Bersukan dapat memberikan banyak faedah kepada kita. Huraikan pendapat anda tentang
faedah-faedah bersukan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180
patah perkataan.
Kerangka Karangan
Pendahuluan
- Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan
kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti
sukan. Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.
Isi-isi penting
- dapat menyihatkan tubuh badan (Antara faedah bersukan ialah dapat menyihatkan
tubuh badan + badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam
tubuh badan + terhindar daripada sebarang penyakit seperti obesiti, kencing manis, sakit
jantung dan sebagainya + jadi, bersukan sememangnya dapat menyihatkan tubuh badan)
- dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan (Selain itu, aktiviti bersukan juga
dapat mengeratkan hubungan dan kenalan + kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja
tidak kira umur, bangsa, mahupun agama + Ketika bersenam di taman rekreasi , kita akan
bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan taman tersebut + Hal ini akan
mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk)
- dapat mengisi masa lapang secara bermanfaat (Disamping itu, kita juga dapat mengisi
masa lapang secara bermanfaat + dijalankan ketika waktu lapang + contoh aktiviti
permainan dan beriadah ialah bermain bola sepak, badminton, menunggang basikal dan
sebagainya + kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri
daripada terjebak dalam gejala sosial)
Penutup
- Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan. Marilah kita bersama-sama
menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan
cergas.
Contoh Karangan Lengkap
Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh
badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan
aktiviti sukan. Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.
Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila kita
berakreasi seperti berbasikal, bermain badminton dan sebagainya, badan akan
mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita. Kesannya, badan
kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.
Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara
bermanfaat. Aktiviti permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.
Antara contoh aktiviti permainan dan beriadah ialah bermain bola sepak, badminton,
menunggang basikal dan sebagainya. Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah
dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan. Marilah kita
bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat
yang cerdas dan cergas.