Anda di halaman 1dari 43

Kaedah Membaca ABJAD & Kaedah

guru untuk mengajar awal membaca.


KAEDAH BACAAN DAN TULISAN
(KRP6014)

Ahli kumpulan 12:

Hamidi B. Shariff
Nor Hafidah Bt. Mohd. Nordin
Farida Rena Bt. Ridzwan Ash
Farazila Bt. Sahar
Kaedah Abjad
Kaedah ini: kanak-kanak diajar
mengenal setiap huruf abjad dan
bunyinya dahulu.
FASA 1:
Dalam kaedah abjad, murid diajar
mengenal nama huruf secara teratur
dalam abjad: a b c... x y z
Berbagai cara membantu murid mengenal
huruf dan mengingat nama huruf.

1. Guru memperkenalkan setiap huruf


dengan menulisnya di papan tulis, a, b c
2. Guru menyebut nama huruf dan murid
ikut.
3. Guru mengguna kad imbasan atau carta
huruf (abjad) untuk melatih murid lihat
dan sebut nama huruf.
Sambungan.

4. Guru mengaitkan gambar dengan sesuatu


huruf, misalnya a untuk ayam, b untuk
buku, c cawan, dsb.
5. Guru mengajar menyanyi lagu a, b, c..
6. Murid melatih menulis setiap huruf dalam
buku tulis. Kadang-kadang 1 muka surat untuk
satu huruf.
7. Murid menulis huruf besar dan huruf kecil.
Mengenal dan menghafal huruf
Satu kepercayaan pekat ialah jika murid tidak
kenal semua huruf a b cx, y, z mengikut
susunan dalam abjad, murid tidak boleh diajar
membaca.
Sebab itu dari awal lagi mengenal dan
menghafal a b c..x y z dianggap penting,
sebelum murid diajar membaca.
(Fasa 1 mengambil masa kira 2 bulan)
Mengenal dan menghafal huruf

Guru menunjukkan kepada murid cara


mencantum huruf konsonan dengan huruf
vokal menjadi suku kata
ba bi bu be be bo
ca ci cu ce ce co
ya ti yu ye ye yo
Murid menyebut nama suku kata dan tulis
dalam buku latihan

(Fasa 2 ini 2 minggu)


Fasa 2: Mencantum huruf konsonan
dengan huruf vokal menjadi suku
kata
Guru menunjuk kepada murid cara
mencantum suku kata terbuka menjadi
perkataan, seperti buku kata suka
Guru menunjukkan pula membentuk perkataan
suku kata tertutup eg. malam
bukit, kasut lampu kapal jambu
Murid membaca dan menulis perkataan suku
kata terbuka dan tertutup
(Fasa 3 ini 2 minggu)
Fasa 3: Membentuk perkataan suku kata
terbuka

Guru menunjuk kepada murid cara mencantum


suku kata terbuka menjadi perkataan, seperti
buku kata suka
Guru menunjukkan pula membentuk perkataan
suku kata tertutup eg. malambukit, kasut
lampu kapal jambu
Murid membaca dan menulis perkataan suku kata
terbuka dan tertutup
(Fasa 3 ini 2 minggu)
Fasa 4: Membaca dan menulis ayat
mudah
Guru menulis ayat mudah untuk murid baca dan
salin.
Contohnya:
Ali buka buku. Ali baca buku

Kasim pergi ke sekolah. Dia suka belajar


membaca dan menulis.

* Latihan dibuat. Murid juga mula membaca cerita.


Kaedah Abjad: Ringkasnya
Fasa 1: Murid diperkenalkan nama huruf kecil dan huruf
besar abjad a b c x y z. Murid menulis huruf-huruf ini (
1 bulan )
Fasa 2: Murid diajar membentuk dan membaca nama suku
kata: ba bi bu be be bo, ca ci cu ce ce co
(2 minggu)
Fasa 3: Murid diajar membentuk dan membaca nama
perkataan, seperti: buku, buka, kuku, kapal, bukut jambu
(2 minggu)
Fasa 4: Kemudian murid diajar membaca ayat. (1 bulan)
* Kaedah ini mengambil masa 3-4 bulan sebelum
murid boleh membaca ayat dan cerita mudah.
b)Kaedah guru utk mengajar awal
membaca.
Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca
Menurut Ishak Ramly (2006),
Kaedah bermaksud satu rancangan tentang
apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan
situasi bagi mencapai sesuatu objektif
pengajaran.
Kaedah mestilah tidak bercanggah dengan
pendekatan yang telah dipilih. Oleh itu,
pemilihan kaedah yang paling sesuai amat
diperlukan oleh guru untuk memastikan
pengajarannya berjalan lancar dan objektif
pengajarannya tercapai
Kamarudin Hj. Husin,1988 telah menyatakan
10 jenis kaedah pengajaran kemahiran bahasa
iaitu Kaedah Terus, Kaedah Semulajadi, Kaedah
Askar Atau Tentera, Kaedah Ajuk-Hafaz, Kaedah
Linguistik/Fonetik, Kaedah Oral-Aural, Kaedah
Terjemahan, Kaedah Psikologi, Kaedah Kod-
Kognitif dan Kaedah Khusus.
Terdapat beberapa kaedah yang dinyatakan oleh
beliau sesuai untuk pengajaran kemahiran
membaca iaitu Kaedah Abjad, Kaedah
Semulajadi, Kaedah Fonetik dan Kaedah
Pandang Sebut.
Konsep Pendekatan, kaedah,
teknik
Pendekatan
Definisi : arah atau hala tuju yang diambil untuk
menuju ke sesuatu sasaran.
to come near to in any sense
Berasaskan teori atau generalisasi tertentu.
Sebagai pembuka haluan.
contoh pendekatan : Induktif, deduktif,
elektik, komunikatif, tematik, konstruktivisme,
kontekstual, masteri.

13
Definisi : cara atau aturan membuat sesuatu atau
hukum atau prinsip.
Tindakan yang sistematik dan tersusun untuk
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), kaedah ialah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang
telah dirancang dengan teratur.
Hassan Langgulung (1981), kaedah ialah aktiviti
pengajaran yang mempunyai langkah-langkah
tersusun.

14
Jenis-jenis kaedah
Kaedah natural
Kaedah tatabahasa terjemahan
Kaedah terus
Kaedah ajuk hafaz
Kaedah linguistik
Kaedah kod kognitif
Kaedah bahasa komuniti
Kaedah oral-aural
15
Teknik
Definisi : muslihat atau taktik yang
digunakan oleh guru untuk mencapai
hasil segera dan maksimum pada
waktu pengajaran.
Alat atau aktiviti yang digunakan oleh
guru untuk menyampaikan bahan
pengajaran yang dipilih.
16
Jenis-jenis teknik

Ada empat jenis teknik

Teknik drama
Teknik permainan bahasa
Teknik latih tubi
Teknik bercerita

17
Pendekatan

Kaedah

Teknik

18
Pendekatan Pengajaran Membaca
Pendekatan membina (sintesis)
Pendekatan cerakinan (analisis)

19
Pendekatan membina
Berdasarkan prinsip sintesis
Menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi unit
yang besar.
Contohnya: untuk mengajarkan ayat
Adik ada baju merah
-Perkenalkan huruf - a, b, d, e, h, j, k, m, u
-Perkenalkan suku kata ba, a, dik, ju, rah, me, da
-Perkenalkan perkataan baju, adik, merah, ada
-Perkenalkan rangkai kata - baju merah, adik ada.
-Perkenalkan ayat - adik ada baju merah.
20
Pendekatan cerakinan
Berbeza dengan prinsip sintesis.
Berdasarkan analisis atau cerakinan.
Dari unit yang besar ke bahagian-bahagian yang
kecil.
-Perkenalkan ayat - adik ada baju merah.
-Perkenalkan rangkai kata - baju merah, adik ada.
-Perkenalkan perkataan baju, adik, merah, ada
-Perkenalkan suku kata ba, a, dik, ju, rah, me, da
-Perkenalkan huruf - a, b, d, e, h, j, k, m, u
21
Pendekatan elektik

Menggunakan campuran kedua-dua


pendekatan.
Cara membina terdiri daripada kaedah
bunyi, kaedah huruf, dan kaedah suku kata.
Cara cerakinan terdiri daripada kaedah
perkataan, kaedah rangkai kata, dan
kaedah ayat.

22
Kelebihan
Pendekatan ini mengikut prinsip psikologi
membaca.
Dapat mengikut kehendak dan kebolehan murid
dan mengikut situasi.
Dapat menggunakan kaedah yang difikirkan paling
sesuai mengikut peringkat kesediaan dan
kebolehan murid.
Menggabungkan beberapa kaedah.

23
Cara mengajar
i. Bentuk huruf : setiap huruf diajarkan bunyinya
sahaja bukan nama huruf tersebut.
a - ayam p - payung i - ikan
i. Bentuk bahasa : suku kata diajarkan menerusi
perkataan.
ba - baju, bakul, bawang
i. Alat bantuan sangat penting. Kad imbasan,
kad ayat, kad kata, kad suku kata, power point.

24
Kaedah Mengajar Awal Membaca
Abjad, fonetik, dan suku kata.
Seluruh perkataan
Cerakinan
Kaedah gabungan

25
Abjad, fonetik, suku kata

Kaedah Abjad (huruf)


Kaedah yang tertua, sejak zaman Greek
dan Rom.
Mementingkan pengenalan huruf dan bunyi
huruf.
Dimulakan dengan mengenal nama-nama
huruf.

