Anda di halaman 1dari 6

Kaedah proses

Pengenalan Menurut Sulaiman Masri (1990), karangan merupakan susunan perkataan yang membentuk ayat, dan ada pula disusun sehingga menjadi perenggan, fakta dan fikiran, disusun lengkap menjadi satu kesatuan. Ini bermakna, perkataan dalam ayat tidak boleh disusun tanpa fakta dan fikiran, dan sebaliknya fakta dan fikiran tidak boleh disusun tanpa menggunakan sejumlah perkataan yang asalnya terpisah, menjadi ayat dan perenggan. Jelaslah, mengarang merupakan kemahiran berbahasa yang tinggi dan pelajar boleh menguasai kemahiran mengarang dengan baik jika menguasai tiga kemahiran bahasa yang lain, iaitu mendengar, bertutur dan membaca Sebenarnya, untuk mengajar murid-murid menghasilkan pelbagai bentuk teks atau menulis karangan pelbagai bentuk, guru bahasa Melayu itu mesti menyediakan diri dengan imaginasi yang jelas, kosa kata yang banyak, dan keupayaan menyampaikan isi atau fakta secara sistematik. Dalam hal ini, sebelum mulai menulis karangan, guru perlu mengingatkan pelajar supaya menentukan tema dan membuat perancangan rapi sebelum menulis.

Pendekatan Proses Pendekatan proses menekan proses dalam penghasilan sesebuah karangan dan bukannya kepada hasil kepada penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan

membincangkannya. Melalui pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai dan penggunaan tatabahasa yang tepat sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik.

16

Prosedur Perlaksanaan Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat. Untuk mencapai objektif kemahiran yang hendak dicapai, pengajaran karangan boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan tertentu. Salah satu daripada pendekatan itu ialah pendekatan proses. Pelaksanaan pendekatan proses dalam penulisan ialah satu kaedah mengarang yang bersistem dan terancang kepada pelajar. Melalui pendekatan ini pelajar dilatih secara berdisiplin dalam menghasilkan karangan di samping menerapkan kemahiran mengarang yang betul dan bermakna. Peringkat Pendekatan Proses Pendekatan ini menyarankan beberapa peringkat penulisan yang harus dilalui oleh murid-murid sebelum mereka menghasilkan karangan. i. Penentuan tajuk dan pengumpulan maklumat Pada peringkat ini, guru memberikan peluang yang cukup kepada

murid untuk menerokai tajuk sebelum menulis, seperti membuat rujukan, perbincangan, perbahasan, sumbang saran dan main peranan untuk mendapatkan isi karangan.

ii.

Penulisan draf Berdasarkan isi karangan yang diperoleh, murid mula membuat rangka dan menulis draf karangan.

iii.

Penyemakan pertama Murid menyemak draf yang telah siap dan cuba memperkemas karangan dari segi isi, tatabahasa dan pemerengganan.

iv.

Penyemakan kedua Draf yang telah diperkemas diberikan kepada rakan atau guru untuk mendapat maklum balas tentang penulisan tersebut. Semua

pandangan mereka boleh digunakan untuk meninggikan mutu penulisan itu lagi.
17

v.

Penulisan draf akhir Murid menyalin draf semula dengan mengambil kira pandangan yang diberikan oleh guru dan rakan. Semasa menulis, murid hendaklah memberikan perhatian kepada kejelasan, penyampaian, penggunaan tatabahasa dan ejaan yang betul.

vi.

Persembahan Bahan penulisan yang telah dinilai oleh guru hendaklah dipilih dan dibacakan di dalam bilik darjah, dipamerkan atau diterbitkan.

Pengaplikasian Kaedah Proses Dalam Pengajaran Mengarang Guru memberi tajuk karangan mengikut tahap kebolehan minat dan latar belakang murid. Murid mencari dalam pelbagai sumber dan mengumpul bahan/makumat yang berkaitan topik dan menyediakan folio. Murid berbincang dengan guru untuk memilih maklumat berkaitan topik sahaja. Murid menyediakan rangka karangan dalam bentuk grafik. Setelah rangka karangan menepati tajuk, murid menyediakan draf karangan. Proses mengedit karangan oleh rakan sebaya. Murid menulis karangan dan menghantar kepada guru. yang menepati dan

Langkah-Langkah Pengajaran Mengarang Menggunakan Kaedah Proses Jenis karangan : Fakta Teknik Tajuk : : Membina ayat topik dan ayat huraian. Membincangkan langkah langkah memupuk tabiat membaca kalangan pelajar sekolah. Aktiviti 1 : Murid membaca tajuk karangan secara senyap.

18

Murid dikehendaki mengenal pasti kata kunci yang terdapat dalam tajuk karangan. i. ______________________ ii. _____________________ iii. _____________________ iv. _____________________

Aktiviti 2

: (Bahagian Pendahuluan)

Murid menjawab soalan yang berikut : 1. Budaya membaca dalam kalangan pelajar semakin berkurangan? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan budaya membaca? 3. Mengapakah ramai pelajar sekolah tidak gemar membaca? 4. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil untuk memupuk semula budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah?

Aktiviti 3 Ayat topik Ayat huraian

: : :

(Isi 1) Apakah langkah yang boleh diambil? Bagaimanakah langkah diambil dapat meningkatkan minat membaca.

Peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca terhadap anak -anak. (ayat topik) 1. 2. 3.

19

Salin ayat ayat di atas dalam bentuk perenggan (Isi 2) Aktiviti 4 : (Isi 3)

Media massa memainkan peranan dalam memupuk minat membaca (ayat topik) 1. 2. 3.

Salin ayat ayat di atas menjadi perenggan. Aktiviti 5 : (Penutup)

Jawab soalan di bawah : 1. Adakah semua pihak berperanan penting dalam menyemaikan budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah? 2. Adakah budaya membaca mempunyai kaitan langsung dengan penguasaan ilmu yang luas dan seterusnya dapat digunakan untuk memajukan negara? Lengkapkan ayat ayat berikut menggunakan jawapan di atas. Ayat 1 : Kesimpulannya, semua pihak Ayat 2 : Budaya membaca mempunyai Salin ayat ayat di atas sebagai penutup.

20

Kesimpulan Pendekatan ini tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh murid-murid. Murid-murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru. Aktiviti ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. Bahanbahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio untuk digunakan kepada tajuik karangan yang lain. Bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan. Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat digalakkan. Murid menyusun isi dan berbincang dengan guru sebelum menyediakan rangka karangan yang mantap ditulis dalam bentuk karangan yang lengkap. Murid mengedit karangan yang telah lengkap untuk pembetulan dan setelah siap, karangan itu dihantar kepada guru. Sebagai kesimpulannya, pelaksanaan pendekatan proses dalam penulisan ialah satu kaedah mengarang yang bersistem dan terancang kepada murid-murid. Melalui pendekatan ini murid-murid dilatih secara berdisiplin dalam menghasilkan karangan di samping menerapkan kemahiran mengarang yang betul dan bermakna.

21

Anda mungkin juga menyukai