Anda di halaman 1dari 18

Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif Dan Pengalaman Bahasa

Pendekatan binaan

Pendekatan binaan
Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan sintesis Pengajaran bacaan bagi pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan unsur yang lebih besar. Murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terkecil dahulu kemudian diikuti dengan suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.

Pendekatan binaan
Contoh 1 Untuk mengajar perkataan mata murid-murid diperkenalkan dahulu dengan huruf-huruf m a t dan a dan daripadanya dibentuk suku kata ma dan ta, kemudian digabungkan menjadi mata
Hurufhuruf Suku kata Perkataan

Kaedah yang sesuai dengan pendekatan ini adalah kaedah abjad. Contoh 2, Peringkat pratulisan, murid akan diperkenalkan dengan beberapa bentuk yang seakan-akan membentuk huruf seperti bentuk condong, bulatan, separa bulat, zig-zag dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk melatih kemahiran otot halus mereka agar bersedia sebelum menulis abjad.

Sambungan Kemudian, setelah mereka berkebolehan dan mengetahui cara untuk menulis kesemua abjad, maka guru akan membimbing murid untuk membina suku kata mengikut diagraf tertentu iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup seperti perkataan kv+kv, atau kv+kvk dan sebagainya. Hal ini menunjukkan murid sudah bersedia untuk menulis secara mekanis iaitu menulis frasa,klausa, ayat dan seterusnya.

Pendekatan cerakinkan

Pendekatan cerakinkan
Mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Pendekatan ini menghasilkan kaedah pandang dan sebut.

Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik.

Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca.

Pendekatan cerakinkan
Daripada beberapa perkataan, guru akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu seterusnya memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata. Pendekatan ini akan mempermudahkan lagi guru untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul.

Terdapat 4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-muridnya seperti latihan menyebut perkataan, latihan membatangkan perkataan kepada sukukata, latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama serta latihan membina dan membaca ayat sempurna.

Pendekatan komunikatif

Pendekatan komunikatif
Bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi.

Menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi.

Matlamat pengajaran bahasa mengikut pendekatan ini ialah untuk membentuk apa yang dimaksudkan oleh Hymes (1972) sebagai keupayaan berkomunikasi.

Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana: *Pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap. * Tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja. *Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan / secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif. Aktiviti yang boleh dilaksanakan:Bercerita/teater pembaca /laporan@ulasan buku/choral speaking

Pengalaman bahasa

Memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca

Apabila murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan , muridmurid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya.

3 peringkat dalam proses membaca iaitu: lateral Interpretasi & inferens Penilaian makna

Murid murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat peringkat tersebut.

Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, variasi ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut.

Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya.

Sebagai contoh:
Jika murid murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan, ini akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan pelancongan (Gunung Kinabalu). Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut: a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.

c)Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu muridmurid mengusai konsep. d)Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca. e)Guru perlu mempelbagaikan bentuk atau laras bacaan dalam pengajaran pembelajaran bacaan.

Anda mungkin juga menyukai