Anda di halaman 1dari 4

https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/kaedah-pengajaran-kemahiran-menulis.

html
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
https://ipkent.edu.my/lib2/index.php/koleksi-digital-2015/272-meningkatkan-penguasaan-ayat-
songsang-pendepanan-kata-kerja-dalam-ayat-tunggal-menggunakan-teknik-piramid-kasuke-213-
abstrak MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT
BERPANDUKAN GAMBAR MENGGUNAKAN TEKNIK WAH DALAM KALANGAN MURID
TAHUN LIMA

Reseach Problem R. OBJ R HYPO


background statement TRU QUESTION IF
RELAVANT SOLVE MINIMUM EACH RO RELATED
BY TIS NO OF SHOULD
STUDY ROB HV RQ

Kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang kompleks. Kemahiran


tersebut dikuasai oleh murid setelah menguasai kemahiran lisan dan kemahiran
membaca. Kemahiran menulis diajarkan secara berperingkat-peringkat. Untuk
memastikan objektif pengajaran kemahiran menulis, guru boleh menggunakan
pendekatan-pendekatan tertentu seperti yang di bawah:
• Pendekatan Terkawal
• Pendekatan Berpandu
• Pendekatan Bebas
• Pendekatan Proses
• Pendekatan Komunikatif
• Pendekatan LEA

Pendekatan Terkawal

Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu


murid menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur
karangan. Selain itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid daripada melakukan
kesalahan baik dari segi bahasa mahupun dari segi isi. Murid menulis karangan
dengan berpandukan sepenuhnya kepada bahan yang disediakan oleh guru. Anatara
aktiviti yang sesuai dilaksanakan menurut pendekatan ini ialah menulis karangan
berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk perkataan lengkap
dan sebagainya.
Pendekatan Berpandu

Pendekatan berpandu merupakan pendekatan menulis di mana guru memberikan isi


karangan kepada murid sebagai panduan dalam menulis. Antara contoh aktiviti yang
signifikan dengan pendekatan ini ialah murid membina ayat berdasarkan perkataan
atau rangkai kata yang telah diberikan oleh guru. Selain itu, murid mengisi tempat
kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan
perenggan. Bagi memudahkan murid dalam penulisan, guru boleh menyediakan
bahan bantu mengajar seperti kad imbasan dan kad perkataan. Murid mengolah isi
berdasarkan pendahuluan dan pengakhiran cerita yang diberikan oleh guru.
Penggunaan pendekatan berpandu ini dapat meminumkan murid daripada melakukan
sebarang kesalahan dalam penulisan. Menurut pendekatan ini, murid terlebih dahulu
didedahkan dengan latihan memadankan ayat. Sekiranya murid telah mahir dalam
aktiviti tersebut, aras latihan akan ditingkatkan. Penulisan karangan boleh dilakukan
dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk wacana yang lengkap.

Pendekatan Bebas

Pendekatan bebas merupakan pendekatan yang relevan dilaksanakan untuk


kumpulan murid yang sudah menguasai aspek penulisan dengan baik. Murid menulis
karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru. Dalam penghasilan karangan,
murid mencari isi karangan sendiri tanpa bantuan guru. Setelah mencari isi, murid
menyusun isi dan membuat rangka karangan. Berdasarkan pendekatan ini, guru boleh
memberikan beberapa perkataan atau rangkai kata tertentu bagi membantu murid
memantapkan lagi pengolahan murid. Penggunaan peribahasa amat digalakkan
menurut pendekatan ini.

Pendekatan Proses

Pendekatan proses tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh
murid-murid. Pada peringkat permulaan, murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk
yang diberikan oleh guru. Pengumpulan bahan tersebut boleh dilakukan secara
berkumpulan atau individu. Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio.
Bahan-bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk
karangan yang diberikan kepada mereka. Penggunaan sumber bahan berasaskan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) adalah digalakkan. Bahan yang tidak
digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk kegunaan bagi tajuk karangan yang
lain. Setelah itu, murid menyusun isi karangan yang diperoleh daripada bahan tersebut.
Dalam peringkat menyusun isi, murid berbincang dengan guru. Isi yang telah disusun
ditulis dalam bentuk karangan. Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam
bentuk penulisan yang lengkap. Murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan
melakukan mpembetulan terhadap sebarang kesalahan dalam penulisan. Setelah
selesai melakukan pengeditan dan pembetulan, karangan tersebut dihantar kepada
guru untuk dinilai. Berdasarkan pendekatan ini, tumpuan guru adalah terhadap proses
mengarang yang dilalui oleh murid bermula daripada proses mengumpul bahan,
menyaring bahan, menyusun bahan, mengolah bahan ke dalam bentuk
pemerengganan yang sesuai, mengedit penulisan dan menghantat hasil penulisan
kepada guru.

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan komunikatif merujuk kepada penulisan berdasarkan fungsi bahasa


sebagai alat perhubungan. Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang
berkesan dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang memberi fokus terhadap aspek
penstrukturan karangan. Murid diberikan laihan mengemukakan pendapat mereka
tentang sesuatu idea. Murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks
perbincangan autentik. Menurut pendekatan ini, bentuk penulisan murid lebih kepada
bentuk melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar.
Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multimedia dapat membantu murid
dalam mengemukakan penceritaan.

Pendekatan LEA (Language Experience Approach)

Menurut pendekatan LEA, guru meransang perbincangan berkaitan tajuk yang dipilih.
Murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita. Perkataan tertentu yang
akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru. Murid diminta
membina ayat berdasarkan idea yang mereka berikan. Setelah itu, guru membimbing
murid memberi tajuk cerita. Guru menulis ayat untuk membina cerita bertulis. Setelah
cerita selesai ditulis, guru membaca cerita tersebut membaca secara nyaring untuk
didengar oleh murid. Murid menyalin teks cerita yang ditulis oleh guru. Murid
menggariskan perkataan yang mereka tahu. Kemudian, guru meminta murid
menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi yang sesuai.

Ulasan
Definisi operasional
Menulis. Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah
mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan lain-
lain. Di samping itu, menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain)
dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang.
Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, “Menulis adalah keperluan
peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk
kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.”Sebenarnya, menulis
bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang
membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan
bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk
melahirkan fikiran dan perasaan.

Anda mungkin juga menyukai