Anda di halaman 1dari 45

Kaedah Struktural

Strukturalisme ialah pendekatan yang digunakan untuk menganalisis karya naratif dengan
meneliti struktur dalaman teks. Strukturalisme berasal daripada linguistik Ferdinad de
Saussure yang mengetengahkan cara berfikir tentang dunia melalui persepsi dan deskripsi
berhubung dengan fenomena metos dan ritual untuk melihat sistem tanda.

Pandangan tersebut telah ditransformasikan ke dalam bidang kesusasteraan oleh tokoh-


tokoh selepasnya. Strukturalisme zaman awal berpendapat bahasa memainkan peranan
penting dalam pencarian makna. Makna itu pula bukanlah sesuatu yang mudah dicari
memandangkan makna itu sendiri suatu konsep yang abstrak.

Suatu makna adalah sebagai fungsi sistem bahasa, sistem itu pula membentuk struktur
sastera dan seterusnya mempunyai hubungan dengan sistem kehidupan. Strukturalisme
menyatakan pengkritik haruslah berusaha untuk mencari makna teks berdasarkan struktur
teks itu sendiri. Menurut pendekatan ini, dalam sesebuah itu terkandung makna sebenar dan
pengkritik bertanggungjawab menyorot dan menggeledah struktur teks tersebut.

Teori ini melihat pembentukan kesatuan teks dalam erti kata teks sastera sebagai jalinan
struktur yang kompleks. Segala unsur yang membentuk karya itu perlu diselidiki dan
dianalisis dan dengan berbuat demikian makna keseluruhan teks akan dapat dijelmakan.
Teori ini menekankan elemen yang menjadi pengawal sesebuah teks. Pengawal sesebuah
teks itu ialah segala unsur yang menjalin teks yang terdiri daripada keseluruhan,
transformasi, regulasi diri, sinkronik dan desentralisasi.

Menganalisis karya semata-mata berpandukan kepada apa yang dihasilkan. Menghuraikan


aspek ekstrinsiknya serta melihat mutu pencapaian karya, bukannya usaha penyelidikan
karya tersebut. Pertama, Karya sastera sebagai sebuah dunia yang mempunyai rangka dan
bentuknya tersendiri ibarat sebuah rumah. Melalui pendekatan ini kita akan melihat melihat
komponen tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan serta memberi
perhatian yang utama terhadap aspek-aspek dan unsur-unsur membina sesebuah karya
iaitu aspek teknik karya. Menurut C.T.Winchester, 1960, kekuatan karya terletak pada teknik
dan kemahiran pengarang bercerita atau berkarya.
Ciri-ciri Pendekatan struktural

Pendekatan ini telah digunakan oleh guru-guru di sekolah sejak tahun 1960-an lagi. Ciri-
cirinya ialah:

Kritikan Moden
Karya dikaji berasaskan kritikan sastera moden.

Pembacaan Teliti
Guru dan pelajar mesti membaca dan meneliti karya kerana penganalisisan hanya
dapat dilakukan setelah karya itu benar-benar difahami dan dihayati.

Menganalisis Struktur
Pendekatan ini menekankan pemahaman dan analisis terhadap unsur-unsur yang
membina karya itu seperti plot, perwatakan, tema, latar, ciri-ciri simbolik, klimaks dan
lain-lain. Hubungan antara unsur-unsur ini amat erat dan membentuk satu satuan
yang unik, yang dijadikan alat untuk mencerminkan peristiwa-peristiwa dan hakikat
kehidupan masyarakat penulisnya.

Induktif*
Pembelajaran bersifat induktif, iaitu murid-murid sendiri mengesan dan mengenal
pasti, serta menganalisis struktur sesebuah karya. Misalnya, mereka sendiri
mengesan tema, persoalan-persoalan sampingan, watak utama, watak sampingan,
sifat-sifat utama, jalan cerita, penyampaian dan lain-lain. Tugas guru hanya membantu
dan memandu murid-murid membuat rumusan-rumusan yang betul dan tepat. Unsur-
unsur yang dikaji itu hendaklah dilihat sebagai satu kesatuan. Setiap unsur itu
mempunyai pertalian antara satu sama lain. Misalnya, tema ditonjolkan melalui
perlakuan dan pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh watak, plot juga dijalin
melalui peristiwa-peristiwa yang dialami oleh watak. Satu teknik yang penting untuk
membantu murid mengesan dan mengenal pasti dengan tepat akan ciri-ciri struktur
karya itu, ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang dapat mengarah
pemikiran murid kepada perkara yang menjadi fokus pengajaran. *Boleh
dibincangkan.

Berdasarkan Objektif Tertentu.


Dalam sesuatu masa pengajaran, guru mesti memberi tumpuan terhadap sesuatu
objektif yang tertentu. Misalnya dalam soal tema, maka aspek temalah yang diajarkan
secara terperinci. Ini dilakukan supaya murid-murid benar-benar dapat memahami,
mengenal pasti, menginterpretasi dan menghayati pokok persoalan sesebuah karya
itu.

Menjelaskan Konsep
Lazimnya, sebelum analisis terhadap karya dijalankan, guru terlebih dahulu
menjelaskan konsep-konsep tertentu yang menjadi fokus pengajaran. Misalnya,
konsep dan pengertian plot, unsur ketegangan, kemuncak, sorotan kembali, sorotan
muka, peleraian, nada dan sebagainya. Perlulah dipastikan bahawa murid-murid telah
memahami konsep-konsep tersebut sebelum aktiviti bilik darjah dijalankan.

Kognitif Kemahiran kognitif yang lebih ditekankan oleh guru dalam pengajaran ialah
kemahiran kefahaman, iaitu memahami dengan mendalam akan karya yang dipelajari
dari segi unsur-unsur yang membentuknya.

Deskriptif Di samping menekankan kemahiran pemahaman, pendekatan ini juga


memberatkan latihan-latihan penghuraian dan penganalisisan terhadap struktur
sesebuah karya yang dikaji. Misalnya menginterpretasi sifat-sifat watak, tema, latar
cerita, penggunaan bahasa pengarang dan sebagainya.

Mengutamakan Struktur Luaran Walaupun murid-murid diberi kebebasan untuk


berbincang, tetapi pembelajaran lebih banyak dipandu oleh guru dan berasaskan
landasan-landasan yang telah diajarkan. Dengan kata lain, pembelajaran sastera
terbatas pada struktur luaran yang telah ditentukan.

ABM Tidak Penting Oleh sebab pengajaran dan pembelajaran karya sastera lebih
berfokus pada struktur sesebuah karya, maka alat bantu mengajar tidaklah begitu
dipentingkan. Pengajaran lazimnya lebih berupa “penerangan” guru dan
perbincangan antara murid dengan guru dan murid dengan murid.

Dalam sesebuah pengajaran, guru boleh menggunakan pendekatan struktural ini dengan
meyediakan sebuah pengajaran dan sebagai contohnya :-
Tajuk: Mengesan Tema dan Perwatakan dalam Cerpen

• Guru menerangkan konsep tema dalam sesebuah cerita. Misalnya, tema ialah Gagasan

Langkah 1 fikiran atau persoalan yang menjadi pemikiran atau permasalahan yang mendasari
karya". Perwatakan ialah "Gambaran keseluruhan sifat-sifat watak yang ditonjolkan dalam
sesebuah cereka, misalnya kelakuan, perasaan, cara berfikir dan sebagainya". (Generalisasi).

Langkah 2

• Guru memberikan ringkasan cerpen yang hendak diajarkan pada hari itu untuk menarik
minat dan perhatian murid.(Contoh)

• Guru menjelaskan makna perkataan sukar yang terdapat dalam cerpen untuk membantu
murid-murid memahami cerpen tersebut dengan lebih cepat. (Proses yang bersifat deduktif)

Langkah 1: Langkah 2: Guru memberikan ringkasan cerpen yang hendak diajarkan pada
hari itu untuk menarik minat dan perhatian murid.(Contoh)

Langkah 3: Guru menjelaskan makna perkataan sukar yang terdapat dalam cerpen untuk
membantu murid-murid memahami cerpen tersebut dengan lebih cepat. (Proses
yang bersifat deduktif)

Langkah 4: Murid-murid diberi masa untuk membaca senyap. Mereka juga diminta
mengesan tema dan aspek-aspek perwatakan sebagaimana yang telah diterangkan.
(Proses generalisasi, ciri induktif)
Langkah 5: Beberapa orang murid diminta menceritakan cerita dalam cerpen itu sekali lagi
secara ringkas untuk menguji kefahaman mereka. (Peneguhan)

Langkah 6: Penganalisisan dan pengesanan terhadap tema dan aspek-aspek perwatakan


dilakukan secara perbincangan. Untuk memandu dan membimbing murid-murid,
guru mengemukakan soalan-soalan yang dapat mencungkil kebolehan murid-murid
mengenal pasti tema dan perwatakan cerita. (Proses induktif)

Langkah 7: Guru membuat rumusan tentang persoalan, tema dan perwatakan bagi cerpen
yang diajarkan pada hari itu dan membuat catatan di papan hitam. Murid-murid
menyalin catatan itu. Atau Guru membuat rumusan secara lisan dan murid-murid
diminta menuliskannya dalam buku masing-masing dengan menggunakan bahasa
mereka sendiri. (Generalisasi deduktif [dilakukan oleh guru] dan peneguhan.)

Catatan: Untuk menjimatkan masa, cerpen boleh diberi oleh guru dua atau tiga hari
sebelum pengajaran dijalankan. Untuk mengukuhkan kefahaman dan keupayaan
pelajar, guru boleh menyuruh mereka mengesan tema dan perwatakan cerpen lain
sebagai kerja rumah.

Kelebihan Pendekatan Struktural

1. Memahami Konsep Pendekatan ini dapat memberikan kefahaman yang mendalam


kepada murid tentang pengertian konsep-konsep dalam kajian teks sastera kerana
murid dapat mengesan unsur-unsur yang dikaji itu daripada karya yang diajarkan.

2. Mudah Mengajar Guru lebih mudah mengajar kerana analisis setiap struktur dibuat
satu persatu dan pada waktu-waktu pengajaran yang tertentu. Dengan perkataan
lain, tumpuan dapat dibuat pada analisis sesuatu struktur secara mendalam,
sebelum beralih kepada penganalisisan struktur yang lain.

3. Pembacaan Teliti Pembacaan terhadap karya perlu dilakukan dengan teliti dan
terperinci kerana hanya dengan demikian analisis struktur dapat dilakukan. Ini dapat
memastikan pemahaman murid mendalam.

4. Tidak Banyak ABM Pendekatan ini lebih mudah dijalankan kerana tidak
memerlukan banyak alat bantu mengajar.

Kelemahan Pendekatan Struktural


1. Terpisah Dengan menganalisis sesebuah karya sastera berdasarkan struktur
seolah-olah karya itu dapat dipisah-pisahkan dan unsur-unsur seolah-olah dapat
wujud secara terasing; walhal karya sastera sebenarnya dibentuk daripada
gabungan unsur-unsur tersebut. Pengajaran sastera berdasarkan pendekatan ini
sukar memperlihatkan hubungan antara unsur-unsur yang membentuk sesebuah
karya sastera itu.

2. Membosankan Pelajar berkemungkinan bosan kerana mereka tidak berpeluang


mengalami dan menghayati karya yang dipelajari.

3. Menghafal Menggalakkan pelajar menghafal, bukan mengamalkan nilai-nilai murni


dalam karya yang dikaji.

4 Stereotaip Teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersifat stereotaip. Hal
ini akan meninggalkan kesan yang membosankan terutama jika guru tidak
menggunakan alat bantu mengajar. Aktiviti hanya bertumpu di bilik darjah dan
banyak dipraktikkan teknik huraian dan perbincangan. Murid-murid tidak berpeluang
melakonkan adegan-adegan dalam cerita. Mereka tidak berpeluang melakukan
aktiviti yang dapat menimbulkan penikmatan dan penghayatan terhadap karya itu.

KAEDAH MENGALAMI MENGHAYATI

Pendekatan yang menekankan pengalaman pelajar dan sejauhmana pelajar dapat


menghayati pengalaman penulis melalui teks yang dibaca.
Keupayaan mengaitkan pengalaman dengan isi karya yang dikaji Kebolehan
memahami dahulu isi cerita atau maksud puisi sebelum mengkaji secara terperinci
aspek-aspek struktur sesebuah karya
Keupayaan memberikan pendapat dan menilai aspek-aspek struktur yang tertentu
dalam sesebuah karya sastera.
a.Guru suruh murid baca dulu karya sastera
b.Adegan/aksi/aspek paling berkesan dipilih guru untuk diaktifkan dalam aktiviti.
c.Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara
mendeklamasinya.Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti
lakonan, drama atau improvisasi.Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan
dalam aktiviti berbalas pantun atau karya gurindam dinyanyikan mengikut irama-
irama tertentu seperti joget, zapin, dangdut dan yang bersesuaian
d.Murid menyatakan pengalamannya dan pengalaman dalam karya sastera.
Kaedah Mengalami - Menghayati Dalam Sastera
Kaedah ini dikemukakan oleh Googman (1962) supaya sesuatu pengalaman itu dikaji mengikut apa
yang ditanggapi oleh pembaca itu sendiri. Individu itu ada pengalaman tersendiri. Ada hasil daripada
pengalaman yang dilalui dan ada nilai pengalaman itu sendiri. Tekankan apa yang dialami oleh
pembaca dan sejauh
mana pembaca dapat menghayati rakaman penulis melalui bahasa yang disampaikan.

Kaedah ini lebih menekankan penikmatan. Aspek sastera yang dikaji perlu dirasai dan dihayati
sepenuhnya. Guru menggunakan semua himpunan pengalaman pelajar bagi mendapat sesuatu
pengalaman baru. Pelajar biasanya didedahkan dengan beberapa persoalan di dalam sesuatu aspek
yang dikaji. Persoalan diinterpretasi sehingga ia benar-benar dapat dirasakan.

Pengajaran tidak ditumpukan kepada objektif tertentu tetapi lebih kepada mencungkil pengalaman
pelajar. Guru perlu cekap menarik perhatian dan menarik minat pelajar kepada cerita yang
dikemukakan. BBM penting bagi menyuburkan imaginasi pelajar. Perlu dilatih berfikiran kritis dan
kreatif – memberi pendapat, pertimbangan wajar, penilaian, kritikan dan sebagainya.

Pelajar boleh membuat simulasi sendiri supaya wujud kefahaman mendalam. Kajian intrinsik –
kerohanian, jiwa, nilai, hati nurani, kemanusiaan dan kemasyarakatan, semangat, sifat keperwiraan,
perasaan seni halus akan menusuk ke jiwa pelajar. Kaedah ini boleh memberikan kepuasan dan
meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa pelajar. Pelajar menggunakan pengalaman masing-
masing dalam menghadapi dan menanggapi karya sastera.

Ciri Kaedah Mengalami - Menghayati Dalam


Sastera
Ciri-ciri Kaedah Mengalami Menghayati

• Setiap individu ada pengalaman tersendiri hasil daripada pengalaman lalu dan nilai
warisan. Pengalaman dan penghayatan pelajar diutamakan.
• Guru membimbing pelajar dan mendapatkan emosi dan pengalaman daripada
karya.
• Objektif terakhir pengajaran kesusasteraan ialah penikmatan dan penghayatan.
Analisis pengalaman pelajar sangat penting. BBM dan teknik menyoal akan
membantu guru bagi mencapai objektif pengajaran.
• Pelajar perlu diberikan peluang membaca karya-karya kesusasteraan dahulu
dalam masa tertentu untuk memperoleh kesan keseluruhan penghayatan. Elemen-
elemen struktur akan disentuh secara tidak langsung dalam perbincangan tentang
keindahan karya.
• Para pelajar juga dilatih menggunakan fikiran dengan kritis dan kreatif. Ini dicapai
melalui teknik menyoal yang sistematik – soalan mencungkil pandangan, pendapat,
pertimbangan dan penilaian para pelajar. Jawapan guna daya kreatif dan imaginasi
masing-masing.
• Aktiviti-aktiviti pelajar bersama-sama bimbingan guru amat dipentingkan. Para
pelajar digalakkan melakonkan episod-episod sendiri dan membincangkan
persoalan-persoalan tertentu yang wujud dalam fikiran masing- masing tanpa
ditetapkan acuannya terlebih dahulu oleh guru. Dalam hal ini teknik perbengkelan
amat sesuai digunakan. Ini akan menentukan penglibatan para pelajar secara
menyeluruh.
• BBM amat penting dalam mewujudkan penikmatan dan penghayatan. Antara alat-
alat yang sesuai ialah pita rakaman, gambar-gambar, kostum serta objek sebenar
tentang sesuatu perkara.
• Pendekatan ini membantu guru mewujudkan sebuah kelas yang aktif dan hidup.
Para pelajar juga dapat membina kemahiran menganalisis melalui aktiviti-aktiviti
yang dijalankan.

Kaedah Struktural Dalam Sastera


Ciri-Ciri Kaedah Struktural:

Ia merupakan perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan seperti tema, plot, watak


perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk
keseluruhan karya. Dalam P&P sastera, pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan
perhubungannya hendaklah diberikan perhatian.

Kaedah ini menggunakan pendekatan induktif. Para pelajar dibimbing mencari dan menemui objektif
tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukan guru yang mahir dan tahu secara mendalam
perhubungan elemen struktur tersebut.

Objektif tertentu elemem struktur sahaja yang diutamakan tanpa mengambil kira aspek-aspek lain.
Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran dimulakan dan kemudian
setiap unsur itu dijelaskan secara terperinci.

Pembelajaran lebih banyak dipandu oleh guru. Walaupun pelajar dibenarkan membincangkan
sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi perbincangan itu tidak boleh keluar daripada acuan yang
telah ditetapkan oleh guru.

Bahan bantu mengajar (BBM) tidak dipentingkan, tetapi kefahaman elemen struktur sahaja dan ini
memadai dengan penerangan dan perbincangan ringkas sahaja.
Kaedah ini sesuai di peringkat tinggi sahaja.

Pendekatan struktural dalam pengajaran nahu bahasa melayu. Pengajaran aspek


tertentu nahu seperti imbuhan, perkataan atau frasa perlu menggunakan bentuk dan
maknanya sekali dalam ayat. Dalam para guru mengaplikasikan pendekatan
struktural, mereka harus sedar bahawa bahasa mempunyai makna leksisnya yang
tersendiri dibawa oleh perkataan, manakala makna tatabahasa (makna struktural)
pula dibawa oleh sistemnya. Oleh itu, para guru yang peka harus menerapkan
makna linguistik secara keseluruhannya dalam pengajaran tatabahasa yang
mengandungi kedua-dua unsur atau elemen iaitu makna leksis pada tiap-tiap
perkataan dan makna struktural. Makna sesuatu unsur tatabahasa perlu ditunjukkan
melalui pembinaan ayat, kerana ia adalah asas atau tunjang bagi murid-murid
memahami pembelajaran tatabahasa dengan berkesan. Ayat pula menjadi asas
untuk penggunaan semua unsur tatabahasa yang lebih kecil daripadanya.
Berdasarkan pendekatan ini, guru harus memperkenalkan pengertian “ penerbitan”
bagi sesuatu ayat. Guru juga harus mempunyai pengetahuan untuk menggunakan
rajah pohon (seperti yang di tunjukkan sebelum ini) dalam membina sesuatu ayat
berasaskan imbuhan me-, mem-, dan men-. Ini adalah kerana hala tuju pengajaran
tatabahasa dengan pendekatan struktural akan lebih jelas ditunjukkan kepada
pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan pelajar secara tidak
langsung akan dapat membezakan atau memecahkan struktur ayat kepada subjek
dan predikat. Mereka juga mampu untuk menentukan golongan kata yang pada
setiap perkataan dalam sesuatu ayat. Ini akan menyumbang kepada tahap
pemahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar dalam mempelajari rumus
tatabahasa.

Pendekatan Pemahaman Teks Kaedah Berfokus


Kaedah Berfokus
Diperkenalkan pada 1984 – Unit Bahasa Melayu, Pusat Perkembangan Kurikulum.
Menitikberatkan kandungan dan isi pelajaran. Kaedah ini mengandungi dua
tumpuan:
• Tumpuan utama – FOKUS UTAMA
• Tumpuan kedua - FOKUS SAMPINGAN
Fokus sampingan mungkin lebih daripada satu. Tugas fokus sampingan untuk
membantu dan memperkuatkan fokus utama.

Fokus utama – perkara yang paling menonjol dalam sesuatu hasil karya perlu
diberikan penekanan utama, manakala perkara lain yang kurang menonjol sebagai
perkara sampingan. Fokus utama dan fokus sampingan boleh bertukar ganti – fokus
utama jadi fokus kedua, fokus sampingan menjadi fokus utama. Bergantung kepada
kreativiti guru – apakah yang hendak difokuskan – aspek apa? –isi, bahasa, unsur
moral, nilai murni, kemasyarakatan, gaya bahasa dan sebagainya. Dalam fokus
utama ada objektif pengajaran.

PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS


Kaedah berfokus
Pengenalan
Pendekatan berfokus ini diperkembangkan oleh Unit Bahasa Malaysia, Pusat
Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1984.
Pendekatan struktural telah menjadi dasar pengenalan kepada pendekatan ini iaitu
merupakan cabang kepada pendekatan yang mengkaji struktur karya sastera.
Pendekatan berfokus memberikan tumpuan terhadap satu struktur tertentu dalam karya
serta satu lagi struktur sampingan dalam satu masa pengajaran.
Definisi
Pengajaran berfokus ialah berfokus pada aspek isi di samping mengajar aspek bahasa
iaitu bentuk dan unsur serta nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan
terutama unsur-unsur pengajaran. Ia mengandungi dua tumpuan:, fokus utama dan
fokus sampingan.Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara
terperinci.
Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk
dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran.
Ciri ± ciri
i. Fokus pengajaran berdasarkan isi utama. Isi sampingan menjadi perkara kedua
penting.
ii. Untuk menjamin keberkesanan kaedah ini, langkah-langkah penyampaian yang
sistematik hendaklah dirancang oleh guru terlebih dahulu.
iii. Kaedah ini mengandungi satu fokus utama dan satu atau lebih fokus sampingan.
Biasanya fokus utama itulah yang menjadi objektif khas (eksplisit) sesuatu
pengajaran.
iv. Kaedah ini menggunakan perkara-perkara yang paling menonjol dalam sesebuah
karya untuk dijadikan fokus utama.
v. Alat bantu mengajar seperti pita rakaman, gambar-gambar, carta, bahan-bahan
bertulis adalah penting.
vi. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif perlu diberi keutamaan. Ini
dapat
dilaksanakan dengan baik melalui teknik perbengkelan.
vii. Guru dan pelajar perlu membaca terlebih dahulu karya kesusasteraan yang
hendak
disampaikan. Ini penting kerana mereka perlu mendapat kesan penghayatan secara
keseluruhan.
viii. Soalan-soalan rangsangan perlu disediakan dan dirancang dengan baik untuk
menarik minat pelajar.
Kelebihan
i.
Menjimatkan masa guru dan pelajar kerana mereka tidak perlu membincangkan
semua aspek dalam semua karya.
ii.
Kaedah ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru tidak membincangkan
sesuatu aspek bagi sesebuah karya itu secara khusus dan semata ± mata untuk
memahami sesebuah karya.
Penggunaan Kaedah Berfokus
Kaedah ini boleh digunakan oleh seseorang guru dalam menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, dalam
memahami
gaya bahasa sebuah sajak, aspek yang menjadi fokus ialah gaya bahasa. Guru
perlu
membincangkan teknik mengesan gaya bahasa yang terdapat dalam sebuah sajak,
kemudian cuba mengaplikasikan teknik mengesan gaya bahasa tersebut terhadap
sebuah sajak tertentu. Seterusnya, guru melatih pelajar agar mereka dapat
mengaplikasikan kemahiran mengesan gaya bahasa dalam beberapa sajak yang
lain.
Oleh yang demikian, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari
dengan
sendiri tanpa bantuan guru lagi.
Kesimpulan
Pendekatan berfokus ini sesuai digunakan oleh guru sekiranya seseorang guru itu
ingin
memfokuskan pengajaran mereka pada isi tertentu tanpa mengabaikan isi - isi yang
lain. Pendekatan ini juga menjimatkan masa guru dalam sesuatu aktiviti pengajaran
dan
pembelajaran.
PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS: KAEDAHGLOBAL
PengenalanSastera merupakan satu bidang yang amat unik. Keunikan bidang
sastera akandirasai apabila kita menyelami dunia sastera bersama-sama dengan
tokoh-tokohsastera ataupun dengan tokoh kritikan. Akan tetapi, anak muda
masa kini terutamayang melibat pelajar ipt sekarang kurang meminati bidang
sastera.
Konsep Pendekatan
Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagi
melaksanakan sesuatu tugas, (Kamus Dewan,1998). Definisi yang diberikan oleh
Kamus Dewan sememangnya umum, penulis memberikan takrifan ini mungkin untuk
situasi-situasi yang tertentu seperti menyelesaikan masalah atau konflik yang timbul
dan berbagai-bagai lagi.Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan takrif pendekatan
dalam konteks pendidikan. Takrifan pendekatan dalam kontek pendidikan ialah satu
cara mendekati sesuatu atau perihal mendekati. Bagi lebih memahami, ita lihat
contoh terdekat dengan kita iaitu objektif pembelajaran. Bagi mencapai
objektif pembelajaran, seseorang guru perlu menggunakan beberapa pendekatan
yang bersesuaian dengan tahap keupayaan muridnya. Menurut Gestalt, situasi
mempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu dan kemudian mempelajari
elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima sebagai sebuah teori
pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk pendekatan. Dalam istilah yang
lebih mudah ialah pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata
pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.

