Anda di halaman 1dari 2

Ibu Kesayangan Saya

            Saya mempunyai seorang ibu kesayangan. Ibu saya bernama Tan Li
Ping dan berumur 40 tahun. Dia merupakan seorang wanita yang cerdik lagi
cantik. Ibu sangat sayang akan kami sekeluarga dan mengurus rumah tangga
dengan penuh tanggungjawab.
            Ibu saya seorang suri rumah tangga yang penyayang dan
bertanggungjawab. Dia sibuk membuat kerja rumah dan menjaga kami adik-beradik di
rumah. Selain itu, dia amat mementingkan pelajaran kami. Dia sering  membimbing dan
memberi tunjuk ajar kepada kami adik-beradik semasa kami menghadapi masalah
dalam pelajaran. Ibu juga mengajar kami membaca pada setiap malam.
            Ibu saya juga pandai memasak. Masakan ibu sungguh sedap. Setiap
hari, dia memasak makanan yang lazat kepada kami. Ibu saya akan
menghidangkan makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kami sekeluarga
supaya dapat menyihatkan badan kami. 
            Ibu saya mempunyai hobinya sendiri. Hobi ibu ialah menanam bunga.
Pada waktu petang, ibu akan menyiram bunga yang ditanamnya di halaman
rumah.
            Di samping itu, ibu saya seorang yang peramah, rajin dan baik hati.
Apabila saya melakukan kesalahan, ibu akan menasihati saya dengan lemah
lembut. 
            Ibu berjasa kepada keluarga kami. Oleh itu, saya akan belajar
bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu.

Adik saya
Saya amat bersyukur kerana dikurniakan seorang adik yang sangat comel.
Dialah tempat saya bermanja.

          Adik saya adalah seorang lelaki . Nama adik saya Muhamad Haiqal Azri
bin Muhammad Nasri. Dia berumur tujuh tahun. Dia bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Saujana Utama.

          Adik saya seorang yang sangat comel. Dia berambut pendek dan kemas.
Setiap petang adik bermain bola di padang. Adik seorang yang rajin belajar.

          Makanan kegemaran adik ialah sup ikan manakala minuman kegemaran


dia laici ais. Adik suka menonton cerita kartun seperti Hagema, Doremon dan
sebagainya.

          Pada hujung minggu saya akan bermain basikal bersama adik untuk
mencergaskan badan. Pada waktu malam adik mengjak saya menonton DVD.
Adik saya gemar menolong saya membuat kerja rumah.
          Saya berasa bangga kerana mempunyai adik seperti Haiqal. Saya
sangat sayang kepada adik saya.

Anda mungkin juga menyukai