a, e, i, o, u dengan sebutan yang betul. Menyesuaikan bunyi vokal dan perkataan dengan gambar.

Standard Pembelajaran: 2.1.2 Memilih huruf vokal dengan gambar yang sesuai. 2.2.2 Membunyikan suku kata dan perkataan berdasarkan gambar, Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,murid-murid dapat:i. ii. iii. Mengenal huruf-huruf vokal dengan betul. Membunyikan huruf vokal dan suku kata dengan sebutan bunyi yang betul. Memilih huruf vokal dan perkataan berdasarkan gambar dengan betul.

Kemahiran Bahasa: Lisan dan membaca. Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid pernah melihat huruf vokal dalam senarai abjad. Pengisian Kurikulum: Ilmu: Sains Penerapan Nilai: Rajin, berdikari, kasih-sayang, bekerjasama. Sistem Bahasa: i. Pemahaman (Menjawab soalan dari petikan yang diberikan)

Kemahiran Berfikir Bernilai Tambah: KBKK menjawab soalan yang diberikan oleh guru (menganalisis)

Bahan Bantu Mengajar: 1) Komputer riba 2) LCD 3) Rakaman lagu Mari Mengenal huruf vokal 4) Kad manila 5) Kad huruf vocal 6) Buku BACEPAT 7) Gambar 8) Lembaran kerja Langkah Isi Pelajaran Beberapa bunyi haiwan dimainkan oleh guru. Antaranya ialah: - bunyi kucing -bunyi ayam -bunyi kuda -bunyi burung Kaedah : Fonik/bunyi Aktiviti Murid meneka beberapa bunyi haiwan yang dimainkan oleh guru. KBT: Kemahiran berfikir. Catatan

Set Induksi ( 5 Minit )

BBM: Bunyi binatang.

Langkah 1 (10 minit)

Menerangkan tentang Guru menayangkan huruf vokal. a, e, i, o, u. huruf vokal berserta gambar. Guru memilih murid untuk membunyikan huruf vokal di hadapan kelas. Guru membimbing murid dengan

BBM: Komputer Riba LCD

Nilai:

yakin diri, rajin.

Bacaan huruf vokal dengan jelas dan sebutan yang betul di antara guru dan murid.

membunyikan huruf vokal berserta gambar. Kesemua murid dikehendaki membaca satu persatu tentang huruf vokal. Guru membimbing murid. BBM : Buku BACEPAT Kaedah : Abjad Suku Kata

Langkah 2 (15 minit)

Soal jawab mengenai huruf vokal. Merujuk buku BACEPAT Murid menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh guru. Mencipta suku kata. Membuat aktiviti suai padan. Memadankan gambar dan perkataan yang bermula dengan huruf vokal betul. Guru memberi bimbingan dan memantau aktiviti murid.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang huruf vokal. Guru meminta murid membunyikan suku kata dalam buku. Guru membimbing murid.

BBM: Komputer riba

Teknik: Soal jawab

Nilai: Berani

Kaedah : Pandang Sebut

Langkah 3 (10 Minit)

Murid perlu mencipta suku kata daripada huruf vokal dan konsonan yang di berikan. Murid dikehendaki untuk memadankan gambar dengan perkataan yang betul. Guru menunjuk cara dan membimbing murid.

Teknik: Sumbang saran

Nilai: Bertolak ansur dan bekerjasama Kaedah : Pandang sebut.

BBB: Kad huruf vokal, gambar. Buku BACEPAT

Langkah 4 (5 minit)

Guru mengajar murid-murid menyanyi lagu Mari Mengenal Huruf Vokal.

Murid dikehendaki mengikut guru bernyanyi sambil menunjukkan gaya. Murid menyanyi mengikut lirik. Guru menunjuk cara dan membimbing murid-murid untuk menyanyi dan menyebut huruf-huruf vokal dengan betul.

Teknik: Simulasi

Nilai: bekerjasama, rajin.

Kaedah :

Pandang sebut

Langkah 5 (10 Minit)

Mengedarkan lembaran kerja (Rujuk lampiran)

Murid dikehendaki menyiapkan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru. Lembaran kerja beradasarkan tajuk yang dipelajari.

Teknik:

Latih tubi.

Nilai: Yakin diri, amanah. Kaedah : Pandang sebut BBB: Lembaran kerja.

Penutup (5 Minit)

Guru membuat rumusan hasil daripada pembelajaran. Bersoal jawab bersama murid. Sosial: Pujian atas usaha dan kejayaan.

Guru membimbing murid mengaitkan nilainilai murni berdasarkan pengajaran tersebut. Guru membuat soal jawab bersama murid. Murid menyanyikan lagu yang telah disediakan bersama-sama guru.

Nilai Murni: Ingat huruf-huruf vokal.

Teknik: Imbas kembali.

KBT Muzik

2.1

Kaedah

Pelbagai kaedah diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah. a) b) c) d) e) Kaedah abjad Kaedah fonik /bunyi Kaedah suku kata Kaedah pandang sebut Kaedah ayat

Kaedah yang saya guna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kaedah gabungjalin di mana saya telah menggabungkan tiga kaedah prabacaan iaitu; Kaedah gabung jalin Kaedah abjad Kaedah suku kata Kaedah yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran Kaedah pandang sebut

Saya menggunakan kaedah gabungjalin berdasarkan tahap pencapaian dan kemampuan murid belajar. Kaedah ini menekankan murid agar mengenali huruf / lambang dan bunyinya serta disampaikan agar bermakna. Melalui kaedah gabung jalin, guru boleh mempelbagaikan strategi pengajarannya agar kebosanan dapat menghindari murid. Antaranya ialah:

a)

Kaedah Abjad

Kaedah ini telah lama diamalkan oleh guru-guru. Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah huruf atau mengeja.Mengikut kaedah ini murid-murid diperkenalkan dengan 26 huruf iaitu huruf a hingga z. Kemudian diikuti dengan aktiviti memperkenalkan hurf-huruf vokal a, e, i, o, u dan huruf-huruf konsonan yang mengandungi 21 huruf. Untuk membolehkan muridmurid membaca perkataan-perkataan, mereka perlu menghafal setiap lambang abjad. Dalam sistem bahasa Melayu huruf-huruf vokal mengeluarkan bunyi setelah bergabung dengan huruf konsonan. Contohnya, ba, be, bi, bo, danbu. Manakala gabungan ai, au dan oi pula membentuk diftong.

b)

Kaedah Suku Kata

Kaedah ini menekankan bunyi suku kata. Murid-murid didedahkan dengan beberapa huruf konsonan dan vokal. Huruf konsonan dan vokal digabungkan untuk menghasilkan bunyi suku kata. Suku kata yang perlu diperkenalkan terlebih dahulu ialah suku kata terbuka dan diikuti dengan suku kata tertutup.Murid-murid bermain dengan suku kata iaitu mencipta seberapa banyak perkataan dengan menggunakan suku kata yang dibentuk. Kaedah suku kata ini dijalankan di mana setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu. Perkataan daripada suku kata itu dibentuk perkataan baba, baca papa, lulu, koko, susu, kuku. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.

c)

Kaedah Pandang Sebut

Kaedah pandang sebut juga dikenali dengan kaedah seluruh perkataan. Mengikut kaedah ini, pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenalkan dengan seluruh perkataan dan disertai dengan gambar. Kaedah ini telah digunakan di mana pengajaran selepas murid dapat mengikut kaedah abjad dan suku kata murid terus diperkenalkan dengan seluruh perkataan dan disertai dengan gambar seperti dalam buku BACEPAT muka surat 10 ( gambar dalam rajah 5 ). Contohnya murid telah ditunjukkan gambar dan murid-murid diminta untuk menyebut perkataan berdasarkan gambar.Setelah murid dapat menyebut perkataan seperti dada, papa, papa, barulah diperkenalkan huruf-huruf atau abjad yang membentuk perkataan.

2.2

Pendekatan

Pada peringkat awal membaca, murid-murid diajar secara mekanisma untuk menyebut huruf dan kata dengan suara yang kuat. Bacaan bersuara seperti ini adalah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan menggerakan alat-alat pertuturan untuk sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca dengan betul. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya ialah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak pra sekolah khususnya dapat membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan latihan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.

a)

Pendekatan Berformatkan KBSR

Dalam KBSR, pendekatan-pendekatan mengajar membaca awal yang disarankan di peringkat awal persekolahan disebut sebagai pendekatan A, pendekatan B, pendekatan C dan pendekatan D. ( merujuk modul UPSI KRB 3013 Prinsip Pengajaran Bacaan )