Definisi Kaedah Global Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti
simulasi khasnya berdrama. Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap
keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian
tatacara kehidupan(permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara
bebas.

Ciri-Ciri Global

Ada 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini :-
• aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam
menyampaikanperasaan.
• aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara.

• aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan

Pelaksanaan Kaedah Global

1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.
2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera.
3. Dalam suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya
aktiviti di atas untuk lakonkan watak.
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-
• lakonan berasaskan gambar

• lakonan berasaskan skrip

• lakonan guna topeng

• lakonan guna cerita berlagu

KAEDAH MEMAHAMI MENGHAYATI


Kesusasteraan Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran yang tergolong
dalam disiplin ilmu kemanusiaan. Minat pelajar dapat dibentuk setelah memahami
hakikat kemanusiaannya.Sastera mampu mempengaruhi cara manusia berfikir
tentang hidup dan kehidupan Minat pembelajaran sastera, boleh ditingkatkan melalui
kaedah yang menarik
Mengikut Kamus Dewan edisi keempat Dewan Bahasa Dan Pustaka (1990) kaedah
iaitu cara atau peraturan membuat sesuatu terutamanya yang bersistem atau
biasa, mengajar cara mengajar berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Manakala
mengalami ialah merasai atau menempuh kesusahan, kesulitan, perubahan dan
lain-lain .
Menghayati pula mengalami dan merasai (dalam batin). Meresapkan ke dalam jiwa.
Dalam kaedah mengalami dan menghayati pelajar dapat memperoleh pengalaman
dalam mengapresiasi sesuatu pembelajaran dan pengalaman dalam bentuk
apresiasi sastera.
Kaedah Memahami Dan Menghayati
i. Kemampuan untuk menikmati karya sastera
ii.Kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayati
iii.Karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya
iv.Watak difahami dan dilakonkan
v.Pantun dibacakan melalui aktiviti berbalas pantun
Secara keseluruhannya kaedah mengalami dan menghayati begitu abstrak dalam
erti kata melibatkan:
i. Pengetahuan
ii. kejiwaan
iii. emosi[luaran dan dalaman]
iv. penghargaan dan sebagainya.
Konsep Kaedah Memahami Dan Menghayati
i. Merupakan jalan, cara, susunan, proses dan prosedur pengajaran yang teratur
ii. Kaedah merupakan proses memindahkan kefahaman itu kepada pelajar- pelajar.
iii. Kaedah ini diperhalus dalam bentuk jalan, cara, susunan, proses dan prosedur yang
mengandungi langkah-langkah pengajaran.
iv. Hendaklah mampu merasai sesuatu perasaan atau pandangan dan memberi
pandangan atau penilaiannya sendiri
v. Kaedah mengalami dan menghayati menekankan ‘penikmatan
vi. Pendapat Goodman (1962) mengsyorkan supaya sesuatu pengalaman dikaji
mengikut apa yang ditanggapi oleh pembaca sendiri.
vii. Menurut beliau, tiap-tiap individu mempunyai pengalaman yang tersendiri, iaitu hasil
daripada himpunan pengalaman yang dilaluinya dan nilai-nilai pengalaman itu
sendiri.
viii.
Ciri-Ciri Yang Terdapat Dalam Kaedah Memahami-Menghayati
i. Berasaskan kepada matlamat penghayatan atau penikmatan terhadap karya sastera.
Oleh itu pelajar-pelajar dibawa menghayati keindahan karya terlebih dahulu sebelum
mereka mengkaji aspek-aspek penting yang membentuk sesebuah karya.
ii. Kajian terhadap karya sastera oleh pelajar-pelajar memerlukan pembacaan yang rapi,
di mana pelajar perlu menyelami isi karya dengan mendalam.
iii. Walaupun pengajaran-pengajaran bersifat induktif tetapi cenderung kepada induktif
berpandu. Oleh itu pelajar-pelajar dibimbing oleg guru .
iv. Pengajaran dan pembelajaran memerlukan penglibatan pelajar-pelajar secara
meluas. Pelajar-pelajar dilatih menjalankan aktiviti-aktiviti sendiri serta

Aplikasi Kaedah Mengalami-Menghayati Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Sastera Sastera.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera dalam kelas melalui kaedah
mengalami-menghayati boleh diaplikasikan melalui:
i. Puisi Tradisional
ii. Puisi Moden
iii. Novel
iv. Cerpen
v. Drama

Kaedah Dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu


1) Kaedah Struktural
Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun karya
sastera. Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan
tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonis,
antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya; latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan,
latar budaya, dan latar waktu; jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan
pencerita, sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera dan sudut pandangan bawah sedar; sifat sudut
pandangan seperti maha tahu, tahu terhad, dan jahil; jenis perbualan seperti dialog, monolog, multilog; teknik
penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot seperti kronologi, antikronologi, plot mudah, plot
kompleks dan tanpa plot; dan isi karya sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai. Kaedah ini melihat
semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan
penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus digunakan.
2) Kaedah Mengalami dan Menghayati
Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera. Mengajarkan karya sastera
menggunakan kaedah ini lebih mementingkan kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayati
unsur-unsur yang terkandung dalam karya sastera. Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan
cara mendeklamasinya. Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau
improvisasi. Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau
dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaian
3) Kaedah Berfokus
Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah
ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh,
aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak dan
perwatakan pula boleh dijadikan fokus sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu
fokus utama; satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai fokus
sampingan.

Teater Pembaca
Apakah Teater Pembaca?

1. Satu cara menghidupkan sebuah skrip pendek. (boleh diambil dari buku teks)
2. Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek.
3. Teater pembaca dikenali sebagai ‘teater minda’ kerana audiens dibiar untuk membayangkan
babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca.
4. Pelakon tidak perlu menghafal dialog.
5. Persembahan sepenuhnya membaca teks.
6. Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan terbatas dan mimik muka.
7. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang
menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku
di hadapan mereka.
8. Tidak melibatkan ruang yang luas
9. Tidak perlukan latihan yang lama.
10. Boleh dilaksanakan secara spontan.
11. Sesuai dalam melatih keterampilan berbahasa, ia melibatkan gaya pengucapan dan
penyampaian yang bersahaja serta bersesuaian dengan situasi dan watak yg dilakonkan.
12. Teater pembaca ini menekankan aspek 'membaca'.
Langkah Perlaksanaan

1. Beberapa orang pelajar dipilih berdasarkan kehendak skrip.


2. Setiap pelajar yg dipilih diberikan watak dan skrip.
3. Seorang pencerita (narator) dipilih untuk membaca bahagian naratif dalam skrip.
4. Sediakan ruang lakon di hadapan kelas, menghadap penonton.
5. Pelakon boleh berdiri atau duduk di atas kerusi.
6. Pembaca (naratif) di bahagian tepi kiri atau kanan, pelakon di tengah.
7. Pelakon membaca dialog mengikut urutan dalam skrip.
8. Pelakon yang tiba gilirannya akan bergerak selangkah ke hadapan dan membaca/melakonkan
dialog dengan penuh perasaan dan intonasi yang sesuai.
Konsep Teater Pembaca:
1. Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan
2. Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang
berlaku di hadapan mereka.
3. Sesuai dalam melatih ketrampilan berbahasa, ia melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang
bersahaja serta bersesuaian dengan situasi dan watak yang dilakonkan.
Prosedur
Pelaksanaan Teater Pembaca:
1. Beberapa orang pelajar dipilih berdasarkan kehendak skrip.
2. Pelakon yang tiba gilirannya akan bergerak selangkah ke hadapan dan membaca dialog dengan penuh
perasaan.
3. Setelah selesai membaca dialognya, dia akan berundur ke belakang. Ia akan dikuti dengan pelakon
berilkutnya, begitulah seterusnya.
TEKNIK PANTOMIN
Pantomin adalah lakonan situasi tanpa dialog manakala skripnya akan dibaca
oleh pelajar lain mengiringi lakonan tersebut. Lakonan jenis ini dapat memberi
peluang kepada pelajar berlakon dengan yakin tanpa memikirkan masalah
menghafaz dialog.

Melalui aktiviti pantomin , Nellie Mc. Caslin (1984) dalam buku Drama Dalam
Pengajaran Bahasa , menyatakan bahawa pelajar-pelajar dapat melatih diri dalam
menguasai kemahiran mendengar iaitu ia harus meneliti dan mendengar skrip yang
dibaca agar ia dapat melakonkan watak itu seperti yang diperlukan oleh skrip.
melalui aktiviti pantomin ini juga, pelajar diberi peluang untuk melahirkan
perasaannya melalui gerak badan dan bukan melalui kata-kata. Ini dapat membina
keyakinan diri dan motivasi kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam kemahiran
lisan.