26
Bunyi-bunyi vokal diperkenalkan.
Huruf-huruf konsonan digabungkan dengan
huruf-huruf vokal dan dibunyikan.
Bunyi-bunyi diftong diperkenalkan
kemudian.
Bunyi-bunyi disambung menjadi suku kata.
b + a = ba, s + u = su

27
Suku-suku kata disambung menjadi
kata.
ka + ki = kaki su + su = susu
kata-kata digabung menjadi rangkai
kata.
Pengenalan ayat secara berperingkat.
Akhirnya murid diajar membaca setelah
mampu membaca ayat.
28
Kelebihan kaedah abjad
Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana
bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata
yang jelas.
Membolehkan murid membaca perkataan baharu
setelah mereka mengenal huruf dan bunyi vokal
dan konsonan.
Kaedah ini memberikan asas dan binaan yang
kukuh dalam aktiviti membaca.
Murid yakin dan tidak terkeliru.
29
Kelemahan
Aktiviti membaca mementingkan bunyi, kadang-
kadang murid tidak memahami apa-apa yang dibaca.
Hanya sebutan dan kelancaran yang dipentingkan.
Murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil
mengeja. Hal ini menjejaskan pemahaman.
Membosankan murid apabila diberikan latih tubi yang
berlebihan.
Dikatakan tidak selaras dengan psikologi murid
kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang
bermakna.
30
Kaedah Mengeja
Mengeja dan mengulang suku kata seperti b,a = ba;
t,u = tu - batu.
Mengeja terus sesuatu perkataan - b,a,j,u
Mengeja kata dengan suku kata pendek terlebih
dahulu.

Kebaikannya;
Murid mahir mengeja.
Memudahkan guru, tidak memerlukan ABM yang banyak.
31
Kelemahannya
Murid tidak lancar membaca kerana perlu
mengeja perkataan terlebih dahulu.
Tahap kefahaman murid rendah kerana murid
lebih mementingkan ejaan dan sebutan.
Murid membaca secara berlagu, tidak
mempedulikan rangkai kata dan jeda.
Bertentangan dengan psikologi pendidikan yang
mementingkan pengajaran dari keseluruhan
kepada bahagian-bahagian.
32
Kaedah bunyi
Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu
menjadikan suku kata, dan akhirynya perkataan.
b (beh), a (ah) = ba
j (jeh), u (uh) = ti
ba + ju = baju

Kebaikannya;
Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana suku
kata dalam bahasa Melayu agak setara.
33
Membolehkan murid membaca perkataan baharu
walaupun di luar perbendaharaan kata mereka.

Kelemahannya;
Bacaan murid tidak licin kerana tumpuan mereka
terhadap suku kata satu demi satu.
Tidak menarik kerana suku kata itu tidak
mempunyai makna yang nyata pada murid.
34
Kaedah Pandang Sebut

Mementingkan dua perkara

i. Membunyikan perkataan atau rangkai


kata berdasarkan gambar rangsangan.
ii. Membunyikan ayat melalui gambar yang
ada cerita.

35
Prosesnya;
Mengecam dan mengenal perkataan dengan
memandang keseluruhan gambar rangsangan.
Setelah dicam, tidak dieja tetapi terus disebut
perkataan berkaitan gambar.
Begitu juga untuk pengajaran tentang ayat.
Memerlukan pengulangan dan latih tubi yang
banyak.
Sesuai untuk pengajaran bacaan jawi.

36
Kelebihan

Dapat menarik minat murid kerana


mempelajari sesuatu secara keseluruhan.
Kaedah ini mementingkan makna. Murid
dapat memahami apa-apa yang dibacanya.
Guru dapat melatih murid membaca dengan
sebutan dan rentak irama yang betul.

37
Kelemahan

Bacaan murid terhadap bahan yang


ditunjukkan dalam gambar sahaja.
Murid-murid tidak mengenal huruf secara
formal.
Murid tidak mempunyai asas bacaan untuk
membaca sendiri.
Lambat tercapai kemahiran membaca.

38
KSSR Tahun 1
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk
memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan :
i. membaca pelbagai perkataan, frasa dan
ayat secara mekanis dengan sebutan dan
intonasi yang betul;
ii. membaca dan memahami perkataan dan
frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga
suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan betul;
39
KSSR Tahun 1
iii. membaca ayat tunggal daripada pelbagai
bahan bacaan dengan sebutan yang betul;
iv. membaca dengan sebutan, intonasi dan
jeda mengikut tanda baca dengan betul;
v. membaca dan memahami maklumat yang
tersurat daripada pelbagai bahan untuk
mengenal pasti idea utama dan membuat
klasifikasi dengan betul;
40
vi. membaca, memahami dan menaakul
maklumat dalam bahan grafik dengan betul
dan memindahkan kepada bentuk bukan
grafik; dan
vii. membaca dan memahami pelbagai bahan
bacaan secara didik hibur untuk
memperkaya kosa kata dan menambah
pengetahuan.
41
Tahun 2
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk
memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan :
i. membaca dan memahami perkataan, frasa
dan ayat majmuk yang mengandungi
perkataan dua atau lebih suku kata,
diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan
bergabung dengan sebutan yang betul;
42

Anda mungkin juga menyukai