Anda di halaman 1dari 3

Menceritakan pengalaman semasa bercuti

No. 11,
Lorong IM 14/9,
Taman
Mahkota Idaman,
25200
Kuantan,
Pahang Darul
Makmur.
5 Januari
2011

Ke hadapan sahabatku yang diingati selalu, Norhana yang berada di Ipoh.


Semoga saudari sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan
keluarga di sini sihat walafiat.

Saudari,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru
2011. Apa azam saudari pada tahun ini? Isi surat saya pada kali ini mengandungi
cerita tentang pengalaman percutian saya dan keluarga saya di Cameron Highlands
pada cuti hujung tahun yang lalu.

Saya menginap di sebuah hotel di Brincang selama dua malam. Semasa


berada di sana, saya telah berkunjung ke beberapa tempat yang menarik. Saya
berpeluang melawat ladang teh, kebun bunga ros, taman kaktus, ladang strawberi,
kebun sayur-sayuran dan Hutan Lipur Tanah Rata.

Tempat yang menarik hati saya ialah ladang strawberi. Di situ, saya
berpeluang memetik sendiri buah strawberi yang segar. Saya membeli beberapa
bungkus strawberi untuk dibawa pulang. Cuaca di Tanah Tinggi Cameron Hinglands
sangat sejuk. Saya berasa seolah-oleh berada di luar negara yang beriklim sejuk.
Saya begitu gembira dapat bercuti di sana.

Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudari. Semoga
dipanjangkan usia kita agar dapat berjumpa lagi.

Sahabatmu
SOALAN : Anda menerima surat daripada rakan anda yang telah berpindah
ke sekolah lain. Di dalam suratnya, dia bertanyakan persiapan anda bagi
menghadapi UPSR. Balas surat rakan anda itu dan ceritakan usaha-usaha
anda menjelang peperiksaan tersebut.
No 1,
Lorong 2.
Taman
Tambun,
14000
Simpang Ampat,
Pulau
Pinang.
Menemui sahabatku yang diingati selalu, Zafran yang kini berada di Kota
Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera.

Saudara,
Apa khabar ? Semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat
sejahtera. Surat saudara telah selamat saya terima beberapa hari yang lalu. Terima
kasih saya ucapkan kerana saudara masih mengingati saya.
Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya
untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal
kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Hanya tinggal beberapa minggu lagi
kita akan menghadapi UPSR.
Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu, saya telah
cuba bersedia dari awal lagi untuk menghadapi UPSR. Saya telah menyediakan
jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja
rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya
dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik.

Selain itu, saya mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru
pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Dalam kelas tambahan ini, saya
dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan dan bertanyakan soalan kepada guru
sekiranya tidak faham.Saya juga bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan
dengan rakan-rakan dari sekolah lain untuk mempelbagaikan soalan latih tubi saya.
Saya juga sering mengikuti seminar dan kem motivasi yang diadakan oleh
pihak sekolah.Kami banyak mendapat pendedahan tentang cara-cara belajar yang
betul.
Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara
sekeluarga. Semoga kita akan berjumpa lagi di lembaran yang lain.

Sahabatmu,

Anda mungkin juga menyukai