Guru harus memperkenalkan pantomin tentang sesuatu cerita dengan


langkah-langkah yang mudah. Di samping itu, ia perlu menerangkan dan
menerangkan apakah pantomin yang perlu dilakukan oleh seseorang pelakon
sebelum pelajar berlakon. Misalnya guru boleh berpentomin bagaimana membuak
hadiah hari jadi, memotong rumput di padang, menangkap ikan dan sebagainya.

Permainan teka teki atau tajuk nyanyian boleh dijadikan aktiviti permulaan
pada pantomin. Pelajar perlu melakonkan pantomin secara individu untuk
memahirkan teknik-teknik itu dahulu sebelum mempantominkan dengan dua orang
apabila sudah mahir dalam teknik ini, ia boleh mencuba pentomin itu dalam
kumpulan yang memerlukan penyelarasan dengan beberapa orang pelakon yang
lain. Untuk pantomin kumpulan, seorang pelajar boleh membaca cerita dengan
suara yang kuat sambil melakonkan pantomin itu.

Aktiviti ini boleh dijalankan dengan iringan muzik latar yang sesuai. Guru dan
pelajar yang menjadi penonton menyediakan ruang lakonan dan peralatan yang
diperlukan.

8.1 Ciri-Ciri Pentomin


Sebelum melaksanakan pengajaran dengan menggunakan teknik drama
dengan aktiviti pentomin di bilik darjah, guru sewajarnya mengetahui ciri-ciri
pantomin. Antara ciri-ciri pantomin adalah seperti berkut:-
i. Tanpa Dialog - Pengendalian aktiviti pantomin adalah mudah. Semasa beraksi
pelakon tidak perlu berdialog. Kemudian ini memberi peluang kepada pelajar
berlakon dengan penuh yakin tanpa memikirkan masalah menghafaz dialog.
Arahannya dapat difahami melalui suara.
ii. Apresiasi terhadap watak – Pelakon seharusnya terlebih dahulu menghayati skrip
bersama-sama dengan pembaca skrip sebelum memulakan lakonan. Ini supaya
lakonan dapat diselaraskan dengan skrip yang dibaca oleh pelajar lain. Tumpuan
perhatian hanya kepada latihan aksi dan teknik persembahan sahaja.
iii. Tanpa Prop – ketika melaksanakan aktiviti ini, prop tidak dipentingkan. Pelakon
hanya melakonkan aksi sahaja. Contohnya, perbuatan mengasap kemenyan tanpa
menggunakan kemenyan dan bara api, doktor merawat pesakit tanpa menggunakan
alat dan sebagainya.
iv. Menggunakan kostum yang sedarhana – Pelakon tidak perlu bersolek atau berhias
dan berpakaian yang berlebihan ketika mempersembahkan pantomin. Sudah
mencukupi sekiranya pelakon hanya memakai sebuah topeng atau memberikan
gambaran yang sedarhana. Dengan kata lain, pentomin dapat menjimatkan kos dan
tidak perlu berbelanja banyak.
v. Pemilihan bahan – guru mempunyai banyak pilihan dalam menentukan bahan yang
akan digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
teknik drama dengan aktiviti pantomin ini. Antara yang boleh dan difikirkan sesuai
digunakan oleh guru ialah:
a. Cerita dan skrip
b. Puisi ( sajak, nyanyian, syair, mentera dan sebagainya.

8.2 Objektif Penggunaan Pantomin Dalam Bilik Darjah


Pantomin boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Penggunaan teknik dengan aktiviti pantomin ini mempunyai objektif
tertentu. Antaranya ialah:-
i. Meningkatkan keyakinan pelajar supaya dapat beraksi dengan baik tanpa perlu
menghafal dialog.
ii. Memberi peluang kepada semua pelajar yang berminat sama ada yang berkebolehan
tinggi atau sedarhana mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Aktiviti ini tidak
memerlukan aksi yang terlalu banyak kerana dialognya dibaca oleh pelajar lain
(pencerita) dalam bentuk suara latar.
iii. Memudahkan pengendalian aktiviti di dalam bilik darjah. Ini kerana dalam pantomin
pelajar tidak perlu melafazkan dialog. Manakala arahan aksi yang perlu dibuat dalam
bentuk latar sama ada dibaca atau dirakam.
iv. Melibatkan lebih ramai pelakon. Oleh itu, guru dapat mencungkil bakat pelakon dalam
kalangan pelajar walaupun lakonan dilakukan tanpa dialog. Hal ini boleh dilakukan
sebagai latihan ke arah lakonan drama.
v. Menggalakkan latihan kemahiran berfikir. Ini kerana lakonan tidak terhad kepada
melakonkan cerita tetapi juga cetusan peristiwa realistik dan simbolik. Di sini pelajar
dapat melatih diri mereka untuk membuat tafsiran terhadap sesuatu yang mereka
dengar dan lihat.
vi. Memberi keberkesanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran terutama
dalam pengajaran puisi. Dengan ini pelajar dapat menghayati isi dan maksud puisi
selaras dengan aksi yang dipersembahkan.
vii. Melalui aktiviti pantomin ini , guru dapat menolong pelajar agar dapat membiasakan
diri dengan idea persembahan di hadap kawan-kawan tanpa menggunakan bahasa.
viii. Guru dapat menimbulkan suasana yang menyeronokan unhtuk meneruskan aktiviti
pantomin. Di samping itu, guru dapat membantu pelajar untuk mengulang kaji serta
mengukuhkan pembelajaran kosa kata.

8.3 Pelaksanaan Aktiviti


Untuk melaksanakan aktiviti atau persembahan pantomin dalam proses
pengajaran dan pembelajaran guru-guru perlu mengambil kira beberapa perkara
iaitu:-

8.4 Hubungan Antara Guru Dan Pelajar


Hubungan guru dengan pelajar, pelajar dengan guru dan pelajar dengan
pelajar perlu diambil kira. Guru harus mewujudkan suasana yang harmonis dan
meyakinkan pelajar. Keadaan ini akan membuat pelajar merasa bersedia untuk
mengambil bahagian. Guru tidak harus menunjukkan sifat pilih kasih dalam memlilih
pelajar yang akan menjayakan aktiviti ini. Guru harus mengadakan perbincangan
terlebih dahulu mengenai watak dalam lakonan tersebut.

8.5 Persekitaran Yang Selesa.


Guru harus bijak dalam pengurusan bilik darjah semasa menjalankan aktiviti.
Susunan kerusi, meja dan alatan kelas haruslah sesuai supaya dapat memberi
ruang yang mencukupi untuk lakonan.

8.6 Faedah Penggunaan Pantomin


Melalui aktiviti pantomin ini , banyak faedah yang diperolah. Antara faedah-faedah
tersebut ialah:-
i. Menyampaikan idea – biasanya pelajar amat sukar untuk menyampaikan idea
terutamanya dalam penulisan. Melalui cara berlakon seperti ini , pelajar dapat
mengingat sesuatu peristiwa berdasarkan lakonan dan dapat mencatatkannya
dengan berkesan. Dengan itu, aktiviti ini dapat meningkatkan daya pemikiran pelajar
supaya lebih cergas dan berkeyakinan di samping membentuk fikiran yang aktif dan
kreatif.
ii. Memusatkan perhatian – Menerusi lakonan, pelajar dapat dilatih menumpukan
perhatian dan minat dengan sepenuhnya. Cara ini memberikan latihan yang baik
supaya pelajar dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Di samping itu
dapat melatih mendidiplinkan pelajar dengan arahan dan peraturan.
iii. Melatih kemahiran pengucapan – semasa rakan berlakon, ada pelajar yang
membaca skrip. pelajar yang membaca skrip ini perlu peka terhadap lakonan dan
menuturkan dialog dalam bahasa yang betul, tepat serta menggunakan intonasi dan
jeda yang tepat. Ini membolehkan pelajar berdialog dengan bahasa yang teratur,
jelas dan indah.
iv. Mengarang berdasarkan peristiwa- selain meneliti dialog dan menonton, pelajar
dapat meningat peristiwa yang berlaku di hadapan mata mereka dengan jelas.
Keadaan ini memberi peluang mereka mencatat peristiwa yang berlaku dan
kemudian menyusunnya dalam bentuk isi. Guru dapat mencadangkan hal ini lebih
jelas supaya menjadi sebuah karangan yang lengkap. Ini kerana guru membawa
peristiwa di alam nyata ke dalam bilik darjah.

8.7 Contoh Penggunaan Pantomin Dalam Pembelajaran Di Bilik Darjah.


Biasanya guru menggunakan pantomin dalam langkah pengajaran. Oleh itu,
guru perlu membuat perancangan dan persediaan yang rapi bagi melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran ajar objektif pengajarannya tercapai.

Persediaan Sebelum Persembahan


i. Guru memilih bahan yang sesuai sama ada cerita dan skrip atau puisi. Bahan yang
dipilih perlu sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan pelajar.
ii. Guru meminta pelajar membaca dan menghayati skrip yang diberikan.
iii. Mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang watak-watak yang terdapat
dalam cerita tersebut.
iv. Beberapa orang pelajar dipilih untuk melakonkan cerita dan seorang pelajar dipilih
untuk membaca skrip cerita manakala pelajar-pelajar lain menjadi penonton.
v. Aktiviti ini dijalankan dengan iringan muzik latar. Guru harus memlilih muzik yang
sesuai bagi mewujudkan suasana yang menarik.
vi. Guru dan pelajar yang menjadi penonton menyediakan ruang lakonan dan peralatan
lain yang perlu dan diletakkan di tengah-tengah ruang lakonan.
vii. Pelajar yang tidak mengambil bahagian diberi arahan oleh guru mengenai aktiviti-
aktiviti yang dilakukan selepas tamat lakonan.

Semasa Persembahan
Guru memberi penerangan dan arahan kepada pelajar-pelajar yang mengambil
bahagian.
Selepas Persembahan
i. Guru memberi peneguhan terhadap persembahan lakonan pelajar-pelajar agar
mereka merasa diperlukan dan dihargai.
ii. Menerusi aktiviti pantomin ini, guru boleh meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan pelbagai aktiviti lain yang berkaitan dengan pantomin yang
dipersembahkan. Guru dan pelajar mengadakan perbincangan tentang isi lakonan
dan membuat latihan bahasa yang sesuai dengan objektif dan kemahiran yang ingin
dicapai, di saping itu untuk membaiki kesilapan yang mungkin wujud dan
mendapatkan maklum balas. Antara aktiviti lanjutan ialah:-
- Mengadakan sesi soal jawab bagi menguji kemahiran lisan pelajar.
- Mengadakan sesi perbincangan secara berkumpulan.
- Meminta pelajar menceritakan semula apa yang dilihat dalam persembahan
pantomin.
- Mengadakan perbahasan.
- Mengadakan aktiviti penulisan seperti menjawab soalan pemahaman.

TEKNIK KERUSI PANAS


Kerusi panas(hot sitting) ialah satu teknik dalam latihan asas penghayatan
watak dan perwatakan. Teknik ini sering digunakan dalam latihan asas teater untuk
membuat justifikasi tentang perwatakan sesuatu peranan yang dilakonkan. Biasanya
pelakon akan diberikan satu peranan (berdasarkan skrip) dan pelakon akan cuba
mengimaginasikan gaya atau aksi watak tersebut dalam semua aspek seperti cara
bercakap, cara berjalan, pemikirannya atau seumpamanya. Pelakon juga
dikehendaki mengkaji berapakah umur, watak, gambaran fizikalnya dan
bagaimanakah dia bertindak. Dalam aktiviti kerusi panas, kita boleh melihat pelbagai
aspek pada diri watak yang dikaji berdasarkan teks yang disediakan.
Langkah pelaksanaan teknik kerusi panas.
i. Guru memilih seorang murid yang akan memainkan peranan watak sipenjaga
panggung dalam cerpen idola.
ii. Murid yang dipilih dikehendaki duduk di atas kerusi di hadapan kelas, menghadap
pelajar lain.
iii. Beberapa orang murid mengemukakan soalan kepada si penjaga panggung
berdasarkan peranannya sebagai watak utama dalam novel tersebut dan si penjaga
panggung menjawab secara spontan. Semasa sesi penyoalan ini guru mengawal
kelas dan menghentikan apabila masa cukup.
iv. Guru merumuskan watak dan perwatakan si penjaga panggung.

7.1 Cara Pelaksanaan Aktiviti Kerusi Panas


i. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.
ii. Setiap kumpulan dibahagikan tugas untuk membincangkan watak dan pereatakan
yang telah ditetapkan iaitu watak dan perwatakan si penjaga panggung untuk
kumpulan 1, watak dan perwatakan isteri untuk kumpulan 2, dan watak dan
perwatakan hero untuk kumpulan 3.
iii. Setiap kumpulan diminta membina soalan untuk diajukan kepada wakil kumpulan
yang memegang watak yang telah ditetapkan.
iv. Setelah soalan disiapkan, seorang wakil diminta duduk di kerusi dihadapan kelas.
Manakala ahli kumpulan yang lain akan mengajukan soalan kepadanya tentang
watak dan perwatakan dan dia akan menjawabnya secara spontan. Di samping itu,
ahli kumpulan dibenarkan untuk menyoal.
v. Jika pemegang watak tidak menjawab, rakan-rakan dalam kumpulan tersebut boleh
membantu. Ketika ini rakan yang menonton akan mencatat watak dan perwatakan
dalam lembaran grafik.

• Mestamu

Mestamu bermaksud mendeklamasikan puisi dan melagukannya tanpa muzik. Hal ini
bermakna terdapat dua aktiviti berjalan serentak; iaitu mendeklamasi dan melagukan puisi tersebut, sama ada
baris demi baris atau rangkap demi rangkap. Jika teknik ini dibuat secara berpasangan, seorang pelajar akan
mendeklamasi dan seorang lagi akan melagukannya.

• Deklamasi

Deklamasi bermaksud membaca puisi dengan nada, intonasi suara, dan gaya yang sesuai.
Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik, pelajar perlu memahami dan seterusnya menghayati puisi yang akan
dideklamasikannya.

5 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


• Pemaduan seni
Pemaduan seni bermaksud penggunaan beberapa unsur seni seperti, seni lukis, seni suara,
seni lakon, dan sebagainya untuk menghidupkan petikan atau babak dalam karya sastera. Untuk tujuan
pemaduan seni ini, seni-seni yang dipilih itu digunakan secara serentak pada masa yang sama. Sebagai contoh,
pengajaran aspek perwatakan dalam sesebuah novel boleh dibuat dengan cara melakonkan aksi watak tersebut,
dan pada masa yang sama pelajar lain melukiskan gambaran watak, dan mungkin sekumpulan pelajar lain
menyanyikan fakta mengenai watak tersebut.
• Adaptasi, Kerusi panas
Adaptasi

Adaptasi ialah suatu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran kesusasteraan Melayu.
Adaptasi bermaksud mengubah atau mereka bentuk sesuatu genre sastera kepada bentuk lain yang difikirkan
lebih menarik. Untuk memudahkan pelajar memahami isi sesebuah sajak, guru boleh mengadaptasi sajak
tersebut kepada bentuk drama, cerpen atau nyanyian.

Kerusi panas

Teknik kerusi panas boleh digunakan untuk pengajaran aspek watak dan perwatakan dalam
sesebuah karya sastera. Dalam teknik ini, seorang pelajar akan diminta menghayati dan mendalami watak dalam
sesebuah cerita, kemudian pelajar ini ditempatkan di kerusi yang diletakkan di hadapan kelas. Seterusnya,
pelajar-pelajar lain diminta menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan watak yang dipegang oleh pelajar
di kerusi panas dan pelajar ini akan menjawabnya berdasarkan cerita atau peristiwa dalam karya sastera
tersebut.

• Boneka
Menggunakan boneka sbg ABM untuk menceritakan / penceritaan watak

6 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


• Teater Pembaca, Teater Bercerita
Teater pembaca
Teater pembaca ialah suatu teknik apabila pengajaran bacaan dijalankan secara bercerita
sambil melakonkan aksi-aksi yang terdapat dalam bahan bacaan itu. Dalam teknik ini pelajar kan membaca
dengan intonasi dan gaya seperti watak yang terdapat bahan bacaan tersebut.

Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan. Teater
bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang sama. Tegasnya, pencerita akan bercerita,
manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. Walau
bagaimanapun, guru perlu menyediakan skrip yang diolah daripada cerita atau isi bahan-bahan sastera yang
dipilih. Secara umumnya, teknik ini boleh digunakan untuk mengajarkan genre-genre sastera yang berbentuk
naratif seperti cerpen, novel dan prosa klasik.

• Improvisasi

Improvisasi ialah lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah
daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang diajarkan. Dalam pengajaran cepern
misalnya, para pelajar boleh diminta menyediakan skrip secara berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang
berlaku dalam permulaan cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerpen berkenaan.

MIMOS
- Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi
menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog
- Penonton membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan menggunakan
perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun selepas aktiviti.
- Bahan untuk aktiviti :
-Kisah pendek, bahagian –bahagian cerita petikan puisi, cerita panjang yang
lengkap.

Contoh aktivti Mimos

i.Individu

Guru menyediakan beberapa situasi untuk dilakonkan oleh pelajar.

a) Anda sedang membaca surat khabar semasa angin bertiup kencang.

b) Anda sedang menonton satu perlawanan tinju, bola sepak atau silat.

ii. Berpasangan

Guru memilih dua orang pelajar untuk beraksi. Seorang menjadi pelaku (aksi
spontan) dan seorang menjadi bayang dalam cermin (mengikut aksi pelakon)

a) Seorang doktor sedang merawat pesakit.


b) Anda sedang memujuk seorang rakan yang sedang merajuk.

ARCA

Kamus dewan edisi keempat :


- Patung yang menyerupai seseorang
- Bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta kamera.
- Bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal.
- Gambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan dalam karya sastera.

IMPROVisASI(pengubahsuaian)

- Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan kejadian ,


keadaan atau situasi dalam kehidupan seharian.
- Melalui teknik improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan
berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru.
- Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi dengan
ransangan yang disediakan.
- Melalui improvisasi juga, daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara
maksimum.
- Menurut Som Hj. Nor (1994) improvisasi membawa maksud bertindak balas secara
spontan terhadap situasi yang tidak dijangka.Improvisasi boleh dijalankan
berdasarkan situasi, benda/alat, watak, petunjuk dan, biografi
Contoh aktiviti Improvisasi

- Improvisasi berdasarkan petunjuk lebih sesuai untuk pelajar yang lebih dewasa.
Daripada petunjuk-petunjuk yang diberikan, pelajar dikehendaki mengimprovisasikan
watak yang diwujudkan daripada topi, rotan, televisyen, beg, buku dan lain-lain.

- Improvisasi berdasarkan biografi ini juga sesuai untuk pelajar yang lebih dewasa.
Biografi seorang watak terkenal seperti Mahatma Gandhi mungkin dipilih.

- Setelah berbincang satu babak dalam kehidupan watak itu mungkin


diimprovisasikan. Improvisasi boleh dijalankan secara berpasangan, tiga orang atau
lebih.

- Improvisasi berdasarkan situasi bermaksud satu situasi diberikan kepada pelajar


secara individu, pasangan atau kumpulan. Pelajar-pelajar ini diminta melakonkan
situasi yang diberi secara spontan.

- Improvisasi berdasarkan benda/alat pula bermakna dengan menggunakan benda


atau alat-alat yang ada, pelajar diminta mengimprovisasikan satu misteri dengan alat
tersebut atau sekiranya pakaian digunakan pelajar dikehendaki mereka lakonkan
watak yang sesuai.

- Pakaian yang digunakan di sini bukan untuk dipakai tetapi adalah untuk merangsang
pelajar menjadi lebih imaginatif.

Main Peranan

- Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik daripada
peristiwa, novel,cerita atau situasi.
- Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras bahasa
yang sesuai.
- Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana
pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada
pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan
yang dimainkan secara spontan.
- Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini
dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
- Contoh aktiviti Main Peranan
Contoh situasi:

a) Situasi menziarahi orang sakit


b) Situasi di pejabat sekolah.

SIMULASI

- Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta


dipersembahkan di dalam bilik darjah.
- Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan yang
dilakukan murid.
- Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan.
- Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah
- Contoh aktiviti Simulasi
Contoh aktiviti :

a) Memandu kapal terbang


b) Menerima rawatan di wad kecemasan

TEATER BERCERITA

- Teknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan antara
pencerita dengan pelakon.
- Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik.
- Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, boleh keluar ke ruang lakon
secara spontan sambil melakonkan aksi yang disebut oleh pencerita.
- Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

PENTOMIN

- Pentomin adalah drama yang ditampilkan dalam bentuk gerakan tubuh atau bahasa
isyarat tanpa pembicaraan.
- Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid lain yang mengiringi
lakonan tersebut.
- Memberi peluang kepada murid untuk berlakon tanpa memikirkan masalah untuk
menghafal dialog.

Contoh aktiviti :
-Peristiwa malam kemerdekaan negara

MESTAMU

- Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.


- Gunakan melodi lagu yang diminati /popular dan gantikan lirik lagu dengan sajak
atau puisi yang dipelajari.
- Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
- Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka.

DIKON

- Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.


- Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud
sajak/puisi.
- Teknik ini sesuai untuk sajak.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA


Teknik Permainan Bahasa
- Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan.
- Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
- Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.

Kepentingan Permainan Bahasa

- Bermain untuk Perkembangan Fizikal. - Kanak-kanak berasa seronok dan gembira


sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka
- Bermain untuk Perkembangan Sosial dan Emosi -Dalam kehidupan sosial kanak-
kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta
kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak.
- Bermain untuk Perkembangan Kognitif

Prinsip-prinsip Permainan Bahasa


- Ada kaitan dengan objektif pembelajaran.
- Sesuai dengan umur dan kebolehan
- Arahan permainan jelas
- Maklum balas sesuatu perkara perlu diberi serta-merta
- Tempoh permainan hendaklah relevan
- Menekankan nilai murni
- Kelemahan Permainan Bahasa
- Bosan
- Suasana tegang boleh berlaku
- Alat-alat permainan memerlukan wang
- Masa yang panjang
- Kawalan guru yang lemah

Langkah Pelaksanaan

Sebelum:
• Menentukan jenis permainan
• Cara permainan ( individu, pasangan, kumpulan )
• Syarat permainan masa, bahan, peraturan, petugas.

Semasa:
 Peringkat awal, induksi set.
 Peringkat pertengahan langkah pengajaran.
 Peringkat akhir kemahiran pengukuhan

Selepas:

 Menentukan semua bahan disimpan semula.


 Perbincangan guru-pelajar.
Contoh Permainan Bahasa

Membentuk Perkataan

Objektif: Supaya pelajar mahir membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang


diberi.
Bahan: Kad yang mengandungi huruf tertentu.
Cara bermain: Berkumpulan

Langkah:
1. Setiap kumpulan pelajar diberi senarai perkataan yang tidak betul susunan
ejaannya.
2. Mereka dikehendaki menyusun huruf-huruf yang diberi supaya membentuk
perkataan yang betul ejaannya.
3. Peruntukan masa tertentu untuk setiap soalan yang diberi.

Nota:
�� -Cara yang sama juga boleh digunakan untuk permainan membentuk ayat.
Dalam
permainan ini anda perlu menyediakan kad-kad yang mengandungi perkataan untuk
disusun membentuk ayat yang betul.

�� -Untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar, anda boleh memperuntukkan


masa
yang singkat dalam satu-satu soalan. Keadaan ini juga boleh menambahkan lagi
tarikan dan keseronokan pelajar.

Permainan Teka Lakonan

Objektif: Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimiginasi dengan baik


Bahan: Kertas arahan (sampul)
Cara bermain: Kelas/berkumpulan
Langkah:
1. Pelajar duduk di tempat masing-masing.
2. Anda perlu membuat satu lakonan.
3. Pelajar diminta meneka apa yang dilakonkan oleh anda.
4. Kemudian anda perlu memilih seorang pelajar membuat lakonan berdasarkan
arahan dalam sampul yang dipilih.
5. Pelajar lain diminta meneka lakonan tersebut.
6. Seterusnya anda boleh melakukannya berdasarkan perlawanan kumpulan.
Kumpulan lawan akan meneka lakonan wakil kumpulan lain.
7. Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka.

TEKNIK LATIH TUBI

Teknik Latih Tubi


- Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
- Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
kekekalannya.
- Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Kedua.
- Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran melukis ,
menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
- Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
maksud perkataan-perkataan serta fungsinya dalam situasi melalui penggunaan
perkataan-perkataan itu. Contoh, perkataan ‘perang’.
- Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua
- Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
- Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu :

1) Sebutan (accent)
-Menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang
membawa makna dalam sesuatu situasi.

2)Tatabahasa (grammar)
-Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua
aspek.

3)Perbendaharaan kata (vocabulary)


-Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam
situasi tertentu.

4) Kefasihan (fluency)
-Menggunakan perkataan ,ayat dan frasa dengan cara spontan tanpa memikirkan
apakah maksudnya.

5) Kefahaman (comprehension)
-Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar
- Latihan latih tubi merupakan kaedah instruksional yang berkesan sekiranya guru
dapat menggunakannya dengan betul dan sesuai dengan perancangan pengajaran
mereka, iaitu:-
-Latih tubi diberikan dalam masa singkat iaitu di antara 10 hingga 15 minit sahaja.
- Jumlah dan jenis latih tubi itu hendaklah bersesuaian dengan peruntukan masa
dan tahap kebolehan pelajar.

