Anda di halaman 1dari 2

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guruguru dan rakan-rakan yang

dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah


Cara-cara menjaga kesihatan diri.
Hadirin yang dihormati,
Semua orang perlu menjaga kesihatan sendiri supaya sihat dan
sejahtera.Mula-mula ,kita perlu banyak bersenam .Berpeluh dapat mengeluarkan
toksik yang berbahaya dari badan kita .Oleh itu, kita perlulah sentiasa bersenam
seperti berjoging,bermain bola , bermain badminton dan sebagainya .Aktiviti ini
dapat menyihatkan badan kita. Dengan badan yang sihat, otak pun menjadi cerdas.
Selain itu, kita juga mesti menjaga kebersihan diri dengan baik.Kita perlu
mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan menukar baju yang bersih.Ini dapat
mengelakkan kita mendapat penyakit kulit dan berbau.
Kita juga perlu sentiasa menjaga kebersihan kuku kerana kotoran yang
berada di dalam kuku berkuman .Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit
seperti cirit-birit dan sebagainya.
Hadirin sekalian,
Orang pada zaman sekarang terutamanya kanak-kanak suka makan makanan
yang berminyak dan tidak berkhasiat seperti ayam goreng , burger , hot dog dan
sebagainya.Makanan ini membahayakan kesihatan badan kita . Kita akan cepat
menjadi gemuk dan mendapat banyak penyakit seperti kencing manis, sakit jantung ,
obesiti dan lain-lain lagi.Untuk menjaga kesihatan kita perlulah mengambil makanan
yang seimbang dan berkhasiat .
Sebagai kesimpulannya , kesihatan diri amatlah penting dan kita mestilah
menjaga kesihatan diri sejak kecil lagi.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai