Anda di halaman 1dari 2

"Kesan Pencemaran Alam Sekitar"

Alam sekitar kita semakin tercemar. Pencemaran ini telah mendatangkan kesan buruk

kepada hidupan sama ada manusia, haiwan atau tumbuhan.

Kini, kilang dibuka bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ada antara kilang-kilang ini

membuang sisa toksik ke dalam sungai. Pembuangan sisa toksik ini menyebabkan air tercemar

dan berbahaya kepada manusia. Semua hidupan akuatik akan mati. Oleh itu, sumber

pendapatan nelayan akan terjejas.

Pengeluaran asap kilang dan kenderaan turut mencemar udara. Karbon monoksida yang

dilepaskan akan mengawang di udara dan mengancam kesihatan manusia. Pelbagai penyakit

berbahaya seperti asma, penyakit kulit dan penyakit mata boleh dihadapi manusia akibat

pencemaran udara ini.

Penebangan hutan yang berleluasa pula akan mengakibatkan hakisan. Hal ini akan memberi

kesan buruk kepada alam dan manusia kerana banjir dan tanah runtuh akan berlaku. Haiwan

pula kehilangan habitatnya manakala flora turut musnah.

Bunyi bising dari kilang-kilang, kenderaan dan tapak pembinaan pula menyebabkan

berlakunya pencemaran bunyi. Kebisingan ini mengganggu emosi manusia. Selain itu, kita tidak

dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar akan menjejaskan kehidupan kita. Penglibatan

semua pihak amat diharapkan agar langkah drastik diambil untuk mengatasi pencemaran ini.

Pihak berkusa pula perlulah mengambil tindakan yang tegas terhadap sesiapa sahaja yang

mencemarkan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai