Anda di halaman 1dari 1

Ibu Kesayangan Saya

Saya mempunyai seorang ibu kesayangan. Ibu saya bernama


__________________ dan berumur _________ tahun. Dia merupakan
seorang wanita yang cerdik lagi cantik. Ibu sangat sayang akan kami
sekeluarga dan mengurus rumah tangga dengan penuh tanggungjawab.
Ibu saya seorang suri rumah tangga yang penyayang dan
bertanggungjawab. Dia sibuk membuat kerja rumah dan menjaga kami
adik-beradik di rumah. Selain itu, dia amat mementingkan pelajaran kami.
Dia sering membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami adikberadik semasa kami menghadapi masalah dalam pelajaran. Ibu juga
mengajar kami membaca pada setiap malam.
Ibu saya juga pandai memasak. Masakan ibu sungguh sedap.
Setiap hari, dia memasak makanan yang lazat kepada kami. Ibu saya akan
menghidangkan makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kami
sekeluarga supaya dapat menyihatkan badan kami.
Ibu saya mempunyai hobinya sendiri. Hobi ibu ialah menanam
bunga. Pada waktu petang, ibu akan menyiram bunga yang ditanamnya di
halaman rumah.
Di samping itu, ibu saya seorang yang peramah, rajin dan baik hati.
Apabila saya melakukan kesalahan, ibu akan menasihati saya dengan
lemah lembut.
Ibu berjasa kepada keluarga kami. Oleh itu, saya akan belajar
bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu.

Anda mungkin juga menyukai