Menerusi buku BACEPAT dapat dilihat lebih kepada pendekatan A, C dan D.Pendekatan C biasanya disebut sebagai pendekatan bunyi kata. Pendekatan ini berdasarkan sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan fonemik. Suku katanya adalah jelas dan mudah. Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan telah pun diketahui maknanya oleh kebanyakan murid. Buku bacaan awal kanak-kanak ini ( BACEPAT ) telah lebih menjurus kepada pendekatan ini kerana murid-murid telah diperkenalkan dengan bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna. Sebagai contoh, pada permulaannya buku ini telah memperkenalkan bunyi huruf vokal a,e,i,o,u ( buku 1 ) dan huruf konsonan ( buku 2 ). Kemudian penulis menggabungkan bunyi konsonan dan vokal. Gabungan ini telah ditandai dengan warna yang berlainan. Kemudian mencantumkan suku kata menjadi perkataan dan seterusnya ayat. Contoh boleh dilihat seperti rajah di bawah. Buku ini menggunakan pendekatan D iaitu pendekatan berdasarkan prinsip sintesis atau membina, iaitu menyusun bahagian-bahagian kecil menjadi besar. Kaedah-kaedah yang terkandung dalam pendekatan ini adalah kaedah abjad atau kaedah mengeja, kaedah bunyi huruf dan kaedah suku kata. Buku BACEPAT juga menggunakan pendekatan A. Dalam pendekatan ini kegiatan pra membaca dilakukan pada peringkat awal. Ia melibatkan tugas mengenal hruf-huruf telebih dahulu dan kemudian dilatih mengenal bunyi huruf-huruf

tersebut. Pengenalan kepada nama huruf dilakukan secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyi dikuasai. Pendekatan ini juga menekankan kepada kaedah pandang dan sebut dan dibantu oleh kaedah sokongan seperti kaedah suku kata dan kaedah huruf atau bunyi. Kaedah Gabungan Bunyi Kata ( KGBK ) merupakan salah satu kaedah awal bacaan yang melalui beberapa pendekatan yang sesuai dalam prinsip pengajaran bacaan.

2.3 Teori Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam perkembangan pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh alam pendidikan dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih. Kaedah kaedah lama semakin jauh ketinggalan di telan zaman. Walaubagaimanapun kita masih terikat dengan modelmodel pengajaran dan teori-teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi pendidikan. Menurut Griffith W. Williams psikologi adalah satu cabang penyiasatan tingkah laku manusia dalam suasana pembelajaran . Kajian saintifik terhadap tingkahlaku individu adalah berkait rapat terhadap prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai untuk menyelesaikan masalah (Smith 1978). Dapatan-dapatan ini akhirnya menghasilkan satu teori atau kaedah dalam perolehan ilmu pengetahuan. Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalinkan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.

a)

Teori Behaviorisme

Untuk analisi teori , saya akan mengaitkan teori pembelajaran tingkah laku ( Behaviorisme ). Mengikut teori behaviurisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuat kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan atau rutin. Kecekapan akan dikuasai jika kita sering berlatih. Oleh itu bahasa dikaji dari sudut ransangan dan gerak balas. Prinsip teori bahaviorisme ialah; a. b. c. d. e. f. Bahasa yang diutamakan ialah lisan. Tulisan kedua penting. Bahasa adalah tabiat atau kebiasan Pengukuhan penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Latihan bahasa perlu diperkukuhkan Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan. Wujud unsur ransangan dan tindakbalas dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah yang digunakan dalam teori bahaviorisme ini ialah terus, dengar dan sebut. Dalam teori ini bahasa diutamakan. Ahli-ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa pengajaran bahasa mesti didahulukan dengan bahasa lisan. Daripada pendapat ini, guru haruslah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa terlebih dahulu dan kemudiannya meneruskan kepada pengajaran membaca. Teori tingkahlaku atau behaviorisme menyatakan murid-murid akan memahami sesuatu pengajaran apabila membaca secara berulang-ulang. Menerusi buku pendidikan awal kanak-kanak ini, teori ini dapat diaplikasikan di mana guru akan meminta murid menyebut huruf-huruf atau abjad secara berulang-ulang. Menerusi buku bacaan awal kanak-kanak BACEPAT 1dan 2 terdapat suku kata terbuka dan tertutup. Guru boleh meminta murid mengeja dan menyebut berulang kali supaya murid dapat mengeja dan menyebut perkataan tersebut dengan lancar. Dalam kedua-dua buku ini juga terdapat perkataan, frasa dan seterusnya ayat. Guru boleh mengajar murid supaya mengeja dan membaca ayat tersebut secara berulang-ulang supaya pembacaan murid akan menjadi lancar.