- Galakkan pelajar-pelajar merekodkan kemajuan yang diperoleh melalui setiap aktiviti


dalam latih tubi itu.

- Galakkan penggunaan latih tubi yang berbentuk permainan atau menguji


kecekapan supaya menarik minat dan tidak membosankan.

- Pastikan pelajar faham mengapa mereka perlu menguasai sesuatu konsep atau
kemahiran dan ianya dapat dipermudahkan melalui latih tubi yang diberikan oleh
guru.
- Mengelakkan latih tubi yang berbentuk:-
- Membosankan dan kurang menarik.

- Terlalu lama dan banyak fakta yang terkandung di dalamnya.

- Sesuatu yang mendatangkan kesan negatif kepada pelajar seperti merasa


tertekan, tidak selesa atau kurang berminat mengikuti latihan tersebut.

- Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan


menumpukan daya kreativiti murid.

- Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran
yang memerlukan ikutan dan ulangan.

- Guru harus ingat bahawa teknik yang hendak digunakan itu harus ada dalam
penguasaan mereka, jika tidak, pengajaran yang hendak disampaikan itu akan
menjadi tidak berkesan dan membosankan.

TEKNIK BERCERITA

DEFINISI BERCERITA
- Menurut Kamus Dewan,cerita ialah jalinan dan susunan mengenai kejadian atau hal-
hal yang berlaku sama ada betul-betul berlaku atau yang diada-adakan.
- Bercerita pula merupakan perbuatan yang mengesahkan sesuatu cerita atau
rangkaian sesuatu peristiwa.

TEKNIK BERCERITA
- Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran merupakan teknik yang telah lama
digunakan.
- Teknik ini mudah menarik minat kanak-kanak.
- Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru menyampaikan pelajaran
kepada murid-murid mereka.
- Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping
menjadikan pembelajaran dalam keadaan menyeronokkan.
- Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat
dan perhatian pelajar.
- Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
- Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dikalangan pelajar.
- Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita.
- Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan
mata.
- Suara memainkan peranan yang penting iaitu suara harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan

TUJUAN BERCERITA

- Memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar.


- Melatih murid menguasai kemahiran mendengar.
- Memupuk nilai murni yang terkandung dalam cerita.
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira.
- Memperkaya pengalaman murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka.
- Menambahkan bahan-bahan untuk murid menulis karangan.

LANGKAH-LANGKAH DALAM PERSEDIAAN TEKNIK BERCERITA


- Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian
sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
- Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan itu
ke dalam cerita tersebut.
- Hafazkan frasa-frasa, atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek bahasa yang
hendak disampaikan.
- Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini.
- Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-
aspek bahasa yang hendak diajarkan itu.
- Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain alat bantu
mengajar.
- Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain yang berkaitan
dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan untuk pengajaran
seterusnya.

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SESI BERCERITA

Sebelum bercerita :
- Pilih cerita yang sesuai dengan topic pelajaran.
- Guru penting menguasai bahagian-bahagian penting cerita secara berulang-ulang.
- Sedia alat bantu mengajar.

Semasa bercerita :
- Gunakan set induksi yang menarik ketika memulakan cerita.
- Gunakan nada suara dan gaya yang sesuai agar suasana satu peristiwa dapat
dirasakan.
- Pastikan setiap murid memberi perhatian.
- Terapkan nilai-nilai murni dalam cerita yang disampaikan.

Selepas bercerita :
- Uji kefahaman murid secara lisan atau tulisan tentang cerita yang disampaikan.
- Adakan perbincangan.

Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN BAHASA

MELAYU TAHUN 4

Tarikh : 2 April 2012

Hari : Isnin

Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi

Tahun : 4 Adiwana (25 orang)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Yang Baik Jadikan Teladan

Tajuk : Hikayat Sang Kancil dan Monyet


Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama

2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan

jelas.

Aras 3

(i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

Fokus Sampingan

11.3 Mengulas karya bukan sastera yang mudah secara umum dari aspek tema dan

persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya bahasa.

Aras 1

(ii) Mengenal pasti perwatakan watak dalam teks.

Pada akhir pembelajaran, murid dapat ;

-mempersembahkan teater pembaca dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan

intonasi yang baik dan jelas berdasarkan Hikayat Sang Kancil dan Monyet.

-mengenal pasti watak dan perwatakan yang terdapat dalam Hikayat Sang Kancil dan Monyet.
-menyatakan kata nama kerja terbitan yang terdapat dalam cerita.

Sistem Bahasa

Tatabahasa : Kata kerja

Pengisian Kurikulum

Ilmu : Moral

Nilai :Keberanian, kebijaksanaan.

Kemahiran Bernilai Tambah :

KB -menilai, menyusun / mencirikan

KP -interpersonal, intrapersonal & verbal-linguistik

Alat Bantu Mengajar / Belajar


- Teks berkenaan Hikayat Sang Kancil dan Monyet

- Komputer (internet)

Pengetahuan Sedia Ada

-murid mengetahui nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

-murid tahu untuk menggunakan komputer dan mencari maklumat di internet

-murid telah mahir dalam menghasilkan peta minda

-murid telah mempunyai ilmu berkenaan kata kerja terbitan

Langkah pengajaran :
Langkah / Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Isi Pelajaran

Masa

Set Induksi Perkenalan watak i. Murid mengenali watak

kancil dan monyet dalam Hikayat


( 5 minit )
Sang Kancil dan Monyet melalui

gambar yang ditunjukkan oleh

guru.

Langkah 1 Tayangan video: i. Murid diminta menonton video yang KBT:

Hikayat Sang ditayangkan.


( 5 minit ) KB
Kancil dan Monyet
ii. Murid hendaklah menghayati cerita
-menjana idea
tersebut.
Langkah 2 Baca teks yang i. Setiap murid diberi teks berkenaan BBB:

disediakan Hikayat Sang Kancil dan Monyet yang


( 10 minit ) -Teks Hikayat
telah ditonton.
Sang Kancil
ii. Mereka dikehendaki memahami,
dan Monyet
menghayati watak dan bersedia untuk
KBT:
menceritakan semula kisah tersebut.
KB

menyelesaikan

masalah

ILMU:

Moral
Langkah 3 Mempersembahkan i. Beberapa orang murid dipilih secara KBT:

cerita rawak untuk mempersembahkan kisah


( 20 minit ) KP
menggunakan tersebut.
-interpersonal
teknik teater ii. Murid perlulah menggunakan
-intrapersonal
pembaca. sebutan, intonasi dan penghayatan
-verbal-
yang sesuai ketika mereka bercerita.
linguistik
iii. Di akhir persembahan, murid akan
NILAI:
menerima ulasan mahupun teguran
-keberanian
daripada guru.
-kebersihan

mental

-berhemah

tinggi

-rasional
Langkah 4 Bina peta minda i. Murid dibahagikan kepada lima KBT:

- mengenal pasti kumpulan.


( 15 minit ) KB
perwatakan watak ii. Mengikut kumpulan, murid-murid

dalam Hikayat dikehendaki untuk membina peta -membuat

Sang Kancil dan minda berdasarkan tontonan video keputusan

Monyet. dan teks yang telah diberikan.


-

iii. Murid berbincang peranan yang


menyelesaikan

dimainkan oleh dua watak yang ada


masalah

dalam cerita berkenaan.

KP
iv. Setiap kumpulan diminta untuk

membentangkan hasil kerja kumpulan -interpersonal

mereka.
NILAI:

-rasional

-kerjasama

-kerajinan

-kesyukuran
Langkah 5 Mencari perkataan i. Setiap murid dikehendaki KBT:

kata kerja terbitan untuk mencari kata kerja terbitan


(10 minit) KB
yang terdapat yang terdapat dalam teks

dalam teks. berkenaan. -membuat

ii. Murid diminta menggariskan keputusan

perkataan tersebut dan


-

menyatakan kata akar bagi


menyelesaikan

perkataan tersebut.
masalah

iii. Murid dan guru berbincang

perkataan yang telah berjaya

disenaraikan.
Penutup Guru merumuskan i. Murid diminta untuk memberikan KBT:

pengajaran pada pandangan tentang nilai-nilai yang


( 5 minit ) KP
hari ini. boleh diamalkan dalam kehidupan

seharian. -verbal-

linguistik
ii. Murid diberikan tugasan untuk

dibincangkan pada kelas akan datang. NILAI:

-keberanian

-baik hati
Sumber
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofia Hamid, 1990. Perkaedahan Pengajaran Bahasa
Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 326--331

Anda mungkin juga menyukai