b)

Teori Kognitif

Teori ini menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu merujuk kepada aktivitiaktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Menurut Piaget, perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak adalah mengikut siri urutan yang berperingkat. Peringkat perkembangan tersebut ialah; Peringkat deria motor ( 0 2 tahun ) Peringkat praoperasi ( 2 7 tahun ) Peringkat operasi konkrit ( 7 11 tahun ) Peringkat operasi formal ( 11 tahun ke atas )

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal, kanak-kanak seperti di kelas prasekolah atau tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objek-objek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Hal yang demikian, pada pendapat saya buku bacaan awal kanak-kanak yang dipilih iaitu BACEPAT buku 1 dan 2 sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan awal kanak-kanak. Buku ini mempunyai hurufhuruf yang besar yang senang dilihat dan menarik perhatian murid-murid kerana buku bacaan ini mempunyai gambar yang besar dan berwarna warni, yang mana setiap suku kata dan

perkataan diwarnakan untuk menarik perhatian murid untuk melihat dan seterusnya membaca buku tersebut. Murid-murid di peringkat sekolah rendah juga masih belum bersedia menyelesaikan masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogy diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid sekolah rendah. Isi pelajaran dan aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan peringkat perkembangan kognitif murid-murid. Sekiranya tidak, bahan atau aktiviti pelajaran tersebut mungkin akan membosankan murid-murid atau terlalu sukar untuk mereka. Jadi, buku bacaan awal kanakkanak BACEPAT memenuhi kriteria ini kerana buku ini telah ditulis dengan tulisan yang besar dan berwarna-warni. Gambar yang jelas dan besar untuk memudahkan murid-murid untuk melihat serta susunan ayat dan teks yang pendek. Buku ini juga dihiasi dengan gambar dan perkataan yang berwarna warni bagi menarik perhatian dan memudahkan kanak-kanak menguasai kemahiran membaca. Perkataan-perkataannya diwarnakan mengikut suku kata bagi memudahkan kanak-kanak mengeja atau mengenal sesuatu perkataan.Perkataan dalam teks diwarnakan mengikut suku katanya bagi memudahkan kanak-kanak mengenalinya. Selain itu, Teori memindahkan maklumat iaitu teori yang berasaskan pandangan La Berge dan Samuel ( 1985 dan gough ( 1985 ) ini dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab secara meluas menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan maklumat. Mereka mengandaikan membaca sebagai satu proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan. Mereka juga percaya pembaca berinteraksi dengan teks dengan tujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca khusus kepada yang

pemikirannya.Bagi

melakukannya,

pembaca

memerlukan

kemahiran

membolehkan mereka melakukan proses pemindahan tersebut. Teori ini berpendapat, aktiviti membaca bertujuan membentuk peningkatan kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks.

2.4

Model

Model bacaan adalah teori yang melibatkan idea atau pandangan dalam proses membaca yang digunakan oleh pembaca yang berbeza. Model-model yang utama dalam membaca adalah dalam proses pembacaan. Terdapat beberapa model atau teori yang berkaitan dengan membaca yang dikemukakan.Konsep model membaca adalah berlaitan dengan cara yang dilakukan oleh seseorang pembaca semasa membaca dalam usaha mendapatkan makna daripada teks yang dibaca. Saya telah menggunakan keadah gabung jalin melalui buku bacaan awal kanak-kanak yang dipilih iaitu BACEPAT. Di sini, saya akan kaitkan kaedah ini

dengan model bacaan iaitu Model Membaca Interaktif. Model ini merupakan kombinasi antara pemahaman model Top-Down atau model membaca atas bawah dan model Bottom-Up atau model membaca bawah atas. Dalam model interaktif, pengapditasian pendekatan model membaca atas bawah

untuk memprediksi makna, kemudian beralih kepada pendekatan model membaca bawah atas. Pemprosesan membaca bergerak secara linear, iaitu dimulai dengan mengecap huruf, menekodkan pada tahap fonem, mengecam perkataan-perkataan dan akhirnya sintaksis dan semantik. Ini bermakna maklumat baru diterima sebelum itu ditranformasikan dan direkodkan selanjutnya. Daripada pendekatan mengajar model ini, murid-murid perlu;

a)

Mengenal pasti huruf. Permulaannya, huruf-huruf yang perlu diketahui oleh murid-

murid iaitu huruf A hingga Z. Murid juga dikenalkan dengan huruf besar dan huruf kecil. b) Menghubungkan ciri ini bagi memilih huruf di mana buku ini juga menerangkan

huruf vokal dan huruf konsonan. c) Menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan. Pola ejaan juga ditunjukkan iaitu

bacaan suku kata. d) Menghubungkan pola ejaan bagi memilih perkataan. Selain itu, suku kata terbuka dan

tertutup telah diperkenalkan dan cantuman suku kata tersebut juga ditunjukkn untuk membina perkataan. e) Menimbulkan proses membina ayat. Daripada suku kata tersebut ayat telah dibina

berdasarkan gambar. Model bawah-ke-atas juga telah menggunakan kaedah abjad, kaedah suku kata dan kaedah fonik. Ketiga-tiga kaedah ini turut ditunjukkan dalam buku BACEPAT.

Suku kata yang digunakan daripada Buku BACEPAT juga menggunakan Model interaktif. Model interktif melihat proses membaca sebagai pola berbentuk pusingan dengan maklumat tekstual dan aktiviti mental pembaca wujud pada kedua-dua tahap atas-ke-bawah dan bawahke-atas secara serentak. Tahap membaca pemahaman teks dihuraikan dengan sejauh mana pemboleh ubah pembaca seperti tahap minat ke atas teks, tujuan membaca teks, pengetahuan berkenaan topic, kecekapan bahasa, kesedaran proses membaca. Model interaktif mencadangkan pembaca membina makna dengan cara mempunyai kuasa memilih maklumat daripada semua sumber makna seperti grafem, fonemik, morfem, sintaksis dan semantik. Pembaca pada masa yang sama menggunakan semua peringkat proses membaca. Model ini juga menggunakan cetakan teks sebagai input dan makna sebagai output.

3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN SERTA PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN YANG DIJALANKAN.

i) Kaedah Fonik

Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara simbol (huruf) dan bunyi (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, diajar bunyi-bunyi huruf. Ertinya lambing huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya a dibunyikan aa, t tah, s ss. u uu, z zz, dan sebagainya. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ba, da, tu, ka, lu, mi dan sebagainya. Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan dada, batu, kata, lalu, dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini.

Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara huruf dan bunyinya), dan oleh sebab suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut. Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna.

ii) Kaedah Pandang dan Sebut (look and say)

Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal nama setiap huruf itu. Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. Oleh yang demikian, kaedah Pandang dan Sebut (atau

Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang

dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan pensel, dan sebagainya. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan gambar dan perkataan. Oleh itu, dalam kaedah ini murid-murid cuba mengenal keseluruhan lambang-lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh lambang perkataan sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiaptiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya. Pada ketika dahulu (bahkan bagi setengah-setengah ahli pendidik sekarang pun) kaedah Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. Mereka kuat dipengaruhi oleh ahli-ahli pendidik mengajar membaca bahasa Inggeris. Di sebalik menggunakan kaedah ini untuk mengajar, bahasa Inggeris ialah bahasa yang tidak mempunyai sistem ejaan fonemik yang sempurna, bercelaru dari segi symbol-sound relationship. Kecelaruan ini menyebabkan ahliahli pendidik bahasa menganggap kaedah Pandang dan Sebut itu lebih sesuai dan bermakna untuk mengajar permulaan membaca. Walaubagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula kerana didapati ramai murid biasa (terutama di Amerika Syarikat) yang tidak boleh membaca. Kemahiran murid-murid mengenal perkataan-perkataan tidak dapat menjelma dengan cepat. Bahkan ramai yang menghafal perkataan-perkataan berdasarkan gambar daripada mengenal perkataan-perkataan, dan murid-murid ini sukar mengenal perkataan-perkataan yang baru. Oleh hal demikian, barubaru ini timbul semula hujah-hujah dan kajian-kajian yang membuktikan bahawa kaedah fonik mungkin lebih sesuai dan berkesan daripada kaedah Pandang dan Sebut untuk mengajar permulaan membaca bahasa Inggeris. Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasa-bahasa yang memakai sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagi logografik) seperti sistem ejaan bahasa Cina, yang melambangkan sesuatu benda, idea, dan sebagainya (satu morfem) dengan satu perkataan. Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik (satu huruf boleh dikatakan melambang satu bunyi lebih fonemik daripada misalnya sistem ejaan bahasa Inggeris) maka agak tidak begitu munasabah bagi Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasa Melayu, terutama mengajar muridmurid Melayu. Kaedah ini akan menyusahkan dan melambatkan lagi murid-murid mencapai kemahiran membaca bahasa Melayu.

iii) Kaedah abjad

Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu; a,b,chingga z. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a,b,c,z. kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya. Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-huruf vokal: a,e,i,o,u. Selepas itu dibina suku-suku kata ba tu, ka ki dan sebagainya, dan diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan. Kemudian barulah diberi latihan membaca ayat-ayat yang pendek. Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau lebih untuk mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat. Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf, sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh membosankan murid-murid. Saya kira kaedah ini mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas.

3.0 KESIMPULAN

Membaca adalah kemahiran penting yang perlu diajar oleh semua guru di peringkat prasekolah dan juga sekolah rendah. Ini kerana membaca merupakan intipati dalam pembelajaran. Tanpa kemahiran asas ini, pembelajaran tidak dapat berlaku dengan sempurna. Kemahiran asas dalam bacaan bukan sahaja menguasai kemahiran mengenal abjad, mengeja suku kata dan membaca perkataan tetapi kemahiran ini perlu dipertingkatkan dengan penguasaan kelancaran dan kefahaman supaya proses membaca lebih berkesan. Di samping itu, pendidikan awal memainkan peranan yang penting dalam membentuk modal insan yang berkaliber kerana di peringkat inilah potensi yang ada pada kanak-kanak boleh dipupuk untuk berkembang dan berjaya kualiti yang diharapkan. Pintu yang membuka kejayaan ini bermula dari kemahiran asas bacaan dalam kalangan kanak-kanak. Kemahiran murid dalam awal bacaan di peringkat prasekolah banyak bergantung kepada persekitaran pembelajaran di rumah dan di sekolah. Perkara ini amat penting diketahui oleh ibu bapa di rumah dan guruguru di kelas-kelas prasekolah. Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu, guru hendaklah

memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkahlangkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut. Harus diingat bahawa tidak semestinya anak-anak yang tidak boleh membaca itu berpunca daripada ibu bapa yang buta huruf atau anak yang mahir membaca datang dari keluarga yang sosio ekonominya tinggi. Masalah tidak celik literasi membaca akan terus berlaku sekiranya ibu bapa hanya mengharap anaknya diajar membaca apabila berada di kelas prasekolah.Ibu bapa harus bijak memilih bahan bacaan yang sesuai untuk permulaan bacaan kanak-kanak. Bahan bacaan tersebut mestilah sesuai dengan peringkat umur kanakkanak seperti huruf yang besar dan jelas, berwarna-warni serta menggunakan kaedah bacaan

yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Selain itu, persekitaran yang sesuai yang disediakan di rumah dan sekolah untuk merangsang kanak-kanak supaya suka membaca akan membantu menerus dan memperkukuhkan minat murid terhadap bacaan. Kerjasama guru dan ibu bapa akan menjayakan persediaan modal insane yang diharapkan akan terus menjadi harapan masyarakat dan ummah seluruhnya.

LAMPIRAN 1 Arahan: Padankan gambar dengan huruf vokal yang betul.

o i a u e

LAMPIRAN 2 Arahan: Warnakan huruf-huruf vokal.

a j o d s

k u m q e t i

LAMPIRAN 3

Rajah 5

Contoh kaedah suku kata yang digunakan

Rajah 6: Pendekatan C yang digunakan di dalam buku BACEPAT

Contoh kaedah pandang sebut yang digunakan

RUJUKAN

1. Abdul Aziz Abd. Talib, 2000. Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

2. Khairuddin Mohamad, 2011. Siri Pendidikan Guru: Literasi Bahasa Melayu.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

3. Siti Hajar Abdul Azizi, 2009. Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu II. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

4. Mahzan Arshad,2003. Pendekatan Literasi Bahasa Melayu: satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

5. Kamarudin Hj Husin,, 1998. Pedagogi Bahasa.Petalaing Jaya: Logman Malaysia Sdn. Bhd.

6. http://nidapink90.blogspot.com/2011/11/kaedah-membaca.html

Anda mungkin juga menyukai